The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Muhamad Zulhisyam bin Zainuddin
Mohamad Diniy Thaqif bin Mohamad Sabri
Muhamad Syahmie Awzaie bin Mohd Noor
Muhamad Al-Amin bin Zakaria

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diniythaqif239, 2021-06-13 08:57:25

Penghayatan Etika & Peradaban

Muhamad Zulhisyam bin Zainuddin
Mohamad Diniy Thaqif bin Mohamad Sabri
Muhamad Syahmie Awzaie bin Mohd Noor
Muhamad Al-Amin bin Zakaria

MPU 21032 PENGHAYATAN
ETIKA & PERADABAN

TAJUK : Penghayatan etika & peradaban mampu membentuk
masyarakat berintegriti

NAMA : MUHAMAD ZULHISYAM BIN ZAINUDDIN
NO PEND : 04DET20F1011

Penghayatan Etika Zulhisyam

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Definisi Integriti
1.3 Konsep Integriti
1.4 Integriti Menurut Pandangan Islam

2.0 HURAIAN & PENERANGAN
2.1 Sasaran Integriti Dalam Masyarakat
2.2 Integriti Dalam Pekerjaan Menurut Islam
2.3 Kebaikan Integriti

3.0 GOLONGAN TERLIBAT
3.1 Pemimpin
3.2 Kalangan Pelajar

4.0 KEMEROSOTAN INTEGRITI
4.1 Kepimpinan
4.2 Budaya
4.3 Sistem & Prosedur
4.4 Struktur & Institusi

5.0 KESAN TIDAK BERINTEGRITI

KESIMPULAN
RUJUKAN

Penghayatan Etika Zulhisyam

PENGENALAN

Organisasi atau agensi-agensi kerajaan sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari dalam mahupun luar persekitaran.
Acaman ini boleh menjejaskan prestasi, produktiviti serta masa hadapan sesebuah organisasi. Lazimnya, ancaman ini mempunyai hubungkait yang
erat dengan isu etika dan integrity. Integriti merangkumi sifat-sifat menyeluruh seseorang individu atau sesebuah organisasi berdasarkan nilai-nilai
murni sejagat termasuk aspek akauntabiliti (Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit, 2013). Justeru, untuk
melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita seharusnya bijak mengurus kejayaan, mempunyai masyarakat beretika dan
kakitangan yang amanah serta berintegriti. Justeru, untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita seharusnya bijak
mengurus kejayaan, mempunyai masyarakat beretika dan kakitangan yang amanah serta berintegriti. Selain itu, kakitangan organisasi perlu
mempunyai prinsip lebih tegas, kuat dan amanah dalam mengatasi pelbagai kelemahan, kekurangan diri serta menjaga nama organisasi. Cabaran
besar yang perlu ditangani dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti dalam sesebuah organisasi.

Penghayatan Etika Zulhisyam

DEFINISI

Integriti, menurut Kamus Dewan Bahasa kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Ia
juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, dan amanah. Integriti secara langsung

boleh didefinisikan sebagai peribadi mulia yang terdapat pada setiap individu yang mempunyai
nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, masalah dan ciri-ciri
positif yang lain. Oleh itu, seseorang yang menggunakan berintergriti mestilah berakhlak mulia dan
mengamalkan nilai-nilai murni di atasialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu

pada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat dengan etika.

Penghayatan Etika Zulhisyam

KONSEP INTEGRITI

❖ Seorang yang berintegriti mempinyai peribadi yang utuh,berakhlak mulia,tulus, telus,jujur, ikhlas,sabar,berani,berilmu
berakal,beriman,beramal,berhemah,tekun dan bertanggungjawab.

❖ Ditempat kerja berintegriti berkaitan dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut nilai dan prinsip yang telah
ditetapkan dalam PERINTAH AM dan termasuk kawalan terhadap perbuatan rasuah,penipuan serta salah guna kuasa.

Penghayatan Etika Zulhisyam

APA ITU INTEGRITI? ➢ -Integriti biasanya menjurus kearah perwatakan

Penghayatan Etika Zulhisyam seseorang.

➢ -Integriti ditakrifkan sebagai, kesedaran
penghayatan dan pengangan teguh kepada nilai-
nilai murni secara konsisten.

INTEGRITI MENURUT PANDANGAN ISLAM

➢ Dalam bahasa mudah, integriti maksud kejujuran, ketelusan dalam amanah dan memerlukan. Prinsip ini akan dilaksanakan
kepada setiap masyarakat untuk setiap kali melakukan tugasan dengan betul dan sempurna pada setiap masa walau di mana
mereka berada.

