The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan pengajaran & abbm formwork

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afif Adlan, 2023-07-28 05:25:55

9.1.Lampiran

Bahan pengajaran & abbm formwork

NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 11 • Pita Pengukur Diperbuat daripada talian pita keluli atau reben dan digunakan untuk mengukur jarak yang tidak dapat diukur oleh pembaris berlipat Rajah 4: Teknik menanda menggunakan pita pengukur 5.0 KESELARIAN/JAJARAN ANGGOTA KOTAK BENTUK 5.1 Menguji Kepugakan Setelah kerja kerja pemasangan kotak bentu tiang siap dipasang, ianya perlu dilaraskan supaya kedudukannya tepat 90 º. Bagi kotak bentuk berskala kecil, kaedah berikut boleh digunakan. Menentu dan menguji pugak kotak bentuk tiang a) Menggunakan Timbang air Rajah 5 : Menguji kotak bentuk menggunakan timbang air


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 11 b) Menggunakan Kayu Tolok dan Plambab • Tali pada batu ladung digantung pada kayu tolok yang disediakan. • Ketepatan pugak ditentukan apabila kotak bentuk dilaras sehingga tali yang digantung masuk ke dalam lurah pada kayu tolok. Pelarasan pugak dilakukan dengan menolak dan menarik tupang-tupang tersebut . Rajah 6 : Menguji kotak bentuk menggunakan kayu tolok dan plambab c) Menggunakan Plambab Menentukan jarak pugak yang sama . Contohnya mendapatkan jarak yang sama dari bawah sehingga ke atas. Kaedah ini menggunakan Pugak dua tetengah dan Pita pengukur. • Tentukan kedudukan struktur dengan tepat (jarak) cthL Kolum • Gunakan kicker untuk membantu menetapkan posisi • Plambab digantung pada dua posisi pada jarak yang sama cth 200mm diukur dari permukaan dalam plywood ke garisan offset Kayu tolok bagi menggantung plumbab Plumbab


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 11 Rajah 7 : Menguji kotak bentuk menggunakan plambab • Jarak bawah dan atas daripada plywood ke benang diukur Jarak garisan offset ke tepi plywood = 200mm Tebal plywood = 15mm Jarak antara plywood dan benang = 200-15 = 185mm • Jika kolum berkenaan tepat pugak, jarak antara plywood dan benang hendaklah 185mm (bahagian atas dan Bawah)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 9 Drpd/of : 11 5.2 Menguji aras • Gunakan hos air dan timbang air • Pengujian aras menggunakan hos air dilakukan dengan menentukan terlebih dahulu ketinggian salah satu kotak bentuk yang dirikan dan jadikan ia sebagai penanda aras. • Letakan tiub berisi air dengan memastikan aras air tiub pada salah satu hujung berada pada penanda aras. Letakkan hujung tiub yang satu lagi pada kotak bentuk lain dengan ketinggian tertentu dan mengekalkan aras air pada penanda aras 5.3 Menguji Jajaran • Jika kotak bentuk yang dirikan lebih dari satu dalam satu barisan, jajaran dan kelurusan hendaklah tepat. • Untuk memastikan keselarian, kerja–kerja setting out dilakukan dengan merentang benang pada pampan tepi yang didirikan. • Dalam menentukan jajaran, kelegaan masih boleh diberikan. Berikut adalah senarai had terima mengikut ketinggian struktur Jadual 1: Senarai had terima ujian jajaran ketinggian struktur Kolum Sehingga 3 m tinggi 6mm Tiang 3m – 6m 10mm Tembok Melebihi 6m 18mm


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 10 Drpd/of : 11 6.0 MENOPANG PAMPAN SISI KOTAK BENTUK Tupangkan kedua-dua pampan acuan sisi dengan memastikan komponen ini teguh dan tetap. Kerja-kerja ini dilakukan setelah ketepatan keselarian/pugak/ aras diperolehi. Ia bagi mengunci posisi kotak bentuk yang dirikan. Rajah 8: Kaedah menopang pampan sisi kotak bentuk


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(3/6) Muka / Page : 11 Drpd/of : 11 Rujukan 1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia en.wikipedia.org/wiki/Formwork 2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html 3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ... www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications 4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3 5. Formwork Method Statement | Planning Engineer Est. www.planningengineer.net/formwork-method-statement/ 6. formwork (shuttering) types based on structural member theconstructor.org › Building Technology 7. Checking Line & Dot Laser Accuracy | Leica Geosystems https://lasers.leica-geosystems.com/blog/line-and-dot-lasers-checking-accuracy 8. TYPES OF CONCRETE WITH APPLICATIONS - The Constructor theconstructor.org › Concrete 9. Staircase formwork www.weckenmann.com/en/equipment-and-formwork/formwork/staircaseformwork/


TAJUK / TITLE: PEMASANGAN KOTAK BENTUK TUJUAN / PURPOSE: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh memasang komponen KOTAK BENTUK dengan tepat menggunakan perkakas dan peralatan mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan. KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION 5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS MATURED) NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 18 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 18 1.0 PENDAHULUAN Pemasangan kotak bentuk perlu dilakukan secara berhati-hati. Ketepatannya adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi rupa bentuk konkrit. Kaedah dan penentuan pemasangan akan dibincang bagi memenuhi keperluan dan menghasilkan pemasangan setiap anggota kotak bentuk mengikut spesifikasi. 2.0 KAEDAH PEMASANGAN KOTAK BENTUK Kaedah pemasangan selain dari menggabungkan anggota-angota kotak bentuk, aksesori sokongan diperlukan bagi memastikan gabungannya dalam keadaan kukuh, posisinya tetap, mampu menahan beban dan dapat membentuk konkrit sebagaimana diperlukan. Beberapa akesesori sokongan adalah: • Topang/ Penyangga (strut) • Rod Pengikat • Tiang (Prop) • Peranca 2.1 Menyangga dan menopang Topang / Penyangga yang menahan bahagian atas kotak bentuk akan akan dapat membantu memastikan ketegaran dalam pemasangan kotak bentuk. Kaedah Pemasangan Topang /Penyangga • Setelah keadaan kotak bentuk tiang berada dalam keadaan seimbang dan keselarasan aras telah dilakukan, topang perlu dikenakan supaya kedudukan tiang stabil berada pada kedudukan 90. ⁰ • Kerja menopang dan menyangga harus dimulakan pada setiap bahagian penjuru bangunan dan diikuti pada bahagian tengah bangunan. • Kemudian binaan tiang dikuatkan lagi dengan memasang perembat yang mneyentuh tiang ke tiang dan seterusnya dikemaskan • Pemasangan pampan diperkuatkan dengan memasang beroti penetap. • Tetapkan kedudukan pugak kotak bentuk dengan menopang dan memasang perembat. Condong tupang adalah 45⁰


