The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSMAWATI BT JAAFAR (PSP), 2023-02-21 22:43:15

IT Aspires Volume 2 JTMK

IT Aspires PSP

Keywords: JTMK

IT ASPIRES Vol 2 | 144 khas di sekolah tertentu. Disamping itu, kanak-kanak ini perlu mendapatkan rawatan dan intervensi awal. Antaranya terapi pertuturan, fisioterapi, bermain secara kumpulan dan banyak lagi. Ujian IQ adalah salah satu kaedah untuk mendedahkan kekuatan dan kelemahan seseorang individu terhadap kejayaan mereka di sekolah. Ujian IQ juga adalah salah satu kaedah bagi mengenalpasti tahap kecerdasan seseorang itu. Namun, ujian yang ini juga tidak sesuai digunakan kepada kanak-kanak autisme malah meremehkan potensi intelektual mereka (Jeniffer, T., 2009). Jadi terdapat beberapa instrumen ujian IQ telah dibangunkan khas untuk menentukan tahap kecerdasan kanak-kanak autisme. Memandangkan kanak-kanak autisme memerlukan bantuan dan sokongan, ujian IQ ini biasanya dijawab oleh kanak-kanak autisme dengan bantuan guru atau ibu bapa. 1.1 Penyataan Masalah Pusat RHC merupakan salah satu pusat latihan kanak-kanak istimewa yang berfungsi sebagai pusat untuk menjalankan terapi dan pembelajaran serta latihan vokasional. Pusat ini juga menggunakan kaedah Ujian IQ kepada kanak-kanak istimewa khasnya kanak-kanak autisme bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan kanak-kanak tersebut. Pusat RHC menjalankan ujian IQ ke atas setiap pelajar yang mendaftar di pusat tersebut untuk mengenalpasti tahap IQ mereka. Ujian ini dijalankan secara bertulis yang dibantu oleh kakitangan RHC sepanjang pelaksanaan ujian berlangsung. Kaedah manual yang digunakan oleh pihak RHC untuk menjawab ujian adalah kurang menarik perhatian dalam kalangan pelajar yang berada di pusat tersebut. Selain itu, pihak RHC menghadapi kesukaran dalam membuat pemarkahan secara manual. Pemberian markah secara manual berkemungkinan boleh menyebabkan kekeliruan berlaku. Faktor ini menyebabkan kakitangan sukar untuk mengenal pasti tahap pencapaian kanak-kanak yang berada di pusat itu. Pusat RHC menyimpan data kanak-kanak autisme secara manual iaitu dalam bentuk salinan cetak. Disebabkan perkara ini, terdapat beberapa kekangan yang berlaku bagi menguruskan semua data dan maklumat yang berkaitan ujian IQ. 1.2 Objektif Tujuan utama Aplikasi Ujian IQ dibangunkan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap keupayaan kanak-kanak autisme melalui skor ujian tahap satu dan tahap dua secara dalam talian. Antara objektif-objektif pembangunan aplikasi ini adalah : a. Membangunkan sebuah aplikasi ujian minda kanak-kanak autism tahap 1 dan tahap 2. b. Mengenal pasti tahap keupayaan kanak-kanak autism melalui jumlah skor ujian. c. Memudahkan capaian data oleh kakitangan dan ibu bapa. 1.3 Skop Pembangunan Projek Projek ini dibangunkan untuk membantu pusat RHC center yang terletak di no 59, Jalan Machang Bubok 2, Taman Machang Bubok, 14020 Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menjalankan ujian IQ untuk kanak-kanak autisme yang berada di pusat tersebut. Skop pengguna sistem ini terbahagi kepada kakitangan pusat RHC dan Ibu Bapa. Sistem aplikasi ini boleh digunakan oleh kakitangan RHC untuk mendaftar maklumat kanak-kanak autisme bagi membantu kanak-kanak autisme untuk menjawab ujian IQ tersebut. Kakitangan RHC juga boleh melihat skor-skor yang diperoleh oleh pelajar-pelajar autisme. Manakala Ibu Bapa menggunakan sistem ini untuk melihat skor ujian IQ anak-anak mereka. Ibu Bapa perlu mengisi maklumat mereka terlebih dahulu dan menukar kata laluan yang telah didaftarkan oleh pihak RHC bagi mereka mengakses sistem aplikasi tersebut untuk keselamatan akaun ibu bapa Ujian dalam aplikasi ini terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap satu dan tahap dua. Tahap satu mempunyai 22 soalan ujian. Jika pelajar tersebut berjaya menyelesaikan atau memberi perhatian dalam tahap satu, pelajar tersebut layak untuk menjalani ujian di tahap kedua. Di tahap kedua, sebanyak 33 soalan yang perlu dijawab oleh kanak-kanak autism tersebut. Setelah tamat ujian, kakitangan RHC dan ibu bapa dapat melihat keseluruhan markah ujian oleh pelajar.


