The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by msabrimamat.npqel20a1, 2020-11-04 07:47:03

bahan npqel

npqel

LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

AMBILAN 1/2020

PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

‘KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
MENJANA KEMENJADIAN MURID’

MOHD SABRI BIN MAMAT
720127115573
SRGH3

PENSYARAH PENYELIA
PN NOR KHAMSIAH BT JAAFAR

LAPORAN PROGRAM SANDARAN
DISERAHKAN KEPADA

INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA KEPERLUAN

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (NPQEL)

I

PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan
ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

Tanda tangan :

26 SEPTEMBER 2020 -------------------------------
( MOHD SABRI BIN MAMAT )

Saya mengesahkan bahawa Projek Perantisan 2 yang bertajuk “ Kursus LDP : Keberkesanan
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Menjana Kemenjadian Murid “ telah
dilaksanakan di sekolah ini.

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja peserta NPQEL sendiri kecuali nukilan-nukilan dan
ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

Tanda tangan :

30 SEPTEMBER 2020 -------------------------------
( PN HAJAH POZIAH BT AZIZ)

Cap Pengetua/Guru Besar

ii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t…

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana
memberikan kesihatan yang baik dan memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan
tugasan yang bertajuk LADAP : Keberkesanan Pelaksanaan PBD Menjana Kemenjadian
Murid bagi guru-guru di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah. Jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada pensyarah penyelia iaitu Pn Nor Khamsiah Bt Jaafar kerana telah memberi
tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan dan kepada saya bagi menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau saya pasti tidak dapat menyempurnakan
tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Disini beliau telah
memberikan banyak penerangan untuk memastikan agar saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Guru Besar SK Rengas Bekah , Pn
Hajah Poziah bt Aziz, Guru Penolong Kanan HEM Pn lau Hoon Lan serta Guru Penolong
Kanan Kokurikuum En Rosman Abadi A.Razak yang telah bertungkus lumus dalam
menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi. Terima kasih
juga kepada semua guru serta kakitangan yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam melengkapkan program dalam perantisan 2 ini. Kerjasama daripada semua
saya amat hargai. Bermula pada hari pertama perintisan 2 saya ini banyak perkara yang
saya dapat pelajari daripada Guru Besar khususnya dalam membangun kapasiti guru serta
menerajui setiap perubahan dalam system pendidikan masa kini. Walaupun guru besar ini
sudah berada di penghujung perkhidmatan namun usaha beliau dalam peningkatan kualiti
sekolah, guru dan murid perlu dicontohi oleh pemimpin-pemimpin baharu seperti saya.

Akhir sekali saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam segala kerja buat sepanjang mengikuti program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) khususnya pihak pengurusan program Institut
Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands.

Sekian, terima kasih.

MOHD SABRI BIN MAMAT
SRGH2 NPQEL AMBILAN 1/2020
30 SEPTEMBER 2020

iii

KANDUNGAN

Perkara Halaman

Pengakuan ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan iv
Senarai Jadual v
Senarai Rajah vi
Senarai Gambar vii

BAB 1 PENGENALAN 1-5

1.1 Latar Belakang Sekolah
1.2 Maklumat Guru Besar serta Barisan Kepimpinan Sekolah
1.3 Senarai Nama Guru dan AKP
1.4 Visi dan Misi Sekolah
1.5 Tempoh Keberadaan Peserta di Sekolah

BAB 2 PROJEK INTERVENSI 6

2.1 Cadangan Penambahbaikan Isu strategic Sekolah Perantisan 2
2.2 Huraian projek Intervensi

2.2.1 Halangan / Sokongan / kekuatan / Kelemahan
2.2.1.1 Halangan/cabaran
2.2.1.2 Sokongan
2.2.1.3 Kekuatan
2.2.1.4 Kelemahan

2.2.2 Pengetahuan dan Kemahiran Pengurusan
2.3 Koleksi Gambar Pelaksanaan Projek ( sisipan jalinan pintar korporat dan sisipan

protokol etiket dinyatakan dalam laporan bergambar)

BAB 3 RUMUSAN 22
BAB 4 PENUTUP 23 - 24
RUJUKAN
LAMPIRAN BORANG P2-1 25
LOG KEHADIRAN HARIAN

iv

SENARAI RAJAH Halaman
11
Rajah

1 Rajah Tulang Ikan Ishikawa Punca Tahap Penguasaan Murid
Tahap 1 Rendah

v

SENARAI GAMBAR Halaman
17 - 21
Gambar

1 Mesyuarat JK LADAP
2 Perbincangan bersama Fasilitator (Pemilihan Topik)
3 Taklimat Penyebaran LADAP oleh Guru Besar
4 Taklimat Akhir oleh Penyelaras Projek
5 Log Kehadiran
6 Backdrop LADAP
7 Fasilitator Jemputan
8 Sesi LADAP
9 Perkongsian ilmu oleh fasiltator
10 Penyampaian Cenderahati

vi

BAB 1
PENGENALAN

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG SEKOLAH PERANTISAN

Kesedaran pentingnya pendidikan, mula timbul perlunya sebuah sekolah bagi anak-anak
penduduk lima buah kampung berhampiran iaitu Kampung Kuala Bekah, Kampung Pulau Musang,
Kampung Padang Jerat, Kampung Wakaf Che Kapor, Kampung Kubang Bakung, Kampung Padang
Sena dan Kampung Sungai Kiat.

Di atas daya usaha Penolong Penghulu Chabang Tiga iaitu Encik Embong bin Isa yang
kebetulan pada ketika itu tinggal di Kuala Bekah bersama-sama dengan beberapa orang tempatan
yang lain secara bergotong royong telah berjaya mendirikan sebuah bangunan berukuran 9.5 meter
x 4.6 meter bertiangkan kayu bulat, beratap rumbia dan berlantaikan tanah di atas tanah kepunyaan
Encik Muda bin Mohd untuk dijadikan sekolah. Pihak jabatan Pelajaran hanya bersetuju
membekalkan dua keeping papan hitan dan dua orang tenaga pengajar. Lain-lain keperluan asas
disediakan oleh penduduk setempat. Sekolah Melayu Kuala Bekah mula dibuka pada 24.01.1951 di
bawah taraf Sekolah Rakyat dengan keramaian 85 orang murid.Oleh sebab pertambahan murid
yang begitu pesat, bangunan asal tidak lagi dapat menampung keramaian murid yang ada. Rayuan
orang orang kampung kepada Jabatan Pelajaran Negeri member cadangan supaya sekolah ini
ditutup dan murid-muridnya bersekolah di Sekolah Melayu Paloh lebih kurang 4 Km dari sekolah
asal Cadangan Jabatan Pelajaran Negeri ditolak oleh pihak penduduk tempatan dan di sebaliknya
pada Mac 1953 sekali lagi secara bergotong royong telah berjaya mendirikan sebuah bangunan
baru berukuran 15.5 meter x 6.5 meter di atas tanah lot 585 kepunyaan Encik Yaakub bin Haji
Yusoh dan Encik Abd. Rahman bin Abdullah lebih kurang 150 meter jauhnya dari tempat asal.
Malang tidak berbau, pada 1954 semasa murid murid keluar rehat bangunan yang ada itu runtuh
dilanda rebut Selama lebih kurang 3 bulan murid-murid terpaksa belajar di bawah
pokok. Pada 3.8.1954 barulah bangunan berukuran 18.5 meter x 6.8 meter beratapkan zink,
berdinding kadbord dan berlantaikan simen yang dibiayai oleh Jabatan Pelajar Negeri siap dibina.

