The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kitab ALMUKADDIMAH (FULL) - Cetakan Jan 2020.pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farhana Yahya, 2020-03-25 02:37:07

Kitab ALMUKADDIMAH (FULL) - Cetakan Jan 2020.pdf

Kitab ALMUKADDIMAH (FULL) - Cetakan Jan 2020.pdf

AL-MUKADDIMAH | 44

Ketiga-tiga rukun ini adalah usul agama. Jika tiada salah satu, maka tiada
sempurna agama. Ia ibarat pohon kayu yang menghasilkan buah apabila
memiliki akar, batang, dan dahan. Akar adalah keimanan, batang adalah Islam,
dahan adalah Ihsan. Sementara buah adalah dakwah rahmatulil ‘alamin.
Hasilnya ialah lahirnya manusia yang mentauhidkan Allah dalam segala aspek
kehidupan manusia iaitu ibadah, keluarga, akhlak, pendidikan, ekonomi,
politik, sosial, perundangan dan lainnya serta mempunyai daya pemikiran
yang utuh dalam mendepani fitnah dan pergolakan yang berlaku di akhir
zaman.

Allah memberi perumpamaan melalui firmanNya :

                                 

“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah
mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai
sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh,
dan cabang pucuknya menjulang ke langit.” (Ibrahim : 24)

Boleh juga diibaratkan seperti sebuah rumah yang memerlukan tiga asas yang
penting iaitu lantai (Iman), dinding (Islam) dan atap (Ihsan). Adapun perabot,
sofa dan hiasan pelbagai jenis dan warna hanyalah pelengkap bagi sebuah
rumah.

AL-MUKADDIMAH | 45

ZIKIR MENUJU TAUHID

1. Memahami ilmu tauhid pada martabat akal

2. Melatih diri ingat kepada Allah T dalam apa jua keadaan pada qalbi.
Para pembimbing rohani biasanya menyuruh menghidupkan zikir
ALLAH dalam Qalbi setiap detik. Ia bertujuan ingat dan juga
pembersihan nafsu yang jelek.

3. Dari hati yang bersih dengan zikir ALLAH T, maka hati dapat
mencapai Tauhid RASA yang mana ia dapat merasai kebersamaan dan
kedekatan Allah T dengan dirinya.

4. Dari Tauhid RASA. Ia meningkat kepada Tauhid Ihsan hingga dirinya
sentiasa tersyuhud melihat keberadaan Allah T pada diri, alam dan
takdir kehidupan setiap detik, mereka adalah golongan yang benar
mencapai makrifat yang membuahkan kebenaran Adab, Cinta, Faqir
dan Tauhid.

AL-MUKADDIMAH | 46

Wahai saudaraku, semakin bersih jiwa seseorang itu, maka semakin melimpah
nur pada jiwanya. Kekuatan nur yang melimpah akan dapat menyingkap
pandangan dan perjanjian di alam ruh dahulu, maka mengenal mereka akan
hakikat diri dan rahsia ilahi. Sebaiknya untuk mencapai hakikat ini, perlukan
bimbingan pembimbing Rohani10 yang benar. Jika sukar memiliki, banyakkan
selawat dan benar dalam mengamalkan sunnah, Insya Allah dengan
keberkatan selawat, kita dapat pemeliharaan Allah T daripada kesesatan.

ً‫َم ْن َصَلّى َعل َّي َصَلةً َوا ِح َدةً َصَلّى اللهُ َعلَْيِه ِِبَا َع ْشرا‬

“Barang siapa yang berselawat padaku satu selawat sekali, nescaya Allah
berselawat padanya 10 selawat.” (HR MUSLIM)

10 Murabbi atau pembimbing Rohani memulakan pendidikan dalam membina hati para

murid dengan Allah T melalui jalan zikrullah tanpa putus dalam jiwa. Ia adalah untuk
tali perhubungan dengan Allah T yang akan menghasilkan muraqabah dan

musyahadah.

                

“Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya aku ingat (pula) kepadamu”.
(Al-Baqarah : 152)

Zikir atau ingatan berterusan akan menyatukan perasaan cinta antara makhluk dan
Khaliq.

AL-MUKADDIMAH | 47

WUJUD MAKHLUK
DALAM QABDAH AR RAHMAN

Hakikat sebenar wujud tanpa berhajat kepada wujud yang lain hanyalah Allah
T. Wujud makhluk dan alam adalah berhajat pada wujud Allah T, ia adalah
wujud mumkinat, antara harus ada dan tiada. Diri kita wujud tetapi bukan
wujud milik sepenuhnya. Wujud kita diwujudkan, bukannya wujud yang boleh
berdiri dengan sendiri. Setiap saat kita diwujudkan dan setiap saat kita boleh
dihilangkan wujudnya. Wujud dan segala sifat kita sentiasa diperbaharui
setiap detik. Begitulah lemah, faqir dan dhaifnya segala makhlukNya dalam
segala hal.

