KURSUS PENINGKATAN PDP DAN
KEMAHIRAN PEDAGOGI TASKA KEMAS
PEDAGOGI DI TASKA
(PERMATA)
Rosmah Abd. Ghani,
MA Pendidikan awal Kanak-kanak
Jabatan Pendidikan
Awal Kanak-kanak
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu.
[email protected]
rosmah.rosmahpra.com
PEDAGOGI PERMATA
• Belajar Melalui Bermain
• Konsep 3E
• Aktiviti-aktiviti di Taska
• Peranan Guru
PEDAGOGI PERMATA
PEDAGOGI TASKA (PERMATA)
Kurikulum PERMATA Negara mengguna pakai
pedagogi yang bersesuaian dengan kanak-kanak 0-4
tahun iaitu Pedagogi Bermain.
Amalan pedagogi ini telah diterima pakai di seluruh
dunia kerana didapati kanak-kanak bukan sahaja
‘bermain’ tetapi ‘belajar’ semasa mereka bermain.
Pendekatan ini dinamakan “Belajar Melalui Bermain’.
Pakar perkembangan kanak-kanak menerangkan,
bermain adalah 'kerja' kanak-kanak, kerana secara
fitrahnya kanak-kanak suka bermain dan ia
melibatkan pengalaman langsung mengendali dan
memanipulasi alat-alat mainan dan bahan-bahan
dalam persekitarannya.
PENDEKATAN BELAJAR
MELALUI BERMAIN
• terancang dan berstruktur
• memberi peluang kepada kanak-kanak belajar
dalam suasana yang bebas, selamat,
menggembirakan dan bermakna.
• diberi penekanan dalam pendidikan awal kerana
bermain merupakan fitrah atau tingkah laku
semula jadi kanak-kanak. berpeluang meneroka
serta membina pengalaman langsung serta
bersifat semula jadi.
• bermain dapat meningkatkan perkembangan
menyeluruh kanak-kanak (Ex. fizikal, kognitif,
sosio emosi, bahasa serta potensi juga akan
meningkat ke peringkat maksimum
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2017).
MENGAPA BELAJAR MELALUI
BERMAIN ?
MENGAPA BELAJAR MELALUI BERMAIN?
Pendekatan bermain sambil belajar mempertingkatkan:
1) perkembangan kognitif,
2) berkeinginan meneroka yang tinggi,
3) memiliki kemahiran motor kasar dan motor halus
yang baik.
4) mempertingkatkan kemahiran inovatif, kritis serta
kreatif,
5) mengatasi kebimbangan dan tekanan.
Pendekatan main ini juga memfokuskan kepada aktiviti
menyeronokkan, meneroka serta berinteraksi dengan
persekitaran, bermain secara bebas serta terancang
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2003a).
AKTIVITI BERMAIN YANG DIGALAKKAN DI TASKA
JENIS PERMAINAN
• Permainan Bebas
• Permainan Manipulatif
• Permainan Kognitif
• Permainan Fizikal
• Permainan Bahasa dan
• Literasi Awal
• Permainan Sensori
• Permainan Kreatif
• Permainan Tradisional
Field Trip
Bincangkan pendekatan
aktiviti berikut……
KONSEP 3E DI TASKA
Meneroka
(Exploring
3E
Mengalami Mengeksperimen
(Experiencing) (Experimenting)
PEMBELAJARAN BERASASKAN
KONSEP 3E
Pembelajaran berasaskan konsep 3E
melibatkan:
1) pembelajaran secara hands-on dan aktif.
2) berpeluang meneroka masalah atau perkara-
perkara yang terdapat dalam persekitaran.
3) membolehkan kanak-kanak menyiasat perkara
yang mereka ingin tahu dan memanipulasikan
bahan-bahan yang mereka ingin terokai seperti
tumbuh-tumbuhan, batu-batan, serangga,
haiwan, air, angin, magnet dan lain-lain.
PEMBELAJARAN BERASASKAN
KONSEP 3E (samb)
4) Melalui eksperimentasi, kanak-kanak belajar :
i) mengendali dan mengguna alat-alat seperti
kanta pembesar, perangkap serangga, jangka
suhu, penimbang, dan alat-alat lain-lain.
ii) Kanak-kanak diberi peluang menguji idea-idea
mereka sendiri, meneliti perhubungan dan
iii) memanipulasi bahan-bahan.
*Penerokaan tidak semestinya berlaku di luar
TASKA sahaja
Eksperimen
Contoh aktiviti eksperimen dijalankan di dalam
TASKA:
i. kanak-kanak diberi peluang menguji
campuran minyak dan air,
ii. membuat buih dari sabun,
iii. mengukur jarak atau panjang objek dan
membina carta,
iv. mengukur berat dan tinggi rakan-rakan
mereka dan membuat graf dan sebagainya.
Eksperimen
Eksperimen sains yang boleh dilakukan oleh kanak-
kanak di TASKA PERMATA ialah:
1. Meneroka bayang-bayang di waktu pagi atau petang
2. Membuat doh
3. Memeriksa batu-batan, tanah dan pasir
4. Meneroka ciri-ciri tumbuh-tumbuhan, biji benih dan bentuk-
bentuk dan tekstur daun, membuat pengelasan,
mengumpul dan melukis daun/bunga/buah-buahan
5. Meneroka bunyi
6. Meneroka suhu, panas dan sejuk, angin dan udara segar
7. Meneroka serangga dan haiwan dalam persekitaran
8. Meneroka pergerakan dan lantunan bola.
KONSEP 3E
• Membina ciri-ciri penyelesaian masalah secara
saintifik
• Meningkatkan kefahaman kanak-kanak terutama
tentang dunia persekitaran mereka.
• Pendidik hendaklah sentiasa memerhati,
menghargai dan berbual dengan kanak-kanak
tentang apa yang mereka lakukan.
• Minat dan semangat yang ditunjukkan oleh
pendidik akan mengukuhkan lagi keyakinan dan
keupayaan kanak-kanak untuk terus meneroka,
mengeksperimenkan seperti seorang saintis.