The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN FLIP BOOK PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-07-07 15:59:43

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

1.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN FLIP BOOK PDF

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
TERHADAP KERAJAAN

Bertanggungjawab membayar cukai
keuntungan perniagaan yang telah ditetapkan
oleh kerajaan apabila keuntungan diperoleh.

Mematuhi segala undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan kerajaan dalam
menjalankan segala aktiviti perniagaan.

Memastikan perniagaan yang dijalankan
telah didaftarkan dan mempunyai lesen
perniagaan yang sah.

Menyumbang ke arah pembangunan
negara dengan mewujudkan peluang
pekerjaan kepada masyarakat.

Menyokong dasar kerajaan dengan melibatkan
diri dalam program yang dianjurkan oleh
kerajaan.

7. PEKERJA

Individu dalam sesebuah
perniagaan yang

menyumbangkan tenaga
fizikal dan mental untuk
menggerakkan aktiviti

perniagaan.

PENGARUH PEKERJA TERHADAP PERNIAGAAN

✓ Produktiviti pekerja yang tinggi akan membantu meningkatkan prestasi
perniagaan.

✓ Tindakan negatif pekerja seperti mengamalkan rasuah dan pecah
amanah akan menjejaskan operasi perniagaan dalam jangka panjang.

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
TERHADAP PEKERJA

Menawarkan pampasan lebih besar/peluang
kenaikan pangkat kepada pekerja apabila
perniagaan berkembang maju.

Menyediakan tempat kerja yang bersih,
selamat dan selesa.

Pembayaran gaji dan upah yang adil
mengikut kemahiran, kelayakan dan
produktiviti.

Mengadakan program latihan dan
pembangunan pekerja bagi meningkatkan
kemahiran.

Memberikan penghormatan kepada sumbangan
pekerja yang cemerlang.

8. MASYARAKAT

Komuniti yang terdapat di
sesuatu kawasan yang
mempunyai kepentingan
secara langsung ke atas
sesebuah perniagaan.

PENGARUH MASYARAKAT TERHADAP
PERNIAGAAN

✓ Pandangan positif yang diberikan oleh masyarakat terhadap
perniagaan akan membantu meningkatkan jumlah pelanggan.

✓ Pandangan negatif masyarakat kepada perniagaan akan menjejaskan
operasi perniagaan serta menyukarkan perniagaan untuk terus
bertahan dalam pasaran untuk jangka masa panjang.

TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
TERHADAP MASYARAKAT

Menyediakan kemudahan/menyediakan pembangunan kepada
masyarakat sekeliling

Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
dengan menderma/memberi bantuan kewangan seperti
biasiswa kepada pelajar.

Mengurangkan pencemaran alam sekitar semasa
penghasilan barang di kilang .

Peka kepada segala perubahan dalam keperluan dan
kehendak masyarakat.

Mewujudkan peluang pekerjaan dan memajukan
ekonomi masyarakat setempat.

Tidak menjual barang yang bertentangan dengan kepercayaan
agama dan budaya masyarakat.

KATA-KATA
SEMANGAT

Orang yang cemerlang
melihat setiap halangan
sebagai peluang

Orang yang tidak cemerlang
melihat halangan sebagai
alasan


Click to View FlipBook Version