IT ASPIRES Vol 2 | 145 2. KAJIAN LITERATUR Kecerdasan Intelektual (IQ) menurut Rasid Muhamad et al. (2006) adalah berbeza untuk setiap individu dan boleh berubah mengikut perubahan masa. Namun begitu, kajian menunjukkan bahawa secara asasnya kecerdasan seseorang individu biasanya konsisten sepanjang hayat mereka. Untuk mengenalpasti tahap kecerdasan seseorang individu, ujian kecerdasan intelektual yang pertama telah dibangunkan oleh pakar-pakar psikologi barat dikhususkan kepada kanak-kanak. Seiring dengan peredaran masa, ujian IQ untuk kanak-kanak autism juga telah digunakan untuk mengenalpasti tahap kecerdasan kanak-kanak autisme. Namun, kanak-kanak autisme perlu dibantu dan dibimbing oleh orang terdekat yang memahami tingkah laku mereka seperti guru atau ibu bapa. 2.1 Autism Berdasarkan kajian yang telah dibuat, autisme adalah sejenis kecelaruan yang menyebabkan otak lambat memproses maklumat dari persekitaran berbeza. Ia merupakan penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal. Autisme juga dikategorikan sebagai satu penyakit psikiatri dan ia dikenali sebagai autism spectrum disorder (ASD). Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ASD ini akan mempunyai masalah dari segi sosial, komunikasi secara lisan atau bukan lisan, dan masalah tingkah laku mereka. Perubahan kanak-kanak ini dapat di lihat seawal antara usia 2 hingga 3 tahun (Khoo, Y.K., 2015). Seterusnya, perkembangan fizikal yang berlaku dalam kalangan anak-anak autisme ini juga didapati tidak sama dengan perkembangan mental mereka. Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui sehingga sekarang. Merujuk kajian yang dibuat, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak autisme yang dikenalpasti antaranya ialah hubungan sosial sangat terhad. Mereka kurang berkawan atau bermain dengan orang lain. Mereka akan bergelak tawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan sekeliling. Mereka juga sukar untuk menunjukkan minat terhadap sesuatu perkara. (Khoo, Y.K., 2015). 2.2 Aplikasi Atau Sistem Sedia Ada Terdapat banyak aplikasi dan sistem untuk menguji tahap kecerdasan individu yang telah dibangunkan. Namun, Autism Treatment Evaluation Checklist (ATEC), Autisme Quiz: AQ-10 Quotient Test dan Awesomely Autistic Test digunakan untuk melihat sejauh mana aplikasi ini dibangunkan untuk kanak-kanak autism. 2.2.1 Autisme Treatment Evaluation Checklist (ATEC) Aplikasi ini dicipta oleh seorang bapa yang mempunyai anak yang mengalami autisme berdasarkan daripada ujian ATEC daripada American Autisme Research Institute. Ianya direka untuk kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun. Aplikasi ini digunakan untuk menilai peningkatan pada kanakkanak dengan autisme atau boleh dijadikan sebagai ujian awal kanak-kanak yang mungkin mengalami gangguan spektrum autisme (ASD). Pada dasarnya, semakin rendah skor yang diperolehi, semakin sedikit masalahnya. Pemilihan bahasa juga disediakan. Sebanyak 77 soalan disediakan merangkumi kemahiran bercakap, bersosial, deria dan kelakuan. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan PHP. 2.2.2 Autisme Quiz: AQ-10 Quotient Test Aplikasi AQ-10 Quotient Test dicipta untuk menentukan sama ada seseorang itu harus bertemu dengan pakar untuk penilaian autisme. Selain itu, Aplikasi ini juga diguna pakai oleh National Healthcare Service di UK sebagai rujukan yang akan digunakan oleh pengamal am. Ujian ini mengandungi 10 soalan yang merangkumi soal selidik. Akhir sekali, maklum balas yang diberikan oleh pengguna ialah aplikasi ini menggunakan kaedah yang sangat cepat dan sangat berkesan untuk mengetahui tahap autisme yang dialaminya.


