The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-12-30 12:59:04

BAB 5 5.5 PAMPASAN

BAB 5 5.5 PAMPASAN

SEMESTER 1

BAB 5
SUMBER
MANUSIA

BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN

PAMPASAN

5.5 Pampasan
Calon seharusnya dapat:

(a) Menjelaskan maksud pampasan, tujuan,
dan kepentingannya.

(b) Menjelaskan ganjaran

(c) Menjelaskan faedah yang
berbentuk wang dan bukan wang.

(d) Menjelaskan penentu-
penentu pampasan.

Apakah MAKSUD
Pampasan????

Faedah dan ganjaran yang
diberikan kepada pekerja
sebagai bayaran dan
nikmat setelah memberi
sumbangan tenaga dan
buah fikiran kepada
organisasi.

Apakah TUJUAN pemberian
Pampasan????

1. Menarik pekerja

✓ Pampasan yang di tawarkan oleh organisasi
dapat menarik pekerja untuk menyertai
organisasi itu.

2. Meningkatkan motivasi pekerja

✓ Motivasi dan semangat pekerja dapat
dipertingkatkan akan menyebabkan pekerja
dapat menghasilkan produktiviti lebih baik.

3. Penghargaan oleh majikan

✓ Cara ini dapat melahirkan ucapan terima
kasih majikan kepada pekerja yang telah
berusaha bersungguh-sungguh dalam
menjayakan matlamat syarikat.

4. Mengekalkan pekerja

✓ Pekerja yang berpuashati dengan majikan
akan kekal bekerja di organisasi tersebut.

Apakah KEPENTINGAN
Pampasan????

1. Membiayai kos sara hidup

Pampasan yang diterima oleh
seseorang pekerja boleh digunakan
bagi menampung belanja harian
semasa seseorang pekerja.

2. Mengurangkan kadar lantik henti pekerja

Pekerja yang tidak berpuas hati dengan
apa yang diperoleh di sesebuah organisasi
akan beralih ke organisasi lain yang
mampu memberikan apa yang mereka
kehendaki.

3. Membantu proses pengrekrutan dan
pemilihan pekerja

Organisasi yang mampu memberikan
ganjaran yang lebih menarik berbanding
dengan organisasi yang lain akan menarik
individu-individu untuk menyertai
organisasi tersebut.

4. Meningkatkan motivasi pekerja.

Ganjaran dan faedah boleh dijadikan alat
pendorong kepada pekerja untuk bekerja
dengan lebih cekap dan berkesan.

5. Pencapaian matlamat organisasi.

Sistem ganjaran yang baik boleh menjadi
mekanisme untuk menggerakkan pekerja
untuk berusaha ke arah mencapai
objektif organisasi secara bersama.

6. Budaya

Sistem ganjaran sesebuah organisasi akan
menunjukan nilai dan budaya organisasi
tersebut.

7. Hubungan antara kesatuan sekerja

Mewujudkan hubungan yang harmoni
dengan kesatuan sekerja dengan
memberikan pampasan yang kompetatif.

Apakah MAKSUD
Ganjaran(Kewangan)????

Bayaran dalam bentuk
kewangan kepada pekerja

1. Gaji asas

✓ Upah atau faedah saraan yang di bayar
pada suatu tempoh tertentu sama ada
mengikut bulanan, mingguan dan harian.

✓ Gaji asas akan di bayar mengikut
perjanjian yang telah di buat antara pihak
majikan dengan pekerja.

2. Upah

✓ Bayaran yang di bayar kepada pekerja
berdasarkan kadar harian yang
dipersetujui antara pihak majikan dan
pekerja.

✓ Bayaran bersifat tidak tetap.

3. Pelbagai elaun

✓ Elaun merupakan bayaran tambahan yang akan
di bayar oleh majikan kepada pekerjanya.

✓ Elaun terdiri daripada elaun sara hidup (COLA),
elaun khidmat awam, elaun perumahan,elaun
pengangkutan, elaun kedatangan, elaun lebih
masa, elaun kritikal dan elaun perumahan.

ELAUN SARA • Cost of living allowance
HIDUP [COLA]
• Dibayar khas kepada pekerja sector awam
mengikut tempat dan kos sara hidup sesuatu
tempat.

ELAUN • Dibayar khas kepada pekerja sektor awam
KHIDMAT iaitu kumpulan pengurusan dan professional
serta pegawai dalam kumpulan sokongan.
AWAM

ELAUN • Faedah yang diberikan kepada pekerja untuk

PERUMAHAN menampung kos tempat tinggal.

• Pekerja yang berisiko dan memerlukan

ELAUN KRITIKAL pemerhatian serta pertimbangan yang

teliti.

ELAUN LEBIH • Dibayar ke atas kerja-kerja yang dilakukan
MASA selepas tamat masa kerja biasa tetapi tidak
termasuk kerja-kerja yang dilakukan pada
masa haricuti dan cuti umum.

ELAUN • Faedah yang diberikan kepada pekerja

PENGANGKUTAN untuk menampung kos pengangkutan.

4. Caruman kumpulan wang
simpanan pekerja [KWSP]

✓ Majikan perlu membayar sejumlah wang untuk
dicarumkan ke dalam akaun KWSP pekerja
berjumlah 12% daripada gaji asas pekerja.

5. Bonus tahunan

✓ Ganjaran yang diberi kepada pekerja pada akhir
suatu tempoh tertentu dalam bentuk peratusan
daripada gaji kasar pekerja.

