Permata Hati Rodong
Pahang
KDYMM SPB
RAJA PERMAISURI
AGONG KE-16
HAFIZ ALIAS
KANDUNGAN
Pengenalan .........................................................................1
Kehidupan Peribadi Baginda ............................................6
Baginda Dan Rakyat Negeri Pahang...............................21
Baginda Dan Seni Masakan.............................................41
Baginda Dan Ikon Kraf Tangan ......................................55
Baginda Dan Yayasan Fertiliti Tengku Azizah...............72
Baginda Dan Penglibatan dalam Akademik ...................82
Penutup............................................................................. 90
Pengenalan
Permata hati. Satu simpulan Bahasa Melayu
yang menggambarkan peribadi seseorang yang
sangat dikasihi. Rodong pula merupakan loghat
Pahang yang merujuk kepada ‘berkumpulan atau
kawan’. 1 (Yassin Sulaiman Aap, 2012) Dalam
dimensi penulisan ini, perkataan ‘rodong’
digunakan sebagai perkataan merujuk kepada
rakyat di negeri Pahang. Rakyat Negeri Tok Gajah
yang meliputi 11 daerah utama iaitu dari dataran
pantai Cherating hingga ke puncak Cameron
Highlands 2 sangat mengenali hati budi Tengku
Ampuan Pahang yang ke-6 mereka.
1 Yassin Sulaiman Aap, 2012
2 Portal DiRaja Pahang – Jajahan Negeri Pahang
1
Baginda merupakan suri hati kepada Sultan
Pahang kini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
(KDYMM) Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan
Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan
Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Daerah-daerah di Pahang
2
Sejak dimasyhurkan sebagai Tengku Puan
Pahang pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu
Bakar, Pekan, Pahang (42 tahun sehingga tahun
2019)3, baginda sangat disegani oleh rakyat negeri
Darul Makmur ini. Rakyat mengenali
keperibadian istimewa baginda melalui aktiviti
mencemar duli baginda yang sering berkenan
melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar Pahang.
Baginda berdua ‘mengantung’ semua darjat
kebesaran di istana semata-mata mahu membantu
rakyat jelata tatkala diambang bah. Sudah menjadi
kebiasaan bagi rakyat Pahang melihat baginda
menyingsing lengan baju baginda untuk memasak
di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi
mangsa-mangsa banjir di sana.
3 Portal DiRaja Pahang - Biodata KDYMM Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong
3
Sehingga sekarang, baginda telah
dimasyhurkan menjadi Tengku Ampuan Pahang
yang ke-6 dan Raja Permaisuri Agong Malaysia
yang ke-16, baginda masih lagi berluhur mulia.
Mata rakyat Malaysia menyaksikan sendiri luhur
pekerti baginda semasa bah yang melanda Pahang
(Temerloh, Pekan, Lipis, Maran dan Pekan).
Baginda masih lagi menyingsing lengan baju
baginda dan masih lagi mencemar duli ke PPS
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentul4.
Benarlah kata yang selalu kita dengar, raja
dan dan rakyat berpisah tiada, telah diperlihatkan
dengan personaliti mulia Raja Permaisuri Agong
(RPA) kita. Dari singgahsana istana baginda terus
ke pangkuan rakyat jelata untuk melihat sendiri
4 Muhammad Shahrinnazar – Pahang Media, 5 Januari 2021
4
kesengsaraan yang sedang menimpa rakyat
baginda. Daulat Tuanku.
Potret KDYMM SBP RPA
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil
Alallah Sultan Iskandar AlHaj
5
Kehidupan Peribadi Baginda
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong (RPA) Tunku Hajah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum
Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj
telah diputerakan pada hari Jumaat, 5 Ogos 1960
di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.5
Kini, baginda sudah berusia 61 tahun.