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 18 • Antara kotak bentuk tiang dengan kotak bentuk tiang yang lain diperkuatkan kedudukannya dengan memaku beroti pengikat • Setelah semua unit-unit kotak bentuk disangga dengan kemas,lakukan pemeriksaan akhir menguji semula pugak dan jajaran sebelum konkrit dituang. Rajah 1: Pemasangan topang / penyangga bagi kotak bentuk tiang 2.2 Rod Pengikat Rod Pengikat digunakan bagi memegang antara dua sisi panel kotak bentuk supaya tidak merenggang dan terpisah dari posisinya disebabkan tekanan konkrit semasa kerja penuangan dan mampatan Rajah 2: Rod pengikat


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 18 2.2.1 Kaedah Memasang Rod Pengikat Rod pengikat dipasang merentangi antara kedua anggota kotak bentuk yang bertentangan. Kedudukan dan cara pemasangannya membolehkannya memindahkan bebanan anggota pugak dan melintang dengan bantuan kotak bentuk . Kaedah pemasangan rod pengikat dilakukan dengan cara berikut: • Rod pengikat yang mempunyai bebenang di kedua dua hujung dimasukkan merentangi kotak • Kun plastik dilaras bagi menyesuaikan jarak ketebalan tembok • Nat pada kedua-dua hujung bar diketatkan Rajah 3: Kaedah memasang rod pengikat • Rajah dibawah menunjukkan kaedah bar pengikat dipasang merentangi antara kedua panel bertentangan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 18 Rajah 4: Kaedah bar pengikat dipasang merentangi antara kedua panel bertentangan 2.3 Tiang Penyangga (Prop) Penggunaan tiang penyangga membolehkan kotak bentuk berdiri dengan teguh dan tegar. Terdapat dua kaedah penyanggaan dilakukan mengikut struktur yang disangga. Jika struktur yang disokong adalah lantai atas, maka penyanggaan bawah (Back Propping) dilakukan dan jika tiang/kolum, penyanggaan condong pada sudut 45 darjah digunakan. Apa yang perlu, pastikan tiang penyangga diikat kemas kepada kotak bentuk kolum dan lantai dan pelarasan menolak dan menarik dapat dilakukan • Setelah kotak bentuk dirikan dan pengujian keselarian dijalankan , tiang penyangga dipasang bagi membantu mendapatkan ketepatan posisi kotak bentuk. • Bagi tiang penyangga yang boleh dilaras, ia lebih memudahkan pelarasan turun-naik dan pugak kotak bentuk. • Baji boleh juga digunakan pada bahagian tertentu yang memerlukan terutama apabila menggunakan tiang penyangga kayu. • Bahagian kaki tiang disandar pada lantai , sole plate boleh digunakan sebagai pelapik tiang.Bahagian kepala akan menongkak papak bawah atau sisi kotak bentuk


