The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amirah Suraya, 2023-07-05 14:24:32

Dalam perjalanannya hendak bertemu dengan suaminya itu... bang! Satu tembakan meriam dilepaskan. Langkah Fatimah terhenti apabila mendengar tembakan meriam. Dia menepuk dahinya. Tatkala itu orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri. Tiada serangan seterusnya daripada angkatan Portugis pada waktu itu. Mungkin tembakan meriam itu hanya amaran bagi menakutnakutkan orang-orang Melaka. Tun Fatimah kemudian meneruskan perjalanannya di dalam istana yang terbesar di dunia ketika itu. Angkatan Alfonso de Albuquerque sudah tiba di Melaka dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru. Pelabuhan Melaka dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru. Apabila Tun Fatimah sampai di balairung seri, ruparupanya suaminya telah maklum akan hal itu. "Jangan bimbang kanda sudah kerahkan askar-askar kita bersedia. Mungkin mereka datang mahu menuntut orangorang mereka yang kita tahan, " kata Sultan Mahmud. Tidak lama kemudian, Tun Segara datang menghadap. "Ampun tuanku. Patik membawa berita wakil Portugis, Alfonso de Albuquerque ingin menghadap tuanku. " Bab 5 : Serangan Portugis 38


"Baiklah, beta perkenan, " kata Sultan Mahmud Shah. Seorang lelaki yang tinggi lampai dengan topi besarnya dan berwajah orang Barat melangkah dengan sombong menghadap Sultan Mahmud Shah. Namun, manusia y yang tidak faham adat budaya Melayu ini hanya berdiri di hadapan Sultan Mahmud Shah, tidak menghadap dengan sempurna. Alfonso menuntut pembebasan orang-orangnya yang ditawan dan bayaran pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung. "Bebaskan orang-orang patik! Dan patik mahu bayaran pampasan ke atas kerugian yang kami tanggung, " katanya dengan bongkak. Lupa yang dia sedang berbicara dengan raja sebuah empayar agung di nusantara. “Baiklah, (bebaskan semua tahanan Portugis itu titah Sultan Mahmud supaya keganasan orang-orang Portugis tidak merebak lagi. Tambahan pula, persiapan ketenteraan dan pertahanan sudah cukup lengkap dan mantap. "Perintah dijunjung, tuanku, " balas Tun Sura Diraja. Namun, malang memang tidak berbau, pihak Portugis memang tidak boleh dipercayai. Walaupun para tahan sudah dikembalikan kepada pihak Portugis, mereka teta tidak puas hati. "Hahaha! Aku tidak sebodoh ini. Niatku adalah untuk menakluk Melaka!" kata Alfonso dengan sinisnya. Bab 5 : Serangan Portugis 39


"Cis, dasar bangsa penjajah. Sudah dikembalikan orangnya pun tetap mahu diserangnya kita, " titah Sultan Mahmud Shah kegeraman. Teranglah sudah orang-orang Portugis memang tidak amanah dalam menepati janji. Askar-askar Portugis dengan menaiki beberapa buah perahu melancarkan serangan pada waktu subuh di bahagian utara dan selatan bandar Melaka. Orang-orang Melayu yang diketuai oleh Sultan Mahmud Shah dan putera baginda, Sultan Ahmad berjuang mempertahankan kedaulatan Melaka daripada diceroboh dan dijajah. Serang!" teriak Sultan Ahmad, anakanda Sultan Mahmud yang bertindak sebagai kepala perang maju ke hadapan dengan menunggang gajah kebesarannya, lalu "Jinak Ji" . Di kepala gajah berdiri Seri Lidani. Di belakangnya Tun Ali Hati. Askar-askar Portugis telah melancarkan serangan pada waktu subuh hari ini dengan menaiki beberapa buah perahu. Orang-orang Portugis mendarat di bahagian utara dan selatan bandar Melaka. Namun perahu-perahu yang membawa askar-askar Portugis telah dibedil dengan meriam dari darat oleh orang-orang Melayu. Peperangan mulai berlaku dengan hebatnya. Malah tenteratentera Melayu turut menggunakan senjata api istinggar dan terakul bagi berbalas tembakan dengan askar Portugis. Apabila mereka berhadapan, barulah kemahiran keris digunakan. Seperti senjata api, keris yang berkeluk itu juga boleh mematikan musuh dengan pantas. Bab 5 : Serangan Portugis 40


Tentera Portugis telah menggunakan kekuatan serangan yang sehabis-habis daya. Bersambut pula dengan serang balas daripada pihak Melayu Melaka yang bertahan dengan gagahnya. Orang Melaka yang masih berada tidak jauh dari pantai terkejut besar. Mereka berlari-lari ke sana ke mari tidak tentu arah. Ada juga yang mengintai dari jauh bagi menyaksikan peristiwa yang berlaku. Mereka mendapati askar-askar Portugis dan askar Melayu Melaka saling tembak-menembak dan ramai yang tumbang ditelan peluru yang tidak bermata itu. Tangisan dan ratapan anak-anak kecil terdengar di merata ceruk disebabkan kehilangan ibu bapa dan saudara- mara yang telah bergelimpangan berlumuran darah, terkorban. Bahaya yang amat besar sedang mengancam negara Melaka. Dugaan terhebat sedang ditanggung oleh bumi Melaka. Bagi Tun Fatimah, serangan itu angkara perbalahan politik perdagangan dan kerana merebut kekayaan dan kebesaran Melaka. Apatah lagi mereka orang kafir yang memusuhi Islam. Tun Fatimah tidak pula berdiam diri dengan malapetaka yang sedang dihadapi oleh tanah airnya itu. Malah, dia sendiri sanggup mempertaruhkan jiwa raganya demi keselamatan diri dan tanah airnya. Sungguhpun dirinya seorang perempuan yang bersifat lemah, tetapi disebabkan kuatnya tuntutan hati dan rasa amarah terhadap musuhnya Diego Lopez de Squeira, maka srikandi Melaka ini pun sedia maju ke medan perang, untuk membinasakan musuhnya dan maruah bangsa dan tanah air. Bab 5 : Serangan Portugis 41