➢ Penghayatan integriti juga sejajar dengan permintaan Islam yang mengajar umatnya supaya menghayati akhlak yang mulia
diperjuangkan oleh junjungan besar Nabi Muhamad SAW.

➢ Sebagai masyarakat, jika kita benar-benar menghayati prinsip integriti, kita akan selalu beramanah, jujur, telus dengan
penuh rasa di samping menyerlahkan sifat-sifat mahmudah yang lain seperti rajin, tekun, berdisplin dan mengutamakan
warna dan kesempurnaan dalam setiap tugasan. Sebaliknya, kita adalah masyarakat yang tidak berintegriti selain tidak
beramanah dan memungkiri janji memerlukan kita tidak jujur, tidak amanah dan tidak telus dalam pekerjaan.

➢ Lebih parah lagi jika kita terlibat dalam bentuk bentuk penyelewengan, penipuan, manipulasi, rasuah, salahguna kuasa dan
seumpamanya.

Penghayatan Etika Zulhisyam

KEBAIKAN INTEGRITI

Agensi-agensi awam ditubuhkan dengan objektif utama untuk keperluan pengguna dan negara Bagi mencapai objektif
tersebut, sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi diperlukan diperlukan dasar-dasar kerajaan dapat
dilaksanakan secara efektif. Kepentingan integriti kepada perkhidmatan awam adalah untuk mewujudkan pentadbiran dan
perkhidmatan awam yang cekap dan berdisiplin melalui penerapan nilai-nilai murni yang dapat masalah dan kelemahan dalam
pelbagai aspek pemerintahan seperti pengurusan kewangan, pengendali kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama.

Penghayatan Etika Zulhisyam

Sasaran integriti dalam masyarakat

➢ Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara efektif.
➢ Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan penggunaan karenah birokrasi.
➢ Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.
➢ Memantapkan keluarga dan komuniti.
➢ Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Penghayatan Etika Zulhisyam

INTEGRITI DALAM PEKERJAAN MENURUT ISLAM

.BERTANGGUNGJAWAB

❖ Sesuatu yang menuntut seseorang pekerja supaya sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan atau
dibelanjakan kerana meraka akan disoal dan diperiksa bukan sekadar di dunia malahan di hari pembalasan

Penghayatan Etika Zulhisyam

INTEGRITI PEMIMPIN

➢ Integriti pemimpin yang boleh dipersoal akan menyebabkan integriti organisasi atau kumpulan manusia yang dipimpinnya
turut dipertikaikan.

➢ Dilema dihadapi pengikut adalah sejauh mana perlunya mereka untuk terus taat dan setia kepada pemimpin yang memiliki
integriti diri yang meragukan.

➢ Hal ini, membentuk diri untuk menjadi seorang individu berintegriti bukan mudah. Namun, setiap individu yang inginkan
kelangsungan kehidupan cemerlang pada masa hadapan perlu berusaha sedaya mungkin untuk memperkukuh integriti diri
sendiri dan individu di bawah tanggungjawab masing-masing.

Penghayatan Etika Zulhisyam

INTEGRITI DALAM KALANGAN PELAJAR

1) Bertanggungjawab dan mesra
2) Sentiasa membantu penyuburan aspirasi jiwa pelajar
3) Mengamalkan nilai murni dan tingkah laku positif
4) Pemprosesan data dan Tindakan disiplin yang cepat

Penghayatan Etika Zulhisyam

KEMEROSOTAN INTEGRITI

Penghayatan Etika Zulhisyam

KEPIMPINAN ❖ Kepimpinan lemah
❖ Arahan pemimpin
Penghayatan Etika Zulhisyam ❖ Melanggar prosedur

INDIVIDU ❖ Kelemahan diri
❖ Kurang Pendidikan dan penghayatan nilai
Penghayatan Etika Zulhisyam
murni
❖ Etika kerja lemah
❖ Tamak

Budaya ❖ Budaya masyarakat kurang menitikberat
❖ Sikap tidak ambil peduli
Penghayatan Etika Zulhisyam ❖ Angguk dan ampu

Sistem & prosedur ❖ Kurang telus

Penghayatan Etika Zulhisyam ❖ Kelemahan system prosedur dan garis
panduan

❖ Penguatkuasa lemah

❖ Kurang pemantauan

❖ Keupayaan sumber manusian dan bahan
terhad

Struktur & institusi ❖ Struktur tidak kemas dan kurang fokus
❖ Matlamat tdiak jelas dan muhasabah
Penghayatan Etika Zulhisyam ❖ Kurang koordinasi

KESAN TIDAK BERINTEGRITI

 Masalah kita terlibat dalam penyelewengan dan
penipuan dalam pekerjaan kita.

 maka rezeki yang kita perolehi adalah haram,
makanan dan minuman adalah haram, pakaian
yang dipakai juga haram kerana berasal dari
sumber yang haram.