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 18 • Posisi pemasangan tiang penyangga ditunjukkan dalam ambarajah dibawah Rajah 5: Tiang penyangga digunakan dalam pembinaan 2.4 Peranca • Pengunaan peranca akan memudahkan kerja-kerja dibahagian tinggi dilakukan. Jika peranca yang diguna adalah peranca keluli, kaedah mendirikannya menggunakan komponen-komponen keluli daripada tiub keluli berangka aluminium aloi. Ia banyak dibantu dengan menggunakan pepasang khas dimana setiap komponen disambung dan dihubungkan menggunakan pepasang berkenaan. Contoh peranca adalah peranca keluli berangka. Peranca ini mengandungi rangka utama, rangka lintang, papan pelantar, rembat palang, pengalas, pin sambungan. Rajah 6: Contoh peranca yang digunakan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 18 4.0 TUJUAN MENGGUNAKAN MINYAK ACUAN (MOULD OIL) Minyak Acuan (Mould oil) adalah agen berkualiti tinggi untuk kegunaan kotak bentuk . Minyak disapu atau disembur pada pemukaan dalaman pampan. Penggunaan minyak ini dilakukan dengan bantuan foam , penyembur atau berus dalam masa 48 jam sebelum menempatkan konkrit Tujuannya • Memastikan kotak bentuk mudah di tanggal dan dipisahkan dari konkrit setelah konkrit mengeras • Minyak acuan menghasilkan kemasan terbaik pada konkrit , bebas dari minyak dan membantu melindungi kotak bentuk • Melindungi kerosakan pada konkrit • Memudahkan kotak bentuk dibersih dan diselenggara 5.0 MEMASANG KOTAK BENTUK Kotak bentuk tiang didirikan secara bersendirian. Walaupun kerja-kerja mendirikannya dibuat melebihi satu unit, binaannya masih tidak disandar pada struktur lain. Oleh itu ia memerlukan tupang, perembat atau beloti penetap untuk memegang antara kotak tiang dengan kotak tiang yang lain. 5.1 Prosedur Mendirikan dan Memasang Komponen Kotak bentuk Tiang 1. Kotak bentuk tiang ada beberapa bahagian iaitu pendinding, perembat dan pengikat. 2. Pendinding diperbuat daripada papan lapis dan saiznya mengikut ketinggian tiang. 3. Perembat terdiri daripada kayu dan dipasang pada pendinding bagi mengemaskan kedudukan dan membentuk seperti anak tangga.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 18 Rajah 7 Menunjukkan peralatan yang digunakan untuk membina kotak bentuk. 4. Kotak bentuk diatur dalam keadaan tegak mengikut bentuk tiang iaitu bentuk segi empat. 5. Kotak bentuk tiang dibina dengan menyusun ketiga – tiga sisi tiang tetapi pada sisi keempat ia hanya dilekatkan apabila pemasangan sepenuhnya ditapak. Rajah 8 Menunjukkan pekerja sedang memaku bahagian sisi papan untuk membuat kotak bentuk tiang.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 9 Drpd/of : 18 Rajah 9 Menunjukkan keadaan kotak bentuk yang telah siap dipaku untuk 3 sisi bahagian. Rajah 10 Menunjukkan pekerja sedang memasang kotak bentuk pada tetulang tiang yang telah didirikan. 6. Manakala pada setiap pendinding dibuat lubang kecil dan diikat dengan keluli lembut R10. Ia dibiarkan terjulur untuk kerja – kerja mengikat batu bata nanti. 7. Pemasangan kotak bentuk ini akan dikukuhkan lagi dengan tupang yang akan menahan kotak bentuk daripada runtuh semasa kerja – kerja menuang konkrit ke dalam kotak bentuk tiang.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 10 Drpd/of : 18 Rajah 11 Menunjukkan penggunaan penupang pada kotak bentuk tiang. Rajah 12 Menunjukkan kotaka bentuk tiang yang telah siap didirikan. Pelarasan Kotak Bentuk 1. Setelah kerja – kerja pemasangan kotak bentuk tiang siap dipasang, ianya perlu dilaraskan supaya kedudukan kotak bentuk tersebut berada dalam keadaan tepat 900 . 2. Pelarasan ini di buat secara berhati – hati untuk mengelakkan daripada berlakunya kedudukan balak atau rasuk yang tidak selaras dan akan menyebabkan binaan bangunan tidak selamat serta merbahaya. 3. Kerja pelarasan ini dilakukan dengan menggunakan tali pembenang yang diikat pada kayu yang mana panjangnya sama dengan ketinggian kotak bentuk tiang.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 11 Drpd/of : 18 Rajah 13 Menunjukkan kerja melaraskan benang sedang dilakukan. 4. Pemberat atau ‘plumbup’ diikat pada benang agar berada dalam keadaan tergantung dan seterusnya ia dilaraskan dengan betul sehingga ianya berada dalam keadaan tepat 900 . Rajah 14 Menunjukkan seorang pekerja sedang mengukur kelarasan tiang dengan menggunakan pita ukur.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 12 Drpd/of : 18 Rajah 15 Menunjukkan pekerja sedang melaraskan kotak bentuk. 5. Ia dijalankan pada dua bahagian iaitu ke arah utara dan ke arah barat. 6. Setelah keadaan kotak bentuk tiang berada dalam keadaan seimbang, tupang perlu dilekatkan supaya kedudukan tiang stabil dan berada pada paras 900 . Rajah 16 Menunjukkan kerja menupang kotak bentuk sedang dilakukan. 7. Kerja – kerja ini dimulakan pada setiap bahagian penjuru bangunan dan diikuti pada bahagian tengah bangunan. 8. Kemudian binaan tiang dikuatkan lagi dengan memasang perembat yang menyentuh tiang dan seterusnya dikemaskan.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 13 Drpd/of : 18 Rajah 17 Menunjukkan kerja mengemaskan kotak bentuk dilakukan. Rajah 18 Menunjukkan kotak bentuk yang telah siap didirikan dan distabilkan pugak 900 . 5.2 Prosedur Mendirikan dan Memasang Komponen Kotak bentuk Rasuk Bumi dan Rasuk Atas/Bumbung 1. Dibina menggunakan kayu bersaiz 1” x 2” dan papan lapis 12mm. 2. Kotak bentuk perlu dibina mengikut saiz dan ketinggian yang telah ditetapkan didalam pelan. 3. Pembinaannya mestilah kuat dan kukuh untuk menahan getaran semasa kerja – kerja pemadatan konkrit dijalankan.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 14 Drpd/of : 18 4. Perlu dipastikan tiada kebocoran pada bahagian – bahagian serta sambungan – sambungan kotak bentuk bagi mengelakkan kehilangan air konkrit yang boleh menyebabkan honey combing. 5. Setelah pemasangan kotak bentuk siap, kerja pengerasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk adalah rata dan searas. 6. Permukaan papan lapis perlu disapu dengan minyak hitam terlebih dahulu supaya konkrit yang dimasukkan tidak melekat pada kotak bentuk tersebut. 5.2.1 Mendirikan dan Memasang Komponen Kotak bentuk Rasuk Bumi • Sediakan ruang dan bina peparit rasuk (jika perlu) dari tiang ke tiang konkrit . • Rentang tali mengikut posisi rasuk (Jika perlu) • Tempatkan pampan tepi pada salah satu sisi rasuk berpandukan tali. • Topangkan pampan acuan sisi ini dengan memastikan komponen ini teguh dan tetap. Rajah 19 Menunjukkan rembat dipasang di sisi pampan dan pacangditanam ke dalam tanah • Gunakan rembat condong ,rembat lintang ,pacang kayu dan sole plate untuk sokongan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 15 Drpd/of : 18 • Tanamkan pacang-pacang kayu pada kedalaman sekurang-kurangnya 450mm ke dalam tanah. Bagi tanah lembut, sole plate yang terdiri dari papan direntang diantara beberapa pacang dan ini akan membantu mengagihkan bebanan lebih seimbang. Rembat lintang dan condong ini dipaku pada sole plate • Pakukan rembat condong. Dengan sokongan sole plate kesemua anggota rembat dipaku pada kotak acuan. Ia akan dapat menahan tekanan yang dikenakan oleh konkrit basah dan alat-alat mampatan Rajah 20 Menunjukkan pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk bumi. 5.2.2 Pembinaan Kotak Bentuk Rasuk Bumbung / Tingkat Atas 1. Berbentuk sama seperti ground beam, tetapi ianya perlu disokong oleh tupang bagi memelihara kedudukan dan sisiannya. Sokongan kotak bentuk dikenali sabagai topang tee. 2. Perlu dibina dari tiang ke tiang. 3. Kerja – kerja pembinaan kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas memerlukan papan jalan atau prob terlebih dahulu. 4. Kerja – kerja memasang prob akan disertakan dengan kerja – kerja menupang menggunakan topang tee ataupun peranca. 5. Saiz kayu topang tee ialah 2” x 3” dan hendaklah mempunyai jarak lebih kurang 2 kaki antara satu sama lain dibawah kotak bentuk.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 16 Drpd/of : 18 6. Kayu yang digunakan untuk topang tee adalah dari kayu yang terpilih untuk dijadikan sebagai penyokong kepada kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas supaya dapat menanggung beban apabila pekerja berdiri diatasnya untuk kerja – kerja menuang konkrit. 7. Prob akan dipasang diatas penutup tiang yang dipasang terlebih dahulu pada setiap tiang. 8. Tujuannya untuk memastikan ketinggian tiang adalah sama antara satu sama lain, dan juga melindungi tiang daripada pecah atau retak. 9. Kerja – kerja memasang prob perlu dilakukan dengan berhati – hati begitu juga dengan kerja – kerja meletak tupang dibawahnya. 10. Untuk memastikan keselarian,kerja – kerja setting out akan dijalankan dimana benang akan direntang pada papan jalan untuk dijadikan panduan memasang kotak bentuk rasuk bumbung(roof beam). 11. Bagi memastikan kedudukan roof beam adalah selari dengan ground beam, pelambab akan digunakan. Caranya batu pelambab akan digantung dan dijatuhkan bebas. Perlu dipastikan ianya jatuh betul – betul pada setiap penjuru ground beam. 12. Kerja pengarasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk adalah rata dan searas. Rajah 21 Menunjukkan kerja – kerja pemasangan prob dan pemasangan topang tee/peranca.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 17 Drpd/of : 18 Rajah 22 Menunjukkan kerja – kerja pemasangan rasuk tingkat atas.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(4/6) Muka / Page : 18 Drpd/of : 18 Rujukan 1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia en.wikipedia.org/wiki/Formwork 2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html 3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ... www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications 4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3 5. Formwork Method Statement | Planning Engineer Est. www.planningengineer.net/formwork-method-statement/ 6. TYPES OF CONCRETE WITH APPLICATIONS - The Constructor theconstructor.org › Concrete 7. Staircase formwork www.weckenmann.com/en/equipment-and-formwork/formwork/staircaseformwork/


