The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 4 KEWANGAN 4.1 PERANAN DAN 4.2 PENYATA KEWANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-11-09 21:36:19

BAB 4 KEWANGAN 4.1 PERANAN DAN 4.2 PENYATA KEWANGAN

BAB 4 KEWANGAN 4.1 PERANAN DAN 4.2 PENYATA KEWANGAN

CONTOH
KUNCI
KIRA-KIRA

3. PENYATA ALIRAN TUNAI
[PENYATA ALIRAN DANA]

 Penyata yang menunjukkan punca perolehan tunai/dana dan penggunaan
tunai/dana bagi satu tempoh tertentu.

 Kegunaan penyata aliran tunai/dana :
1. Menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabiliti semasa seperti

bayaran kepada pembekal dan gaji pekerja.
2. Menunjukkan anggaran perolehan dan pelupusan aset jangka panjang.
3. Menunjukkan aktiviti yang merubah modal ekuiti dan struktur pembayaran

perniagaan.
4. Membolehkan penganggaran jumlah dana yang akan digunakan untuk

mengembangkan dan membesarkan operasi perniagaan.
5. Memudahkan kawalan baki tunai supaya sentiasa mencukupi bagi tujuan

menjalankan aktiviti perniagaan.
6. Membantu pihak pengurusan membuat penambahan terhadap modal kerja pada

masa yang tepat dan sesuai.

CONTOH
PENYATA
ALIRAN TUNAI
[PENYATA
ALIRAN DANA]

NISBAH
KEWANGAN

Instrumen kawalan kewangan yang digunakan
untuk menilai dan mengawal prestasi sesebuah
perniagaan.

Tujuan :
1. Membantu pihak pengurusan menilai prestasi

perniagaan dalam pelbagai aspek.
2. Membantu pihak pengurusan membuat keputusan

dalam menjalankan aktiviti perniagaan.
3. Membantu pihak bank, pemiutang dan pembekal

keputusan berkaitan dengan kemudahan kredit.
4. Membantu pelabur dan bakal pelabur membuat

keputusan berkaitan dengan pelaburan.

1. NISBAH 2. NISBAH
KECAIRAN KECEKAPAN

NISBAH 3. NISBAH
KEWANGAN KEBERUNTUNGAN

5. NISBAH PASARAN 4. NISBAH
PENGGEARAN
[NISBAH HUTANG]

1 NISBAH
KECAIRAN

Mengukur kemampuan perniagaan membayar
tuntutan dan belanja pada waktu yang diperlukan.
Contohnya membuat bayaran kepada pihak bank
dan pemiutang dalam jangka pendek iaitu
menunjukkan perniagaan menjelaskan liabiliti
semasa apabila dituntut.

FORMULA NISBAH SEMASA NISBAH SEMASA

ASET SEMASA  Mengukur kemampuan perniagaan membayar hutang
= LIABILITI SEMASA jangka pendek kepada bank dan pemuitang lain dalam
masa setahun.

 Menunjukkan keupayaan perniagaan menjelaskan liabiliti
semasa apabila dituntut.

 Nisbah yang paling ideal ialah 2:1 kerana nisbah ini
menunjukkan bagi setiap ringgit liabiliti semasa,
perniagaan mempunyai dua ringgit sebagai sandaran.

 Sekiranya nisbah ini rendah dan jika liabiliti semasa
melebihi aset semasa, perniagaan menghadapi masalah
kewangan iaitu perniagaan tidak berupaya untuk
membayar semua liabiliti semasanya.

 Jika nisbah tinggi, ini bermakna perniagaan mempunyai
tahap kecairan yang tinggi.

 Tetapi nisbah yang terlalu tinggi bermakna tahap aset
semasa terlalu tinggi iaitu pegangan tunai, akaun belum
terima dan inventori adalah terlalu tinggi.

 Ini merupakan keadaan yang tidak baik kerana wujud
banyak modal yang tidak digunakan untuk menjana
keuntungan.