2

Memandangkan kawasan sekolah yang sempit dan tidak berpadang, tempatnya rendah dan
air selalu bertakung dan pertambahan murid yang pesat, pada 9.11.1963 pihak Jabatan Pelajaran
Negeri dan penduduk setempat telah bersetuju sekolah ini digabungkan dengan Sekolah
Kebangsaan Sungai Rengas di tempat yang baru dan diberi nama yang baru

Pada 1.9.1971 Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah dengan keluasan kawasan 6.9 ekar dan
mempunyai 1 blok kekal dua tingkat yang mempunyai 12 bilik darjah, 1 bilik pejabat, 1 bilik Guru
Besar dibuka Keramaian murid ketika itu ialah 584 orang dan persekolahan diadakan 2 sesi

Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah adalah cantuman antara dua buah sekolah iaitu
Sekolah Kebangsaan Kuala Bekah dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Rengas.
Memikirkan betapa rugi adanya dua buah sekolah dalam satu sempadan di samping membabitkan
masalah kewangan dan pentadbirmaka pihak Jabatan Pelajaran Terengganu mencadangkan
supaya kedua-dua sekolah dicantumkan. Idea ini telah mendapat persetujuan
daripada penduduk Kampung Kuala Bekah dan Kampung Sungai Rengas.

Dalam tahun 1968 projek untuk mendirikan sekolah baru yang bercirikan moden telah
dijalankan. Akhir tahun 1971 sekolah tersebut telah siap dibina dan murid dari Sekolah Kebangsaan
Kuala Bekah dan Sekolah Kebangsaan Sungai Rengas Bekah yang mana keramaian muridnya
hamper 300 orang.Oleh kerana pertambahan murid yang begitu menggalakkan, maka
pihak Jabatan Pelajaran Terengganu telah meluluskan pembinaan bangunan baru pada tahun 1982.
Ekoran daripada itu bilangan kakitangantelah bertambah seramai 47 orang. Sekolah ini
dikategorikan dalam gred A

3

1.2 MAKLUMAT GURU BESAR PERANTISAN DAN BARISAN KEPIMPINAN
SEKOLAH PERANTISAN 2

Guru Besar SK Rengas Bekah bernama Pn Hajah Poziah bt Aziz . Beliau merupakan
guru besar yang mendapat didikan kepimpinan dari NPQEL 2015. Beliau pada awalnya
dilantik di beberapa sekolah sebelum ke sekolah yang telah melonjakkan nama beliau
iaitu SK Kebor Ayer. Semasa berkhidmat di sekolah tersebut, beliau digambarkan
sebagai seorang guru besar yang sungguh kreatif dan mampu bersaing dengan
sekolah-sekolah tersohor di daerah ini. Sekolah beliau pada ketika baru sahaja dibuka
dan dengan hasil tangan kepimpinan beliau dalam beberapa tahun pembukaan sekolah
tersebut telah dapat dikenali oleh masyarakat sekitar yang mana sekolah ini
digambarkan sebagai sekolah dalam taman. Persekitaran yang menarik dan kelas serta
bilik-bilik yang kondusif telah dapat diwujudkan dalam jangka masa yang singkat.
Kebelakangan ini sekolah beliau begitu terkenal sebagai tuan rumah bagi pertandingan
ko akademik. Penglibatan aktif beliau dalam Majlis Guru Besar juga menampakkan
beliau seorang yang berkepemimpinan. Namun begitu, langit tidak selalu cerah,
penghujung tahun 2018, akhirnya beliau ditukarkan ke sekolah sekarang iaitu SK
Rengas Bekah. Sebaik sahaja mendapat perkhabaran pertukaran itu beliau seolah-olah
mengalami kemurungan. Namun disebabkan amanah yang perlu dipikul serta
mtanggungjawab yang harus diselesaikan maka beliau akur dengan arahan tersebut.
Dengan langkah yang berat beliau mendaftar ke sekolah ini setelah guru besar sekolah
ini bersara pada penghujung 2018. Berbekalkan keazaman serta hasrat jabatan dan
Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengubah persekitaran sekolah ini maka beliau
gagahi jua. Pada awal kehadirannya ke sekolah ini beliau telah menyelesaikan banyak
perkara khususnya mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria. Guru-guru mula
menunjukkan keseronokan untuk bekerja kerana gerakan-gerakan yang telah dijalankan
bersama guru-guru dan ibu bapa. Akhirnya, sekolah ini telah bertukar suasana, guru-
guru gembira, murid-murid ceria dan seronok. Walaupun beliau tegas dalam banyak
perkara tetapi beliau boleh di bawa berunding. Beliau bijak dalam membeli jiwa guru-
guru dan pekerja bawahannya untuk bersama-sama beliau mencemerlangkan sekolah.

4

telah ditukarkan ke jawatan sekarang. Beliau merupakan seorang GPK yang boleh
banyak pengalaman. Beliau boleh menjadi pakar rujuk kepada guru-guru berkaitan
dengan perubahan kurikulum semasa. Beliau juga berkebolehan untuk membina jadual
waktu serta mengendalikan mesyuarat sekiranya guru besar tiada di sekolah atas sebab-
sebab yang tidaka dapat dielakkan. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang pada Tahun 2018.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah Pn Lau Hoon Lan . Beliau
memulakan Jawatan PK HEM ini pada awal tahun 2017 disekolah ini i dari Sekolah
Kebangsaan Kg Baru Serada (KABARUS) sebagai guru Biasa . Beliau seorang yang
mudah untuk berbincang dan dedikasi terhadap bidang tugasnya. Jika dilihat dari segi
bidang tugasnya, beliau amat menitikberatkan tentang keselamatan murid-murid sama
ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Ini jelas dilihat dalam setiap ucapannya beliau
sering mengingatkan murid tentang keselamatan diri serta kepentingan hadir ke sekolah.
Beliau merupakan seorang GPK yang boleh banyak pengalaman. Beliau boleh menjadi
pakar rujuk kepada guru-guru berkaitan dengan perubahan kurikulum semasa Beliau
disenangi oleh semua guru di sekolah ini kerana sikap beliau yang peramah dan mudah
didekati.

