The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Muhamad Zulhisyam bin Zainuddin
Mohamad Diniy Thaqif bin Mohamad Sabri
Muhamad Syahmie Awzaie bin Mohd Noor
Muhamad Al-Amin bin Zakaria

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by diniythaqif239, 2021-06-13 08:57:25

Penghayatan Etika & Peradaban

Muhamad Zulhisyam bin Zainuddin
Mohamad Diniy Thaqif bin Mohamad Sabri
Muhamad Syahmie Awzaie bin Mohd Noor
Muhamad Al-Amin bin Zakaria

SENARAI RUJUKAN

• https://tingkatanenam.blogspot.com/2015/07/teknologi-maklumat-

komunikasi-ict-kesan.html

• https://sitinorhanani.wordpress.com/2011/12/15/kesan-dan-cabaran-

dunia-siber-dalam-pembentukan-akhlak-masyarakat/

• https://images.app.goo.gl/wu8fZtUp3LFFUvQU9
• https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/download/15599/4860
• https://www.proquest.com/openview/615048a5b2a8b355f92e35b46d306

c03/1?pq-origsite=gscholar&cbl=616374

PENGHAYATAN ETIKAN DAN PERADABAN
AL AMIN

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA : MUHAMMAD SYAHMIE AWZAIE BIN MOHD NOOR
NO PEND: 04DET20F1031
TAJUK: ETIKA DAN PERADABAN MEMPENGARUHI KESEDARAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM DIRI INDIVIDU DAN MASYARAKAT

1.0PENGENALAN

 Semenjak Merdeka banyak program pembangunan telah dilaksanakan dengan objektif meningkatkan taraf kehidupan setiap lapisan individu
mahupun masyarakat. Setiap tahun , kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menyediakan prasarana yang meliputi sebahagian
besarnya kemudahan awam selain daripada perkhidmatan , pengangkutan dan perbandaran . Kemudahan awam yang dimaksudkan di sini
ialah prasarana yang disediakan di tempat awam seperti tandas, telefon , tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di
sepanjang lebuh raya atau jalan raya . Kemudahan ini desediakan bagi membolehkan masyarakat setempat menikmati kehidupan yang lebih
selesa dan teratur . Seperti kera mendapat bunga . Begitulah sikap sebahagian besar angota masyarakat kita yang tidak tahu men.ghargai
kemudahan yang disediakan.
Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

➢ 1.0 PENGENALAN ISI KANDUNGAN

• 1.1 TANGUNGJAWAB SOSIAL DALAM ISLAM Penghayatan Etika
• 1.2 APAKAH TANGUNGJAWAB SOSIAL? Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor
• 1.3 DEFINISI

➢ 2.0 TANGUNGJAWAB DALAM DIRI INDIVDU
➢ 3.0 TANGUNGJAWAB DALAM MASYARAKAT
➢ 4.0 KESIMPULAN
➢ 5.0 SENARAI RUJUKAN
➢ 6.0 LAMPIRAN

1.1Tanggungjawab Sosial Dalam Islam

 Hidup bermasyarakat telah menjadi salah satu daripada tuntutan naluri dan keperluan manusia.Tidak seorang pun yang boleh hidup
tanpa ditemani oleh orang lain. Kehidupan bermasyarakat bererti hidup berjiran tetangga, berorganisasi, berteman, bersaudara, berkasih
sayang, Bersatu-padu, tolong-menolong dan seumpamanya.

 Islam telah menentukan garis panduan yang jelas bagaimana kehidupan bermasyarakat dapat disusun dengan baik dalam proses
pembangunan manusia, komuniti dan negara. Dalam konteks ini Islam meletakkan hubungan manusia dengan manusia berpaksikan
Tauhid dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah untuk memakmurkan dan mentadbir urus muka bumi ini, selain
hubungan manusia dengan alam dan yang utamanya terhadap Pencipta (Allah s.w.t.) mengikut garis panduan Akhlak Islam

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

Firman Allah s.w.t.:

"Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi" (al Baqarah: 30)

Kerja kemasyarakatan merupakan satu kewajipan yang dituntut oleh Islam untuk merapatkan
hubungan antara sesama manusia, membangunkan masyarakat seterusnya negara dalam ruang
lingkup makro. Pembentukan masyarakat berteraskan Islam meletakkan syariah sebagai dasarnya.
Dasar ini perlu disubur dan dibajai dengan prinsip akhlak. Kerana jatuh bangun sesebuah
masyarakat bergantung kepada sejauh mana akhlak diterap dan dicerakinkan (Zarina Muhammad,
1997:51). Antara garis panduannya ialah berusaha untuk mengeratkan perpaduan dan saling kenal
mengenali antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t dalam Surah al Hujurat: 13 yang bermaksud:

"Wahai manusia!, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya
kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa antara kamu (bukan yang lebih tinggi keturunan dan
bangsanya)" (al Hujurat:13) (Harun Din, 1988: 187)

Tanggungjawab sosial dalam ruanglingkup akhlak bagi seorang Islam dapat dilihat melalui
tanggungjawab seorang Muslim terhadap sesama Muslim, tanggungjawab seorang Muslim
terhadap jirannya, dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat bukan Islam.

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

 "Wahai manusia!, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-
bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa antara kamu (bukan yang lebih tinggi keturunan dan bangsanya)" (al Hujurat:13) (Harun Din, 1988: 187)

Tanggungjawab sosial dalam ruanglingkup akhlak bagi seorang Islam dapat dilihat melalui tanggungjawab seorang Muslim terhadap sesama
Muslim, tanggungjawab seorang Muslim terhadap jirannya, dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat bukan Islam.