Maka segala pergerakan yang ada pada alam bumi atau langit, zahir atau
ghaib, berada dalam Qabdah yakni “Genggaman Ar-Rahman”. Segalanya
bergerak atas kalimah “Bismillahirrahmanirrahim”-dengan nama Allah yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Justeru itu makhluk diharamkan takbur
(ananiah) dengan segala apa yang dimiliki kerana apa yang dimilikinya adalah
berada antara harus ada dan tiada, segala-galanya mumkinat dalam
Genggaman Ar-Rahman, pada setiap saat sama ada untuk mengadakan atau
meniadakan.

AL-MUKADDIMAH | 48

Merasai Kasih Sayang Allah

Sesungguhnya Allah T sedia dahulu menunjukkan cintaNya kepada
hambaNya. Teramat banyak dan agung kecintaan Allah T kepada manusia,
cinta yang tanpa batas dan tanpa syarat. Namun, manusia yang buta dengan
kebesaran, kekuasaan dan cinta Allah T kepadanya. Cinta Allah T adalah
cinta yang tak terbatas, cinta sebenar-benarnya cinta, tetapi ramai manusia
tidak merasai atau sengaja menjauhi rasa cinta Allah T dalam hidupnya
lantara terhijab oleh hawa nafsunya.

ََ‫َقدمَعلىَالنبََصلىَاللَعليهَوسلم‬:َ‫عنَعمرَبنَالطابََرضيَاللَعنهََقال‬
ََ‫َإذاَوجدتَصبياَفَالسب‬:َ‫َفإذاَامرأةَمنَالسبَقدََتلبَثديهاَتسعى‬،َ‫سبى‬

َ‫َفقالَلناَالنبََصلىَاللَعليهَوسلمََ”َأَتََرَو َن‬،َ‫َوأرضعته‬،َ‫أخذتهَفألصقتهَببطنها‬
ََ‫َلله‬:َ‫َفقال‬.ََ‫َوهَ َيَتََق َدرََ َعل َىَألَتَطََر َحه‬،َ‫َ َل‬:َ‫هَ َذَهَ َطاَرحََةََوَل َد َهاَ َفَالنَااَرَ؟َقََلَنا‬
‫أََرحََمَبَعََباَدَهََم َنَهَ َذهََبََوَلدَ َها‬

dari Umar bin Khatab r.anhu berkata, beberapa tawanan perang dihadapkan
kepada Rasulullah ‫ﷺ‬. Diantara tawanan perang itu terdapat seorang wanita
yang memerah susu dada dan berusaha mencari – sehingga ia menemukan
seorang anak kecil dalam kelompok tawanan itu. Wanita itu segera
menggendong dan menyusuinya. Lalu Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬bersabda; apakah
kalian melihat ibu ini melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab,
tidak dan ia mampu untuk tidak melemparkannya. Lalu Nabi bersabda,
sesungguhnya Allah lebih sayang kepada hamba-Nya, melebihi sayangnya ibu
kepada anaknya”. (HR BUKHARI & MUSLIM)

           

“dan adalah Dia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang
Yang beriman (di dunia dan di Akhirat)”. (Al Ahzab : 43)

AL-MUKADDIMAH | 49

Pada umumnya, setiap mukmin yang jika ditanya apakah ia mencintai Allah,
mereka akan menjawab, “ya, aku mencintai Allah”. Cinta tidak memadai
melafazkan akan tetapi mencintai Allah adalah dengan sedia belajar
memahami bahasa cinta Allah kepada makhluknya. Allah T berfirman:

                          

             

“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya”. (Al Baqarah : 216)

Apa yang datang dari Allah T itu yang terbaik, cuma kita tidak memahami
bahasa cinta-Nya. Kita melihat sesuatu itu baik dari kacamata kita namun
belum tentu baik disisi Allah T. Demikian juga sebaliknya. Maka kembali
memahami bahawa yang mengetahui yang terbaik pada ketentuan diri dan
hidup kita ialah Allah T. Kita hamba Dia Allah T. Adakalanya Allah T
berbahasa kepada makhluk dengan bahasa ujian, kafarah atau nikmat.

