The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Hajar Mohd Yusoff, 2022-05-20 16:47:47

buku pengurusan sekolah 2022

buku pengurusan sekolah 2022

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.2.7 PENGURUSAN PENTAKSIRAN KOKURIKULUM

TAHAP TINDAKAN TAHAP KUALITI

Mengurus kelab / persatuan dengan Tindakan dilaksanakan
1. merancang pentaksiran 1. mengikut ketetapan/prosedur/arahan yang
2. melaksanakan pentaksiran
3. menganalisis data dan maklumat berkuat kuasa
2. mengikut keperluan/kesesuaian
pentaksiran 3. secara menyeluruh meliputi setiap murid yang
4. mengambil tindakan susulan / intervensi
terlibat
4. secara berterusan/berkala

3.2.7.1 JAWATANKUASA DATA KOKURIKULUM / PAJSK SEKOLAH

PENGERUSI : TN HJ AHMAD SYAR’E BIN YUSOF

PK KOKO

SETIAUSAHA :EN MUHAMMAD AZERI BIN HIZLAH

AHLI JAWATANKUASA : PN JASIKA BT NOOR JANIHAN

PN ZAMIDA BT YUSOF

EN HAZULLY BIN ISHAK

PN NUR AYUNI BT HAMDAN

EN MOHAMAD AZAM BIN HAMID

EN MOHD EZUASYAIRI BIN MOHD MUKRI

96

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

KETETAPAN
PENGURUSAN

HEM
STANDARD 3.3

97

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3.3.1 KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID

1. JADUAL KEDATANGAN MURID (JKM)
• Guru mata pelajaran waktu pertama mencatat kehadiran murid di group whatsapp kehadiran
sebelum pukul 8.00 pagi.
• Murid yang hadir lewat dan murid yang mewakili sekolah dalam acara rasmi di luar sekolah dikira
hadir
• Sila pasti catatan online sama dengan maklumat e-Kehadiran dalam APDM yang dikunci masuk
sebelum jam 9.00 setiap pagi. Murid yang tidak hadir tanpa sebab, akan dikenakan tindakan disiplin
pada hari berikutnya
• Data kehadiran bulanan dalam APDM hendaklah dicetak pada setiap hujung bulan oleh Guru
Kelas dan dihantar kepada GPK HEM.

2. MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (BWN)
• Bagi murid "Bukan Warga Negara” (BWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM120.00 bagi sekolah
rendah setiap tahun wajib dibayar dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran
mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap murid BWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut
arahan Pendaftar Sekolah.
• Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah – surat kebenaran sekolah bagi bukan warga

3. FAIL PERIBADI MURID
• Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
• Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail.
Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
• Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, sijil, keputusan
Peperiksaan Dalaman, keputusan PBD / PBS, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan
disimpan dalam fail ini.
• Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan .
• Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau
bertukar sekolah.
• Semua fail perlu disimpan dalam kabinet berlabel di pejabat
• Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi me-
maklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang
sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini.

4. PENDAFTARAN MURID BARU
• Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM setelah dipastikan Status kewarganegaraan
telah dikenal pasti.
• PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang APDM) dilengkapkan oleh ibu
bapa/penjaga pada masa tu juga. Jika murid membawa bersama APDM dari sekolah asal, sila
pasti- kan maklumat adalah lengkap dan terkini

98

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

• Guru APDM akan kunci masuk data murid-murid baru dalam APDM. Bagi murid asal, guru kelas
hanya mengemaskini data APDM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru
APDM / guru data.

• Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa / bantu-
an dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.

• Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang me-
merlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, OKU dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk
tindakan.

• PK HEM perlu mendapatkan dokumen berikut:
1. Laporan Disiplin,
2. Penilaian Amali Fardu Ain (PAFA)
3. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
4. dan lain-lain berkaitan dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar.
Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen
berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.

• PK HEM akan menyerahkan borang APDM kepada guru Kelas / Guru Data untuk pengisian butiran di
komputer.

• Guru Kelas perlu merekod butiran murid ke dalam Bku Pendaftaran Murid.

5. MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
• PK HEM perlu memastikan permohonan pindah keluar mesti dibuat oleh waris murid dengan mengisi
borang Jadual Ketiga dengan lengkap
• PK HEM akan menyerah Senarai Semak Pindah Keluar kepada Guru Kelas untuk tindakan lanjut dan
perlu mencatatkan maklumat pindah dalam JKM kelas.
• Semua fail yang berkaitan dengan murid termasuk fail sulit akan diberikan kepada waris dalam
jarak masa seminggu sebelum tarikh murid berpindah.
• Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid:
1. Murid Tahun 6 yang tamat persekolahan tahun semasa.,
2.Bagi kes sijil hilang dari simpanan, pihak sekolah akan mengeluarkan
salinan Sijil Berhenti Sekolah dan dikompaun sebanyak RM 10 jika
permohonan menyertakan dokumen sokongan sebagai bukti bahawa
pemohon adalah bekas murid sekolah ini

6. PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
• Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
1. Ketua Kelas
2. Penolong Ketua Kelas
3. Bendahari
4. AJK Kebersihan
5. AJK Kelas Abad21

99

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

• Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
1. Papan Kenyataan Kelas (hadapan) yang mempamerkan
i. Carta Organisasi Kelas
ii. Jadual Waktu
iii. Jadual Bertugas Kelas
iv. Visi, Misi dan Motto Sekolah
v. Tagline kelas
2.Pelan kedudukan kelas ditampal di atas meja Guru
3. Inventori Kelas ditampal pada pintu hadapan kelas
4. Papan kenyataan lain dipenuhkan dengan pameran hasil kerja murid semasa, maklumat
Mata Pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa. Sebarang bentuk media bermaklumat amat
digalakkan.
5. Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyodok
sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang
dikhaskan dan berlabel.
6. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan pada pintu hadapan
dan pintu belakangkelas.
7. Sudut NILAM hendaklah disediakan di tempat khas dan berlabel.
8. Penjuru kanan atas papan tulis mesti dicatatkan maklumat tarik, hari dan bilangan murid hadir.
9. Penjuru kiri atas dikhaskan untuk maklumat PdP; Objektif Pembelajaran (LO) dan Kriteria
Kejayaan (SC) iaitu piawai PdP Abad 21 (PAK21)

• Guru Kelas hendaklah memastikan;
1. Semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri
2. disusun mengikut susunan kelas Abad 21

. 3. Perabot yang telah rosak hendaklah dibawa keluar untuk disimpan dalam stor pelupusan
peralatan sekolah.

• Kebersihan dan Keceriaan kelas:
1. AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari
persekolahan.
2. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas
sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru
dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.

3. AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja
murid dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.

4. Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan
meja dalam keadaan kemas dan teratur.

5. Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum
meninggalkan kelas.

6. Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.

100

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

7. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang
atau rosak.

8. Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
i. Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya
dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
ii. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
iii. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3.3.2 PENGURUSAN DISIPLIN MURID
A. ASAS UMUM DISIPLIN

1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah. Peraturan sekolah perlu difahami dan
dipatuhi.

2 Setiap murid wajib memiliki buku komunikasi dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan.
3 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan

tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
4 Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada murid-

murid dari semasa ke semasa.

B. DISIPLIN MURID
1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN.Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid
mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
melakukan kesalahan disiplin.
3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua
Guru Disiplin atau GPK HEM.
4 Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta
setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan
menerima hukuman dengan rela hati.
5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan
prasangka kepada murid.
6 Semua guru perlu menjadi role model - contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

C. KAWALAN /TANGGUNGJAWAB GURU
1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa
guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Budaya
Guru Penyayang)
2 Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah
disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
3 Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid-murid tidak memberi tumpuan

101

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
4 Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain

dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk koridor kelas dan melaporkan kepada

pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan lanjut.
6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat kerja

rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang
sewajarnya.

