“Cantiknya, pandai kamu buat kuih. Nanti mak
(Tunku Azizah) datang lagi, mak nak ajar buat
‘kek permaisuri’ pula. Kita letak tepung, butter,
letak susu sikit untuk moist, blackcurrent dalam
dua auns cukup, tetapi saya suka lebih...kemudian
letak dalam cup kecil-kecil. Memang sedap
dimakan. Tak payah icing, kalau nak letak juga
satu cukup. Lepas itu jual nama saya”.
Begitulah cara Tunku Azizah yang tidak lokek
mengajarkan resepi baginda untuk anak-anak yang
teristimewa ini.
Baginda juga telah dijemput sebagai
penampilan khas dalam satu rancangan masakan
Masters of Malaysian Cuisine (MOMC) pada 31
Disember 2020. Program yang berdurasi selama
90 minit yang telah disiarkan secara langsung di
49
Youtube dan Facebook MOMC itu dihoskan
bersama Jackie M, pakar pemakanan rakyat
Malaysia yang menetap di Sydney, Australia dan
Liam Ghani dari Stanford, Afrika Selatan.
Pada sesi rancangan virtual yang sama, Cef
Norman sempat menyediakan dua resepi masakan
yang diambil daripada buku resipi baginda iaitu
Opor Burung (Puyuh Berempah) dan Ikan
Garaman (masak lemak ikan masin).
Baginda juga pernah mempamerkan
kemahiran memasak baginda kepada dua cef
berpengalaman dari Turki, iaitu Cef Omur Akkor
dan Cef Alper Unluturk di Istana Melawati.
50
Dalam pertemuan itu, baginda berkenan
mendemostrasikan penyediaan hidangan ketam
masak lemak cili api dan dimakan bersama nasi
kerabu. Begitulah rahsia air tangan baginda yang
mampu memukau sesiapa sahaja lebih-lebih lagi
kepada orang luar negara yang belum pernah
merasai keenakan citarasa Malaysia.
51
Baginda yang terkenal dengan ‘air tangan
che minah sayang’ juga berkenan menjamu para
petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-
lumus melawan penyebaran wabak penyakit
koronavirus-19 yang melumpuhkan aktiviti
ekonomi dan sosial negara.
Baginda menyajikan nasi berlauk hasil air
tangan baginda kepada petugas-petugas di
Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kesiapsiagaan
dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC),
Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya.
Antara menu yang dibekalkan kepada
pejuang-pejuang ini ialah nasi putih, kari ayam,
sayur goreng dan telur dadar, nasi goreng
'cheminahsayang', sambal tumis bilis dan kek
cawan yang dibungkus rapi dan diedarkan kepada
petugas berkenaan. (Suriani Razali, 2020)
52
Disebabkan cinta baginda kepada dunia
masakan, baginda telah menuliskan resepi yang
dimiliki baginda dalam buku-buku nota dengan
tulisan tangan baginda sendiri. Menerusi hantaran
di akaun Instagram baginda pada 4 November
2020, terselit empat foto buku yang sudah uzur
kulit mukanya, dinyatakan juga oleh baginda
bahawa buku resepi tersebut memuatkan lebih 500
resepi masakan baginda.
Menurut baginda lagi, baginda sudah
menulis resepi tersebut sejak ketika berusia 18
tahun dan terkini baginda ingin mengemas kini
bukubuku tersebut dan menulisnya kembali dalam
buku-buku yang baharu. Baginda bertitah dalam
hantaran tersebut bahawa setiap resepi yang
terdapat dalam buku-buku nota itu tidak akan
diterbitkan malah menjadi rahsia dan hanya
53
dikhaskan untuk dilihat oleh anggota kerabat
baginda sahaja.
Tunku Azizah juga pernah membicarakan
bahawa penyambung legasi seni kulinari baginda
ialah anakanda puteri baginda iaitu YM Tengku
Putri Afzan Amina Hafizatullah kerana sifat
keterperincian puteri diraja ini persis bondanya
apabila ‘membuka langkah’ di dapur. Baginda
juga sentiasa mempamerkan ragam di dapur istana
dan layanan istimewa antara petugas dapur istana
dan baginda apabila menyiapkan hidangan di
dapur istana.
Ini membuktikan bahawa baginda sangat
rapat dan akrab dengan petugas istana dan tidak
pernah lokek berkongsi ilmu yang baginda miliki
dengan mereka.
54
Baginda dan Ikon Kraf Tangan
Peribadi Tunku Azizah yang meminati seni
kraf memang sudah diketahui oleh rakyat jelata.
Baginda bukan sahaja seorang puteri yang handal
di dapur, malah baginda juga gemar akan seni reka
busana traditional. Tekstil Tenun Pahang Diraja
menjadi pilihan hati Tunku Azizah sebagai
persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang
di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai yang lalu.
