PENGAJIAN EMMA
PERNIAGAAN
SEMESTER 1
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN
GURU CEMERLANG
PENGAJIAN PERNIAGAAN
PERSEKITARAN
PERNIAGAAN
Keadaan sekeliling di mana
sesebuah perniagaan berfungsi
dan merangkumi faktor-faktor atau
pihak-pihak yang mempengaruhi
operasi dan prestasi perniagaan
secara langsung atau tidak
langsung.
DEFINISI
PERSEKITARAN
PERNIAGAAN
Persekitaran di luar organisasi yang
memberikan tekanan dan kesan
tidak langsung terhadap operasi
dan prestasi sesebuah perniagaan.
DEFINISI
PERSEKITARAN
UMUM
Persekitaran dalam organisasi
dimana persekitaran tugas akan
memberikan kesan secara
langsung terhadap operasi dan
prestasi perniagaan.
DEFINISI
PERSEKITARAN
TUGAS
7. ANTARABANGSA
6. PRASARANA
4. POLITIK DAN PERUNDANGAN
3. SOSIOBUDAYA 5. TEKNOLOGI
2. PERSAINGAN DAN JARINGAN
1. EKONOMI
PERSEKITARAN
UMUM
1. PERSEKITARAN EKONOMI
Keadaan ekonomi, sistem ekonomi yang
diamalkan, kuasa beli
pengguna,perubahan harga barang,
dinamik pasaran, keadaan risiko dan
ketidakpastian dalam ekonomi dan
pasaran.
PENGARUH EKONOMI TERHADAP PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Jika ekonomi stabil dan maju maka aktiviti perniagaan akan turut
berkembang dan menjamin peluang perniagaan.
✓ Pendapatan penduduk akan meningkat seterusnya menjamin
peningkatan jualan dan keuntungan perniagaan.
✓ Contohnya perniagaan menjual kereta mewah hanya sesuai dijalankan
di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan berkemampuan
sahaja.
PENGARUH EKONOMI TERHADAP PERNIAGAAN
NEGATIF
✓ Jika ekonomi meleset pendapatan pengguna jatuh, kuasa beli
menurun.
✓ Menyebabkan perbelanjaan pengguna jatuh dan aktiviti perniagaan
merosot
✓ Contohnya jika kadar pengangguran tinggi akan menyebabkan
pendapatan pengguna jatuh dan kuasa beli pengguna akan menurun.
2. PERSEKITARAN PERSAINGAN DAN
JARINGAN
✓ Persaingan merupakan firma/
perniagaan lain dalam industri /
pasaran yang sama
✓ Jaringan perniagaan merujuk kepada
hubungan perjanjian yang dibuat secara
formal/tidak formal
PENGARUH PERSAINGAN DAN JARINGAN
TERHADAP PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Persaingan menjadi pemangkin kepada perniagaan untuk melakukan
inovasi terhadap barang dan perkhidmatan, meningkatkan kualiti
produk, meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran/mengurangkan
kos pengeluaran.
✓ Perniagaan perlu menyesuaikan strategi pemasaran dengan struktur
pasaran agar dapat bersaing dengan lebih kompetitif.
✓ Jaringan dapat memudahkan proses pengeluaran dan strategi
pemasaran produk serta dapat membina hubungan baik dengan
pihak yang dapat memberi manfaat/kebaikan kepada perniagaan
dalam jangka panjang.
PENGARUH PERSAINGAN DAN JARINGAN
TERHADAP PERNIAGAAN
NEGATIF
✓ Persaingan yang sengit akan menjadi ancaman kepada perniagaan
kerana perlu bersaing dengan perniagaan yang mengeluarkan produk
yang sama/produk pengganti dalam pasaran yang sama.
✓ Jaringan yang terhasil akan mendedahkan perniagaan kepada risiko
kegagalan dimana ketidak lancaran proses pengeluaran barang akan
menjejaskan pakatan strategik yang dibentuk
3. PERSEKITARAN SOSIOBUDAYA
✓ Nilai budaya, sosial yang menjadi
amalan sesuatu kaum.
✓ Melibatkan interaksi antara ahli dan
kumpulan dalam masyarakat yang
berkongsi nilai budaya/amalan bersama.
PENGARUH SOSIOBUDAYA TERHADAP
PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Perniagaan yang berupaya memahami sosibudaya sesebuah pasaran
dengan baik akan berpeluang menguasai pasaran tersebut dalam
nisbah yang baik.
✓ Keupayaan memahami sesuatu sosiobudaya akan menjadi kan
pengguna memberi tanggapan positif kepada perniagaan tersebut.