TAJUK / TITLE: PEMERIKSAAN KOTAK BENTUK TUJUAN / PURPOSE: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan pemeriksaan ke atas anggota-anggota kotak bentuk KOTAK BENTUK dengan menggunakan perkakas dan peralatan mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan. KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION 5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS MATURED) NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. WTP 1033/ K01/NK05-06 Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 18 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 18 PENERANGAN 1.0 PENDAHULUAN Kotak bentuk perlu dipasang dan dirikan mengikut pelan dan spesifikasi yang disediakan oleh jurutera berkelayakan. Penempatan kotak bentuk perlu mematuhi standard tempatan, peraturan atau kod bidang kuasa. Bagi memastikan setiap aras dipatuhi, pemeriksaan adalah diperlukan. 2.0 PIHAK ATAU PERSONEL YANG DIBERI KUASA MENGENDALIKAN PEMERIKSAAN i) Jurutera/ Arkitek berdaftar Akta Kawalan Bangunan memerlukan pemeriksaan visual dilakukan oleh jurutera struktur yang didaftarkan sebagai jurutera professional dalam disiplin kejuruteraan awam atau struktur. Ini adalah kerana keperluan atau kepentingan untuk melakukan penilaian dan penghakiman professional dalam kejuruteraan struktur semasa pemeriksaan berkenaan ii) Pihak Berkuasa Tempatan • PBT pada umumnya diberi kuasa oleh undang-undang untuk memastikan kawasan pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam keadaan sempurna sesuai dengan keadaan masyarakat tempatan • Pengawalan pembinaan bangunan merupakan salah satu fungsi yang dipertanggungjawabkan kepada PBT untuk dilaksanakan melalu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (akta 133). Pengawalan pembinaan bangunan dilaksanakan untuk memastikan segala binaan yang terdapat dalam kawasan PBT berada dalam keadaan selamat dan sempurna berasaskan syarat-syarat yang ditetapkan. • Dalam kontek ini PBT berperanan memastikan setiap kaedah pembinaan termasuk strukturnya dibina mengikut syarat-syarat yang dibenarkan dan pemeriksaan kualiti dilaksanakan sebaiknya


