The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amirah Suraya, 2023-07-05 14:24:32

S R I K A N D I T U N F A T I M A H


Diterbitkan oleh Kumpulan 7 Seksyen 1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia. "Srikandi Tun Fatimah" merupakan Hakcipta Terpelihara Karya NICKY SUMMER ANAK DANIEL SERTA RAKAN SEKUMPULAN dan tidak dibenarkan dikeluarkan semula dalam apa bentuk sekalipun, selagi tidak mendapat keizinan bertulis. Diterbitkan pada Julai 2023 Penulis : NICKY SUMMER ANAK DANIEL Editor : NUR AMIRAH SURAYA BINTI AMRAN Konsep & Reka Bentuk Kulit : NUR SHAHIRAH BINTI MD SOBRI i


BARISAN MANUSKRIP ii BARISAN EDITOR


BARISAN SKRIP DIALOG iii BARISAN PROPS DAN PEMAKAIAN


BARISAN PENGHASILAN DRAMA iv


Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya akhirnya dapat menyiapkan tugasan berkumpulan Projek Karya Pilosophia dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran Falsafah Pendidikan kami yang telah membimbing sehingga kami dapat meyiapkan tugasan ini dengan cemerlang iaitu Puan Nor Sofurah Binti Moh Faiz Beliau bukan sahaja berjaya membimbing kami tetapi banyak memberikan panduan, pengajaran dan ilmu-ilmu yang amat berguna kepada kami. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan kami yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pertolongan Kerjasama dan usaha mereka semua kemungkinan agak sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi ini dengan jayanya. Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung atau secara tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan berkumpulan ini, kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang ikhlas membantu. Sekian, terima kasih. v


WATAK UTAMA Tun Fatimah Sultan Mahmud Shah Sultan Ahmad Shah Bendahara Tun Mutahir Raja Mendaliar Tun Hassan Temenggung Tun Sura Diraja Alfonso De Albuquerque Laksamana Khoja Hassan Tun Ali Si Kitol WATAK TAMBAHAN Gadis Kampung Pengawal Istana Tahanan Portugis Rakyat Melaka vi


vii


viii


ix


x


MAKLUMAT PENERBIT i BARISAN PENERBIT ii PENGHARGAAN v BARISAN PELAKON DAN WATAK vi BAB 1 : RAKUS CINTA DIRAJA 1 BAB 2 : MENOLAK LAMARAN DIRAJA 8 BAB 3 : KEHILANGAN KELUARGA 23 BAB 4 : HELAH SEORANG SRIKANDI 29 BAB 5 : SERANGAN PORTUGIS 35 BAB 6 : MEMBONGKAR PENGKHIANATAN 48 ISI KANDUNGAN


Beberapa orang wanita berlari-lari pulang ke rumah dengan air mata yang bercucuran. Mereka baru balik dari istana. Mereka menutup wajah dan kepala mereka dengan kain batik yang dijadikan selendang. Tun Fatimah yang baru pulang dari rumah kawan-kawannya terserempak dengan mereka. Dia berasa hairan melihat mereka menggugu menangis. Ketiga-tiga wanita itu kelihatan trauma atau dalam ketakutan. "Kakak, kakak kenapa? Ada orang kacaukah?" tanya Tun Fatimah yang mahukan kepastian. Jika mereka diganggu mana-mana lelaki, Tun Fatimah berhajat mahu mengajar lelaki durjana itu. "Sultan sungguh jahat! Jahat! Jahat!" kata Cempaka. "Apa? Sultan?" Tun Fatimah menelan air liurnya. Terkedu seketika. Tidak mungkin untuknya mengajar Sultan yang tidak patut diderhakai oleh rakyat. Bab 1 Rakus Cinta Diraja 1


"Sultan mengurat kakakkah?" kata Tun Fatimah yang masih belum faham kerana saat itu dia masih awal remaja. "Kamu sangat muda untuk mengerti, Fatimah. Kamu jaga sajalah diri kamu supaya tidak masuk dalam perangkap Sultan, " kata Salmah yang masih merah matanya. Tun Fatimah masih tidak faham. Dia menggaru-garu telinganya yang tidak gatal. Tragedi malang yang menimpa gadis-gadis itu akhirnya tersebar ke seluruh Melaka. Namun rakyat tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tiada kuasa bagi menghukum Sultan. "Sultan Mahmud benar-benar melampau. Manusia yang diharapkan untuk menjaga rakyat dan Melaka, tetapi menjadi penjahat pula. " "Baginda masih remaja dan tidak dapat mengawal nafsu. Apatah lagi punya kuasa, sebab itu baginda sanggup melakukan apa sahaja. Tidak mungkin baginda mahu menjatuhkan hukuman kepada diri sendiri. " "Itulah susahnya menjadi Sultan ketika usia terlalu muda, sepatutnya dadanya diisi dahulu dengan ilmu agama sebelum diberi kuasa. " "Apakan daya sudah takdir begini, ujian buat kita semua. "Putera raja yang belum matang tidak sepatutnya jadi Sultan. Hendak kita bunuh, tidak boleh. " Bab 1 : Rakus Cinta Diraja 2


Perlakuan Sultan yang tidak manis itu menjadi bual bicara rakyat. Rata-rata rakyat memikirkan bagaimana nasib mereka pada masa depan jika terus diperintah olehraja yang tidak bermoral ini. Mereka berharap Sultan Mahmud Shah cepat-cepat bertaubat dan berubah menjadi lebih baik. Bukan hanya rakyat yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku Sultan, tetapi juga sebahagian pembesar Melaka. Mereka tidak selesa dengan hawa nafsu Sultan yang buas tiada sempadan agama. "Sungguh mengecewakan. Sultan sendiri sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk itu. Tidakkah baginda sedar yang dirinya itu junjungan sekalian rakyat di dalam negeri ini?" kata Tun Hassan Temenggung, menggeleng kesal. Dia bersandar di sebatang pohon tidak jauh dari rumahnya, berbual dengan bakal abang iparnya, Tun Ali. "Sehinggakan Tun Biajit pun sudah tidak mahu berkhidmat untuk istana. Amat merugikan, " celah Tun Ali. "Sudah nasib negeri Melaka. Apakan daya kita. Akibat nafsu tidak terkawal, kini rakyat diancam Sultan sendiri. Harapkan pegar, pegar makan padi, " kata Tun Hassan Temenggung pula. Dia menumbuk batang pokok itu tanda kegeraman. Bab 1 : Rakus Cinta Diraja 3


