EMMA
SEMESTER 1
1.3 ENTITI PERNIAGAAN
MAKSUD ENTITI PERNIAGAAN
JENIS MILIKAN PERNIAGAAN
MENURUT UNDANG-UNDANG
SESEBUAH PERNIAGAAN
PENGELASAN ENTITI PERNIAGAAN
1. PEMILIKAN
2. AKTIVITI PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN
3. PENDAFTARAN PERNIAGAAN
4. PENGURUSAN PERNIAGAAN TERLIBAT
ENTITI PERNIAGAAN
1. PEMILIKAN TUNGGAL
2. PERKONGSIAN
3. SYARIKAT
4. KOPERASI
PEMILIKAN
TUNGGAL
Definisi Pemilikan Tunggal
Sesuatu entiti perniagaan milik
seseorang individu yang
mempunyai tanggungjawab
peribadi terhadap segala
hutang.
CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
1. Pemilikan
Dimiliki oleh seorang pemilik
perniagaan/seorang individu
sahaja.
CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
2. Modal
Disumbangkan oleh pemilik sendiri
daripada hasil tabungan/pinjaman
daripada ahli keluarga, rakan-rakan
atau pinjaman daripada institusi
kewangan yang berdaftar atau bank
CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
3. Pengurusan
Diuruskan dan dikawal oleh pemiliknya sendiri
dengan bantuan ahli keluarga/pekerja yang
dibayar gaji.
Semua keputusan perniagaan berdasarkan
budi bicara dan pertimbangan diri sendiri.
CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
4. Liabiliti
Segala liabiliti tidak terhad iaitu menjadi
tanggungjawab pemilik
Sekiranya berlaku pembubaran perniagaan,
pemilik perlu melangsaikan kesemua hutang
yang ditanggung olehnya termasuklah hutang
yang melibatkan harta peribadinya.
CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
5. Agihan keuntungan
Segala kerugian ditanggung sendiri oleh
pemilik.
Keuntungan yang diperoleh menjadi miliknya
tanpa perlu dikongsi dengan mana-mana
pihak.
CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
6. Cukai
Dikenakan cukai pendapatan
individu/persendirian sahaja yang dikenakan
oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri [LHDN] ke
atas pendapatan yang diperoleh pemilik.
CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL
7. Akta Pendaftaran
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Pindaan
1978]
Berdaftar dengan Pendaftaran Perniagaan di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM]
LANGKAH PENUBUHAN
PEMILIKAN TUNGGAL
LANGKAH PENUBUHAN PEMILIKAN TUNGGAL
1. Mendaftar dengan Pendaftaran Perniagaan di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM]
2. Memohon carian nama menggunakan Borang
PNA 42
3. Memohon mendaftar nama perniagaan yang
dijalankan menggunakan Borang A.
4. Membayar yuran pendaftaran perniagaan.
5. Memperoleh sijil perakuan pendaftaran
[Borang D]
BORANG 42 BORANG A BORANG D
KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN
PEMILIKAN TUNGGAL
KEBAIKAN PEMILIKAN TUNGGAL
1. Mudah ditubuhkan kerana tidak terikat pada syarat-syarat yang ketat.
2. Modal diperoleh daripada simpanan sendiri, tiada tanggungan liabiliti.
3. Kos penubuhan adalah rendah.
4. Keputusan boleh dibuat dengan mudah kerana tidak perlu mendapat
persetujuan daripada pihak lain.
5. Keuntungan yang diperoleh akan dinikmati oleh pemilik sahaja.
6. Segala maklumat sulit perniagaan dapat dirahsiakan daripada pengetahuan pihak
lain.
7. Pemilik tidak perlu membayar cukai keuntungan perniagaan.
KEBURUKAN PEMILIKAN TUNGGAL
1. Sukar berkembang kerana modal yang diperoleh adalah kecil.
2. Pemilik mungkin menghadapi masalah untuk menguruskan perniagaannya
disebabkan kekurangan kemahiran.
3. Sukar memperoleh pinjaman dari bank dan institusi kewangan.
4. Menanggung liabiliti tidak terhad, harta peribadi boleh dituntut sekiranya
perniagaan menghadapi masalah kewangan.