Tekstil tenun itu merupakan sentuhan rekaan
diilhamkan baginda, Raja Permaisuri Agong.
Rekaan itu juga bertambah unik dan
istimewa kerana tenunan khas itu ialah hasil kerja
tangan tahanan di Penjara Penor dan Penjara
Bentong, Pahang.
55
Kedua-dua penjara dipilih untuk
menghasilkan persalinan baginda pada istiadat
pertabalan itu sebagai tanda penghargaan baginda
selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun
Pahang Diraja Negeri Pahang. 30 (Mohd Yusni
Ariffin, 2019)
Bagi baginda, dirinya yang berdarah raja
tidak membataskan tangan-tangan penghuni di
penjara-penjara itu bagi menghasilkan tenunan
yang indah buat baginda. Titah baginda lagi,
sejarah hitam itu biarlah dihapuskan asalkan
mereka sudah insaf dan tidak mengulangi
kesilapan mereka.
30 Berita Harian, 10 Jun 2019
56
Yayasan Tenun Pahang Diraja yang
dilancarkan pada 13 November 2017 yang
bertujuan untuk memulihara dan memastikan
keunikan serta keistimewaan kain tenun itu terus
terpelihara dalam perancangan dalam jangka masa
panjang.
Titah baginda, kelangsungan nilai Tekstil
Tenun Pahang Diraja memerlukan kerjasama
daripada semua pihak yang ingin melihat
kraftangan ini dimartabatkan. Secara peribadi
baginda agak berdukacita kerana baginda agak
terlewat menghidupkan dan memajukan industri
kain tenun warisan yang telah bertapak di negeri
Pahang sejak 300 tahun lalu.31
31 Portal DiRaja Pahang. 20 Ogos 2017
57
“Saya bersetuju dan saya mahu ke Pekan untuk
pilih sendiri warna dan corak kain tenun ini.
Apabila saya duduk dan memerhatikan rona warna
pada kelembutan fabrik ini, saya benar-benar jatuh
cinta dengannya. Saya juga berasa amat sedih dan
fikir mengapa selama ini saya tidak cuba untuk
menghidupkan tenun Pahang” (Titah Tunku
Azizah, 2017)
58
Baginda khuatir apabila tenun Pahang akan
lenyap dan pupus begitu sahaja dalam tempoh 10
ke 15 tahun akan datang jika tiada inisiatif
dilakukan untuk memampankan tinggalan
khazanah yang berharga ini. Baginda menyatakan
juga nenda saudaranya banyak memartabatkan
nilai tenun sehingga nama Tengku Ampuan Besar
Meriam dipilih sebagai nama rasmi Institut
Kemahiran Tenun Pahang Diraja di Pulau Keladi,
Pekan, Pahang.
Kini tenun Pahang mempunyai kelas
tersendiri malah secara peribadi baginda amat
gembira apabila anak saudara baginda, Tunku Tun
Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan
Ibrahim memakai dua persalinan pasang baju
kurung yang diperbuat daripada Tenun Pahang
Diraja bagi majlis persandingan dan adat bersiram
59
di hari bersejarah Tun Aminah dan suami, Dennis
Muhammad Abdullah pada 14 Ogos 2017 yang
lalu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Dalam meletakkan kedudukan kraf tangan
Malaysia ini tetap dipandang bangga, baginda juga
berkenan untuk membawa hasil produk kraftangan
penghuni penjara ke Simposium Tekstil
Tradisional ASEAN ketujuh, di Yogyakarta,
Indonesia. Baginda menzahirkan hasrat itu di
hadapan kira-kira 2,000 penghuni Penjara Kajang
pada Konsert Koir Kebangsaan Malaysia 2019.
Dalam deligasi tersebut, baginda yang akan
membawa hasil produk daripada penghuni Penjara
Kajang (Selangor), Penjara Marang (Terengganu),
Penjara Penor serta Penjara Bentong (Pahang)
untuk dipamerkan di Yogyakarta, Indonesia.32
32 Berita Harian, 3 November 2019
60
Usaha yang dilakukan oleh Tunku Azizah
akhirnya bertunas juga, baginda telah diberikan
penghormatan sebagai penerima Anugerah Ikon
Kraf 2019 oleh Majlis Kraf Dunia (WCC).
Junjung kasih penghormatan ini adalah
kerana sumbangan baginda dalam mengekalkan
warisan kraf tradisional Malaysia. Dalam majlis
yang berprestij itu, Institut Kraf Negara (IKN) dan
Kraf Komuniti Ku (KKK), dipilih sebagai Institut
atau Akademi Kraf Terbaik dan Kampung Kraf
Terbaik dalam senarai pemenang anugerah.