D. PEMERIKSAAN MENGEJUT
1 Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di
kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
2 Guru disiplin / guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan
pengawas akan menjalankan pemeriksaan mengejut dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan
dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari berkunci di bilik
GPK HEM.
4 Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
5 Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh ibu bapa /
penjaga murid selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani surat perjanjian.
6 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah diputuskan dalam
mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG.
7 Kehilangan barang-barang BERHARGA YANG DILARANG adalah di bawah tanggungjawab
murid-murid

E. PONTENG SEKOLAH

1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat
daripada ibubapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.

2. Guru Kelashendaklah menandakan "0” dalam Buku JKM kelas (sila rujuk)
3. Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:

3.1 Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod
Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).

3.2 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
Amaran 1 (AP1) ditandatangani oleh Guru Kelas
Amaran 2 (AP2) ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 3 (AP3) ditandatangani oleh GPKHEM
Buang Sekolah (BS) ditandatangani oleh Guru Besar.

Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah
Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.

102

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.3 Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar.
3.4 Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP1: Amaran

Pertama AP2: Amaran Kedua AP3: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah
3.5 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut

hendaklah dipatuhi:
3.6 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/

penjaga masing-masing.
3.7 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/

penjaga masing-masing dan berjumpa dengan GPKHEM terlebih dahulu.
3.8 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan

berjumpa dengan Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar
berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji.
3.9 Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan bersekolah semula
dan diluluskan oleh pihak JPN Johor.

F. BUKU KAWALAN KELAS(BKK)
1. Semua Guru Kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
2. BKK akan diedarkan kepada Guru Kelas pada setiap bulan oleh Setiausaha Kurikulum.
Adalah menjadi tanggungjawab Guru Kelas untuk memulangkan BKK ke Setiausaha
Kurikulum setiap bulan.
3. BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk
pada setiap waktu.
4. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
5. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/ lambat masuk kelas/
ponteng kelas semasa guru mengajar.
6. Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru MP
semasa waktunya.Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan
disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat
catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin / GPK HEM.
7. Ketua Guru Disiplin akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil nama murid yang
bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada hari berikutnya.
8. JK Disiplin hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna
9. Sekiranya BKK hilang , Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin sekolah
dengan segera.
10. Nama guru yang tidak hadir mengajar dalam BKK , Ketua Guru Disiplin hendaklah melaporkan
kepada PK HEM dan Guru Besar

103

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

G. PAS KEBENARAN KELUARKELAS
1. Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM atau
Setiausaha HEM pada awal tahun.
2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke bilik air, berjumpa guru dan sebagainya mesti
memakai pas berkenaan.
3. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas
daripada guru berkenaan atau guru yang berada di kelas sebelahnya jika tiada guru.

H. KAEDAH MENGATASI DISIPLIN
1. Pamerkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat:
I. kepada semua guru
II. kelas-kelas (untuk dipamerkan di Papan Kenyataan)
III. bilik-bilik khas
2. Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan
kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.
3. Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:
1. Merekod kesalahan murid dalam BKK
2. Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke mesyuarat
disiplin mengikut keperluan.
4. Senaraikan nama murid dan pamer di papan kenyataan:
Amaran Kehadiran – Pelajar yang menerima Surat Amaran Pertama, Kedua dan Serius serta
yang telah dibuang juga akan dipamerkan namanya di Papan Kenyataan.
5. Sijil Kehadiran Tertinggi – Kelas yangberjaya mencapai PeratusKehadiran Tertinggi ( Lebih 95 % )
akan diberikan sijil setiap bulan dan dipamerkan di Papan Kenyataan.
6. Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil kehadiran penuh dan anugerah 2 kali
pada Pertengahan dan akhir tahun.

