The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Hajar Mohd Yusoff, 2021-03-18 17:14:32

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

KATA-KATA ALUAN YDP PIBG SK PANCHOR

Assalamualaikum wbkth dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat

yang diberi dapat saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran
dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan guru guru yang
dapat hadir di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Sekolah
Kebangsaan Panchor Kali ke-39 ini.

Adalah menjadi harapan saya agar hubungan baik sedia terjalin antara
ibu bapa dan warga pendidik di sekolah ini bertambah akrab. Mesyuarat
Agung ini merupakan satu peluang terbaik untuk mengakrabkan hubungan
dan kesempatan untuk para ibubapa mengetahui perkembangan dan
keperluan sekolah.

Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini,
adalah usaha gigih pelajar , ibu bapa dan guru guru secara bersama dan
istiqamah , kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua
pihak.

Justeru itu saya menyeru ibubapa agar sentiasa memberi sokongan
moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar
yang berketerampilan , berwibawa dan sahsiah terpuji serta cemerlang dalam
kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan , sikap saling membantu dan
berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu
kunci kepada kejayaan tersebut.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik Sekolah Kebangsaan
Panchor yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab
mendidik serta membimbing anak-anak kami.

Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan
mendapat rahmat darinya.

Sekian. Terima kasih.

Rosman Bin Selamat

YDP PIBG SK PANCHOR 2019 - 2021

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SK PANCHOR

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera
Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
Inayahnya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 ini
dalam keadaan terkawal walaupun kita masih lagi berada dalam situasi
pandemik.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk
meningkatkan prestasi sekolah ini. Untuk makluman hadirin semua, tahun
2021 merupakan tahun yang penuh cabaran dalam memperkasakan
akademik dan sahsiah yang telah diadun khas untuk mencapai matlamat
kecemerlangan akademik yang dicita-citakan memandangkan berlaku
situasi pandemic yang masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

Oleh demikian, saya mengharapkan komitmen dan persefahaman
yang padu daripada semua pendidik dan ibu bapa sekalian yang merupakan
tonggak utama dalam memastikan pembelajaran dapat diteruskan dalam
suasana pembelajaran yang baru bagi tujuan mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Negara. Bertitik-tolak daripada itu, keikhlasan dan kerjasama
daripada ibu bapa dan guru akan melancarkan proses pembelajaran agar
tiada yang ketinggalan dalam mencapai matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan
ibu bapa agar dapat bersama-sama berganding bahu ke arah merealisasikan
hasrat dan merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 dan warga pendidik SKP pula, sekalung
tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana telah menjayakan
tugas dan peranan dengan penuh komited serta penuh kesungguhan.
Sesungguhnya tuan/puan telah berusaha serta berkorban masa dan tenaga
untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima
kasih yang tidak terhingga kepada AJK PIBG sesi 2020/2021, guru-guru, ibu
bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha
kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,
Ruslin @ Roslin bin Rahmat

0930 Pagi : Pendaftaran
10.00 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39
11:30 Pagi : Bersurai

1.0 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
2.0 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
3.0 : Perkara Berbangkit
4.0 : Membentang dan Menerima Laporan Kewangan
5.0 : Pengesahan Kutipan Sumbangan PIBG, Bayaran
Persekolahan 2022
6.0 : Membentang dan Membahaskan Usul
7.0 : Ucapan Penangguhan

JAWATAN NAMA
PENASIHAT : EN. RUSLIN @ ROSLIN BIN RAHMAT
YANG DIPERTUA : EN. ROSMAN BIN SELAMAT
NAIB YANG : EN. HASAN BIN KANDAR
DIPERTUA
SETIAUSAHA : PN. SITI HAJAR BINTI MOHD YUSOFF
BENDAHARI : PN. SITI MARLIA BINTI HAMZAH
AHLI : 1. EN. ABD RAHIM BIN HUSAIN
JAWATANKUASA : 2. PN. PONIRAH BINTI HUSIN
IBU BAPA : 3. PN. ZURIATI BINTI BASRI
: 4. PN. AZLINA BINTI MD SALLEH
AHLI : 5. EN. MOHD ROSDI BIN MOHD JAMIL
JAWATANKUASA : 6. EN. JUHAIRI BIN ABDUL JALIL
GURU : 7. PN. SITI AINI BINTI YUSOF
: 1. EN. HAZULLY BIN ISHAK
PEMERIKSA : 2. PN. NOR’AISAH BINTI MISKON
KIRA-KIRA : 3. PN. NUR FARHANA BINTI MOHD