Peperangan berlaku dengan sengit. Angkatan Portugis telah menceroboh masuk barisan hadapan pertahanan Melaka. Angkatan Melaka terus bertahan dan membalas serangan Portugis itu dengan gagah berani. Dalam kebisingan dan huru-hara itu, Tun Fatimah diam-diam menyarung pakaian pendekarnya, serba hitam. Pakaian pahlawannya menjadi lambang semangat keperwiraannya sebagai srikandi Melaka. Tanpa pengetahuan suaminya, secara diam-diam Tun Fatimah turut serta masuk di dalam perjuangan yang dahsyat itu. Tujuan utamanya adalah mahu menamatkan riwayat Diego Lopez de Squeira dengan tangannya sendiri. Dalam pertempuran ini, Istana Melaka yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Melayu Melaka telah musnah, manakala askar-askar Portugis berjaya mencapai objektifnya untuk menawan jambatan berhampiran Kuala Sungai Melaka. Askar-askar Portugis membuat kubu di kedua-dua hujung Jambatan itu, namun mereka dihujani dengan tembakan meriam, tombak dan sumpitan beracun daripada orangorang Melayu. Serangan tanpa henti ini menyebabkan askar-askar Portugis berundur kerana terlalu ramai askar Mereka yang menemui ajal. Terlalu ramai yang terkorban di kedua-dua pihak dalam hari itu. Mereka berperang bermatimatian, berhabis-habisan sehingga ke titisan darah peperangan terakhir. Pasukan Portugis terus melanggarkan ghalinya ke pantai menggunakan serang kilatnya, bertujuan hendak memecahkan barisan Melaka yang tersusun rapi. Tetapi pihak Melaka sedang bertahan dengan penuh siaga juga. Bab 5 : Serangan Portugis 42


Ketika Sultan Ahmad terus mara ke hadapan seraya memandang keadaan barisan tenteranya di hujung jambatan. Jambatan yang bukan jambatan kayu biasa, tetapi jambatan perdagangan yang terdapat bangunan kedai-kedai di atasnya juga. Jambatan batu itu bagaikan sebuah pekan atau bandar, sebagai salah satu simbol terulung Kesultanan Melayu Melaka. Saat itu maka datanglah seorang pemuda yang baik parasnya, berdiri di hadapan gajah Sultan Ahmad dengan gaya sebagai seorang pahlawan muda yang tangkas. Sultan Ahmad agak terperanjat melihat pemuda yang dirasakan punya aura luar biasa yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. "Siapakah kamu?" tanya Sultan Ahmad. "Hanya seorang insan yang mewarisi darah keberanian Hang Tuah. Pantang Melayu menyerah kalah!" balasnya. Melihat Sultan Ahmad masih tidak berganjak dari tempatnya sedangkan perang sedang berlangsung pahlawan muda itu pun berkata, "Wahai tuanku, pahlawan Melayu. Majulah terus memimpin perjuangan. Jikalau tuanku undur, tanda barisan kita akan tewas, " katanya lagi. Mendengarkan ini, Sultan Ahmad tersenyum malu. Baginda menaiki semula gajah itu dan meneruskan perjuangannya. Pahlawan muda tadi juga dengan segera masuk ke dalam barisan musuh. Bab 5 : Serangan Portugis 43


Ketangkasan dan keberaniannya terserlah. Banyak nyawa Portugis telah melayang, mayat bergelimpangan di sepanjang-panjang pantai. Pantai indah tercemar sudah dengan darah. Nafas Tun Fatimah turun naik. Rasa bimbang dan amarahnya bercampur baur. Apatah lagi apabila mendengar ramai perempuan Melayu yang dicabul kehormatannya. "Anak aku!" Terdengar kaum ibu menjerit apabila anakanak kecil mereka dilontar ke laut oleh askar-askar Portugis yang kejam itu. Pahlawan muda itu terus berjuang menentang musuh. Matanya tiba-tiba terlihat seorang lelaki India bersamasama dalam barisan Portugis. Terbeliak luas yang ada matanya melihat situasi itu. Lalu dia pun berhajat mahu menawan lelaki India yang disyaki itu. Tanpa disedari sesiapa, diparangnya kaki pengkhianat itu lalu jatuh terguling-guling, tidak dapat melarikan diri lagi. Dengan pantas dibawanya pengkhianat itu ke sebuah tempat dengan selamat dan tanpa disedari sesiapa pun. Sampai di rumah, luka kaki pengkhianat itu dirawatnya dengan sempurna. Dalam pada itu, pertempuran masih berlangsung hebat. Banyak nyawa melayang meninggalkan tubuh diri. Ramai juga tentera Melaka gugur ke bumi sebagai wira Oleh sebab kuatnya tangkisan orang-orang Melaka, angkatan Portugis terpaksa undur berpecah belah balik ke negara. Bab 5 : Serangan Portugis 44