IT ASPIRES Vol 2 | 146 2.2.3 Awesomely Autistic Test Aplikasi soal selidik ini dikenali sebagai Autisme Quotient atau AQ Test yang dibangunkan oleh seorang ahli psikologi, Simon Baron-Cohen dan rakan-rakannya dari Cambridge Autism Research Center. Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk menyediakan mekanisme penyaringan sederhana yang dapat digunakan oleh doktor sebagai rujukan untuk penilaian autisme yang lebih formal. Terdapat 50 soalan disediakan aplikasi ini dibangunkan menggunakan HTML dan CSS. 3. METODOLOGI Metodologi merujuk kepada carta aliran projek yang akan dibangunkan. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan projek ini ialah model prototaip. Merujuk kepada Rajah 3.1, kaedah prototaip telah dipilih kerana ia mudah untuk memahami keperluan sistem aplikasi yang dikehendaki. Kaedah ini dapat mengesan dan mengurangkan kesilapan dengan lebih awal. Terdapat beberapa fasa dalam model prototaip iaitu melalui pengumpulan data, lakaran reka bentuk, mereka bentuk, pengekodan, menguji aplikasi dan penyelenggaraan aplikasi. Kesemua fasa ini penting bagi memastikan kelancaran projek yang akan dibangunkan. Rajah 3.1 Model Prototaip 3.1 Fasa Keperluan Awal Pada fasa ini, keperluan aplikasi ditentukan secara terperinci. Semasa proses tersebut, pengguna aplikasi ditemu ramah untuk mengetahui kehendak mereka mengenai aplikasi tersebut. Daripada temu ramah tersebut, data-data yang diperlukan untuk pembangunan projek dapat dikumpulkan. 3.2 Fasa Reka Bentuk Fasa kedua adalah reka bentuk awal yang dibuat secara ringkas untuk dijadikan contoh. Reka bentuk carta alir, Rajah Aliran Data (DFD) dan Rajah Entiti (ERD) telah dibangunkan. Pada fasa ini, reka bentuk yang akan digunakan ialah carta alir untuk menunjukan carta aliran aplikasi tersebut. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir kakitangan manakala Rajah 3.2 menunjukkan carta alir bagi ibu bapa. Rajah konteks dalam Rajah 3.3 pula menunjukkan aliran data dan proses-proses yang terlibat dalam pembangunan aplikasi ini.


IT ASPIRES Vol 2 | 147 Rajah 3.1 Cara Alir Kakitangan Rajah 3.2 Cara Alir Ibu Bapa


IT ASPIRES Vol 2 | 148 Rajah 3.3 Rajah Konteks 3.3 Fasa Prototaip Pada fasa ini, prototaip sebenar dirancang berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dari reka bentuk. Ini adalah model yang dihasilkan dari sistem yang diperlukan mengikut kemahuan pengguna. 3.4 Fasa Evolusi Pelanggan Pada fasa ini, prototaip yang dirancang disampaikan kepada pemilik aplikasi untuk membuat penilaian awal. Dalam fasa ini, persetujuan untuk meneruskan lakaran sebenar dapat diketahui. Jika pemilik bersetuju dengan prototaip yang dihasilkan jadi akan terus ke fasa pembangunan. Jika sebaliknya, akan ke fasa ulasan dan kemaskini. 3.5 Fasa Ulasan dan Kemaskini Komen dan cadangan tentang lakaran aplikasi dikumpulkan dari pengguna. Lakaran dihasilkan semula berdasarkan kehendak pengguna. 3.6 Fasa Pembangunan Dalam fasa ini, reka bentuk sebenar yang dipersetujui oleh pengguna akan dihasilkan. Penulisan kod akan dimulakan. Perisian yang digunakan ialah Visual Studio Code dan PhoneGap. 3.7 Fasa Menguji Seterusnya, aplikasi akan diuji untuk mengenal pasti sama ada aplikasi tersebut mempunyai kesalahan atau kegagalan. Kualiti dan perisian aplikasi ini akan dapat dilihat dengan lebih jelas. Ujian terhadap aplikasi ini dibuat pada minggu yang ditetapkan. 3.8 Fasa Penyelenggaraan Akhir sekali, aplikasi ini diuji secara menyeluruh. Aplikasi ini bergantung kepada pengguna akhir bagi proses penambahbaikan aplikasi tersebut bagi memenuhi keperluan pengguna. 4. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN IQ Test Application For Autism Kids dibangunkan kepada kanak-kanak autism dengan bantuan ibu bapa atau kakitangan RHC. Aplikasi ini membenarkan pengguna samaada ibu bapa atau kakitangan RHC untuk mendaftar sebagai pengguna seterusnya mendaftarkan kanak-kanak yang akan melakukan ujian IQ tersebut. Berdasarkan Rajah 4.1, kakitangan RHC boleh membuat pendaftaran ibu bapa. Seterusnya kakitangan juga boleh membuat pendaftaran untuk melakukan ujian kepada kanak-kanak dengan memasukkan maklumat kanak-kanak yang terlibat. Setelah membuat pendaftaran kanak-kanak