Anugerah itu telah disampaikan pada majlis
Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) ketiga di
GMR Aerocity, New Delhi pada 7 Disember 2019.
Matlamat penganugerahan itu adalah untuk
mempromosi, memberi inspirasi dan sekali gus
menggalakkan masyarakat dalam mengekalkan
61
warisan kraf. Usaha ini adalah untuk memastikan
kegunaan kraf tangan malar segar dalam
kehidupan tamadun manusia yang semakin
canggih dengan bantuan teknologi.
Yang menjadi mangsa ialah kraf tangan
Malaysia yang semakin pupus akibat kekurangan
orang yang berkebolehan dalam membuat kraf
yang unik ini.
Anugerah berkenaan bertepatan dengan
objektif murni Tunku Azizah yang begitu aktif
dalam mempromosi kraf tradisional yang bermula
sejak 2006. Usaha baginda mengangkat martabat
Tenun Pahang membawa kepada pemasyhuran
Tenun Pahang Diraja pada 8 Mei 2006 dengan
perkembangannya dipantau rapi melalui Badan
Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.
62
Malah, baginda sendiri sentiasa meninjau
perkembangan perindustrian seni tenun diraja ini
dari semasa ke semasa.
Menyingkap tetingkap sejarah Tenun
Pahang, rekaan warisan tradisi ini dipercayai
berasal lebih 300 tahun lalu. Baginda merupakan
penggerak bagi penubuhan Institut Kemahiran
Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar
Meriam di Pulau Keladi Pekan, Pahang sekitar
2010 bagi memastikan seni itu tidak hilang ditelan
zaman.
Hal ini demikian kerana Tunku Azizah
melihat penghasilan tenun Pahang memerlukan
masa serta ketelitian, menyebabkan hanya terdapat
15 penenun di Pekan, pada awal pembabitan
baginda dengan tenun Pahang sekitar 2005.
63
Baginda meneliti kain tenunan Pahang
Pada hekmat baginda, negeri Pahang kini
kekurangan pakar penenun, dan diancam
kepupusan jika tidak dipelihara. Oleh itu, baginda
mengambil ‘jalan lain’ untuk mengekalkan
warisan seni ini dengan memahatkan segala ilmu
penenunan kepada pelajar baginda di Institut
Tenun Diraja Pahang dan Penjara Bentong dan
Penor.
64
“Saya memperjuangkan hasil tangan tradisional
dan tidak menyokong tenunan mesin, songket
mesin dan batik mesin. Kita kena mempertahan
hasil kerja tangan negara kita yang begitu halus,
cantik dan mengambil masa, termasuk tikar, tekat,
kerikam, pasu, rotan dan baju kurung” (Titah
Tunku Azizah, 2019)
Usaha Tunku Azizah kini telah
membuahkan hasil kerana berjaya melahirkan 200
penenun di sekitar Pekan, sebelum baginda
melangkah ke peringkat seterusnya dengan
menurunkan ilmu tenun kepada golongan lelaki,
yang tidak pernah difikirkan sebelum ini kerana
seni busana dan fabrik kebiasaannya sinonim
dengan golongan wanita, bukannya golongan
lelaki.
65
Tunku Azizah berkenan supaya penghasilan
Tenun Pahang Diraja dihasilkan oleh banduan
lelaki di Penjara Penor dan Penjara Bentong,
malah baginda seringkali mencemar duli ke sana
bagi melihat dan memantau perkembangan seni
warisan yang semakin menghilang serinya.
Pengiktirafan terhadap baginda juga memberi
suntikan semangat dan dorongan kepada industri
kraf negara untuk terus berkembang.33
Menurut banduan penjara yang telah
diajarkan oleh Tunku Azizah mengenai Tenun
Pahang, mereka sangat bersyukur kerana telah
diberikan peluang untuk belajar teknik-teknik
menghasilkan kain bermula dari proses mewarna
sehingga menenun kain sehingga menghasilkan
produk di bawah label Tenun Pahang Diraja.
33 Berita Harian, 12 November 2019
66
Segala selok-belok tentang ilmu penenunan
ini telah diajar dan dibimbing sendiri oleh baginda.
Biarpun mereka hanya bekas banduan, mereka
diberikan peluang pekerjaan dan membuatkan diri
mereka dipercayai dan dihargai.
Bukan sebarangan orang mampu menjadi
pereka busana kepada orang kenamaan, lebih-
lebih lagi kerabat diraja. Namun sekumpulan
penghuni di Penjara Penor, Pahang amat bertuah
apabila mereka diberi tanggungjawab untuk
menenun persalinan khas baginda semasa Istiadat
Pertabalan Agong.