NASIR
: 4. PN. RAFIZAH BINTI ISHAK
: 5. PN. IDA EZYANI BINTI OTHMAN
: 1. EN. MUHD RUHANI BIN MD AFANDI
: 2. PN. SITI HAMIZAH BINTI MOHD

IDRIS

Penasihat : En. Ruslin @ Roslin bin Rahmat
Pengerusi : Guru Besar SK Panchor
T/Pengerusi : En. Rosman bin Selamat
YDP PIBG SK Panchor
Setiausaha : En. Abdul Razak bin Ismail
Bendahari : Penolong Kanan Pentadbiran SK Panchor
En. Mohd Zamri bin Abdullah
Penolong Kanan HEM SK Panchor
Tn. Hj. Ahmad Syar’e bin Yusof
Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Panchor
Pn. Siti Hajar binti Mohd. Yusoff
Pn. Siti Marlia binti Hamzah

PENDAFTARAN BUKU PROGRAM
Pn. Ida Ezyani binti Othman Pn. Siti Hajar binti Mohd Yusoff
Pn. Nur Ayuni binti Hamdan Pn. Siti Marlia binti Hamzah
Pn. Amuta a/p Subramaniam En. Abdul Rahim bin Husain
Pn. Azlina binti Md Salleh Pn. Zuriati binti Basri
Pn. Siti Aini binti Yusoff

PENYEDIAAN TEMPAT SIARAYA & ICT (LIVE STREAMING)
En. Hazully bin Ishak En. Muhammad Azeri bin Hizlah
En. Azli Riduan bin Mohd Nor En. Adib Bahruddin bin A. Bakar
En. Abdul Fahmi bin Bedolah Dr. Juhaida binti Abdul Aziz
En. Mohamad Azam bin Hamid En. Hazully bin Ishak
En. Mohd Rosdi bin Mohd Jamil
En. Juhairi bin Abd Jalil

FOTOGRAFI & DOKUMENTASI JAMUAN AJK, GURU & IBU BAPA
Pn. Nur Farhana binti Mohd Nasir Pn. Rafizah binti Ishak
Pn. Rohayidah Ernnietah binti Sabturani Pn. Harmilia binti Che Meh
Pn. Jasika binti Noor Janihan Pn. Raudhatuljannah binti Sarun
Pn. Aaisah binti Saat
PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn. Ponirah binti Husin
Pn. Nor’aisah binti Miskon En. Hassan bin Kandar
Pn. Zamida binti Yusof
Pn. Norzamrina binti Sapiai



Tarikh : 1 Mac 2020
Hari : Ahad
Masa : 11.50 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Panchor

AGENDA
1. Ucapan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)

1.0 Kata alu-aluan oleh pengerusi.
2.0 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang

menghadiri mesyuarat kali ini.

1. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-37
2.1 Pn. Siti Hajar binti Mohd Yusoff selaku setiausaha membentangkan minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37.
2.2 Pengerusi meminta semua ahli mesyuarat yang hadir agar menyemak minit
mesyuarat yang telah diedarkan.
2.3 Pengerusi meminta sebarang pertanyaan, bantahan atau cadangan ahli
PIBG berkenaan minit mesyuarat yang lepas. Tiada sebarang pertanyaan,
bantahan atau cadangan diberikan.
2.4 Pengerusi meminta pengesahan daripada ahli yang hadir pada mesyuarat
yang lepas. Encik Eddie Rizal bin Mohd Jaberi mencadangkan pengesahan
minit mesyuarat dan disokong oleh Puan Erdawati binti Abdullah.