Penghayatan Etika

Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

1.2 Apakah Tanggungjawab Sosial?

 Tanggungjawab sosial adalah tanggungjawab individu dan tanggungjawab individu dan tanggungjawab sosial untuk
mengekalkan tingkah laku tertentu dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara keseluruhannya. Oleh itu,
secara amnya, ini bermakna individu dan entiti sosial seperti masyarakat, organisasi, dan syarikat mempunyai tugas untuk
bertindak demi kepentingan terbaik persekitaran dan masyarakat secara keseluruhan.

 Oleh itu, tanggungjawab sosial adalah kerangka etika individu sosial, dan entiti sosial secara keseluruhannya boleh diikuti
untuk memastikan mereka bertindak dalam cara untuk memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan. Oleh itu,
orang boleh berperilaku dan terlibat dalam aktiviti yang tidak membahayakan masyarakat dan alam sekitar tetapi meningkatkan
piawaian keduanya. Ini termasuk, oleh itu, hidup dalam cara yang damai sehingga tidak membahayakan orang lain dalam
masyarakat, dan tidak menyumbang untuk memusnahkan alam sekita

 Selain itu, saintis, penyelidik dan lain-lain harus bertanggungjawab dan bertanggungjawab apabila melakukan eksperimen dan
aktiviti berkaitan yang lain. Mereka perlu memastikan bahawa mereka tidak membuat akibat negatif kepada manusia atau
ekosistem.

 Tanggungjawab sosial boleh berlaku dalam kedua-dua cara pasif dan aktif seperti dengan mengelakkan diri dari tindakan sosial
dan alam sekitar yang berbahaya (pasif) dan dengan melakukan aktiviti yang secara langsung memajukan kemampanan alam
sekitar (aktif).

Penghayatan Etika

Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

1.3 Definisi
 Tanggungjawab Sosial merujuk kepada kewajipan individu dan entiti sosial seperti masyarakat, organisasi, dan syarikat

untuk bertindak sedemikian rupa untuk memanfaatkan persekitaran dan masyarakat mereka secara
keseluruhan.Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), sebaliknya, merujuk kepada tanggungjawab sosial korporat perniagaan
untuk memastikan proses perniagaan mereka tidak membahayakan, tetapi memberi manfaat kepada masyarakat dan
persekitaran sekitarnya. Oleh itu, ini adalah perbezaan utama antara tanggungjawab sosial dan tanggungjawab sosial
korporat.

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

2.0 TANGUNGJAWAB DALAM DIRI INDIVIDU

❖ 1. Memikul Tanggungjawab Bersama dan Bekerjasama
➢ Kejayaan dalam sesuatu program kemasyarakatan bergantung kepada sikap tanggungjawab semua ahlinya bagi melaksanakannya dengan jayanya.

Penglibatan, sokongan, kerjasama dan rasa tanggungjawab ini memerlukan komitmen yang tinggi dan pengorbanan semua. Ia boleh disumbangkan
melalui tenaga, pandangan atau lontaran idea mahupun sumbangan kewangan mengikut kemampuan seseorang. Apa yang penting di sini ialah
adanya kerjasama dan pengorbanan ahli untuk berkhidmat untuk masyarakat. Allah s.w.t. berfirman: "Dan tolong menolonglah kamu dalam
mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara berbuat dosa dan pelanggaran. Bertakwalah kamu kepada
Allah. Sesungguhnya Allah amat berat seksanya" (Al Maidah 5:2)
➢ Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang saleh. Apabila terlupa
diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu"

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

2. Sikap Untuk Saling Mengenali dan Membina Sikap Ramah Mesra

 Sebagai anggota masyarakat, seseorang tidak boleh mengasingkan diri daripada persekitaran hidup bersosial. Lantaran itu, menjadi
tanggungjawab setiap individu untuk mengenali masyarakatnya khususnya orang yang paling hampir dengannya, iaitu jiran. Sikap saling
mengenali dan beramah mesra membantu menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan tetangga yang akhirnya membantu memupuk
perpaduan antara satu sama lain.

"Wahai manusia!, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-
bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa antara kamu (bukan yang lebih tinggi keturunan dan bangsanya)" (al Hujurat:13)
"Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah" (Ali Imran: 102)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seorang Mukmin ialah orang yang senang bermesra dan bergaul mesra (dimesrai) dan tiada
gunanya orang yang tidak tahu bermesra dan tidak dimesrai". Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Sesungguhnya orang yang paling hampir
kedudukannya kepadaKu, ialah orang yang paling terbaik pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri dan senang bermesra dan bergaul
mesra"

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

3. Sikap Mengambil Berat atau Mengambil Tahu

 Sikap mengambil tahu di sini bermaksud mengambil peduli dan peka tentang kebajikan jiran tetangga sekiranya jirannya menanggung
kesusahan dan kesulitan. Contohnya, apabila seseorang mendapati jirannya tidak menyekolahkan anaknya lantaran kesempitan hidup yang
dialami. Oleh itu, sikap peka tentang kesusahan orang lain menimbulkan keinsafan dan mencuit naluri keinsanan untuk menghulurkan bantuan
yang sepatutnya mengikut apa yang temampu. Sikap mengambil peduli ini juga termasuk sekiranya seseorang mendapati berlakunya
perselisihan faham dalam hubungan antara diri seseorang dengan jirannya, maka kepekaan ini mendetikkan hatinya untuk mencari jalan
terbaik untuk memperbaiki persahabatan antara keduanya. Kesemua ini memerlukan kepekaan seseorang terhadap kehidupan persekitarannya
.