"Susahlah begini. Sultan tempat kita bergantung, tonggak negara. Hendak disokong sekarang pun serba salah jadinya. Rakyat pula yang teraniaya, " kata Tun Ali. Dia juga sebenarnya bimbang kerana hatinya terpaut kepada Tun Fatimah yang sungguh jelita orangnya. Kalaulah Sultan Mahmud tahu akan gadis kecil perawan ini, pasti Tun Fatimah turut menjadi mangsa. "Hairan sungguh aku dengan Sultan. Bukankah baginda sudah mempunyai permaisuri, bonda puteranyaRaja Ahmad Shah? Mengapakah baginda masih membuas mengganggu keamanan rumah tangga orang lain?" Tun Hasan Temenggung benar-benar tidak faham. Bukannya Sultan Mahmud tidak beristeri! Tun Ali menghembus nafas panjang. Katanya, “Itu semua terletak pada iman sendiri. Perbuatannya mencabul isteriisteri dan anak-anak perempuan pembesar-pembesar dan rakyat negeri ini perbuatan keji. Begitulah manusia yang lupa batasan agama, gagal mengawal nafsu. Kamu lupakah angkara yang berlaku ke atas diri Tun Biajid? Dia menceraikan isterinya dan kemudian meletak jawatannya. Semuanya kerana perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh baginda. " "Ya, isterinya diceraikan bukan kerana bersalah tetapi kerana maruah. Sultan sudah menjadi perosak rumah tangga orang, " kata Tun Hassan pula. Bab 1 : Rakus Cinta Diraja 4


"Doakanlah Sultan, ustaz, " kata Bendahara Tun Mutahir kepada seorang ulama yang dijemput datang ke rumahnya. Ini kerana pada hematnya, Sultan Mahmud Shah mempunyai penyakit nafsu yang terlampau. Jadi dia mahu berikhtiar dengan mempertemukan sang ulama dengan Sultan bagi merawat dan memberi nasihat-nasihat yang berguna. "Insya-Allah, akan saya usahakan, " kata sang ulama. /Kepada Tun Fatimah pula, Bendahara Tun Mutahir berpesan supaya berhati-hati, jangan sampai terlihat oleh orang istana. Banyakkan tinggal di rumah berbanding berjalan di luar rumah. Sekiranya ada orang istana datang ke rumahnya, jangan sesekali menampilkan diri. "Baik, ayah, " kata Tun Fatimah yang semakin lama makin terserlah kejelitaan semula jadinya. Tun Fatimah tidak sekadar tampak lembut dan jelita, tetapi juga tangkas dalam ilmu mempertahankan diri. Pada diri Tun Fatimah, terserlah ketabahan, kekuatan selain kelembutan yang dimiliki oleh para wanita. Kelebihan Tun Fatimah ini menyenangkan hati ayahandanya. Malah, Bendahara Tun Mutahir berfirasat anak perempuannya ini akan menjadi pejuang Kerajaan Melayu Melaka yang semakin lemah angkara Sultan yang gemar berfoya-foya. Bab 1 : Rakus Cinta Diraja 5


Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir tersenyum. Dia yakin puterinya ini kelak boleh diharap menjadi salah seorang pembela Kerajaan Melayu Melaka. Hari demi hari berlalu, tidak lama selepas itu terdengar khabar, permaisuri baginda, Tun Kecil, yang juga bonda kepada putera Sultan Mahmud Shah iaitu Raja Ahmad Shah telah mangkat. Sekalian rakyat jelata pun berkabunglah atas rasa dukacita kehilangan seorang permaisuri yang sangat dikasihi ramai itu. Permaisuri yang banyak bersabar dengankerenah suaminya yang kerap kali curang dan berkelakuan tidak molek. Malah Sultan Mahmud sendiri biarpun bernafsu buas dan sering mencurangi permaisuri, baginda tetap menyayangi permaisurinya sepenuh hati. Jelas pada riak wajah baginda akan kesedihan yang ditanggung. Apabila sekalian rakyat mahu menghadiri majlis pengebumian diraja dengan berpakaian serba putih, Tun Fatimah juga mahu turut serta. "Jangan pergi Fatimah, " bangkang Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. "Baik, ayah, " kata Tun Fatimah yang kembali masuk ke dalam rumah. Dia memahami maksud ayahnya. Walaupun Tun Fatimah berasa terkongkong akibat kejelitaan yang dimilikinya, namun dia pasrah sahaja mengenangkan itu semua sudah suratan takdir yang patut diterima dengan reda. Bab 1 : Rakus Cinta Diraja 6


Suatu hari, Raja Mendaliar berjalan-jalan di sekitar Melaka selepas menyelesaikan tugasnya di pelabuhan. Dia bersiul. siul senang hati. Bajunya yang berkilat memancar-mancar apabila terkena cahaya mentari, menjadi pengenalan dirinya sebagai orang istana. Tiba-tiba perjalanannya terhenti. Dia terlihat sekumpulan gadis sedang rancak berbual sesama mereka. Mereka bergurau senda dan bertepuk bertampar. Matanya tertumpu ke arah salah seorang daripada mereka. "Sungguh rupawan gadis itu!" kata Raja Mendaliar, tersenyum dari jauh. Kemudian gadis-gadis ini bergerak pulang. Raja Mendaliar mengekori dari jauh secara senyap-senyap. Tiba- tiba mulutnya ternganga sekali lagi apabila gadis cantik itu pulang ke rumah Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Gadis itu menaiki anak tangga dan kemudian menghilang di balik pintu, masuk ke rumah itu. Tergamak Datuk Bendahara merahsiakan yang dia punya puteri secantik ini, " bisik Raja Mendaliar sambil menggeleng. Seketika kemudian, matanya bersinar-sinar serentak dengan senyuman melebar terukir di bibir. Bab 1 : Rakus Cinta Diraja 7


Pada pagi yang masih indah, mata raja merenung sepasang burung berterbangan di langit. Tidak lama kemudian Raja Mendaliar datang menghadap apabila Sultan Mahmud sudah kembali duduk di tempatnya di balairung seri itu. "Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, " ucap Raja Mendaliar. "Oh, Datuk Mendaliar, apa hajat datang ke mari?" tanya Sultan Mahmud. "Tuanku, sebenarnya patik ada berita baik untuk tuanku. Patik rasa patik sudah jumpa pengganti Puteri Gunung Ledang. Orangnya sungguh jelita, amat sesuai sekiranya diangkat menjadi Permaisuri Melaka, " sembah Raja Mendaliar dengan senyum simpulnya. Mata Sultan Mahmud terus bersinar-sinar. "Benarkah bagai dikata? Siapakah gerangan orangnya?" tanya baginda, tidak mampu menyembunyikan rasa teruja yang hadir. Bab 2 Menolak Lamaran Diraja 8