Baginda merupakan puteri yang ketiga kepada
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Al-Marhum
Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum
Sultan Ismail dan Yang Amat Mulia (YAM)
Enche Besar Hajah Kalthum Binti Abdullah,
Sultan Johor Moden yang keempat iaitu dari
5 Portal DiRaja Pahang - Biodata KDYMM
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
6
11 Mei 1981 hingga 22 Januari 2010 (mangkat)
selama 29 tahun.6
Baginda telah dibesarkan dan dididik oleh
Tunku Zanariah Tengku Ahmad sehingga menjadi
puteri raja yang berwibawa kepada rakyat jelata.
Baginda merupakan puteri raja berdarah campuran
Melayu-Inggeris ini mempunyai tiga orang adik-
beradik lain iaitu Tunku Kamariah Aminah
Maimunah Iskandariah, Tunku Zabedah Aminah
Maimunah Iskandariah, dan Tunku Ibrahim Ismail
(Sultan Johor sekarang).
6 Sejarah Kesultanan Johor, n.d
7
Potret Duli Yang Maha Mulia (DYMM)
Al-Marhum Baginda Sultan Iskandar Al-Haj
Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Potret Tunku Zanariah Tengku Ahmad
8
Baginda telah menerima pendidikan awal di
Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan
Mariam, Johor Bahru (1963 hingga 1966).
Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah
Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru
(1967 hingga 1972), dan meneruskan pengajian ke
peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah,
Johor Bahru (1973 hingga 1979). Pada 1982
hingga 1983, baginda melanjutkan pengajiannya
di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam
bidang Sains Politik dan Sosiologi.7
7 Ashiqin Rosselly – Seismik Blog Blog
9
Logo Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
Pada usia baginda 26 tahun, baginda telah
diijabkabulkan dengan KDYMM Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
pada 6 Mac 1986. Istiadat Persandingan Diraja ini
telah diadakan di Istana Besar, Johor Bharu
dengan gilang-gemilang, penuh dengan istiadat
persandingan diraja dari kedua-dua negeri (Pahang
dan Johor) .8
8 Dato' Badli Shah bin Alauddin, Pancapersada Blogspot, 4 Ogos
2011
10
Istiadat Persandingan Diraja baginda berdua
Istana Besar, Johor Bharu
11
Melalui temu bual eksklusif bersama
dengan Raja Permaisuri Agong pada 20 Ogos
2019, baginda telah menceritakan mengenai
kehidupan peribadi baginda kepada para
wartawan. Kata baginda, pada awal perkahwinan
baginda, pasangan diraja ini diuji oleh Allah
S.W.T apabila baginda baginda menghadapi
masalah untuk mendapatkan waris ganti kepada
Kesultanan Pahang dan baginda kerap kali
mengalami keguguran. Demi mendapatkan zuriat
baginda mencuba kaedah persenyawaan "In-
Vitro" (IVF) di luar negara, baginda akhirnya
berjaya hamil.9
9 Mohamad Hafiz Aiman – The Admire Hunkz Blogspot, 5 Februari
2012
12
Namun, putera sulung baginda yang lahir
pada tahun 1990 mangkat ketika kecil. Demi
melahirkan zuriat untuk Tengku Mahkota Pahang,
baginda terus mencuba rawatan IVF ini. Akhirnya,
selepas 5 tahun berjuang, baginda akhirnya
berjaya melahirkan empat orang anakandanya.
Selepas itu, Allah S.W.T mengurniakan kepada
baginda sepasang kembar yang dilahirkan pada
tahun 2000. Kesemua putera dan puteri baginda
menjadi kerabat diraja yang berwibawa untuk
rakyat jelata Pahang.
Putera sulung baginda iaitu Yang Mulia
(YM) Tengku Ahmad Iskandar Shah yang telah
mangkat ketika kecil iaitu pada 24 Julai 1990.
Anakanda baginda yang kedua pula ialah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang
(KDYMM) Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
yang lahir pada 17 September 1995.
