Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Cetakan Pertama (Mac 2017)
Cetakan Kedua (Ogos 2017)
Cetakan Ketiga (April 2018)
Cetakan Keempat (Januari 2020)
©Walid Al-Malik, Angah Sunan
Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula ke dalam sebarang bentuk atau dengan cara apa pun
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis dari SUNAN PRESS PLT.
………………………………………………………………………………………………………….......
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatologan-dalam-penerbitan
Walid Al Malik, 1966-
Al Mukaddimah: Pengenalan Tauhid Syariat & Hakikat / Walid Al Malik,
Angah Sunan.
ISBN 978-967-14880-0-3
1.Islam—Doctrines. 2. Pillars of Islam. I.Angah Sunan, 1988-. II. Judul
297.211
.…………………………………………………………………………………………………….…….....
| Diterbitkan oleh |
SUNAN PRESS PLT
(LLP0010615-LGN)
No. 3A, Jalan SPU 2, Bandar Saujana Putra,
42610 Jenjarom, Selangor Darul Ehsan.
[email protected]
www.sunanpress2u.com
Tel : +6017-926 0714
| Reka Bentuk Kulit Buku, Susun Atur & Urus Cetak oleh |
KUYA KREATIF SOLUTIONS
Tel : +6017-847 7387
❖ Awal Kalam 1
❖ Mukaddimah 3
❖ Pengenalan Ilmu Tauhid 4
6
• Ahlul Sunnah Wal Jamaah 7
❖ Kunci Rukun Iman 8
10
• Fasa Dakwah Rasulullah ﷺ 12
❖ Fitrah BerTuhan 15
❖ Sifat-Sifat Rasul 17
18
• Mencintai Rasulullah ﷺ 23
❖ Asas-Asas Ilmu Tauhid 30
35
• Perdebatan Imam Abu Hanifah – Dahri 36
❖ Sifat-Sifat Allah 38
❖ Asma’-Asma’ Allah 39
❖ Asbab Musabab 41
45
• Empat Golongan Asbab Musabab 47
❖ Jalan Keselamatan Aqidah 48
❖ Rukun Agama 51
53
• Ilmu Akhir Zaman 55
❖ Zikir Menuju Tauhid
❖ Wujud Makhluk Dalam Qabdah Ar Rahman
• Merasai Kasih Sayang Allah T
❖ Agama Itu Akhlak
❖ Akhir Kalam
❖ Rujukan
Syukur ke hadrat Allah T yang telah melimpahkan taufik dan hidayahnya
sehingga kitab Al Mukaddimah, Pengenalan Tauhid Syariat & Hakikat ini
dapat diselesaikan. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Rasulullah ﷺ,
kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat dan sekalian mereka yang
mengikuti perjalanan Baginda ﷺ.
Syukur juga kepada Allah T yang telah menganugerahkan nikmat
berada dalam tarbiyah seorang mursyid yang juga merupakan Ayahanda saya.
Kitab ini telah ditulis dengan bimbingan Ayahanda saya, maka adalah tidak
beradab bagi saya yang sangat mencintai Ayahanda saya jika tidak
meletakkan Ayahanda saya sebagai penulis bersama. Segala doa dan kebaikan
saya panjatkan kepada Allah buat Ayahanda saya yang dikasihi, bonda-bonda
serta ahli keluarga. Demikian juga kepada sekalian guru-guru saya yang telah
mencurah ilmu dan mendidik saya.
Asal tujuannya, kitab ini dikarang sebagai pemula sebelum
mempelajari kitab tauhid karangan Ayahanda saya, Allah Syariat & Hakikat,
Suatu Penghuraian supaya mereka yang belajar mendapat pendedahan awal
asas sifat 20, akhlak, adab, fakir dan cinta yang menjadi asas kepada kitab ini
walau ringkas.
Setelah disiapkan, beberapa sahabat saya dari kalangan asatizah yang
telah melihat naskah ini berpendapat bahawa Kitab Al Mukaddimah ini bukan
sahaja sesuai sebagai permulaan Kitab Allah, Syariat & Hakikat, namun ia
sayugianya menjadi asas dalam pelajaran tauhid Ahlul Sunnah Wal Jamaah
kerana kupasannya santai selain bahasa yang sangat mudah serta tidak
memisahkan perbicaraan zikir dan rohaniah. Kitab ini juga memberi pedoman
bagaimana aplikasi tauhid dalam kehidupan seharian.
Segala yang baik itu datang dari Allah T. Pada-Nya segala pujian.
Tiada saya berniat memanjangkan kalam ini melainkan saya mengakhirinya
dengan ucapan syukur dan moga-moga ilmu tauhid Ahlul Sunnah Wal Jamaah
yang tiada berpisah antara syariat dan hakikat kembali berdaulat di muka
bumi ini. Pendidikan tauhid yang benar adalah penawar utama untuk
membangunkan kembali kekuatan umat Islam di akhir zaman. Insya Allah.
Sekian,
“ Syariat & Hakikat Berpisah Tiada “
(Kitab ini diselesaikan pada hari Selasa, 10 Jamadil Awal 1438 Hijrah
bersamaan 7 Feb 2017 – Jenjarom, Selangor D.E)
Muhammad Hanif Bin Haji Ibrahim @ Angah Sunan
[email protected]
AL-MUKADDIMAH | 1
Kami mulakan kitab ini dengan lafaz penyaksian akan Allah T dan RasulNya
yang mana lafaz penyaksian ini (asyhadu– aku menyaksikan) tidak boleh
diganti dengan kalimah lain walau seerti1.
أَشَ َهدَََأنََلََاَلَهَََا َلاَالَلَ َوََأشَهَ َدَأَ انََ َم اَمدَاََرسَو َلَالَل
“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang sebenar-benar berhak disembah
melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad
itu pesuruh Allah”
Hakikat Syahadah yang sebenar adalah bila mana hamba itu menyaksikan
dengan mata hatinya (ihsan) akan ketunggalan Allah T yang bersanding Nafi
dan Isbat.
“Allah menyatakan bahawasanya sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan
Dia (Allah)”. (al-Imran : 18)
1 Tidak sah mengganti lafaz Asyahadu dengan lafaz lain walau lafaz lain mempunyai makna yang
hampir sama. Oleh kerana itu, orang kafir wajib menggunakan lafaz Asyhadu untuk
mengesahkan Keislaman (masuk Islam) walaupun mereka bukan orang arab sekalipun. Kita
ambil contoh lafaz a’lamu ()أعلم. Lafaz atau kalimah itu tidak memadai dalam lafaz penyaksian
Iman kerana sesungguhnya penyaksian (syahadah) yang berasal dari kata kerja syahida ()شهد
lebih khusus jika dibandingkan dengan ‘ilmu (pengetahuan). Ini kerana Syahadah merupakan
perbuatan yang terbit dari ilmu yang di perolehi melalui penyaksian mata hati. (bacaan lanjut di
kitab Syarh Sullam al Munajat karya Syaikh Nawawi al Bantani).
AL-MUKADDIMAH | 2
La Ilaha Illallah, kalimah Nafi dan Isbat yang membawa pengertian al uluhiyah
(ketuhanan) iaitu:
1. Tuhan yang Maha Kaya (tidak berhajat) dari segala sesuatu
اسََتغَنَاَؤَهَعَ َنََكَ َلَشيَء
2. (bahkan) segala sesuatu amat berhajat kepada-Nya
افََتَقاَرَََك َلَشيَءََالََيَه
Hamba juga menyaksikan Sayyiduna Muhammad Rasulullah ﷺadalah wasilah
al kubra (penghubung yang agung) dan uswatun hasanah (sebaik suri tauladan)
dalam menyampaikan sekalian makhluk kepada Allah T.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan orang yang banyak menyebut (zikir) akan Allah”. (Al-Ahzab :
21)
Allah T telah menjadikan Nabi Muhammad ﷺsebagai penghulu kepada
semua makhluk sehingga tidak sempurna keimanan seseorang dalam kalimah
syahadah (penyaksian) sehinggalah menyertakan dengan penyaksian kepada
Nabi Muhammad ﷺsebagai utusan Allah T.
Wahai saudaraku, ambil lah ilmu ini dengan penuh Adab, Cinta dan Fakir,
Insya Allah, nescaya akan membuahkan makrifat dan kehambaan.
AL-MUKADDIMAH | 3
Berkata Syeikh Ibrahim al-Bajuri rahimahullah :
ُك ُّل ِعْلٍم َعْبد لِِعْلِم ال َكَلِم ًأُيّ َها المُبْتَ ِد ُئ لَتَطْلُ ْب ِعْلما
تَطْلُ ُب الِفْقهَ َك ْي تُ َص ِح َح ُح ْكماً َُُثّ أ ْغَفْل َت مْن ِزَل الأ ْح َكاِم
“Wahai mereka yang baru belajar, hendaklah engkau menuntut ilmu.