NISBAH CEPAT

 Mengukur kemampuan perniagaan membayar hutang
jangka pendek dengan serta merta tanpa menjual
inventori[stok]

 Nisbah ini memberi gambaran yang lebih tepat tentang
tahap kecairan perniagaan kerana mengambil kira aset
yang boleh ditukar kepada tunai dengan cepat.

FORMULA NISBAH CEPAT

ASET SEMASA - INVENTORI
= LIABILITI SEMASA

2 NISBAH
KECEKAPAN

Memberi gambaran tentang kecekapan pihak
pengurusan mengendalikan aset perniagaaan sama
ada digunakan dengan berkesan/sebaliknya.

TEMPOH KUTIPAN PURATA

 Mengukur tempoh masa yang diambil oleh penghutang
[pelanggan] untuk menjelaskan hutang kepada
perniagaan.

 Juga menunjukkan tempoh perniagaan memungut
hutangnya daripada pelanggan.

 Menggambarkan kecekapan pengurus kredit perniagaan
dalam menjalankan tugasnya/untuk menilai keberkesanan
polisi kredit dan polisi pengutip yang diamalkan oleh
perniagaan.

 Jika tempoh kutipan hutang semakin lama, semakin tidak
cekap syarikat dalam mengutip hutang.

FORMULA TEMPOH KUTIPAN PURATA

= AKAUN BELUM TERIMA/PENGHUTANG X 360 HARI
JUALAN KREDIT

PUSING GANTI INVENTORI

 Mengukur keupayaan perniagaan menjual
produk/inventori dalam tempoh setahun.

 Jika pusing ganti inventori semakin tinggi, ini bermakna
jualan adalah tinggi, maka kecairan perniagaan
bertambah baik dan keuntungan juga meningkat.

 Perniagaan dengan ini terpaksa lebih kerap memesan
inventori baharu.

 Jika perniagaan kehabisan stok, mengakibatkannya
kehilangan jualan.

 Jika pusing ganti inventori adalah rendah, bermaksud
perniagaan memegang/menyimpan terlalu banyak
stok/stok yang lama dan kecairan adalah rendah.

FORMULA PUSING GANTI INVENTORI

= KOS JUALAN
INVENTORI

PUSING GANTI ASET
BUKAN SEMASA

 Menunjukkan kecekapan perniagaan menggunakan aset
bukan semasa bagi menghasilkan jualan.

 Jika nisbah ini rendah, ini bermaksud pelaburan aset
bukan semasa adalah terlalu banyak berbanding dengan
jualan yang dihasilkan.

 Perniagaan harus meningkatkan jualan/menjual
sebahagian daripada aset bukan semasa[aset tetap]
/kedua-duanya sekali.

FORMULA PUSING GANTI ASET BUKAN SEMASA

= JUALAN
ASET BUKAN SEMASA

PUSING GANTI JUMLAH
ASET

 Menilai kecekapan perniagaan mengendalikan semua
aset bagi meningkatkan jualan.

 Pengurus kewangan dapat melihat sama ada
pertambahan dalam aset dapat menghasilkan
pertambahan jualan.

 Jika nisbah ini rendah, menunjukkan ketidakcekapan
perniagaan dalam mengawal aset bagi menghasilkan
jualan.

 Perniagaan harus meningkatkan jualan / menjual
sebahagian daripada asetnya keduanya sekali.

FORMULA PUSING GANTI JUMLAH ASET

= JUALAN
JUMLAH ASET

3 NISBAH
KEBERUNTUNGAN

Mengukur keberkesanan aktiviti perniagaan untuk
menghasilkan keuntungan.
Memberi gambaran yang jelas tentang keupayaan
pengurus setiap peringkat operasi perniagaan.
Juga mengukur pulangan yang dihasilkan daripada
pelaburan perniagaan.

MARGIN UNTUNG KASAR

 merupakan peratus untung kasar yang diperoleh melalui
jualan setelah ditolak kos jualan.

 Mencerminkan kecekapan perniagaan menentukan harga
jualan dan mengawal harga barang niaga/bahan mentah
yang dibeli untuk jualan.