13
Kini, baginda telah ditabalkan sebagai
Pemangku Sultan Pahang dan juga Tengku
Mahkota Pahang pada 22 Januari 2019.10
Potret KDYMM
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Pemangku Sultan Pahang dan juga
Tengku Mahkota Pahang
10 News Straits Times, 29 Januari 2019
14
Seterusnya, Yang Amat Mulia (YAM)
Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad
Iskandar Riayatuddin Shah yang dilahirkan pada 3
Ogos 1997, YAM Tengku Panglima Muda Tengku
Ahmad Ismail Muadzam Shah, YM Tengku Putri
Diraja Afzan Amina Hafizatullah, kedua-dua
pasangan kembar diraja ini dilahirkan pada 11
September 2000 dan YM Tengku Putri Diraja
Jihan Azizah Athiyatullah yang telah lahir pada 17
April 2002.
Baginda berdua turut mengambil seorang
putera angkat sebelum dikurniakan zuriat sendiri
iaitu YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir
Nasser Ibrahim iaitu anak kepada sepupu
KDYMM Al-Sultan Abdullah, iaitu YM Tengku
Arif Bendahara Ibrahim, pada tahun 25 Ogos
1987. (Yaya Wahab,2019)
15
Baginda bersama dengan putera dan puteri
baginda
Pada waktu lapang pula, baginda gemar
mengisi masa terluang dengan membaca,
memasak, menjahit, dan juga berbakat dalam
dunia penulisan. Buktinya, baginda telah
menuliskan buku masakan hasil air tangan baginda
yang bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang"
telah diterbitkan dan dilancarkan pada Mac 2005
yang lalu.
16
Baginda juga memegang beberapa
portfolio di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa. Antara jawatan yang disandang oleh
baginda ialah pengerusi jawatan kuasa
Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri
Pahang, penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja,
penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan
Pandu Puteri Dunia, Yang Dipertua Persatuan
Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang,
pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia
(PPPM) Kebangsaan (1991), Naib Yang Dipertua
PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011),
pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan
(WI) Negeri Pahang, pengasas dan presiden
seumur hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah
(TAFF), pemegang amanah utama Yayasan Istana
Abdulaziz, ahli lembaga pengarah The Olave
Baden-Powell Society peringkat dunia.
17
Baginda juga pernah dilantik menjadi
Canselor Diraja Universiti Kolej Berjaya (2014),
Canselor Diraja Universiti Kolej Yayasan Pahang,
presiden serantau untuk Asia Tenggara dan Timur
Jauh, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2010-
2016), timbalan presiden Jawatankuasa Bangsa-
Bangsa Bersatu, Persatuan Wanita Desa Sedunia
(2007- 2010), penaung Diraja Persatuan
Jurumasak Pantai Timur dan Malaysia, penaung
Diraja Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia dan
Patron Trefoil Guild Pahang (2001).11
Baginda juga telah menerima pelbagai
pencapaian seperti calon World Presiden
Associated Country Women of the World
(ACWW) di Melbourne, Australia pada April
2019, anggota Global Girls Fund Council of
11 AirTimes.my, 29 Januari 2019
18
Ambassadors, World Association of Girl Guides
and Girl Scouts (WAGGGS) pada tahun 2010,
Penaung Diraja WAGGGS Friends of Asia Pacific
(2006), ASEAN Global Award for Achievement
(2012), menubuhkan Sekolah Masak Tunku
Azizah WI Negeri Pahang, menubuhkan Charity
Shop WI, menubuhkan Pusat Jahitan Women’s
Institute, Pahang, dan baginda pernah menghadiri
Commission on the Status of Women, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 2009
dan 2018.
19
Baginda bersama anggota PPPM pada Majlis
Menghadap dan Mempersembahkan Selempang Penaung
Diraja Persatuan Pandu Puteri
20
Baginda dan Rakyat Negeri Pahang
Limpahan air banjir dan negeri Pahang
tidak akan berpisah menjelang musim tengkujuh
(sekitar bulan November hingga Mac setiap
tahun). 12 Daerah-daerah sekitar Pahang akan
mengalami peningkatan paras air pada peringkat
berbahaya dan kesannya akan menenggelamkan
harta benda penduduk.