Sesungguhnya ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada Ilmu Tauhid. Engkau
belajar Ilmu fiqh untuk mengesahkan satu hukum, namun malangnya engkau
lalai daripada mengenal Tuhan yang menurunkan hukum.” 2
Wahai saudaraku yang mencintai jalan akhirat, memahami akidah adalah
perkara yang amat penting kerana ia menentukan amal diterima atau ditolak.
Aqidah dari sudut bahasa arab dari perkataan ‘aqada’ yang bererti ikatan atau
simpulan yang kukuh. Ianya disebut sebagai ‘I’taqada dengan erti mengikat diri
kepada sesuatu secara kusut. Aqidah juga adalah Mu’taqad yang membawa
maksud perkara-perkara yang muktamad.
Orang hidup yang tidak mempunyai pegangan akidah atau tauhid seperti
sebuah kapal yang tidak berkemudi, terapung-apung dan terumbang ambing
di tengah lautan mengikuti pukulan ombak dan badai, sebentar ke kanan
sebentar ke kiri, tidak tentu arahnya. Akhirnya akan terbentuk pada batu-batu
karang, lalu hancur dan terbenam ke dasar laut.
Tauhid adalah akar keimanan. Dengan baiknya Iman, maka akan baik lah
semua amal, dan dengan rosaknya iman, rosak pula semua amal.
2 Kitab Hasyiah al-Bajuri ‘ala Kifayah al ‘awam
AL-MUKADDIMAH | 4
PENGENALAN ILMU TAUHID
Sebelum kita masuk kepada pelajaran ilmu tauhid, adalah lebih baik diketahui
terlebih dahulu pengertian tauhid, kegunaan dan tujuannya.
| Ilmu Tauhid |
Ilmu tauhid adalah ilmu yang membahas masalah ketuhanan untuk
menetapkan semua kesimpulan kepercayaan agama dengan dalil yang mantap
dan meyakinkan. Pengertian tauhid ialah mengesakan Allah T secara mutlak
baik pada Dzat, Sifat dan Perbuatan Allah T.
| Nama-Nama Ilmu Tauhid |
Nama-nama lain ilmu tauhid adalah ilmu kalam, usuluddin, ilmu makrifat, ilmu
akidah dan fiqh al akbar
| Martabat Dan Kelebihan Ilmu Tauhid |
Ilmu tauhid adalah ilmu yang paling mulia kerana ia berhubung dengan Dzat
Allah T dan Rasul-Nya serta dapat menyelamatkan diri seseorang dari
kemurkaan dan kesyirikan kepada Allah T.
| Faedah Ilmu Tauhid |
Faedah ilmu tauhid adalah melepaskan diri seseorang dari syirik dan kufur
yang sangat dimurkai Allah T serta mencapai makrifatullah dengan dalil-dalil
yang kukuh sehingga membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan dunia dan
akhirat. Insya Allah, Ianya juga dapat menjadi benteng yang kukuh dalam
menghadapi syubhat-syubhat (kesamaran) dalam bab kepercayaan dan
pemikiran.
| Sumber Ambilan Ilmu Tauhid |
Sumber ambilan ilmu tauhid adalah dari al-quran dan hadis serta dikuatkan
dengan dalil-dalil akal yang waras.
AL-MUKADDIMAH | 5
| Penyusun Ilmu Tauhid |
Yang menyampaikan ilmu ini ialah Allah Azza Wa Jalla sendiri lalu
diamanahkan kepada utusan-Nya untuk dikembangkan kepada seluruh
manusia di dunia ini. Para Rasul bermula Nabi Adam a.s sehingga kepada Nabi
Muhammad ﷺmembawa risalah tauhid yang sama yakni kepada kehambaan
dan penyerahan kepada Allah T. Ulama’ yang terawal menyusun ilmu tauhid
berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah secara lengkap dan diikuti terus
sepanjang zaman adalah:
Pertama : Imam Abu Hasan Al-Asyaari
Beliau ialah Imam Abu Hasan Al-Asyaari bin Ismail bin Ishaq, nasabnya
bersambung kepada sahabat Baginda ﷺbernama Abu Musa Al-Asyaari. Beliau
adalah pengasas mazhab Asyairah dalam bab aqidah. Lahir pada tahun 260
Hijrah dan wafat di Baghdad pada tahun 324 Hijrah.
Kedua : Imam Abu Mansur Al-Maturidi
Beliau ialah Imam Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-
Maturidi al-Hanafi yang wafat pada tahun 333 Hijrah. Beliau adalah pengasas
Mazhab al-Maturidiyyah dalam bab aqidah.
| Topik Perbahasan |
Ilmu ini membicarakan beberapa perbahasan iaitu :
1. Perbahasan tentang Allah (Ilahiyyat), apa perkara yang wajib, mustahil
dan harus bagi Allah T.
2. Perbahasan tentang para rasul (Nubuwwat) , apa perkara yang wajib,
mustahil dan harus bagi para rasul.
3. Perbahasan tentang perkara yang dipedomankan (Sam’iyyat)3 yakni
perbahasan berkenaan dengan apa yang dipedomankan dan
ditetapkan oleh wahyu semata-mata, yang mana akal tidak mampu
untuk menetapkannya tanpa didasari oleh wahyu seperti hari
kebangkitan, syurga, neraka dan sebagainya.
3 Perkara-perkara yang hanya diketahui melalui sumber wahyu
AL-MUKADDIMAH | 6
| Hukum Belajar |
Hukum mempelajari ilmu tauhid ialah fardhu ain (wajib) bagi setiap orang yang
mukallaf baik lelaki dan perempuan dengan sekurang-kurangnya mengenal
apa yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah T dan para rasul.
Ahlul Sunnah Wal Jamaah
Kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah kaum yang menganut iktiqad yang
dianuti oleh Nabi Muhammad ﷺdan para sahabat. Iktiqad Nabi dan para
sahabat telah termaktub dalam al-Quran dan dalam sunnah Rasul secara tidak
berkumpul atau belum tersusun secara rapi dan teratur, tetapi kemudian
dikumpulkan secara tersusun oleh Imam Abu Hasan Al-Asyaari dan Imam Abu
Mansur Al Maturudi.
Tersebut di dalam kitab ‘Ihtihaf Sadatil Muttaqin’ karangan Imam Muhammad
bin Muhammad al-Husni Az Zabidi, iaitu syarah kitab Ihya Ulumuddin
karangan Imam Ghazali,
ََاَذا َا َطلَقَ اَهَ َل ال َسنَاَة َوا َلمَاعََة َفالمَرادَ َبَه ا َلشَاعََرةَ َوالماَتَرَديَة
Ertinya: Apabila disebut kaum Ahlul Sunnah wal Jamaah, maka yang
dimaksudkan ialah orang-orang yang mengikuti rumusan (faham) Al-Asyairah
dan Al Maturudiah”
Imam Abu Hassan Asya’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi mengajak
ummah kembali kepada aqidah Salaf dengan sistem pembelajaran ilmu tauhid
yang teratur untuk memudahkan kefahaman. Apa yang tiada di zaman
sahabat hanya kaedah perbahasan, sedangkan dasar akidah dan pegangannya
adalah sama sahaja.
AL-MUKADDIMAH | 7
KUNCI RUKUN IMAN
Bermula agama dengan wajib mengimani rukun Iman yang enam, iaitu :
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Rasul
3. Beriman kepada Malaikat
4. Beriman kepada Kitab
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar
Syaikh Ahmad Al-Fathani menyatakan bahawa kunci utama keimanan pada
rukun Iman adalah keimanan kepada Rasul4. Ini sejajar dengan takrif iman
pada istilah iaitu, membenarkan sekelian perkara yang dibawa oleh Nabi
Muhammad ﷺ. Ini kerana Rasul adalah penghubung antara kita dengan Allah
T dan segala alam ghaib. Rasulullah ﷺadalah sumber cahaya kerahmatan bagi
sekelian alam. Tanpa Rasulullah ﷺ, ruh dan alam ini dalam kegelapan dari
cahaya Allah T. Baginda ﷺadalah penghubung antara alam ketuhanan dan
alam manusia. Baginda ﷺadalah pintu bagi para perindu Ilahi. Memasuki pintu
lain daripada Baginda ﷺadalah sesat. Cahaya kerahmatan Baginda ﷺtetap
kekal merahmati alam walaupun jasad Baginda ﷺtiada lagi di bumi ini.