Di bilik air, pahlawan muda itu menanggalkan sebentar penyamarannya. Terserlah jelas wajah Tun Fatimah yang jelita. Dialah srikandi yang bijaksana menawan dan menyelamatkan nyawa pengkhianat itu. Itulah Tun Fatimah yang telah menyamarkan diri berpakaian lelaki sebagai pahlawan muda Melaka yang handal dan tangkas. Tun Fatimah terpaksa menyelamatkan si pengkhianat lalu menjadi tawanannya itu, kerana lelaki India itulah yang dilihatnya sebelum ini, sewaktu dia duduk termenung di hujung anjung istananya. Dia masih ingat lelaki India itu melayarkan perahu menuju ke tengah laut. Firasat hatinya mengatakan melalui lelaki itu mudah-mudahan dapat di membongkar dan menyiasat rahsia yang sangat-sanga diperlukannya. "Wah, cantiknya!" kata lelaki India itu apabila Tu Fatimah datang menghampirinya. Dia tersenyum ma melihat wanita yang sebegitu jelita. Tun Fatimah te menukar pakaian samarannya sebagai pahlawan muda kepada pakaian wanita yang bisa menawan hati sesiapa pun melihatnya. selamatkan aku?" tanya lelaki India iaitu si kitol. Tun Fatimah mengangguk lembut. Walaupun dia sudah kembali menjadi dirinya yang sebenar tetapi dia ada rancangannya sendiri. Namun, Si Kitol, lelaki India pengkhianat itu berasa hairan, tidak disangkanya yang menyelamatkan dirinya di medan peperangan itu sebenarnya anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang sudah pun mati dibunuh. Bab 5 : Serangan Portugis 45


Sesudah berbasa-basi, India pengkhianat itu puni berkata dengan sedihnya, “Di manakah aku sekarang? Bolehkah aku pulang ke markas Portugis?" "Boleh, aku boleh hantar kamu kembali kepada orang Portugis, tetapi kamu mesti bercakap benar denganku, " kata Tun Fatimah, memulakan misinya. "Tapi bukankah kamu Tun Fatimah? Permaisuri Melaka? Kenapa kamu sudi menolongku?" tanya Si Kitol dengan hairannya. Fatimah tersenyum sendiri tetapi dengan riak yang sinis. Lakonan yang hebat. "Ya, benar, tetapi sebenarnya aku sengat benci Sultan Mahmud. Aku lebih suka negeri Melaka ditewaskan dan ditawan orang Portugis. Bukan kamu tidak tahu Sultan yang memerintahkan ahli keluargaku semuanya dibunuh termasuk suamiku. Sekarang biarlah kamu bersama-samaku di rumah ini. Apabila sudah sembuh luka kamu, aku akan hantar kamu balik kepada kawan-kawanmu, orang Portugis itu. Sekarang lebih baik kamu beritahu aku di mana kawankawanmu semuanya. " “Itu rahsia, tak boleh beritahu, " jawab Si Kitol dengan gas. Namun Fatimah tidak berputus asa. "Usah bimbang, aku pasti menolongmu. Bukankah aku kini Permaisuri Melaka? Jadi aku juga punya kuasa. Beritahu sahajalah di mana kawan-kawanmu itu semua, " pinta Tun Fatimah dengan senyumannya yang mempesona dan pantas mencairkan hati Si Kitol. Bab 5 : Serangan Portugis 46


Lelaki India itu pun hanyut dalam rasa pesona dan cinta pura-pura. Dia terlupa siapa dirinya dan pengkhianatannya tetapi sempat pula tergoda kepada Tun Fatimah. "Kawan-kawanku semua ada di Pesara. Lekas panggil kawankawanku itu ke mari. Katakan kepada Raja Mendaliar, Ali Manunayan dan Laksamana Khoja Hasan, besok pagi aku tidak boleh sama-sama berperang. " Tun Fatimah senang hati mendengarnya. Nampaknya rancangannya menjadi. Si Kitol sudah pun masuk ke dalam perangkapnya. "Baiklah. Sebab aku menyayangimu, aku pasti menolongmu. Akan aku sampaikan pesananmu, " sahut Tun Fatimah yang beroleh kejayaan Dia meninggalkan Si Kitol berehat di rumah itu, tetapi dia tidak meninggalkannya begitu sahaja. Dia terlebih dahulu berpakat dengan beberapa pengawal istana untuk menjaga rumah itu dari luar supaya Si Kitol tidak terlepas keluar. Bab 5 : Serangan Portugis 47


Sudah tiba masanya, getus hatinya seraya tersenyum simpul. Pahlawan muda ini masuk ke balairung seri dengan segaknya. Dia berjalan yakin lalu duduk menghadap di hadapan Sultan Mahmud Shah. Hari ini dia akan menyelak awan yang menutupi mentari, menguak kebenaran akan sebuah pengkhianatan yang keji. “Ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. " “Siapakah kamu anak muda? Apa hajat kamu datang kemari?" Tanya Sultan Mahmud yang kehairanan kerana tidak pernah melihat pahlawan muda itu. Bab 6 Membongkar Pengkhianatan 48


"Tuanku, patik ada menawan seorang lelaki India, Si Kitol namanya. Dia telah membuat khianat kepada Melaka, dan derhaka kepada tuanku. Selama ini dia telah melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima iaitu menjadi musuh dalam selimut, tali barut kepada orang-orang Portugis to Penderhaka ini dapat patik tawan, setelah kakinya terkena parang dalam perjuangan semalam. Jadi untuk mengetahu rahsia pengkhianat-pengkhianat ini patik juga terpaksa berbohong dan berpura-pura menjadi pembelot. Semuanya bagi memecahkan rancangan jahat mereka dan seterusnya menawan semua pembelot ini, " terang Tun Fatimah dengan lancar. Dia berjaya mengeraskan suaranya agar mirip suara Jelaki. Sultan Mahmud Shah kelihatan terkejut. Tubuhnya yang bersandar ditegakkan ke hadapan: "Adakah mereka yang menjadi penyebab dan membantu orang-orang Portugis menyerang Melaka?" "Ya, tuanku. Merekalah puncanya, tamakkan suapan dan harta kekayaan, mereka sanggup menjadi pengkhianat di negara ini. Hidup mereka bukan sekadar menumpang dagang di tanah Melaka ini tetapi mengkhianati kita pula, " balas Tun Fatimah. Sultan Mahmud menepuk dahinya, lalu menggeleng. Baginda kelihatan hampa sekali. "Patik mohon tuanku sendiri sudi datang menghadiri pembicaraan di mahkamah untuk mendengar keteranganketerangan berhubung hal musuh dalam selimut ini, " pinta Tun Fatimah lagi dengan penuh hemah. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 49


