The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN AM PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zarinah, 2023-07-05 21:15:31

PERATURAN AM PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023

PERATURAN AM PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023

PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023 (PERATURAN AM) 1 Peraturan Am PERATURAN AM PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023 1.0 PENGELOLAAN 1.1 SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023 dikelolakan oleh YAYASAN PAHANG. 1.2 Bagi maksud Pengelolaan, Pengarah Yayasan Pahang akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk yang bertanggungjawab berkenaan dasar, sebuah Jawatankausa Pengelola yang akan membuat perancangan dan mengelolakan semua program dan aktiviti SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023 dan seterusnya JawatankuasaJawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola. Yayasan Pahang adalah Urusetia SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023 dan bertanggungjawab memastikan segala dasar dan keputusan Jawatankuasa Induk dilaksakana dengan Kerjasama Jawatan Pengelola serta Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan. 2.0 PENYERTAAN 2.1 Hanya kakitangan yang bekerja (tetap dan kontrak) dengan Kumpulan Yayasan Pahang selepas 3 bulan dari tarikh pelantikan sahaja layak menyertai SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023. 2.2 Bagi kakitangan yang sedang atau pernah mewakili negeri/negara, mereka tidak layak menyertai kejohanan ini. 2.3 Penyertaan pemain bagi setiap acara sukan adalah tertakluk kepada Peraturan Am dan juga Syarat Penyertaan acara sukan yang dipertandingkan. 2.4 Tiap-tiap syarikat dikehenadki mengemukakan Borang Penyertaan mengikut jenis sukan kepada pihak Pengelola selewat-lewatnya pada 14 Julai 2023. Borang yang tidak disertakan nama-nama peserta adalah tidak sah dan tidak akan didaftarkan sebagai peserta. 2.5 Selepas penyerahan Borang Penyertaan, sebarang permohonan pertukaran nama-nama pemain tidak dibenarkan.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023 (PERATURAN AM) 2 Peraturan Am 2.6 Mana-mana pasukan yang telah bertanding dalam satu-satu acara, kemudian mengambil keputusan menarik diri / membatalkan penyertaan dalam pertandingan seterusnya, akan dianggap sebagai tidak mengambil bahagian di dalam keseluruhan acara berkenaan dan penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan. 3.0 BILANGAN KONTIJEN (ATLET) BIL ACARA SUKAN ATLET PEGAWAI JUMLAH L W J P 1. Badminton 4 4 1 1 10 2. Bola Jaring (W) - 10 1 1 12 3. Bola Tampar 10 10 1 1 22 4. Dart 1 1 1 1 4 5. E-Sports 1 1 1 3 6. Futsal (Lelaki) 10 - 1 1 12 7. Petanque 7 1 1 5 8. Ping Pong 3 3 1 1 8 9. Tenpin Bowling 3 1 1 5 Nota: [ L = Lelaki ] [ W = Wanita ] [ J = Jurulatih ] [ P = Pengurus ] 4.0 PENDAFTARAN 4.1 Setiap kontijen bagi setia syarikat tiap-tiap sukan hendaklah mendaftarkan nama pegawai dan peserta masing-masing kepada Jawatankuasa Pengelola melalui syarikat masing-masing. 5.0 PERATURAN TEKNIK / CORAK PERTANDINGAN 5.1 Yayasan Pahang akan menetapkan peraturan pertandingan bagi tiaptiap jenis sukan yang akan dipertandingankan dalam SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023. 5.2 Semua jenis sukan / acara akan dikelolakan selaras dengan Peraturan Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkenaan. 5.3 Semua jenis sukan yang dipertandingkan hendaklah mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekiranya mana-mana pasukan tidak melaporkan diri pada tempoh masa yang ditetapkan, tempoh menunggu hanya akan diberikan semala 5 MINIT sahaja.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023 (PERATURAN AM) 3 Peraturan Am 5.4 Sekiranya berlaku permainan yang tertunda / tidak dapat diteruskan atas factor cuaca / atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dalam apa-apa jenis sukan yang dipertandingkan, maka penetuan mata kemengan akan ditetapkan dengan kaedah penalty atau “Coin Toss”. 5.5 Penempatan bilangan kumpulan bagi tiap-tiap sukan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola. 5.6 Bagaimanapun corak permainan masih boleh diubahsuai untuk setiap jenis sukan berdasarkan kepada kelulusan Jawatankausa Induk SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023. 6.0 TEMPOH PENGELOLAAN / JADUAL PERTANDINGAN 6.1 SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023 akan diadakan bermula 14 Julai 2023 sehingga 11 Ogos 2023. 6.2 Semua jadual pertandingan bagi jens sukan termasuklah tarikh, masa dan tempat ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. 7.0 PENANGGUHAN 7.1 Tarikh, masa dan lokasi pertandingan yang telah ditetapkan / dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta Tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. 