3.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG Sesi 2019/2020
3.1 Pn. Siti Marlia binti Hamzah selaku bendahari PIBG membentangkan
Laporan Kewangan Tahunan PIBG 2019
3.2 Beliau juga meminta ahli merujuk Laporan Kewangan dan menyatakan
bahawa kewangan berakhir 2019 adalah berjumlah RM 7 417.68.
3.3 Beliau juga memaklumkan bahawa jumlah kutipan pada awal Tahun 2020
adalah 148 x RM50 = RM 7 400.
3.4 Cadangan pengesahan Laporan Kewangan Tahunan PIBG 2019 oleh Pn
Norain binti Ismail dan disokong oleh En Ahmad Husni bin Hassan.

4.0 Cadangan Bayaran PIBG dan Bayaran Persekolahan Bagi Tahun 2021
4.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat, mengenai bayaran
sumbangan PIBG bagi tahun 2021. Beliau mencadangkan agar bayaran
yuran PIBG bagi tahun 2021 dikekalkan seperti mana bayaran pada tahun
2020.
4.2 Ahli sebulat suara bersetuju agar bayaran PIBG adalah sebanyak RM 50.00
sekeluarga.
4.3 Pengerusi mencadangkan agar bayaran PIBG dibuat awal untuk tahun
hadapan iaitu pada bulan Oktober 2020. Ibu bapa sebulat suara bersetuju
kerana memudahkan urusan mereka pada tahun hadapan.
4.4 Guru besar membentangkan cadangan bayaran bagi persekolahan tahun
2021 dan bayaran modul bagi mata pelajaran teras tahun 6.
4.5 Ahli sebulat suara bersetuju dengan bayaran yang dicadangkan.
4.6 Guru Besar juga memaklumkan bahawa bagi murid yang bukan
warganegara, murid tersebut perlu membayar yuran sekolah dan tidak
layak untuk menerima sebarang bantuan.
4.7 Pengerusi turut menyatakan bahawa pihak sekolah memohon agar
pembayaran bagi lembaran kerja turut dinaikkan daripada RM 15 kepada
RM20 begitu juga dengan pembayaran untuk peperiksaan daripada RM15
menjadi RM20. Ini kerana kos kertas meningkat.

4.8 Pengerusi memaklumkan juga dengan bayaran program sekolah
sebanyak RM30 iaitu RM 10 untuk Hal Ehwal Murid, RM10 bagi
Kurikulum dan RM10 bagi Kokurikulum.

4.9 Pn Wana mencadangkan agar bayaran PIBG dikurangkan kerana
terdapat bayaran lain.

4.10 Pn. Noraya binti Deraman meminta pendapat agar bayaran dibuat
secara ansuran.

4.11 Ibu bapa sebulat suara bersetuju tentang bayaran kenaikan bayaran
tersebut dan bayaran sumbangan PIBG adalah sama iaitu RM50.00.
Pihak sekolah bersetuju sekiranya ada ibu bapa yang mahu membayar
secara ansuran. Guru besar turut menerangkan sebahagian bayaran
tersebut adalah untuk fotostat kerana sebelum ini kos tersebut dibuat
oleh guru sendiri. Oleh itu beliau berharap agar ibu bapa sama-sama
membantu. Bayaran yang dinyatakan juga adalah untuk aktiviti yang
dilaksanakan oleh Kurikuum, HEM dan Kokurikulum.

5.0 Perbahasan Usul-Usul

5.1 Pengerusi memaklumkan usul-usul yang telah dihantar kepada pihak

sekolah telah diberi maklumbalas.

5.2 Usul yang dibentangkan oleh Pn. Noraini binti Ismail ibu kepada

Muhammad Fahim in Mohd Fazli, berkaitan dengan kebersihan di

pondok menunggu dan pemohonan air Milo bagi Hari sukan atau

program-program sekolah.