Dalam hal ini Hamka melalui karya tentang pemikiran etikanya berhubung hidup bermasyarakat yang berjudul "Di Bawah Lindungan Ka'abah"
mengambarkan watak jiran iiatu Engku Haji Ja'afar yang amat mengambil berat dan sanggup membantu Hamid yang miskin untuk meneruskan
kehidupan dan persekolahannya. Sebaliknya dalam karya "Di Lembah Kehidupan" terutamanya karya "Pasar Malam" yang memperlihatkan betapa
kejamnya masyarakat yang tidak mahu mempedulikan kemelaratan golongan miskin. Semua ini melambangkan konsep etika sosial yang sangat
diperlukan manusia dalam menjalani kehidupan (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2002: 115).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barangsiapa beriman kepada Allah Dan Hari Kiamat, hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya"
Firman Allah s.w.t dalam konteks Islam yang mengutamakan perdamaian:
"Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan perbaikilah perhubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan RasulNya sekiranya kamu
orang yang beriman". (Surah al-Anfal 8:1)

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

➢ 4.Hubungan dengan tuhan
Manusia sebagai hamciptaan Tuhan,hendaklah memastikan diri sendiri melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan.Tuhan
tidak menciptakan manusia
kecuali untuk menyembah dan beribadah kepadanya. Pelbagai cara atau jalan bagi setiap manusia agar terus menjaga hubungan dengan
tuhan

➢ 5. Maruah Diri
Setiap individu mestilah menjaga maruah diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik dan kehormatan diri.
Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat,imej diri dan keluarga
terpelihara daripada unsur-unsur yang tidak baik serta melahirkan masyarakat yang senjahtera dan bersatu padu.Antara cara untuk menjaga
maruah diri ialah berpakaian menutup Aurat, tidak ketat dan tidak jarang.selain itu,kita juga perlulah sentiasa berpakaian kemas dan
bersih.Selain pemakaian yang sopan,kelakuan kita pun akan memusnahkan imej kita.

➢ 6.ILMU
Ilmu merujuk kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertururkan, mempunyai nilai kebenaran, sentiasa
berkembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu amat penting kerana ilmu dapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam
mengembangkan peradaban dunia. Manusia bertanggungjawab untuk berusaha menuntut ilmu supaya dapat memajukan diri sendiri ,
seterusnya keluarga ,masyarakat dan negara.

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

3.0 Tanggungjawab terhadap Masyarakat

 Setiap manusia harus mempunyai rasa tanggung jawab, dimana rasa tanggung jawab itu harus disesuaikan dengan apa
yang telah kita lakukan.Arti dari tanggung jawab menurut kamus bahasa indonesia adalah keadaan wajib menanggung
segala sesuatunya. Sehingga bertanggung jawab menurut kamus umum bahasa indonesia adalah berkewajiban
memikul,menanggung segala sesuatunya,dan menanggung segala akibatnya.

1.Menghulurkan Bantuan

Masyarakat atau komuniti ialah kelompok manusia yang paling hampir di tempat tinggal kita . Segala perkara tentang diri, ahli keluarga , harta
benda dan kerjaya terlebih dahulu diketahui oleh mereka. Oleh sebab itu , masyarakat ialah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan
ketika ditimpa bencara atau musibah seperti kebakaran, kecurian , kemalangan dan kematian.

2.Menjaga Keharmonian
Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di Negara kita hidup dalam aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti
kaum Melayu, Cina dan India ini terjalin erat dan menbentuk masyarakat yang bersatu padu idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B.Tun Abd.
Razak tentang slogan “1Malaysia” telah membawa Negara kita kea rah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarat majmuk
yang tinggal di Negara Malaysia.

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

 Menjaga Kebajikan
Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di Negara kita hidup dalam aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India
ini terjalin erat dan menbentuk masyarakat yang bersatu padu idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B.Tun Abd. Razak tentang slogan “1Malaysia” telah membawa
Negara kita kea rah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarat majmuk yang tinggal di Negara Malaysia.
 Menjaga Kebajikan
Masyarakat yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain suadah tentu dapat menjana satu aktiviti yang
menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja yang
merancang dan menyusun pelbagai aktiviti seperti kem motivasi dan program jati diri untuk memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja.Program ini
dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan persepakatan yang mantap sesame sendiri.

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

➢ Sikap Positif dan Keikhlasan Ahli

masyarakat perlu menanamkan sikap positif terhadap aktiviti kejiranan. Walaupun ia merupakan kerja sukarela, setiap
anggota perlu melihat aktiviti seumpama ini dari sudut yang positif tanpa rasa terpaksa atau merasakannya sebagai aktiviti
yang membazir masa dan tenaga. Untuk itu, seseorang perlu mengikhlaskan diri dan menyematkan di fikiran bahawa apa
yang dilakukannya merupakan satu ibadah untuk kemaslahatan ummah dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Hubungan
kejiranan dan kemasyarakatan perlulah berlandaskan hubungan yang tulus, suci dan bukan berlandaskan kepentingan,
bersifat kepura-puraan, mengikut masa (perlu ketika senang dan sukar) dan bukan berlandaskan kebendaan. (Lihat
Pemikiran Etika Hamka dalam Abdul Rahman Abdul Aziz, 2002:115)

Allah s.w.t. berfirman:

"Maka kamu sekelian, dengan sebab kurniaNya itu, menjadi saudara" (Ali Imran: 103)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang ziarah menziarahi
keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang cinta mencintai keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu
itu terhadap orang-orang yang bersusah payah keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang tolong
menolong keranaKu".