 Kehidupan mereka yang tidak berintegriti tidak
akan bertambahi keberkatan dan keredhaan
daripada Allah SWT dan ada kalanya Allah SWT
akan terus menimpakan balasan kompilasi di dunia
lain seperti tidak diinginkan ketenangan, sering
ditimpa kesusahan dan doa dan permintaannya
tidak akan dimakbulkan permintaan.

Penghayatan Etika Zulhisyam

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bukan mudah untuk kita membentuk diri untuk menjadi seorang individu yang berintegriti.
Namun, pepatah mengatakan bahawa kalau hendak seribu daya, maknanya kita akan berusaha untuk
mencapai sesuatu jika kita benar-benar inginkannya. Jadi bagi individu yang inginkan kelangsungan

kehidupan yang cemerlang pada masa hadapan perlu berusaha sedaya mungkin untuk memperkukuh integriti
diri sendiri dan individu-individu di bawah tanggungjawab masing-masing.

Penghayatan Etika Zulhisyam

SENARAI RUJUKAN

1) http://www.psis.edu.my index.phpIntegriti Dalam Pekerjaan - Politeknik Sultan Idris Shah
2) https://www.ukm.my uploadPDFKepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam ... –

UKM
3) https://www.sinarharian.com.my Web resultsIntegriti: Jika hilang tidak mungkin berganti - SINAR

HARIAN

Penghayatan Etika Zulhisyam

KEHARMONIAN MALAYSIA: SATU
TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Disediakan Oleh: Muhammad Afiq Akmal Bin Saidin (04DET20F1052)

1.0 Pengenalan

Hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai
matlamat yang ditetapkan. Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kemajmukan
sosial itu. Cabaran itu wujud, terutama dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta budaya, sekali gus memerlukan pendekatan
berhemah serta penuh rasa hormat.

• penghayatan etika - afiqsaidin

Justeru, dapat disimpulkan bahawa keharmonian negara dapat dicapai apabila setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama
menjadikan aspirasi keharmonian negara sebagai sebahagian daripada kewajipan mereka dalam mendepani arus modenisasi yang kian
mencabar.
Terdapat negara yang berdepan dengan masalah persengketaan kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama yang menyebabkan peperangan
berlarutan sekaligus memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan.

penghayatan etika – afiq saidin

2.0 Keharmonian Malaysia: Satu Tanggungjawab Bersama Peranan
Individu
Usaha mengekalkan keharmonian negara seharusnya tidak dipandang sepi oleh
setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan sesebuah tamadun itu Keharmonian
dipengaruhi oleh kemakmuran masyarakat yang menghuni sesebuah negara Malaysia: Satu
tersebut. Malaysia juga tidak terkecuali dalam isu kemakmuran ini apabila kita Tanggungjawab
merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya yang
perlu difahami agar tidak berlaku sebarang pertembungan ideologi yang mampu Bersama
menggugat keamanan dan kemakmuran masyarakat di negara kita. Oleh itu,
terdapat beberapa pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan keamanan Peranan Peranan
negara dapat dikekalkan untuk satu rangka masa yang panjang. Oleh itu terdapat Kerajaan Komuniti
beberapa pihak yang memainkan peranan penting bagi menjamin keharmonian
negara terus terpelihara.

penghayatan etika – afiq saidin

2.1 Peranan Individu

Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, seseorang individu itu memainkan peranan penting untuk mengekalkan keharmonian negara apabila
individu tersebut berusaha mengamalkan sikap saling memahami antara setiap budaya dan agama sesebuah kaum bagi mengelakkan sebarang perselisihan
faham. Mengambil contoh peristiwa perselisihan kaum yang terjadi pada tahun 1969 disebabkan oleh ketidakpuasan hati sesetengah pihak terhadap
kemenangan sebuah parti politik yang telah menyebabkan setiap penyokong parti tersebut menyerang antara satu sama lain. Rentetan dari peristiwa tersebut,
telah menyebabkan tercetusnya perbalahan besar antara kaum apabila masing-masing cuba melemparkan kata-kata berbaur perkauman sehingga
menjejaskan keharmonian kaum yang telah terbina, Hal ini jelas membuktikan bahawa individu yang mempunyai sikap kurang sensitif serta tidak mahu
memahami budaya, adat resam serta agama sesuatu kaum yang terdapat di negara tersebut boleh menyebabkan berlakunya masalah keharmonian dalam
sesebuah negara.

