The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.3 ENTITI PERNIAGAAN FLIP BOOK PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmatunsemaun, 2021-07-07 16:23:42

1.3 ENTITI PERNIAGAAN

1.3 ENTITI PERNIAGAAN FLIP BOOK PDF

PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD DAN
SYARIKAT AWAM BERHAD

CIRI SYARIKAT SYARIKAT
SENDIRIAN AWAM BERHAD
10. Liabiliti
11. Agihan untung BERHAD
12. Cukai
Liabiliti terhad

Dalam bentuk dividen

Dikenakan cukai keuntungan syarikat

LANGKAH PENUBUHAN
SYARIKAT BERHAD

LANGKAH PENUBUHAN SYARIKAT BERHAD

1. Mendaftar dengan Pendaftaran Perniagaan di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia [SSM]

2. Membuat bayaran yuran pendaftran syarikat berdasarkan
jumlah modal dibenarkan

3. Memohon untuk melakukan carian nama dengan
menggunakan Borang 13A.

4. Memohon pendaftran syarikat dengan menyertakan dokumen
yang berikut :
• Tatautus syarikat
• Tatawujud syarikat
• Borang 48F [ Akuan sebelum pelantikan sebagai setiausaha]
• Borang 48A [ Akuan berkanun seseorang sebelum perlantikan

sebagai pengarah /penaja]
• Borang 6 [Perakuan Pematuhan]

5. Menyerahkan semua dokumen yang terlibat.

6. Mendapatkan sijil perakuan perbadanan syarikat
[Borang 9]

BORANG 13A BORANG 48A BORANG 48F

carian nama [ Akuan berkanun seseorang [ Akuan sebelum pelantikan
sebelum perlantikan] sebagai setiausaha]

DOKUMEN KHAS SEMASA MEMBUAT
PENDAFTARAN SYARIKAT BERHAD

TATAWUJUD SYARIKAT TATAURUS SYARIKAT

Maklumat yang terkandung Maklumat yang terkandung
dalam Tatawujud Syarikat dalam Tataurus Syarikat
termasuklah nama syarikat,
tujuan penubuhan dan butir- termasuk prosedur penerbitan
saham, pelantikan pengarah
butir saham.
dan penyediakan laporan
kewangan.

KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN

SYARIKAT BERHAD

KEBAIKAN SYARIKAT BERHAD

1. Dapat mengumpul modal yang lebih besar untuk perkembangan perniagaan
melalui penjualan saham syarikat.

2. Pemilik syarikat menanggung liabiliti yang terhad kepada sumbangan modal
sahaja.

3. Perniagaan akan terus kekal kerana terpisah daripada pemiliknya.

4. Syarikat boleh mendakwa dan didakwa atas namanya kerana merupakan
entiti yang berasingan.

5. Terdapat pengkhususan dalam pengurusan kewangan, pemasaran dan sumber
manusia untuk operasi lebih cekap dan berkesan.

KEBURUKAN SYARIKAT BERHAD

1. Penubuhan syarikat lebih rumit kerana tertakluk kepada syarat ketat dalam Akta
Syarikat 1965

2. Cukai syarikat yang tinggi dikenakan iaitu 28% daripada jumlah keuntungan
perniagaan .

3. Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukan pemilik
syarikat.

4. Laporan kewangan syarikat perlu ditunjukkan kepada pemegang saham dan
diaudit.

5. Penubuhan syarikat melibatkan kos yang tinggi.

KOPERASI

Definisi Koperasi

Merupakan satu organisasi perniagaan yang
ditubuhkan secara sukarela oleh
sekumpulan individu untuk menjaga
kepentingan ahlinya berdasarkan prinsip
kerjasama/ tolong menolong dan bukan
bermotifkan keuntungan

CIRI-CIRI KOPERASI

1. Pemilikan/bilangan ahli

Minimum keahlian 50 orang yang
membeli saham koperasi dan
tiada had maksimum.

CIRI-CIRI KOPERASI

2. Modal

Diperoleh melalui penjualan
saham kepada ahli dan pungutan
yuran daripada ahli koperasi.

CIRI-CIRI KOPERASI

3. Pengurusan

Diuruskan dan ditadbir oleh
anggota lembaga koperasi yang
dilantik oleh ahli-ahli koperasi
semasa mesyuarat agung
tahunan.

CIRI-CIRI KOPERASI

4. Perundangan

Dikawal oleh Akta Koperasi 1993
pindaan 2007.

CIRI-CIRI KOPERASI

5. Liabiliti
Liabiliti terhad

6. Agihan untung rugi
Keuntungan diagihkan dalam
bentuk dividen dan bonus.

CIRI-CIRI KOPERASI

7. Cukai

Tiada cukai dikenakan
[ dikecualikan cukai]

LANGKAH PENUBUHAN
KOPERASI

LANGKAH PENUBUHAN KOPERASI

1. Mendaftarkan koperasi dengan Pendaftar Suruhanjaya
Koperasi Malaysia [SKM]

2. Membentuk jawatankuasa penaja yang terdiri daripada
10 orang

3. Mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.

4. Menyerahkan dokumen koperasi seperti borang
permohonan pendaftaran koperasi, minit mesyuarat
agung permulaan dan undang-undang kecil.

5. Memperoleh sijil perakuan pendaftaran koperasi.

KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN
KOPERASI

KEBAIKAN KOPERASI

1. Mengutamakan kepentingan ahli dan bukan keuntungan

2. Memupuk sikap kerjasama dan saling membantu
antara ahli.

3. Pengurusan koperasi dijalankan secara demokrasi.

4. Keuntungan koperasi dikecualikan daripada cukai
keuntungan perniagaan.

KEBURUKAN KOPERASI

1. Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu
tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang arif.

2. Operasi koperasi dikawal oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia.

3. Tidak mampu bersaing dengan bentuk perniagaan
lain seperti syarikat kerana modal yang kecil.

4. Menghadapi masalah pengurusan yang lemah
disebabkan kekurangan pengalaman berniaga dan
pertukaran ahli lembaga yang kerap.

KATA-KATA SEMANGAT

Jika kamu berhasrat untuk
berjaya jangan hanya
memandang ke tangga tetapi
belajarlah untuk menaiki
tangga tersebut


Click to View FlipBook Version