I. PENGURUSAN PERHIMPUNAN MURID
1. Perhimpunan rasmi setiap hari Ahad. Masa perhimpunan 30 minit untuk sekolah rendah,
kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
2. Perhimpunan akan diuruskan oleh guru bertugas mingguan dan pengawas sekolah.
3. Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.
4. PK HEM perlu menyediakan Rekod Kehadiran Guru ke perhimpunan untuk memastikan semua
guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan bertindak sebagai role model.
5. Perhimpunan pagi setiap hari Isnin hingga Khamis selama 10 minit bertujuan untuk membuat
bancian kehadiran murid dan menyampaikan makluman penting sahaja dan tidak dimasukkan
dalam Jadual Waktu
6. Sila patuhi aturcara perhimpunan sekolah yang telah ditetapkan

104

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.3.3. PENGURUSAN KESELAMATAN MURID

1. Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).
2. Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan

sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.
3. Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan digalak

kan membeli Skim Insuran Takaful.
4. Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada

pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam
mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang
guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang
murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
5. Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak
terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.

A LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN
1. Sekolah mesti memastikan bahawa latihan pengungsian bangunan (firedrill) dijalankan 2 kali
setahun.
2. Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
3. Guru-guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, tetapi
secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah
dibantu keluar oleh guru mereka

4. Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan
gas ditutup sebelumkeluar.

5. Buku Jadual Kedatangan Murid (JKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat
berkumpul.

6. Guru Kelas mestilah mengambil JKM kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira
bilangan murid dengan segera. Mana- mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada
Pentadbir dengan serta-merta

B POLISI KESELAMATAN SEKOLAH
1. Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :-
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
Ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
Iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
2. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap
masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah (sila rujuk
surat pekeliling iktisas yang berkaitan)

105

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

C KENDERAAN MURID, KAKITANGAN DAN PELAWAT
1. Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
2. Guru-guru diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan
sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

D PONDOK KAWALAN KESELAMATAN
1. Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati
tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
2. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan
dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas
Pelawat terlebih dahulu.
3. Pengawal Keselamatan Sekolah mesti mengawal pergerakan murid keluar dan masuk sekolah.

3.3.4 PENGURUSAN KESIHATAN MURID

A REKOD KESIHATAN MURID

1. Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
2. Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di tahun 1 di awal

persekolahan. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah
menengah.
3. Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut, murid
boleh mendapatkanya daripada PK HEM.
4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila
Pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT diberikan kepada
murid oleh pegawai kesihatan.
5. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan
bersama Fail Peribadi murid berkenaan.

B KAD PERGIGIAN MURID
1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
2. Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk
mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi ter hadap anak /anak jagaannya.
3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan
berkenaan.

C SURAT RAWATAN MURID
1. Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana Penolong Kanan.
3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana
hospital atau klinik kerajaan.

106

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

D MURID SAKIT
1. Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang
sihat pada hari tersebut.
2. Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas boleh
menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
3. Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke
rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
4. Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru
bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik
atau hospital terdekat samada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau
menghubungi ambulan.
5. Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan
Guru Bertugas Mingguan dan Buku Rekod Keluar Murid.

E KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
1. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas,
tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
2. Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan
dan keceriaan kelas masing-masing.
3 Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan
kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses Pembelaja-
ran dan Pengajaran.
4 Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas dibersihkan setiap
hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan.
5 Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam
keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.
6 Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi di atas meja masing-masing sebelum meninggalkan
kelas pada waktu akhir persekolahan.

F KANTIN SEKOLAH
1 Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
2 Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan menyemak
Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN
3 Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir lain jika
berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
4 Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke PPD Muar dengan kadar
segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.
5 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid supaya mengamalkan
pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di
luar kawasan sekolah.

107

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Mingguan hendaklah berada di kantin bersama-sama
pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.

7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman di luar waktu rehat kecuali dengan
kebenaran khas.

G KEBERSIHAN KELAS
1 Murid mesti membersihkan kelas 5 minit sebelum waktu pertama bermula.
2 Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan untuk
waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat persekolahan.
3 Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa
sepanjang minggu bertugas.

3.3.5 PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID

A DASAR KEBAJIKAN MURID
1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Modul Pengurusan
Murid (APDM) yang sentiasa dikemaskini.
2 Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM:
i. Bilangan anak yatim di dalam kelas
ii. Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
3 Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-
murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam APDM
seperti:
i Biasiswa
ii Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
iii Bantuan Pakaian Seragam
iv Derma Kebajikan
4. Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang
mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
5 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan
sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri
sendiri.

B PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT).
1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari
pertama sesi baru persekolahan.
2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/
P.BT.8945/Jld.28(24) - 17Mac 2008).
3 Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis
nama.
4 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh
yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
5 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
108

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

C PENGURUSAN BIASISWA DAN BANTUAN LAIN
1 Guru bantuan yang dilantik mestilah memastikan murid yang berjaya menerima surat tawaran
dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.
2 Guru Kelas juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.
3 Bagi penerima bantuan yang berpindah masuk, Guru Bantuan berkenaan mestilah
mengenalpasti jika ada murid-murid baru yang pernah menerima bantuan semasa mereka di
sekolah terdahulu.
4 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima biasiswa dan bantuan-bantuan lain

3.3.6 PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

A. PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1 Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus uta-
ma iaitu:
1 Pembangunan sahsiah diri murid
2 Peningkatan disiplin diri murid
3 Pendidikan kerjaya murid
4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid

2 Unit Bimbingan dan Kaunselingharusdiuruskan mengikut etikanya,demimemelihara hak murid.
Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak
yang berkenaan sahaja.

3 GBKSM boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada
secara individu atau kelompok.

4 GBKSM mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah
diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung /
dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam
bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.

5 Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan
bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

B. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

1 Guru Bimbingan dan Kaunseling perlulah memastikan Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik ber-
jalan.
1. Mewujudkan profil setiap murid
2. Pelaksanaan Ujian Psikometrik
3. Menganalisa Ujian
4. Mengkelompokkan murid mengikut Minat Kerjaya

109

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.3.1 KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID

TAHAP TINDAKAN TAHAP KUALITI

Mengurus pelaksanaan hal ehwal murid Tindakan dilaksanakan
dengan 1. secara menyeluruh meliputi semua perkara
1. membuat ketetapan
2. mendokumenkan ketetapan (disiplin, keselamatan, kesihatan, bantuan
3. menyebarluaskan ketetapan pelajaran murid, perkhidmatan bimbingan dan
4. menyemak semula ketetapan kaunseling)/semua guru
2. mengikut keperluan/ kesesuaian sekolah
3. dengan mematuhi arahan yang berkuat kuasa/
prosedur
4. secara jelas/spesifik.

3.3.1.1 JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHAMD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN HARMILIA BT CHE MEH