Raja Mendaliar tersenyum lalu mengangguk. "Patik tidak akan berbohong kepada tuanku. " "Jikalau begitu, cepat beritahu baginda, siapa gerangan yang ada dalam fikiran kamu?" gesa Sultan Mahmud. Dalam hati, baginda sudah tertanya sendiri, 'Benarkah ada wanita lain secantik Puteri Gunung Ledang?' "Tun Fatimah, anak perempuan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, " jawab Raja Mendaliar. "Tun Fatimah anak Datuk Bendahara?" Senyuman pada wajah baginda hilang. Dahinya berkerut. "Benarkah dia cantik? Mengapa pula beta tidak pernah mendengar perkhabaran tentang kecantikannya?" kata Sultan Mahmud. Ada nada kurang percaya dengan kata-kata Raja Mendaliar. "Benar, tuanku. Patik sudah lihat sendiri wajahnya yang cantik umpama bidadari. Ternyata selama ini Datuk Bendahara merahsiakan daripada kita dia ada anak dara yang jelita memukau. Mungkin juga kerana Datuk Bendahara berasa anaknya tidak layak untuk tuanku. Ada baiknya tuanku bertanya sendiri kepada Datuk Bendahara, " kata Raja Mendaliar yang bangga kerana dapat membawa khabar gembira untuk Sultan Mahmud Shah. Berita tentang wanita cantik memang hal yang amat disukai oleh Sultan itu. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 9


Sultan Mahmud mengangguk. Saat itu perasaan dalam hati baginda kembali bergelora. Hajat baginda mahukan pengganti permaisuri kembali berkobar-kobar. Adam memang memerlukan Hawa bagi meneruskan kehidupan, ia adalah sifat fitrah manusia. Apatah lagi Sultan Mahmud yang selama ini memang dikelilingi oleh wanita. Pada keesokan harinya, Sultan Mahmud mengutarakan hajatnya kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahin "Wahai Bendahara yang bijaksana, beta dengar kam memiliki puteri yang cantik jelita, benarkah?" Pertanyaan Sultan Mahmud mengejutkan BendaharaTun Mutahir. Langsung tidak diduga pagi yang tenang akan bertukar menjadi huru-hara untuknya. Dadanya berombak.Malapetaka apakah yang akan melanda hidupnya sekeluarga? Rahsia yang dijaga baik selama ini akhirnya terbongkar juga. Bendahara Tun Mutahir menarik nafas dalam berusaha menenangkan diri. Dia tahu dia tidak dapat lar lagi. Dia perlu berlaku jujur bagi mengelakkan kemurkaan Sultan biarpun hatinya benar-benar tidak selesa. "Benar, tuanku. Puteri patik itu Tun Fatimah namanya jawab Bendahara Tun Mutahir. "Sekiranya begitu, baguslah. Datuk Bendahara, beta mahu melamar Tun Fatimah sebagai Permaisuri Melaka Beta berjanji separuh kebesaran negara Melaka akan diserahkan kepadanya. Terimalah peminangan beta Serahkan puterimu kepada beta, " kata Sultan Mahmud dengan lembut. Apatah lagi orang di hadapannya itu bakal bapa mentuanya. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 10


Bendahara Tun Mutahir terdiam seketika. Akhirnya, perkara yang mahu dielakkan berlaku juga. Fikirannya ligat mahu mencari alasan. Perlahan, dia bersuara, "Maafkan patik, tuanku. Patik perlu bertanya kepada tuan empunya diri terlebih dahulu, sama ada dia mahu ataupun tidak menjadi permaisuri tuanku. " , Bendahara Tun Mutahir sememangnya mahu mengelak kerana dia sendiri tidak berkenan dengan perilaku Sultan Mahmud yang mementingkan hawa nafsu itu, namun dia serba salah. Namun, memandangkan baginda sudah meluahkan hasratnya, Bendahara tidak mampu mengelak. Dia perlu menyampaikan hajat Sultan Mahmud kepada puterinya nanti, bertanya keputusan Tun Fatimah. “Baiklah, sampaikan hajat beta kepada Tun Fatimah. " Sultan Mahmud tersenyum lebar. Padanya Tun Fatimah pasti tidak akan menolak lamarannya. Apatah lagi dijanjikan pangkat, akan diangkat menjadi Permaisuri Melaka. Siapa yang tidak mahu memiliki darjat yang sedemikian tinggi dan hidup dalam kemewahan? Berpegang pada keyakinan itu, baginda yakin lamarannya akan diterima. Bendahara Tun Mutahir pulang ke rumah dengan rasa serba salah. Mengenang puteri tercinta yang sepatutnya akan dinikahkan tidak lama lagi dengan kekasih hatinya, Tun Ali, sepupu Tun Fatimah juga. Namun kini Sultan Mahmud pula berkehendakkan anak daranya. Biarpun dia sudah dapat menjangkakan keputusan puterinya itu, dia tetap akan bertanya juga. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 11


Lalu pada malam yang sepi itu, awal-awal lagi Bendahara sudah berpesan supaya anaknya duduk diam di rumah. Tidak perlu keluar berlatih silat. Tun Fatimah hanya menurut tanpa syak wasangka atau banyak soal. Selesai solat isyak dan makan malam, Bendahara Tun Mutahir memanggil Tun Fatimah agar datang menemuinya di ruang tamu. "Ada apa ayahanda, seperti ada perkara mustahak saja?" tanya Tun Fatimah. Seperti selalu wajahnya manis dihiasi senyuman. Dia yang berbaju kurung dan berselendang putih kelihatan ayu sekali. Bendahara menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan sebelum memulakan bicara. "Wahai Fatimah, sebenarnya berat untuk ayah sampaikan hajat ini, tetapi terpaksa juga ayah sampaikan. " "Ada apa ayah?" tanya Tun Fatimah. Senyumanny sudah hilang. Mula berasa curiga apabila melihatkan gaya ayahnya yang seperti menanggung beban berat. Sebenarnya, Sultan Mahmud berkenan menyunting kamu menjadi permaisurinya, " beritahu Bendahara. Tun Fatimah tersentak. Matanya terbeliak bagaikan terlihat hantu raya. Terasa seperti jantungnya tiba-tiba direntap, semangatnya hilang. Terus sahaja Tun Fatimah menggeleng berulang kali. "Ti... tidak ayah. Tidak mungkin. Saya tidak mencintai Sultan Mahmud. Dalam hati saya hanya ada Tun Ali. Lagipun Tun Ali jauh lebih baik akhlaknya berbanding Sultan. " Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 12


"Betul kamu mahu menolak lamaran Sultan? Baginda berjanji mahu menjadikan kamu Permaisuri Melaka dan separuh kebesaran Melaka akan diserahkan kepadamu, " kata Bendahara Tun Mutahir perlahan, sekadar menyatakan kebenaran. Namun Tun Fatimah pantas menggeleng laju, Sungguh, dia tidak gilakan harta dan kedudukan yang tinggi. Baginya, cinta yang tulus lebih penting daripada kemewahan dan pangkat. Dia tidak pernah bermimpi menjadi Permaisuri Melaka. Dan di hatinya hanya ada Tun Ali, tidak yang lain. "Sungguh, ayah. Saya tidak mahu bernikah dengan Sultan. Ayah pun begitu juga, bukan?" duga Tun Fatimah yang faham benar dengan sikap ayahnya yang memang tidak berkenan dengan Sultan yang satu ini. Bendahara Tun Mutahir diam tidak menjawab walaupun sedar anaknya hanya mengatakan kebenaran. Sebagaimana orang lain, Tun Fatimah sedia maklum yang Sultan Mahmud Shah seorang pemerintah yang sangat buas, sentiasa mabuk diperhambakan hawa nafsu yang tidak digemari oleh undang-undang agama, bangsa dan dunia. Biarpun dengarnya kini Sultan sudah berubah, sudah berhenti mencari yang haram dan mahukan yang halal iaitu permaisuri baru melalui ijab kabul, namun hati Tun Fatimah tidak terbuka untuk baginda. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 13