✓ Contohnya apabila menjelang sambutan perayaan semua pengeluar
pakaian akan mengeluarkan pakaian yang sesuai dengan citarasa
perayaan tersebut.
PENGARUH SOSIOBUDAYA TERHADAP
PERNIAGAAN
NEGATIF
✓ Perniagaan yang tidak berupaya memahami sosibudaya sesebuah
pasaran dengan baik akan menyebabkan barangan tidak mendapat
perhatian pengguna.
✓ Tindakan yang bertentangan dengan sosiobudaya masyarakat hanya
akan menjejaskan imej perniagaan dan menimbulkan ketidakpuasan
hati dalam kalangan penduduk tempatan.
✓ Contohnya pengeluar makanan yang tiada status halal pada bungkusan
makanan akan menyebabkan pengguna yang beragama Islam tidak
akan membeli keluaran tersebut.
4. PERSEKITARAN POLITIK DAN
PERUNDANGAN
✓ Politik adalah keadaan sistem
pemerintahan/pentadbiran sesebuah
negara, penggubalan dasar dan undang-
undang oleh kerajaan yang memerintah
serta penguatkuasaan peraturan dan
undang-undang
PENGARUH POLITIK DAN PERUNDANGAN
TERHADAP PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Kestabilan politik akan mewujudkan kemakmuran negara dan
menjamin kelancaran aktiviti perniagaan serta mempengaruhi
perkembangan sesebuah perniagaan.
✓ Contohnya bagi melindungi industri tempatan yang baru berkembang,
kerajaan sebagai pemegang kuasa politik melaksanakan dasar kerajaan
iaitu dengan mengenakan sekatan seperti kuota terhadap kemasukan
barangan import situasi ini akan menyebabkan kenaikan harga barang
import dan akan melindungi industri barangan tempatan.
PENGARUH POLITIK DAN PERUNDANGAN
TERHADAP PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Melalui perundangan kerajaan dapat mengawal aktiviti perniagaan
melalui penggubalan polisi awam, dasar, peraturan dan undang-
undang.
✓ Kerajaan mempengaruhi aktiviti perniagaan melalui penguatkuasaan
undang-undang perniagaan untuk memastikan perniagaan beroperasi
dengan adil serta menjaga kepentingan pengguna.
✓ Contohnya akta yang berkaitan dengan alam sekitar diperketatkan
untuk memastikan syarikat tidak membuang sisa toksik yang boleh
mencemarkan alam sekitar masyarakat setempat.
PENGARUH POLITIK DAN PERUNDANGAN
TERHADAP PERNIAGAAN
NEGATIF
✓ Ketidakstabilan politik akan membawa kesan buruk kepada sesebuah
perniagaan
✓ Contohnya pemberontakan dan huru-hara yang sering berlaku di
sesebuah negara akan menyebabkan pembangunan ekonomi di
negara tersebut terbantut.
5. PERSEKITARAN TEKNOLOGI
✓ Perubahan penggunaan sains yang
membolehkan manusia melakukan
sesuatu yang baharu, membentuk
tugas/prosedur kerja yang baharu dan
lebih baik
PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP
PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Penggunaan teknologi yang canggih dapat meningkatkan kemampuan
daya saing sesebuah perniagaan.
✓ Contohnya penggunaan teknologi yang terkini akan berupaya
menghasilkan produk dengan lebih cepat dan berkualiti tinggi
PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP
PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pula dapat
mempercepatkan proses penghantaran maklumat, meluaskan pasaran
produk ke seluruh dunia dan memajukan lagi perniagaan.
✓ Contohnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi [ICT]
dalam perniagaan seperti e-mel, e-dagang, sidang video akan
memudahkan pihak perniagaan untuk menghubungi pelanggan dan
mempromosikan barang.
PENGARUH TEKNOLOGI TERHADAP
PERNIAGAAN
NEGATIF
✓ Penggunaan teknologi canggih yang melibatkan kos yang terlalu tinggi
akan meningkatkan kos pengeluaran sesebuah perniagaan.
✓ Penggunaan teknologi canggih juga akan mendorong pesaing
perniagaan untuk terus bersaing dengan meniru/mencari teknologi
baharu untuk bersaing. Hal ini akan menyebabkan perniagaan baharu
sukar menembusi pasaran.
6. PERSEKITARAN PRASARANA
✓ Kemudahan infranstruktur yang tersedia
bagi memudahkan perniagaan
beroperasi.
Kemudahan pengangkutan
Memastikan penghantaran bahan
mentah dan barang siap daripada pihak
pengeluar kepada pihak
pembeli/pengguna dapat dilakukan
dengan cepat.