4 Lihat takrif iman pada syara’ dalam kitab Faridatul Faraid
AL-MUKADDIMAH | 8
Fasa Dakwah Rasulullah SAW
Firman Allah T :
“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang
Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (tanda-tanda
kebesaran Allah), dan membersihkan (jiwa) mereka, serta mengajarkan
mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (kebijaksanaan) dan
sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah
dalam kesesatan yang nyata”. (Al-Jumuah : 2)
AL-MUKADDIMAH | 9
AL-MUKADDIMAH | 10
FITRAH BERTUHAN
Firman Allah :
َ ََ َ َ َ
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri
kepadaKu (mengenalKu)." (Adz-Dzariyat : 56)
Setiap insan yang wujud di dunia ini memiliki fitrah berhajat kepada Tuhan
walau apa bangsa sekalipun. Ia bermula di alam ruh sebelum ruh di masukkan
ke dalam jasad lagi. Sekelian ruh sudah makrifat dan menyaksi akan Allah T
mengikut kadar yang diizinkan. Firman Allah T :
“(Maka Allah bertanya kepada ruh) Bukankah Aku Tuhan kamu? (Jawab ruh)
Ya! Bahkan kami menyaksikan (Engkaulah Tuhan kami)…”. (Al-‘Araaf : 172)
Maka sampai saat Allah T mahu diri kita melihat dan memujiNya di alam
zahir, maka diri kita dimasukkan dalam sarung badan manusia dari pelbagai
jenis keturunan yang berlainan warna kulit, bentuk badan dan sebagainya. Diri
kita di alam ruh telah mengenal dan memuji Allah T. Apabila ia dimasukkan
dalam sarung jasad manusia, maka segala alat anggota badan berfungsi
dengan kadar yang ditentukan sesuai di alam zahir pula. Tiada tujuan lain kita
dimasukkan dalam badan yang lengkap dengan alat-alat tersebut melainkan
agar tetap bertauhid dan bertasbih padaNya”
“Namun apabila diri kita berada jasad, segala makrifat kita telah
terdinding oleh dua daging iaitu daging pada kepala (otak) dan daging
pada sebelah kiri (jantung). Pada otak dinamakan akal dan pada jantung
dinamakan nafsu. Akal membawa kita kepada ketuhanan logik
(Muktazilah) dan nafsu mengajak kita kepada ketuhanan diri (Qadariah).”
AL-MUKADDIMAH | 11
AKAL
JASAD (Memiliki kekuatan fakta,
perancangan, gambaran
(Makan, minum,
harta, rumah dsb) dan analisis)
NAFSU/EMOSI
FITRAH (Bisikan kebaikan
KETUHANAN dan kejahatan)
(Rahsia-rahsia
Ilahiyah)
Segala maklumat alam ruh, rahsia ketuhanan tersimpan kukuh dalam sirr5
sanubari setiap insan. Ia tiada hilang dan perlu dibuka kembali agar tiada
tertipu dengan keindahan dunia dan mengingatkan kembali asal dirinya.
Al-Quran dan Hadis adalah cahaya yang memberi petunjuk bagi segala rahsia
dalam rahsia. Ia memberi jawapan kepada persoalan dari mana asal manusia,
apa tujuannya di alam ini dan ke mana mereka akan pergi selepas ini. Ia
membuka rahsia alam di sebalik alam yang tiada dapat dicapai dengan akal
manusia yang amat terbatas.
Bermula alam tiada, diciptaNya qalam, alam ruh, alam malaikat, alam jin dan
syaitan, alam zahir, alam barzakh dan alam akhirat. Sesiapa yang berpegang
dengan petunjuk keduanya (Al-Quran dan Hadis) dan memahami tafsiran
keduanya mengikut jalan para ulama yang Haq, nescaya mereka akan
mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
5 Rahsia
AL-MUKADDIMAH | 12
SIFAT-SIFAT RASUL
Sesungguhnya para Rasul mempunyai sifat kemuliaan lain yang tidak
terhingga banyaknya dan wajib setiap mukallaf mengetahuinya secara ijmali
(umum) seperti perkataan, “para Rasul mempunyai banyak sifat kemuliaan”.
Adapun yang wajib diketahui secara tafsili (terperinci) ialah empat sifat yang
akan dihuraikan. Sebahagian sifat-sifat yang wajib pada hak para Rasul
Alaihimu Sollatu Wa Sallam yang wajib diketahui ialah :
1. Wajib bagi para Rasul Alaihim Sollatu Wa Sallam bersifat benar (as-
sidq). Lawannya ialah dusta (al-kizb). Dalilnya ialah seandainya mereka
berdusta, maka pasti perkhabaran Allah T juga dusta. Hal demikian
adalah mustahil. Firman Allah T :
“Dan ceritakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini
perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah dia seorang yang amat
benar,dan seorang Nabi”. (Maryam : 41)
2. Wajib bagi para Rasul Alaihimu Sollatu Wa Sallam bersifat amanah )al-
amanah). Lawannya ialah sifat khianat (al-khianat). Dalilnya ialah
sekiranya mereka mengkhianati perintah Allah T dengan melakukan
perbuatan haram atau makruh, nescaya perbuatan haram atau
makruh tersebut menjadi satu ketaatan disisi mereka kerana Allah T
memerintahkan manusia menjadikan segala perbuatan dan perkataan
mereka sebagai ikutan. Allah T sesekali tidak akan memerintahkan
hambaNya melakukan perbuatan haram atau makruh. Firman Allah :
AL-MUKADDIMAH | 13
“Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh
Allah) kepada kamu”. (As Syu’ara: 107)
Sesungguhnya para Nabi Alaihimu Sollatu Wa Sallam terpelihara dari
hal demikian (maksum) dari khianat dengan melakukan perbuatan
haram atau makruh.
3. Wajib bagi para Rasul Alaihimu Sollatu Wa Sallam bersifat
menyampaikan (at-tabligh) perkara yang mereka diperintahkan untuk
disampaikan kepada makhluk. Lawannya ialah sifat menyembunyikan
(al-kitmaan). Dalilnya ialah sekiranya mereka menyembunyikan
perkara yang diperintahkan untuk disampaikan sudah tentu kita turut
disuruh menyembunyikan ilmu walhal haram kita diperintahkan
demikian kerana penyembunyi ilmu di laknat. Firman Allah T :
“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu”. (Al-Maidah : 67)
Sekiranya mereka menyembunyikan perkara yang diperintahkan
untuk disampaikan sudah tentu kita turut disuruh menyembunyikan
ilmu kerana sesungguhnya Allah T memerintahkan kepada kita untuk
mengikuti jejak langkah mereka. Firman Allah T :
“dan ikutilah dia (Nabi), supaya kamu beroleh petunjuk”. (Al-A’raf:
158)
AL-MUKADDIMAH | 14
4. Wajib bagi hak para Rasul Alaihimu Sollatu Wa Sallam bersifat bijaksana
(al-fathonah). Lawannya ialah sifat bodoh (al-balaadah). Dalilnya ialah
sekiranya dinafikan sifat bijaksana, sudah tentu mereka tidak mampu
mendirikan hujah terhadap musuh. Ia mustahil kerana Al Quran telah
menunjukkan banyak tempat bahawa mereka mampu mendirikan
hujah terhadap musuh. Firman Allah T :
”Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran
yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara paling baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui orang
yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat petunjuk”. (An Nahl : 125)
Manakala sifat HARUS bagi para Rasul Alaihimu Sollatu Wa Sallam adalah
bersifat dengan sifat kemanusiaan6 (al-a’radhu al-basyariah) yang tidak
membawa kekurangan pada ketinggian martabat mereka seperti kekurangan
akal dan lain-lain. Dalilnya adalah penyaksian sifat-sifat demikian pada diri
mereka. Selawat dan Salam ke atas mereka.
6 Sifat kemanusiaan, sebagai contohnya: makan, minum dan bersama dengan wanita
yang halal.
AL-MUKADDIMAH | 15
Mencintai Rasulullah SAW
“Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang beriman
daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu
mereka”. (Al Ahzab : 6)
Dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah ﷺbersabda:
فََوالَاَذيَنَفَ َسيََبيَ َدهََلََيََؤَم َنََأحََدَكَمَحَّاتََأَكََو َنََأحَ اَبَإَلَيَهََمَ َنََواَل َدهَََوَوَلدََه
“Demi Tuhan, diriku yang berada dalam ‘gengggaman’-Nya. Tidak sempurna
iman seseorang kamu sehingga aku terlebih dia cintai melebihi dari ibu bapa dan
anak-anaknya”. (HR BUKHARI)
Sayyiduna Umar r.anhu berkata kepada Rasulullah ﷺ, “Ya Rasulullah, engkau
adalah orang yang paling aku cintai dari segalanya kecuali diriku”. Demikian
Sayyiduna Umar mengungkapkan kedalaman cintanya kepada Rasulullah ﷺ.
Jawab Rasulullah ﷺ, “bukan begitu wahai Umar, demi jiwaku dalam
genggamanNya, hingga engkau mencintai diriku melebihi cintamu kepada dirimu”.
Saat itu juga Sayyiduna Umar langsung berkata, “sekarang, demi Allah, engkau
lebih aku cintai dari diriku”. Itulah yang benar wahai Umar”, balas Rasulullah ﷺ.