Encik Rosman Abadi bin A.Razak merupakan Guru Penolong Kanan

Kokurikulum di sekolah ini. Beliau juga memulakan Jawatan PK Kokurikulum pada awal

tahun 2017 di sekolah ini. Sebelum ini, beliau merupakan Guru Media di Sekolah

Kebangsaan Tok Dir. Hampir 10 tahun berada di sekolah tersebut maka beliau

ditukarkan ke sekolah ini. Beliau pernah mendapat pengiktirafan guru Ikon peringkat

kebangsaan pada 2015 Jadi, dalam tempoh tiga tahun di sekolah ini beliau banyak

melakukan perubahan. Namun begitu, kepakaran beliau dalam bidang kokurikulum telah

digunapakai sebaik mungkin. Beliau telah melatih murid-murid dalam pelbagai sukan dan

permainan. Sekarang beliau sedang melatih murid-murid Tahun 4 dan 5 untuk projek Bola

baling 2020. Dengan pandangan yang jauh ke depan maka SK Rengas Bekah tidak

akan ketinggalan dalam bidang sukan. Ini kerana sekolah ini pernah melahirkan jaguh

Bola Baling sehingga ke peringkat kebangsaan dua tahun berturut-turut. Di samping itu,

beliau merupakan AJK Persatuan Pengakap Negeri Beliau juga boleh menjadi pakar

rujuk kepada guru-guru berkaitan dengan perubahan kurikulum semasa. Beliau juga

berkebolehan untuk membina jadual waktu Terengganu

5

1.2 SENARAI NAMA GURU DAN AKP Jawatan Gred
GB DG42
Bil Nama PKP DG48
DG48
1. Hjh Poziah binti Aziz PKHEM DG42
2. Mohd Sabri bin Mamat PKKO DG48
3. Lau Hoon Lan PPP DG42
4. Rosman Abadi b Abdul Razak PPP DG42
5. Haji Aman bin Salleh PPP DG42
6. Anizam binti Abd Rani PPP DG34
7. Anuar bin Salleh PPP DG42
8. Asilati binti Mohd Arif PPP DG38
9. Azimah binti Abdul Nain PPP DG44
10. Bente binti Md Taff PPP DG38
11. Che Wan Rubiah bt Che Wan Long PPP DG42
12. Fadzilah binti Omar PPP DG42
13. Haslinda binti Mohd Lazim PPP DG54
14. Jawariah binti Abdullah PPP DG42
15. Kamarozaman bin Abd Aziz PPP DG42
16. Masitah binti Yusof PPP DG44
17. Mohd Sukri bin Othman PPP DG42
18. Mohd Supian bin Alias PPP DG44
19. Muhammad Fauzi b Muhd Nor PPP DG42
20. Muhd Azeri bin Abd Razak PPP DG42
21. Nik Habsah binti Nik Yusof PPP DG44
22. Noorliza binti Abdullah PPP DG44
23. Nooruslaini binti Mamat PPP DG38
24. Nor Hafizah binti Ismail PPP DG44
25. Hjh Nor Izani binti Abdullah PPP DG44
26. Nor Yani binti Mohamad PPP DG38
27. Norhayati binti Shari PPP DG38
28 Raja Rosma Wati binti Raja Omar PPP
29 Raja Sharifah binti Raja Masnu
30 Roselina binti Abd Hamid

6

31 Rosnidawati binti Othman PPP DG42
32 Rubahizah binti Abdul Rahman PPP DG44
33 Sahal bin Yunus PPP DG44
34 Hjh Sharifah Noor Zita bt Syed Abdullah PPP DG38
35 Siti Isalmezai binti Ismail PPP DG48
36 Siti Zulina binti Ali PPP DG48
37 Suhaime bin Sulaiman PPP DG44
38 Tan Siew Hong PPP DG38
39 Wan Razidah binti Wan Endut PPP DG48
40 Wan Safiah binti Wan Ismail PPP DG44
41 Wan Shamsukardi bin Wan Aziz PPP DG48
42 Hjh Zunaimah binti Hashim PPP DG44
43 Ramlah binti Muda PPP N22
44 Norhayati binti Alias PPP N22
45 Zaharuddin bin Sohok PPP FT29
46 Tengku Hasnah bt Tengku Abdullah PPP N11
47 Nor Faizawati binti Nordin PPP N22

Jadual 1 : Senarai Guru dan AKP ( Sumber : Buku Panduan Pengurusan 2019)

7

1.3 VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

1.4 TEMPOH KEBERADAAN DI SEKOLAH PERANTISAN

Program perantisan yang diperuntukan kepada kami kumpulan NPQEL ambilan 1 tahun
2020 adalah selama 8 minggu. Perantisan kami telah bermula pada 1 Sept 2020 dan
berakhir pada 4 November 2020.Memandangkan Pendamik Covid 19 maka penjajaran
baru diperkenalkan maka kami ditugaskan membuat perantisan 2 disekolah sendiri.
Selama tempoh 8 ini kami telah ditugaskan untuk meninjau persekitaran sekolah,
kepimpinan pihak pengurusan di sekolah berkenaan dan penambahbaikan yang dapat
dilaksanakan di sekolah kami sendiri untuk kecemerlangan dan memantapkan kualiti
guru serta diharapkan dapat terus melahirkan kemenjadian murid. Sepanjang perantisan
ini kami dikehendaki mengkaji dan mempelajari ilmu kepemimpinan dapat diperolehi
daripada guru besar serta guru-guru di sekolah Kemahiran mengurus dan mentadbir
dapat dilihat dari pelbagai sudut.

Selain itu, Kami juga perlu mengkaji berkaitan dengan program-program pembangunan
guru dan penambahbaikan dalam aspek mentoring, pengurusan bilik darjah yang berkesan,
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan perkongsian pintar guru-guru adalah
antara perkara pokok yang perlu ditekankan oleh guru besar dan barisan pemimpin.
Sekolah ini. Fokus penambahbaikan sekolah lebih ditumpukan kepada segala apa yang
memberi faedah kepada murid-murid, khususnya peningkatan pembelajaran mereka dalam
bilik darjah. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan satu perancangan yang
sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan dan dalam
penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah seperti hubungan, disiplin, nilai

8

dan budaya dan keadaan-keadaan yang membolehkan memberi kesan kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah perlulah dijadikan sasaran perubahan. Aktiviti yang
berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan pengalaman-pengalaman murid
dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah atau komuniti perlu sentiasa dipantau dan dinilai untuk
penambahbaikan.

.

9

BAB 2
PROJEK
INTERVENSI

10

BAB 2 PROJEK INTERVENSI

2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ISU STRATEGIK SEKOLAH PERANTISAN 2
Aspek penambahbaikan program pembangunan guru-guru di sekolah perlu dititikberatkan oleh

guru besar. Sebagai pemimpin yang peka dengan kemajuan dan penambahbaikan sekolah,
seharusnya guru besar dapat mengenalpasti kemampuan, kehendak dan keperluan guru-guru di
sekolahnya dalam usaha untuk meningkatkan dan memantapkan keupayaan diri mereka.Untuk itu
pemimpin perlu membuat analisis bagi menentukan keperluan dan kemahiran yang diperlukan oleh
guru mereka. Kemahiran pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran terkini adalah
sesuatu yang perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah itu sendiri dan dan juga guru-guru dalam
memastikan kecemerlangan akademik dan kurikulum. Ini berkait rapat dengan pencapaian dan
kemenjadian pelajar kelak. Program perkembangan staf atau latihan dalam perkhidmatan perlu
dilaksanakan dari masa ke semasa dan secara berterusan dan berkesinambungan bagi memastikan
guru-guru sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi, ilmu pengetahuan terkini dan berada dalam
keadaan bersedia menghadapi arus perubahan pendidikan semasa .