Tun Fatimah memohon supaya Sultan Mahmud hadir dan menghakimkan sendiri pembicaraan yang penting ini. Baginda turut bersetuju dengan permintaan yang kedua ini. Hadir dan menjadi hakim. "Baiklah anak muda. Beta akan datang" balas sang r yang tidak bertanya dari mana e itu atau anak siapakah dia. a datangnya pahlawan muda. "Aku ditipu. Di mana Tun Fatimah yang jelita itu? Kitol tertanya-tanya apabila melihat lelaki muda yang menawannya kini. Kaki tangannya sudah diikat dan dia diawasi oleh beberapa orang pengawal. Malah, kawankawannya juga sudah dapat diberkas oleh Tun Fatimah dengan bantuan beberapa orang pengawal istana. Sebelum sampai di mahkamah, mereka ditahan di rumah lama Tun Fatimah. Namun, sebentar lagi mereka akan dibawa ke mahkamah Istana Melaka. Pada petang itu juga, kesemua pengkhianat telah dapat ditawan itu dibawa ke mahkamah istana dengan kawalan yang sangat ketat. Tun Fatimah membawa tawanannya, Si Kitol, dan diserahkan di dalam kandang orang salah. Apabila kesemuanya sudah berada di mahkamah, majlis perbicaraan pun dimulakan dengan ditonton oleh ramai orang sebagai saksi pengkhianatan terbesar ini. Sultan Mahmud Shah yang datang bersama anakandanya, terpinga-pinga melihat kesemua tawanan itu. Kemudian baginda menoleh ke arah pahlawan muda itu. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 50


"Wahai, pahlawan muda, cuba terangkan kepada beta mengapa mereka dibawa ke sini?" tanya Sultan Mahmud Shah lagi yang masih belum jelas perkara sebenarnya. "Inikah pengkhianat-pengkhianat Melaka? Mendaliar Syahbandar Melaka, Khoja Hasan Laksamana Melaka dan Ali Manuyan, saudagar yang tamak? Seorang lagi ini, tidakkah Si Kitol dari keluarga Nina Sura Dewan Wahai pengkhianat, lekas beritahu pesanan daripada kawankawanmu, dan rahsia yang engkau beri kepada orang-orang Portugis itu dan rahsia yang kalian dapat daripada mereka; titah baginda, tegas. Permintaan Sultan Mahmud Shah begitu mendesak tetapi mereka hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menjawab. Sultan Ahmad Syah yang berada di samping ayahandanya juga berasa marah, darah mudanya membuak panas. Sultan Mahmud yang murka memandang bengis Laksamana Khoja Hasan, lalu berkata, "Khoja Hasan, sanggup engkau melakukan pekerjaan keji ini? Engkau belum puas memfitnah sehingga Bendahara Seri Maharaja terbunuh dahulu? Bukankah engkau anak Melayu, mengapa tergamak bersama mereka menjual rahsia Kerajaan Melaka kepada orang asing? Tidak malukah engkau berkhidmat dengan kerajaan asing, menjadi pembelot dan alat orang. orang Portugis, mengkhianati tanah airmu? Tidakkah engkau rasa bersalah kepada rakyat jelata dan agamamu?" Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 51


"Laksamana Khoja Hasan terdiam, menggeletar anggota badannya. Tiada langsung jawapan keluar dari bibirnya. Semua yang menonton menahan kegeraman masingmasing. Angkara pembelotan mereka, sudah ramai rakyat Melaka a yang terbunuh. Dengan rasa amarah yang tidak terbendung, Sultan Ahmad pula mendesak "Kitol, cepat beritahu apa pesanan dan rahsia Portugis yang engkau dapat bagi memastikan keselamatan negeri ini. Jangan bimbang, berterus teranglah dosamu diampunkan. Tetapi ingat, kalau engkau ingkar dan berdusta, tetap engkau dihukum bunuh!" supaya "Ampunkan patik tuanku, ampun beribu Tuanku, sebelum patik terangkan.... " Kitol menjawab ampun. dengan suara terputus-putus ketakutan. "Patik mahu tanya pahlawan muda, kenapa tolong aku?" tanyanya sambil merenung Tun Fatimah. "Hei, pengkhianat. Jangan sibukkan urusanku. Jawab dahulu pertanyaan Raja Ahmad dahulu. Nanti baru aku terangkan siapa aku dan apa sebab aku menolong engkau, " Tun Fatimah segera menyampuk dengan bengisnya. Mendengarkan ini Si Kitol segera menjunjung duli. "Ampun tuanku, patik mengaku sebenarnya sudah derhaka kepada tuanku kerana memberitahu kepada Portugis rahsia negeri ini. Ampunkan patik tuanku, ampunkanlah patik, " rayu Si Kitol sambil menitiskan air mata. "Bertenang, Kitol. Engkau akan selamat jikalau engkau berlaku jujur. Lekas terangkan, beritahu kami, ” gesa Sultan Ahmad dengan suara lembut, cuba mengumpan Si Kitol. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 52