Kemudahan perhubungan komunikasi
Memastikan pemindahan dan
penerimaan maklumat dengan pihak
yang terlibat dapat dilakukan dengan
cepat dan pantas.
Kemudahan awam
Bekalan elektrik dan air dapat
membantu kelancaran proses
pengeluaran mengikut jadual.
PENGARUH PRASARANA TERHADAP
PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Prasarana yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lengkap
dan berteknologi tinggi akan menjadikan kawasan yang terlibat sebagai
tumpuan peniaga dan akan memudahkan pengguna untuk berurusan
dengan perniagaan tersebut.
✓ Contohnya tempat makan yang menyediakan kemudahan tempat letak
kenderaan yang luas akan menyebabkan pengguna selesa berkunjung
ke tempat makan tersebut.
PENGARUH PRASARANA TERHADAP
PERNIAGAAN
NEGATIF
✓ Prasarana yang tidak lengkap akan menjejaskan operasi perniagaan.
Hal ini disebabkan oleh perniagaan perlu menambah kos bagi
menampung kos pengeluaran
✓ Contohnya sesebuah lokasi perniagaan yang tidak mempunyai gudang
penyimpanan barang akan menyebabkan perniagaan terputus bekalan
bahan mentah.
7. PERSEKITARAN ANTARABANGSA
Konsep dunia tanpa sempadan dan
globalisasi telah menggalakkan
kewujudan persekitaran antarabangsa.
Antarabangsa merujuk semua aktivititi
perniagaan terdedah kepada dunia
yang luar daripada sempadan sesebuah
negara.
PENGARUH ANTARABANGSA TERHADAP
PERNIAGAAN
POSITIF
✓ Persekitaran antarabangsa berperanan dalam mengembangkan
perniagaan domestik ke peringkat antarabangsa.
✓ Melalui perniagaan antarabangsa perniagaan berupaya
mengembangkan potensi keuntungan pada kadar yang lebih tinggi
berbanding sebelumnya.
✓ Contohnya kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas [AFTA]
membolehkan sesebuah syarikat di Malaysia mengeksport produk ke
negara anggota seperti Indonesia pada kadar tarif yang lebih rendah.
PENGARUH ANTARABANGSA TERHADAP
PERNIAGAAN
NEGATIF
✓ Perniagaan terpaksa menghadapi risiko peningkatan kos pengeluaran.
✓ Terma perdagangan antarabangsa yang rumit dan perlu dipatuhi
turut menjadi salah satu perkara yang perlu diberi keutamaan
sebelum mengembangkan perniagaan.
✓ Contohnya apabila sesebuah negara membuka pintunya kepada negara
luar untuk menjalankan perniagaan di negara mereka, maka
perniagaan domestik perlu bersedia untuk bersaing.
6. KERAJAAN
5. PESAING 7. PEKERJA
8. MASYARAKAT
4. PEMODAL/PELABUR
3. PEMBIAYA
2. PEMBEKAL
1. PELANGGAN
PERSEKITARAN
TUGAS
1. PELANGGAN
Pihak yang membeli
produk dan
perkhidmatan yang
ditawarkan oleh
organisasi perniagaan.
PENGARUH PELANGGAN TERHADAP
PERNIAGAAN
✓ Pelanggan hanya akan membeli produk dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
✓ Pelanggan menentukan jenis produk dan perkhidmatan yang perlu
ditawarkan oleh organisasi perniagaan.
✓ Permintaan pelanggan ke atas produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan akan mempengaruhi keupayaan syarikat untuk beroperasi.
✓ Menyumbang pendapatan kepada sesebuah perniagaan dengan
membeli barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan
tersebut.
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
TERHADAP PELANGGAN
Menawarkan produk dan perkhidmatan yang
berkualiti dengan harga berpatutan dan
selamat digunakan oleh pelanggan.
Menyesuaikan barangan dengan
keperluan dan kehendak pelanggan
serta perubahan cita rasa pelanggan.
Menyampaikan barangan kepada
pelanggan tepat pada masa, kualiti,
kuantiti dan tempat yang sesuai.
Memberi maklumat penuh tentang barangan
yang dijual kepada pelanggan.
2. PEMBEKAL
Pihak yang menawarkan
segala keperluan kepada
sesebuah perniagaan seperti
bahan mentah yang
digunakan dalam aktiviti
perniagaan
PENGARUH PEMBEKAL TERHADAP
PERNIAGAAN
✓ Kecekapan pembekal dalam membekalkan bahan mentah akan
membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pengguna dan
pelabur terhadap reputasi perniagaan.
✓ Kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pembekal juga turut
mempengaruhi kualiti pengeluaran perniagaan dalam pasaran.