AHLI JAWATANKUASA : PN SITI MARLIA BT HAMZAH

PN ZAMIDA BT YUSOF

EN HAZULLY BIN ISHAK

PN SITI HAJAR BT MOHD YUSOFF

PN IDA EZYANI BT OTHMAN

3.3.1.2 JAWATANKUASA SISTEM MAKLUMAT MURID (APDM)

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN SITI HAJAR BT MOHD YUSOFF

AHLI JAWATANKUASA : PN HARMILIA BT CHE MEH

PN ZAMIDA BT YUSOF

PN NUR AYUNI BT HAMDAN

PN SITI MARILIA BT HAMZAH

PN RAUDHATULJANNAH BT SARUN

PN PN NUR FARHANA BT MOHD NASIR

PN IDA EZYANI BT OTHMAN

DR JUHAIDA BT ABDUL AZIZ

PN NOR’AISAH BT MISKON

PN HAJAH RAFIZAH BT ISHAK

EN AZLI RIDUAN BIN MOHD NOOR

EN MOHD EZUASYAIRI BIN MOHD MUKRI

3.3.1.3 JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN ROHAYIDAH ERNNIETAH BT SABTURANI

AHLI JAWATANKUASA : PN RAPIDAH BT RIDHUAN

PN JASIKA BT NOOR JANIHAN

110

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.3.1.4 JAWATANKUASA REKOD PENDAFTARAN DAN FAIL PERIBADI MURID

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN RASHID

PK HEM

SETIAUSAHA :PN RAUDHATULJANNAH BT SARUN

AHLI JAWATANKUASA : EN AZLI RIDUAN BIN MOHD NOOR

SEMUA GURU KELAS

3.3.1.5 JAWATANKUASA BSN

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN NUR AYUNI BT HAMDAN

AHLI JAWATANKUASA : PN HARMILIA BT CHE MEH

PN SITI MARLIA BT HAMZAH

3.3.2 PENGURUSAN DISIPLIN MURID

TAHAP TINDAKAN TAHAP KUALITI

Mengurus disiplin murid dengan Tindakan dilaksanakan
1. menyebarluaskan peraturan sekolah 1. dengan mematuhi ketetapan disiplin/
2. menguatkuasakan peraturan sekolah
3. menganalisis data disiplin prosedur/arahan yang berkuat kuasa
4. merancang program pendidikan disiplin 2. secara menyeluruh meliputi semua murid/
5. melaksanakan program pendidikan
perkara
disiplin 3. secara berterusan/berkala
4. dengan mekanisme yang sesuai

3.3.2.1 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH / SSDM

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :EN HAZULLY BIN ISHAK

AHLI JAWATANKUASA : EN ADIB BAHARUDDIN BIN A BAKAR

EN MOHD EZUASYAIRI BIN MOHD MUKRI

EN MUHAMMAD AZERI BIN HIZLAH

EN MOHAMAD AZAM BIN HAMID

SEMUA GURU KELAS

3.3.2.2 JAWATANKUASA LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS DAN KETUA KELAS

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN HJH RAFIZAH BT ISHAK

AHLI JAWATANKUASA : PN SITI MARLIA BT HAMZAH

PN SITI HAJAR BT MOHD YUSOFF

SEMUA GURU KELAS

111

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.3.2.3 JAWATANKUASA PERHIMPUNAN MURID

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN HJH RAFIZAH BT ISHAK

AHLI JAWATANKUASA : EN HAZULLY BIN ISHAK

EN MOHAMAD AZAM BIN HAMID

EN ADIB BAHARUDDIN BIN A BAKAR

SEMUA GURU BERTUGAS MINGGUAN

3.3.2.4 JAWATANKUASA PROGRAM PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :EN MOHD EZUASYAIRI BIN MOHD MUKRI

AHLI JAWATANKUASA : PN JASIKA BT NOOR JANIHAN

PN NOR’AISAH BT MISKON

PN RAUDHATULJANNAH BT SARUN

3.3.3 PENGURUSAN KESELAMATAN MURID

TAHAP TINDAKAN TAHAP KUALITI

Mengurus keselamatan murid dengan Tindakan dilaksanakan
1. menyebarluaskan peraturan dan 1. dengan mematuhi ketetapan keselamatan/

prosedur operasi standard keselamatan prosedur/arahan yang berkuat kuasa
2. menguatkuasakan peraturan dan 2. secara menyeluruh meliputi semua warga

prosedur operasi standard keselamatan sekolah/ aspek keselamatan sekolah
3. merancang program pencegahan dan 3. secara berterusan/berkala
4. dengan mekanisme yang sesuai
kesedaran keselamatan
4. melaksanakan program pencegahan dan

kesedaran keselamatan

3.3.3.1 JAWATANKUASA KEBAKARAN DAN KESELAMATAN

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN RAUDHATULJANNAH BT SARUN

AHLI JAWATANKUASA : EN MOHAMAD AZAM BIN HAMI

EN MUHAMMAD AZERI BIN HIZLAH

PN NUR AYUNI BT HAMDAN

PN SITI MARILIA BT HAMZAH

3.3.3.2 JAWATANKUASA KAWALAN SEKOLAH SELAMAT

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :EN MUHAMMAD AZERI BIN HIZLAH

AHLI JAWATANKUASA : PN NORZAMRINA BT SAPIAI

EN MOHAMAD AZAM BIN HAMID

GURU BERTUGAS MINGGUAN

112

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.3.4 PENGURUSAN KESIHATAN MURID

