The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 4 KEWANGAN 4.1 PERANAN DAN 4.2 PENYATA KEWANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-11-09 21:36:19

BAB 4 KEWANGAN 4.1 PERANAN DAN 4.2 PENYATA KEWANGAN

BAB 4 KEWANGAN 4.1 PERANAN DAN 4.2 PENYATA KEWANGAN

SEMESTER 1

BAB 4
KEWANGAN

Nota poket I am for you…

BERSAMA
CIKGU AZMATUN BINTI SEMAUN @
GURU CEMERLANG PENGAJIAN PERNIAGAAN

Kandungan 01 Peranan & Objektif
Kewangan

02 Penyata Kewangan

03 Sumber [pembiayaan]

& Penggunaan Dana

04 Perancangan

Kewangan [Bajet]

05 Pengurusan Risiko &

Insurans

4.1 Peranan dan Objektif Kewangan

Calon seharusnya dapat:

(a) Mentakrifkan maksud pengurusan
kewangan dan kepentingannya.

(b) Menjelaskan peranan pengurus
kewangan.

(c) Menjelaskan peranan pengurusan
kewangan dan kaitannya dengan bidang-
bidang lain termasuklah pemasaran,
pengeluaran, perakaunan, dan sumber
manusia

(d) Menjelaskan objektif kewangan iaitu
meningkatkan kekayaan pemegang
saham.

MAKSUD
PENGURUSAN

KEWANGAN
DAN

KEPENTINGANNYA

Maksud pengurusan kewangan

Aktiviti yang melibatkan perancangan,
penyusunan dan pengawalan ke atas segala
aspek kewangan supaya matlamat
kewangan sesebuah perniagaan dapat
dicapai.

KEPENTINGAN
PENGURUSAN

KEWANGAN

1. Mencegah berlakunya penyelewengan kewangan.
 Contohnya perbelanjaan melebihi peruntukan,
perbelanjaan tidak mengikut prosedur dan tidak menyimpan
rekod.kewangan.

2. Membuat perancangan kewangan.
 Melibatkan aspek menentukan objektif kewangan yang

hendak dicapai dengan jelas seperti memaksimumkan
keuntungan syarikat
 Meningkatkan kekayaan pemegang saham.

3. Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan
yang ditetapkan.
 Mengagihkannya kepada setiap jabatan yang terlibat

contohnya jabatan pemasaran dan jabatan pengeluaran.
 Membantu menyelaras dan menyusun aktiviti kewangan

setiap jabatan untuk mencapai objektif kewangan

4. Mengawal penggunaan kewangan setiap jabatan.

 Memastikan perbelanjaan kewangan setiap jabatan

berdasarkan bajet yang diluluskan.
.
 jabatan akan dipantau supaya tidak berlaku lebihan
Setiap

perbelanjaan.

5. Memastikan hasil kewangan dapat menampung segala
kos dalam perniagaan.

 Dapat menampung segala kos dan perbelanjaan dalam
perniagaan.

6. Memastikan sumber kewangan dapat digunakan secara
maksimum.

7. Memastikan organisasi mempunyai aliran wang yang
mencukupi agar operasi perniagaan tidak tergendala.

 Mengelakkan daripada dibebani hutang yang boleh
menyebabkan operasi perniagaan tergendala.

PERANAN
PENGURUS
KEWANGAN

1. Membuat analisis dan perancangan kewangan.
➔ Pengurus kewangan menganalisis data kewangan, membuat
ramalan keuntungan masa hadapan dan membuat perancangan
untuk meminimumkan kos operasi perniagaan.

2. Mengurus sumber dana secara berkesan.
➔ Pengurus kewangan menilai dan memilih sumber pembiayaan
yang terbaik serta menggunakan sumber dengan berkesan bagi
memperoleh pulangan yang maksimum.
3. Menjaga kecairan dan keberuntungan perniagaan
➔ Pengurus kewangan menentukan nisbah kecairan yang sesuai
dan menentukan tingkat keuntungan yang diperlukan.
4. Mengurus struktur aset
➔ Pengurus kewangan memastikan penggunaan yang seimbang
antara aset bukan semasa dengan aset semasa supaya

penggunaan aset bukan semasa dapat menghasilkan pulangan
yang maksimum.
5. Mengawal dan menyelaras sumber kewangan yang diperlukan
kepada jabatan dalam organisasi.
➔ Pengurus kewangan memastikan sumber kewangan digunakan
secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat jabatan dan
organisasi.

