SEMESTER 1
BAB 5
SUMBER
MANUSIA
BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN
TINDAKAN DISIPLIN
DAN
PENAMATAN
PERKHIDMATAN
5.6 Tindakan disiplin dan penamatan
perkhidmatan
Calon seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan maksud disiplin dalam
perjawatan
(b) Menjelaskan proses tindakan disiplin.
(c) Menjelaskan masalah dalam tindakan
disiplin.
(d) Menjelaskan jenis-jenis hukuman berkaitan
disiplin.
(e) Menjelaskan skim kemudahan penamatan
perkhidmatan.
Apakah MAKSUD disiplin
dalam perjawatan????
✓ hukuman yang dikenakan terhadap pekerja
yang didapati melanggar peraturan yang
telah ditetapkan oleh organisasi.
✓ Kepatuhan pekerja kedapa dasar, peraturan
dan prosedur organisasi bertujuan untuk
menjaga ketentuan di tempat kerja agar
piawai dan objektif organisasi dapat dicapai.
JENIS TINDAKAN DISIPLIN
Disiplin Tindakan awal untuk
positif memperbetulkan salah laku
pekerja berkenaan melalui
kaunseling dan nasihat.
Tindakan berperingkat /turutan
Disiplin hukuman daripada hukuman
ringan kepada hukuman yang
progresif lebih berat yang dikenakan
terhadap pekerja yang gagal
mengubah gelagat mereka
setelah disiplin positif diberikan.
Apakah proses tindakan
disiplin yang boleh di ambil
kepada pekerja??
1.Amaran lisan
✓Pada peringkat awal, penyelia akan
memberikan amaran lisan kepada pekerja
yang di dapati melakukan salah laku disiplin.
✓Penyelia mungkin menerima aduan daripada
pihak tertentu mengenai tingkahlaku pekerja.
✓Lazimnya amaran lisan di berikan terhadap
kesalahan ringan yang dilakukan oleh pekerja
untuk kali pertama seperti dating lewat ke
tempat kerja atau menunjukkan prestasi yang
lemah.
2. Amaran bertulis
✓Merupakan tindakan disiplin yang akan direkodkan
dalam fail peribadi pekerja
✓Pekerja yang mempunyai rekod yang buruk akan
akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan
kenaikan pangkat.
✓Amaran bertulis lazimnya diberi kepada pekerja
yang melakukan kesalahan ringan yang berulangan.
✓Amaran bertulis akan di beri oleh pengurus
jabatan.
3. Surat tunjuk sebab
✓ Surat yang perlu ditulis oleh pekerja atas
arahan majikan bagi menjelaskan
alasan kenapa tindakan tidak perlu
dikenakan terhadapnya.
4. Inkuiri
✓ Proses penyiasatan untuk mendapatkan
maklumat/data berkaitan dengan salah
laku yang dilakukan oleh pekerja .
✓ Satu tindakan jawatankuasa disiplin yang
akan menjalankan penyiasatan ke atas
pekerja setelah menerima surat tunjuk
sebab daripada pekerja tersebut.
5. Hukuman
✓Jika selepas siasatan dijalankan, pekerja didapati
melakukan kesalahan tersebut, tindakan disiplin
akan di ambil terhadap pekerja berkenaan
bersesuaian dengan jenis kesalahan yang
dilakukan
✓Pihak pengurusan perlu mengemukakan butir
lengkap mengenai kesalahan yang telah dilakukan
seperti jenis kesalahan, tempat dan masa
kesalahan tersebut dilakukan.
JENIS HUKUMAN
BERKAITAN DENGAN
DISIPLIN
1. Teguran
Teguran secara lisan
akan diberikan kepada
mereka yang membuat
kesalahan buat kali
pertama.
2. Amaran bertulis
Amaran bertulis ialah amaran yang
akan direkodkan di dalam fail
pekerja.
Mereka yang mempunyai rekod
yang buruk akan menghadapi
kesukaran untuk mendapat
kenaikan pangkat.
3. Kehilangan faedah kerja
Faedah-faedah seperti
kemudahan kebajikan,
subsidi makan dan
subsidi petrol akan
ditarik balik.
4. Menahan kenaikan gaji
Pengurus berhak
membekukan kenaikan
gaji tahunan seseorang
pekerja yang melakukan
kesalahan yang serius.
5. Penurunan pangkat
Jika kesalahan yang
dilakukan adalah serius,
pekerja yang terlibat
akan diturunkan
pangkat/gred gaji yang
lebih rendah dalam
kategori yang sama.
6. Pemecatan
Jika sebarang teguran dan amaran
gagal mengubah gelagat pekerja
yang terlibat, pekerja tersebut akan
dipecat. Namun pemecatan mesti
dilakukan mengikut saluran yang
betul kerana jika tersilap, majikan
akan disaman oleh pekerja di
mahkamah
MASALAH DALAM
TINDAKAN DISIPLIN
1. Hukuman positif gagal
mengubah salah laku
Nasihat kaunselor tidak boleh
mengubah salah laku pekerja.