Penghayatan Etika

Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

 Tanggungjawab Atas Kebaikan Bersama dan Mencegah Jenayah
Tanggungjawab melaksanakan kebaikan "amar makruf" dan mencegah kemungkaran "nahi mungkar" wajib dipikul bersama oleh setiap
anggota masyarakat tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun perbezaan bangsa dan agama. Masing-masing mempunyai
tanggungjawab dan amanah serta perlu menyedari ianya untuk kebaikan bersama. Ia juga penting untuk mengelakkan jenayah dan
kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan perumahan (Glicken, M. D., Sechrest, D. K., 2003).
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga tetangganya terselamat daripada segala kejahatannya" "Barang siapa yang mengerjakan
kebaikan sebesar zarah sekalipun dia kan melihat (ganjaran)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah sekalipun dia
akan melihat (balasan)nya pula".

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

 Amalan Bertegur sapa dan kunjung mengunjungi
Amalan bertegur sapa sesame manusia merupakan titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mersa dalam kalangan masyarakat.
Sikap suka bertanya khabar boleh mewujudkan silaturahim yang baik dengan masyarakat sekeliling. Menerusi amalan bertegur sapa
,hubungan boleh menjadi lebih erat dan apabila saling bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesame sendiri.

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

4.0 Kesimpulan

 Malaysia ialah sebuah Negara yang mengamalkan hubungan baik dengan Negara Negara di seluruh dunia. Jalinan yang baik
dengan Negara luar menyebabkan Malaysia adalah antara Negara yang dikagumi dan dihormati oleh Negara lain. Terdapat
pelbagai rukun Malyasia iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,Keluhuran Perlembagaan
,Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.Masyarakat Malaysia jika boleh menjalan dan mematuhi rukun
Malaysia,Malaysia akan memaju dan meningkat imej. Kejayaan hubungan yang erat ini telah memberikan banyak faedah
kepada Negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, alam sekitar, kemanan sejagat,pendidikan dan sebagainya. Dalam
konteks masyarakat moden kini, aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan seringkali dipandang sepi dan diremehkan
lantaran kesibukan tugas seharian yang menyukarkannya untuk dilaksanakan dan sikap tidak mengambil berat
atau mengutamakan program-progran sedemikian. Untuk itu, perlu ada satu mekanisme agar aktiviti kejiranan ini
mampu menjadi pemangkin dalam proses transformasi sosial ke arah perpaduan. Selain itu, aktiviti kejiranan juga
perldan boleh berfungsi sebagai penggerak dalam membangunkan masyarakat dengan melaksanakan aktiviti
berbentuk kebajikan, kemasyarakatan dalam ekonomi, kesihatan dan pendidikan yang memberi manfaat yang
besar kepada penduduk setempat. Aktiviti Rukun Tetangga contohnya boleh menjadi medium bagi menyampaikan
mesej positif bagi mewujudkan hubungan yang lebih harmoni di peringkat kawasan atau akar umbi, dan negara
umumnya selain mencegah daripada berlakunya kejadian-kejadian jenayah di kawasan setempat. Lantaran itu,
pemupukan nilai dan sikap tanggungjawab dalam aktiviti kejiranan perlu diberi perhatian agar matlamat dan
konsep 1Malaysia yang harmoni dapat dihayati bersama.

Penghayatan Etika
Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

5.0 Senarai Rujukan

 https://www.researchgate.net/publication/258383935_MEMUPUK_KESEDARAN_TANGGUNGJAWAB_SOSIAL_M
ELALUI_PENGLIBATAN_DALAM_AKTIVITI_KEJIRANAN_DARI_KACA_MATA_ISLAM

 Abdul Rahman Abdul Aziz. 2002. Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Glicken, Morley D.,
Sechrest, Dale K. 2003. The Role of The Helping Professions in Treating The Victims and Perpetrators of Violence. New York: Pearson
Education, Inc. Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan. Idris Zakaria. 1986. Teori Kenegaraan al-Farabi.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Imam Ghazali. Bimbingan Mu'minin. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD. Muhammad
'Imarah. 2007. Anugerah Islam Untuk Ketamadunan. Kuala Terengganu: Terengganu Development Institut. Mustafa Haji Daud. 1999.
Tamadun Islam. Kuala LumpurUtusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Mustafa Haji Daud. 2002. Tamadun Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Poindexter, Cynthia Cannon, Valentine, Deborah P. 2007. An Introduction to Human Services:
Values, Methods and Populations Served. United States: Thomson Brooks/Cole.

 https://ms.strephonsays.com/what-is-the-difference-between-social-responsibility-and-corporate-social-
responsibility

 http://nilaimasyarakatpolisasyee.blogspot.com/

Penghayatan Etika

Muhammad Syahmie Awzaie Bin Mohd Noor

6.0 Lampiran

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TOPIK 9 – Rasuah pemusnah penghayatan etika dan peradaban
manusia

NAMA : MOHAMAD DINIY THAQIF BIN MOHAMAD SABRI
NOM.PENDAFTARAN : 04DET20F1078
KELAS : DET2C
PENSYARAH : ENGKU RAZINAWATY BINTI ENGKU CHIK