5. Daya saing perniagaan adalah lemah disebabkan ketiadaan tenaga kerja
profesional dan pakar.
6. Jangka hayat perniagaan adalah pendek jika pemilik meninggal dunia atau hilang
upaya.
7. Segala risiko perniagaan perlu ditanggung oleh pemilik. Pemilik dikenakan kadar cukai
pendapatan yang tinggi.
PERKONGSIAN
Definisi Perkongsian
Perniagaan yang dibentuk
melalui kerjasama dua atau
lebih individu bagi tujuan
mendapatkan keuntungan.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
1. Pemilikan/bilangan ahli
Dimiliki oleh dua hingga 20
orang rakan kongsi bagi
perkongsian biasa dan dua
hingga 30 orang bagi
perkongsian profesional.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
2. Modal
Disumbangkan oleh rakan-rakan
kongsi mengikut jumlah yang
dipersetujui.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
3. Pengurusan
Diuruskan oleh semua rakan kongsi yang ada .
Rakan kongsi aktif ialah rakan kongsi yang
terlibat secara langsung dalam pengurusan.
Rakan kongsi pasif ialah rakan kongsi yang
tidak terlibat secara langsung dalam
pengurusan.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
4. Perundangan
Dikawal oleh Akta Perkongsian 1961.
Pekongsi boleh menyediakan perjanjian
perkongsian mereka sendiri.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
Perjanjian perkongsian harus mengandungi :
Senarai nama rakan kongsi.
Nisbah/cara pembahagian untung.
Modal sumbangan setiap rakan kongsi.
Tempoh/jangka hayat perkongsian.
Gaji yang dibayar kepada rakan kongsi
Nama firma.
Alamat perniagaan.
Kuasa rakan kongsi.
Syarat membubarkan perkongsian.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
Untuk Perkongsian yang merujuk perjanjian perkongsian umum di
bawah Akta Perkongsian 1961, syarat yang berikut adalah terpakai :
1. Keuntungan/kerugian dibahagikan secara sama rata.
2. Rakan kongsi aktif yang menguruskan perniagaan tidak akan dibayar
gaji.
3. Modal yang disumbangkan tidak akan dibayar dividen.
4. Perkongsian akan dibubarkan sekiranya salah seorang daripada rakan
kongsi keluar daripada perniagaan/meninggal dunia.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
5. Liabiliti
Liabiliti tidak terhad
6. Agihan untung atau rugi
Segala untung/rugi dibahagikan
mengikut syarat-syarat yang
dipersetujui.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
7. Cukai
Hanya dikenakan cukai
pendapatan perseorangan [tiada
cukai perniagaan]
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
8. Pembubaran
Persetujuan semua rakan kongsi
Melalui penguatkuasaan undang-undang
Tempoh penubuhan perkongsian dalam
perjanjian tamat
Tujuan penubuhan tercapai/tamat sesuatu
usaha niaga/projek
Salah seorang rakan kongsi meninggal dunia,
tidak siuman, hilang upaya atau muflis.
LANGKAH PENUBUHAN
PERKONGSIAN
LANGKAH PENUBUHAN PERKONGSIAN
1. Mendaftar dengan Pendaftaran Perniagaan di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM]
2. Memohon carian nama menggunakan Borang PNA 42
3. Memohon mendaftar nama perniagaan yang dijalankan
menggunakan Borang A dengan memasukkan butiran
perkongsian.
4. Membayar yuran pendaftaran perniagaan.
5. Memperoleh sijil perakuan pendaftaran [Borang D]
BORANG 42 BORANG A BORANG D
KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN
PERKONGSIAN
KEBAIKAN PERKONGSIAN
1. Modal yang lebih banyak boleh dikumpulkan berbanding dengan
pemilikan tunggal.
2. Mudah ditubuhkan kerana tiada syarat yang ketat.
3. Kemahiran dan kepakaran yang berlainan dapat dikumpulkan
dan digabungkan antara rakan kongsi.
4. Risiko perniagaan dapat ditanggung bersama oleh semua rakan
kongsi.