Majikan perpaksa mengambil
langkah intevensi yang ditetapkan
sebelum tindakan diambil melalui
nasihat, kaunseling dan memberi
peluang kepada pekerja untuk
menghentikan perbuatannya
selepas dinasihati.
2. Kesukaran untuk
mengumpulkan bukti kesalahan
Rekod dan bukti yang jelas mesti
dikemukakan.
3. Masalah untuk mendapatkan
pekerja baru
Apabila pekerja di kenakan
tindakan disiplin seperti
digantung kerja maka organisasi
akan kekurangan pekerja dalam
melaksanakan tugas. Pihak
pengurusan perlu mengrektrut
pekerja baharu untuk
menggantikan pekerjanya yang
sudah tiada.
4. Risiko pendakwaan di
mahkamah
Majikan mestilah memastikan
tindakan disiplin diambil selepas
pekerja diberikan hak membela
diri selaras dengan peruntukan
undang-undang.
SKIM KEMUDAHAN
PENAMATAN
1. Penamatan secara wajib
✓ Pekerja yang tamat kontrak
dilepaskan oleh organisasi tanpa
sebarang syarat.
✓ Mengikut Akta Pekerjaan 1955
syarat umur bersara wajib bagi
pekerja dalam sector swasta ialah
55 tahun manakala sector awam
pula syarat umur bersara wajib
ialah 60 tahun.
2. Penamatan sukarela
✓Pekerja secara sukarela menamatkan
perkhidmatan kerana sebab-sebab
tertentu seperti penggabungan
organisasi yang menyebabkan
pekerja mengambil peluang untuk
menamatkan perkhidmatan.
✓Pekerja akan di bayar pampasan
bergantung kepada tempoh
perkhidmatan dan jawatan yang di
sandang di organisasi.
3. Penamatan secara
Diberhentikan
✓ Organisasi menamatkan
perkhidmatan pekerja kerana
masalah-masalah tertentu seperti
pekerja dikenakan tindakan disiplin,
pengurangan pekerja oleh organisasi
dan masalah-masalah yang lain.
5.7 Perhubungan industri
Calon seharusnya dapat:
(a) Mentakrifkan maksud perhubungan industri
dan kepentingannya
(b) Menjelaskan fungsi, peranan, dan
kepentingan kesatuan sekerja
(c) Menjelaskan kaedah mengekalkan
hubungan harmoni antara majikan dengan
pekerja
APAKAH MAKSUD
PERHUBUNGAN INDUSTRI?
✓ Mencakupi bidang pengurusan
pekerja dan aspek undang-undang
buruh dan pekerjaan, terma atau
syarat perkhidmatan dan hak
pekerja serta majikan.
✓ Pihak yang terlibat dalam
perhubungan perindustrian dalam
Negara ini ialah majikan, pekerja,
kerajaan, kesatuan sekerja dan
mahkamah atau tribunal.
✓ Fokus utama ialah pekerja dan
majikan.
APAKAH KEPENTINGAN
PERHUBUNGAN INDUSTRI?
Mencegah dan menyelesaikan perbezaan pendapat /pertikaian
yang melibatkan perhubungan antara majikan, pekerja dan
kesatuan sekerja.
Melindungi kepentingan pekerja
Meningkatkan semangat bekerja yang tinggi dikalangan
pekerja kerana hubungan yang baik dengan majikan.
Pekerja dapat mengikut arahan dengan baik.
APAKAH ITU
KESATUAN SEKERJA ?
Satu pertubuhan
yang
menggabungkan
semua pekerja dalam
satu jenis industri,
kumpulan pekerjaan.
Mencari penyelesaian Mewakili Menguruskan
untuk meningkatkan pekerja dalam pertikaian
industri dan
produktiviti untuk pertikaian
kepentingan pihak industri kes yang perlu
dibawa ke
yang terlibat. Fungsi Kesatuan mahkamah.
sekerja
Memastikan Menganjur,
majikan Melindungi ahli mengendali
daripada
menyediakan dan
suasana diekploitasikan membiaya
tempat oleh majikan kempen
seperti piket
bekerja yang
selesa
APAKAH PERANAN &
KEPENTINGAN
KESATUAN SEKERJA ?
Peranan 1. Mengadakan perundingan yang melibatkan pekerja dan majikan.
dan 2. Memperjuangkan nasib pekerja dan melindungi hak pekerja.
kepentingan 3. Mewakili pekerja dalam tindakan perusahaan
Kesatuan 4. Menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan kepada pekerja.
sekerja
5. Mengekalkan faedah sedia ada
6. Mengukuhkan kuasa pekerja dengan perjuangan yang dibuat secara
berkumpulan dengan badan yang diberi kuasa yang sah untuk mewakili pekerja.
7. Meningkatkan taraf hidup pekerja dengan membantu pekerja mendapatkan
faedah yang setara dengan yang diperoleh oleh pekerja di organisasi lain.