 Jika nisbah tinggi, bermaksud ia adalah memuaskan.
 Jika sebaliknya ia dianggap tidak memuaskan kerana kos

jualan tinggi dan harga jualan rendah.

FORMULA MARGIN UNTUNG KASAR X 100
= UNTUNG KASAR
JUALAN BERSIH

MARGIN UNTUNG BERSIH

 Merupakan peratus untung bersih yang diperoleh melalui
jualan yang dibuat.

 Menunjukkan kecekapan perniagaan dalam mengawal
perbelanjaan operasi dan menghasilkan untung daripada
jualan.

 Jika nisbah tinggi, ia menunjukkan perniagaan berjaya
meningkatkan keuntungan bari setiap ringgit jualan.

FORMULA MARGIN UNTUNG BERSIH X 100

UNTUNG BERSIH
= JUALAN BERSIH

PULANGAN ATAS ASET
[ROA]

 Mengukur untung bersih yang dapat dihasilkan bagi
setiap ringgit yang telah dilaburkan ke atas aset
perniagaan.

FORMULA PULANGAN ATAS ASET [ROA]

= UNTUNG BERSIH X 100
JUMLAH ASET

PULANGAN ATAS EKUITI
[ROE]

 Menunjukkan peratusan pulangan yang diperoleh
pemegang saham daripada pelaburan mereka di dalam
syarikat.

 Para pelabur boleh mengetahui pulangan yang diperoleh
bagi setiap ringgit yang dilaburkannya dalam perniagaan.

 Nisbah ini penting kerana mencerminkan kecekapan
syarikat menggunakan wang pemegang saham untuk
pelaburan.

FORMULA PUSING GANTI JUMLAH ASET

= UNTUNG BERSIH-DIVIDEN SAHAM KEUTAMAAN
JUMLAH EKUITI PEMILIK

4 NISBAH
PENGGEARAN
[NISBAH HUTANG]

Mengukur sejauh mana perniagaan menggunakan pinjaman
untuk membiayai aktiviti perniagaan dan keupayaan
membayar hutang.

Nisbah ini memberi gambaran tentang paras hutang yang
dibuat oleh perniagaan dan penganalisis akan menggunakan
nisbah ini dalam membuat tafsiran terhadap implikasi hutang

ke atas perniagaan tersebut.
Apabila perniagaan menggunakan hutang sebagai salah satu

sumber pembiayaan, maka belanja faedah merupakan kos
tetap yang perlu di bayar kepada peminjam.

NISBAH
HUTANG ATAS ASET

 menunjukkan sejauh mana asset perniagaan dibiayai
melalui hutang.

 Jika nisbah ini tinggi, bermaksud perniagaan terdedah
kepada risiko kebankrapan.

 Perniagaan terbeban dari segi pembayaran faedah yang
tinggi.

FORMULA NISBAH HUTANG ATAS ASET

= JUMLAH LIABILITI
JUMLAH ASET

NISBAH
HUTANG ATAS EKUITI

 Menunjukkan kebergantungan pembiayaan melalui
hutang jangka panjang.

 Nisbah yang tinggi menunjukkan modal syarikat banyak
disumbangkan oleh hutang jangka panjang.

FORMULA NISBAH HUTANG ATAS EKUITI

= JUMLAH LIABILITI
JUMLAH EKUITI PEMILIK

5 NISBAH
PASARAN

Memberi gambaran tentang tanggapan para pelabur
terhadap prestasi perniagaan pada masa ini iaitu
hubungan antara prestasi perniagaan dengan harga
saham di pasaran.
Nisbah yang baik menunjukkan keyakinan pelabur
terhadap perniagaan.

NISBAH
PEROLEHAN
SESAHAM[EPS]

 Mengukur pulangan kepada pelaburan bagi setiap syer
yang dimiliki oleh pemegang saham/pelabur.

 Jika EPS tinggi, bermakna perniagaan mempunyai
prestasi yang baik dan untung tinggi.