(HR BUKHARI)
Ketahuilah, iman dan cinta berpisah tiada. Apabila menyatakan keimanan
kepada Rasulullah ﷺ, maka wajib mencintai Baginda ﷺ. Iman seseorang itu
belum sempurna selagi tidak mengutamakan kecintaan kepada Nabi
Muhammad ﷺmelebihi ibu bapa, anak bahkan diri mereka sendiri. Jika cara
hidup seseorang lebih mengutamakan tuntutan makhluk disekelilingnya
hingga mengabaikan ajaran tauhid dan hak Nabi Muhammad ﷺ, itu tanda
kurangnya iman walau lisan melafazkan cinta.
AL-MUKADDIMAH | 16
Wahai saudaraku, Rasulullah ﷺsudah terlebih dahulu menyatakan kecintaan
dan kerinduan kepada umatnya. Baginda ﷺjuga terlebih dahulu menunjukkan
cinta itu adalah pengorbanan kepada umatnya. Hanya tinggal, umatnya
membalas cinta Baginda ﷺ.
Pada diri Rasulullah ﷺ, segala kemuliaan. Tiada bahasa dapat diungkapkan
walau habis lautan dijadikan dakwat. Dalam bicara ini, tiada kami mahu
panjangkan bicara rahsia dan hikmah cinta Nabi ﷺyang boleh dirujuk dalam
kitab-kitab yang lebih besar. Cukup sekadar ini, kerna sukarnya bahasa untuk
berkata. Berdampinglah kepada mereka yang benar mencintainya, nescaya
akan mendapat mutiara.
AL-MUKADDIMAH | 17
ASAS-ASAS ILMU TAUHID
Firman Allah T :
“Katakanlah Allah itu Esa. Dia tempat bergantung segala makhluk. Dia tiada
beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang setara
denganNya.” (Al-Ikhlas : 1-4)
(1) Dzat
(2) Asma'
(3) Sifat Ketunggalan yang tiada berpecah
(4) (as-Shomad - Sifat Iftiqar – segala
sesuatu berhajat kepada Allah)
(5) Sifat Keesaan Allah dalam
kewujudanNya tanpa ada permulaan
dan tiada baginya akhir, tiada berhajat
kepada sesuatu
(6) Sifat Keesaan dalam kewujudanNya
yang tiada menyerupai Ia akan sesuatu
AL-MUKADDIMAH | 18
Perdebatan Imam Abu Hanifah Rhm – Al Dahri
Dahulu, telah berlaku perdebatan Imam Abu Hanifah Rhm yang ketika itu
berusia belasan tahun dengan Al-Dahri (seorang pendebat beraliran atheis7)
tentang ketuhanan. Perdebatan ini sangat terkenal dalam sejarah perjuangan
tauhid dan kisahnya seperti berikut:
Kata al-Dahri:
“Masih adakah ulama’ kamu yang tinggal (yakni belum berbahas denganku)?”
Jawab orang ramai:
“Masih tinggal Hammad”
Kata al-Dahri:
“Bawalah dia datang wahai Khalifah, supaya dia boleh berbicara bersamaku”
Maka pihak Khalifah memanggil Hammad.
Kata Hammad:
“Beri aku masa satu malam”
Apabila tiba waktu pagi, datang muridnya, Abu Hanifah yang masih budak dan
mendapati gurunya keresahan. Maka Abu Hanifah bertanya kepada Hammad
(tentang keresahan gurunya).
Jawab Hammad:
“Bagaimana aku tidak keresahan sedangkan aku diperintahkan untuk berbahas
dengan al-Dahri. Dan al-Dahri telah mengalahkan semua ulama’ dan aku telah
bermimpi buruk”
Kata Abu Hanifah”
Apakah mimpinya?
7 Aliran pemikiran yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan
AL-MUKADDIMAH | 19
Jawab Hammad:
“Aku bermimpi sebuah negeri yang luas yang dihiasi, padanya terdapat pokok yang
berbuah lalu keluar dari tengah-tengah negeri seekor babi lalu ia makan buah, daun
dan dahan pokok sehingga tidak ada suatu benda yang tinggal kecuali batang
pokok berkenaan. Lalu keluar dari batang itu seekor singa maka membunuh babi
berkenaan”
Kata Abu Hanifah:
“Sesungguhnya Allah telah mengajar aku takbir mimpi. Mimpi ini adalah kebaikan
bagi kita, keburukan bagi musuh-musuh kita. Sekiranya tuan guru mengizinkan aku
menghuraikan mimpi berkenaan pasti aku huraikan”
Jawab Hammad:
Takbirkan, wahai Nu’man.
Kata Abu Hanifah:
“Negeri yang luas yang dihiasi adalah negeri Islam. Pokok yang berbuah adalah
ulama. Batang pokok yang masih tinggal itu ialah engkau (wahai guru). Babi itu
ialah al-dahri manakala singa yang membinasakan babi itu ialah aku. Maka aku
hendak pergi bersamamu. Maka dengan berkah dan hadratmu, aku dapat bertutur
bersama al-Dahri serta dapat aku mendebatinya.”
Lantaran itu, Hammad bergembira.
Kemudian Hammad dan Abu Hanifah lantas menuju ke Masjid al-Jami’.
Khalifah tiba dan ramai manusia berkumpul di Majlis Hammad dalam masjid
itu. Abu Hanifah berdiri dengan kasut di atas tempat duduknya sambil
mengangkat sepatu beliau dan guru beliau. Maka al-Dahri dan menaiki
mimbar masjid lantas berkata:
“Siapa yang akan menjawab soalanku?”
Jawab Abu Hanifah:
“Apakah perkataan ini, tanyalah maka siapa yang tahu akan menjawab soalanmu!”
AL-MUKADDIMAH | 20
Kata al-Dahri:
“Siapakah kamu wahai budak? Engkau hendak berdebat denganku, sedangkan
sudah berapa ramai ulama’ yang berumur dan memakai serban besar, memakai
pakaian yang hebat dan memakai lengan baju yang besar sebenarnya telah lemah
menjawab pertanyaanku. Oleh itu, boleh kah engkau berdebat denganku bersama
usiamu yang amat muda dan diri yang hina”
Jawab Abu Hanifah:
“Tidak lah Allah meletakkan kemuliaan dan ketinggian bagi mereka yang berserban
besar, berpakaian hebat dan berlengan baju besar tetapi Allah meletakkan
ketinggian dan kehebatan bagi para Ulama’ “
Kata al-Dahri:
“Adakah engkau akan menjawab soalanku?”
Jawab Abu Hanifah:
“Ya !, aku yang akan menjawab soalanmu dengan taufiq Allah”
Kata al-Dahri:
“adakah Allah itu wujud?”
Jawab Abu Hanifah:
“Ya ! “
Kata al-Dahri:
“dimanakah wujud-Nya”?
Jawab Abu Hanifah:
“Tiada bertempat bagi kewujudanNya”
Kata al-Dahri:
“Bagaimanakah wujud tanpa tempat bagi-Nya?
Jawab Abu Hanifah”
“Dalil ini ada pada badan engkau”
Kata al-Dahri:
“Apa dia?”
AL-MUKADDIMAH | 21
Jawab Abu Hanifah:
“adakah ada nyawa pada jasad engkau?
Kata al-Dahri:
“Ada!”
Jawab Abu Hanifah:
“Dimanakah nyawa engkau berada? Di kepala atau di perut engkau atau di kaki
engkau?
Maka terkejut al-Dahri dengan soalan balas Abu Hanifah kemudian Abu
Hanifah meminta susu dan lantas berkata:
“Adakah dalam susu ini ada lemak?”
Kata al-Dahri:
“Ada !”
Kata Abu Hanifah:
“dimanakah letaknya lemak itu, di atas atau dibawahnya?”
Terkejut al-Dahri.
Selanjutnya Abu Hanifah berkata:
“Sepertimana tidak diketahui bagi nyawa ada tempat di dalam badan dan tidak
diketahui tempat lemak di dalam susu, begitulah tidak diketahui bagi Allah dalam
alam ini akan tempat”.
Kemudian al-Dahri berkata:
“Apakah sebelum dan sesudah Allah?
Jawab Abu Hanifah:
“Tiada sesuatu pun sebelum dan sesudah-Nya”
Kata al-Dahri:
“Bagaimana engkau dapat bayangkan kewujudan yang tiada apa-apa sebelum dan
sesudah-Nya?”
AL-MUKADDIMAH | 22
Jawab Abu Hanifah:
“Dalil ini ada pada badanmu juga”
Kata al-Dahri:
“Apa dia?”
Abu Hanifah membuat persoalan:
“Apakah sebelum ibu jarimu dan apakah selepas jari kelingkingmu?”
Jawab al-Dahri:
“Tiada sesuatu pun sebelum ibu jariku dan tiada sesuatu pun selepas jari
kelingkingku”
Abu Hanifah menerangkan:
“Begitulah Allah yang tiada sesuatu sebelum dan selepas-Nya”
Kata al-Dahri:
“masih ada satu soalan”
Kata Abu Hanifah:
“Aku akan menjawabnya, Insya Allah”
Soal al-Dahri:
“Apakah pekerjaan Allah sekarang?”