IT ASPIRES Vol 2 | 149 tersebut, kakitangan boleh membimbing pelajar melakukan ujian. Pendaftaran ibu bapa dilakukan oleh kakitangan bagi memastikan maklumat kanak-kanak yang didaftarkan di bawah RHC dapat dilihat oleh kakitangan walaupun ibu bapa yang menjalankan ujian untuk anak-anak mereka. Rajah 4.2 menunjukkan beberapa antara muka ujian yang terlibat untuk dijawab oleh pelajar. Setelah pelajar lengkap menjawab bahagian pertama iaitu sebanyak 22 soalan, skor akan ditunjukkan. Jika skor yang ditunjukkan adalah melebihi tahap tertentu, kanak-kanak tersebut boleh meneruskan untuk menjawab tahap kedua iaitu sebanyak 33 soalan. Skor keseluruhan akan ditunjukkan setelah kanak-kanak berjaya menjawab semua soalan. Rajah 4.1 Pendaftaran ibu bapa dan pelajar oleh kakitangan RHC Rajah 4.2 Paparan beberapa antaramuka kuiz dan skor ujian Setelah kakitangan RHC mendaftar untuk ibu bapa, ibu bapa boleh login ke dalam sistem menggunakan no kad pengenalan sebagai nama pengguna dan kata laluan. Setelah itu, ibu bapa dapat menukarkan kata laluan mereka sebaik sahaja mereka berjaya login ke dalam aplikasi seperti dalam Rajah 4.3. Jika kata laluan telah berjaya ditukarkan, ibu bapa perlu mengisi maklumat lengkap mereka bagi tujuan simpanan maklumat oleh pihak RHC. Ibu bapa boleh memilih nama anak mereka dan melihat keseluruhan skor anak-anak mereka setelah kakitangan berjaya melakukan ujian tersebut.


IT ASPIRES Vol 2 | 150 Rajah 4.3 Antara muka login ibu bapa Ujian penerimaan pengguna atau User Acceptance Testing (UAT) telah dilakukan oleh kakitangan-kakitangan RHC. Dalam sesi pengujian yang telah dilaksanakan, pengguna berjaya login masuk ke dalam aplikasi dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan sebagai kakitangan. Setelah itu, kakitangan RHC berjaya melakukan ujian terhadap kes-kes yang telah dinyatakan dalam Jadual 4.1. Sebelum melakukan ujian penerimaan oleh pengguna ini, ujian unit dan ujian integrasi telah dilakukan oleh pembangun bagi menguji item-item yang sama. Jadual 4.1 Ujian penerimaan pengguna (UAT) Nama Kes Ujian Prosedur Ujian Prasyarat Hasil Yang Diharapkan Hasil Log Masuk Pengguna dikehendaki mengisi ruangan yang diberi iaitu nama pengguna dan kata laluan sebelum mengakses sistem tersebut. Pengguna perlulah berdaftar Log masuk berjaya Berjaya Daftar Ibu bapa Pengguna perlu mengisi nama pengguna, kad pengenalan dan sahkan pengenalan Pengguna perlu memasukkan nama pengguna dan No. kad pengenalan ibu bapa Data ibu bapa yang didaftarkan masuk ke pangkalan data Berjaya Daftar Pelajar Pengguna perlu memasukkan Nama,Umur,No.Kad Pengenalan dan Jantina Pengguna perlu memasukkan Nama,Umur,No.K ad Pengenalan dan Jantina pelajar Data pelajar yang didaftarkan masuk ke pangkalan data Berjaya Tukar Kata Laluan Pengguna perlu memasukkan kata laluan yang dimahukan dan sahkan Pengguna perlu menukar kata laluan setelah mendaftar masuk Kata laluan berjaya ditukar Berjaya Lihat Profil Pengguna perlu log masuk dan klik lihat pelajar sebelum ke bahagian Profil Pengguna perlu mendaftar pelajar terlebih dahulu Data-data pelajar terpapar apabila butang lihat pelajar diklik Berjaya Kemas Kini data pelajar Pengguna perlu klik butang kemas kini Data pelajar yang mahu dikemaskini Data pelajar yang dikemas kini di Berjaya