Bendahara menarik nafas dalam. Wajahnya seperti menanggung masalah besar. "Baiklah kalau sudah begitu keputusan kamu. Ayah akan sampaikan kepada Sultan. Berdoalah semoga keluarga kita dilindungi Allah Taala, dan Sultan berlapang dada menerima kata putus kamu. " Keesokan harinya, Bendahara Tun Mutahir pergi menghadap Sultan Mahmud Shah bagi menyampaikan keputusan Tun Fatimah, Biarpun bimbang dengan reaksi baginda nanti, langkah kaki tetap diteruskan. Hanya doa yang dapat dipanjatkan, semoga Sultan tidak murka. Apabila Bendahara masuk sahaja ke balairung seri, sang (raja dengan wajah berseri lagi teruja kelihatan tidak sabarsabar mahu mendengar khabar berita daripada Bendahara. Khabar yang disangkanya khabar gembira. "Wahai Bendahara, bagaimana? Setujukah puteri kamu menjadi permaisuri beta?" tanya Sultan Mahmud Shah yang berpakaian serba jingga hari itu. Bendahara Tun Mutahir menelan air liurnya seketika. Serba salah mahu menyampaikan berita yang pasti akan menghilangkan senyuman pada wajah Sultan Mahmud, "Ampun tuanku, ampun beribu ampun. Ampunkan patik sekeluarga kerana patik tidak dapat memaksa anakanda patik, untuk menjadi permaisuri tuanku. Tun Fatimah menolak lamaran tuanku, " kata Bendahara sambil menunduk ke lantai, seolah-olah bersedia menerima hukuman. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 14


"Apa? Fatimah menolak lamaran beta? Tetapi kenapa? Tidak mahukah dia menjadi Permaisuri Melaka? Sultan Mahmud Shah benar-benar terperanjat. Malah sekalian pembesar yang ada di balairung seri itu terkejut dan menggeleng. "Ampun, tuanku. Hati manusia tidak boleh dipaksa- paksa, tuanku. Lagipun, Tun Fatimah sudah ada pilihan hatinya sendiri, " jawab Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dengan nada serba salah. Sungguh dia tidak mampu menuruti kehendak raja yang satu itu. Arahan Sultan perlu dipatuhi namun kebahagiaan anaknya juga menjadi keutamaannya. Nafas Sultan Mahmud kelihatan turun naik. Wajah baginda yang tadinya berseri dihiasi senyuman kini berubah. Jelas kemarahannya walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata. Matanya membulat besar, wajahnya merah padam menyinga. Baginda terus bangun dari singgahsananya dan keluar dari balairung seri itu untuk masuk ke bahagian dalam istana. Kelihatan para pembesar berbisik-bisik. "Sungguh Bendahara bodoh melepaskan peluang keemasan. Kalaulah Fatimah itu anakku, sudah lama aku serahkan kepada baginda untuk menjadi permaisuri, " bisik Raja Mendaliar. "Bendahara adalah ayah. Bukannya dia tidak boleh memaksa anaknya berkahwin dengan Sultan. Ini ditolaknya pula, sengaja mahu membangkitkan marah baginda, " kata Laksamana Khoja Hassan, menantu Hang Tuah yang dilantik menjadi Laksamana Melaka, menggantikan Laksamana Hang Tuah sejak dia menghilangkan diri. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 15


"Nampaknya Bendahara sudah menderhaka kepada Sultan kerana tidak memenuhi permintaan baginda. " Bendahara Tun Mutahir yang terdengar bisikan- bisikan itu hanya mendiamkan diri. Dia mengundur diri untuk pulang ke rumah. Tun Fatimah menyampaikan penolakannya terhadap raja berasa lega dan yang mengetahui ayahnya sudah gembira.Terasa beban yang memberat dalam hati hilang serta-merta. Ada kuntuman bahagia kembali berkembang dalam taman hatinya. Dia yakin cintanya akan bersatu. Dia tidak dapat menipu dirinya sendiri. Cintanya hanya kepada Tun Ali, bukan kepada Sultan Mahmud Shah. Dia juga mahu menjaga kehormatan dirinya. Dia tidak rela memperhambakan diri duduk bersanding dengan seorang raja yang kurang baik akhlaknya seperti Sultan Mahmud itu. Dia yakin Tun Ali yang berbudi pekerti mulia lebih sesuai untuk hidup susah senang bersama dengannya. Sesungguhnya Tun Fatimah tidak perlu kemewahan yang akan mengikat diri, malah tidak mustahil dia akan berendam air mata di dalam istana agam kalau Sultan Melaka kembali berperangai durjana. Bendahara yang tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku pada masa depan, dengan pantas bertindak menikahkan anaknya dengan Tun Ali. Lelaki ini adalah saudara pupunya iaitu anak kepada Seri Nara Diraja Tun Tahir, adik kepada Bendahara. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 16


Tun Fatimah langsung tidak gentar dan khuatir menghadapi segala ancaman yang akan tiba termasuk daripada Sultan Mahmud Shah sendiri. Apatah lagi ayahnya pembesar negara. Sebagai Bendahara yang bijaksana dan selama ini menjalankan amanah dengan baik, pasti sekali dikasihi oleh rakyat jelata. Bagi menjaga adab, (Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir tetap menghantar undangan perkahwinan kepada Sultan Mahmud Shah. Malah, dia turut menugaskan orangorangnya menyediakan singgahsana raja di dalam rumahnya, tidak jauh dari tempat pengantin bersanding. "Wahai Bendahara, " tegur Raja Dibaruh selepas menerima undangan pernikahan itu. "Ya, tuanku, " balas Bendahara yang mengagak akan diberi teguran oleh bapa saudara Sultan Mahmud. "Bendahara, mengapa kamu menikahkan Tun Fatimah dengan Tun Ali? Sepatutnya kamu persembahkan Tun Fatimah kepada Sultan. Melaka waktu ini tiada permaisuri, Permaisuri Pahang sudah mangkat. Dalam istiadat raja Melayu, apabila tidak ada raja perempuan, anak Bendaharalah yang akan menjadi raja perempuan. " Katakata Raja Dibaruh membuatkan orang di hadapannya itu berasa sangat serba salah. "Maafkan patik, tuanku. Anak patik hanya orang biasa, tidak layak bersuamikan seorang sultan, " balas Bendahara Tun Mutahir dengan rasa rendah diri. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 17