Kata Abu Hanifah:
“Sesungguhnya engkau menyalahi protokol perbahasan. Sepatutnya orang yang
menjawab berada di atas mimbar manakala orang yang bertanya berada di bawah
mimbar, maka boleh la aku menjawab soalan engkau sekiranya engkau turun.”
Lalu al-Dahri pun turun ke bawah mimbar dan Abu Hanifah pun naik ke atas
mimbar. Bila mana Abu Hanifah duduk di atas mimbar, al-Dahri
mengemukakan soalan tadi lantas Abu Hanifah menjawab dengan kata-kata:
“pekerjaan Allah sekarang ialah menggugurkan orang yang batil seperti engkau dari
atas mimbar turun ke bawah dan menaikkan orang yang benar seperti aku dari
bawah ke atas mimbar”.
AL-MUKADDIMAH | 23
SIFAT-SIFAT ALLAH
Para Ulama’ Ahlul Sunnah Wal Jamaah (Al-Asyairah) telah menghimpunkan
20 sifat bagi Dzat Allah T daripada dalil-dalil nas yang qat’ie (secara pasti)
serta dalil-dalil aqal yang murni. Shaikh Muhammad Al-Hasyimi berkata, Sifat
– Sifat Allah T yang lain merupakan cabang-cabang dari 20 sifat yang utama
ini. Mengenal Allah T bukan beerti kita diperintah mengenal hakikat Dzat-
Nya, akan tetapi mengenal sifat – sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi
Dzat Allah T. Sesungguhnya, ibadah yang dilakukan tanpa mengenal Allah T
akan menjadi adat semata-mata. Ibadahnya tidak melahirkan kehambaan dan
kemanisan.
Pelajaran Sifat 20 bukan bermakna Allah T hanya ada 20 sifat sahaja. Akan
tetapi 20 Sifat kesempurnaanNya yang wajib diketahui secara tafsili
(terperinci). Sesungguhnya sifat kesempurnaan Allah T amat banyak. Tiada
siapa mengetahuinya melainkan Allah T jua. Maka wajib disabitkan kepada
Allah T secara ijmal (umum) seperti perkatan, “Allah mempunyai banyak sifat
kesempurnaan”. Janganlah mengiktiqadkan ada turutan (tertib) pada Sifat Allah
T. Tertib susunan dalam Sifat 20 hanya tertib atas kertas untuk mudah
dihafal. Ia sesekali tidak membawa maksud sifat Allah T ada turutan seperti
dikatakan mula-mula wujud, kemudian sedia, kekal hingga seterusnya.
Sebahagian Sifat-sifat yang wajib pada hak Allah T yang wajib diketahui
ialah :
AL-MUKADDIMAH | 24
1. Wajib bagi hak Allah T bersifat wujud (al-wujud). Lawannya adalah tiada
(al-adam). Tiada itu sifat makhluk kerana asal makhluk itu tiada. Makhluk
diwujudkan oleh Allah T dari tiada kepada ada. Dalil sifat wujud bagi
Allah T ialah kewujudan segala makhluk. Allah T berfirman :
“Berkata Rasul-rasul mereka, apakah ada keraguan terhadap Allah,
pencipta langit dan bumi?”. (Ibrahim : 10)
2. Wajib bagi hak Allah T bersifat sedia (al-qidam). Maksudnya
sesungguhnya Allah T tidak mempunyai permulaan. Lawannya adalah
baharu –ada permulaan (al-hudthus). Baharu itu sifat makhluk kerana
makhluk itu ada permulaan. Allah T yang mengadakan awal bagi
makhluk. Dalil sifat sedia bagi Allah ialah sekiranya Allah T itu baharu,
nescaya Dia berhajat kepada pencipta dan hal ini adalah mustahil. Firman
Allah T :
“Dialah Yang terdahulu dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang
Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Al Hadid : 3)
3. Wajib bagi hak Allah T bersifat kekal (al-baqo’). Maksudnya
sesungguhnya Allah T tidak mempunyai kebinasaan. Lawannya ialah ada
kebinasaan (al-fana’). Binasa itu sifat makhluk kerana makhluk itu binasa.
Allah T mengadakan binasa bagi makhluk. Dalil sifat kekal bagi Allah T
ialah sesungguhnya jika Allah T ada pengakhiran (binasa), nescaya Allah
T adalah baharu. Hal ini adalah mustahil. Firman Allah T :
“Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah”. (Al Qasas: 88)
AL-MUKADDIMAH | 25
4. Wajib bagi hak Allah T menyalahi dengan segala baharu (al-mukhalafatul
lilhawadis). Maksudnya Allah T tiada penyerupaan8. Maka Allah T tidak
memiliki tangan, mata, telinga dan selain demikian dari sifat-sifat baharu
(sifat-sifat makhluk). Lawannya ialah penyerupaan (al-mumasalath).
Menyerupai itu sifat makhluk kerana makhluk itu menyerupai antara
sesama mereka. Dalil sifat menyahalahi Allah T dengan segala baharu
ialah sekiranya Allah T ada penyerupaan dengan makhluk, nescaya Allah
T itu baharu. Hal ini adalah mustahil. Firman Allah T :
”Tiada sesuatupun yang sebanding denganNya” (As Syuura’: 11)
5. Wajib bagi hak Allah T bersifat berdiri dengan sendiri (al-qiyamu binafs).
Maksudnya, sesungguhnya Allah T tidak berhajat kepada pertolongan.
Lawannya adalah berhajat kepada pertolongan (al-ihtiyaj). Berhajat itu
sifat makhluk. Dalil sifat berdiri dengan sendiri bagi Allah T ialah
sekiranya Allah T berhajat kepada pertolongan, maka Allah T adalah
lemah. Hal ini adalah mustahil. Firman Allah T :
“Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun)
daripada sekalian makhluk”. (Al Ankabut : 6)
8 Penyerupaan yang tidak layak disandarkan kepada bagi Allah T boleh diringkaskan
dengan memahami dua intipati berikut:
1. Allah T diluar sistem alam misalnya jarak, masa, tempat, arah, jirim, ruang
dan jisim. Hal ini semua tidak boleh dinisbahkan kepada Allah T.
2. Allah T diluar sistem manusia misalnya berhajat, makan, minum, letih dan
binasa. Hal yang demikian semuanya tidak boleh disandarkan kepada Allah
T.
AL-MUKADDIMAH | 26
6. Wajib bagi hak Allah T bersifat tunggal (al-wahdaniyah). Maksudnya,
sesungguhnya Allah T tidak berbilang. Lawannya adalah berbilang (al-
taadud). Berbilang itu sifat makhluk. Dalil sifat tunggal bagi Allah T ialah
sekiranya Allah T berbilang nescaya tidak wujud sesuatu pun dari
makhluk ini. Firman Allah T :
“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa”. (Al Baqarah : 163)
7. Wajib bagi hak Allah T bersifat pekuasa (al-qudrat) iaitu suatu sifat yang
qadim, yang berdiri di sisi Dzat Allah T, Dia menciptakan dan
meniadakan dengan sifat tersebut. Lawannya adalah lemah (al-ajz).
Lemah itu sifat makhluk melainkan diperkuasakan oleh Allah T sekadar
mana yang dihadkan dan masa yang ditentukan. Dalil sifat pekuasa bagi
Allah T, seandainya Allah T lemah, nescaya tidak wujud sesuatu dari
makhluk-makhluk ini. Firman Allah T :
“Dan adalah Allah Maha berKuasa atas segala sesuatu”. (Al Ahzab : 27)
8. Wajib bagi hak Allah T bersifat pekehendak (al-iradah) iaitu suatu sifat
yang qadim, yang berdiri pada Dzat Allah T, dengan sifat tersebut, Allah
T menentukan sesuatu yang mumkin (makhluk), dengan kewujudan atau
ketiadaan, kekayaan atau kemiskinan, kepandaian atau kejahilan dan
selain demikian. Lawannya adalah terpaksa – tidak mampu berkehendak
(al-karahah). Terpaksa itu sifat makhluk melainkan diperkehendak oleh
Allah T sekadar mana yang dihadkan dan masa yang ditentukan. Dalil
sifat pekehendak bagi Allah T, ialah sekiranya Allah T terpaksa, nescaya
Allah T lemah dan keadaan Allah T lemah adalah mustahil. Firman Allah
T:
“Dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang dia kehendaki. Bagi
mereka (manusia) tidak ada pilihan”. (Al-Qasas : 68)
AL-MUKADDIMAH | 27
9. Wajib bagi hak Allah T bersifat peilmu (al-ilm) iaitu suatu sifat yang
qadim dan berdiri di sisi Dzat Allah T. Allah mengetahui segala sesuatu
dengan Sifat ilmuNya. Lawannya ialah jahil (al-jahl). Jahil itu sifat
makhluk melainkan diperilmu oleh Allah T sekadar mana yang dihadkan
dan masa yang ditentukan. Dalil sifat peilmu bagi Allah T ialah
seandainya Allah T jahil nescaya Allah T tidak mampu berkehendak. Hal
ini adalah mustahil. Firman Allah T :
“Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Al-Baqarah : 29)
10. Wajib bagi hak Alllah T bersifat pehidup (al-hayat) iaitu suatu sifat yang
qadim dan berdiri pada Dzat Allah T. Sifat pehidup mengesahkan
bahawa Allah T bersifat dengan sifat Peilmu dan sifat lain-lain. Lawannya
adalah mati (al-maut). Mati itu sifat makhluk melainkan diperhidupkan
oleh Allah T sekadar mana yang dihadkan dan masa yang ditentukan.