✓ Kegagalan pembekal menghantar bekalan akan menjejaskan kelancaran
aktiviti perniagaan.
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
TERHADAP PEMBEKAL
Perniagaan harus memastikan bayaran
dibuat kepada pembekal pada masa yang
telah ditetapkan untuk menjamin bekalan
berterusan.
Menyokong operasi pembekal dengan
menjamin permintaan berterusan bagi
bahan untuk memastikan kejayaan
operasi perniagaan.
Membuat perjanjian yang adil dengan
menyatakan syarat kontrak dengan jelas
kepada pembekal
Bekerjasama dan menjalinkan hubungan
yang baik dengan pembekal bagi menjamin
bekalan berterusan pada harga yang
berpatutan.
3. PEMBIAYA
Pihak yang menyediakan
kemudahan pinjaman
kewangan untuk perniagaan
bagi membolehkan
usahawan menjalankan
aktiviti perniagaannya
PENGARUH PEMBIAYA TERHADAP PERNIAGAAN
✓ Bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak pembiaya akan
membantu perniagaan terus bertahan dalam pasaran dan
mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
✓ Penarikan diri pembiaya untuk membiaya perniagaan akan
menjejaskan potensi perniagaan untuk terus berkembang.
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
TERHADAP PEMBIAYA
Perniagaan yang berupaya membayar
balik pinjaman dalam tempoh yang
ditetapkan akan meningkatkan keupayaan
pembiaya untuk membiaya perniagaan
lain.
Bertanggungjawab membayar segala
hutang kepada pembiaya mengikut
syarat/tempoh yang telah ditetapkan.
Membekalkan segala maklumat
perniagaan yang benar dan tepat seperti
yang dikehendaki oleh pihak pembiaya.
4. PEMODAL/PELABUR
Pihak yang menyumbangkan
modal/keperluan kewangan
perniagaan ke dalam
perniagaan mereka.
PENGARUH PEMODAL/PELABUR TERHADAP
PERNIAGAAN
✓ Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan
kelangsungan perniagaan dalam pasaran.
✓ Sumbangan yang diberikan kepada perniagaan haruslah digunakan
secara optimum supaya keuntungan perniagaan dapat dimaksimumkan
dan seterusnya dapat memberi pulanagan kepada pemodal/pelabur
dalam bentuk dividen.
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
TERHADAP PEMODAL/PELABUR
Meningkatkan nilai saham/dividen yang
dibayar kepada pemodal melalui kejayaan
perniagaan seterusnya meningkatkan
kekayaan pemodal.
Membuat pembahagian untung
perniagaan/pemberian dividen secara
adil kepada pemodal.
Bertanggungjawab memberikan kadar
pulangan yang terbaik ke atas jumlah
pelaburan yang dilabur oleh
pemodal/pelabur.
Memberi maklumat yang lengkap dan tepat
tentang operasi dan prestasi perniagaan
kepada pemodal.
5. PESAING
Perniagaan lain yang
mengeluarkan sesuatu
barangan untuk keperluan
pelanggan yang sama
dalam sebuah industri
yang sama.
PENGARUH PESAING TERHADAP PERNIAGAAN
✓ Persaingan yang sihat akan meningkatkan kecekapan pengeluaran dan
memberi manfaat kepada pengguna.
✓ Perniagaan perlu mengenalpasti strategi persaingan yang digunakan
oleh pihak pesaing agar dapat menghadapi persaingan tersebut dan
melakukan inovasi dalam pengeluaran produk.
✓ Keperluan pengguna dapat dipenuhi dan taraf hidup masyarakat akan
meningkat.
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
TERHADAP PESAING
Mendorong perniagaan pesaing untuk
membuat inovasi kerana persaingan yang
diberikan oleh perniagaan lain.
Perniagaan yang berjaya menjalankan
kerjasama strategik bagi menyokong
keupayaan perniagan pesaing untuk
bersaing di pasaran.
Mengamalkan etika persaingan yang
sihat dengan perniagaan pesaing.
Tidak mencemarkan nama baik perniagaan
pesaing bagi memastikan tiada konflik
berlaku antara perniagaan yang bersaing
dalam industri yang sama di pasaran.
6. KERAJAAN
Pihak yang mentadbir
sesebuah negara dan
bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar serta
menguatkuasakan
undang-undang.
PENGARUH KERAJAAN TERHADAP PERNIAGAAN
✓ Penguasaan undang-undang akan menghalang perniagaan daripada
melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej perniagaan.
✓ Pemberian galakan dan insentif yang berpatutan kepada perniagaan
akan menggalakkan perkembangan perniagaan ke tahap yang lebih
baik.