5. Rakan kongsi boleh menjalankan pengkhususan kerja.
6. Tidak perlu membayar cukai keuntungan. Hanya cukai pendapatan
perseorangan dikenakan atas setiap rakan kongsi.
KEBURUKAN PERKONGSIAN
1. Persetujuan daripada semua rakan kongsi perlu diperoleh sebelum sebarang
keputusan boleh dibuat.
2. Maklumat perniagaan tidak dapat dirahsiakan daripada pengetahuan rakan
kongsi.
3. Setiap rakan kongsi menganggung liabiliti tidak terhad.
4. Perselisihan faham dan konflik cenderung berlaku dalam kalangan rakan
kongsi .
5. Jangka hayat yang pendek kerana kematian, kebankrapan/ketidaksiuman mana-
mana rakan kongsi boleh menyebabkan perkongsian bubar.
6. Usaha mendapatkan modal tambahan tertakluk kepada keupayaan kewangan rakan
kongsi.
SYARIKAT
Definisi Syarikat
Entiti perniagaan yang dimiliki
oleh individu yang
menyumbangkan modal dalam
bentuk saham dan bersetuju
berkongsi untung rugi.
Pemilik saham adalah juga
pemilik syarikat.
Wujud sebagai satu entiti
berasingan daripada
pemiliknya.
Pemilik dan syarikat adalah
terpisah.
Kewujudan syarikat adalah
kekal dan tidak akan
dibubarkan jika pemilik
sahamnya meninggal dunia
atau menarik diri.
Terdapat dua jenis Syarikat
SYARIKAT SYARIKAT
SENDIRIAN AWAM
BERHAD
BERHAD
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD
CIRI SYARIKAT SYARIKAT AWAM
SENDIRIAN BERHAD
1. Bilangan
pemegang BERHAD
saham
Sekurang-kurangnya Tiada had maksimum
dua tetapi tidak boleh tetapi sekurang-
melebihi 50 orang kurangnya dua orang.
pemegang saham
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD
CIRI SYARIKAT SYARIKAT AWAM
2.Pemilik saham SENDIRIAN BERHAD
BERHAD Terdiri daripada orang
ramai yang berminat
Terdiri daripada ahli untuk melabur.
keluarga terdekat,
saudara atau rakan
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD
CIRI SYARIKAT SYARIKAT AWAM
SENDIRIAN BERHAD
3. Laporan
kewangan BERHAD Perlu diumumkan
kepada orang ramai.
Tidak perlu
diumumkan kepada
orang ramai.
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD
CIRI SYARIKAT SYARIKAT AWAM
SENDIRIAN BERHAD
4. Pendaftaran
nama syarikat BERHAD Perlu dimasukkan
perkataan Awam
Perlu dimasukkan Berhad.[[M] Berhad]
perkataan Sendirian dihujung nama
Berhad. [Sdn Bhd.] syarikat
dihujung nama
syarikat
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD
CIRI SYARIKAT SYARIKAT AWAM
SENDIRIAN BERHAD
5. Penyenaraian
saham di bursa BERHAD
saham
Tidak dibenarkan Saham syarikat boleh
untuk menyenaraikan disenaraikan di bursa
saham di bursa saham.
saham
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD
CIRI SYARIKAT SYARIKAT AWAM
SENDIRIAN BERHAD
6. Pemindahan
hak milik saham BERHAD
Perlu mendapat Saham bebas dijual
persetujuan daripada kepada sesiapa sahaja
pemegang saham tanpa perlu mendapat
lain. persetujuan daripada
pemegang saham.
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD
CIRI SYARIKAT SYARIKAT AWAM
SENDIRIAN BERHAD
7. Pengurusan
perniagaan BERHAD Diletakkan di bawah
tanggungjawab
Diletakkan di bawah pemegang saham
tanggungjawab majoriti atau orang
pemegang saham luar yang terdiri
terutama pemegang daripada golongan
saham majoriti. profesional.
PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD
CIRI SYARIKAT SYARIKAT AWAM
8. Modal SENDIRIAN BERHAD
BERHAD Jualan saham kepada
orang awam
Jualan saham kepada
orang perseorangan