Isi kandungan

2  1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
1.2 Definisi Rasuah
1.3 Rasuah menurut pandangan Islam
1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah
 2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu analisis
2.1 Bagaimana rasuah memberi kesan kepada Pertumbuhan Ekonomi
 3.0 Undang-undang Rasuah
3.1 Fungsi SPRM
3.2 Akta pencegahan rasuah
 4.0 Etika dan Rasuah
4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah

4.1.1 Teori Etika Menurut Islam
4.1.2 Teori Hak Asasi
4.1.3 Teori Kebebasan Peribadi
 Kesimpulan
 Rujukan

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

3

1.0 PENDAHULUAN

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

4 1.1 PENGENALAN

 Isu rasuah adalah suatu topik yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Ini kerana implikasinya adalah sangat besar
kepada sesebuah negara jika dibiarkan berleluasa. Ramai pemimpin dan individu tersohor terjejas reputasinya akibat
terlibat dan didakwa atas isu rasuah. Negara Malaysia juga turut memberi perhatian utama menangani gejala rasuah ini
agar tidak menjadi barah. Berdasarkan laporan rasuah oleh Transparency International 2010, Malaysia masih lagi
berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah. Situasi ini sudah tentu sangat menakutkan dan jika amalan ini terus
meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.Mengapakah gejala rasuah
ini kian sukar dibendung? Adakah masyarakat hari ini semakin mengejar materialistik berbanding mengamalkan norma
keagamaan lantas melupakan etika kerja profesionalisme yang harus diamalkan. Dalam apa jua tindak tanduk, jika
prinsip etika kerja diabaikan, ia akan mendorong seseorang itu melakukan kesalahan di sisi undang undang negara
mahupun statusnya sebagai profesionalisma Rasuah adalah salah satu kesalahan yang menyalahi etika kerja
profesionalisma, agama dan sangat memalukan dan sudut moral seseorang. Selain itu, ia turut memberi implikasi dari
segi penguatkuasaan undang-undang dan kesan kosnya kepada pentadbiran pengurusan negara. Al-Quran juga ada
menyebut berkaitan kesalahan rasuah ini dalam ayat 188 surah Al-Baqarah ertinya berbunyi.Dan janganlah sebahagian
kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang ini dengan
(jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya "(Al-Baqarah 188)

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

1.2 Definisi Rasuah

5

Memberi sesuatu kepada orang-orang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya
merupakan takrifan rasuah. Takrifan ini sinonim juga dengan perkataan simpan atau makan suap. Snapan atau makan
suap ini boleh dalam pelbagai bentuk contohnya, pinjaman, hadiah, cagaran berharga, harta, wang derma atau apa
sahaja perolehan atau manfaat lain. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia pula, terdapat empat kesalahan
jenayah rasuah yang utama iaitu:

• Sebarang perbuatan meminta atau menerima rasuah.

• Sebarang perbuatan menawar atau memberi rasuah

• Sebarang perbuatan membuat tuntutan palsu

• Sebarang perbuatan menyalahguna jawatan atau kedudukan.

Transparency International merujuk makna rasuah sebagai perilaku di jabatan-jabatan atau penjawat-penjawat awam,
para politikus dan pengawai-pegawai secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-undang untuk memperkayakan
dirinya dan kaum kerabatnya (keluarga dan sahabat handai). Mereka ini menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan
awam yang diberikan kepada mereka. Kamus Dewan Edisi Ke-3 pula, merujuk rasuah atau corruption (korup atau
korupsi) dalam bahasa Latin sebagai kata kerja yang melibatkan perbuatan menyogok atau memberi suapan untuk
tujuan kepentingan individu atau bertujuan mendapatkan kekayaan atau kejayaan dengan mudah dan segera. Nama lain
bagi rasuah ialah tionbuk rusuk atau duit kopi.Perkataan rasuah sebenamya berasal dari perkataan Arab iaitu rishwah
atau rashwah yang membawa maksud sesuatu penyambung yang dapat menghantar tujuan dengan harta sogokan
Perkataan ini berasal daripada 'rasha' yang merujuk kepada tali timba vang dipergunakan untuk mengambil air di perigi

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

6 1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam

Orang mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak mementingkan nilai-nilai mumi dan etika kerja profesional
dalam kehidupannya. Mereka hanya mementingkan imbuhan atau pulangan yang bakal diperolehi berbanding
memikirkan kesan-kesan buruk yang akan terjadi. Selain itu, pengamal rasuah juga adalah orang yang
sukakan harta benda. Firman Allah Ta'ala : Tafsimya: "serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba",
(surah Al-Fajr:20).Pengamal rasuah juga dikaitkan dengan sikap pemimpin dan majikan yang tidak amanah
dan ini turut disebut dalam Al-Quran. Firman Allah Ta'ala:
Tafsirnya:
"Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata, wahai ayahku, ambilah dia menjadi orang upahan
(mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat
lagi amanah."(Surah Al-Qashash 26)Kaitan sikap amanah dengan rasuah juga turut disebut oleh Rasullullah
s.a.w, ertinya:"Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat. Al-A'rabiy bertanya :Bagaimana
mengabaikannya wahai Rasulullah? Maka baginda bersabda: Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada
bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat"(Hadis riwayat Al-Bukhari)Merujuk kepada surah dan hadis di atas,
jelaslah dalam Islam, amalan rasuah ini diharamkan dan balasannya dinyatakan secara jelas iaitu neraka
Peringatan Allah SWT ini bertujuan supaya umatnya menitikberatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah
SWT dalam apa jua urusan.