Antara cadangan yang perlu ditambah baik oleh pemimpin SK Rengas Bekah ini ialah
Pembangunan Sumber Manusia di kalangan guru dan staf di SK Rengas Bekah telah dirancang
oleh Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) yang di pengerusikan sendiri oleh Puan
Guru Besar. Walaubagaimanapun, program yang dirancang hanya berorientasikan ceramah
semata-mata. Tiada budaya kolaborasi dalam perkongsian ilmu melalui aktiviti walaupun lokasi
sekolah-sekolah adalah berhampiran. Justeru itu, program Peningkatan KefahamanPBD dikalangan
guru ini dirancang bagi mencetuskan idea kepada jawatankuasa yang terlibat supaya program PBD
dijadikan sebahagian kaedah terbaik dalam pelaksanaan pembangunan sumber manusia.
Seterusnya, hubungan jaringan dapat dilaksanakan di antara sekolah-sekolah yang berhampiran
dan jalinan juga dapat dilakukan dengan melibatkan pelbagai agensi bagi program yang dirancang.

Program ini mempunyai matlamat untuk meningkatkan kefahaman dalam kalangan guru tentang
kaedah pembangunan profesionalime melalui Meningkatkan tahap pengetahuan tentang cara
pengisian PBD dikalangan guru.

11

2.1 HURAIAN PROJEK INTERVENSI

2.2.1 Dalam minggu pertama berada di sekolah perantisan ini saya telah mengumpul beberapa
maklumat berkaitan dengan isu yang dihadapi oleh sekolah ini daripada guru besar dan guru- guru
penolong kanan. Dalam melaksanakan projek membangun kualiti guru maka guru besar berhasrat
untuk memantapkan kesdiaan guru-gurunya dalam membuat penilaian dan pentaksiran di
kalangan murid Tahap 1. Jadi sebelum perancangan projek, saya perlu mengenal pasti punca
kepada permasalahan tahap penguasaan murid Tahap 1 rendah. Dengan menggunakan Model
Tulang Ikan Ishikawa maka, saya perolehi beberapa punca kepada masalah tersebut. Selain itu,
saya juga turut membuat senarai semak bagi mengenal pasti tahap kesediaan guru dari 2 aspek
iaitu aspek pengetahuan dan aspek intergriti. Borang senarai semak ini dijawab dua kali setiap
seorang responden.(Lampiran Jadual 2) Seramai 10 orang responden yang terlibat dalam kajian
tersebut.

Kaedah Kekerapan Manusia TAHAP PENCAPAIAN
pencerapan
PdP tidak berkesan tidak Guru tidak GURU AKADEMIK DALAM
menarik berlaku Bersedia KALANGAN MURID

Chalk n talk TAHAP 1 MASIH

RENDAH

Peralatan Berpusatkan Guru Tidak Tidak Yakin
Guru menguasai dalam
Kemudahan ICT Pelaksanaan
ICT terhad PAK21 tidak PBD
menyeluruh MURID
Kurang mahir

dlm pedagogi

Murid kurang Tidak minat belajar
Motivasi Kehadiran murid
Rendah

Papan Kenyataan Panitia Kandungan Tidak Tiada Bahan
Terkini Ransangan
terhad dan kurang bahan info
untuk membantu Suasana BBM Tidak
pembelajaran murid Pembelajaran yang Sesuai/Menarik

kurang
memberangsangkan

suasana membaca di
rumah tidak kondusif

Persekitaran Bahan

Rajah 1 : Tulang Ikan Ishikawa Punca Tahap11Penguasaan PBD murid
Tahap 1 Rendah (Sumber : Rekod Analisa Pencapaian Pertengahan Tahun 2020)

Jadual 2: Analisis Senarai Semak Mengikut Aspek Pengetahuan Guru Terhadap PBD
Jadual 3: Analisis Senarai Semak Mengikut Aspek Integriti Guru Terhadap PBD
12

Setelah membuat analisa daripada borang senarai semak sebelum pelaksanaan projek tersebut
mendapati masih ada guru-guru yang belum bersedia untuk melaksanakan PBD secara berkesan
dan berkongsi dengan rakan-rakan guru yang lain berkenaan dengan PBD. Selepas itu, kertas
kerja disediakan dan Jawatankuasa Projek dibentuk. Penyelaras LADAP bertindak sebagai
setiausaha projek telah menyelesaikan kerja-kerja perkeranian seperti surat panggilan mesyuarat
dan juga surat jemputan fasilitator.

Projek telah berjaya dilaksanakan pada 23 September 2020 (Rabu) pada jam 1.30 hingga
4.30 petang. Kehadiran guru adalah 100%. Sambutan terhadap projek ini amat menggalakkan
dan mendapat kerjasama daripada semua guru. Bagi menjayakan projek Latihan Dalam
Perkhidmatan yang bertajuk “Keberkesanan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Menjana
Kemenjadian Murid”, pensyarah pembimbing dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan, Besut iaitu Encik Yahya bin Yusuf telah dijemput sebagai fasilitator. Beliau memberi
kerjasama yang cukup baik dan merupakan pensyarah yang bertanggungjawab
menyebarluaskan fahaman guru terhadap pelaksanaan PBD di sekolah-sekolah. Projek ini telah
dipersetujui oleh pihak sekolah dan merupakan cadangan daripada guru besar sendiri agar
mengadakan projek ini bagi meningkatkan kefahaman guru-guru SK Rengas Bekah dalam
pelaksanaan PBD. Jadi inisiatif ini digunakan dan dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah
dirancang bersama guru besar, guru-guru penolong kanan, ketua-ketua panitia dan guru-guru
mata pelajaran. Selain itu, projek ini juga mendapat tajaan daripada pihak BANK RAKYAT
dalam sumbangan makan minum peserta. Di samping itu juga, sekolah telah mendapat manfaat
daripada Bank Rakyat iaitu hadiah berupa Wang untuk surau yang bernilai hampir RM400.00.

2.1.1 Halangan/Sokongan/Kekuatan/Kelemahan

2.1.1.1 Halangan
Bagi melaksanakan projek ini dengan jayanya memang ada halangannya. Pertama sekali
adalah berkaitan dengan masa. Memandangkan bermulanya minggu perantisan ini
adalah Musim covid 19 , maka agak sukar untuk menjemput sekolah yang berhampiran
menyertai program kerana larangan dari pihak KPM . Dengan ini, untuk penetapan tarikh
guru besar mengharapkan segala bentuk aktiviti dan program hanya dapat dilaksanakan
dalaman sahaja tanpa melibatkan menyertaan sekolah yang berdekatan.Namun begitu,
projek ini berjaya dilaksanakan mengikut tarikh yang dipersetujui iaitu pada 23
September 2020. Urusan surat-menyurat

13

kepada fasilitator telah selesai dan mendapat persetujuan daripada IPG untuk hadir pada
tarikh berkenaan. Namun, apakan daya sehari sebelum projek dilaksanakan fasilitator
telah menelefon dan memaklumkan tentang penangguhan projek atas sebab kesihatan.
Namun dengan permohonan pertimbangan atas beberapa sebab maka pihak IPG telah
mencadangkan pihak SISC+ iaitu Puan Hajah Raimah bt Rani selaku ketua SISC+ PPD
kuala Terengganu sebagai fasilitator pada hari berkenaan.