penghayatan etika – afiq saidin

Dari perspektif individu seorang pelajar pula, semangat cintakan keharmonian haruslah dipupuk sejak mereka masih
kecil lagi. Ironinya, kanak-kanak kecil boleh dibentuk dengan tidak melihat perkara melalui kanta berwarna. Letakkan anak-anak
bersama-sama dan biarkan mereka membesar bersama supaya anak-anak akan dapat mengenali, memahami dan menghayati rakan
mereka yang mempunyai warna kulit yang berbeza atau latar belakang keagamaan yang berbeza.

Semakin mereka menginjak usia remaja, individu tersebut perlulah diterapkan tentang pentingnya menjaga
keharmonian dan kemakmuran perpaduan antara kaum apabila kelak mereka merupakan tunggak kejayaan pembangunan sesebuah
negara. Ketika mereka berada di bangku sekolah, libatkan diri secara aktif dalam apa jua acara yang melibatkan penyertaan
pelbagai kaum. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat setia kawan dan hormat menghormati antara kaum.

penghayatan etika – afiq saidin

Selain itu, remaja juga perlukan sifat merendah diri dan peramah dalam diri. Sekiranya sikap ini telah dididik oleh ibu
bapa mereka dari kecil lagi tidak hairanlah sekiranya mereka yang akan memimpin keharmonian di negara kita di masa hadapan
kelak. Seterusnya, remaja juga perlu menanam sifat sebagai sebuah keluarga dan saudara. Sekiranya kunci ini disematkan dalam
dada setiap insan yang berada di bumi bertuah ini, sudah pasti keharmonian dapat berkekalan. “Bagaimanapun, tidak dinafikan ada
segelintir golongan yang bersikap dan bersifat ekstremis yang bertindak menabur fahaman perpecahan serta menyemarak api
perkauman bagi mencetuskan suasana tidak aman dalam negara demi kepentingan peribadi,”
Hal ini jelas terbukti, seseorang individu itu memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian negara terus dikekalkan
untuk generasi yang akan datang.

penghayatan etika – afiq saidin

2.2 Peranan Komuniti

Seterusnya peranan pihak komuniti merupakan salah satu eleman penting dalam menjaga keharmonian negara. Komuniti dapat dikategorikan sebagai
satu kelompok orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara atau orang ramai umumnya (Kamus Dewan Edisi Keempat). Terdapat beberapa
contoh peranan komuniti dalam memastikan ideologi keharmonian negara ini dapat dicapai antaranya ialah komuniti persatuan atau kelab samada di
peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat atasan.

Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT dilihat sebagai usaha untuk menyemai kesedaran terhadap
kepentingan perpaduan etnik dengan cara menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan. Pelajar tanpa mengira kaum dan agama dialu-
alukan untuk menyertai kelab tersebut bagi memastikan misi dan visi program tersebut sampai kepada para mahasiswa dan seterusnya diharap dapat
disampaikan kepada masyarakat kelak. Pelbagai aktiviti boleh direncanakan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menghayati erti
keharmonian kaum serta bekerjasama ke arah perpaduan kaum. Pelajar juga digalakkan mempergiatkan dan mempertingkatkan aktiviti kokurikulum
seperti dalam program sukan, kelab, persatuan, pameran dan ceramah. Ini boleh menghilangkan perasaan prejudis dalam diri generasi muda zaman kini.
Ironinya, aktiviti ini tidak seharusnya membezakan setiap kaum dan agama seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia bahawa terdapat sebuah
sekolah meletakkan syarat kaum bagi pendaftaran aktiviti kokurikulum sekolah serta mengasingkan sukan mengikut kaum. Hal ini secara tidak
langsung boleh menyebabkan berlakunya jurang keharmonian dan perpaduan antara kaum.

penghayatan etika – afiq saidin

Manakala itu, aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan penyertaan dan
pengalaman bersama antara kaum. Oleh itu, galakkan aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan kerjasama rapat pihak kerajaan sektor swasta.
Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat, mahasiwa balik kampung dan
sebagainya.