KAITAN PENGURUSAN
KEWANGAN

DENGAN

BIDANG-BIDANG LAIN

KAITAN PENGURUSAN
KEWANGAN

DENGAN

JABATAN PEMASARAN

PENGURUSAN KEWANGAN MANAKALA PEMASARAN
Memerlukan sumber kewangan untuk
Mengetahui keperluan jabatan menjalankan aktiviti pemasaran
pemasaran terutamanya anggaran
peruntukan kewangan untuk Menggunakan peruntukan kewangan
mempromosikan produk dan pengedaran yang diterima untuk melakukan promosi
kerana maklumat tersebut termasuk dan pengedaran
dalam kos pengeluaran. Hasil jualan yang diperolehi akan
diserahkan kepada jabatan kewangan
Membantu membuat belanjawan bagi
merancang strategi pemasaran.

Membantu mempertimbangkan aspek
kewangan dalam menilai alternatif
promosi, pengedaran /harga yang
kompetitif untuk memastikan sumber
kewangan yang digunakan memberi
keuntungan.

KAITAN PENGURUSAN
KEWANGAN

DENGAN

JABATAN
PENGELUARAN

PENGURUSAN KEWANGAN MANAKALA PENGELUARAN
Memerlukan sumber kewangan untuk
Memerlukan anggaran kos daripada membeli bahan mentah, mesin dan
jabatan pengeluaran untuk membuat belanja pengeluaran yang lain.
perancangan kewangan. Memerlukan perbelanjaan kewangan
yang besar
Membantu dalam memastikan pembelian
input pengeluaran mengikut piawaian perlu menjelaskan kepada jabatan
yang diperlukan oleh jabatan kewangan tindakan operasi pengeluaran
pengeluaran. yang dapat menjimatkan kos

Membantu menginterpretasi analisis hasil
dan kos untuk mencapai keputusan
pembelian yang tepat

Membantu mendapatkan dana untuk
membiayai aktiviti pengeluaran

KAITAN PENGURUSAN
KEWANGAN

DENGAN

JABATAN
PERAKAUNAN

PENGURUSAN KEWANGAN MANAKALA PERAKAUNAN
Memerlukan penyata kewangan bagi
tujuan membuat analisis kedudukan Menyediakan semua maklumat yang
kewangan syarikat dan membuat diperlukan kepada jabatan kewangan
keputusan kewangan. seperti penyata kewangan iaitu penyata
pendapatan , kunci kira-kira dan penyata
Menggunakan penyata kewangan yang aliran tunai mengikut sesuatu tempoh
lengkap, bajet dan analisis kewangan kewangan syarikat.
syarikat bagi mendapatkan dana
berdasarkan keperluan yang ditentukan Menyediakan semua maklumat yang
oleh jabatan perakaunan. diperlukan kepada jabatan kewangan
Membantu menyediakan laporan seperti penyata kewangan yang lengkap
kewangan tahunan dan mengendalikan , bajet dan analisis kewangan syarikat.
dokumen untuk tujuan audit.

KAITAN PENGURUSAN
KEWANGAN

DENGAN

JABATAN SUMBER
MANUSIA

PENGURUSAN KEWANGAN MANAKALA SUMBER MANUSIA

Membuat perancangan kewangan untuk Membuat perancangan dalam
membuat perancangan kewangan bagi perbelanjaan seperti pembayaran gaji,
jabatan sumber manusia. elaun, bonus dan upah pekerja.

Membantu membuat perancangan dan Memperuntukan perancangan bagi
keputusan berkaitan aspek gaji dan menampung keperluan pengrekrutan dan
bonus pekerja, biasiswa, bengkel, kursus latihan, bengkel, seminar kepada pekerja
latihan/seminar, kebajikan pekerja dan
alat memotivasikan pekarja

OBJEKTIF
KEWANGAN

Meningkatkan kekayaan pemegang saham
 Meningkatkan nilai sesebuah syarikat dengan

meningkatkan keuntungan sesaham /perolehan sesyer.
 Nilai syarikat ditunjukkan oleh harga saham yang

disenaraikan di Bursa Saham.

 Harga saham yang tinggi membawa pulangan yang tinggi
kepada pemegang saham dalam bentuk
dividen/keuntungan apabila saham tersebut dijual.

 Pengurus kewangan menghadapi kesan yang buruk
berbanding dengan pemilik perniagaan jika gagal
menguruskan kewangan dengan baik.