2.1.1.2 Sokongan
Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana memberi kerjasama dan
komitmen yang tinggi serta bekerja secara berpasukan. Semua AJK TS25 dan AJK
LADAP terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini dan sentiasa
melaksanakan tugas yang dengan amat baik sekali dan sentiasa amanah terhadap tugas
yang diberikan. Guru-guru juga sentiasa mengamalkan kerja secara sepasukan dan
sentiasa gembira dalam melakukan tugasnya.

2.1.1.3 Kekuatan Projek
Projek ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang dibuat bersama guru besar
dan guru-guru penolong kanan serta penyelaras PBD. Berbekalkan maklumat daripada
senarai semak yang telah diedarkan kepada 12 orang guru bagi mengenalpasti tahap
kesediaan dari aspek pengetahuan dan intergriti menunjukkan bahawa Projek ini perlu
dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kesediaan guru dalam melaksanakan PBD
di kalangan murid. Keyakinan guru untuk membuat pentaksiran terhadap murid-murid
dapat ditingkatkan oleh guru-guru. Dalam pada itu juga, projek ini membantu guru dalam
memperjelaskan tentang pelaksanaan KmR dalam beberapa mata pelajaran. Selain itu,
guru-guru juga didedahkan tentang pertimbangan profesional yang harus digunakan oleh
semua guru dalam mentaksir dan mengenalpasti tahap penguasaan murid-murid. Dengan
ini, PdPc guru akan lebih menarik dengan nilai tambah yang telah diberi melalui projek ini.

2.1.1.4 Kelemahan Projek
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti melalui projek ini ialah peruntukan
masa kepada fasilitator untuk menyampaikan secara mendalam adalah terlalu terhad.
Waktu petang agak tidak sesuai untuk projek seperti ini. Keadaan ruang bilik juga agak
terhad kerana penjarakan fizikal dan sukar untuk guru-guru bergerak untuk membuat
aktiviti.

14

2.1.2 Pengetahuan dan Kemahiran Pengurusan

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai pengurusan yang ada
pada Guru Besar di sekolah perantisan 2 maka projek ini dapat dilaksanakan sebagaiman
yang telah dirancang. Perancangan yang teliti serta tindakan yang positif semasa
berhubungan dengan jawatankuasa yang terlibat membantu dalam menkayakan projek
ini. Bermula daripada peringkat penetapan projek berdasarkan analisa keperluan
sehingga kepada peringkat pelaksanaan Guru Besar akan memantau sebaik mungkin.
Dengan arahan yang jelas berkenaan projek tersebut kepada guru-guru maka semua guru
memberi kerjasama yang baik sehingga mencapai kehadiran 100% semasa projek itu
berlangsung. Projek Keberkesanan Pelaksanaan PBD ini kelak diharap dapat digunakan
untuk merancang pelaksanaan PdPc yang lebih menyeluruh di sekolah. Ini disebabkan
PBD merupakan salah satu aspek penting dalam dunia pendidikan yang giat dilaksanakan
di hampir semua sekolah di Malaysia.Hasil dari pelaksanaan projek pelaksanaan PBD ini
perlu dilakukan penilaian dan semakan untuk dijadikan input penambahbaikan dalam
pelan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.

2.4 HARAPAN SEBAGAI PEMIMPIN PENDIDIKAN

Bertindak sebagai pemimpin pendidikan sudah semestinya saya mengharapkan agar
dapat memimpin organisasi sebaik mungkin serta cemerlang dalam semua aspek
termasuklah cemerlang dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. 3
aspek ini adalah perkara utama dalam sesebuah organisasi. Jadi, melalui pengalaman
selama 8 minggu di sekolah perantisan ini, saya telah menimba banyak ilmu dan
pengalaman yang boleh membawa kepada kecemerlangan organisasi. Dengan ini, saya
akan cuba menggunapakai dan mengaplikasikan pengalaman ini bila dilantik sebagai
Guru Besar nanti demi mencemerlangkan organisasi saya nanti . Disamping
mencemerlangkan warga sekolah makan akan terhasillah kecemerlangan di kalangan
murid. Al Attas (1998) menyatakan makna dan tujuan pendidikan adalah dua unsur yang
saling berkaitan. Secara umum menurut beliau tujuan pendidikan adalah untuk
kemasyarakatan dan ummah secara keseluruhannya yang beranggapan sarana utama
adalah untuk menciptakan rakyat yang baik (memiliki kemenjadian).

Terdapat pelbagai jenis kepimpinan yang boleh diamalkan oleh seseorang guru besar
dala memimoin organisasinya. Saya juga berhasrat untuk membawa organisasi saya ke

15

peringkat yang terbaik serta menjadi pemimpin yang dihargai bukan dihormati semata-
mata atau sekadar menjadi pemimpin yang digeruni. Pendekatan dan strategi
kepemimpinan harus digunakan untuk membeli jiwa warga dalam sesebuah organisasi.
Justeru itu, terdapat berbagai-bagai gelaran yang diberikan terhadap pemimpin antaranya
pemimpin tradisi, pemimpin berkesan, pemimpin berwawasan, pemimpin bermisi,
pemimpin karismatik, pemimpin transformasi dan pemimpin pengajaran. Pemimpin
transformasi adalah seorang yang suka melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini
jelas melalui visi dan misi yang dibentuknya. Selaras dengan itu adalah menjadi
tanggungjawab pemimpin untuk menyampaikan secara berterusan, memperjelaskan misi
dan visi sehingga dapat difahami, diterima dan dihayati oleh semua pengikutnya. Di
sekolah peranan Guru Besar untuk memperjelaskannya kepada guru-guru kanan, guru-
guru, pelajar, kakitangan, pekerja dan juga ibu bapa. Oleh itu, seorang pemimpin
transformasi, walau diletakkan di mana-mana sahaja tempat bertugas, sudah pasti beliau
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Pemimpin tidak menjadi kaku
atau kehilangan idea kerana mereka sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang
tidak terdapat pada pemimpin biasa. Mereka adalah seorang pemikir yang berkesan,
dapat menggunakan dan memanipulasikan segala kejadian dan peristiwa yang dihadapi
sebagai pedoman, pendorong dan sebagai landasan untuk menghasilkan sesuatu
jawapan atau keputusan yang boleh digunakan oleh banyak pihak yang terlibat. Segala
peristiwa yang berlaku boleh mencetuskan pengalaman dan pengetahuan baru untuk
dijadikan panduan pada masa-masa yang akan datang. Maka, saya berharap agar dapat
menjadi seorang pemimpin transformasi ini sejajar dengan kehendak pendidikan semasa.