Mereka yang menerima dugaan musibah
bencana alam ini pula ditempatkan di Pusat
Pemindahan Sementara (PPS) yang telah
ditetapkan oleh pihak berwajib. Semua pihak,
kerajaan negeri atau Badan Bukan Kerajaan
12 Laman Web Jabatan Metrologi Malaysia
21
(NGO) akan bersama-sama membantu mereka
yang terkesan.
Sama juga kepada KDYMM Al-Sultan
Abdullah dan permaisuri baginda. Baginda berdua
akan segera mencemar duli untuk mengetahui
khabar rakyat yang sedang ditimpa malang
musibah. Begitulah kelaziman baginda berdua
yang telah diketahui umum. Semenjak bergelar
Tengku Puan Pahang lagi, baginda sudah
menyentuh jiwa rakyat Pahang dengan sifat
keprihatinan baginda. Malah, baginda juga
dijolokan dengan panggilan ‘Puteri Berjiwa
Rakyat’.13
13 Saluran YouTube Buletin Utama, 26 Januari 2017
22
Akhbar Utusan Malaysia merekodkan pada
4 Februari 2015, baginda dan 60 orang
sukarelawan daripada sepuluh (10) buah Kolej
Komuniti di negeri Pahang menyertai program
pascabanjir di Jerantut iaitu Program
Pembangunan Semula Kampung Labu. Para
peserta yang terlibat termasuklah pengarah Kolej
Komuniti juga bersama-sama berganding bahu
untuk bergotong-royong ‘turun ke dapur’,
menghidangkan makanan tengah hari,
membersihkan premis dan menceriakan di sekitar
kawasan rekreasi Pusat Pelancongan Labu Sentral
di Kampung Labu. Baginda yang ditemani juga
anakanda-anakanda baginda yang turut berkenan
ke majlis khidmat sosial iaitu Tengku Puteri Afzan
Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan
Azizah Athiyatullah.14
14 Utusan Malaysia, 4 Februari 2015
23
Ketokohan perihal keprihatinan Tengku
Puan Pahang terhadap mangsa banjir di negeri
Pahang memang sudah terbukti kerana baginda
pasti akan turun padang mencemar duli berkenan
memasak untuk mangsa-mangsa banjir setiap kali
musibah bencana alam itu melanda. Bagai satu
tradisi untuk keluarga diraja ini, baginda bersama
anakanda-anakanda baginda akan meluangkan
masa bersama-sama dengan rakyat Pahang yang
terkesan dengan menyiapkan hidangan sama ada
untuk makan tengah hari atau malam.
24
Baginda mencemar duli memasak untuk magsa
banjir
Menurut akhbar Utusan Malaysia yang
bertarikh 27 Januari 2017, Tunku Azizah berkenan
melawat dan memasak kepada 376 orang mangsa
banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Pandan. Dalam kunjungan itu, kesemua mangsa
banjir daripada 97 keluarga yang dipindahkan
sejak pukul 2 pagi ke pusat pemindahan tersebut
dan mereka berpeluang merasai air tangan
istimewa baginda.
25
Tunku Azizah bertitah bahawa hidangan
tengah hari tersebut dimasak adalah cara yang
sama ketika baginda menyediakan juadah untuk
keluarga baginda.15 (Utusan Malaysia, 2017)
“Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai
manusia, tidak kira darjat dan kedudukan saya
akan terus membantu sesiapa sahaja yang
memerlukannya.”16 (Titah Tunku Azizah, 2017)
Disebalik personaliti diraja menyantuni
mangsa banjir di Pahang, sisi luhur baginda juga
turut memperlihatkan baginda juga pernah
menawar bantuan kepada balu anggota bomba,
Allahyarham Mohd Fattah Hashim untuk
15 Utusan Malaysia, 27 Januari 2017
16 Ibid, 26 Februari 2017
26
meneruskan kehidupan mereka termasuk
mendapatkan rumah di Kulai, Johor. Baginda juga
akan memaklumkan perkara tersebut kepada
kakanda baginda, Sultan Johor (Sultan Ibrahim
Iskandar) untuk membantu balu arwah agar
hasratnya untuk mendapatkan rumah tercapai.