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

7 1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah

Isu berkaitan rasuah kerap dibincangkan dalam seminar, forum, media, ceramah dan sebagainya namun ia
masih berlarutan. Rasuah yang sering didedahkan dalam media massa ialah rasuah transaktif (transactive
corruption), yang membabitkan dunia korporat dengan pemerintah atau masyarakat dengan pemerintah.
Rasuah memeras (extortivecorruption) pula berlaku apabila pihak pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah
bagi mengelak sebarang kehilangan pendapatan atau imbuhan. Selain itu salah satu bentuk rasuah yang
popular juga ialah rasuah defensive (defensive corruption) yang dilakukan seseorang untuk mempertahankan
dirinya. Rasuah dalam apa kategori sekalipun, ia boleh memberikan kesan negatif kepada sosioekonomi
negara.Dari sudut sejarah pula, amalan rasuah menyebabkan kejatuhan banyak negara dan tokoh tokoh
pemimpin yang tersohor. Di peringkat antarabangsa, tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang
dihukum tembak pada 1990 dikaitkan dengan pengelibatannya dalam rasuah. Begitu juga dengan Shah Reza
Pahlavi, raja Iran yang terpaksa meninggalkan tahtanya ke luar negara di sebabkan revolusi rakyat Iran yang
mahukan pentadbirannya bersih rasuah Nasib yang serupa terjadi kepada bekas Presiden Filifina iaitu
Ferdinand Marcos Pemimpin itu digulingkan rakyatnya sendin kerana rasuah dan terpaksa hidup dalam
buangan sehingga akhir hayatnya

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

8

2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu analisis

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

9 2.1 Bagaimana rasuah memberi kesan kepada Pertumbuhan
Ekonomi

Hasil kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK
negara akan merosot sebanyak 1.61 %. Ini jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah memberi kesan terhadap
ekonomi negara. Dalam perkataan lain, dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar
pertumbuhan ekonomi 0.7%. Dengan ini, peningkatan 1 unit dalam indek persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar
pertumbuhan ekonomi menurun 0.545 mata peratus (Pak Hung Mo, 2001).Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula,
amalan rasuah adalah faktor utama kepada kelemahan dalam makroekonomi. Contohnya, pelabur tidak akan datang
melabur ke negara yang amalkan rasuah secara berleluasa. Kekurangan perlaburan menyebabkan pertumbuhan
ekonomi lembab. Ini juga turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Menurut David Ng (2006) rasuah berkait rapat
dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan tadbir korporat yang lemah. Menurut beliau lagi kos
yang ditanggung akibat rasuah adalah sangat signifikan dengan pelbagai budaya dalam ekonomi, Apa pengaruhnya
kepada ekonomi dalam negara? Firma luar akan berfikir dua kali untuk membuka syarikat di negara in kerana
peningkatan kos dan ini mengurangkan peluang pekerjaan Ramai rakyat yang menganggur menunjukkan sesebuah
negara itu miskin. Berdasarkan kajian International Transparency, negara yang bebas rasuah ialah negara yang maju
berkedudukan 10 ke atas Antaranya ialah Negara Finland, New Zealand Sweden Singapura. Swazarland dan Canada

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

10

3.0 Undang - undang rasuah Penghayatan Etika
Diniy Thaqif
 Rasuah merupakan suatu
jenayah atau kesalahan
mengikut Akta Pencegahan
Rasuah 1997. Rasuah adalah
jenayah kerana perbuatan ini
melanggar etika sesuatu bidang
pekerjaan. Jenayah rasuah
negara ini diletakkan di bawah
organisasi SPRM (Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia).

11 3.1 Fungsi SPRM

 SPRM dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi pada 1 Oktober
1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Hanya pada 1 Januari 2009 ia digubal semula menjadi SPRM.
Sebelum menjadi BPR. pada 1 Julai 1973, jabatan berkaitan rasuah ini diberi nama Biro Siasatan Negara
(BSN), yang diluluskan di parlimen melalui Akta Biro Siasatan Negara 1973. Pada 13 Mei 1982, nama
jabatan ini bertukar semula kepada BPR apabila Akta Pencegahan Rasuah 1982 di luluskan di parlimen
dan dikuatkuasakan. Walau apapun nama, fungsi utamanya tetap sama iaitu menangani kes-kes rasuah.
Fungsi dan bidang kuasanya sentiasa di tambah baik untuk memastikan jenayah rasuah ini dapat
dikurangkan. Ini menunjukkan perbuatan rasuah itu dipandang berat dan implikasinya adalah sangat besar
kepada kestabilan sesebuah negara, disebabkan inilah daripada sebuah unit kecil yang diletakkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditukarkan kepada BPR dan terkini SPRM

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

12 3.2 AKTA PENCEGAHAN RASUAH

 Berdasarkan Akta 575 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen 12
secara jelas menyebut tentang penerima dan pemberi suapan adalah
bersalah dari segi undang-undang. Merujuk kepada seksyen 12 lagi,
perbuatan rasuah yang tidak terlaksana tetap dikira bersalah. Ini
menunjukkan beratnya kesalahan rasuah itu di sisi undang-undang, tetap
dikenakan tindakan walaupun pesalah belum pun sempat melakukan
kesalahannya (memberi dan menerima rasuah).Maksud seksyen 15 pula,
menyatakan, seorang pegawai penjawat awam adalah melakukan
jenayah rasuah jika menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk
apa-apa maksud yang dia, keluarga atau kroninya mendapat keuntungan
atau imbuhan. Seksyen 20 pula, menjelaskan, bersubahat juga adalah
kesalahan jenayah. Semua kesalahan berkaitan rasuah ini boleh dihukum
sebagaimana kesalahannya mengikut undang-undang. Lihat Jadual 3.3.
yang menunjukkan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

13 Kesalahan

Seksyen

Seksyen 10 Kesalahan menyetujui menerima suapan

Seksyen 12 Menerima atau memberi suapan adalah bersalah
walaupun maksud tidak terlaksana atau perkara

tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau
perniagaan prinsipal.