Dengan ini, projek LADAP kepada guru-guru dalam pemantapan PBD adalah sesuatu
yang bertepatan dengan kehendak semasa di sekolah ini bagi membangunkan kesediaan
guru-guru terhadap pentaksiran yang dilakukan ke atas murid-murid dengan berkesan.
Namun begitu, rata-rata daripada guru mempunyai pandangan yang berbeza terhadap
pelaksanaan PBD secara berkesan. Kebimbangan terhadap pentaksiran berbolak balik di
jiwa guru-guru kerana masih ada di kalangan guru masih ragu-ragu terhadap pentaksiran
yang dibuat ke atas seseorang murid. Dengan ini, kesediaan guru itu perlu bagi
memantapkan pelaksanaan PBD di peringkat sekolah. Dengan ini adalah menjadi satu
keperluan bagi penulis untuk memantapkan lagi kesediaan guru-guru di SK Rengas
Bekah dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah dengan berkesan.

16

2.5 KOLEKSI GAMBAR PELAKSANAAN PROJEK

Perbincangan dengan Mentor : Pn Hajah Poziah bt Aziz
Perbincangan Mengenai isu sekolah Rengas Bekah

Gambar 1 : Mesyuarat JK LADAP
17

Gambar 2 : Perbincangan bersama Fasilitator, Pensyarah IPG Kampus
Sultan Mizan (pemilihan topik dan jaringan bersama IPG)

18

Gambar 3 : Taklimat Penyebaran LADAP oleh Guru Besar
19

Gambar 4 : Taklimat oleh Penyelaras Projek bagi persediaan LADAP
20

Gambar 5 : Log kehadiran LADAP Gambar 6 : Backdrop LADAP

Gambar 7 : LADAP oleh fasilitator jemputan
21

Gambar 8 : LADAP Keberkesanan PBD Menjana Kemenjadian Murid

Gambar 9 : LADAP Keberkesanan PBD Menjana Kemenjadian Murid
22

Gambar 10 : Penyampaian cenderahati kepada Fasilitator

Gambar 11 : Penyampaian cenderahati kepada Bank Rakyat atas
sumbangan beliau dalam program ini.

23

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN

PROJEK
PERANTISAN 2

24

TAJUK KERTAS KERJA:

PROGRAM
“KEBERKESANAN PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH(PBD)MENJANA KEMENJADIAN MURID”

DI SK RENGAS BEKAH
KUALA TERENGGANU

******************************************************************

Disediakan Oleh :

EN. MOHD SABRI BIN MAMAT
PESERTA NPQEL

AMBILAN 1 TAHUN 2020

25

TAJUK KERTAS KERJA:

PROGRAM “KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
MENJANA KEMENJADIAN MURID

1.0 TUJUAN

Pembangunan kompetensi dan kapasiti guru perlu dilaksanakan secara sedar dan terancang kerana
ia selari dengan konsep Organisasi Pembelajaran (Learning Organization) untuk memastikan setiap
ahli organisasi sentiasa belajar bagi meningkatkan perkembangan profesionalisme dan seterusnya
melonjakkan restasi organisasi. Dalam usaha membangunkan kapasiti ini juga, perhatian yang
serius harus diberikan terhadap program pembangunan profesionalisme guru melalui pembelajaran
secara tidak formal maupun secara formal dan terancang. Pelbagai program melibatkan
pembangunan staf perlu dilaksanakan di sekolah melibatkan kursus, bengkel, taklimat dan ceramah.

2.0 RASIONAL

Pembangunan Sumber Manusia di kalangan guru dan staf di SK Rengas Bekah telah
dirancang oleh Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) yang di pengerusikan sendiri
oleh Puan Guru Besar. Walaubagaimanapun, program yang dirancang hanya berorientasikan
ceramah semata-mata. Tiada budaya kolaborasi dalam perkongsian ilmu melalui aktiviti walaupun
lokasi sekolah-sekolah adalah berhampiran. Justeru itu, program Peningkatan KefahamanPBD
dikalangan guru ini dirancang bagi mencetuskan idea kepada jawatankuasa yang terlibat supaya
program PBD dijadikan sebahagian kaedah terbaik dalam pelaksanaan pembangunan sumber
manusia. Seterusnya, hubungan jaringan dapat dilaksanakan di antara sekolah-sekolah yang
berhampiran dan jalinan juga dapat dilakukan dengan melibatkan pelbagai agensi bagi program
yang dirancang.

3.0 MATLAMAT

26

Program ini mempunyai matlamat untuk meningkatkan kefahaman dalam kalangan guru tentang
kaedah pembangunan profesionalime melalui Meningkatkan tahap pengetahuan tentang cara
pengisian PBD dikalangan guru.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membantu guru menentukan kaedah pentaksiran yang sesuai
4.2 Membantu guru melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah dengan

berkesan Membantu guru membuat pertimbangan profesional dalam
menentukan tahap penguasaan murid
4.3 kerjasama dengan sekolah-sekolah berdekatan melalui aktiviti pembentangan
ulasan buku.

5.0 TARIKH/TEMPOH MASA/TEMPAT

4.1 23 September 2020
4.2 1.00 tengahari hingga 5.00 petang
4.3 SK Rengas Bekah Kuala Terengganu

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN (PANDUAN PERJUMPAAN)

PERJUMPAAN 1: Mesyuarat Jawatan kuasa Pelaksana Program Peningkatan PBD

Tarikh : 15 September 2020- Selasa

Masa : 1.00 ptg

Tempat : Bilik Guru Besar

Pengerusi : Pn. Hjh Hajah Poziah bt Aziz(Guru Besar SKRB)

Laporan & : SU Ladap

gambar

1. Menerangkan Tugasan NPQEL dan keperluan sekolah kepada jawatankuasa pelaksana.
2. Menerangkan tujuan perjumpaan.
3. Berbincang kaedah pelaksanaan program.

PERJUMPAAN 2: Mesyuarat Jawatankuasa Program PBD dikalangan Guru SKRB
27

Tarikh : 17 September 2020- Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat SKRB
Pengerusi : Pn. Hjh. Poziah bt Aziz
Laporan & : SU Ladap
gambar

1. Perbincangan perlaksanaan program yang akan diadakan
2. Memohon kerjasama semua JK melaksanakan tugas yang diamanahkan.

PERJUMPAAN 4: Pelaksanaan Program PBD Dikalangan guru

Tarikh : 23 Sept 202o

Tempat : Di Bilik Seminar SKRB

Penceramah : Pn. Hjh. Raimah bt Abd Rani

Ketua SISC+ PPD Kuala Terengganu

Laporan & : SU Ladap

gambar

PERJUMPAAN 4: Post Mortem Program PBD dikalangan Guru

Tarikh : 27 September 2020
Tempat : Bilik Mesyuarat SKRB
Moderator : Pn. Hjh. Poziah bt Aziz
Laporan & : SU Ladap
gambar

1. Post Mortem program PBD dikalangan guru
2. Penjajaran program supaya menjadi budaya di sekolah.
3 Perbincangan penghargaan kepada pihak yang terlibat.