Raja Dibaruh hanya mampu menggeleng. Apa lagi hendak dikata, apabila kata putus sudah dibuat dan tidak mahu ditarik semula. Tibalah hari perkahwinan Tun Ali dan Tun Fatimah. Tatkala masuk waktu tengah hari, Tun Ali diarak di atas bahu seorang lelaki dan diiringi oleh saudara-maranya. Turut diarak dua batang bunga manggar dan nyanyian pasukan kompang memeriahkan suasana. Kemudian keduadua mempelai itu duduk di atas pelamin. Tidak lama kemudian, Sultan Mahmud Shah datang bersama para pembesar yang lain. Tidak jauh dari pelamin pengantin, ada satu tempat khas yang dihias indah sebagai singgahsana baginda. Kemudian sekumpulan gadis mempersembahkan tarian zapin, Biarpun persembahan tarian zapin mempesona dan menghiburkan para pengunjung lain, namun Sultan Mahmud langsung tidak tertarik melihatnya. Matanya terfokus kepada Tun Fatimah yang sangat jelita, duduk di pelamin di samping suaminya, Tun Ali. "Sungguh beta tidak menyangka puteri Bendahara sayang sejelita ini, " luah Sultan Mahmud Shah yang terpuka melihat kejelitaan Tun Fatimah. Sayang seribu kali kecantikan itu akan dinikmati oleh Tun Ali. Maka rasa cemburu pun meluap-luap dalam hati baginda. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 18


"Gadis secantik Tun Fatimah hanya layak di sisi tuanku sebagai permaisuri, " kata Raja Mendaliar, sengaja mencucuk jarum. "Memang benar, tuanku. Tergamak Bendahara bu begini kepada tuanku, " kata Laksaman Khoja Hassan pula. "Sungguh jahat Bendahara tidak mempersembahkan Tun Fatimah kepada beta. Kalau begini, lebih baik beta pulang sahaja, " kata Sultan Mahmud Shah. Tidak mampu menahan kemarahannya, baginda terus bangun dari singgahsananya dan bergerak hendak keluar dari rumah Bendahara. Namun tuan rumah pantas mendekati, cuba menahan baginda. "Ampun tuanku, kenapa lekas benar mahu pulang? Tuanku masih belum bersantap, " ujar Bendahara Tun Mutahir yang tidak mahu tetamunya meninggalkan majlis sebelum mengisi perut. "Tidak perlu. Beta tidak ada selera, " kata Sultan Mahmud dengan tegas lalu melangkah keluar dari rumah Bendahara bersama pengiring-pengiringnya. Bendahara Tun Mutahir terdiam. Dia tahu apa sebabnya. Dia memandang ke arah pasangan pengantin yang kelihatan berseri di atas pelamin. Hatinya mula dilanda rasa bimbang. Firasat hatinya mengatakan ada perkara yang tidak enak akan terjadi pada masa akan datang. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 19


"Bendahara Tun Mutahir terus memerhati pasangan pengantin yang secocok ini.Hari ini, mereka menjadi raja sehari dan hari ini juga ada raja yang merajuk hati. Setiap hari, Sultan Mahmud Shah asyik terkenangkan Tun Fatimah. Baginda tidak lalu makan dan tidur seperti orang putus cinta. Perasaan baginda bagaikan tidak tentu arah. Tidur malam pun asyik mengigau, termimpi-mimpi akan kecantikan wajah Tun Fatimah yang amat mempesona. Wajahnya yang bujur sirih, kulit yang putih kuning, dihiasi pula dengan bibir yang nipis kemerah-merahan tetap tersemat di hati kecil baginda. Terakam cermat dalam ingatan, malah menggoncangkan dada dan iman baginda. Apatah lagi apabila kadangkala baginda terpandang Tun Fatimah berjalan dengan suaminya, Tun Ali, dengan gerak lenggang yang indah. Baginda mendambakan cinta dan kasih sayang Tun Fatimah, wanita rupawan. Ini tidak menghairankan kerana Sultan Mahmud sudah lama kehilangan permaisuri. Baginda rasa kesunyian dan kembali mendambakan kasih sayang wanita lain sebagai pengganti permaisuri. Sultan Mahmud banyak termenung dan berkeluh kesah. Asyik melayan perasaan sehingga lupa akan tanggungjawab sebagai Sultan Melaka, angkara cinta yang tidak kesampaian. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 20


"Tun Fatimah, kamulah rupawan yang mencuri hatiku. Tidak kusangka kamu tega menolak pinangan beta, Sultan Melaka yang punya kuasa dan harta demi sepupumu itu, rakyat biasa. Fatimah, wajahmu menggoda, aku benarbenar jatuh cinta kepadamu. Mengapa begitu mudah kamu menolakku? Aku juga layak bercinta sebagaimana orang lain. Malah tidak sepatutnya rakyat biasa ingkar permintaan raja. Kamu sepatutnya menjadi permaisuriku!” "Tetapi Tun Fatimah memang tidak mahu jadi permaisuriku. Dia bahagia di samping Tun Ali, " keluh Sultan Mahmud lagi. Bukannya Sultan Mahmud tidak sedar Tun Fatimah sudah menjadi isteri orang. Namun, dek kerana gagal mengawal perasaan dan nafsu diri, baginda berterusan memikirkan dan menginginkan Tun Fatimah. "Argh! Aku tidak peduli! Tun Fatimah akan menjadi milikku suatu hari nanti. Aku tidak akan berputus harap. Riwayat bapamu kelak akan kutamatkan. " Hati baginda kembali dipenuhi dendam. "Tetapi bukankah aku patut menerima takdir Tuhan?" Sultan Mahmud menyoal diri sendiri. Begitulah keadaan baginda buat beberapa ketika. Ada masa hatinya bagai dirasuk kebencian dan dendam. Namun, ada masa baginda berusaha memujuk hati supaya berlapang dada menerima ketentuan Tuhan. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 21


Dalam tempoh itu, ikhtiar dijalankan oleh Bendahara Tun Mutahir bagi memadamkan api persengketaan dan dendam yang tersemat di hati baginda. Dengan perantaraan ulama yang membantunya sebelum ini, Sultan Mahmud berubah sedikit kelakuan dan budi pekertinya kepada lebih baik dan tenang. Hawa nafsunya yang tidak berbatas itu mulai berkurangan. Baginda juga mula melupakan penolakan Tun Fatimah daripada menjadi permaisurinya. Keadaan menjadi tenang buat seketika. Walaupun demikian, Bendahara Tun Mutahir masih raguragu, masih kurang yakin yang Sultan Mahmud akan menjadi baik selamanya. Hatinya masih tetap bimbang memikirkan keselamatan dirinya dan keluarga yang antara hidup dengan mati. Bab 2 : Menolak Lamaran Diraja 22