Memetik kata seorang penghuni yang
dipertanggungjawabkan untuk menjadi ‘tulang
belakang’ dalam pembikinan busana untuk istiadat
yang istimewa itu, Pak Wahab yang berusia 52
tahun menganggap peluang yang diberikan itu
67
cukup bermakna buat insan di sebalik tirai besi
seperti dirinya. Dia merupakan individu yang
bertanggungjawab memastikan graf corak lakaran
dapat diterjemah menggunakan 4,600 benang
sutera untuk dijadikan kain tenun untuk busana
istiadat baginda.
“Khusus untuk istiadat pertabalan, saya diminta
untuk melukis corak jata Pahang dan corak bulan
dan bintang yang melambangkan Johor,
mengambil kira asal usul Raja Permaisuri Agong”
(Pak Wahab, pereka corak Tenun Pahang)
Pak Wahab mengambil masa selama tujuh
hari untuk memikirkan bagaimana mahu
merealisasikan corak itu pada helaian benang,
kerana perincian gading gajah pada jata Pahang
dan bentuk bintang agak sukar untuk direka di atas
68
fabrik yang lembut itu. Manalakala, setiap bucu
kain perlu dikira dengan tepat.
Pada permulaan langkah, Pak Wahab
melakar di kertas kosong berpandukan kepada
lakaran Tunku Azizah yang diserahkan warden,
sebelum dilukis semula kepada kertas graf untuk
mendapatkan ukuran lebih tepat.
Pak Wahab mengakui gementar apabila
perlu mempersembahkan corak itu kepada Tunku
Azizah untuk kelulusan, dan sepanjang
penghasilan tenun itu, baginda telah tiga kali
mencemar duli ke bengkel tenun di Penjara Penor
bagi melihat perjalanan prosesnya.
69
Baginda juga akan membawa contoh kain
yang baginda berkenan sama ada dari dalam atau
luar negara. Baginda juga mengurniakan buku-
buku berkaitan seni reka, buku lukisan dan pensel
warna yang membolehkan Pak Wahab melakar
corak baharu.
Antara kraftangan lain yang menarik minat
Tunku Azizah ialah seni rekaan batik, seni jahitan
mengait, dan seni resin kayu. Rakyat boleh melihat
sendiri aktiviti seni halus baginda menerusi akaun
Instagram rasmi baginda.
Banyak hantaran dalam akaun Instagram
baginda memperlihatkan baginda sendiri tidak
kekok mencanting dan bermain dengan warna-
warna batik.
70
Malah, pada tahun 2020 yang lalu, baginda
mengait beberapa pengikat pelitup separuh muka
yang diperbuat daripada benang kait untuk
diagihkan kepada pegawai di istana baginda.
Jarang untuk rakyat melihat Raja Permaisuri
Agong memegang alat seni dan bertukang.
Begitulah tekad baginda, seorang yang berjiwa
seni dan berimpian untuk melihat karya seni
Malaysia dipandang tinggi oleh mata dunia.
Baginda mencanting batik
71
Baginda dan Yayasan Fertiliti Tengku Azizah
Kesukaran Tunku Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah dalam mendapatkan
perwaris takhta negeri Pahang telah memberi
ilham kepada baginda untuk menubuhkan sebuah
yayasan kesuburan iaitu Yayasan Fertiliti Tunku
Azizah (TAFF). Malah, baginda juga pernah
mengalami keguguran sebanyak enam kali, selain
perlu menjalani 16 proses rawatan kesuburan,
termasuk persenyawaan in vitro (IVF) serta
suntikan intrasitoplasmik sperma (ICSI).
Baginda juga bertitah bahawa dahulu al-
marhum ayahanda aginda pernah khuatir dengan
kegagalan baginda melahirkan zuriat.
72
Namun, itu sama sekali tidak menjadi batu
penghalang dan menjadikan Tunku Azizah
menyerah kalah, sebaliknya baginda Tuanku lebih
kuat dan cekal walaupun perlu menunggu selama
10 tahun untuk melahirkan cahaya mata pertama,
iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-
Sultan Abdullah pada tahun 1990 . (Noraniza
Kamsani, 2019)34
Logo Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)
34 Astro Awani, 25 Julai 2019
73
Baginda juga merupakan setiausaha agung
TAFF bertitah bahawa yayasan yang ditubuhkan
pada Ogos 2004 itu sudah menaja kira-kira 500
pasangan suami isteri pelbagai kaum yang turut
melalui dugaan sama.
TAFF mempunyai keupayaan kewangan
bagi membantu pasangan suami isteri yang kurang
berkemampuan untuk mendapatkan zuriat pertama
mereka.