 Mendapatkan modal pelaburan daripada pemilik dengan
mudah.

 Mengambil tindakan memaksimumkan keuntungan
syarikat.

 Perbandingan antara objektif kewangan.

ASPEK OBJEKTIF MEMAKSIMUMKAN OBJEKTIF MEMAKSIMUMKAN
MATLAMAT KEKAYAAN PEMEGANG SAHAM KEUNTUNGAN SYARIKAT

JANGKA Matlamat ini bersifat menyeluruh kerana Matlamat ini tidak menyeluruh kerana
MASA mengambil kira semua aspek berkaitan hanya tertumpu kepada aspek
NILAI MASA dengan perniagaan seperti jualan, keuntungan sahaja.
WANG tanggungjawan sosial, keberuntungan
RISIKO dan tidak tertumpu kepada keuntungan Matlamat bersifat jangka pendek.
semata-mata.
HAYAT
PERNIAGAAN Matlamat bersifat jangka panjang.

Mengambil kira nilai masa wang. Tidak mengambil kira nilai masa wang

Faktor risiko diambil kira secara Tidak mengambil kira risiko yang

mendalam semasa membuat keputusan mungkin timbul selagi tindakan syarikat

pelaburan. dapat memaksimumkan keuntungan.

Hayat perniagaan lebih panjang kerana Hayat perniagaan pendek kerana
syarikat mempunyai matlamat yang lebih mementingkan keuntungan sahaja.
menyeluruh.

UJI MINDA

1. Berikan maksud pengurusan kewangan. [1]
2. Nyatakan tiga kepentingan pengurusan kewangan.[3]
3. Senaraikan empat kepentingan pengurusan kewangan.[4]
4. Huraikan dua kaitan antara fungsi unit kewangan dengan fungsi unit perakaunan.[4]
5. Huraikan tiga peranan pengurus kewangan terhadap fungsi pengurusan perniagaan yang

lain.[6]

INGAT FAKTA Kepentingan pengurusan kewangan

Maksud pengurusan kewangan 1. Mencegah berlakunya penyelewengan
Aktiviti yang melibatkan perancangan, penyusunan kewangan.
dan pengawalan ke atas segala aspek kewangan
supaya matlamat kewangan sesebuah perniagaan 2. Membuat perancangan kewangan.
dapat dicapai.
3. Mengagihkan sumber kewangan mengikut
Peranan pengurus kewangan peruntukan yang ditetapkan.
1. Membuat analisis dan perancangan kewangan.
2. Mengurus sumber dana secara berkesan. 4. Mengawal penggunaan kewangan setiap
3. Menganalisis dan menentukan jenis pelaburan jabatan.

yang perlu dibuat. 5. Memastikan hasil kewangan dapat
4. Menjaga kecairan dan keberuntungan menampung segala kos dalam perniagaan.

perniagaan. 6. Memastikan sumber kewangan dapat digunakan
5. Mengurus struktur aset secara maksimum.
6. Mengawal dan menyelaras sumber kewangan .
7. Memastikan organisasi mempunyai aliran wang
yang mencukupi agar operasi perniagaan tidak
tergendala.

INGAT FAKTA Kaitan pengurusan kewangan dengan bidang lain.

Peranan pengurusan kewangan Kaitan dengan pemasaran
1. Merancang hal-hal berkaitan dengan
1. Jabatan pemasaran memerlukan sumber kewangan
kewangan organisasi. untuk menjalankan aktiviti pemasaran manakala
2. Menyususn dan mengagihkan sumber jabatan kewangan perlu mengetahui keperluan jabatan
pemasaran terutama anggaran kewangan untuk
kewangan kepada jabatan dalam mempromosikan produk dan pengedaran.
organisasi.
3. Mengawal penggunaan sumber 2. Jabatan pemasaran akan menggunakan peruntukan
kewangan . kewangan yang diterima untuk melakukan promosi dan
pengedaran manakala jabatan kewangan akan
membantu membuat belanjawan bagi merancang
strategi pemasaran.

3. Hasil jualan yang diperoleh oleh Jabatan pemasaran
akan diserahkan kepada jabatan kewangan manakala
jabatan kewangan akan membantu membuat
pertimbangan aspek kewangan dalam menilai alternatif
promosi, pengedaran /harga produk yang kompetitif
untuk memastikan sumber kewangan yang digunakan
memberi keuntungan.

INGAT FAKTA

Kaitan dengan perakaunan Kaitan dengan pengeluaran.