"Dia, balu kepada Allahyarham Mohd Fattah
Hashim, masih muda dan ada dua anak yang masih
kecil, jika memerlukan apa-apa pertolongan dia
boleh maklumkan kepada saya." (Titah Tunku
Azizah, 2017).17
Daripada titah baginda ini, rakyat tersentuh
dengan ungkapan perasaan keibuan yang
ditonjolkan oleh Raja Permaisuri Agong Malaysia
ini.
17 Berita Harian, 8 Oktober 2018
27
Baginda juga seorang yang berhati ehsan
kepada para pekerja istana baginda di Pahang.
Seperti apa yang dikatakan oleh bekas pemain bola
sepak Pahang sekitar tahun 1970-an, pasangan
diraja Pahang ini amat prihatin dengan hal ehwal
kebajikan kakitangan istana dan menyebabkan
hampir semua kakitangan yang sudah berpencen
datang semula ke istana untuk berkhidmat kepada
baginda berdua. Baginda juga dikatakan puteri
yang berhati putih yang tulus menolong para
pegawainya.
Kamarulzaman Md Nor, 60 tahun yang
merupakan bekas pengawal peribadi Tunku
Azizah yang telah lama berkhidmat dari tahun
1980 telah membuktikan kemurahan hati baginda,
terutamanya kepada kakitangan pegawai istana.
28
Baginda telah mengurniakan sebuah telefon
bimbit kepada pegawai istana yang memerlukan
dan baginda juga mengurniakan beberapa buah
cermin mata untuk kegunaan banduan di Bengkel
Tenun Diraja di Penjara Penor, Pekan.18 (Harian
Metro, 2019) Sifat inilah yang memangkin rakyat
Pahang untuk terus berbakti kepada orang lain
yang lebih memerlukan sama seperti yang telah
dilakukan oleh Sultan dan Tengku Ampuan
Pahang mereka yang sentiasa menghulurkan
bantuan untuk mereka yang memerlukan.
Tunku Azizah juga tidak gemar jika
pengawal peribadi baginda membataskan rakyat
bagi memberikan laluan istimewa kepada baginda
semasa baginda mencemar duli untuk berkunjung
18 Harian Metro, 29 Januari 2019
29
ke pusat beli-belah ketika di waktu puncak.
Baginda juga berpesan kepada pegawai pengiring
baginda supaya tidak dibetulkan jika ada rakyat
yang menggelar baginda sebagai ‘kakak’ atau
sebagainya kerana seseorang itu tidak mengenali
baginda ketika berbusana biasa tanpa diampit
dengan pegawai baginda. Baginda lebih senang
begitu kerana boleh mengajak orang itu berborak
seperti rakyat biasa.
Secara peribadi, baginda sebenarnya tidak
suka disantuni atau dirai secara berlebih-lebihan
seperti ‘puteri raja di istana’ kerana baginda tidak
dididik sebegitu rupa oleh al-marhum ayahanda
baginda. Begitulah memori dan sisi-sisi istimewa
yang telah menambat hati para pekerja istana
baginda yang melihat sendiri kemurniaan
perwatakan baginda. Malahan, rakyat jelata turut
30
terpukau dengan kekayaan akhlak yang dimiliki
baginda.