"Kita bantu tanpa mengira kaum, agama dan
negeri dalam mencari dan mendapatkan rawatan
perubatan serta menyediakan kaunseling dan
perkhidmatan sokongan yang berkaitan” (Titah
Tunku Azizah,2019)
74
Menurut definisi pakar perubatan,
persenyawaan in vitro (IVF) ialah rawatan
kesuburan di mana sperma dan telur digabungkan
di makmal. Embrio yang dihasilkan dinilai
berkualiti, dan satu atau lebih diletakkan di dalam
rahim melalui serviks.
Sejauh ini, IVF adalah rawatan kesuburan
berteknologi tinggi yang paling biasa digunakan
oleh majoriti penduduk dunia. Di Malaysia, harga
untuk satu kitaran rawatan IVF adalah sekitar
RM9,000 sehingga RM50,000 dan mungkin juga
lebih dari itu. Ramai yang sedia maklum tidak kira
berapa kos rawatan IVF ini, ia bukannya mampu
memberikan 100% jaminan yang rawatan tersebut
akan berjaya dan memperoleh zuriat. (Salleha,
2020)
75
Disebabkan kos rawatan IVF yang sangat
mahal dan sejarah mengenai baginda yang sukar
mendapatkan zuriat, baginda melancarkan
Yayasan Fertiliti Tunku Azizah ini sebagai satu
wadah kebahagian untuk psangan yang senasib
dengan baginda.
TAFF berlatarbelakangkan sebuah
pertubuhan amal yang ditubuhkan pada 11 Ogos
2004. TAFF telah mendapat taraf pengecualian
cukai di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai
Pendapatan 1967, berkuat kuasa dari 15 Februari
2005. Yayasan TAFF diketuai oleh pengasas dan
juga presiden seumur hidup KDYTM Tengku
Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah. Baginda telah dibantu
oleh sebuah jawatankuasa terdiri daripada 10
orang ahli yang dilantik khas oleh baginda sendiri.
76
TAFF sedia mempertimbangkan penajaan
pasangan yang terpilih untuk rawatan IVF di salah
sebuah pusat kesuburan yang mengambil bahagian
di bawah pertubuhan ini.
Segala kos rawatan seperti pembekuan
embrio berlebihan, pemindahan embrio beku,
aspirasi pembedahan sperma, ujian darah, rawatan
untuk komplikasi dalam rawatan antenatal,
pengangkutan dan penginapan semasa rawatan
akan ditanggung oleh pasangan tersebut.
TAFF juga menyediakan bantuan
kewangan dan membantu pasangan suami isteri
Malaysia yang kurang berkemampuan dan yang
memerlukan tanpa mengira kaum, agama dan
negeri dalam mencari dan mendapatkan rawatan
perubatan serta menyediakan kaunseling dan
perkhidmatan sokongan yang berkaitan.
77
Antara kriteria kelayakan untuk calon yang
bakal menerima bantuan daripada Yayasan
Fertiliti Tunku Azizah ialah calon mestilah
pasangan suami isteri rakyat Malaysia, umur isteri
tidak melebihi 45 tahun, suami dan isteri bukan
penderma sperma atau ovum, tempoh
perkahwinan melebihi 3 tahun dan maksimum
pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi
RM 4,000.35
Bersempena dengan Hari Keputeraan
KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ke-
60, baginda berkenan membiaya proses IVF
kepada 60 pasangan kurang berkemampuan.
Baginda berkeinginan begitu untuk menyatakan
perasan sedih baginda untuk memberikan
kebahagian kepada suami isteri yang gagal
35 Portal DiRaja Pahang
78
menimbang cahaya mata mereka. 36 (Fairul
Asmaini Mohd Pilus, 2019)
Pada 4 November 2019, pasangan pelakon
Malaysia, Izzue Islam tersentuh hati apabila Raja
Permaisuri Agong, Tunku Azizah menawarkan
bantuan TAFF untuk dia dan isterinya, Awin untuk
mendapatkan cahaya mata. Tawaran baginda itu
ditawarkan semasa baginda berkenan untuk
berangkat ke pementasan teater Mak Yong pada
Oktober 2019.
Sudah hampir enam tahun (2 Jun 2013)
mendirikan rumah tangga, Izzue dan Awin belum
dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata
mereka. 37 Bagi Izzue dan Awin, mereka sangat
36 Harian Metro, 6 Oktober 2019
37 Ibid, 4 November 2019
79
bersyukur kerana Tuanku Raja Permaisuri Agong
sangat prihatin dengan dugaan yang diterima oleh
mereka.
Untuk rekod keberhasilan IVF dan kejayaan
TAFF, sejak awal penubuhan yayasan ini iaitu
tahun 2005 hingga tahun 2012, seramai 493
pasangan telah dibantu oleh TAFF. Manakala,
jumlah kelahiran bayi yang dihasilkan melalui
perawatan IVF ini seramai 61 orang bayi iaitu 36
orang bayi lelaki dan 25 orang bayi perempuan.