"Ampun, tuanku. Kami semua ini sudah ditipu oleh Nina Sura Dewana. Dia beri wang daripada orang Portugis. Dia sudah lama kerja ikut perintah Alfonso. Rancangan besar yang pernah dilakukan untuk Portugis adalah merancang pembunuhan Datuk Bendahara dan sudah pun berjaya. Pada ini malam juga, sepatutnya kami lari ke laut naik kapa Portugis. Sampai di sana, Alfonso mahu mendengar cerita. cerita rahsia bagaimana mahu mengalahkan negeri Melaka ini, " terang Si Kitol yang masih lagi ketakutan. "Apa?" Mata Sultan Mahmud Shah, puteranya Sultan Ahmad dan sekalian yang ada di situ terbeliak. Mereka semua terkejut mendengar keterangan Si Kitol ini. Masing. masing cuba merapatkan diri ke hadapan untuk mendengar keterangan Si Kitol selanjutnya. Tatkala itu, para pengkhianat yang lain cuba melarikan diri daripada mahkamah. Mereka meronta sekuat hati untuk lepas daripada pengawalan ketat para pengawal itu. "Tahan mereka, tahan!" titah Sultan Mahmud Kawalan mahkamah bertambah kuat. Para pengawal mengacukan tombak pada setiap daripada mereka agar tidak cuba keluar dari mahkamah. Tun Fatimah memberi isyarat pancung kepala kepada mereka. Para pengkhianat tidak dapat melarikan diri lagi. Para pengawal menjalankan tugas dengan baik sekali. Para pengkhianat itu pun terpaksa duduk semula, terpaku menunggu nasib mereka seterusnya. "Di mana Nina Sura Dewana sekarang?" desak Sultan Ahmad. Dia menjegilkan mata ke arah Si Kitol. Tahap kesabarannya ada hadnya. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 53


"Ampun, tuanku. Kami semua ini sudah ditipu oleh Nina Sura Dewana. Dia beri wang daripada orang Portugis. Dia sudah lama kerja ikut perintah Alfonso. Rancangan besar yang pernah dilakukan untuk Portugis adalah merancang pembunuhan Datuk Bendahara dan sudah pun berjaya. Pada ini malam juga, sepatutnya kami lari ke laut naik kapa Portugis. Sampai di sana, Alfonso mahu mendengar cerita. cerita rahsia bagaimana mahu mengalahkan negeri Melaka ini, " terang Si Kitol yang masih lagi ketakutan. "Apa?" Mata Sultan Mahmud Shah, puteranya Sultan Ahmad dan sekalian yang ada di situ terbeliak. Mereka semua terkejut mendengar keterangan Si Kitol ini. Masing. masing cuba merapatkan diri ke hadapan untuk mendengar keterangan Si Kitol selanjutnya. Tatkala itu, para pengkhianat yang lain cuba melarikan diri daripada mahkamah. Mereka meronta sekuat hati untuk lepas daripada pengawalan ketat para pengawal itu. "Tahan mereka, tahan!" titah Sultan Mahmud Kawalan mahkamah bertambah kuat. Para pengawal mengacukan tombak pada setiap daripada mereka agar tidak cuba keluar dari mahkamah. Tun Fatimah memberi isyarat pancung kepala kepada mereka. Para pengkhianat tidak dapat melarikan diri lagi. Para pengawal menjalankan tugas dengan baik sekali. Para pengkhianat itu pun terpaksa duduk semula, terpaku menunggu nasib mereka seterusnya. "Di mana Nina Sura Dewana sekarang?" desak Sultan Ahmad. Dia menjegilkan mata ke arah Si Kitol. Tahap kesabarannya ada hadnya. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 54


""Ampun, tuanku, Nina Sura Dewana ada di kapal Portugis. Dia mahu bawa naik askar-askar Portugis untuk menyerang Melaka buat kali kedua. " "Sudah ada di kapal Portugis? Bila dia ke sana? Dan bila mereka mahu menyerang Melaka lagi?" tanya Sultan Ahmad dengan marahnya. Sudah satu minggu, tuanku. Semasa kapal Portugis tiba di Acheh, dia sudah tunggu di sana. Soal bila mereka mahu menyerang Melaka patik tak tahu, tuanku, kerana patik sudah terlebih dahulu ditangkap, " kata Si Kitol. "Siapa lagi kawan-kawannya yang ikut sama?" "Ada empat orang saudagar. Nina Chetu juga ikut sama. Mereka semua menumpang perahu menu Cina ke Aceh. " saudagar-saudagar Cina ke Aceh. "Siapa benarkan perahu itu bertolak dari Melaka? Sudahkah minta kebenaran?" tanya Sultan Ahmad lagi yang terkejut nama kawan baiknya, Nina Chetu disebut. Menyesal kerana pernah mempercayainya sebelum ini. "Sudah minta, tuanku. Raja Mendaliar sendiri membenarkan, " katanya sambil mengerling ke arah Raja Mendaliar. Apabila mendengar hal ini, Raja Mendaliar berkeluh- kesah, peluhnya mencurah-curah. Seluruh badannya menggeletar kerana tahu diri bersalah. Mukanya tunduk, pucat lesi akibat rasa takut yang tidak tertanggung. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 55