1. Jabatan perakaunan akan menyediakan semua maklumat 1. Jabatan pengeluaran memerlukan sumber kewangan
yang diperlukan kepada jabatan kewangan seperti untuk membeli bahan mentah, mesin dan belanja
penyata kewangan manakala jabatan kewangan pengeluaran yang lain manakala jabatan kewangan
memerlukan penyata kewangan bagi tujuan membuat memerlukan anggaran kos daripada jabatan pengeluaran
analisis kedudukan kewangan syarikat dan membuat untuk membuat perancangan kewangan syarikat.
keputusan kewangan.
2. Jabatan pengeluaran memerlukan perbelanjaan
2. Jabatan perakaunan akan menyediakan penyata kewangan yang besar manakala jabatan kewangan akan
kewangan yang lengkap, bajet dan analisis kewangan membantu dalam memastikan pembelian input
syarikat manakala jabatan kewangan akan menggunakan pengeluaran mengikut piawai yang diperlukan oleh
penyata bagi mendapatkan dana berdasarkan keperluan jabatan pengeluaran.
yang ditentukan oleh jabatan perakaunan.
3. Jabatan pengeluaran perlu menjelasakan kepada jabatan
3. Jabatan perakaunan perlu menyediakan laporan kewangan tindakan operasi pengeluaran yang dapat
kewangan untuk tujuan audit manakala jabatan kewangan menjimatkan kos manakala jabatan kewangan akan
akan membantu menyediakan laporan kewangan tahunan membantu menginterpretasi analisis hasil dan kos untuk
dan mengendalikan dokumen untuk tujuan audit. mencapai keputusan pembelian yang tepat.

INGAT FAKTA

Kaitan dengan sumber manusia.
1. Jabatan sumber manusia akan membuat

perancangan dalam perbelanjaan seperti
pembayaran gaji manakala jabatan kewangan
amat memerlukan anggaran kewangan jabatan
sumber manusia untuk membuat anggaran
perancangan kewangan.
2. Jabatan sumber manusia memerlukan
perpelanjaan untuk program latihan dan
pengrekrutan, bengkel serna seminar kepada
pekerja manakala jabatan kewangan akan
membantu membuat perancangan dan keputusan
berkaitan kursus latihan/seminar bagi jabatan
sumber manusia.

INGAT FAKTA

Objektif kewangan 2. Memaksimumkan kekayaan pemegang saham

1. Memaksimumkan keuntungan syarikat - Matlamat bersifat menyeluruh kerana mengambil
kira semua aspek yang berkaitan dengan
- Matlamat ini tidak menyeluruh kerana hanya perniagaan seperti jualan, tanggung jawab sosial,
tertumpu kepada aspek keuntungan sahaja. keberuntungan, produktiviti dan tidak
tertumpukepada keuntungan semata-mata.
- Matlamat bersifat jangka pendek.
- Matlamat bersifat jangka panjang
- Tidak mengambil kira nilai masa wang.
- Mengambil kira nilai masa wang
- Tidak mengambil kira risiko yang mungkin timbul
selagi tindakan syarikat dapat memaksimumkan - Faktor risiko diambil kira secara mendalam semasa
keuntungan. membuat keputusan pelaburan

- Hayat perniagaan pendek kerana mementingkan - Hayat perniagaan lebih panjang kerana syarikat
keuntungan sahaja. mempunyai matlamat yang lebih menyeluruh.

4.2 Penyata Kewangan

Calon seharusnya dapat:

(a) Menjelaskan pihak-pihak yang
berkepentingan terhadap penyata
kewangan.

(b) Menganalisis penyata kewangan yang
merangkumi penyata pendapatan, kunci
kira-kira, dan penyata aliran tunai.

(c) Menyediakan dan menaksir nisbah
kewangan yang merangkumi nisbah
kecairan, nisbah kecekapan, nisbah
keberuntungan, nisbah penggearan, dan
nisbah pasaran.

MAKSUD
PENYATA
KEWANGAN

Dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara
berkala tentang kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi

suatu tempoh tertentu biasanya setahun.
Penyata ini menunjukkan jumlah keuntungan/kerugian perniagaan,
kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti perniagaan bagi suatu tempoh

tertentu.
Merumuskan kedudukan kewangan perniagaan dalam tempoh yang

disediakan dan perlu dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan
atasan dan mesyuarat kewangan.

Kedudukan kewangan ini menjadi asas kepada penilaian pemilik
perniagaan/pelaburan sama ada mengekalkan/menambah
pelaburan mereka.