7.2 Jawatankausa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu pertandingan dengan diberitahu terlebih dahulu atau di putuskan serta merta. 7.3 Mana-mana pertandingan yang ditangguhkan, maka Jawatankuasa Pengurusan Teknikal & Pertandingan bagi sukan berkenaan hendaklah menetapkan semula pertandingan yang ditangguhkan itu. 8.0 KEMUDAHAN 8.1 Jawatankuasa Pengelola bertanggungjawab menyediakan maklumat kemudahan seperti gelanggang perlawanan sepanjang tempoh perlaksaan SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023. Kos untuk penginapan, makan dan minum (jika perlu) akan ditanggung oleh syarikat masing-masing. 8.2 Pengangkutan bagi setiap pasukan untuk menyertai pertandingan adalah menjadi tanggungjawab pasukan masing-masing. 8.3 Pakaian seragam dan perlatan sukan yang disertai peserta adalah menjadi tanggungjawab syarikat masing-masing.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023 (PERATURAN AM) 4 Peraturan Am 9.0 INSURAN BERKELOMPAK 9.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada manamana peserta dan pegawai sepanjang SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023 ini berlangsung. Semua syarikat digalakkan mengambil perlindungan insuran kelompok masing-masing. 10.0 PENGERUSI JAWATANKUASA PENGURUSAN TEKNIKAL & PERTANDINGAN 10.1 Yayasan Pahang bertanggungjawab: 10.1.1 Melantik Pegawai-Pegawai Teknikal dan Pengadil / Hakim bagi semua jenis sukan yan dipertandingkan (Jawatankuasa Pengurusan Teknikal & Pertandingan) 10.1.2 Melawat dan mengesahkan lokasi-lokasi sukan yang dipertandingkan bersesuaian untuk pertandingan SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023. 10.1.3 Menyemak dan mengesahkan jadual-jadual pertandingan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. 10.1.4 Menentukan semua pertandingan dijalankan mengikut peraturan / jadual pertandingan yang telah ditetapkan. 11.0 JAWATANKUASA BANTAHAN 11.1 Sebarang bantahan bolehlah dibuat oleh Ketua Kontigen / Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Jawatankausa Bantahan bagi acara berkaitan dalam tempoh 30 minit selepas tamat sesuatu perlawanan dengan desertakan wang tunai sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja) sebagai pertaruhan. 11.2 Wang bantahan tidak akan dikembalikan sekiranya tidak berjaya dalam bantahan masing-masing. 11.3 Keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD. 11.4 Jawatankuasa Bantahan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus bantahan diterima.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023 (PERATURAN AM) 5 Peraturan Am 12.0 HADIAH-HADIAH 12.1 Hadiah hanya diberi kepada Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga. 13.0 KOS 13.1 Setiap syarikat yang terlibat bertanggungjawab menanggung kos semua pegawai / atlet masing-masing. 14.0 KEPUTUSAN KESELURUHAN 14.1 Juara keseluruhan kontijen akan ditentukan untuk setiap sukan berdasarkan kiraan mata seperti berikut: - BIL KEMENANGAN MATA 1 Johan 5 2 Naib Johan 3 3 Ketiga 1 4 Keempat 1 15.0 PERKARA AM 15.1 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak di dalam memutuskan sebarang keputusan berkaitan sebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan Am sepanjang SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023 berlangsung. 15.2 Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola adalah MUKTAMAD. 15.3 Sebarang keputusan yang dibuat semasa mesyuarat PengurusPengurus Pasukan bagi setiap jenis sukan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah asalkan ia tidak bercanggah dengan Peraturan Am SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023 serta keputusan Jawatankuasa Pengelola. 15.4 Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa kelayakan peserta-peserta yang didaftarkan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat peserta yang tidak layak menyertai sukan seperti yang tercatat di dalam Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan ini, Tindakan berikut akan diambil. Penyertaan pasukan itu dalam SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023 akan dibatalkan dan pingat kemenangan yang diperolehi juga akan dibatalkan. 15.5 Pengambilan minuman keras sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkirkan daripada SUKAN PIALA CEO KE - 2 2023.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PINGPONG) 1 Pingpong PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PINGPONG) 1.0 TARIKH DAN TEMPAT Kejohanan ini akan diadakan pada Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Lobi Utama, Kompleks Yayasan Pahang Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. 2.0 FORMAT KEJOHANAN Kejohanan akan dijalankan secara pusingan kalah mati. 3.0 KATEGORI PERTANDINGAN 3.1 Kategori bagi pertandingan ini adalah seperti berikut : - 1. Perseorangan Lelaki 2. Perseorangan Wanita 3. Beregu Lelaki 4. Beregu Wanita