"Cis! Raja Mendaliar, bukankah engkau Syahbandar Melaka? Mengapa engkau melakukan perkara sedemikian? Bukankah engkau diberi gaji? Tergamak engkau jadi pengkhianat!" bentak Sultan Mahmud Shah. "Maafkan patik, tuanku. Patik termakan budi Alfonso. Janjinya kalau Melaka tewas, patik akan diberi pangkat bendahara atau sekurang-kurangnya menteri dalam negeri ini, " jawab Raja Mendaliar terketar-ketar. Sultan Mahmud mendengus berang. "Engkau penderhaka rupa-rupanya, Sungguh tidak beta sangka. Mengapa negkau tergamak berkhidmat dengan penjajah? Tidak cukupkah kemuliaan. kemuliaan yang diberi oleh Kerajaan Melaka? Sungguh keji dan tamak perilakumu, Mendaliar!" Mendallar "Ampunkan patik, tuanku. Sumpah, patik tidak akan buat lagi, " kata Raja Mendaliar, terketar-terketar memohon maaf sambil menyatukan kedua-dua tapak tangannya tanda merayu. "Jangan diampuni pengkhianat bedebah ini. Mereka perosak negara!" Kedengaran pahlawan muda mencelah tegas. "Memang inilah kelakuanmu selama ini. Orang asing yang diberi tinggal di Melaka, melakukan khianat di tempat mencari makan dan berteduh. Memang lupa daratan. Disebabkan fitnah orang-orang asinglah banyak pembesar kita yang telah terbunuh dan terpedaya!" tegas pahlawan muda itu lagi, sarat dengan kata-kata memang benar, tidak dapat disangkal lagi. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 56


Sultan Ahmad memandang pula ke arah sosok pengkhianat yang lainnya. "Kau pula bagaimana, Ali Manuyan? Mengapa diam? Berterus-teranglah, apa khidmatmu kepada Alfonso supaya dapat ayahanda beta pertimbangkan pengampunan untuk engkau, " tanya Sultan Ahmad, memasang perangkap. “Ampun, tuanku. Sebenarnya patik terbawa-bawa juga dalam hal ini. Patik hanya mengikut perintah. Diego Lopez de Squeira menyuruh patik menculik Tun Fatimah anak Bendahara Seri Maharaja. Malam ini juga disuruh bawake kapal, " beritahu Ali Manuyan dalam ketakutan. Dia maklum Tun Fatimah amat dicintai oleh Sultan Mahmud Shah. Menculiknya adalah satu kesalahan yang amat besar. Tun Fatimah sendiri terbeliak mata mendengarnya. "Apa? Culik Tun Fatimah? Tidakkah engkau tahu Tun Fatimah itu Permaisuri Melaka? Berani engkau mahu menentang pahlawan Melayu yang berkawal di istana?" Sultan Mahmud Shah naik berang apabila nama permaisurinya disebut. "Ampun, tuanku. Itu kerja mudah. Umpan saja dengan wang emas. Laksamana Khoja Hasan boleh tolong patik masuk ke dalam istana. Tapi dari malam semalam tuan permaisuri i tidak ada di istana, " jawab Ali Manuyan lagi. "Tidak cukup lagikah semua kebesaran yang engkau peroleh? Tergamak engkau melakukan pengkhianatan sebegini! Harapkan pegar, pegar makan padi!" jerkah Sultan Mahmud. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 57


"Ampunkan patik, tuanku. Patik terpedaya. Alfonso berjanji, kalau Melaka kalah, patik akan dilantik menjadi Raja Muda memerintah Melaka ini, " kata Ali Manuyan lalu menelan air liurnya sendiri. "Tamaknya kamu. Demi kepentingan diri, demi pangkat dan kuasa, sanggup menjual negeri. Betapa ramai terbunuh angkara pengkhianatan engkau. Engkau lebih suka hidup jadi khadam penjajah. Manusia tidak berpendirian. Tidak ada maruah! Tidakkah terbayang di fikiran engkau bagaimana nasib anak bangsa yang terjajah? Hidupnya sengsara, tersekat segala-galanya!" Semakin berang Sultan Mahmud apabila mengetahui hasrat sebenar Ali Manuyan. "Ampun, tuanku. Kehidupan patik s sekeluarga Patik sudah tua. Patik terdorong kerana mahukan jaminan surah kesenangan untuk diri dan keluarga, " kata Ali Manuyan lagi. "Sebab sudah tualah engkau sepatutnya berfikiran jauh, bukan pentingkan diri semata-mata! Tidakkah engkau terfikir apa akan jadi kepada anak cucu pada kemudian hari kalau negeri Melaka ini terjajah? Dapatkah mereka tinggal dengan aman damai?" Sultan Mahmud bersuara lantang, Berterusan meluahkan kemarahan dan kekecewaan dengan sikap segelintir yang sanggup menggadai negara demi kuasa dan pangkat. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 58


Pandangannya dihalakan ke arah Laksamana Khoja Hassan pula. "Dan engkau Khoja, patutkah? Tidakkah engkau berasa malu memandang ramainya pemuda dan pemudi kita yang ada di dalam mahkamah ini menunjukkan keperwiraan sebagai perajurit Melayu yang berani dan setia? Engkau manusia derhaka! Pemecah-belah bangsa. Engkaulah pencemar kehormatan bangsa dan negeri! "Sepatutnya engkaulah pembesar yang menjadi contoh, bertanggungjawab memimpin anak-anak bangsa yang perlukan bimbingan menuju ke jalan yang benar. Sia-sia Melaka punya rakyat seperti engkau. Sepatutnya engkau dinyahkan dari Melaka ini!" Sultan Mahmud Shah meluahkan kemarahannya dan kemudian memalingkan badannya ke arah lain, tidak tertahan rasa sedih hatinya menghadapi pengkhianatan ini. Mendengar amukan Sultan Mahmud yang panjang lebar itu, Laksamana Khoja Hasan tidak mampu kata. Dia hanya mampu menunduk, merenung kesilapan berkata: diri yang terlanjur mengkhianati tanah air. Hati bergolak antara rasa bersalah dan takut memikirkan hukuman yang menanti Kemudian Sultan Ahmad Shah berpaling memandang ke arah pahlawan muda yang berdiri di hujung barisan pengkhianat-pengkhianat. "Bukankah kamu turut sama dalam pertempuran semalam? Terangkanlah lekas, wahai, pahlawan muda yang berjasa. " Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 59