Pihak komuniti juga perlu memperbanyakkan penyelidikan mengenai perpaduan negara dan integrasi nasional adalah sangat perlu
di samping mewujudkan perkongsian bijak dengan pihak tertentu bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa. Hasil kajian akan digunakan
untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan di samping dapat mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan.
Pengesanan ini dapat diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai perpaduan dan integasi dan adat resam
masyarakat Malaysia.
Hal ini menjadi asbab bahawasanya pihak komuniti menjadi antara peranan yang penting dalam membentuk semangat ini dalam diri generasi
muda kini. Selain itu, remaja juga yang akan jadi penentu masa depan sesebuah negara sama ada mereka dapat mewarisi atau tidak keharmonian
yang dibekalkan oleh nenek moyang kita dari dulu lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

penghayatan etika – afiq saidin

2.3 Peranan Kerajaan

Keharmonian merupakan perkara yang amat mustahak dan penting bagi mengekalkan keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah negara.
Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Sesungguhnya negara yang mengamalkan perpaduan
dapat mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Antara langkah dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia ialah
dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jabatan
Perpaduan Negara. Jabatan ini merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah rendah yang berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung
antara satu sama. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi di antara murid yang berlainan etnik dan
agama. Ia juga untuk melahirkan sifat tolenrasi dan persefahaman yang tinggi dan menggalakkan integrasi yang maksimum antara semua pelajar
melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Sekolah wawasan ini tidak langung mengubah sistem pembelajaran yang
asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang dikendalikan oleh
sekolah masing-masing.

penghayatan etika – afiq saidin

Melalui Sekolah Wawasan ini, pelajar-pelajar yang berlainan etnik akan menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti
kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang secara bersama-sama. Apabila kemudahan ini digunakan secara
bersama, sudah tentulah mereka akan berjumpa dan bertemu antara satu sama lain yang seterusnya akan mewujudkan interaksi di
kalangan mereka dan di sinilah akan bermulanya semangat perpaduan diterbitkan

penghayatan etika – afiq saidin.

3.0 Impak Ketidakharmonian Kaum Terhadap Negara.

3.1 Negara tidak stabil • Pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum akan membimbangkan para
pelabur asing untuk melabur dalam negara kita

• Kemerosotan ekonomi melambatkan proses perkembangan dan kemajuan
negara kerana rakyat menderita akibat kenaikan harga barang secara mendatar
dan kemunduran teknologi ekoran ketiadaan para pelabur untuk melabur dalam
ekonomi negara

• Taraf penduduk turut menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan.

3.2 Mengancam keselamatan negara • Pertahanan negara banyak bergantung kepada rakyat. Secara tidak langsung
hubungan tegang antara rakyat akibat perselisihan faham mampu menggugat
keselamatan negara.

• Negara kacau bilau akan terdedah kepada ancaman dari dalam mahupun luar
kerana mereka melihat ini sebagai peluang untuk menguasai negarta tersebut.

3.3 Menjejeaskan imej negara • Negara yang tidak aman akan menjadi topik perbualan pada peringkat global
sehingga kita akan ditolak sama sekali untuk mendakan kerjasama dengan
negara-negara maju.

• Negara turut menjadi mundur sementara negara yang tidak mengalami
pergolakan kaum akan mencapai kejayaan berterusan.

4.0 Langkah-langkah Untuk Mengatasi Masalah Ketidakharmonian Kaum Di Negara Malaysia

4.1 Memperkenalkan dasar-dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990, Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991-2000, Dasar Wawasan
dan pelan tindakan khas kerajaan Negara (DWN) 2001-2010 dan Program 1 Malaysia

• DEB 1971-1990 ditibuhkan untuk mencapai perpaduan negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum dasn wilayah.
• DPN 1991-2000 ditubuhkan untuk membina sebuah negara yang bersatu padu dan mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil, maju, aman dan

makmur berasaskan prinsip-prinsip perlembagaan dan rukun negara.
• DWN 2001-2010 atau dikenali sebagai Wawasan 2020 menitikberatkan pembangunan secara menyeluruh emliputi ekonomi,sosiobudaya dan politik.
• Program 1 Malaysia memberi aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum.

4.2 Pendidikan Menubuhkan Sekolah Wawasan

• Tempat terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum dimana murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka
berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.

• Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memhami antara satu sama lain

4.3 Program Jati Diri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

• Dapat memupuk perpaduan nasional dimana remaja daripada pelbagai kaum dan agama akan ditempatkan dibawah satu bumbung dan mereka akan
bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama berinteraksi dan bergaul mesra.

• Mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam dan dapat memupuk perasaan kekitaan dengan lebih erat.

• penghayatan etika – afiq saidin

5.0 Kesimpulan

Hubungan baik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini harus diharmonikan dan dipelihara. Aspek ini tidak boleh dijadikan
taruhan oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda peribadi atau agenda kelompok yang tersendiri. Perlu ada rasa belas kasihan kepada
rakyat yang inginkan keamanan dan kestabilan negara agar berpeluang untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan rasa selamat dan terjamin.
Cukuplah kekacauan dan konflik di negara-negara asing sebagai pengajaran kepada kita. Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab
dalam menggalas kewajipan ini. Pemimpin pelbagai peringkat terutamanya, harus senada dalam merealisasikan agenda keharmonian negara.
Persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia ini adalah amat penting kerana melaluinya, rakyat akan dapat satu isyarat yang jelas bahawa
mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di Malaysia ini adalah tanggungjawab semua warganegara.

• penghayatan etika – afiq saidin

6.0 Senarai Rujukan

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=keharmonian
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=tanggungjawab
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bersama
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/jangan-mulakan- perpecahan-kaum-di-sekolah/
https://www.google.com/search?q=peranan+persatuan+dalam+memupuk+keharmonian&sxsrf=ALeKk01xyTN3ClpOxQV4zs
sCk7IxFiQ4jQ:1623452880055&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwj9lOah2ZDxAhUUyDgGHWDDA94Q_AU
oAXoECAEQAw&biw=1350&bih=648#imgrc=iD0GkUyupJBnkM
https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi-nasional-di-malaysia
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/07/714278/perpaduan-rakyat-citra-pembangunan-negara-bangsa
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=komuniti

penghayatan etika – afiq saidin

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

NAMA:MUHAMMAD AL AMIN BIN ZAKARIA
NO PEN:04DET20F1113

TAJUK:KESAN TMK TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT DULU DAN
SEKARANG

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

ISI KANDUNGAN

• 1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

• 2.0 DEFINISI

2.1 Definisi teknologi
2.2 Definisi maklumat
2.3 Definisi komunikasi

• 3.0 Cabaran Dan Kesan TMK
• 4.0 KESAN

4.1 Kesan Positif
4.2 Kesan Negetif

• 5.0 KEPERLUAN ETIKA ISLAM DALAM PENNGUNAAN (ICT)
• 6.0 KESIMPULAN

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

1.1 PENGENALAN

BENTUK KOMUNIKASI MANUSIA SENTIASA MELALUI PERUBAHAN HASIL PERKEMBANGAN TEKNOLOGI ATAU REVOLUSI KOMUNIKASI
YANG BERBENTUK STRUKTURAL DAN TEKNIKAL DI MANA BENTUK KOMUNIKASI YANG SPESIFIK SEPERTI SECARA LISAN, TULISAN,
PERCETAKAN DAN TELEKOMUNIKASI TURUT MEMPENGARUHI MASYARAKAT KESELURUHANNYA. BRODY (1990) BERPENDAPAT

KOMUNIKASI MANUSIA TELAH MEMASUKI FASA KELIMA YANG MENEKANKAN KOMUNIKASI INTERAKTIF YANG DITANDAI DENGAN
TEKNOLOGI BERASASKAN INTERNET DAN PENGKOMPUTERAN DI MANA MENYAKSIKAN MEDIA BAHARU ATAU ERA MEDIA KEDUA
MULA MENGAMBIL TEMPAT (POSTER 1995). MEDIA INI MENGGABUNGKAN TEKNOLOGI KOMPUTER DAN MAKLUMAT, RANGKAIAN
KOMUNIKASI DAN KANDUNGAN MEDIA DIGITAL. MAKLUMAT YANG TERHASIL BERBEZA DENGAN TEKNOLOGI PADA ERA CETAK
ATAU PENYIARAN KERANA MEDIA BAHARU INI MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI RANGKAIAN DIGITAL, CAPAIAN GLOBAL, INTERAKTIVITI
DAN KOMUNIKASI RAMAI KEPADA RAMAI YANG MENGGABUNGKAN SEMUA ELEMEN KOMUNIKASI SECARA LISAN, TULISAN, VISUAL,

DATA, DAN BUNYI DENGAN MENGGUNAKAN KOMPUTER DAN ALAT TELEKOMUNIKASI BAGI MENYATUKANNYA DALAM SATU
PLATFORM (HOLMES 2005).