Dalil sifat pehidup bagi Allah ialah seandainya Allah T mati nescaya Dia
tidak mampu Pekuasa, Pekehendak dan Peilmu. Hal ini adalah mustahil.
Firman Allah T :
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha
hidup, mentadbirkan [sekalian makhlukNya]...”. (Al-Baqarah: 255)
11. Wajib bagi hak Allah T bersifat pedengar (al-sam’u) dan 12. pelihat (al-
basar). Kedua-dua sifat tersebut adalah qadim yang berdiri pada Dzat
Allah T dengan sifat tersebut menyingkap segala yang wujud. Lawan
kedua-kedua sifat tersebut ialah pekak (as-samam) dan buta (al-a’ma).
Pekak dan buta itu sifat makhluk melainkan diperdengarkan,
diperlihatkan oleh Allah T sekadar mana yang dihadkan dan masa yang
ditentukan. Dalil Sifat pedengar dan pelihat bagi Allah ialah sekiranya
Allah T tidak bersifat dengan kedua-dua sifat ini, nescaya Allah T itu
bersifat dengan sifat-sifat yang berlawanan dan telah sedia maklum
bahawa Allah T itu mustahil bersifat dengan segala sifat kekurangan.
AL-MUKADDIMAH | 28
Firman Allah T :
“…Dan Dialah Yang Maha Pedengar, lagi Maha Pelihat”. (As Syura : 11)
13. Wajib bagi hak Allah T bersifat pekata (al-kalam) iaitu suatu sifat yang
qadim yang berdiri pada Dzat Allah T tanpa huruf dan suara. Lawannya
ialah tidak berbicara yakni bisu (al-abkam). Bisu itu sifat makhluk
melainkan diperkalamkan oleh Allah T sekadar mana yang dihadkan
dan masa yang ditentukan. Dalil sifat pekata sekiranya Allah T tidak
bersifat dengan sifat ini, nescaya Allah T itu bersifat dengan sifat yang
berlawanan dan telah sedia maklum bahawa Allah T itu mustahil
bersifat dengan segala sifat kekurangan. Firman Allah T :
“Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa a.s dengan sebenar-
benar berkata”. (An Nisa’ : 164)
14. Wajib bagi hak Allah T, keadaan Allah T sentiasa pekuasa (kaunuhu
qadiran). Lawannya ialah keadaanNya sentiasa lemah (kaunuhu ajizan).
Dalil sifat keadaan Allah T sentiasa pekuasa seperti dalil Sifat pekuasa
(al-qudrat).
15. Wajib bagi hak Allah T, keadaan Allah T sentiasa pekehendak
(kaunuhu muridan). Lawannya ialah keadaanNya sentiasa terpaksa
(kaunuhu karihan). Dalil sifat keadaan Allah T sentiasa pekehendak
seperti dalil Sifat pekehendak (al-iradah).
16. Wajib bagi hak Allah T, keadaan Allah T sentiasa peilmu (kaunuhu
aliman). Lawannya ialah keadaanNya sentiasa jahil (kaunuhu jahilan).
Dalil sifat keadaan Allah T sentiasa peilmu seperti dalil Sifat peilmu (al-
ilm).
AL-MUKADDIMAH | 29
17. Wajib bagi hak Allah T, keadaan Allah T sentiasa pehidup (kaunuhu
Hayyan). Lawannya ialah keadaanNya sentiasa maut (kaunuhu
mayyitan). Dalil sifat keadaan Allah T sentiasa pehidup seperti dalil
Sifat pehidup (al-hayat).
18. Wajib bagi hak Allah T, keadaan Allah T sentiasa pedengar dan 19.
pelihat (kaunuhu sami’an basiran). Lawannya ialah KeadaanNya sentiasa
pekak (kaunuhu assoma) dan keadaanNya sentiasa buta (kaunuhu a’ma).
Dalil sifat keadaan Allah T sentiasa pedengar lagi pelihat seperti dalil
Sifat pedengar (al-sam’u) dan pelihat (al-basar).
20. Wajib bagi hak Allah T, keadaan Allah T sentiasa pekata (kaunuhu
mutakaliman). Lawannya ialah keadaanNya sentiasa bisu (kaunuhu
abkam). Dalil sifat keadaan Allah T sentiasa pekata seperti dalil Sifat
pekata (al-kalam).
Adapun sifat harus Allah T ialah boleh melakukan atau tidak melakukan
sekalian sesuatu yang mumkin (harus ada dan harus tiada). Ini kerana, Allah T
tidak dipaksa untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkerjaan.
Allah berfirman:
“Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Dia akan memberi rahmat
kepadamu jika Dia menghendaki dan Dia akan meng'azabmu, jika Dia
menghendaki....” (Al-Isra’: 54)
AL-MUKADDIMAH | 30
ASMA’-ASMA’ ALLAH
Seterusnya, untuk memantapkan lagi pegangan akidah, semestinya
memahami nama-nama Allah T hingga membuah kecintaan kepada Asma’-
Asma’Nya. Allah T ada 99 nama. Nama-nama (asma’-asma’) Allah T
dinyatakan oleh Rasulullah ﷺsebagaimana tersebut dalam hadis riwayat
Imam Tirmizi.
Berikut ini adalah 99 nama Allah T (Asmaul Husna) beserta maknanya:
1. Ar-Rahmaan: ( ) الَار َح َنYang Maha Pengasih
2. Ar-Rahim: ( ) الَار َحَيمYang Maha Penyayang
3. Al-Malik: ( ) المَل َكYang Maha Menguasai
4. Al-Quddus: ( ) الَق َدَوسYang Maha Suci
5. As-Salaam: ( ) ال اَس َلمYang Maha Sejahtera
6. Al-Mu’min: ( ) المَؤَم َنYang Maha Melimpahkan Keamanan
7. Al-Muhaimin: ( ) الم َهيَ َم َنYang Maha Pelindung
8. Al-’Aziiz: ( ) الَعَزَيزYang Maha Mulia
9. Al-Jabbaar: ( ) ا َلاباَرYang Maha Perkasa
10. Al-Mutakabbir: ( ) المتَكَ َبYang Maha Megah
11. Al-Khaaliq: ( ) ا َلالَقYang Maha Pencipta
12. Al-Baari’: ( ) البَاَر َئYang Maha Pembuat
13. Al-Mushawwir: ( ) الم َصَورYang Membentuk Rupa MakhlukNya
14. Al-Ghaffaar: ( ) الغَافَارYang Maha Pengampun
15. Al-Qahhaar: ( ) القَ اَهاَرYang Maha Perkasa
16. Al-Wahhaab: ( ) الَواهَابYang Maha Pemberi
17. Ar-Razzaaq: ( ) الَرَازا َقYang Memberi Rezeki
AL-MUKADDIMAH | 31
18. Al-Fattaah: ( ) الَفتَااحYang Maha Pembuka
19. Al-’Aliim: ( ) العَلَيمYang Maha Mengetahui
20. Al-Qaabidh: ( ) القَابَ َضYang Maha Pengekang
21. Al-Baasith: ( ) الَبا َس َطYang Meluaskan rezeki
22. AI-Khaafidh: ( ) ا َلاَف َضyang Merendahkan darjat seseorang
23. Ar-Raafi’: ( ) الَراَفعYang Mengangkat darjat seseorang
24. Al-Mu’iz: ( ) المَعزYang Memuliakan seseorang
25. Al-Muzil: ( ) الم َذلYang Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu
kepada musuh-musuhNya
26. As-Samii’: ( ) ال اسَمَيعYang Maha Mendengar
27. Al-Bashiir: ( ) الَبصَ َيYang Maha Melihat
28. Al-Hakam: ( ) ا َلكَمYang Maha Menghukum
29. Al-’Adl: ( ) العَ َد َلYang Maha Adil
30. Al-Lathiif: ( ) اللَا َطيفMaha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut
serta Halus
31. Al-Khabiir: ( ) ا َلَبيYang Maha Mengetahui batin segala sesuatu.
32. Al-Haliim: ( ) الََليمYang Maha Penyabar dan Penyantun
33. Al-’Adzhiim: ( ) الَع َظيمYang Maha Agung
34. Al-Ghafuur: ( ) الَغَفوَرYang Maha Pengampun
35. Asy-Syakuur: ( ) ال َشكَورYang Menggandakan Ganjaran
36. Al-’Aliy: ( ) العََليYang Maha Tinggi Martabat-Nya
37. Al-Kabiir: ( ) ال َكبَيYang Maha Besar
38. Al-Hafidz: ( ) الََفيظYang Maha Pemelihara
39. Al-Muqiit: ( ) المَقيَتYang Maha Pemberi kecukupan
40. Al-Hasiib: ( ) ا َلسََيبYang Maha Menghitung amalan hambaNya
41. Al-Jaliil: ( ) ا َللََيلYang Maha Memiliki Sifat Keagungan
42. Al-Kariim: ( ) ال َكَرَيYang Maha Mulia
43. Ar-Raqiib: ( ) اَلركَيَبYang Mengambil Perhatian
AL-MUKADDIMAH | 32
44. Al-Mujiib: ( ) المََيبYang Maha Mengabulkan
45. Al-Waasi’: ( ) الَواسَعYang Maha Luas RahmatNya
46. Al-Hakiim: ( ) الَ َكيمYang Maha Bijaksana
47. Al-Waduud: ( ) الَوَدوَدYang Maha Menyayangi
48. Al-Majiid: ( ) الَميدYang Maha Mulia
49. Al-Ba’ithu: ( ) الَباعَ َثYang Membangkitkan
50. Asy-Syahiid: ( ) ال اَشهَي َدYang Maha Menyaksikan Segala Sesuatu
51. Al-Haq: ( ) الَاقYang Maha Benar
52. Al-Wakiil: ( ) الَوَكي َلYang Maha Memelihara semua urusan hamba-
hambaNya
53. Al-Qawiy: ( ) الَقَو َىYang Maha Kuat
54. Al-Matiin: ( ) المتَينYang Maha Teguh
55. Al-Waliy: ( ) الَو َلYang Maha Melindungi
56. Al-Hamiid: ( ) ا َل َميدYang Maha Terpuji
57. Al-Muhshii: ( ) المَ َص َىYang Maha Menghitung
58. Al-Mubdi’: ( ) المَب َد َئYang Maha Pencipta
59. Al-Mu’iid: ( ) المَعيدYang Maha Mengulangi CiptaanNya
60. Al-Muhyii: ( ) المَ َيYang Maha Menghidupkan
61. Al-Mumiit: ( ) الم َميتYang Maha Mematikan
62. Al-Hay: ( ) ا َل َيYang Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( ) الَقيَومMaha Berdiri Dengan Sendiri-Nya (tidak berhajat
kepada lain)
64. Al-Waajid: ( ) الَواجَدYang Maha Menemukan
65. Al-Maajid: ( ) المَا َجدYang Maha Mulia
66. Al-Waahid: ( ) الَواحَدYang Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( ) الَحَدYang Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( ) ال اَصمَدYang Maha DiHajati
69. Al-Qaadir: ( ) الَقادَرYang Maha Berkuasa
AL-MUKADDIMAH | 33
70. Al-Muqtadir: ( ) المقََتدََرYang Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim: ( ) المَق َدمMaha Mendahulukan
72. Al-Muakhkhir: ( ) المَؤ َخَرYang Maha Mengakhirkan
73. Al-Awwal: ( ) الَاَولYang terdahulu dan sedia ada
74. Al-Aakhir: ( ) ا َل َخَرYang Akhir dan kekal
75. Azh-Zhaahir: ( ) ال َظاا َهرYang Maha Zahir / Maha Nyata wujudNya
(dengan bukti-bukti yang terang)
76. Al-Baathin: ( ) البَاطَنYang Maha Tersembunyi hakikat zatNya
77. Al-Waalii: ( ) الَوا َلYang Maha Memerintah
78. Al-Muta’aalii: ( ) المتََعالYang Maha Tinggi
79. Al-Bar: ( ) الَباَرYang Mewujudkan Kebaikan
80. At-Tawwaab: ( ) التََاوابYang Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim: ( ) المنََتَقمYang Maha Membalas dengan siksa
82. Al-’Afuw: ( ) الَعفَوYang Maha Pemaaf
83. Ar-Rauuf: ( ) الَرَؤفYang Maha Pengasih
84. Maalikul Mulk: ( ) المَاَل َكَالمَلكYang Maha Pemilik Segala Kekuasaan
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ) ذَوا َل َللَََوا َل َكَرامYang Maha Pemilik
Keagungan dan Kurniaan
86. Al-Muqsith: ( ) المقَ َس َطYang Maha Mengadili dan Saksama
87. Al-Jaami’: ( ) الَامَعYang Maha Menghimpun manusia (hari akhirat)
88. Al-Ghaniy: ( ) الَغ َنYang Maha Kaya Raya
89. Al-Mughnii: ( َ ) المغَنYang Maha Pemberi kekayaan
90. Al-Maani’: ( ) الماَنعYaang Maha Pencegah
91. Adh-Dhaar: ( ) ال اضَارYang Boleh Mendatangkan Mudharat
92. An-Naafi’: ( ) النَاَفعYang Memberikan Kebaikan dan Kemanfaatan
93. An-Nuur: ( ) النَورYang Maha Bercahaya
94. Al-Haadi: ( ) ا َلاَد َىYang Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badii’: ( ) البَدَيعYang Maha Pencipta
AL-MUKADDIMAH | 34
96. Al-Baaqi: ( ) الَباقَعYang Maha Kekal, iaitu kekal wujudNya
97. Al-Waarits: ( ) الَواَرثYang mewarisi sesuatu
98. Ar-Rasyiid: ( ) الَار َشيدYang Memberi petunjuk
99. Ash-Shabuur: ( ) ال اَصَبَورYang Maha Penyabar
“Allah memiliki nama-nama yang baik, maka berdoalah kepada-Nya dengan
menyebut nama-nama itu”. (Al-A’raf : 180)
َمَنَََأحَ َصا َهاَدَ َخ َلَالََناَة،َمَاَئةَإَلَاََواحَدَا،إنَللهَتسعةَوتَ َسَعيَنََا َسا
“Allah mempunyai Sembilan puluh Sembilan nama, seratus kecuali satu,
barangsiapa yang memeliharanya, pasti akan masuk syurga”.
(HR AL-BUKHARI, MUSLIM DAN TIRMIZI)
AL-MUKADDIMAH | 35
ASBAB & MUSABAB
Akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) menetapkan bahawa asbab (faktor
pengaruh) tiada memberi bekas atau pengaruh terhadap sesuatu dari musabab
(akibat). Contohnya, api, pisau dan makan dalam hal membakar, memotong
dan mengenyangkan melainkan Allah (musabib – penentu akibat) yang
menentukan keadaan terbakar pada sesuatu yang disentuh oleh api ketika api
itu menyentuhnya dan menentukan keadaan terpotong pada sesuatu yang
digores oleh pisau ketika pisau itu menggoresnya serta menentukan keadaan
kenyang ketika makan dan keadaan hilang dahaga ketika minum. Barangsiapa
yang mengiktiqadkan bahawa api itu membakar dengan tabiatnya dan air itu
menghilangkan dahaga dengan tabiatnya dan seumpama, jatuh kafir dengan
Ijma’ Ulama’.
Allah T menyuruh kita berusaha dalam kerangka hukum asbab musabab,
namun melarang kita bertuhankan asbab musabab, akal dan kekuasaan
makhluk. Kita makan sebagai asbab ikhtiyar, jika berhasil kenyang, ianya dari
Allah T bukan kerana makan atau sekiranya tidak kenyang, ia juga dari Allah
T yang Allah T jua mengetahui apa hikmahnya. Disisi Allah T, tidak
semestinya makan untuk berhasil kenyang, Allah T berkuasa memberi
kenyang tanpa jalan asbab atau memberi kenyang melalui asbab-asbab yang
lain. Allah T ialah musabib yang mencipta sistem asbab dan musabab dan ia
berjalan dengan Qudrat dan Iradah Allah T. Maka Allah T juga boleh
mengubah hukum asbab musabab pada alam ini mengikut apa yang
dikehendaki oleh Allah T. Allah T memberi anak (musabab) kepada Siti
Maryam a.s tanpa jalan asbab yakni perkahwinan. Allah T juga boleh tidak
memberi anak walaupun mencukupi syarat asbab kerana segalanya dalam
kekuasaan dan ilmu Allah T. Memahami hal ini membawa kita tidak terputus
hubungan dengan Allah T dan sentiasa bergantung harap kepadaNya.
AL-MUKADDIMAH | 36
Empat Golongan Asbab Musabab
Untuk memantapkan kefahaman, adalah lebih baik juga diketahui
pembahagian empat golongan (firqah) dalam pegangan Asbab & Musabab:
AL-MUKADDIMAH | 37
[Perhatian]
i. Jangan pula berpegang bahawa segala sesuatu tidak memberi
bekas (pengaruh) tetapi dalam masa yang sama menolak hukum
adat seperti api tidak membakar, makanan tidak mengeyangkan
dan seumpama. Ia menghampiri Jabariah yang menolak sistem
asbab musabab. Mereka adalah golongan yang jahil dalam hukum
adat dan tidak menepati Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
ii. Jangan juga bertuhankan asbab atau erti kata lain, bila berjaya
sesuatu usaha atau asbab, kita memandang usaha itu kita
penyebab kejayaan dan tiada hubung kait dengan Allah T.