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PINGPONG) 2 Pingpong 4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 4.1 Setiap syarikat diminta menghantar satu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan mempunyai seorang pengurus pasukan yang terdiri daripada kakitangan syarikat itu sahaja (kakitangan tetap atau kontrak sahaja). 4.2 Tidak dibenarkan meminjam pemain luar/ bukan daripada kakitangan syarikat. 4.3 Pemain yang pernah dan sedang mewakili negeri/negara juga tidak dibenarkan untuk menyertai. 4.4 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 4.5 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad. 5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 Semua beregu dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 5.2 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pengurus pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 5.3 Kiraan mata 11 (2 set) akan digunakan sehingga perlawanan akhir. Jika kemenangan satu sama penentuan akan dikira dengan kiraan mata paling tinggi. Tiada perlawanan set ketiga.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PINGPONG) 3 Pingpong 5.4 Sekiranya mana-mana pemain yang gagal menghadirkan diri selepas 2 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan keputusan 11 - 0. 5.5 Hanya pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 5.6 Setiap pengurus pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis beserta wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 5.6.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad. 5.6.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 5.6.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 5.6.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding. 5.7 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad. 6.0 Pengiraan Mata Pertandingan 6.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut; Juara – 3 mata, Naib Juara – 2 Mata, Ketiga – 1 Mata


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PINGPONG) 4 Pingpong 7.0 Etika Pakaian 7.1 Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkara-perkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambargambar lucah, dan sebagainya). 7.2 Topi atau/dan pakaian kepala yang tiada berkaitan dengan agama atau sebab-sebab kesihatan tidak dibenarkan dipakai semasa bermain. 7.3 Kasut ‘non-marking’ yang sesuai untuk gelanggang badminton hendaklah dipakai semasa bermain. 8.0 Pihak Penganjur 8.1 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pemain tersebut. 9.0 Penentu Kemenangan 9.1 Johan adalah pemenangan bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan naib johan. Tempat ketiga dan keempat akan berkonsi 1 mata. 10.0 Walk Over 10.1 Sekiranya mana-mana pasukan tidak cukup pemain bagi memulakan perlawanan atau tidak menghantar borang senarai pemain selepas 2 minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PINGPONG) 5 Pingpong 11.0 Kuasa 11.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 11.2 Pemain yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 12.0 Bantahan 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 12.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad. 12.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 12.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat 13.0 Perkara Yang Tidak Dinyatakan 13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (DART PERSEORANGAN LELAKI & WANITA) 1 Dart Perseorangan Lelaki & Wanita PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (DART PERSEORANGAN LELAKI &WANITA) 1.0 TARIKH DAN TEMPAT Kejohanan ini akan diadakan pada Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Lobi Kompleks Yayasan Pahang Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. 2.0 FORMAT KEJOHANAN Kejohanan akan dijalankan secara pusingan kalah mati. 3.0 KATEGORI PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan adalah untuk kategori PERSEORANGAN LELAKI & PERSEORANGAN WANITA sahaja. 3.2 Setiap syarikat diminta menghantar satu bagi PERSEORANGAN LELAKI & PERSEORANGAN WANITA yang terdiri daripada kakitangan syarikat itu sahaja (kakitangan yang dibayar gaji oleh syarikat). 3.3 Tidak dibenarkan meminjam pemain luar/bukan daripada kakitangan syarikat.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (DART PERSEORANGAN LELAKI & WANITA) 2 Dart Perseorangan Lelaki & Wanita 4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 4.1 Setiap syarikat hendaklah terdiri daripada 2 orang pemain iaitu LELAKI & WANITA serta seorang Jurulatih (Jika ada) dan seorang Pengurus (Jika ada). 4.2 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 4.3 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad. 5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 Semua pemain dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 5.2 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pemain yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 5.3 Kiraan mata 301 akan digunakan sehingga perlawanan akhir. 5.4 Sekiranya mana-mana pemain yang gagal menghadirkan selepas 2 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). Kemenangan percuma akan diberikan kepada pemain lawannya. 5.5 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (DART PERSEORANGAN LELAKI & WANITA) 3 Dart Perseorangan Lelaki & Wanita 5.6 Setiap pemain boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 5.6.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad. 5.6.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 5.6.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 5.6.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pemain yang akan bertanding. 5.7 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad. 6.0 Pengiraan Mata Pertandingan 6.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut; Juara – 5 mata Naib Juara – 3 Mata Ketiga – 1 Mata 7.0 Etika Pakaian 7.1 Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkara-perkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambargambar lucah, dan sebagainya).