                           

                       

      

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan
takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang
Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
"Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami
kembali." (Al Baqarah : 155-156)

AL-MUKADDIMAH | 50

َ‫ماَيصيبََالمسلَمَم َنَنص َبَوَلَوص َبَولََهَمَوَلَحزَنَولََأذ َىَوَلَغَمَحّاَت‬
‫ال اشوكََةَيشاكهاَإالََكافرََاّلاَلَِباَمنََخطاَيَه‬

“Tidak lah seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemalaratan, kegundahan,
kesedihan, kesakitan mahupun dukacita bahkan duri yang melukainya,
melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dengan lantaran
apa yang menimpanya itu”. (HR BUKHARI)

َ‫إ اَنَعظمََالزاءََمعََعظَمَالبلءََوإ اَنَاّلالََإذاَأح ابََقوَمَاَابتلهَمَفمنََرض َيَفلهََالرضا‬
َ‫ومنََسخطََفلهََال اسخط‬

“Sesungguhnya besar ganjaran bergantung kepada beratnya ujian. Dan
sesungguhnya apabila Allah cinta kepada suatu kaum, maka Dia akan menguji
mereka, barangsiapa yang redha, maka baginya keredhaan Allah. Namun
barangsiapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah”. (HR TIRMIZI)

Maka sifat wali Allah T itu, berkata Syaikh Abdul Qadir Al Jailani rhm:
“Tiada membezakan seorang itu dengan mereka yang mencapai darjat kewalian
disisi Allah pada ibadah dan ilmunya, tetapi yang membezakan ialah kekuatan
dan kebesaran jiwa dalam menghadapi sesuatu lantaran kekuatan akidah
mereka”11

Allah Taala berfirman:

                       

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari
sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita”. (Yunus : 62)

11 Kitab al-Fath al Rabbani wa al-Faidh al-Rahmaniy

AL-MUKADDIMAH | 51

AGAMA ITU AKHLAK

Seseorang telah datang menemui Rasulullah ‫ ﷺ‬dan bertanya, wahai
Rasulullah, “apakah itu agama?” Nabi ‫ ﷺ‬menjawab, “budi pekerti (akhlak) yang
baik”, kemudian ia datang dari sebelah kanan dan bertanya, “Wahai Rasulullah,
apakah itu agama? Nabi menjawab, “budi pekerti yang baik”, dan ia menghampiri
Nabi ‫ ﷺ‬dari sebelah kiri dan bertanya, wahai Rasulullah, “apakah itu agama?”
Nabi ‫ ﷺ‬menjawab, “budi pekerti yang baik”. Kemudian ia mendatangi Baginda ‫ﷺ‬
dari belakang dan bertanya, “wahai Rasulullah ‫ ﷺ‬apakah itu agama?” Nabi ‫ﷺ‬
menoleh kepadanya dan bersabda, “belum jugakah engkau mengerti? Agama itu
akhlak yang baik”12.

       

“dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia”.
(Al Qalam : 4)

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

‫إَّانَاََبََعثَتََ َلتَامََمَ َكاَرَمَا َل َخ َل َق‬

“Sesungguhnya aku diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak (keluhuran
budi pekerti)”. (HR BUKHARI, BAIHAQI & HAKIM)

Sesungguhnya ajaran tauhid ini tidak berpisah dengan pendidikan akhlak.
Pemisahan antara keduanya mengakibatkan ramai yang kelihatan beriman
tetapi tiada akhlak. Akhlak yakni budi pekerti yang baik adalah buah dari iman
(tauhid) dan peribadi yang buruk lahir dari kesan lemahnya iman.
Kesempurnaan akhlak seseorang lahir dari keikhlasan jiwa adalah buah dari
tauhid dan keimanan yang mendalam.

12 Al-targib wa al Tarhib (3:405)

AL-MUKADDIMAH | 52

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

‫أك َملَالمؤمنينَإْياًنَأحسنهمَخلقَا‬

“Kaum Mukminin yang paling sempurna imannya adalah yang akhlaknya paling
baik di antara mereka”. (HR TIRMIZI & AHMAD)

Islam adalah ajaran yang membawa dua bentuk hubungan yang harmoni,
yakni hubungan dengan Allah (hablun minallah) dan hubungan sesama manusia
(hablun minannas). Manusia juga dituntut menjaga hubungan yang baik dengan
alam, haiwan serta makhluk Allah T yang lain selari dengan tugas sebagai
khalifah.