Walau bagaimaapun, terdapat tiga bayi yang
meninggal dunia semasa dalam perawatan ini iaitu
dua orang bayi lelaki dan seorang bayi
perempuan.38
38 Portal DiRaja Pahang
80
Memetik daripada akaun Instagram rasmi
Raja Permaisuri Agong, baginda menyatakan
bahawa sekarang (setakat tahun 10 Oktober 2020)
baginda mempunyai seramai 120 orang ‘cucu’
hasil daripada inisiatif TAFF ini.39 Baginda juga
menyatakan bahawa hasil daripada jualan buku-
buku masakan baginda itu akan disalurkan 100
peratus ke dalam TAFF. Sehinnga budi mulia
Tuanku ini akan terus diberkati oleh Allah S.W.T.
Junjung kasih Tuanku.
39 Instagram Tunku Azizah, 10 Oktober 2020
81
Baginda dan Penglibatan dalam Akademik
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah telah dilantik
sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang
baharu. Pelantikan itu telah dibuat di Istana Negara
pada 17 Jun 2019.
Baginda merupakan wanita pertama yang
telah dilantik bagi jawatan tersebut untuk
menggantikan al-marhum ayahanda paduka Sultan
Pahang yang kelima iaitu Sultan Ahmad Shah Al-
Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
yang telah mangkat pada 22 Mei yang lalu.
82
Lantikan ini dikatakan diterima baik oleh
semua pihak termasuk Menteri Pendidikan
Malaysia iaitu Dr Maszlee Malik, Rektor UIAM,
Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak,
Timbalan Rektor, Dr Isarji Sarudin dan beberapa
lagi kepimpinan tertinggi UIAM.
Tunku Azizah menjelaskan diri baginda
sangat dekat dengan UIAM sejak Al-Marhum
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-
Musta’in Billah, yang pertama memegang jawatan
itu sejak penubuhan universiti tersebut pada 1983.
“Beta amat tersentuh dan bersyukur untuk
meneruskan legasi Al-Marhum Paduka Ayahanda,
sebagaimana anda semua tahu al-marhum
merupakan Ketua Perlembagaan UIAM yang
pertama selama 35 tahun. UIAM amat dekat
dengan hati beta, kerana beta telah mengikuti
83
dengan dekat perkembangan dan kemajuan
universiti unik dan istimewa ini” titah baginda.
Pada istiadat pemasyhuran yang bersejarah
itu, Tunku Azizah menyarung jubah persalinan
yang diperbuat daripada kain tenun Pahang Diraja,
yang direka khas dengan corak dilakar oleh
baginda sendiri. Berwarna ungu, kain fabriknya
pula dihasilkan sendiri oleh penghuni Penjara
Penor, Pahang. Jubah ini juga turut mendapat
sentuhan magis jahitan pereka fesyen kegemaran
Tunku Azizah iaitu Datuk Rizalman Ibrahim.
Baginda berkenan menerima watikah
pengisytiharan sebagai Ketua Perlembagaan
UIAM daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee
Malik di Istana Negara pada Jun 2019. Tunku
Azizah dilantik memegang jawatan itu tempoh
84
lima tahun berkuat kuasa 12 April 2019.40 (Harian
Metro, 2019)
Potret Ketua Perlembagaan
(Canselor)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
40 Harian Metro, 22 November 2019
85
Baginda juga dilantik sebagai Canselor
pertama Kolej Universiti Yayasan Pahang
(UCYP) pada Majlis Pemasyhuran dan
Konvokesyen UCYP 2019. Pada hekmat baginda,
baginda berasa bertuah apabila diamanahkan
sebagai Canselor UCYP yang juga kolej universiti
terkemuka di negeri ini yang wujud sejak 27 tahun
lalu.
Sejak kolej berkenaan ditubuhkan, UCYP
berjaya menghasilkan kira-kira 30,000 graduan
dalam pelbagai bidang pengajian dan mereka kini
bekerja dengan agensi kerajaan dan swasta selain
turut menjadi usahawan berjaya.41
“Beta berharap UCYP dapat terus mendidik
pelajar yang terdiri daripada keluarga
41 Berita Harian, 25 Mac 2019
86
berpendapatan rendah dan sederhana termasuk
masyarakat Orang Asli Pahang untuk menjadi
graduan berdaya saing dan mendapat permintaan
tinggi di pasaran kerja seterusnya mampu
membantu keluarga mereka. Beta juga
mencadangkan UCYP mewujudkan tabung atau
dana pendidikan bagi membantu pelajar kurang
berkemampuan bagi menampung keperluan
pengajian mereka di UCYP ini” (Titah Tunku
Azizah, 2019)
Buku-buku masakan baginda juga dijadikan
rujukan oleh pelajar kulinari Kolej Yayasan
Pahang Advanced Skills. Menurut siaran
Projekmm.com yang bertarikh 18 Oktober 2018,
pengarah Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills,
Datuk Noorhishamuddin Yaacob menyatakan
bahawa resipi air tangan Tunku Azizah dijadikan
87
sebahagian daripada modul pembelajaran di kolej
ini.