Maklumbalas: Cadangan pertama, guru besar memaklumkan pihak

sekolah akan memasang jarring untuk mengawal burung-burung

tersebut dan meminta pekerja membersihkan tempat tersebut dua kali

sehari. Cadangan kedua, guru besar memaklumakn bahawa setiap

tahun pihak sekolah akan dapat air Milo tetapi masa ditentukan oleh

pihak Nestle. Insyaallah pihak sekolah akan cuba untuk membuat

pemohonan untuk program-program tersebut.

5.3 En Juhari bin Abdul Jalil bapa kepada Ahmad Sufi Khairi bin Juhari
memohon agar tingkatkan kebersihan tandas sekolah dan memohon
bonggol bagi jalan utama di hadapan sekolah.
Maklumbalas: Guru besar memaklumkan perkara pertama telah
dimaklumkan kepada pekerja pembersihan dan penyelenggaraan pintu
tandas turut akan dibuat. Bagi perkara kedua, ia telah dimaklumkan
kepada pihak MPM pada tahun lepas tetapi JKR tidak membenarkan
kerana ia lebih berisiko untuk kemalangan. Oleh itu, ibu bapa perlu
menghantar dan menggambil anak di pintu pagar bersebelahan dewan
sekolah.

5.4 En. Ahmad Husni bin Abu Hasan bapa kepada Firas Hamzi bin Ahmad
Husni mencadangkan pihak sekolah dapat mewujudkan kelas silat untuk
diperkenalkan tentang seni mempertahankan diri.
Maklumbalas : Guru besar menjelaskan untuk mewujudkan kelas tersebut
pihak sekolah perlu menubuhkan kelab seni silat terlebih dahulu dan
perlu pemantauan. Sekiranya ramai yang berminat, ia boleh ditubuhkan.

5.5 En Mohd Farid bin haji Moeid bapa kepada Muhammad Firdaus bin Mohd
Farid memohon agar pengawal keselamatan meletakkan kon sebelum dan
selepas di pintu masuk sekolah.
Maklumbalas : Guru Besar menjelaskan bahawa kon tidak boleh
diletakkan ditenggah-tengah jalan raya. Hanya pihak polis sahaja yang
boleh meletakkan melalkukannya.

5.6 Pn.Nadia Haliza ibu kepada Muiizzudin Putra telah meminta pihak sekolah
menyeragamkan waktu pulang sekolah.
Maklumbalas : Guru besar menyatakan bahawa pihak sekolah tidak boleh
laksanakan keseragaman tersebut kerana jumlah jam pembelajaran tahap
1 dan tahap 2 berbeza. Jumlah mengikut arahan KPM.

5.7 En Zulkarnain bin Hamzah bapa kepada Nur Auni nazira telah
mencadangkan agar diadakan tuisyen bagi murid yang lemah dalam
Bahasa Inggeris dan Matematik
Maklumbalas: Guru besar menyatakan bahawa tuisyen malam hanya
dibuat untuk murid tahun 6. Bagi tuisyen untuk Bahasa Inggeris dan
Matematik ia diadakan pada hari jumaat. Ia tidak dibuka kepada murid-
murid lain untuk menjaga keselamatan. Bagi murid tahun 6, ia terpaksa
dijalankan.

6.0 Hal-Hal Lain
6.1 Pengerusi membentangkan bahawa kehadiran adalah seramai 100
orang.
6.2 Pengerusi membentangkan tentang kutipan tabung PIBG yang telah
dicadang pada tahun lepas iaitu jumlah kutipan pada hari ini adalah
sebanyak RM 194.00.

7.0 Ucapan Penagguhan oleh YDP PIBG
7.1 Encik Rosman bin Selamat selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih
atas kehadiran semua ibu bapa dalam mesyuarat kali ini.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.58 tengah hari.