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (DART PERSEORANGAN LELAKI & WANITA) 4 Dart Perseorangan Lelaki & Wanita 8.0 Pihak Penganjur 8.1 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pemain tersebut. 9.0 Penentu Kemenangan 9.1 Johan adalah pemenangan bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan naib johan. Tempat ketiga dan seterusnya adalah berdasarkan kutipan mata. 10.0 Walk Over 10.1 Sekiranya mana-mana pasukan tidak cukup pemain bagi memulakan perlawanan atau tidak menghantar borang senarai dan susunan pemain selepas 2 minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan. 11.0 Kuasa 11.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 11.2 Pemain yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 12.0 Bantahan 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja).


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (DART PERSEORANGAN LELAKI & WANITA) 5 Dart Perseorangan Lelaki & Wanita 12.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad. 12.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 12.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat 13.0 Perkara Yang Tidak Dinyatakan 13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (E-SPORT [VIRTUAL REALITY]) 1 E-Sport [Virtual Reality] PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (E-SPORT [VIRTUAL REALITY]) 1.0 TARIKH DAN TEMPAT Kejohanan ini akan diadakan pada Tarikh : 28 Julai 2023 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Lobi Utama, Kompleks Yayasan Pahang Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. 2.0 FORMAT KEJOHANAN Kejohanan akan dijalankan secara pusingan kalah mati. 3.0 KATEGORI PERTANDINGAN 3.1 Kategori bagi pertandingan ini adalah seperti berikut : - 1. Badminton (Lelaki / Wanita)


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (E-SPORT [VIRTUAL REALITY]) 2 E-Sport [Virtual Reality] 4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 4.1 Setiap syarikat diminta menghantar hanya 1 pemain (lelaki / wanita) dan mempunyai seorang pengurus pasukan yang terdiri daripada kakitangan syarikat itu sahaja (kakitangan tetap atau kontrak sahaja). 4.2 Tidak dibenarkan meminjam pemain luar/ bukan daripada kakitangan syarikat. 4.3 Pemain yang pernah dan sedang mewakili Negeri/MAKSAK juga tidak dibenarkan untuk menyertai. 4.4 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 4.5 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad. 5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 Semua permain dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 5.2 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pengurus pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 5.3 Kiraan mata 6 (1 set) akan digunakan sehingga perlawanan akhir. Suku akhir : Best of 1 Separuh akhir : Best of 1 Akhir : Best of 3