Tahun 2020 hingga 2021, merupakan tahun
yang pahit yang pasti terasa oleh seluruh rakyat
Malaysia khusunya rakyat Pantai Timur. Manakan
tidak, mereka perlu bergelut dengan bencana alam
iaitu banjir dan juga perlu berwaspada dengan
penyebaran wabak penyakit yang sedang meragut
banyak nyawa, sehingga kini kira-kira lebih 700
orang maut disebabkan wabak koronavirus-19.19 ‘
19 Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia setakat 28 Januari
2021
31
Menerusi laman sosial Instagram peribadi
milik Raja Permaisuri Agong, 20 baginda
berkelapangan memuat naik beberapa foto dan
aktiviti khidmat sosial baginda semasa
menyantuni mangsa banjir di Maran. Baginda
telah berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan
Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri
Damai, Kuantan untuk menyajikan hidangan
bersama para petugas di PPS tersebut. Sentuhan air
tangan diraja ini mencerminkan keperibadian dan
keprihatinan tinggi baginda yang berkesudian
mencemar duli bersama-sama dengan rakyat
baginda yang sedang ditimpa bencana. 21
(Muhammad Shahrinnazar, 2021).
20 Instagram Tunku Azizah
21 Muhammad Shahrinnazar – Pahang Media, 5 Januari 2021
32
Baginda berdua berangkat ke kawasan banjir
dengan menaiki pancuan empat roda
Pada 14 Januari 2021, baginda berdua sekali
lagi mencemar duli ke Pekan untuk menziarah
mangsa-mangsa banjir. Oleh kerana banjir hampir
setinggi tiang elektrik, baginda berdua dan
ditemani anakanda-anakanda baginda sanggup
berdayung sampan untuk menzahirkan simpati dan
menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga
yang terjejas.
33
Seperti biasa, baginda akan mula
memegang peralatan masak dan bersama-sama
menyediakan hidangan juadah tengah hari di pusat
pemindahan yang memuatkan 100 orang yang
terkesan.22
Baginda berdua bersama dengan
anakanda-anakanda menaiki bot untuk mencemar
duli melihat mangsa banjir
22 Sinar Harian, 14 Januari 2021
34
Melalui rekod-rekod berita yang
memaparkan keindahan dan kemuliaan pekerti
KDYMM Raja Permaisuri Agong ini merupakan
tokoh figura diraja yang menunjukkan betapa
eratnya hubungan istana dan rakyat jelata yang
tidak mengenal status dan darjat.
Sikap peribadi yang unggul baginda persis
keluhuran budi hati Al-Marhum KDYMM Paduka
Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in
Billah, yang gemar menyantuni rakyat baginda
apabila ditimpa musibah. Ke mana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi. Legasi Kesultanan Diraja
Pahang yang tulus membantu rakyat akan terus
disambung oleh generasi penerus.
35
Pada pertemuan di Kolej Yayasan Pahang
pada 30 November 2017, baginda juga
menyarankan agar tukang-tukang masak yang
handal di negeri Pahang menggunakan kepakaran
yang ada pada diri mereka untuk membantu
mangsa banjir sekiranya bencana tersebut melanda
lagi. Hal ini secara langsung dapat memberikan
sedikit keceriaan kepada mangsa-mangsa banjir
melalui masakan yang enak daripada cef
profesional.
Baginda bertitah, kerjasama antara cef dan
masyarakat adalah sangat diperlukan dalam
berkongsi khidmat memasak untuk mangsa banjir
sedikit sebanyak dapat membantu meringankan
beban mereka.23 (Mohd Rafi Mamat, 2017)
23 Berita Harian, 30 November 2017
36
“Saban tahun, Pahang merupakan antara
negeri yang akan dilanda banjir dan untuk tahun
ini saya menjemput semua cef di negeri ini untuk
turun padang membantu memasak untuk
mangsamangsa banjir. Kita (tukang masak) yang
menyediakan masakan yang enak mampu
membuatkan mereka melupakan sebentar derita
mereka” (Titah Tunku Azizah, 2017)
Baginda juga pernah berkenan berkunjung
ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1
di Kuantan, Pahang untuk berbuka puasa bersama
dengan keluarga diraja baginda pada 16 Mei 2019.