Kesemua yang hadir pun terkejut hairan memandang sehingga terbangun dari tempat duduk masing-masing. Mereka mengamati wajah perempuan itu sehingga terlopong mulut mereka. Ada yang menutup mulut dek kerana terlalu terperanjat, tidak menyangka pahlawan muda itu rupa-rupanya wanita yang tidak asing lagi dan sangat mereka kenali sebelum ini. "Itu Tun Fatimah!" Ternyata wanita yang menyamar sebagai pahlawan muda itu adalah Tun Fatimah anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan juga Permaisuri Melaka. Sultan Ahmad memandang Tun Fatimah dengan perasaan kagum. 'Hebat betul bonda, bijak dan tangkas menyamar menjadi pahlawan muda, getus Sultan Ahmad dalam hati. permaisuriku Sultan Mahmud pula segera mendapatkan Tun Fatimah, permaisurinya dan terus berkata, "Wahai mengapakah adinda melakukan pekerjaan yang sangat berbahaya ini? Bukankah kanda sudah sediakan askar-askar kita untuk menentang musuh? Tidakkah adinda sayangkan nyawa? Jika adinda terkorban, bagaimana dengan kanda?" Tun Fatimah memegang tangan suaminya dengan lembut, cuba menenangkan Sultan Mahmud lalu berkata, "Jiwa adinda hak negara. Pesan ayahanda sentiasa adinda semat dalam jiwa. Kita perlu berkorban jiwa raga demi pertahankan maruah Melaka. Adinda memang mahu menangkap pengkhianat-pengkhianat yang menjual rahsiarahsia dan kehormatan negara ini. Darah ayahanda dan keluarga adinda mengalir ke bumi Melaka disebabkan pengkhianat-pengkhianat ini, maka balasannya perlu dengan darah juga. Adinda bertanggungjawab menuntut bela atas kematian mereka yang sia-sia angkara fitnah pengkhianat-pengkhianat ini, " terang Tun Fatimah. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 60


"Kalau begitu, lebih baik kanda adinda bunuh. Sebab kandalah yang memerintahkan hukuman mati ke atas ayahanda dan keluarga dinda, " kata Sultan Mahmud dengan kesal. "Bukan begitu, adinda faham kanda ditipu oleh pengkhianat-pengkhianat alat Portugis ini. " Sultan Mahmud mengeluh. "Benar, kanda cuai, terlalu mudah mempercayai khabar yang disampaikan, tanpa usul periksa terus menjatuhkan hukuman. Maafkan, kanda Sultan Mahmud kesal tersalah mempercayai mereka selama ini tanpa menyedari mereka menikamnya dari belakang. Tun Fatimah menghela nafas panjang. "Memang adinda terkilan dan berdukacita, tetapi apakan daya, kematian ayahanda memang sudah tertulis. Yang penting. pengkhianat-pengkhianat ini patut dihukum segera. diampunkan mereka. Kesalahan mereka sangat besar. Tergamak mereka menjual maruah dan rahsia- Jangan rahsia kekuatan negara ini demi harta dan pangkat. Dan adinda pula akan terus berjuang mempertahankan Melaka tercinta. " Sultan Ahmad mencelah, "Bonda, tidak sampai hati anakanda mahu melepaskan bonda berperang lagi menentang musuh yang zalim itu. Biarlah tentera-tentera Melayu kita yang menentang mereka. " "Tidak, bonda akan turut serta. Bonda hanya menjalankan kewajipan. Biar jiwa bonda melayang kerana mempertahankan kehormatan dan kemerdekaan Melaka, bonda tetap mahu berjuang demi kehormatan bangsa Melayu, " tegas Tun Fatimah kepada anak tirinya itu. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 61


"Sungguh tinggi dan mulia hati bonda, tetapi bonda perempuan, tidak sesuai dengan pekerjaan ini. Biarlah tentera lelaki membalas dendam untuk bonda, " pujuk Sultan Ahmad lagi. Tun Fatimah tersenyum lalu menggeleng "Anakanda, perempuan juga berhak berkhidmat kepada bangsa, agama, raja dan tanah air. Seperti mana Shafiyyah, ibu saudara Nabi turut membunuh Yahudi dalam jihadnya. Sudah sampai masanya kini, zaman darurat ini, perempuan ikut bersabung nyawa bersama-sama mempertahankan tanah airnya. Perempuan bukan sekadar perhiasan bangsa dan pendamping lelaki dalam rumah tangga tetapi juga mampu menjadi pejuang negara. Lebih baik kita mati daripada hidup menunduk di bawah pemerintahan orang berjuang, asing, " tegas Tun Fatimah lagi. Sultan Ahmad tersenyum. Rasa kagum terhadap bonda tirinya jelas terpancar pada wajahnya. "Benar juga, bonda Tetapi bukankah agama kita tidak mengizinkan kaum perempuan memakai pakaian lelaki?" "Bukan begitu, anakanda keliru. Bagi peperangan suci, peperangan kerana agama, bangsa, raja dan, tanah air, dibolehkan. Pandang balik pada zaman Nabi s.a.w. dahulu Bukankah beratus perempuan Islam yang menyamarkan diri sebagai lelaki maju dalam beberapa peperangan?" Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 62