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (E-SPORT [VIRTUAL REALITY]) 3 E-Sport [Virtual Reality] 5.4 Sekiranya mana-mana pemain yang gagal menghadirkan diri selepas 2 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan keputusan 6 - 0. 5.5 Hanya pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 5.6 Setiap pengurus pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis beserta wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 5.6.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad. 5.6.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 5.6.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 5.6.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding. 5.7 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (E-SPORT [VIRTUAL REALITY]) 4 E-Sport [Virtual Reality] 6.0 Pengiraan Mata Pertandingan 6.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut; Juara – 5 mata, Naib Juara – 3 Mata, Ketiga – 1 Mata 7.0 Etika Pakaian 7.1 Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkaraperkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambar-gambar lucah, dan sebagainya). 7.2 Topi atau/dan pakaian kepala yang tiada berkaitan dengan agama atau sebab-sebab kesihatan tidak dibenarkan dipakai semasa bermain. 7.3 Kasut ‘non-marking’ yang sesuai untuk gelanggang badminton hendaklah dipakai semasa bermain. 8.0 Pihak Penganjur 8.1 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pemain tersebut. 9.0 Penentu Kemenangan 9.1 Johan adalah pemenangan bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan naib johan. Tempat ketiga dan keempat akan berkonsi 1 mata.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (E-SPORT [VIRTUAL REALITY]) 5 E-Sport [Virtual Reality] 10.0 Walk Over 10.1 Sekiranya mana-mana pasukan tidak cukup pemain bagi memulakan perlawanan atau tidak menghantar borang senarai pemain selepas 2 minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan. 11.0 Kuasa 11.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 11.2 Pemain yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 12.0 Bantahan 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 12.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad. 12.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 12.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (E-SPORT [VIRTUAL REALITY]) 6 E-Sport [Virtual Reality] 13.0 Perkara Yang Tidak Dinyatakan 13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (TENPIN BOLING MIX TRIO) 2 TENPIN BOLING MIX TRIO KEJOHANAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (TENPIN BOLING MIX TRIO) 1.0 NAMA PERTANDINGAN Kejohanan Sukan Piala CEO Yayasan Pahang 2023 bagi acara Tenpin Boling Mix Trio. 2.0 TARIKH DAN TEMPAT Pertandingan ini akan diadakan pada : Tarikh : 4 Ogos 2023 (Jumaat) Masa : Pendaftaran - 2.30 petang Roll-Off - 2.45 petang Start - 3.00 petang Tempat : Megalanes, Berjaya Megamall, Kuantan Pertandingan akan dijalankan secara perolehan mata tertinggi setiap pasukan (maksimum 3 games seorang).


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (TENPIN BOLING MIX TRIO) 3 TENPIN BOLING MIX TRIO 3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 3.1 Syarat penyertaan adalah semua bekerja di dalam satu syarikat yang berkaitan bagi satu kumpulan (kakitangan yang dibayar gaji oleh syarikat). Tidak dibenarkan meminjam pemain luar / bukan daripada kakitangan syarikat. 3.2 Setiap syarikat dibenarkan mendaftar hanya satu pasukan. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada satu syarikat yang sama dengan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan / Syarikat. 3.3 Acara dipertandingkan ialah TRIO iaitu 2 orang lelaki 1 orang wanita. 3.4 Permainan adalah 3 games seorang dan hadiah kemenangan di beri kepada mata kumpulan tertinggi. 3.5 Terhad kepada 8 pasukan sahaja. 3.6 Setiap syarikat hendaklah terdiri daripada 3 orang pemain serta seorang Jurulatih (Jika ada) dan seorang Pengurus (Jika ada). 3.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai pertandingan ini. 3.8 Keputusan pihak penganjur pertandingan dalam satu-satu perkara adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (TENPIN BOLING MIX TRIO) 4 TENPIN BOLING MIX TRIO 4.0 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan ini di jalankan mengikut format 10 pin, di mana jatuhan pin sebanyak 10 pin pada balingan pertama akan di kira ‘STRIKE’. 4.2 Pertandingan ini dilansungkan satu kategori TRIO. Pemenang akan di tentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin bagi ketiga-tiga games. Sekiranya kiraan mata untuk kumpulan adalah sama, kiraan mata tertinggi pada game terakhir akan di ambil kira. 4.3 Setiap pemain akan bermain sebanyak 3 games seorang. 4.4 Sebarang kesilapan dalam pemarkahan semasa pertandingan, ianya hendaklah di perbetulkan sebelum giliran pemain yang seterusnya. Pemain tidak dibenarkan menukar sendiri markah di komputer pemarkahan (scoring system). Sebarang pertukaran atau pembetulan oleh jawatankuasa teknik pertandingan. 4.5 Semua pemain setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang boling dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika mana-mana pemain dalam pasukan lewat dan gagal menghadirkan diri selepas 2 minit daripada masa pertandingan yang dijadualkan pasukan tersebut akan terbatal penyertaannya secara automatik dan dikira kalah (walkover) bagi pertandingan tersebut. 4.6 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pemain yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (TENPIN BOLING MIX TRIO) 5 TENPIN BOLING MIX TRIO 4.7 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 4.8 Setiap pemain boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM200, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 4.8.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad. 4.8.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 4.8.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 4.8.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pemain yang akan bertanding. 4.9 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. 4.10 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (TENPIN BOLING MIX TRIO) 6 TENPIN BOLING MIX TRIO 5.0 ETIKA BERPAKAIAN Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkaraperkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambar-gambar lucah, dan sebagainya). 6.0 PENGIRAAN MATA PERTANDINGAN 6.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut ; Juara - 5 mata Naib Juara - 3 Mata Ketiga - 1 Mata 7.0 PIHAK PENGANJUR Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pemain tersebut. 8.0 PENENTU KEMENANGAN Johan adalah pemenang bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan naib johan. Tempat ketiga dan seterusnya adalah berdasarkan kutipan mata. 9.0 KUASA 9.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 9.2 Pemain yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (TENPIN BOLING MIX TRIO) 7 TENPIN BOLING MIX TRIO 10.0 BANTAHAN 10.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 10.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 10.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 10.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad. 10.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 10.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat 11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 11.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad. Disediakan oleh : Disahkan oleh : Ir Ts Onn Abdul Rani