Awan yang sering memberi teduhan pada bumi di bawahnya, semakin mendung. Tragedi dalam keluarga Tun Fatimah akhirnya tiba. Sebuah fitnah yang membuatkan Tun Fatimah terduduk, jiwanya bagai dihimpit gunungan batu, sehingga nafasnya seakan tidak sampai dan tergapai- gapai. Semuanya kerana rancangan halus Alfonso de Albuquerque yang telah berjaya mengancam ketenteraman negara Melaka. Pengkhianat-pengkhianat telah berleluasa membuat onar di dalam negara itu. Secara diam-diam Laksamana Khoja menghadap Sultan Mahmud Shah. Dia dengan pakaian busana Melayu yang berkilat-kilat hanya indah di luar sahaja. Dia melangkah masuk ke balairung seri tanpa rasa bersalah. "Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah harap diampun, " ucap Laksamana Khoja Hassan bersedia membakar api amarah Sultan. Bab 3 Kehilangan Keluarga 23


"Ada apa Laksamana? Lain macam nampaknya hari ini, " tanya Sultan Mahmud. Ketika itu Bendahara Tun Mutahir tiada di balairung istana kerana menjalankan tugas di luar. Sultan Mahmud berasa pelik apabila Laksamana Khoja Hassan masuk dari pintu tepi istana, bukannya melalui pintu utama balairung istana. "Ampun tuanku. Sesungguhnya patik mahu menyampaikan berita yang kurang enak didengar, " kata Laksamana Khoja Hassan seraya membuat muka sugul dan tertunduk ke lantai. Katakanlah, beta sedia mendengar, " titah Sultan Mahmud yang tidak menyangkakan sebarang hal negatif bakal disampaikan kepadanya. "Begini, tuanku. Datuk Bendahara telah menempa perkakas kerajaan yang diperbuat daripada emas belaka. Patik rasa Datuk Bendahara merancang mahu merampas takhta dan kerajaan tuanku, " kata Laksamana Khoja Hassan, seperti yang disampaikan kepadanya oleh Raja Mendaliar. "Apa benar berita ini?" tanya Sultan Mahmud yang sudah berdiri dan memegang hulu kerisnya. Wajahnya kelihatan marah sekali. Tiada lagi seri wajah yang bersinar megah pada wajahnya. Amarah di dadanya terus membara sehinggakan dayang-dayang yang mengipas kiri kanannya tidak dapat menurunkan suhu amarah baginda. "Benar, tuanku. Patik tidak pandai berdusta, " kata Laksamana Khoja Hassan. Bab 3 : Kehilangan Keluarga 24


"Patutlah Datuk Bendahara tidak mahu mempersembahkan anaknya Tun Fatimah kepada beta, dia mempunyai niat lain rupanya” Sultan Mahmud menggeleng, dendam lamanya kembali membara. Sebelum ini baginda pernah berniat menghapuskan Bendahara Tun Mutahir kerana keengganannya menyerahkan Tun Fatimah kepada baginda. Namun, dipujuk hati supaya bersabar, apatah lagi tiada alasan kukuh untuk baginda bertindak demikian. Nampaknya hari ini baginda sudah menemui alasan yang kukuh bagi melakukannya. "Hukumannya adalah mati! Sekarang baru puas hati beta!" titah Sultan Mahmud yang kemudian menitahkan penangkapan Bendahara Tun Mutahir segera dilakukan. Hukuman bunuh akan dilaksanakan pada keesokan harinya. Tanpa sebarang siasatan, Sultan Mahmud terus menjatuhkan hukuman dek kerana dipengaruhi dendam lama yang kembali membara. Keesokan harinya sewaktu matahari baru hendak terbit, orang-orang istana bersama pengawal yang bertombak dan pelaksana hukum datang beramai-ramai ke rumah Dato Bendahari. "Assalamualaikum, Datuk Bendahara. " Bab 3 : Kehilangan Keluarga 25


Penghuni dari dalam rumah Bendahara keluar. Tun Hassan Temenggung terkejut melihat kedatangan mereka. Hatinya terus jadi tidak sedap. Berdebar-debar. "Ada ataupun tidak Datuk Bendahara di dalam?" Tanya Tun Sura Diraja dengan nada suara yang lembut, seolah-olah bersimpati dengan apa yang bakal terjadi. Kemudian Bendahara Tun Mutahir yang menyedari ada tetamu dari istana segera keluar ke muka serambi rumahnya. Begitu juga penghuni yang lain di dalam rumahnya itu termasuk Tun Fatimah dan suaminya, Tun Ali. "Kepada siapakah yang dimaksudkan ini?" tanya Bendahara Tun Mutahir yang tidak lagi mampu tersenyum. “Maafkan hamba, Datuk Bendahara. Takdir Allah s.w.t. sudah datang kepada Dato, " ucap Tun Sura Diraja dengan tutur kata yang tertib lagi lembut sehingga menusuk ke dada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. "Apa? Aku dihukum bunuh?" Badan Bendahara tiba-tiba longlai, jseluruh tubuhnya lemah hingga rebah ke belakang, tetapi dapat segera disambut oleh anaknya, Tun Hassan Temenggung. Malah, semua ahli keluarganya yang lain juga sudah keluar dan semuanya terduduk mendengar khabar itu. Air mata jelas berlinangan pada setiap seorang daripada mereka. “Jika ini ditakdirkan berlaku, hamba rela menerima takdir Allah. Tiada siapa yang dapat lari daripada ajal maut. " kata Datuk Bendahara Tun Mutahir yang juga sedar umurnya sudah lanjut itu tidak guna lagi dipertahankan. Malah, dia berkata demikian tanpa bertanyakan sebab atau alasan mengapa hukuman sedemikian dijatuhkan kepadanya. Bab 3 : Kehilangan Keluarga 26


"Bukan Datuk Bendahara sahaja yang akan dihukum, tetapi juga ahli keluarga Datuk, " kata Tun Sura lalu tangannya menunjuk kepada Tun Tahir, Tun Hassan dan menantunya, Tun Ali Kesemua mereka terpinga-pinga, Apakah kesalahan mereka sehinggakan dijatuhkan hukum bunuh? Bertambah pedihlah hati ahli keluarganya terutamaTun Fatimah yang bakal kehilangan bapa, saudara dan suami tercinta. "Lakukanlah Tun Sura, " kata Datuk Bendahara lalu menoleh memandang ahli keluarga yang dimaksudkan untuk turut sama menerima hukuman. Dia mengambil keris di pinggang Tun Tahir, Tun Hassan dan Tun Ali supaya mereka tidak bertindak balas. Mereka hanya tertunduk ke bumi, merenung nasib malang dihukum tanpa salah. Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke tempat hukuman dijalankan. "Ashhaduallailahaillallah... " . Ucapan syahadah meniti di bibir mereka. Beberapa detik kemudian datanglah Tun Indera Segara dan Tun Sura Diraja membawa kerisnya. Lalu tanpa berlengah ditikamnya Bendahara, Tun Tahir, dan Tun Hasan Temenggung Tun Fatimah tidak lagi dapat menahan rasa sedih hatinya. Air matanya bercucuran tanpa henti. Ahli keluarganya dibunuh secara kejam tanpa alasan yang munasabah. Bab 3 : Kehilangan Keluarga 27