6.0 SENARAI JAWATANKUASA

Bil Nama Pegawai Jawatan Peranan

1 Pn Hjh Poziah bt Aziz Guru Besar Pengerusi Program
SKRB
2 Tn Hj Mohd Sabri B. Hj Naib Pengerusi Program
Mamat PK Pentadbiran

28

3 En.Mohd Sabri bin Mamat Peserta Setiausaha program
NPQEL

4. Pn Hjh Nor Izani bt Abdullah SU Kurikulum JK Pemantauan dan
Penilaian Program

5. Pn.Hjh Zunaimah bt Hashim Penyelaras JK Pemantauan dan
LADAP Penilaian Program

6. Pn.fadzilah bt Omar Penyelaras PBD JK Pemantauan dan
Penilaian Program

7. Pn Wan Safiah bt wan Ismail SU TS25 SKRB JK Pemantauan dan
Penilaian Program

8 Pn Norhayati bt Saari SU PLC/LADAP Penolong Setiausha

9 Pn wan Razidah binti Guru JK Hadiah dan Cenderamata
W.Endut Guru JK Makanan

10 Pn.Nooruslaini bt Mamat

11 Pn. Haslinda bt M.lazim Guru JK Pendaftaran

12 En.Mohd Azeri bt Abd Razak Penyelaras JK Dokumentasi
Bestari

7.0 KEWANGAN NILAI
RM100.00
Sumber kewangan adalah sumbangan daripada agensi luar. RM100.00
RM100.00
BIL AGENSI/SYARIKAT
1. Zulfashah Enterprise RM425.0

112 Telaga Mengkudu.Marang
2. Zul Enterprise

123 Jalan Impian Wakaf dua Kuala Terenggani
3. Mesra Enterprise

Pengusaha Makanan
Pengadang Baru Kuala Terengganu
4. Tan Sri Abdullah Copration

29

5. Bank Rakyat Berhad RM 500.00
Paya Keladi Kuala Terengganu (sumbang makan minum
Tengahari)
Jumlah RM1225.00

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA Anggaran Perbelanjaan ANGGARAN
KUANTITI ( RM )

Alatan untuk RM100.00 Sumbangan kedai
1 bengkel dan buku Zulfashah

pembentangan

2 Makanan Hidangan untuk 60 set ( packing) Sumabangan bank
Rakyat untuk
Cenderamata RM2.50 x100 unit (Surah Yaasin) makan Tengahari
- surau sekolah (RM500.00)
3 - Peserta RM5 X 55
-Penceramah RM50.00 X 1 RM250.00
-Perasmi RM50.00 x 1 RM275.00

RM50.00
RM50.00

4 Pelbagai 50.00
RM 1225.00
JUMLAH

9.0 Pengurusan Risiko

30

I. Semua Pegawai awam yang diamanahkan untuk mengurus sumber mempunyai
tanggungjawab bagi mengenal pasti dan menangani risiko yang dihadapi dalam
pelaksanaan program .

II. Aspek pengurusan risiko harus diutamakan dalam usaha Jawatankuasa Latihan Guru
dalam Perkhidmatan untuk melaksanakan program. Berikut adalah jadual pengurusan
risiko Program Peningkatan PBD dikalangan guru ini.

PROSEDUR RISIKO PUNCA KAWALAN PENCEGAHAN
KUALITI RISIKO
Merancang pelaksanaan aktiviti
Pengurusan Kelangsungan 1.Kesibukan dijalankan oleh pegawai perhubungan
Program Aktiviti penceramah sekolah yang juga SiSC+ PPD
Program yang kualaTerengganu
Peningkatan mungkin 2.Tiada Memohon sumbangan daripada Alumni
PBD terganggu peruntukan SKRB yang terdiri daripada tokoh tokoh
kewangan
Dikalangan
Guru 1. 1. Perlu dibimbing oleh mentor dan
SKRB Pengetahuan penyelaras program.
dan 2. Perlu dirujuk melalui coaching.
Program tidak kemahiran 3. Perlu rujukan melalui mandat dasar
dilaksanakan dalam latihan sumber manusia.
mengikut SOP melaksanakan
program Waktu perjumpaan dihadkan kepada
prosedur lepas waktu persekolahan.
pelaksanaan
program.

2.Kekangan
masa dalam
melaksanakan
program

Disediakan Oleh Diluluskan Oleh :

Mohd Sabri Bin Mamat Pn. Hjh Poziah Bt Aziz
Peserta NPQEL 2020 Guru Besar SK Rengas Bek

31

REFLEKSI

32

BAB 3

REFLEKSI

3.1.1 Merumuskan dapatan amalan kpimpinan di sekolah Perantisan
Program ini telah mencapai matlamat untuk meningkatkan kefahaman dalam kalangan guru
tentang kaedah pembangunan profesionalime melalui Meningkatkan tahap pengetahuan
tentang cara pengisian PBD dikalangan guru. Projek ini membantu guru menentukan
kaedah pentaksiran yang sesuai dan juga dapat membantu guru melaksanakan
pentaksiran dalam bilik darjah dengan berkesan Membantu guru membuat
pertimbangan profesional dalam menentukan tahap penguasaan murid bahkan
program ini kerjasama dengan sekolah-sekolah berdekatan melalui program dan
mendapat kerjasama yang mantap daripada pihak IPG,SISC+ serta Pihak PIBG .
Projek ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan sekolah parantisan dan
pensyarah penyelia bagi memenuhi hasrat meningkatkan bilangan murid tahap 1 yang
menguasai ke tahap penguasaan yang lebih baik dan cemerlang Kerjasama yang erat
daripada AJK LADAP dan semua guru ketika perantisan 2 ini.

3.1.2 Kepimpinan
Dapat memimpin dan membimbing serta membangun kapasiti guru melalui projek yang
diadakan iaitu ‘Keberkesanan Pelaksanaan Pentaksiran bilik darjah (PBD) menjana
kemenjadian murid’. Melalui projek ini diharap guru-guru dapat mengaplikasikan kaedah- atau
pendekatan yang dipelajari untuk mengatasi masalah peratusan tahap penguasaan yang
rendah dalam semua matapelajaran. Selain daripada itu, ia juga dapat meningkatkan bilangan
murid menguasai semua mata pelajaran ke tahap yang baik dan cemerlang dalam PBD secara
khasnya Ujian dalaman secara amnya bagi murid-murid Tahap 1.
Berkeupayaan dan berjaya membentuk satu pasukan bertindak untuk menghasilkan satu
cara Pengisian PBD yang betul pada semua murid Membimbing guru guru untuk satu cara
membantu murid yang lemah dalam kemahiran dalam semua matapelajaran untuk PBD

33

RUMUSAN

34

BAB 4
RUMUSAN

Sebagai ketua dalam organisasi, Guru Besar bertanggungjawab memastikan sekolahnya
mempunyai iklim yang kondusif agar dapat memberikan impak positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pengurusan yang cekap yang sihat selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bertujuan agar warga sekolah dapat melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan berkesan. Bagi memastikan ianya terlaksana pengurusan
sekolah perlu mengadakan pemantauan, perbengkelan, pelaporan, penilaian dan kajian sebaik
melaksanakan projek Komuniti Pembelajaran Profesional. Bagi Guru Besar SK Rengas Bekah
tarikan murid-murid untuk hadir ke sekolah adalah satu perkara penting yang harus dititikberatkan
maka, beliau mengubah persekitaran sekolah supaya menjadi lebih menarik. Penggunaan warna-
warna yang ceria menampakkan keceriaan dan aura positif kepada seluruh warga sekolah ini.