TAHAP TINDAKAN TAHAP KUALITI

Mengurus program dan perkhidmatan Tindakan dilaksanakan
kesihatan dengan 1. dengan mematuhi ketetapan perkhidmatan
1. menyelaras pemeriksaan
kesihatan/ prosedur/arahan yang berkuat
kesihatan/rawatan/imunisasi kuasa
2. merancang program pencegahan dan 2. secara menyeluruh meliputi semua murid/
aspek kesihatan
kesedaran kesihatan 3. secara berterusan/berkala
3. melaksanakan program pencegahan dan 4. dengan mekanisme yang sesuai

kesedaran kesihatan
4. mewujudkan persekitaran yang

bermaklumat tentang kesihatan

3.3.4.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN KESIHATAN MURID

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN NOR’AISAH BT MISKON

AHLI JAWATANKUASA : PN JASIKA BT NOOR JANIHAN (RAWATAN GIGI)

EN MOHAMAD AZAM BIN HAMID

SEMUA GURU KELAS

3.3.5 PENGURUSAN BANTUAN PELAJARAN MURID

TAHAP TINDAKAN TAHAP KUALITI

Mengurus bantuan pelajaran murid dengan Tindakan dilaksanakan
1. mengenal pasti jenis bantuan 5. dengan mematuhi ketetapan bantuan
2. mengenal pasti murid yang layak
3. merekodkan maklumat murid yang pelajaran murid/ prosedur/arahan yang
berkuat kuasa
menerima bantuan 6. secara menyeluruh meliputi semua murid/
4. memantau prestasi/kemajuan murid jenis bantuan
7. secara berterusan/berkala
yang menerima bantuan 8. dengan mekanisme yang sesuai

3.3.5.1 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :EN HAZULLY BIN ISHAK

AHLI JAWATANKUASA : PN NUR FARHANA BT MOHD NASIR

SEMUA GURU KELAS

113

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

3.3.5.2 JAWATANKUASA BANTUAN MURID

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :DR JUHAIDA BT ABD AZIZ

AHLI JAWATANKUASA : PN HARMILIA BT CHE MEH (SETIAUSAHA HEM)

PN SITI MARLIA BT HAMZAH (KWAMP)

EN HAZULLY BIN ISHAK (SPBT)

PN ZAMIDA BT YUSOF (RMT)

PN SITI HAJAR BT MOHD YUSOFF (APDM)

SEMUA GURU KELAS

3.3.5.3 JAWATANKUASA PRASARANA SEKOLAH

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN NUR FARHANA BT MOHD NASIR

AHLI JAWATANKUASA : PN SITI MARLIA BT HAMZAH

PN SITI HAJAR BT MOHD YUSOFF

PN RAPIDAH BT RIDHUAN

PN ROHAYIDAH ERNNIETAH BT SABTURANI

EN MOHAMAD AZAM BIN HAMID

3.3.6 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHAP KUALITI

TAHAP TINDAKAN

114

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

Mengurus perkhidmatan bimbingan dan Tindakan dilaksanakan
kaunseling dengan 1. dengan mematuhi ketetapan hal ehwal murid/
1. merancang sesi bimbingan/kaunseling
2. melaksanakan sesi bimbingan/kaunseling prosedur/arahan yang berkuat kuasa
3. merancang program bimbingan dan 2. mengikut keperluan murid/ isu semasa
3. secara berterusan/berkala
kaunseling 4. dengan mekanisme yang sesuai
4. melaksanakan program bimbingan dan

kaunseling

3.3.6.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHAMD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN NORZAMRINA BT SAPIAI

AHLI JAWATANKUASA : PN IDA EZYANI BT OTHMAN

SEMUA GURU KELAS

3.3.6.2 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

PENGERUSI : EN NURULHAKIM BIN AHMAD

PK HEM

SETIAUSAHA :PN NORZAMRINA BT SAPIAI

AHLI JAWATANKUASA : EN MUHAMMAD AZERI BIN HIZLAH

SEMUA GURU

115

SEPANCAR (CHAMPION, AMBITIOUS, RESILIENT)

CATATAN

116


Click to View FlipBook Version