Seksyen 13 Secara rasuah mendapatkan penarikan balik tender

Seksyen 15 Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan

Seksyen 18 Berurusan tentang menggunakan pemegang,
menerima atau menyembunyikan suapan atau
faedah berhubung dengan apa apa kesalahan

Seksyen 20 Percubaan, persediaan , persubahatan dan komplot
jenayah, boleh dihukum sebagaimana kesalahan

Jadual 3.3: petikan akta pencegahan rasuah 1997

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

14

4.0 ETIKA DAN RASUAH

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

15 4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan
Rasuah

 Apabila berbicara soal rasuah, ia tidak dapat lari dari membuat perkaitan dengan etika. Ini kerana orang
yang mengamalkan rasuah adalah orang yang tidak beretika. Tidak beretika bermakna tidak bermoral dan
berakhlak. Penjawat awam misalnya, jika mengamalkan rasuah, dia dianggap orang yang tidak bermoral,
buruk tingkah laku, dan tidak ada integriti ketika menjalankan tugas dan amanah yang dipikulnya.Apakah
yang dimaksudkan dengan etika itu? Perkataan ini berasal daripada perkataan Inggeris (ethic) yang
diambil daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan
tingkah laku sesuatu golongan. (Garner.1986). Menurut Bauman (1987), pula, perkataan etika bermaksud
prinsip-prinsip moral yang membezakan betul atau salah. Manakala Iwabuchi(1990) mendefinisikan etika
sebagai sains sosial dan prinsip-prinsip moral dimana etika berperana menentukan tindakan seseorang itu
baik ataupun buruk. Uthman (1986) menyatakan etika itu suatu disiplin ilmu yang mencakupi soal moral
dan tindakan serta perbuatan manusia yang betul..Perkataan moral pula berasal daripada perkataan
Inggeris iaitu moras yang bermaksud adat dan kebiasaan, Moral merupakan kod tingkah laku yang terdiri
daripada nilai adat dan aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku baik atau
jahat. Etika dan moral berbeza sebutan tetapi membawa maksud yang sama. Dalam soal amalan rasuah
yang berleluasa, adalah wajar ia dikaitkan dengan nilai-nilai etika dan moral. Shaw (1991). menyatakan
etika bersifat teori manakala moral bersifat amalan.

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

16

 Jelaslah, orang yang mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak bermoral. Orang yang tidak berakhlak
dikaitkan juga dengan orang yang tidak bermoral.Apa pula makna akhlak dan perkaitannya dengan etika
dan profesional? Akhlak merujuk kepada pekerti watak, pengetahuan berkaitan kelakuan manusia sama
ada baik atau buruk (Kamus Dewan, 1984). Profesional merujuk orang yang menganggap profesion
individu itu + sebagai suatu pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya. Etika profesional pula nilai-nilai
murni yang harus diamalkan oleh profesional mengikut profesion masing-masing. Etika profesional ini
adalah perlu untuk mengamalkan tindakan yang betul dan menjauhi tindakan tindakan yang salah. Tujuan
etika ini untuk mengekalkan integriti moral seseorang profesional itu.Seseorang yang mengamalkan etika
profesional seharusnya mengamalkan perkara berikut:Memberikan perkhidmatan tanpa pilih kasih.•
Menghindari konflik antara kepentingan diri dan masyarakat.• Menjauhi penyalahgunaan kuasa akibat
pangkat, kedudukan dan maklumat untuk kepentingan diri. Terdapat pelbagai teori yang dapat dikaitkan
dengan nilai etika kerja. Sebagai sebuah negara Islam, kita mendahulukan teori yang berlandaskan al-
quran sebelum teori-teori lain yang didatangkan oleh ahli falsafah barat

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

17 4.1.1 Teori Etika Menurut Al-Quran

 Berdasarkan buku Studies in muslims ethics (Dwight M. Donaldson), konsep umum etika ini ada
digariskan oleh Allah Surah Az Zariat ayat 56. maksudnya menyatakan tentang tanggungjawab dan
rasa kehambaan kita terhadap Allah. Segala perbuatan yang menyalahi akan mengingatkan kita
kepada Allah. Konsep wasatiyyah dan kesederhanaan menunjukkan kita perlu berserderhana dan
istiqamah dalam apa jua urusan termasuk dalam bidang pekerjaan kita. Sikap ini mestilah
istiqamah iaitu berterusan dalam beretika dan menjalankan kerja dengan jujur dan baik. Dalam al-
quran, ada konsep forgiveness' dimana segala kesalahan ada pengampunannya. Dalam
berorganisasi, kita perlu mengikuti peraturan syarikat untuk mendapatkan kemaafan. Pengurus
yang terlibat dalam permasalahan sikap dan etika pekerjanya perlu bertolak ansur namun bukan
semua kesalahan perlu dimaafkan. Contohnya, dalam syarikat kesalahan pecah amanah atau
membocor rahsia perlu dilaporkan untuk mengekang budaya rasuah.Konsep pembalasan pula
mesti diyakini oleh orang Islam bahawa, segala perbuatan yang dilarang akan mendapat dosa dan
dosa akan diberi pembalasan selepas hari kebangkitan. Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai
akibat dan natijah segala perbuatan kita menjadikan kita akan sentiasa berjaga-jaga termasuk
dalam urusan profesion kita. Konsep "rewards' pula, pembalasan baik dan buruk manusia
walaupun sekecil atom tetap mendapat pembalasannya. Oleh itu setiap pengurus sumber manusia
(majikan) perlu ada nilai penghargaan terhadap jasa dan kebaikan individu supaya hubungan
menjadi harmonis. Ini secara tidak langsung dapat mengekang pekerja bawahan menerima
rasuah. Majikan yang baik dan mengamalkan nilai nilai mengikut konsep Al-quran tidak akan
tergamak untuk pecah amanah dan memberi hasil tidak halal kepada keluarganya.