Sekalian rakyat jelata yang menjadi saksi terdiam cemas menyaksikan empat kematian tragis itu. Hanya disambut dengan titisan air mata kesedihan kerana hukuman yang sangat kejam dan zalim itu. Perlahan dan terputus-putus Tun Fatimah berkata, "Akan ku balas perbuatan Sultan. Kekejaman mu tiada batasan. Yang tidak bersalah menjadi mangsa!" Hari demi hari berlalu terasa kelam dan kosong. Parasnya yang cantik manis berseri-seri telah bertukar muram dan tidak terurus. Rambutnya yang berombak lembut ikal mayang telah menjadi kusut masai. Matlamat hanya satu, menuntut pembelaan kematian keluarganya. Perkhabaran kematian Bendahara Tun Mutahir dan keluarga dengan segera sampai ke pengetahuan Alfonso de Albuquerque di Goa. Sekalian pembesar-pembesar Portugis di sana berasa gembira, seolah-olah kejayaan mereka menyerang Melaka sudah hampir pasti jadi kenyataan. “Melaka akan berada di bawah gengaman Portugis tidak lama lagi” kata Alfonso de Albuquerque. Bab 3 : Kehilangan Keluarga 28


Ketika Tun Fatimah duduk termenung kesedihan di Kepian sungai, Sultan Mahmud Shah tanpa segan silu mencemar duli dan sanggup datang menagih cinta lamanya. Lelaki bernafsu besar ini mahu mendapatkan Tun Fatimah sebagai permaisurinya. Kali ini baginda tidak perlu melalui Bendahara Tun Mutahir lagi. Dengan tidak payah berpujuk rayu, baginda terus mengeluarkan kata dua sahaja. Tun Fatimah, kamu kupilih menjadi permaisuriku. Ikutlah beta, " kata Sultan Mahmud yang tidak memberi pilihan atau bertanyakan kesudian Tun Fatimah. "Ampun tuanku, berikanlah patik masa, " ucap Tun Fatimah perlahan, tidak mahu berkasar dengan sang raja. "Fikir segera, beta tidak sanggup berjauhan denganmu lagi, " kata Sultan Mahmud Shah yang sekali gus meluahkan rasa cintanya yang lama terpendam kepada wanita ini. Bab 4 Helah Seorang Srikandi 29


Tun Fatimah menunduk, mendiamkan diri. Rasa sedih atas kehilangan yang bukan seorang, tidak mudah diubati dengan bernikah lagi. Apatah lagi dengan orang yang memberi hukum. Lalu dia pulang ke rumah untuk berfikir dengan lebih baik. Tun Fatimah menarik nafasnya dalamdalam kemudian menghembusnya perlahan. "Aku fikir biarlah aku berkahwin dengan Sultan supaya aku dapat balas dendam atas kematian ahli keluargaku. Aku mahu menuntut bela, " kata Tun Fatimah yang kemudian mengetap bibirnya. Pada hari perkahwinan, Tun Fatimah didandan cantik sekali, membuatkan sang raja bertambah kuat rasa cintanya kepada jelitawan yang seorang ini. Tun Fatimah pula hanya berpura-pura tersenyum sedang dalam hatinya begitu lara. Di hatinya hanya ada Tun Ali, bukan Sultan Mahmud Shah. Dia memandang wajah suami barunya dengan rasa benci di sebalik senyuman tawarnya. Malam itu, seperti yang dirancang, Tun Fatimah sudah bersiap sedia menanti suami dirajanya di dalam kamar. Dia sudah berhias secantik mungkin. Pada malam pertama itu juga dia sudah menyediakan pisau yang disapu racun untuk membunuh Sultan Mahmud Shah. Tengah malam itu, tatkala sang raja sudah nyenyak tidur, pisau beracun diambil dari bawah katil. Ketika Tun Fatimah hampir sahaja menikam sang raja, hatinya terdetik sesuatu. "Fatimah, nanti dulu, hatinya tiba-tiba bersuara. Kalau kau membunuh Sultan, kau sama saja jahat sepertinya, " kata hatinya lagi. Bab 4 : Helah Seorang Srikandi 30


Kerana kasih akan isteri, Sultan Mahmud pun menghampiri Tun Fatimah yang sedang termenung dengan wajah yang sedih itu. Melihat kehadiran baginda, dayang dayang pun berlalu pergi. “Wahai adindaku kenapa belum tidur? Apa yang bermain di fikiran adinda?” Tun Fatimah hanya tersenyum tawar seraya menggeleng. Dia tidak mahu menjawab soalan itu kerana tahu akan membuatkan suaminya terasa. "Luahkanlah apa yang terbuku dalam hatimu, wahai permaisuriku. Kanda berjanji tidak akan marah. Kanda sedia mendengarnya, " kata Sultan Mahmud dengan lembut. "Tidak ada apa-apa, kakanda. Adinda hanya bersedih kehilangan ramai ahli keluarga. Terutamanya ayah. Adinda amat merindui ayah, " kata Tun Fatimah perlahan lalu menitis air matanya tidak tertahan. Sultan Mahmud sudah dapat mengagak itu jawapannya. Baginda berasa terluka dan tersakiti sebagaimana dirasai isterinya. Sultan Mahmud sebenarnya berasa menyesal menjatuhkan hukuman mati kepada ahli keluarga lelaki isterinya biarpun kerana keputusannya itulah yang membolehkan baginda memperisterikan Tun Fatimah. "Ma... maafkanlah kanda, " ucap Sultan Mahmud terputusputus. Entah mengapa, saat itu tiba-tiba dia terkenang kembali bagaimana perasaannya sewaktu kecil apabila menjadi yatim piatu. Kehilangan yang membuatkan diri rasa kosong dan sepi. Mungkin itulah juga yang dirasai oleh Tun Fatimah. Bab 4 : Helah Seorang Srikandi 31


Disebabkan rasa bersalah Sultan Mahmud kepada Tun Fatimah, baginda menitahkan beberapa pengawal yang boleh dipercayai agar menggeledah rumah lama Tun Fatimah, dan membawa semua harta emas yang dimiliki Bendahara Tun Mutahir dahulunya. Di dalam sebuah kamar istana yang tertutup lagi rahsia, para pengawal yang dipercayainya membawa kotak emas milik Bendahara Tun Mutahir. Apabila kotak itu dibuka, Sultan Mahmud melihatnya satu per satu. Kemudian baginda menepuk dahi dan dirinya terus dipenuhi rasa bersalah. Emas-emas yang dimiliki oleh Bendahara Tun Mutahir adalah kebiasaan yang dimiliki oleh para pembesar dan orang-orang Melaka yang memang kaya raya. Tidak ada satu pun perkakasan emas yang ditempah untuk membina kerajaan dan merampas takhtanya seperti yang pernah diadukan oleh Laksamana Khoja Hassan "Allahuakbar!Allahuakhbar!Allahuakbar! Aku raja yang kejam. Aku terus menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa” keluh Sultan Mahmud, penuh rasa bersalah. Semata-mata mempercayai kata-kata orang kanannya, baginda terus menjatuhkan hukuman, didorong oleh dendam lama kerana kegagalan memiliki Tun Fatimah dahulu. Kini, barulah Sultan Mahmud sedar, baginda sudah tersalah hukum. Pasti Bendahara Tun Mutahir difitnah angkara iri hati yang ada dalam jiwa manusia tamak haloba. Bab 4 : Helah Seorang Srikandi 32