8. Membantu mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.
APAKAH PERANAN
KONGRES KESATUAN
SEKERJA
MALAYSIA[MTUC]?
Peranan MTUC
1. Mempromosikan kepentingan organisasi kesatuan sekerja yang bergabung
dalam meningkatkan keadaan ekonomi dan sosial pekerja.
2. Memastikan peruntukan perundangan jaminan sosial dalam memberi
perlindungan di semua tempat kerja.
3. Memberi pampasan yang mencukupi kepada pekerja
4. Menangani isu pekerja wanita.
5. Penetapan gaji minimum dan gaji maksimum.
6. Membantu menangani kegawatan ekonomi.
7. Mempercepatkan penyelesaian pertikaian perdagangan.
8. Pasaran buruh di masa hadapan
9. Mengambil langkah melindungi hak ahli seperti
- Menasihati ahli tentang hak mereka
- Meminta kerajaan meluluskan perundangan
- Memperkenalkan polisi yang akan memberikan faedah kepada ahli.
APAKAH KAEDAH
MENGEKALKAN
HUBUNGAN HARMONI
ANTARA MAJIKAN DENGAN
PEKERJA?
1. Sikap sedia berunding antara majikan dan pekerja
2. Menggunakan pihak ketiga sebgai orang tengah
3. Perundingan dengan niat yang baik antara majikan dan
pihak kesatuan sekerja
4. Kedua pihak menunjukkan kesanggupan untuk
berhubung dan berunding
5. Sanggup bekerjasama untuk memenuhi peruntukan
undang-undang dan menyelesaikan masalah yang timbul
6. Melakukan penyasatan dan mendapatkan maklumat
yang lengkap sebelum sebarang keputusan dibuat
7. Tidak menggunakan kekerasan dalam apa jua keadaan
SOALAN 1
Nyatakan proses tindakan disiplin yang boleh di ambil ke atas
pekerja [5]
RANGKA JAWAPAN
KATA TUGAS SOALAN ADALAH – NYATAKAN
Memberikan isi/fakta sahaja jika melibatkan fakta khusus dan membuat
ayat lengkap/huraian ringkas bagi bukan fakta khusus.
PERUNTUKAN MARKAH
1 kepentingan = 1m
5 proses = 5m
SOALAN 1
Nyatakan Nyatakan proses tindakan disiplin yang boleh di
ambil ke atas pekerja [5]
[5]
CADANGAN JAWAPAN
Proses tindakan disiplin yang boleh di ambil ke atas pekerja ialah
1. Amaran lisan [1m]
2. Amaran bertulis [1m]
3. Surat tunjuk sebab [1m]
4. Inkuiri [1m]
5. Hukuman [1m]
[4 markah]
SOALAN 2
Huraikan tiga masalah dalam tindakan disiplin [6]
RANGKA JAWAPAN
KATA TUGAS SOALAN ADALAH – HURAIKAN
Memberikan fakta + Memberikan huraian kepada setiap fakta
PERUNTUKAN MARKAH
1 Fakta = 1m, 1 Huraian = 1m
3 Fakta = 3m, 3 Huraian = 3m
SOALAN 2
Huraikan tiga masalah dalam tindakan disiplin [6]
CADANGAN JAWAPAN
Tiga masalah dalam tindakan disiplin ialah
1. Pembuktian salah laku [1m]
H= rekod dan bukti yang jelas mesti dikemukakan.[1m]
2. Makluman tentang peraturan dan prosedur kesalah salah laku[1m]
H= pekerja mesti diberikan taklimat dan penerangan yang mencukupi
mengenai peraturan syarikat sebelum tindakan boleh diambil 1m]
3. Cabaran perundangan [1m]
H= majikan mestilah memastikan tindakan disiplin diambil selepas pekerja
diberikan hak membela diri selaras dengan peruntukan undang-
undang.[1m]
[6 markah]
SOALAN 3
Huraikan lima jenis hukuman berkaitan disiplin [10]
RANGKA JAWAPAN
KATA TUGAS SOALAN ADALAH – Huraikan
Memberikan fakta + huraian + contoh kepada setiap fakta
PERUNTUKAN MARKAH
1 Fakta = 1m, 1 Huraian = 1m
5 Fakta = 5m, 5 Huraian = 10m,
SOALAN 32
Jelaskan lima jenis hukuman berkaitan disiplin [10]
CADANGAN JAWAPAN
Lima jenis hukuman berkaitan disiplin ialah
1. Turun pangkat [1m]
H= tindakan ini akan mengurangkan tanggungjawab dan autoriti sedia ada
pekerja dengan itu gaji pekerja akan dikurangkan sejajar dengan
pengurangan tanggungjawab [1m]
2. Gantung kerja [1m]
H= pekerja tidak dibenarkan bekerja untuk suatu tempoh tertentu
sementara siasatan dijalankan ke atas pekerja tersebut bagi
mengesahkan pelanggaran disiplin yang dilakukan [1m]