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 18 3.0 KRITERIA PEMERIKSAAN AKHIR KOTAK BENTUK Sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan, pemeriksaan akhir keseluruhan kotak bentuk dan elemen yang bergabung perlu dilakukan bagi memastikan kotak bentuk yang dibina mematuhi spesifikasi .Tindakan yang perlu diambil adalah memeriksa kriteria berikut: a) Saiz dan dimensi • Memeriksa ketepatan saiz kotak bentuk seperti mana ditetapkan dalam pelan dan spesifikasi • Pastikan posisi besi tetulang dalam keadaan betul. Jarak renggangan antara tetulang dengan kotak bentuk berada di dimensi yang betul mengikut ketebalan kulit konkrit yang diperlukan mengikut spesifikasi • Sebaran potongan panel bagi menyesuaikan pada bukaan hendaklah mempunyai bentuk dan dimensi yang tepat dengan posisi yang betul b) Keselarian /jajaran • Pemeriksaan ini meliputi pemeriksaan terhadap bentuk, aras dan jajaran semua elemen kotak bentuk • Periksa anggota sokongan yang menahan kotak bentuk bagi menetap keselarian seperti rembat, penyangga dan tiang penyangga c) Kepugakan • Bagi kotak bentuk berskala kecil, kepugakan boleh disemak menggunakan plambab atau timbang air. Bagaimana pun bagi pembinaan tinggi bertingkat, kepugakan boleh dikawal menggunakan perkakasan berikut: i. Optical Plumbing Instrument ii. Conventional Theodolite iii. Construction Laser beam d) Kekuatan • Pengujian samada keadaan kotak bentuk cukup kukuh dan teguh untuk menanggung proses pengkonkritan.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 18 • Memastikan semua pengikat diketat. Semua penyambung berbenang seperti bar pengikat, bol cangkuk dan sebagainya disemak • Periksa kekuatan menahan piuh dan melenduk • Meneliti kekuatan dan kestabilan keseluruhan- kekuatan menahan pecah dan terbalik. e) Ketahanan • Teliti kaedah binaan dan penyokong yang dikenakan. Pastikan ia mampu bertahan menerima dan menyokong konkrit dalam jangka masa tertentu. • Jarak penyokong adalah seperti ditentukan dan dipasang kemas pada kepala dan plate bearing. • Semua penyokong dirembat secara melintang dan condong f) Kebersihan Permukaan kotak bentuk yang akan menerima konkrit hendaklah bebas dari bahan asing yang boleh menjejaskan permukaan kemasan konkrit. g) Kebolehtelapan • Ada laluan keluar udara dan air- Ketelapan pada kotak bentuk terwujud apabila udara yang terperangkap dan lebihan air dapat disalur keluar semasa penempatan konkrit tanpa menjejaskan kandunan simen. Ini dapat dilakukan dengan adanya sistem tapisan dan aliran keluar. Oleh itu pemeriksaan dilakukan untuk memastikan sistem ini dapat berfungsi. • Tidak bocor- Air tidak boleh dibenarkan keluar melalu liang-liang lain, oleh itu pemeriksaan perlu memastikan semua liang-liang atau regangan pada sambungan ditutup bagi mengelakkan simen dari meleleh keluar.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 18 Rajah 1: Lapisan formtex • Kesan dari ketelapan pada kotak bentuk akan menghapuskan liang udara (bug Holes) pada permukaan konkrit dan meningkatkan kekuatan dan ketahanan permukaan konkrit. Kaedah Pemeriksaan a) Dalam kes tertentu jurutera diperlukan untuk menentukan kemampuan kotak bentuk melalui kaedah permerhatian visual b) Pemeriksaan yang melibatkan elemen struktur menegak tinggi (tembok & kolum) atau elemen gantung pada rentang yang panjang (rasuk & slab). Pemeriksaan komprehensif perlu dilakukan oleh jurutera struktur bertauliah bagi melengkapkan pemeriksaan c) Jurutera perlu merujuk lukisan butiran struktur berkaitan dengan rekabentuk kotak bentuk sebagai satu kaedah memastikan pemeriksaan dilakukan pada bahagian-bahagian yang betul dan diperlukan Rajah menunjukkan contoh dimana satu lapisan (formtex) dilekatkan pada sebelah kotak untuk berfungsi sebagai lapisan penapis dan satu sisian lagi untuk berfungsi sebagai lapisan saliran.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 18 4.0 JENIS-JENIS BORANG PEMERIKSAAN Pada kebiasaannya dalam sektor pembinaan borang pemeriksaan yang sering digunakan adalah Request For Information (RFI) dan Request For Inspection (RIN) 4.1 Request for Inspection (RIN) Borang ini mengandungi perincian tentang kerja yang hendak dibuat dengan menyatakan jenis kerja, tarikh untuk dilaksanakan, tarikh permohonan pemeriksaan oleh C.O.W (Clark of Work), ruangan komen oleh kontraktor setelah pemeriksaan dilakukan, ruang komen oleh C.O.W setelah pemeriksaan, status pemeriksaan dan ruang-ruang pengesahan. Biasanya setiap kontraktor mempunyai format borang tersendiri. 4.2 Request for Information (RFI) Biasanya merujuk kepada pertanyaan/permohonan teknikal yang dibangkitkan oleh satu pihak terhadap kontrak projek pembinaan kepada pihak lain. Kebiasaannya, permohonan daripada kontraktor kepada klien, tetapi ianya boleh juga antara mana-mana pihak, contohnya dari sub kontraktor kepada kontraktor. Tujuan : RFI diguna untuk mendapatkan penjelasan tentang komponen atau pemasangan dengan lebih spesifik disebabkan ianya tidak dinyatakan lebih lanjut atau tidak difahami walaupun melalui semakan lukisan dan spesifikasi. RFI juga diguna oleh pemilik untuk melaksanakan ujian dan pemeriksaan sebagai satu usaha memastikan kawalan kualiti . Jika pemeriksaan mendapati samada bahan atau mutu kerja tidak mematuhi spesifikasi, kontraktor diminta untuk membaiki atau mengganti kerja atas perbelanjaan sendiri.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 18 4.3 Lain-lain Borang Pemeriksaan Selain itu, terdapat juga borang-borang pemeriksaan lain terutamanya borang dari Jabatan Kerja Raya (JKR). Borang-borang ini terdiri dari tiga jenis yang mengandungi tiga (3) peringkat pemeriksaan iaitu Peringkat Penerimaan, Peringkat Pembinaan dan Peringkat Produk Siap. Daripada ketiga-tiga jenis borang pemeriksaan ini, pelaksanaan pemeriksaan diperincikan seperti berikut: i) Peringkat Penerimaan ▪ Penerimaan untuk tujuan operasi dan senggara; ▪ Penerimaan untuk tujuan daftar aset khusus; ii) Peringkat Pembinaan ▪ Peringkat operasi dan penyenggaraan aset; iii) Peringkat Produk Siap ▪ Peringkat penilaian awal bagi tujuan pemulihan, ubah suai dan naik taraf; ▪ Peringkat penilaian awal bagi tujuan pemuliharaan ▪ Peringkat penilaian awal bagi tujuan penilaian risiko dan keselamatan ▪ Peringkat penilaian keadaan bangunan selepas bencana (jika berkaitan)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 18 4.4 Format Borang Pemeriksaan Yang Digunakan Rajah 2: Borang Request For Inspection (RIN) Rajah 3:Borang Request For Information (RFI)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 9 Drpd/of : 18 Rajah 4:Borang Pemeriksaan kerja struktur konkrit (proses pembinaan) daripada JKR


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 10 Drpd/of : 18 4.5Cara Mengisi Borang Pemeriksaan Contoh cara mengisi borang pemeriksaan adalah seperti berikut:- Umumnya borang pemeriksaan ini terbahagi kepada 3 bahagian utama dan disertakan dengan inspection check list.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 11 Drpd/of : 18 Bahagian 1 Bahagian ini mengandungi maklumat-maklumat berikut:- 1. Tarikh dan masa sesuatu kerja itu sedia untuk diperiksa oleh pihak konsultan. 2. Tarikh dan masa sesuatu kerja itu akan dibuat setelah diperiksa oleh pihak konsultan. 3. Lokasi kerja yang akan dibuat. 4. Perkara lain yang terlibat dengan kerja tersebut. 5. Deskripsi kerja yang akan dijalankan, contohnya kerja mengikat batu bata. (Setting out and brick laying) 6. Pengesahan permintaan untuk inspection dari pihak kontraktor dan sub-con mereka. 7. Pengesahan penerimaan borang inspection oleh pihak konsultan. (di sahkan sama ada oleh clerk of work atau resident architect) Bahagian ke 2 Bahagian ini mengandungi perkara berikut:- 1. Respons dari pihak konsultan yang menjalankan pemeriksaan. Respons ini diterjemahkan dalam komen dimana sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan maka perkara tersebut disenaraikan dalam ruangan komen tersebut.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 12 Drpd/of : 18 2. Status pemeriksaan - di beri nilaian dalam bentuk A,B,C dan D A- kerja yg dibuat itu diterima dan kerja berikutnya boleh dijalankan B- terdapat pembetulan yang perlu dibuat kepada kerja tersebut, namun begitu tidak memerlukan pemeriksaan semula oleh konsultan C- terdapat pembetulan yang perlu dibuat ke atas kerja tersebut dan pembetulan ini perlu diperiksa semula oleh konsultan D- kerja tersebut tidak diterima dan pemeriksaan semula perlu dibuat melalui inspection form yang baru 3. Perakuan pemeriksaan - dibuat oleh konsultan yg melaksanakan pemeriksaan tersebut. Biasanya dibuat oleh clerk of work. 4. Kelulusan ke atas pemeriksaan yg dibuat - biasanya diperakukan oleh residen akitek. Bahagian ke 3 Bahagian ini adalah bahagian perakuan ke atas pemeriksaan semula bagi kerjakerja yang mendapat status C dalam pemeriksaan di atas. Bahagian ini mengandungi maklumat berikut:


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 13 Drpd/of : 18 1. Tarikh dan waktu kerja-kerja pembetulan lanjutan dilaksanakan 2. Status pemeriksaan ke atas kerja--kerja pembetulan lanjutan tersebut samada diterima atau tidak. Sekiranya kerja-kerja pembetulan lanjutan itu masih tidak dapat diterima maka inspection form ini akan ditutup dengan status C dan inspection form yang baru mesti dikeluarkan untuk pemeriksaan lanjutan. Perakuan oleh konsultan yang menjalankan pemeriksaan tersebut. 5.0 MENGATUR PEMERIKSAAN KERJA LUAR Pemeriksaan bangunan diatur melibatkan prosedur berikut :- i. Pemeriksaan secara visual ; dan ii. Pemeriksaan terperinci oleh Jurutera pakar Pemeriksa bangunan perlu melaksanakan pemeriksaan tinjauan awalan sebagai salah satu keperluan kepada pemeriksaan penyiasatan terperinci oleh jurutera pakar. Walau bagaimana pun ia bergantung kepada jenis dan tahap kecacatan serta kerosakan yang dilaporkan di dalam laporan awalan pemeriksaan visual. 5.1Proses pelaksanaan pemeriksaan i. Perlantikan Pemeriksa Bangunan ii. Penyediaan Jadual Perancangan Program Pemeriksaan iii. Penyediaan borang semak pemeriksaan, keperluan sumber, dan peralatan dalam pemeriksaan bangunan. iv. Mengatur perkhidmatan pihak Jurutera pakar yang diperlukan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 14 Drpd/of : 18 5.2Merancang Pemeriksaan i. Senarai semak ii. Borang Pemeriksaan 5.3Kaedah Pemeriksaan i. Berjadual ii. Berterusan Kedua-dua kaedah ini lazimnya diaplikasi bagi proses penyenggaraan. Bagi proses menentukan yang sistem perpaipan dalam keadaan baik dan berfungsi, pemeriksaan boleh diatur pada masa tertentu mengikut kesesuaian sebelum penyerahan projek. 6.0 MENGATUR PEMERIKSAAN KOTAK BENTUK Pada beberapa peringkat semasa pembinaan, pemeriksaan kualiti perlu diatur bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan mematuhi syarat-syarat persetujuan bangunan. Persetujuan bangunan menyenaraikan pemeriksaan yang boleh dijalankan. Jangkamasa yang jelas bagi kerja –kerja bangunan dan tempahan pemeriksaan lebih awal perlu dilakukan bagi mengelakkan penangguhan ditapak. Elemenelemen atau anggota-anggota yang perlu diperiksa perlu ditetapkan dan disusun mengikut keperluan. Jenis-jenis pemeriksaan berkaitan dengan kotak bentuk disenaraikan dibawah i. Pemeriksaan shuttering untuk kebersihan muka ,kekedapan dan kemampuan menahan beban tanpa gagal, kestabilan, keselamatan, ketepatan dimensi ,aras dan jajaran. ii. Pengujian pugak dan keselarian kotak bentuk menggunakan 1m/2m timbang air pada beberapa poin. iii. Bagi semua pemotongan dan bukaan • Buat pengujian pada poin mengikut lukisan • Sudut tepat pada bahagian dalam di 4 penjuru • Pengujian menyerong


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 15 Drpd/of : 18 iv. Bagi kes kotak bentuk slab, penyokongnya hendaklah terbaik, disokong oleh baji-baji kayu. v. Bina penyokong mengikut tertib supaya tidak terperangkap yang menyebabkan terpaksa menanggal bahagian –bahagian kritikal yang sepatutnya masih diperlukan untuk sokongan. 7.0 KEPERLUAN BADAN KAWAL SELIA KERJA KOTAK BENTUK BANGUNAN KEDIAMAN Dalam memastikan kerja-kerja kotak bentuk dijalan dengan berkesan, badan kawal selia yang dilantik adalah bertanggungjawab terhadap keperluankeperluan seperti Kawalan Kualiti dan Keselamatan dan kesihatan . Bagi Badan Kawal Selia dalam industry pembinaan, The Construction Industry Development Board of Malaysia (CIDB), diberi tanggungjawab mempromosi sektor perkhidmatan pembinaan, seperti mana juga berperanan menyelaras dan memantau kemajuan keseluruhan proses perlaksanaan Construction Industry Master Plan (CIMP). Semua syarikat pembinaan perlu berdaftar dengan CIDB . Diantara agensi kawal selia lain berkaitan adalah: • The Board of Engineers Malaysia (BEM); • The Board of Quantity Surveyors Malaysia (LJBM); • The Institution of Engineers Malaysia (IEM); • The Malaysian Institute of Architects (PAM); • The Institution of Surveyors Malaysia (ISM); • The Master Builders Association Malaysia (MBAM); • The Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) Pada asasnya badan kawal selia ini perlu memenuhi keperluan mengikut kod amalan yang digunapakai seperti BS 5975 2008: 2011 - British Standards Code practice for formwork.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 16 Drpd/of : 18 7.1 Keperluan Kawal Selia Kawal selia juga perlu memenuhi keperluan mengikut aspek-aspek Keselamatan dan Kesihatan dan Kawalan kualiti a) Keselamatan dan kesihatan Dua aspek major yang perlu diberi perhatian adalah: • Keselamatan Personal melibatkan pekerja dan orang awam Menggunakan perkakas keselamatan dan pengadang keselamatan • Keselamatan struktur kotak bentuk Binaan yang kukuh dengan kelengkapan susur keselamatan,toe board, laluan tangga. 3 aspek penting yang perlu dipenuhi adalah kekuatan, kestabilan dan kukuh/teguh b) Kawalan Kualiti Kualiti kotak bentuk akan mempengaruhi kotak bentuk dalam dua aspek iaitu: Ketepatan Bentuk Konkrit dan Kualiti Permukaan Konkrit. Ketepatan dikawal oleh sisihan yang dibenarkan kelegaan) dalam • Pesongan (Deflection) kotak bentuk • Bahan-bahan • Komponen • Mutu Kerja