                         

“mereka ditimpakan kehinaan (dari Segala jurusan) di mana sahaja mereka
berada, kecuali mereka berpegang dengan tali (hubungan) Allah dan tali
(hubungan) di kalangan manusia”. (Al Imran : 112)

Dari Abdullah Bin Umar r.anhu, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

‫المسلمَمنَسلمَالمسلمونَمنَلسانهَويدَه‬

“Orang muslim ialah muslim lain selamat dari lisan dan tangannya”.
(HR BUKHARI & MUSLIM)

‫إ انَمنَأخيكمَأحسنكَمَخلقا‬

"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik akhlaknya"
(HR BUKHARI, TIRMIZI & AHMAD)

AL-MUKADDIMAH | 53

AKHIR KALAM

Pendidikan tauhid Makrifat bukan gerakan yang membawa kemarahan,
kebencian, dendam, radikal dan jauh sekali mahu bersifat zalim kepada
sesiapa. Ajaran ini datang bertujuan membawa seluruh bani Adam kembali
beriman dan makrifat kepada Allah T melalui wasilah Rasulullah ‫ ﷺ‬yang
membawa cinta dan adab lalu berbuah jiwa yang faqir dan sembuh dari
pelbagai kejahatan hati, terbangunnya ibadah yang khusyu’, akhlak yang
indah, membawa dakwah salaman, mewujudkan keadilan, kasih sayang,
kedamaian dan rahmatan lil alamin.

Sesungguhnya jalan makrifat sahaja, jiwa manusia akan bahagia, tenang dan
rasa dekat dengan Allah T. Makrifat itu membawa kepatuhan dan
penyerahan diri dengan redha atas semua kehendak Allah T.

Kita tidak boleh bangunkan ummah ini dengan menjadikan semua alim, ahli
pesantren, ahli ibadah, al-hafiz, ahli hadis, ahli bijak pandai namun kita boleh
bangunkan ummah ini dengan tauhid makrifat lantaran ia hanya berhajat
kepada sekeping hati yang jernih. Seluruh manusia berhajat kepada ilmu ini
tanpa mengira kedudukan dan darjat mereka, siapakah diri mereka. Ini kerana
ilmu ini membawa dirinya menjadi hamba yang benar dalam makrifat, tenang,
baik adab, tidak radikal, khusyu’ ibadahnya dan teguh syariatnya.

Semua boleh bersama tanpa mengubah watak, pakaian dan pekerjaan mereka
selagi masih menepati syariat.

Perjuangan tauhid ini adalah jawapan sebagai penawar utama untuk
membangunkan kembali kekuatan Islam di akhir zaman ini sebagaimana ianya
adalah pemangkin utama penyebaran awal Islam dibawa oleh Rasulullah ‫ﷺ‬.

AL-MUKADDIMAH | 54

Sesungguhnya daulah madinah adalah zaman yang mana hati-hati manusia
miliki nur nubuwwah sehingga Allah T dan Rasul terlebih mereka cintai dan
utamakan lebih dari diri mereka sendiri. Moga zaman nubuwwah kembali
bersinar di alam ini agar seluruh bani adam kembali mengenal dan mencintai
Allah dan RasulNya.

Moga penulisan buku ini memberi manfaat untuk kita, masyarakat, negara,
nusantara dan cahayanya membawa kebahagiaan dan kedamaian ke seluruh
dunia.

AL-MUKADDIMAH | 55

SENARAI RUJUKAN

1. Tahqiqul Maqam Ala Kifayatil Awam Fi Ilmi Kalam,Syeikh Ibrahim Al
Baijuri, Dar Al Kutub Islamiah

2. Syarhu Tijan Ad Darariy Ala Risalah Al Baijuri Fil Tauhid, Al Muddaqiq
Syeikh Muhammad Nawawi Al Jawi, Dar Al Kutub Islamiah

3. Faridah Al Faraid Fi Ilmi Aqaid, Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al
Fathani, Maktabah Ben Halabi

4. Hasyiah Al Bajuri Ala Matni Sanusiyati Fil Aqidah, Syeikh Ibrahim Al
Bajuri, Dar Al Farfur (1993)

5. I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamah, K.H Sirajuddin Abbas, Pustaka Aman
Press Sdn Bhd (2009)

6. Allah, Syariat dan Hakikat, Syaikh Ibrahim Muhammad, Zawiyah Syaikh
Abdul Malik, Sunan Publishing (2013)

7. Bakurah Amani, Syaikh Wan Ismail Al Fathani, Maktabah Ben Halabi

8. Jalal al Afham fi Syarhi Aqidah al Awam, Kiyai Muhammad Ihya
Ulumuddin, Darul Ulum al Islamiah Surabaya

9. Tahzib Syarah al Sanusiah, Syaikh Said Faudah, Darannoor (2013)

10. Ahlul Sunnah Al-Asyairah, Syahadah Ulama’ al-Ummah Wa Adillatahum,
Syaikh Hamd Sinan, Syaikh Fauzi al-Anjari, Darul Dhiya’ (2010)

11. Terjemahan & Syarahan Risalah Al Bajuri Fil Tauhid, Muhammad Hanif
Bin Ibrahim, Sunan Publishing (2015)

AL-MUKADDIMAH | 56


Click to View FlipBook Version