Kaifiyat Khatam Al-Quran
• Majlis Khatam Al-Quran boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan
mengikut kemampuan dan kesesuaian masa dan tempat. Untuk melakukan majlis
khatam al-Quran secara individu adalah lebih baik mengajak kaum keluarga atau
rakan-rakan taulan berdasarkan riwayat Qatadah ia berkata adalah Anas bin Malik,
apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau
berdoa dalam majlis itu.
• Manakala khatam al-Quran secara berkumpulan adalah berdasarkan hadis yang
diriwayatkan dari Abu Daud dengan sanad yang sahih. Sabda Rasulullah SAW,
daripada Mujahid ia berkata “ Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana
mengharapkan rahmat Allah SWT yang turun ketika itu”.
• Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran adalah seperti berikut -:
• Majlis diketuai oleh seorang khalifah. Kemudian, membaca istighfar 3 kali diikuti
dengan :
الفاتحة,الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم
• Adalah seeloknya ianya dibuka dengan bacaan al-Fatihah (.)الفاتحة
• Kemudian barulah majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha ( سورة
)الضحىsehingga sampai surah an-Nas (.)سورة الناس
• Apabila sampai pada ayat terakhir surah yang dibaca dan hendak beralih ke surah
yang seterusnya hendaklah dibaca takbir secara beramai-ramai
( ) لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمدSunat bagi pembaca al-Quran menyebut lafaz Takbir.
الَْعلِي ُم ُُ الََّّ ِمي لِ ََلِ َماِِِه ُمبَ ِدَل دًلاAْ َعpوaَbiاlًقaْدsِصelesَكai ِبhَرenُتdaمkَlِلaَكh membaca :
• َََُُو ۚ َلا ۚ َوََتّ ْت
• 115: (سَرة الأنعام
• Untuk majlis khatam secara berkumpulan, bacaan surah dilakukan secara bergilir-
gilir oleh pengkatam-pengkhatam dengan membaca Surah Ad-Dhuha sehinggalah
ke surah an-Nas.
• Selesai membaca surah an-Nas, pengkhatam menyambung membaca surah al-
Fatihah disusuli 5 ayat awal surah al-Baqarah dan ayat ke-115, surah al-An’am.
• Majlis diakhiri dengan membaca doa khatam al-Quran. Mengenai doa khatam al-
Quran, sebenarnya tiada nas atau doa khas dan khusus untuk khatam al-Quran.
Apa-apa sahaja doa yang baik adalah diharuskan. Namun demikian, lazimnya doa
ini dibaca ketika majlis khatam al-Quran.
Susunan dan olahan semula: Musolla An-Naim
SK Pinji,Ipoh