Disediakan oleh Disemak oleh,

(SITI HAJAR BINTI MOHD YUSOFF) (ROSMAN BIN SELAMAT)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Panchor, Muar Sekolah Kebangsaan Panchor, Muar









BIL NAMA PENCADANG CADANGAN

1. Puan Siti Aminah

Binti Halipah Shah 1. Mohon agar tempat duduk pelajar di

Anak: dalam kelas mengikut ketinggian murid,

1. Nurul Amirah iaitu murid yang tinggi duduk di

Umairah Binti belakang manakala murid yang rendah

Mohamad duduk di hadapan supaya semua murid

Suhadak (3 Elit ) dapat melihat papan putih.

2. Mohamad Syakir

Ikhwan Bin

Mohamad

Suhadak (2Elit)

2. Puan Nur Mazliza

binti Mazlan

Anak:

1. Nur Batrisya 1. Laluan pergi dan pulang sekolah sempit

binti Mohd Razzy dan tiada sistematik

(3 Cemerlang)

1. Hana Humairah

(2 Cemerlang)

3. Puan Rafidah binti 1. Mencadangkan agar pihak sekolah

Kassim dapat melebarkan jalan di laluan pintu

Anak: pagar B agar mudah ibu bapa dan

Muhd Harith haziq penjaga mengambil anak-anak serta

bin Shah Rudin (3 dapat mengurangkan kesesakan.

Elit)

4. Puan Noraizan binti 1. Memohon agar laluan sehala untuk

Suito keluar dan masuk bagi ibu bapa /

Anak: penjaga yang menghantar anak. Ini

Muhammad Hadif kerana jalan agak sesak setiap waktu

Amsyar bin Mohd pagi dan balik sekolah.

Halid (1 Cemerlang) 2. Mohon pihak sekolah agar lebih prihatin

bagi masa pulang murid iaitu di berikan

jarak masa antara kelas semasa pulang

agar tiada berlaku kesesakan terutama

sekali pada waktu hujan.

B NAMA PENCADANG CADANGAN
IL

5 En. Halman bin Abd Kadir 1. Mohon supaya pihak sekolah

. Anak: mencari alternatif untuk

Ain Nur Mardhiyya binti melancarkan proses menunggu /

Halman (1 Elit) mengambil / menghantar anak di

sekolah.

6 Pn. Nurumrah Binti Adnan

. Anak: 1. Mohon agar murid dapat pulang

Marsya Qierana Binti pada pukul 12.30 tengah hari.

Mohamad Nazri (4

Cemerlang)

7 En. Muhammad Mustakim 1. Mohon pihak sekolah dapat

. bin Amat Sulaiman mengubah waktu pulang seperti

Anak: tahun 2020 iaitu pulang pada pukul

1. Muhammad Fariz 12.15 tengah hari atau 12.20 tengah

Haqim hari supaya ibu bapa tidak kelam

2. (3 Cemerlang) kabut untuk menghantar anak ke

3. Nureena Fareesya (2 sekolah agama dan murid dapat

Elit) rehat seketika sebelum ke sekolah

agama.

8 Pn. Nazlah Bt. Tumpang

. Anak: 1. Mohon agar guru dapat

Nur Sufiah Bt. Abdul memberitahu di dalam group

Rahman whatsapp kelas berkaitan kerja

(2 Cemerlang) sekolah murid yang perlu disiapkan

mengikut subjek (jika ada)

Sokongan ibu bapa terhadap
pembelajaran anak-anak mereka

secara aktif

Pengerusi dan Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesyuarat Agung
PIBG SK Panchor Kali Ke-39
Merakamkan seringgi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada:
EN. ROSMAN BIN SELAMAT
(Yang Dipertua PIBG SK Panchor)
EN. RUSLIN @ ROSLIN BIN RAHMAT
(Guru Besar SK Panchor)

Penaja dan penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan,
tenaga, masa, & buah fikiran
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Panchor
Guru-guru SK Panchor
Ibu bapa/Penjaga
En. Abdul Hadi bin Md Zin & Kru
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Panchor kali ke 39.

Terima kasih.


Click to View FlipBook Version