Sejak itu Sultan Mahmud berubah sikap. Baginda amat menyesal menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Namun baginda masih belum tahu siapakah dalang sebenar fitnah ini. Baginda tidak mahu bertanya lagi kepada para pembesar kerana tidak lagi mempercayai mereka. Ya Allah, tunjukkanlah kebenarannya kepadaku, rintih hati baginda. Sultan Mahmud mengangkat Tun Fatimah sebagai permaisurinya lantaran rasa cintanya yang besar kepada isteri barunya itu. Tun Fatimah pula sepanjang menjadi permaisuri, masih belum mampu tersenyum gembira dek kerana status, kuasa dan kemewahan yang kini menjadi miliknya. Dia masih teramat sedih dan merindui ayahnya sehingga apabila orang berjenaka pun dia tidak mampu ketawa. Disebabkan kemurungan ini, Tun Fatimah keguguran. Sultan Mahmud yang masih dihantui rasa bersalah, memeluk permaisuri tercinta. "Adinda, maafkanlah kanda. Maafkanlah kanda, " rayu baginda yang amat menyintai Tun Fatimah. Pelbagai usaha dijalankan bagi mengembalikan Tun Fatimah yang dahulu, yang ceria dan lincah. Akhirnya, seiring berlalunya waktu, Tun Fatimah semakin dapat menerima kenyataan akan pemergian ayah dan ahli keluarganya tercinta. Dia mula belajar untuk reda dan berazam akan membongkar fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Apatah lagi apabila Sultan Mahmud Shah memberi janji kepadanya. Bab 4 : Helah Seorang Srikandi 33


"Wahai adindaku, kembalilah bersemangat dan tersenyumlah untukku. Kanda berjanji, kanda akan menabalkan putera daripada kandunganmu nanti. sebagai Sultan. Janji ini mampu membuatkan Tun Fatimah kembali tersenyum. Bukan kerana gilakan darjat dan kuasa, tetapi dengan kuasa yang dimiliki bakal puteranya kelak, dia akan mendidik puteranya itu menjadi raja yang berakhlak mulia, adil lagi saksama. "Kanda janji?" Tun Fatimah menuntut kepastian. "Ya permaisuriku, Kanda janji, " titah Sultan Mahmud dengan yakinnya. Dia amat berharap dengan hilangnya kemurungan permaisurinya itu, badan Tun Fatimah juga kembali kuat, dan dia tidak akan keguguran lagi. Tidak lama kemudian, Tun Fatimah hamil kembali, namun keduaduanya anak perempuan, iaitu Raja Putih dan Raja Khadijah Bab 4 : Helah Seorang Srikandi 34


25 Julai 1511 AIfonso de Albuquerque tersenyum keji dari atas sebuah menara. Sudah tiba masanya untuk dia membalas dendam atas penahanan orang-orangnya oleh Kerajaan Melaka. Dan sudah tiba masanya untuk menakluki empayar agung Kerajaan Melaka. "Akan aku musnahkan Kota Melaka. Akan berkembanglah agama Kristian di sana, " getusnya, elak sendirian. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak. Kini Alfonso sudah mempersiapkan sebuah angkatan perang yang mengandungi 18 buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar lalu menuju ke Melaka. "Alhamdulillah, " ucap Tun Fatimah yang sedang duduk sendirian di hujung anjung Istana Melaka, sambil memandang senang ke tengah laut. Bab 5 Serangan Portugis 35


Dia menikmati suasana pantai Melaka yang damal dan mempesona jiwa, memperlihatkan kabus putih pada awa pagi itu. Dia bahagia melihat rakyat jelatanya menjalankan kegiatan harian dengan ceria di tepi pantai. Ada yang sedang menurunkan perahunya, ada yang sedang membuka layarnya, ada yang sedang merentang jaring dan ada pula yang sedang duduk berehat-rehat di atas perahu masing-masing sambil bernyanyi. Di pangkalan pula, ramai orang berkerumun bagi membeli dan tawar-menawar ikan yang sedang dijual oleh para nelayan. Tun Fatimah tersenyum melihat semua pemandangan itu, berpuas hati apabila kekayaan negeri dapat dikecapi oleh rakyatnya sendiri. Rindunya pula semakin kuat kepada orang-orang yang telah pergi meninggalkannya. Biarpun bumi Melaka sedang bermasalah dengan pelbagai fitnah, kuasa masih tetap dipegang oleh bangsa Melayu sendiri yang sudah tentunya beragama Islam. Hubungan dengan negara-negara luar iaitu dengan semua jajahan takluknya, masih dipegang erat oleh Melaka. Pertahanan laut dan darat masih tetap dalam genggaman tenteratentera Melayu yang diketuai bangsa Melayu sendiri. Namun, sebagaimana setiap nikmat adanya ujian, begitu juga pagi yang menyamankan itu. Angkatan Portugis sedang menghampiri pantai Melaka yang bersejarah. Bab 5 : Serangan Portugis 36


Sedang Tun Fatimah melayan fikirannya yang jauh melayang pada tengah hari itu, tiba-tiba matanya tertarik memandang kepada sebuah perahu yang dilayarkan dengan Jaju, tergopoh-gapah memotong haluan menuju ke arah barat. "Kenapa pula tu?" bisik Tun Fatimah sendirian. Dahinya berkerut. Dia mengamati sebaik mungkin. Dia mendapati perahu itu dilayarkan oleh seorang lelaki berbangsa India. Lelaki itu nampak ketakutan seperti dikejar sesuatu atau bagi menyelamatkan barang-barang larangan yang dibawanya daripada seseorang. Kemudian, Tun Fatimah tiba-tiba terpandang beberapa orang anak kapal dan nelayan-nelayan Melaka tergopohgapah melayarkan perahu-perahunya menuju ke pantai. Masing-masing menjerit kecemasan. Belum sekalian perahu itu sampai ke pantai, kelihatan di tengah- tengah laut sana, berderet-deret kapal angkatan Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque datang menuju ke Kota Melaka. sempat "Allahu akhbar! Portugis!" teriak Tun Fatimah. Dia berasa cemas dan gelisah melihat angkatan itu. Tun Fatimah lantas berdiri dan berlari masuk ke dalam istana kerana mahu mengkhabarkan berita ini kepada suaminya. Bab 5 : Serangan Portugis 37


Click to View FlipBook Version