Oleh itu, pihak kolej kemahiran ini
menjadikan ilmu masakan yang dikongsi baginda
sebagai asas kepada pelajar kulinari dan bakeri di
bawah unit kompetensi Masakan Asia. Melalui
rujukan buku ini juga, pelajar dapat memberi
ilham dan nilai tambah mereka untuk bersaing
dalam pasaran kerjaya industri perhotelan.42
Tunku Azizah juga pernah menyandang
jawatan canselor sulung Kolej Hospiliti Universiti
Berjaya pada tahun 2014 yang lalu kerana
keistimewaan kolej uniersiti tersebut berkait
dengan minat baginda iaitu seni kulinari.
42 Projekmm.com, 18 Oktober 2018
88
Secara terperinci, baginda sememangnya
bukan guru yang mengajar di dalam kelas, tetapi
baginda telah mengajar pelajar kulinari Pahang
dalam semua penulisan baginda dalam buku-buku
masakan baginda telah dijadikan ‘buku teks’ yang
perlu dirujuk oleh para pelajar di kolej kemahiran
yang terkenal di Pahang. Sesuai dengan personaliti
baginda yang gemar berkongsi sesuatu ilmu, usaha
baginda ini mampu meningkatkan daya saing
mahasiswa dan memajukan sektor hospitaliti dan
kulinari di Malaysia.
89
Penutup
Tanpa Azizah tentu tak lengkap isi jiwa
Abdullah. Sama seperti Maharaja Shah Jahan yang
sangat mencintai Mumtaz Mahal pada tahun 1631
dahulu. 43 Jika mereka mengabdikan kisah cinta
mereka di Taj Mahal, Agra, India sama juga
seperti Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 yang
sangat dicintai oleh baginda iaitu Raja Permaisuri
Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah
Iskandariah yang telah membina Istana Abdulaziz
di Kuantan, Pahang.
Istana Abdulaziz ini menggabungkan dua
nama yang sangat serasi ibarat merpati dua sejoli
iaitu Abdullah dan Azizah. Reka bentuk dan
konsep Istana AbdulAziz itu datangnya daripada
43 Harian Metro, 17 Ogos 2017
90
hasil idea, kerjasama dan cadangan oleh Tunku
Azizah sendiri, kebebasan penuh diberikan kepada
Tunku Azizah pada masa itu. Hasilnya terbinalah
istana dua tingkat itu tersergam indah dengan
bumbung simbolik berwarna biru muda dan
diserikan dengan seni bina berkonsepkan
neoklasik yang menjadi kebanggaan rakyat
Pahang.44
Baginda, Tuanku Raja Permaisuri Agong
merupakan satu perwatakan diraja yang tidak
membataskan sesiapapun rakyat jelata mahupun
penghuni ‘tirai besi’ untuk beramah-mesra
bersama dengan baginda. Baginda juga tidak
pernah murka dengan sapaan rakyat jelata yang
tidak mengenali baginda. Video tular di Malaysia
mengenai peniaga buah durian yang memanggil
44 Astro Awani, 31 Januari 2019
91
baginda dengan panggilan ‘akak’ sudah memikat
hati rakyat dengan kemesraan yang dipancar oleh
baginda.45 Terkenang rakyat jelata dengan ragam
seloroh baginda yang menggelarkan diri baginda
“Musang Queen” kerana baginda sangat gemar
santap buah durian Musang King yang berasal dari
Raub, Pahang. Sungguh luhur hati puteri dan
permaisuri raja Malaysia yang ke-16 ini, meskipun
baginda dibesarkan di istana Johor dan menjadi
suri hati kepada Sultan Pahang yang ke-6.
Baginda tetap mengikut resmi padi,
semakin berisi semakin menunduk ke bumi. Itulah
personaliti baginda yang ramah apabila bertemu
dengan rakyat baginda.
45 Mstar, 22 Disember 2019
92
Melalui bual bicara ekslusif di saluran
YouTube, baginda pernah bertitah bahawa
baginda juga seorang isteri biasa. Tugas baginda
sama seperti ibu-ibu yang menguruskan rumah
tangga mereka. Manakala, para suami pula
berperanan mencarikan nafkah untuk menanggung
keluarga. Sama seperti Tuanku Agong yang sangat
sibuk dengan urusan pentadbiran negara dan
perniagaan baginda untuk menyarara keluarga
baginda.