6. PERTUBUHAN KESELAMATAN
SOSIAL [PERKESO]

✓Caruman ke PERKESO bertujuan untuk
melindungi pekerja jika berlaku kemalangan dan
perkara yang tidak diingini semasa menjalankan
tugas.

✓Majikan juga membeli insurans kemalangan untuk
bergantung pada jenis pekerjaan yang dilakukan.

7. Komisen

✓ Ganjaran yang diberi kepada pekerja yang terlibat
dalam aktiviti jualan bergantung kepada jumlah
jualan yang dilakukan dalam kadar peratusan yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

8. Perkonsian keuntungan

✓ Diterima bayaran oleh pihak pengurusan atasan
dalam bentuk peratusan daripada keuntungan
syarikat/pemilikan saham syarikat.

Apakah MAKSUD
Faedah????

Pemberian majikan kepada
pekerja dalam bentuk
kewangan dan bukan
kewangan berdasarkan
kontrak perkhidmatan yang
dipersetujui antara pekerja
dan majikan.

1. Insurans pekerja

✓Ditawarkan oleh majikan untuk melindungi
pekerja daripada sebarang risiko semasa
bekerja seperti kemalangan menggunakan
mesin.

✓Majikan biasanya membeli insurans
kemalangan dan insurans nyawa secara
kelompok.

2. Caruman KWSP[Kumpulan wang
simpanan pekerja]

✓ Memberikan perlindungan kewangan kepada
pekerja apabila mereka telah sampai umur
bersara/hilang keupayaan untuk bekerja.

3. Kemudahan pinjaman

✓ Mewujudkan skim pinjaman mudah dengan
kadar bunga yang rendah /sifar kepada
pekerja yang memerlukan pinjaman seperti
pinjaman perumahan , pinjaman kenderaan
dan pinjaman peribadi.

4. Caruman PERKESO[Pertubuhan
Keselamatan Sosial]

✓ bertujuan untuk memberikan perlindungan
kewangan kepada pekerja swasta terhadap
kejadian diluar jangka seperti kemalangan
semasa menjalankan kerja, keilatan dan
kematian.

✓Keilatan ialah keuzuran yang berkekalan /tidak
mungkin akan sembuh.

5. Bantuan Pendidikan

✓ bantuan dari segi pinjaman /biasiswa dan cuti
belajar.

6. Kemudahan kesihatan

✓ faedah perubatan dan penjagaan kesihatan.
✓Majikan akan membiayai kos perubatan

melalui klinik panel/hospital yang dilantik

7. Percutian

✓ Majikan menganjurkan percutian sama ada
dalam/luar negara.

✓Semua kos yang terlibat seperti penginapan,
pengangkutan dan makanan ditanggungan
oleh majikan

8. Tempat penjagaan kanak-kanak

✓ memudahkan pekerja yang berkeluarga untuk
bekerja dengan lebih tenang tanpa sebarang
ketegangan dalam pengurusan penjagaan
anak

9. Keahlian badan professional dan

kelab

✓ majikan menawarkan keahlian kelab kepada
pekerja bagi menyertai aktiviti yang dijalankan
oleh kelab tersebut dengan membiayai yuran
pendaftran dan yuran tahunan seperti
kehahlian kelab golf.

10. Kemudahan kebajikan dan
keselamatan pekerja

✓ penyediaan alat keselamtan di tempat kerja
seperti topi keselamatan dan baju
keselamatan.

11. Kemudahan tempat kerja

✓ penyediaan tempat tinggal oleh majikan
dalam bentuk asrama, kuarters/rumah.

✓Kemudahan ini bergantung kepada jawatan
dan jenis pekerjaan serta keperluan pekerja

12. Kemudahan pengangkutan

✓ penyediaan kemudahan pengangkutan pergi
dan balik kepada pekerja.

✓Kemudahan kereta syarikat juga disediakan
berdasarkan jenis jawatan dan keperluan
pekerja

13. Kemudahan cuti

✓ majikan memberikan kemudahan cuti
mengikut tahun perkhidmatan kepada pekerja.

✓Cuti yang diberikan seperti cuti sakit, cuti rehat
dan cuti bersalin.

Bagaimana majikan boleh
menentukan pampasan kepada

pekerja ????

1. Faktor organisasi

✓Kedudukan kewangan organisasi
✓Keuntungan organisasi
✓Kewangan organisasi kukuh pampasan

dibayar tinggi
✓Jika kewangan lemah pampasan dibayar

rendah.

2. Pasaran buruh

✓Pasaran menawarkan tenaga kerja yang
ramai sedangkan peluang kerja sedikit
maka pampasan rendah.

✓Pasaran menawarkan tenaga kerja yang
sedikit sedangkan peluang kerja yang
banyak maka pampasan tinggi

3. Kesetaraan pampasan

✓ setaraan dengan pampasan di peringkat
dalam organisasi dan luar organisasi
khusus dalam industri yang sama.

✓Contoh seorang pengurus menerima gaji
yang tinggi berbanding tugas kerana.

4. Peraturan dan undang-

undang

✓ Pihak kerajaan, melalui kuasa yang ada
padanya, berhak menentukan kadar
ganjaran yang boleh diberi oleh sesebuah
organisasi.

✓ Misalnya untuk melindungi hak pekerja
dan mengelakkan eksplotasi pekerja di
negara ini, majikan dalam sektor
perladangan diwajibkan untuk membayar
upah berdasarkan kadar minimum yang
telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.


Click to View FlipBook Version