Sesungguhnya, Allah T Maha Adil dan Allah menilik setiap usaha
ikhtiar hambaNya dan Allah T lebih mengetahui apa yang terbaik
untuk sekalian hamba-Nya.
AL-MUKADDIMAH | 38
JALAN KESELAMATAN AKIDAH
AL-MUKADDIMAH | 39
RUKUN AGAMA
عنَعمرَرضيَاللَعنهَأيضاَقالََ:بينماََننَجلو ٌسَعندَرسولَاللَصَلاىَالَلَعليهَ
وسلامَذاتَيََومَإذَطلعَعليناَرجَ ٌلَشديدَبياضَالثيابَشديدَسوادَال اشعرَ،لَ
يرىَعليهَأثرَال اسفرَ،ولَيعرفهَمنااَأح ٌدَ،حّاتَجلسَإلَالنابَصلىَاللَعليهَوسلمَ
فَأسندَ َركبتَيه َإل َركبتيه َوَو َضعَكافيه َعلى َفخذيَه َوقالََ :ي َم امد َأخبِن َعنَ
السلمَ،فقالَرسولَاللَصلىَاللَعليهَوسلمََ:السلمَأنَتشهدَأنَلَإلهَإلاَ
اللَوأ انَم امداَرسَولَاللََوتقيَمَال اصلةَوتؤِتَاَلازكاةَوتصومَرمضا َنَََوَت اجَالبيتَ
إنَاستطعتَإليهَسبيلَقالََ:صدقتَ،فعجبناَلهَيسألهَويصدقهَ،قالَ:فأخبِنَ
عنَالْيانَقالََ:أنَتؤمنَ َبللهَومَ َلئكَتهَوكتبهَورسلهََواليومَالخرَوتؤمنَ َبلقدرَ
خيهَوشرهَ.قالَصدقتَ،قالَفأخبِنَعنَالحسانَ،قالَ:أنَتعبدَاللَكأناكَتراهَ
فإنََلَتكنَتراهَفإناهَيراكَََ.قالَ:فأَ َخبِنََعنَال اساعةَ،قالََ:ماَالمسؤولَعنهاَ
ِبعَلم َمن َال اسائلَ .قال َفأخبِن َعن َأماراِتاَ ،قال َأن َتلد َالمة َرباتها َوأن َترىَ
الفاةَالعراةَالعالةَرعاءَال اشاءَيتطاولونَفََالبنََيانَ َ،ثاَانطلقَفلبثتََمَلًيّاَ،ثاَقالََ:
َي َعمَر َأتدري َمن َال اسائل َ؟ َقلت ََ :الل َورسوله َأعلم ََ .قال َفإناه َجبيل َأتاكمَ
يعلمكمَدينكمَ
AL-MUKADDIMAH | 40
Dari Sayyiduna Umar, dia berkata : ketika kami duduk bersama Rasulullah ﷺ,
suatu hari tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang mengenakan baju yang sangat
putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya kesan-kesan
perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya.
Hingga kemudian dia segera duduk dihadapan Rasulullah ﷺ. Lelaki itu
menyandarkan kedua lututnya ke kedua lutut Baginda ﷺdan meletakkan kedua
tapak tangannya atas kedua paha Baginda ﷺ, seraya berkata, “Ya Muhammad,
khabarkan aku tentang Islam”. Rasulullah ﷺmenjawab, “Islam adalah engkau
bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan
bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat,
menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan bagi yang
mampu”. Kemudian lelaki itu membalas, “kamu benar”. Kami semua hairan, dia
yang bertanya dan dia juga yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi,
“khabarkan aku tentang Iman”. Lalu Baginda ﷺmenjawab, “engkau beriman
kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya dan hari
akhir serta engkau beriman akan takdirnya samada yang baik atau buruk”.
Kemudian, lelaki itu membalas, “kamu benar”. Kemudian dia berkata lagi,
“khabarkan aku tentang Ihsan”. Lalu Baginda ﷺmenjawab, “Ihsan itu adalah
engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau
tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau. Kemudian lelaki itu
bertanya lagi, “khabarkan aku tentang hari Kiamat”. Baginda ﷺmenjawab,
“Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari orang yang bertanya”. Lelaki itu
bertanya, “khabarkan aku tentang tanda-tandanya”. Baginda ﷺmenjawab, “jika
seorang hamba perempuan melahirkan tuan dan jika engkau melihat seseorang
bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala kambing (kemudian)
berlumba-lumba meninggikan bangunan-bangunan”. Kemudian lelaki itu berlalu
dan aku berdiam. Kemudian Rasulullah ﷺbertanya, “adakah engkau tahu siapa
yang bertanya?”. Aku berkata, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”. Baginda
ﷺbersabda, “Dia adalah Jibril a.s yang datang kepada kalian mengajar agama
kepada kalian”. (HR MUSLIM)
AL-MUKADDIMAH | 41
Rukun agama terbahagi kepada TIGA :
Marhalah IMAN :
Membina kayakinan kepada rukun iman yang enam.
Marhalah ISLAM :
Membina peraturan dalam ibadah dan seluruh sistem kehidupan manusia dan
dakwah Rahmat dan salaman ke sekalian alam.
Marhalah IHSAN :
Melalui proses penyucian hati hingga mencapai muraqabah dan musyahadah
serta adab perhubungan hati dengan iman dan Islam.
Ilmu Akhir Zaman
Ilmu Akhir Zaman ialah mengetahui ilmu dan membina fikrah (pemikiran)
tentang tanda-tanda kiamat dan pembahagiaannya yang pelbagai yang
membentuk cara berfikir dan persediaan fitnah-fitnah (fitan) di akhir zaman.
Berhubung hadis Rukun Agama yang sebutkan sebelum ini, Imam Bukhari
Rhm telah menganggap Rukun Agama ada empat ketika memberi judul pada
hadis tersebut dan menamakan kiamat sebagai ilmu dengan katanya: bab
pertanyaan JIbril kepada Nabi ﷺtentang Iman, Islam, Ihsan dan ilmu tentang
hari kiamat. Dan Nabi ﷺtelah menjelaskan (rukun-rukun agama) kepada Jibril,
kemudian Nabi berkata kepada Sayyiduna Umar, “Dia adalah Jibril yang
datang kepada Kalian mengajarkan agama kepada kalian. Maka dijadikanlah
semuanya itu sebagai agama. Dan sebahagian ulama menambahkan judul di
dalam Sahih Muslim: Bab Penjelasan tentang Iman, Islam, Ihsan dan Tanda-
tanda Kiamat.
Al Habib Abu Bakar Al Adni Al Masyhur, Ulama’ dari Yaman yang merupakan
pelopor kepada gagasan pemikiran ilmu Rukun keempat (Ilmu Akhir Zaman) di
zaman kini, telah membahagikan ilmu tentang rukun-rukun agama kepada dua
bahagian9
9 Rujuk Kitab An Nubzatus Sughto Lima’rifati ar Ruknur Robi’ Min Arkaniddin Wa
Alamatuhu al Kubro Wal Wusto was Sughro
AL-MUKADDIMAH | 42
1. Sawabit : iaitu rukun yang terdiri dari mengetahui ilmu syariat (Islam),
aqidah (Iman) dan tingkatan-tingkatan sulukiah (ihsan)
2. Mutaghoyyirat : iaitu rukun yang terdiri dari mengetahui ilmu tentang
tanda-tanda kiamat dan pembahagiaannya yang pelbagai yang boleh
juga disebut dengan fiqh tahawulat.
Habib Abu Bakar Al Adni juga memperincikan lagi ilmu tanda-tanda kiamat
(ilmu akhir zaman) terbahagi kepada dua rukun yang mendasari cabang tanda
kiamat lain.
i. Rukun pertama : Jika seorang perempuan melahirkan tuannya. Ia
simbolik kepada isyarat berlakunya perubahan-perubahan dan
kerosakan terhadap hakikat ilmu dan adab.
ii. Rukun kedua : Jika kamu melihat seorang bertelanjang kaki dan dada,
miskin pengembala kambing, kemudian berlumba-lumba membina
bangunan yang tinggi. Ia simbolik kepada berlakunya perubahan-
perubahan dan kerosakan terhadap hakikat pemerintahan dan
ekonomi.
AL-MUKADDIMAH | 43
ILMU TANDA-TANDA KIAMAT (ILMU AKHIR ZAMAN)
Dua rukun ilmu tanda-tanda kiamat
Rukun pertama, Rukun kedua,
Jika seorang hamba Jika kamu melihat seorang
perempuan melahirkan bertelanjang kaki dan dada,
tuannya miskin pengembala
kambing kemudian
Hilangnya hakikat berlumba-lumba membina
Ilmu dan adab bangunan yang tinggi
Hilangnya hakikat
pemerintahan dan ekonomi