Dalam bual bicara itu juga baginda bertitah
bahawa baginda sendiri yang menguruskan makan
dan pakai Tuanku Baginda Agong walaupun
mempunyai pekerja istana yang setia. Secara
peribadi, belum pernah lagi Malaysia melihat
seorang permaisuri yang menjadi ‘cef istana’
untuk memasak di Pusat Pemindahan Sementara
93
(PPS). Malah, belum pernah lagi mata dan hati
rakyat jelata melihat permaisuri negara mereka
menjadi pemangkin atau katalis kepada warisan
seni tempatan yang semakin hilang di telan zaman.
Rakyat di negeri Pahang juga akan berasa janggal
apabila raja dan permaisuri berkesudian mencemar
duli berangkat untuk berbuka puasa di atas padang
rumput MPK 1 dan menjamu selera bersama
kerabat keluarga diraja baginda ditengah
himpunan rakyat Darul Makmur.46
Belum pernah lagi telinga ini mendengar
ada seorang puteri raja ‘menghilir’ sungai Pahang
untuk mencari resepi warisan, tidak kiralah
walaupun baginda terpaksa masuk ke dalam
perkampungan orang asli Pahang, baginda tetap
menyahut cabaran itu demi pencarian ilmu
46 Portal DiRaja Pahang, 10 Jun 2018
94
masakan warisan dan petua lama yang larut
dimakan masa. Mata maya rakyat Malaysia juga
pasti terpesona dengan baginda yang mempunyai
darah seni yang sangat menajubkan itu. Sudahlah
pakar dalam seni kulinari, bertukang dan
membatik bahkan mengait benang kait juga
baginda mahir.47
Disebabkan gering dan kesusahpayahan
memiliki zuriat, baginda mengilhamkan
penubuhan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah
(TAFF) yang telah membantu ramai suami isteri
yang belum dikurniakan Allah S.W.T.
Dengan berkat itu, selepas baginda
melakukan rawatan IVF untuk anak baginda yang
keempat, baginda dikurniakan Allah sepasang
47 Instagram Tunku Azizah
95
kembar iaitu YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam
Shah dan YM Tengku Putri Afzan Amina
Hafizatullah yang telah dilahirkan pada tahun
2000.
Secara konklusinya, personaliti yang
diperlihatkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku
Hajah Azizah Maimunah Iskandariah ini hanya
satu dalam seribu. Itulah simbol kecekalan dan
ketabahan yang dilontarkan oleh baginda yang
menjadi tulang belakang kepada pimpinan Al-
Sultan Abdullah.
Baginda juga menjadi contoh dan ikutan
atau ‘ibu’ dalam aspek kepimpinan, penjanaan
ekonomi, keluruhan budi dalam khidmat sosial
dan juga kesantunan baginda dalam keluarga
diraja baginda. Daulat Tuanku.
96
Potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong dan Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong Malaysia yang ke-16
97
Rujukan
“Adoi Panggil Kakak Lagi, Ampun Tuanku” - Agong,
Permaisuri Tak Sempat Singgah Gerai, Peniaga Durian
Cuba Nasib Jumpa Di Airport Selepas Hafal Skrip (2019).
MStar.https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/12/22/du
rian-rafi-tunkuazizah-agong
Akaun Istagram Rasmi Tunku Azizah Maimunah
Iskandariah.https://www.instagram.com/airtangan_tunkuaziz
ah/?hl=en
Alauddin, (2011). Pancapersada_ Selamat Hari Ulangtahun ke-
51 KDYTM Tengku Puan Pahang. Diambil daripada
http://pancapersada.blogspot.com/2011/08/selamat-
hariulangtahun-ke-51-kdytm.html
Ariffin, M. Y. (2019). Berita Harian. Tenun Pahang Diraja Ilham
Tunku Azizah Untuk Istiadat Pertabalan Agong.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/57274
8/tenunpahang-diraja-ilham-tunku-azizah-untuk-istiadat-
pertabalan
Ashiqin Rosselly. (n.d.). Fakta & Biodata Tengku Ampuan
Pahang, serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah
Aminah Maimunah Iskandariah. Diambil daripada
https://says.com/my/seismik/tunku-azizah
Bicara Eksklusif : Raja Permaisuri Agong XVI, 20 Ogos 2019,
Saluran YouTube. Diambil daripada
https://www.youtube.com/watch?v=gFy7blK8q7w&list=WL
&index=1
Biodata KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
_ Pengenalan _ Portal Diraja Pahang. (n.d.). Diambil
daripada http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/
98