Baginda juga turut bersalaman dan meluangkan
masa beramah mesra bersama peniaga di bazar
Ramadan dan turut membeli juadah makanan
untuk beriftar pada waktu Maghrib nanti.
37
Baginda membeli pelbagai aneka juadah
berbuka puasa, antaranya sata, air kathira, teh
susu, pulut panggang, puding raja dan berbagai-
bagai jenis kek. Baginda juga sempat beramah
mesra bersama rakyat yang berbuka puasa di
padang dihadiri lebih 1,000 rakyat yang teruja dan
seronok dapat bersalaman dan merakamkan
gambar kenangan bersama baginda.
Yang lebih menarik hati rakyat, baginda
tanpa segan duduk di atas tikar mengkuang seperti
berkelah bersama-sama dengan keluarga diraja
baginda.24
24 Berita RTM, 16 Mei 2019
38
Baginda dan keluarga berbuka puasa di padang
MPK 1, Kuantan, Pahang
Semasa Malaysia dengan bergelut dengan
wabak virus korona-19 (COVID-19) ini, baginda
juga turut menyumbangkan 100 buah katil kepada
Hospital Sungai Buloh dan 50 buah katil kepada
Hospital Kuala Lumpur. Memetik kata Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah menerusi dua catatan Facebook
rasminya memaklumkan perkara itu serta
39
menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan
yang diberikan oleh Raja Permaisuri Agong.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
juga menjunjung kasih mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih atas
pemberian sumbangan yang menandakan
kemurahan hati baginda yang cakna dengan usaha
KKM bagi memerangi penularan wabak yang
marabahaya ini.
40
Baginda dan Seni Masakan
Sepertimana yang diketahui, aktiviti waktu
senggang Tunku Azizah ialah baginda gemar turun
ke dapur untuk memasak dan mencuba pelbagai
resepi untuk disantap oleh baginda Tuanku dan
anakanda-anakanda baginda.
Sejak seawal usia baginda lima tahun,
baginda sudah diasuh untuk masuk ke dapur di
bawah pengawasan pengasuh diraja dan baginda
juga pernah mengikuti pendidikan kulinari secara
tidak formal di Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim (IPGKTI).25
25 Berita Harian, 5 Ogos 2018
41
Daripada didikan yang tegas al-marhum
ayahanda baginda, baginda (Tunku Azizah)
dibentuk menjadi permaisuri yang handal di dapur
dan bukan sahaja elok budi pekerti dan disegani
oleh rakyat jelata.
Tunku Azizah juga gemar berkongsikan
pautan foto-foto hidangan dan baginda selalu
memaparkan demonstrasi memasak baginda
dengan pengikut-pengikut baginda di Instagram
iaitu airtangan_tunkuazizah, yang mempunyai 1.1
juta pengikut 26 . Biarpun baginda memiliki cef
istana yang sudah pun berpengalaman, namun
baginda turut bersama-sama cef di istana untuk
menyediakan santapan diraja buat Tuanku baginda
dan kerabatnya di istana.
26 Laman Sosial Instagram Tunku Azizah - airtangan_tunkuazizah
42
Apabila meninjau hantaran pertama di
Instagram baginda yang bertarikh 7 Oktober 2017,
baginda memuat naik foto-foto makanan untuk
disantap oleh keluarga baginda 27 . Kelihatan
berbagai-bagai jenis makanan yang menyelerakan
dan sudah pasti menambat hati pengikut maya
baginda.
Dari hidangan kampung hingga ke hidangan
luar negara, semua dikongsikan ke dalam akaun
Instagram peribadi baginda ini. Secara kasar, lebih
400 hantaran variasi resepi hidangan yang telah
dimuat naik oleh baginda sejak 7 Oktober 2017
hingga ke hari ini (29 Januari 2021).