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

Selain itu,teknologi bukan sahaja digunakan untuk memudahkan kerja manusia, malah lebih dari itu, teknologi juga telah
mempengaruhi cara bagaimana manusia berkomunikasi. Penggunaan teknologi untuk berkomunikasi juga telah meluaskan

konteks berkomunikasi kerana proses komunikasi bukan sahaja berlaku antara manusia dengan manusia, tetapi antara
manusia dengan mesin (teknologi) dan juga mesin dengan mesin. (Rogers 1991; Forouzan dan Fegan 2003). Teknologi
maklumat atau teknologi komunikasi dapat membantu seseorang untuk menjalankan kerja atau aktiviti dengan lebih mudah
dan berkesan. Menurut Farhad Nejadirani et. Al (2011), teknologi maklumat membantu mereka untuk berfungsi dengan

lebih efisien, cepat dan mudah

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

Fungsi teknologi kini juga dilihat semakin berkembang di dalam organisasi dan dapat meningkatkan kecekapan pihak
pengurusan dalam pelbagai aspek terutama yang melibatkan kos di mana dengan adanya penggunaan teknologi, kadar
kesilapan turut dapat dikurangkan dan sekaligus dapat membantu prestasi pekerja yang menjalankan urusan tersebut.
Menurut Robbins (1993), komputer dan sistem maklumat yang sofistikated hanyalah permulaan perubahan yang memberi
kesan kepada pengurusan dan aktiviti organisasi. Teknologi adalah perangsang perubahan yang meluas di mana ianya
memerlukan penglibatan pekerja, aktiviti harian pengurus dan kebolehan organisasi untuk bertindak balas. Sebagai contoh,
komputer dapat digunakan untuk membuat kawalan dan arahan penyelia. Keadaan ini akan menjadikan jangkauan kawalan

yang lebih mudah dan teknologi maklumat juga akan menjadikan organisasi lebih responsif

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

2.1DEFINISI TEKNOLOGI
Definisi Teknologi"Teknologi" berasal daripada perkataan dasar Latin "texere" yang bermaksud membentuk atau
menubuhkan. Oleh itu definisi teknologi tidak semestinya terhad kepada penggunaan mesin sahaja kerana teknologi ialah
corak untuk satu-satu tindakan yang bertujuan untuk mengurangkan ketidakpastian dalam perhubungan sebab dan akibat
dalam usaha mencapai matlamat yang diingini. Sesuatu teknologi biasanya mempunyai aspek perkakasan yang
mempunyai bahan atau objek fizikal dan aspek perisian yang mengandungi asas informasi untuk perkakasan itu. (Rodgers,

1993)

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

2.2 DEFINISI MAKLUMAT
Maklumat telah membezakan komunikasi daripada aktiviti lain seperti berenang dan melontar batu. Semua fungsi
komunikasi telah dinyatakan yang bertujuan untuk menghantar, berkongsi, atau memproses maklumat. Apa maklumat yang
sebenarnya? Maklumat bukan sekadar fakta atau kebenaran, berita atau arahan, tetapi ia merupakan satu idea yang
mampu mempengaruhi pemikiran manusia. Maklumat atau informasi boleh didefinisikan sebagai corak tenaga utama yang
mempengaruhi kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk membolehkan individu membuat keputusan mereka sendiri, ia
boleh dinyatakan dalam bentuk bahan (seperti dakwat pada kertas) atau dalam satu bentuk tenaga (seperti nadi elektrik).
Maklumat juga boleh digantikan dengan sumber-sumber lain seperti wang atau tenaga. Oleh itu, maklumat merupakan satu
yang abstrak, sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Maklumat yang dicari oleh individu daripada kebanyakan aktiviti
komunikasi ialah apa-apa sahaja kandungan yang dapat membantu mereka membentuk atau mengatur sebahagian
daripada aspek-aspek persekitaran yang bersesuaian. Mereka akan mencari maklumat sebanyak mungkin dengan tujuan