FORMULA NISBAH HUTANG ATAS ASET

= UNTUNG BERSIH-DIVIDEN SAHAM KEUTAMAAN
BILANGAN PURATA SAHAM BIASA

NISBAH
HARGA/
NISBAH PEROLEHAN

 Membandingkan nilai pasaran kini dengan perolehan
sesaham.

 Nisbah yang tinggi bermaksud perniagaan mempunyai
potensi yang baik untuk berkembang dan bertambah
maju.

FORMULA NISBAH HARGA/PEROLEH

= HARGA PASARAN SAHAM
PEROLEHAN SESAHAM

NISBAH
PASARAN/
NISBAH BUKU

 memberi gambaran tentang prestasi pelabur terhadap
saham perniagaan.

 Jika nisbah tinggi, menunjukkan pelabur sanggup
membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham
tersebut.

FORMULA NISBAH PASARAN/NISBAH BUKU

= HARGA PASARAN SAHAM
NILAI BUKU SESAHAM

UJI MINDA

1. Huraikan tiga kegunaan penyata kewangan bagi sesebuah syarikat.[6]
2. Senaraikan empat pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan.[4]
3. Berikan maksud penyata pendapatan dan penyata aliran dana.[2]
4. Jelaskan kegunaan penyata pendapatan dan kunci kira-kira.[4]
5. Nyatakan empat elemen yang terkandung dalam kunci kira-kira.[4]
6. Huraikan nisbah kecairan .[4]
7. Jelaskan nisbah kecekapan.[6]

UJI MINDA

8. Berikut ialah maklumat asset dan liability Syarikat JKM Sdn Bhd pada 31 disember 201x:

Jumlah asset semasa RM55,800
Jumlah asset tetap RM32,500
Liabiliti semasa RM25,000
Inventori RM8,500
Liabiliti jangka panjang RM15,000
Akaun belum terima RM10,000
Jualan RM50,000
Kos barang dijual RM24,000

Berdasarkan maklumat di atas, hitung nisbah yang berikut:

i- Nisbah Semasa [2] ii- Nisbah cepat [2] iii- Pusing ganti inventori [2]

INGAT FAKTA

Pihak yang berkepentingan terhadap penyata Penyata kewangan
kewangan;
1. Pengurus syarikat [pihak pengurusan] 1. Penyata pendapatan,
2. Para pelabur /bakal pelabur
3. Pemilik/pemegang saham - Menunjukkn ringkasan hasil, belanja dan untung
4. Pemiutang, pembiaya/pembekal rugi sesebuah perniagaan dalam tempoh tertentu.
5. Agensi kerajaan
6. Para pekerja/kesatuan sekerja 1. Kunci kira-kira,
7. Pesaing
- Ringkasan mengenai kedudukan kewangan
sesebuah syarikat

- Menunjukkn kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti
pemilik bagi satu tempoh masa tertentu.

1. Penyata aliran tunai;

- Menunjukkn punca perolehan tunai/dana dan
penggunaan tunai/dana bagi satu tempoh tertentu.

INGAT FAKTA 3. Nisbah keberuntungan,
- Margin untung kasar
Nisbah kewangan - Margin untung bersih
Kaedah kawalan kewangan yang digunakan untuk - Pulangan atas aset[ROA]
menilai dan mengawal prestasi sesebuah - Pulangan atas ekuiti [ROE]
perniagaan.
1. Nisbah kecairan, 4. Nisbah penggearan, [Nisbah hutang]
- Nisbah semasa - Nisbah hutang atas aset
- Nisbah cepat - Nisbah hutang atas ekuiti

2. Nisbah kecekapan, 5. Nisbah pasaran.
- Tempoh kutipan purata - Nisbah perolehan sesaham [EPS]
- Pusing ganti inventori - Nisbah harga/nisbah perolehan
- Pusing ganti aset bukan semasa - Nisbah pasaran/nisbah buku
- Pusing ganti jumlah aset

“ JANGAN
BERBICARA

DENGAN
“MUNGKIN”
KATAKAN AKU

BOLEH”


Click to View FlipBook Version