27 Ibid.
43
Gelagat periang baginda apabila masuk ke
‘kawasan pentadbiran’ baginda juga tular di media
sosial iaitu video Nasi Goreng Adik Sultan Johor
dan Nasi Goreng Kuali Legend. Jarang benar
rakyat melihat golongan berdarah yang berkenan
memaparkan ragam mereka apabila bertandang ke
dapur kerana di situ tukang masak yang
berpengalaman siap menyediakan segalanya.
Raja Permaisuri Agong Malaysia ini juga
memiliki dua buah buku seni masakan baginda
iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang – Masakan
dan Manisan Tradisional Pahang dan Air Tangan
Tengku Puan Pahang. Kedua-dua buku ini
berharga RM 380 setiap satu dan memiliki 500
resepi yang telah ditulis sendiri oleh baginda. Hasil
daripada keuntungan daripada penjualan buku-
44
buku ini akan disalurkan terus untuk Yayasan
Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).28
Di sebalik kedua-dua buah naskah buku
masakan ini, tersembunyi kisah-kisah Tunku
Azizah mengembara ke seluruh negeri Pahang
untuk mencari resepi-resepi warisan Pahang.
Pengembaraan baginda yang merentasi 11 daerah
di Pahang itu bermatlamatkan mengumpul resipi
warisan negeri Pahang yang semakin menghilang
di telan zaman dan sekali gus sebagai
kesinambungan koleksi kedua-dua buku masakan
baginda yang diterbitkan pada 2007.
"Saya sendiri meredah hutan belantara
mempelajari manisan dan memasak di depan
mereka dengan menggabungkan ramuan asli tanpa
28 Portal DiRaja Pahang, 5 Ogos 2018
45
menggunakan masakan daripada bahan import
yang sinonim dalam pembuatan variasi jenis kuih
hari ini.” (Titah Tunku Azizah, 2018)
Dalam buku masakan ini juga dimuatkan
resepi turun-temurun orang-orang lama dan juga
wanita orang asli di negeri berbendera hitam dan
putih ini. Dalam buku-buku ini juga terselit
pelbagai petua lama yang dihimpunkan untuk
kegunaan generasi muda.
Menurut baginda, kedua-dua naskah buku
ini menjadi tanda kenangan kasih baginda kepada
Al-Marhum Ayahanda iaitu Sultan Iskandar
kerana al-marhum baginda berkesungguhan dalam
mendidik baginda tentang banyak perkara
termasuk makanan yang menjadi keutamaan al-
marhum.
46
Buku resepi baginda
Impian al-marhum mahu melihat anakanda
puterinya pandai serba-serbi, sempurna sebagai
seorang wanita atau setidak-tidaknya mampu
memperbetulkan cara masakan tukang masak
istana nanti. Sebagai memoir, al-marhum
ayahanda baginda pernah mengatakan bahawa
baginda seorang tukang masak yang hebat.
47
Baginda juga menerima pelbagai resepi
masakan Barat dan Melayu Asli daripada bonda,
Al-Marhum Sultanah Zanariah Tunku Ahmad
(1940 hingga 2019).
Baginda, Raja Permaisuri Agong juga tidak
lokek berkongsi resepi masakan baginda dengan
sesiapa sahaja walaupun dengan anak-anak
istimewa. Pada 11 September 2019, baginda telah
melawat ke Rumah Sinar Harapan Ziyad Zolkefli,
Cheras. Dalam pertemuan hampir tiga jam itu,
baginda turut berkongsi resepi ‘kek permaisuri’
kepada pelatih dan juga tenaga pengajar di situ.
Baginda juga memuji hasil tangan 70 penghuni
yang mempunyai masalah pembelajaran itu.29 (Siti
Baaqiah Mamat, 2019)
29 Berita Dalam Negeri, 11 September 2019
48