untuk memudahkan mereka membuat sebarang keputusan dalam hidup

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

2.3 DEFINISI KOMUNIKASI

Komunikasi boleh didefinisikan sebagai alat yang 'menggerakkan manusia. Oleh itu, komunikasi berkait rapat dengan
komuniti. Tanpa komunikasi, mungkin tidak wujud komuniti seperti mana tanpa komuniti, tidak akan wujud komunikasi. Ahli
sosiologi, Charles Cooley menyebut komunikasi sebagai 'mekanisme yang melaluinya perhubungan manusia wujud dan
berkembang-semua simbol minda, berserta cara penyampaiannya menerusi ruang dan lambat laun mengekalkannya.
(Schramm & Porter, 1992)
Komunikasi dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu. Harold Lasswell, ahli sains politik danperintis dalam pengajian
komunikasi, telah menggariskan tiga fungsi utama komunikasidijalankan iaitu :
1. Mengawasi alam sekitar.
2. 2. Menghubungkan bahagian-bahagian masyarakat yang berbeza agar bertindak balas terhadap persekitaran; dan 3.
Memancarkan warisan masyarakat terhadap satu generasi dengan generasi yang lain.
3. Satu lagi makna komunikasi ialah komunikasi merujuk kepada sistem sosial yang berkongsi simbol dan makna dan ia
mengikat manusia bersama dalam satu kumpulan, masyarakat, dan budaya. Walau apa pun fungsi komunikasi, yang
penting komunikasi telah menjadikan

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

3.0 CABARAN DAN KESAN TMK UNTUK PEMBENTUKAN MASYARAKAT

Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh golongan remaja terutamanya isu yang
berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan siber. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa,

kebanyakan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan sosial seperti menerusi laman web
Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta perkhidmatan yang menarik dan
menyeronokkan yang sememangnya menarik minat para remaja untuk menyertainya. Sememangnya, tidak dapat dinafikan

bahawa laman web sosial sebegin mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan seperti dapat berhubung serta
membincangkan isu-isu terkini melalui ruangan siber, namun begitu juga keburukannya kerana penggunaannya adalah
tanpa kawalan. Laman-laman web sebegini juga menjadi tumpuan para penjenayah yang mahu menjadi remaja sebagai
mangsa mereka. Terdapat juga para remaja mungkin tidak menyedari keperluan untuk menjaga maklumat peribadi mereka,

ataupun gambar-gambar peribadi mereka daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak dikenali dan sekaligus menjadi
mangsa penjenayah-penjenayah dunia siber

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

4.1 KESAN POSITIF

MEMUDAHKAN MENCARI MAKLUMAT

- Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan
maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin
banyak di internet.

MEMUDAHKAN KOMUNIKASI

- Melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian
dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak mereka yang berada
jauh di perantauan melalui laman sosial Skype.

MEMPERCEPATKAN URUSAN

- Pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian. Contohnya, urusan
perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur
panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet dengan mudah yang
cepat

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

4.2 KESAN NEGETIF

• PEMBAZIRAN MASA -contohnya Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain
permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara
adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan
waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet.
• BERLAKU JENAYAH SIBER –contohnya semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang
berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber,
dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-
rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian
juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.
• MELAYARI LAMAN SESAWAN YANG TIDAK BERMORAL- contohnya generasi muda khususnya lebih terdedah untuk
melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak kukuh. Melalui laman
sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi
laman sesawang tersebut

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

5.0 KEPERLUAN ETIKA ISLAM DALAM PENGGUNAAN SIBER (ICT)

a. Nilai Murni

-Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini
perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah nilai kejujuran,
kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di mana Internet menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu
dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar
tahu setakat mana hak penggunaannya. Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan menambah nilai

.kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT

b. Nilai Moral

-Ia merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan masyarakat. Mempertahankan kebaikan dan menolak
keburukan serta tindakan yang memperjuangkan kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat dewasa ini. Semua manusia mesti
sedar moral individu yang baik maka akan lahirlah satu masyarakat yang cemerlang.

c. Nilai Jujur

-Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan kepada
eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan dalam hadis baginda yang bermaksud “ Setiap amal bermula dengan
Niat”. Satu perkara yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika melayari laman web. Ia
dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang salah dan membina kejujuran diri.

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

6.0 KESIMPULAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika
yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa
rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri

Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam
mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan

diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.
SELAIn ITU. menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka
masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan
masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. pengaruh ICT dalam tahap
kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan
khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat
penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia

kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan.

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

AKHIR SEKALI, Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya
masyarakat kita serta menjamin survival nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah
memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi

mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang
mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurang kan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan

berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif ICT ini sebagai suatu
yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN


Click to View FlipBook Version