"Peperangan kita ini bukan sahaja peperangan kerana negeri, bahkan kerana agama juga. Sebab itu rakyat seluruh mestilah bersama-sama menghadap ujian yang sedang menimpa kita. Musuh bukan sahaja mahu meluaskan jajahan takluk mereka, tetapi tujuan besar mereka hendak mempengaruhi dan memasukkan ajaran-ajaran Kristian kepada anak Melayu. Ini perkara bahaya yang perlu kita tentang habis-habisan. Sebab itu askar-askar Melayu yang terkorban adalah korban peperangan sabil. " Tun Fatimah berpaling, memandang semua yang hadir dalam mahkamah. "Di sini aku menyeru kepada sekalian, bangunlah, bangkitlah kita semua, bersama-sama menentang penjajah Portugis. Hancurkan dan nyahkan mereka dari bumi Melaka. Jangan beri peluang mereka bertapak dan bermaharajalela di sini. Bersatu padulah kita mengikis pengaruh-pengaruh jahat bangsa asing yang mengganggu kemakmuran dan keselamatan negeri Melaka ini, " kata Tun Fatimah dengan semangat membara, menimbulkan rasa kagum dalam diri semua yang mendengar. Betapa tinggi semangat juang yang dimiliki oleh srikandi Melayu itu. Akhirnya persidangan mahkamah memutuskan para pengkhianat semuanya dijatuhkan hukuman dengan dan seberat-beratnya. Raja Mendaliar Syahbandar Melaka, dijatuhkan hukuman bunuh sampai serta-merta mati dan semua ahli keluarganya dibuang negeri. Si Kitol disula melintang bersama-sama dengan anak isterinya dan tapak rumah tangganya semua dikikis dibuang ke laut. Ali Manuyan pula dirampas sekalian harta kekayaannya dan dia dihukum bunuh juga. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 63


Tun Khoja Hasan pula nasibnya agak baik, tidak menerima hukuman bunuh. Dia dibebaskan dengan dipecat daripada jawatannya. Nina Sura Dewana dan Nina Chetu tidak dapat dihukum kerana mereka tiada lagi di Melaka kerana terlebih dahulu melarikan diri ke kapal Portugis di lautan. "Alhamdulillah, " ucap Tun Fatimah sebelum melelapkan mata malam itu. Hatinya lega. Melaka sudah bersih daripada pengkhianat-pengkhianat dan kematian ahli keluarga sudah dapat dituntut bela. Nama baik ayahandanya Bendahara Tun Mutahir yang tercemar, sudah kembali bersih. Sultan Mahmud Shah pula bersyukur dan bangg= dengan keberanian dan kepintaran isterinya berjuan demi Melaka. Tidak sia-sia Tun Fatimah disunting menjadi permaisuri hatinya, Cinta buat isterinya bertambah-tambah dari setinggi bukit menjadi setinggi gunung. Malah, sebelum subuh keesokan harinya, baginda sudah bangun dahulu sebelum isterinya. Baginda bertekad mahu berubah menjadi sultan dan suami yang terbaik buat srikandi tercinta, Tun Fatimah. Buat pertama kali dalam hidupnya, baginda menjadi imam solat subuh dengan ahli keluarganya sebagai makmum. Hatinya tekad sudah, mahu menjadi pemimpin keluarga dan Melaka yang baik lagi beriman. Sultan Mahmud mahu mempertahankan bumi Melaka dengan apa cara sekalipun Baginda tidak mahu menjadi Sultan Melaka yang dayus yang menyerah sahaja kepada penjajah tanpa berjuang habishabisan. Tidak sama sekali! Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 64


Tun Khoja Hasan pula nasibnya agak baik, tidak menerima hukuman bunuh. Dia dibebaskan dengan dipecat daripada jawatannya. Nina Sura Dewana dan Nina Chetu tidak dapat dihukum kerana mereka tiada lagi di Melaka kerana terlebih dahulu melarikan diri ke kapal Portugis di lautan. "Alhamdulillah, " ucap Tun Fatimah sebelum melelapkan mata malam itu. Hatinya lega. Melaka sudah bersih daripada pengkhianat-pengkhianat dan kematian ahli keluarga sudah dapat dituntut bela. Nama baik ayahandanya Bendahara Tun Mutahir yang tercemar, sudah kembali bersih. Sultan Mahmud Shah pula bersyukur dan bangg= dengan keberanian dan kepintaran isterinya berjuan demi Melaka. Tidak sia-sia Tun Fatimah disunting menjadi permaisuri hatinya, Cinta buat isterinya bertambah-tambah dari setinggi bukit menjadi setinggi gunung. Malah, sebelum subuh keesokan harinya, baginda sudah bangun dahulu sebelum isterinya. Baginda bertekad mahu berubah menjadi sultan dan suami yang terbaik buat srikandi tercinta, Tun Fatimah. Buat pertama kali dalam hidupnya, baginda menjadi imam solat subuh dengan ahli keluarganya sebagai makmum. Hatinya tekad sudah, mahu menjadi pemimpin keluarga dan Melaka yang baik lagi beriman. Sultan Mahmud mahu mempertahankan bumi Melaka dengan apa cara sekalipun Baginda tidak mahu menjadi Sultan Melaka yang dayus yang menyerah sahaja kepada penjajah tanpa berjuang habishabisan. Tidak sama sekali! Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 65


"Fatimah, " panggil Sultan Mahmud Shah setelah selesai solat subuh. "Kakanda berjanji akan turut berjuang demi mempertahankan Melaka ini. Adinda tidak akan lagi berjuang keseorangan, " kata Sultan Mahmud. Maka terserlah sinar kegembiraan pada wajah Tun Fatimah, srikandi yang tabah apabila mendengar janji suaminya. Kemudian, mereka berikhtiar dan memikirkan langkah perang terbaik bagi peperangan kali kedua dengan Portugis nanti. Mereka mahu membuat persiapan sebaik mungkin. Malah, sekalian pahlawan Melayu terus berlatih ilmu pertarungan dan benteng diri secara Islam di bawah pimpinan pahlawan-pahlawan terkenal seperti Tun Muhammad Unta, Tun Indera Segara dan Tun Isap. Bab 6 : Membongkar Pengkhianatan 66


Sila imbas code ini untuk menyaksikan drama.


Click to View FlipBook Version