Selain itu, seorang Guru Besar juga perlu mewujudkan personaliti yang baik, jujur, ikhlas,
berprofesional, ada matlamat dan senang berinteraksi dengan orang ramai (Mohd. Salleh Lebar
2000). Walau bagaimanapun dapatan yang menarik tentang kepimpinan Guru Besar ialah
kajian yang dijalankan oleh Dinham et. al (1995) di Australia bertajuk School climate and
leadership di tiga buah sekolah menengah. Beliau mendapati sebenarnya tidak ada satu resepi
untuk berjaya bagi seorang Guru Besar. Ini turut digambarkan melalui kepimpinan Guru Besar
SK Rengas Bekah ini yang mementingkan kekemasan diri semasa hadir bertugas. Dan beliau
telah perjelaskan kepada semua guru agar berpakaian mengikut etika yang betul berdasarkan
pekeliling yang telah ditetapkan.

Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan
negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu
peranan dan tanggungjawab Guru Besar juga telah mengalami perubahan dari semasa ke
semasa dan mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi. Jika seseorang
Guru Besar mempunyai ciri-ciri berkesan, kita yakin misi dan visi untuk menjadikan sesebuah
sekolah cemerlang akan tercapai. Sebaliknya jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri
yang lemah dalam kepimpinannya maka akan mendatang kesan yang tidak baik kepada
pencapaian sesebuah sebuah sekolah. Namun, bagi kepimpinan guru besar SK Rengas Bekah
ini menunjukkan beliau amat mementingkan hala tuju sekolah agar dapat dibangunkan bersama
guru-guru. Ini jelas digambarkan dalam setiap perjumpaan atau mesyuarat, beliau akan
memperingatkan kepada semua guru hala tuju sekolah ini serta pencapaian-pencapaian semasa
sekolah ini.

35

PENUTUP

36

BAB 4

PENUTUP

Cuban (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi pihak lain dengan
sengaja. Tindakan ini bertujuan untuk mencapai.matlamat yang dihasratkan.Kepimpinan yang
baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak yang dipimpin. Drath dan Palus
(dlm, Yukl, 2002) mengatakan kepimpinan adalah prosesmenerima apa yang orang lain lakukan
secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, (dlm, Yukl,
2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan,
dan membolehkan orang lain menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi.
Kepimpinan bolehlah dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia
yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha ke arah
keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi. Melalui kepimpinan yang berkesan akan
terhasil perubahan dari segi tingkah laku dan sikap. Melalui aktiviti perantisan 2 ini, banyak
pengalaman dan faedah yang boleh saya pelajari. Untuk menjadi seorang pemimpin yang
berkesan banyak perkara yang perlu kita pelajari serta ketahui. Ilmu kepimpinan harus ditimba
melalui program-program sebegini. Kemahiran mengurus, mentadbir, berkomunikasi,
membangun kapasiti guru dan sebagainya harus dikuasai oleh seseorang pemimpin. Program
NPQEL adalah program yang benar-benar bermanfaat bagi bakal-bakal Pengetua/Guru Besar
kerana telah memberi pendedahan dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran.

Melalui program perantisan 2 ini, saya dapat menimba banyak ilmu berkaitan dengan cara-
cara untuk berhubungan dengan agensi luar. Melalui komunikasi berkesan akan mewujudkan
kepercayaan daripada pihak luar untuk bekerjasama dengan pihak sekolah memberi keuntungan
kepada organisasi. Kerjasama dengan agensi-agensi luar ini membantu dalam
mencemerlangkan murid-murid khususnya. Antara agensi luar yang biasa terlibat dan
bekerjasama dengan sekolah ialah syarikat-syarikat swasta, bank-bank tempatan seperti Bank
Rakyat, Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen Kawasan serta badan kebajikan seperti MAIDAM
turut menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Jadi, melalui hubungan yang erat dengan
agensi-agensi ini akan memberi kesan positif kepada sekolah.

Program perantisan 2 ini juga telah banyak mengajar saya bagaimana untuk menjadi
seorang pemimpin yang kuat dari segi emosi serta menjadi pemimpin yang berkesan terhadap
organisasi. Contoh yang dapat diambil adalah melalui kepimpinan Guru Besar SK Rengas
Bekah yang boleh dijadikan contoh iaitu bekerja bersama-sama dengan guru-guru dalam setiap
program yang

37

dilaksanakan di sekolah serta membudayakan amalan kekeluargaan seperti makan bersama-
sama dalam jamuan ringkas atau meraikan kejayaan-kejayaan kecil di sekolah.

Bagi saya secara keseluruhannya, program perantisan ini banyak memberi pendedahan ke
arah membentuk diri menjadi pemimpin yang berkesan di sesebuah sekolah kerana
kecemerlangan sekolah bergantung kepada kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran.
Kompetensi yang ditaksir dapat diaplikasikan di sekolah perantisan dengan kerjasama daripada
guru besar serta rakan pentadbir di sekolah perantisan. Kepimpinan Guru Besar SK Rengas
Bekah telah menjadi contoh terbaik bagi saya. Gaya dan jenis kepimpinan beliau boleh
dijadikan panduan dan diamalkan sekiranya saya menjadi pemimpin kelak.

38

RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, Amalan-amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan sekolah

Kebangsaan Malaysia, Genting Higlands.
Hussein Mahmood, (1993), “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah”, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Norlidah Saian (2000), “Kepimpinan Instruksional di Sekolah” Johor: Universiti Teknologi

Malaysia. Skudai.
http://eprints.utm.my/id/eprint/11730/1/Amalan_Kepimpinan_Guru_Besar_Sekolah_Harapan_Negara_
2007_SK_Parit_Setongkat.pdf
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/kepimpinan-pendidikan-dan-pengurusan.html
Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz, & Mohammed Zohir Ahmad. (2008). Gaya-gaya

Kepimpinan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Rosnah Ishak, & Muhammad Faizal A. Ghani (2012). Amalan kepimpinan terbaik untuk sekolah

“organisasi pembelajaran”. Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(2), 35-41.

39

PROGRAM KELAYAKA
PENDIDIKAN KEBANGSA

PERANT

AN PROFESIONAL PEMIMPIN
AAN VERSI 2018 (NPQEL 2.0)

TISAN 2

MI
“Melestarikan Sistem Pen

Untuk Membangunk
Bagi Memenuhi A

VI
“Pendidikan Berkualiti Insan

ISI
ndidikan Yang Berkualiti
kan Potensi Individu
Aspirasi Negara”

ISI
n Terdidik Negara Sejahtera”


Click to View FlipBook Version