Tiga penyata utama adalah penyata pendapatan, kunci kira-kira dan
penyata aliran tunai.

KEGUNAAN
PENYATA

KEWANGAN BAGI
SESEBUAH
SYARIKAT

Kepada  Penyata pendapatan digunakan oleh pihak pengurusan
pihak untuk menilai kedudukan kewangan sesebuah syarikat bagi
tempoh tertentu.
Dalaman
 Penyata pendapatan dapat menunjukkan tahap keuntungan
syarikat bagi sesuatu tempoh perakaunan.

 Kunci kira-kira dapat menunjukkan kedudukan asset dan
liabiliti syarikat.

 Membandingkan pencapaian syarikat dari tahun ke tahun.
 Membandingkan pencapaian sebenar kewangan dengan

bajet.
 Digunakan sebagi garis panduan untuk perancangan

pengagihan sumber.
 Digunakan oleh pihak pengurusan atasan/Lembaga

pengarah untuk menetapkan kadar pemberian dividen
tahunan

Kegunaan

penyata

kewangan bagi

sesebuah syarikat

Kepada  Digunakan oleh pelabur untuk membuat keputusan
pihak
pelaburan.
Luaran  Digunakan oleh pihak bank sebagai asas pertimbangan

untuk kelulusan pinjaman.
 Sebagai asas tuntutan oleh kesatuan sekerja.
 Digunakan untuk menentukan jumlah cukai yang

dikenakan oleh kerajaan.
 Untuk meyakinkan pembekal memberikan kemudahan

kredit dagangan.

Kegunaan
penyata
kewangan bagi
sesebuah syarikat

PIHAK-PIHAK
BERKEPENTINGAN
TERHADAP PENYATA

KEWANGAN

Dapat menilai prestasi pihak
pengurusan dan perniagaan.

Sebagai asas perbandingan
dalam sistem kawalan syarikat
dan membuat perancangan
pengagihan sumber.

Membuat perbandingan

keuntungan antara tahun
semasa dengan tahun
sebelumnya.
Membuat perancangan masa

depan sama ada jangka pendek
/jangka panjang.

Menilai pencapaian
perniagaan kerana
kedudukan kewangan
mempengaruhi saham
sesuatu perniagaan.

Pelabur akan mengekalkan
pegangan / menambah
pegangan dalam
perniagaan yang
menunjukkan prestasi
kewangan yang baik.

Bakal pelabur ingin
mengetahui prestasi
perniagaan sebelum
membuat keputusan untuk
melabur.

Memastikan modal

dilaburkan dengan cekap

oleh pihak pengurusan.
Menilai prestasi pihak

pengurusan dalam

mengurus perniagaan.
Melihat keberuntungan

perniagaan.

4. Pembiaya/ Melihat kemampuan
bank syarikat membayar balik
pinjaman.
5. Pemiutang/
pembekal  Memerlukan penyata
kewangan untuk membuat
penilaian ke atas sesebuah
perniagaan sebelum
memberikan kemudahan
kredit/memperbaharui
kemudahan kredit.

Menilai kemampuan bayar
balik atas hutang yang
diberikan

6. Kerajaan/  Lembaga Hasil Dalam Negeri
agensi [LHDN] memerlukan penyata
kerajaan kewangan sebagai asas bagi
pengiraan dan pembayaran
cukai keuntungan perniagaan.

Jabatan Perangkaan Malaysia
[DOSM] menggunakan penyata
kewangan bagi mengumpulkan
data untuk kegunaan awam.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
[SSM] mewajibkan penyerahan
penyata kewangan setiap tahun.

7. Pekerja/  Berminat untuk mengetahui
Kesatuan kedudukan perniagaan kerana
sekerja prestasi perniagaan menjadi asas
tuntutan bagi kenaikan gaji,
8. Pesaing bonus dan intensif lain.

 Berminat untuk
mengetahui kedudukan
kewangan perniagaan
pesaing kerana prestasi
perniagaan pesaing
menjadi asas kepada hala
tuju dan kemajuan
/kemunduran sesebuah
perniagaan.

PENYATA
KEWANGAN

1. PENYATA PENDAPATAN

Penyata yang menunjukkan ringkasan hasil, belanja
dan untung rugi sesebuah perniagaan dalam tempoh
masa tertentu.

Menunjukkan hasil operasi perniagaan sepanjang
tahun dan belanja yang dikenakan.