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 17 Drpd/of : 18 Jadual 1: Contoh Keperluan yang perlu dipenuhi mengikut Kod Amalan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(5/6) Muka / Page : 18 Drpd/of : 18 Rujukan 1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia en.wikipedia.org/wiki/Formwork 2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html 3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ... www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications 4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3 5. Formwork Method Statement | Planning Engineer Est. www.planningengineer.net/formwork-method-statement/ 6. Request for information RFI - Designing Buildings Wiki https://www.designingbuildings.co.uk/wiki/Request_for_information_RFI 7. Construction & Related Engineering - MITI Myservices Portal myservices.miti.gov.my/web/guest/construction-and-related-engineering 8. Staircase formwork www.weckenmann.com/en/equipment-andformwork/formwork/staircase-formwork/ 9. Control of Verticality - Civil Engineering www.qs4freshers.com/control-of-verticality.html 10.TYPES OF CONCRETE WITH APPLICATIONS - The Constructor theconstructor.org › Concrete 11. Staircase formwork www.weckenmann.com/en/equipment-and-formwork/formwork/staircaseformwork/


TAJUK / TITLE: MEMBUKA KOTAK BENTUK TUJUAN / PURPOSE: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja MEMBUKA KOTAK BENTUK secara terancang menggunakan pelbagai jenis peralatan termasuk merangka kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan. KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION TAHAP DAN SEMESTER / LEVEL AND SEMESTER L3 (SEMESTER 3) NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK NO. DAN PENYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION 5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS MATURED) NO. KOD KSKV / KSKV CODE NO. Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 12 NO. KOD / CODE NO. BC-030-3: 2013-C02/P(6/6) BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(6/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 12 PENERANGAN 1.0 PENDAHULUAN Membuka kotak bentuk dilakukan selepas konkrit mencapai pengerasan tahap tertentu mengikut bahagian-bahagian pada struktur.Ini adalah kerana bahagianbahagian tertentu pada struktur bangunan dibebani dengan beban yang berbeza.Satu perkara yang perlu disedari ialah kerja-kerja membuka kotak bentuk adalah fasa paling merbahaya dalam pembinaan konkrit. Bahaya objek terjatuh merupakan bahaya utama. Tempoh masa yang sesuai dimana kotak bentuk selamat ditanggalkan bergantung kepada jenis –jenis elemen. Tempoh minimum berubah daripada 1- 28 hari bagaimanapun ia tertakluk kepada faktor berikut: • Keadaan cuaca • Jenis,saiz,bentuk dan posisi elemen struktur • Panduan yang digariskan dalam B.O.Q (bill of Quantity) Jadual 1: Tempoh masa membuka kotak bentuk * Struktur tidak boleh dibebankan sebelum 28 hari Bil. Deskripsi Anggota Struktural Jangkamasa 1 Tembok, Tiang dan sisi menegak rasuk 1 - 2 hari 2 Lantai/Slabs (tiang sesangga dikekal/props left under) 3 hari 3 Papak Rasuk/Beam soffits ( tiang sesangga papak bawah dikekal /props left under) 7 hari 4 Membuka tiang sesangga/props pada lantai (7-14 hari) (a) Bagi lantai rentang sehingga 4.5 m 7 hari (b) bagi rentang melebihi 4.5 m 14 hari 5 Membuka sesangga rasuk dan gerbang (a) Rentang sehingga 6 m 14 hari (b) Rentang melebihi 6 m 21 hari