IT ASPIRES Vol 2 | 151 perlulah pelajar yang berdaftar pangkalan data berubah Padam Data Pelajar Pengguna perlu memilih pelajar dan klik butang padam pada profil pelajar tersebut Data pelajar yang mahu dipadam perlulah data pelajar yang telah didaftarkan Data pelajar di pangkalan data terpadam Berjaya Jawab Quiz Pengguna perlu menjawab soalan yang dipaparkan Pelajar akan dibantu kakitangan RHC _ Berjaya 5. KESIMPULAN Kesimpulanya, projek ini dibangunkan dengan harapan boleh membantu meningkatkan taraf kualiti kerja pihak RHC Center untuk menjalani ujian minda kepada pelajar-pelajarnya. Dengan adanya aplikasi ini pihak RHC Center juga dapat mengurangkan penggunaan kertas yang banyak digunakan untuk mencetak kertas uijan minda untuk pelajar-pelajar mereka yang membawa kepada pengurangan kos pengeluaran. Seiring dengan perkembangan teknologi,aplikasi uji minda ini dapat memenuhi keperluan dari segi teknologi.


IT ASPIRES Vol 2 | 152 RUJUKAN Aniza Zainudin (2018, April 15). Autisme masalah paling popular. Harian Metro. Dicapai dari https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/04/330789/autisme-masalah-paling- popular. Berita Harian. (2020, May 10). Spektrum kanak-kanak autisme. Berita Harian. Dicapai dari https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/05/687171/spektrum-kanak- kanak-autisme. Intan Juliana Abd Hamid dan Syuhadah Sufian (2018), Autisme: Keberkesanan Rawatan Terapi Carakerja, Buletin Sejahtera. Dicapai dari https://www.researchgate.net/publication/331194384_AUTISME_KEBERKESANAN _RAWATAN_TERAPI_CARAKERJA Intan Mas Ayu Shahimi. (2019). Fahami anak autisme. Harian Metro. Dicapai dari https://www.hmetro.com.my/hati/2019/04/445900/fahami-anak-autisme. Jennifer, T. (2009), Standard IQ Test May Undervalue People With Autism. Dicapai dari https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=101354 Khoo, Y.K. (2015), Apakah Itu Autisma? – Dr Nazariah Aiza Harun. Dicapai dari https://www.mmgazette.com/apakah-itu-autisma-dr-nazariah-aiza-harun/ Mohd Ramzdhan. (2020). Ciri Autisme & Tanda Awal Pada Anak Atau Bayi Yang Ibu Perlu Tahu, Dicapai dari https://www.doctoroncall.com.my/soalan/ciri-ciri-autisme. Randall M, Egberts KJ, Samtani A, Scholten RJPM, Hooft L, Livingstone N, Sterling-Levis K, Woolfenden S, Williams K (2018), Berapa tepatkah alat diagnostik untuk gangguan spektrum autisme dalam kalangan kanak-kanak prasekolah? Dicapai dari https://www.cochrane.org/ms/CD009044/BEHAV_berapa-tepatkah-alat-diagnostik-untukgangguan-spektrum-autisme-dalam-kalangan-kanak-kanak. Rasid Muhamad, Mohd Nazri Mohd Noor dan Jahjaiton Arsad (2006), Kecerdasan Intelektual (IQ), Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kecerdasan Spiritual (SQ): Mencari Keseimbangan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Universiti. Dicapai dari https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57268/ Zur’ain bt Abd Rahim, Zainal Rasyid Mahayuddin, Mohd Syazwan Baharuddin (2019), Aplikasi Augmentasi Realiti Mudah Alih Dalam Pembelajaran Solat Bagi Kanak-Kanak Autisme. Dicapai dari https://www.ftsm.ukm.my/v5/file/research/technicalreport/PTA-FTSM-2019-043.pdf


Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Seberang Perai, Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. Tel : (04) 5383 322 Fax : (04) 5389 266 Email : [email protected]


Click to View FlipBook Version