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

18 4.1.2 Teori Hak Asasi

 Teori ini diasaskan oleh John Locke (1704). Menurut teori ini," sesuatu tanggungjawab perlu dilaksanakan
kerana setiap orang punya hak tertentu". Teori Hak Asasi adalah teori umum bagi setiap insan.
Berdasarkan teori ini setiap insan perlukan kebebasan dan kedamaian untuk dirinya sendiri. Dalam bidang
pekerjaan, seseorang itu perlu pertimbangkan hak orang lain dalam melaksanakan tugasannya. Konflik
boleh terjadi apabila seseorang itu bertembung dengan kepentingan hak orang lain sedangkan dia tetap
dengan matlamat utilitariannya iaitu kebaikan secara umumnya kepada masyarakat. Dalam Islam, hak
asasi kita tidak akan diiktiraf sehingga kita boleh memberi gangguan kepada hak orang lain. Hak kita
adalah terbatas tanpa memudaratkan orang lain. Apa perkaitannya dengan amalan rasuah? Jika
mengamalkan teori ini, tanpa mengamalkan teori kesederhanaan yang ditekankan dalam Islam, seseorang
ahli perniagaan misalnya, akan melebarkan perniagaannya tanpa memikirkan adakah ia boleh memberi
tekanan kepada orang lain.Teori-teori etika yang dikemukakan perlu amalkan tetapi dalam masa yang
sama seseorang itu perlu berfikir secara berhemah sama ada ia wajar atau tidak. Keberkesanan prinsip
etika bergantung kepada disiplin dan kekuatan individu itu dalam mengekang perbuatan yang tidak
bermoral termasuklah rasuah. Bagi penganut agama Islam, teori yang terbaik sudah tentulah teori yang
berlandaskan Al-Quran.

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

19 4.1.3 Teori Kebebasan Peribadi

 Teori ini (Personal Liberty Theory) menekankan suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan. Berdasarkan teori
ini, segala peraturan yang dibuat itu walaupun memberi manafaat kepada masyarakat, ia harus ditolak jika
bercanggah dengan kebebasan yang menjadi tunjangnya. Berpegang kepada teori ini, seseorang itu
berhak membuat pilihan untuk hala tuju mereka. Setiap orang mempunyai peluang yang sama rata untuk
membuat pilihan. Teori ini tidak boleh dijadikan pegangan sepenuhnya. Contohnya, perbuatan rasuah
misalnya walaupun memberi manafaat kepada keluarganya, tetapi kesan secara lebih luas, ia telah
menyebabkan orang lain menanggung akibat. Antara kesannya, ialah kenaikan harga barang kerana kos
tersembunyi (rasuah).

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

20 Kesimpulan

 Amalan rasuah ialah amalan yang tidak bermoral dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan banyak
masalah sosial kerana undang-undang tidak dipatuhi sepenuhnya. Amalan ini turut mewujudkan
pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku. maka pemerintah kehilangan hasil ataupun
terkeluar daripada tindakan yang sepatutnya. Keadaan negara yang amalan rasuahnya berleluasa, akan
merosot kedudukan ekonominya. Begitu juga dengan persepsi negara luar terhadap negara ini. Berikutan
seriusnya, usaha menangani gejala ini, rakyat berharap tidak sesiapa kalangan pengamal terlepas
daripada tindakan undang-undang.Sebagai penjawat awam, mahupun sesiapa sahaja perlulah
mengamalkan disiplin dan peraturan dalam profesionnya. Etika kerja profesional merupakan garis
panduan kepada pekerja profesional menjalankan tugasnya secara amanah, betul, dan mengikut
peraturan peraturan yang ditetapkan. Namun jika berpandukan kepada teori-teori etika yang dikemukakan
perlu ada pengubahsuaian pegangan mengikut situasi di negara ini. Walaubagaimanapun, sebagai orang
Islam, kembali kepada ajaran agama Allah adalah sebaik-baiknya. Agama Islam sangat melarang keras
perbuatan merasuah kerana natijahnya sangatlah besar terhadap negara, organisasi.individu mahupun
keluarga mereka. Pihak kerajaan perlu memberi penekanan terhadap penguatkuasa jenayah ini. Pastikan
tiada sesiapa yang dapat terlepas daripada hukuman kerana merasuah.

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif

21 Rujukan

 https://www.slideshare.net/saudahi1/etika-dan-rasuah

Penghayatan Etika
Diniy Thaqif


Click to View FlipBook Version