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(6/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 12 2.0 KAEDAH MEMBUKA KOTAK BENTUK Sebelum kerja-kerja membuka kotak bentuk dilakukan, pekerja seharusnya tahu posisi komponen yang menyokong struktur. Komponen yang seharusnya dibuka dahulu dan tidak terperangkap oleh komponen lain. Jadi pastikan komponen penyokong yang tidak terperangkap dibuka terlebih dahulu seperti penyangga (strut), topang, rembat , rod pengikat , tiang penyangga (prop) dan lain komponen. Perlu diingat semua komponen ini diguna pada kebanyakan kotak bentuk samada tembok, tiang, rasuk dan asas. Kaedah umum membuka kotak bentuk i. Pampan-pampan tepi kotak bentuk yang membentuk permukaan menegak bagi tembok, rasuk dan tiang/kolum boleh dibuka terlebih dahulu kerana tiada beban yang dikenakan sebaliknya hanya menahan konkrit. ii. Pampan-pampan yang membentuk papak bawah lantai ditanggalkan kemudian iii. Pampan-pampan yang membentuk papak bawah rasuk,alang atau pampan yang dibeban ditanggalkan diakhir sekali Kaedah membuka juga bergantung kepada posisi aksesori atau komponen penyokong yang menyokong kotak bentuk struktur tertentu. Prosedur membuka kotak bentuk seperti berikut: i. Setelah konkrit mengeras dan kering sepenuhnya,kerja-kerja membuka komponen kotak bentuk boleh dilakukan ii. Kerja-kerja membuka kotak bentuk hanya menggunakan tukul, mengetuk komponen kotak bentuk bagi menanggalkannya. iii. Jika struktur yang dihasilkan terdapat lompang ,langkah yang paling mudah adalah menampal dengan morta simen iv. Kotak bentuk yang siap ditanggal dikumpul di satu tempat untuk kegunaan seterusnya v. Kotak bentuk seharus berada di dalam keadaan yang tidak membenarkannya ditanggal sehingga konkrit mencapai kekuatan sekurang-kurangnya dua kali tegasan yang dikenakan pada konkrit pada masa kotak bentuk ditanggalkan.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(6/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 12 vi. Semua kotak bentuk perlu dikurangkan secara beransur-ansur dan berhati-hati bagi menghindari bebanan dipindah kepada konkrit secara mengejut vii. Kerja membukakan kotak bentuk perlu dilakukan secara sistematik seperti dek ditanggal secara progresif apabila sistem sokongan ditanggal secara beransur-ansur.Satu cara membukakan kotak bentuk adalah dengan merendahkan sistem sokongan secara bahagian-bahagian. Kemudian menjatuhkan segmen dek ke atas sistem sokongan. Cara ini lebih digemari dari perpektif kerja manual. viii. Setiap komponen yang akan ditanggal mempunyai jangkamasa tertentu. Oleh itu kerja-kerja perlu dilakukan secara terancang dan berperingkatperingkat bagi mendapatkan struktur yang berkualiti tidak mengalami kecacatan. ix. Komponen kotak bentuk pada bahagian –bahagian tertentu boleh dibuka lebih awal berbanding bahagian lain contohnya pampan tepi bagi rasuk boleh dibuka 1-2 hari berbanding papak bawahnya (rujuk jadual tempoh masa membuka kotak bentuk) x. Oleh itu bahagian-bahagian ini bolehlah dibuka terlebih dahulu untuk digunakan pada struktur berikutnya. 2.1 Membuka Kotak Bentuk Mengikut Jenis Struktur a) Membuka Kotak bentuk Tiang i. Kerja bermula dengan mengetuk pada bahagian bawah kotak bentuk dan membawa sehingga ke bahagian atas bagi menceraikan lekatan antara konkrit dan permukaan dalam pampan. ii. Buka semua penyangga (Strut) , rembat dan topang iii.Buka pampan acuan satu demi satu mengikut kesesuaian.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(6/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 12 Rajah 1: Besi R10 tidak ditanggalkan semasa kerja membuka kotak bentuk b) Membuka Kotak bentuk Rasuk Atas i) Patuhi jadual membuka kotak bentuk rasuk yang menghendaki Papak Rasuk/Beam soffits ( tiang sesangga dikekal ) dibuka dalam masa 7 hari dengan mengekalkan tiang yang menyokong papak bawah ii) Apabila membuka komponen yang berada pada bahagian atas, kerjakerja menurunkannya hendaklah dilakukan secara bersistem. Membiarkan komponen dijatuhkan boleh menyebabkan kerosakan dan kemalangan. iii) Tanggalkan komponen yang tidak terperangkap bagaimanapun ia perlu dipastikan bahawa komponen yang dibuka tidak memberi kesan kepada bahagian lain. Pekerja seharusnya tahu setiap peranan komponen dan penyokong yang digunakan. iv)Komponen penyokong yang perlu dibuka serentak adalah topang, rembat, beloti, pampan. Prop dan papak bawah perlu dikekalkan sehingga tempoh dibenarkan


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(6/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 12 Rajah 2: Kotak bentuk rasuk atas c) Membuka Kotak bentuk Slab/Lantai Atas i) Bagi struktur atas, kotak bentuk dibuka setelah konkrit benar-benar keras dan kuat supaya permukaan bawahnya tidak melenduk. Rujuk tempoh masa membuka kotak bentuk dalam Jadual 1 di atas. ii) Mulakan kerja membuka dari atas. iii) Penyingkiran tupang pada sisi kotak bentuk dilakukan secara berselang bagi mengekalkan keseimbangan struktur. iv) Bukakan komponen kotak bentuk untuk sisi slab menggunakan sedikit kekuatan. Jika kotak bentuknya terlekat kemas pada slab atau sukar untuk ditanggal, gunakan pry bar untuk melonggar lekatannya. Rajah 3: Pry bar dan cara penggunaannya plywood Beloti Rembat Tupang dipaku pada kicker Beloti menyokong papak bawah Tupang Pampan kicker Tiang Tee


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(6/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 12 Rajah 4: Kotak bentuk rasuk atas d) Membukakan Peranca (Scaffolding) Peranca menyediakan pelantar yang selamat bagi pekerja berkerja di atas yang tinggi. Proses membuka adalah sama seperti proses mendirikan peranca tetapi aktivitinya perlu dilakukan secara terbalik bermaksud semua kerja bergerak ke belakang i. Mulakan projek membuka pada bahagian paling atas peranca. Tanggalkan susur pelindung dan tiang terlebih dahulu menggunakan peralatan yang perlu.Pindahkan komponen –komponen lain dengan “passing” dari satu pekerja ke satu pekerja yang lain. ii. Tanggalkan pelantar dari setiap seksyen. Pengikat yang memegang struktur pada bangunan perlu dikeluarkan setelah keseluruhan pelantar yang ditahan ditanggalkan. iii. Periksa semua komponen peranca setelah semuanya selesai ditanggal. Komponen yang rosak, tidak boleh dibaiki perlu diasingkan. Komponen yang baik, disimpan untuk diguna semula.


NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(6/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 12 3.0 PENJAGAAN DAN PENYIMPANAN KOTAK BENTUK Tindakan penjagaan kotak bentuk perlu dilakukan setelah membuka dan sebelum menyimpannya a) Menyelenggara Kotak Bentuk i. Kerja –kerja penyelenggaraan perlu dilakukan selepas semua bahagian kotak bentuk dibuka.Ia melibatkan skop kerja seperti: • Membersih kotak bentuk dengan berus keras dan air • Mengikis konkrit yang terlekat pada bahagian-bahagian kotak bentuk • Meminyakkan kotak bentuk keluli bagi menghindari karat. b) Menyimpan unit-unit kotak bentuk. Kawasan penyimpanan yang rata dan tertutup diperlukan untuk menyimpan kotak bentuk selepas ditanggal. Ia bagi menjaga kualiti dan memastikannya boleh diguna semula. Langkah- langkah perlu diambil sebelum dan semasa menyimpan ; • Unit-unit kotak bentuk hendaklah dibersih sebelum disimpan kerana bahan yang melekat padanya akan menjadi keras dan susah untuk disingkirkan. • Panel-panel keluli perlu disalut nipis dengan minyak bagi menghindari karat. • Sebarang kotak bentuk dengan komponen keluli hendaklah disimpan dalam keadaan kering. • Hindari kotak bentuk kayu dari dedahan cuaca semasa dalam simpanan. • Apabila menyusun komponen, ia hendaklah dijarakkan dari tanah • Peruntukan perlu disediakan bagi membuka dan menyimpan komponen kotak yang besar. Ruang menyimpan yang rata diperlukan bagi menyimpan kotak bentuk selepas ditanggalkan


Click to View FlipBook Version