Penyata ini mengukur prestasi perniagaan bagi suatu
tempoh kewangan dengan melaporkan sama ada
perniagaan mengalami keuntungan /kerugian.

Ini menunjukkan kecekapan pengurus menggunakan
asset untuk menghasilkan keuntungan.

ISTILAH PENERANGAN

JUALAN Merujuk kepada jumlah jualan yang dilakukan oleh perniagaan
sama ada jualan barang/perkhidmatan

KOS BARANG Kos terbesar yang perlu ditanggung perniagaan dalam aktiviti
DIJUAL jualan barang, perkhidmatan/aktiviti pengeluaran.

UNTUNG KASAR Diperoleh selepas menolak kos barang dijual daripada nilai
jualan.

PENDAPATAN LAIN Pendapatan perniagaan yang diperoleh daripada bukan aktiviti
utama perniagaan seperti sewa diterima, komisen diterima,
faedah diterima daripada simpanan tetap dan lain-lain.

BELANJA OPERASI Perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan aktiviti
perniagaan seperti belanja pentadbiran, belanja susut nilai
aset dan belanja pemasaran

UNTUNG BERSIH Diperoleh setelah ditolak segala operasi daripada hasil operasi
[untung kasar] dan pendapatan lain.

KEGUNAAN PENYATA PENDAPATAN

 membantu pihak pengurusan syarikat membuat perancangan
dalam menentukan sasaran jualan tahunan, bulanan/harian.

Membantu pengurus merancang kos barang jualan.
Membantu pengurus menentukan belanja operasi yang

rasional.
Membantu pihak pengurusan mempengaruhi keputusan

pelabur/pemberi pinjaman untuk melabur /memberi pinjaman.

CONTOH
PENYATA
PENDAPATAN

2. KUNCI KIRA-KIRA

 Memberi gambaran secara ringkas mengenai kedudukan kewangan

sesebuah syarikat.
Menunjukkan kedudukan aset, liabitili dan ekuiti pemilik bagi suatu

tempoh perakaunan sesebuah syarikat biasanya setahun.
Penyata ini menyenaraikan semua jenis harta hak milik syarikat[aset],

semua obligasi syarikat [liabiliti] dan pelaburan pemilik syarikat[ekuiti

pemilik] pada sesuatu masa tertentu.
Memberi gambaran kasar tentang pelaburan sesebuah perniagaan ke

atas aset dan sumber kewangan yang digunakan bagi membiayai aset

tersebut.
Istilah penting dalam penyediaan kunci kira-kira ialah :

Aset Harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan seperti
wang tunai di bank, stok barang niaga [inventori],
penghutang, bangunan, mesin dan kenderaan.

Terdiri daripada aset semasa dan aset bukan
semasa[aset tetap].

Aset semasa ialah aset yang boleh ditukar kepada
tunai dalam masa setahun seperti stok barang niaga
[inventori] dan penghutang.

Aset bukan semsa [aset tetap] ialah semua aset
yang mempunyai jangka hayat melebihi setahun
seperti bangunan, mesin dan kenderaan.

Liabiliti  Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar
yang perlu dijelaskan. Contohnya pemiutang,
pinjaman bank, gadai janji, belanja terakru[belum
bayar]

Terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti bukan
semasa [liabiliti jangka panjang].

Liabiliti semasa ialah tanggungan hutang yang boleh
dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam
tempoh setahun seperti pemiutang dan belanja
terakru.

Liabiliti bukan semasa ialah tanggungan hutang yang
perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih
panjang iaitu lebih daripada satu tahun seperti
pinjaman bank dan gadai janji.

 Sebahagian daripada aset perniagaan yang dibiayai

oleh pemilik syarikat/pelabur melalui penerbitan saham

biasa, lebihan dibayar dan pendapatan tertahan.

 Penerbitan saham biasa – jumlah saham yang

Ekuiti dikeluarkan berdasarkan nilai tara/nilai par saham
contohnya RM2.00 sesaham.

pemilik Lebihan bayaran – jumlah lebihan daripada nilai tara/nilai
par yang diperoleh apabila saham biasa dijual sebagai

contoh RM5.00 sesaham. Lebihan dibayar adalah

RM3.00 sesaham.

Pendapatan tertahan – sebahagian keuntungan

perniagaan yang tidak diagihkan sebagai dividen kepada

pemegang saham tetapi dilaburkan semula untuk

mengembangkan lagi perniagaan.


Click to View FlipBook Version