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YP II - 2023 (BOLA TAMPAR) 1.0 TARIKH DAN TEMPAT Kejohanan ini akan diadakan pada :- Tarikh : 4 Ogos 2023 (Jumaat) Masa : 10.00 pagi dan 2.30 petang Tempat : Dewan Bola Tampar Air Putih, Kuantan. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. 2.0 FORMAT KEJOHANAN Kejohanan akan dijalankan secara LIGA. 3.0 KATEGORI PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI dan WANITA. 3.2 Setiap syarikat diminta menghantar satu pasukan yang terdiri daripada kakitangan syarikat itu sahaja (kakitangan yang dibayar gaji oleh syarikat). 3.3 Tidak dibenarkan meminjam pemain luar/bukan daripada kakitangan syarikat.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BOLA TAMPAR) 3 Bola Tampar 4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 4.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 6 orang pemain utama dan 4 orang untuk pemain simpanan serta seorang Jurulatih (Jika ada) dan seorang Pengurus (Jika ada). 4.2 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 4.3 Tidak dibenarkan mengambil mana-mana pemain yang sedang/telah beraksi dalam liga lagi tinggi daripada Liga Kuantan. 4.4 Hanya individu yang lengkap suntikan vaksin sekurang-kurangnya 2 dos dibenarkan bermain. 4.5 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad. 5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 5.2 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 5.3 Kiraan mata 30 akan digunakan sehingga perlawanan akhir. Pemain akan bertukar gelanggang pada mata yang ke 15. 5.4 Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya enam (6) orang pemain selepas 5 minit daripada


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BOLA TAMPAR) 4 Bola Tampar masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya. 5.5 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 5.6 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 5.6.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad. 5.6.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 5.6.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 5.6.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding. 5.7 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BOLA TAMPAR) 5 Bola Tampar 6.0 Pengiraan Mata Pertandingan 6.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut; Juara – 5 mata Naib Juara – 3 Mata Ketiga – 1 Mata 7.0 Etika Pakaian 7.1 Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkaraperkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambar-gambar lucah, dan sebagainya). Setiap pasukan dihendaki memakai jersi yang seragam semasa bermain. Warna jersi Libero mestilah berbeza dengan warna jersi pemain-pemain yang lain. 8.0 Pihak Penganjur 8.1 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pasukan atau pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pasukan atau pemain tersebut. 9.0 Penentu Kemenangan 9.1 Johan adalah pemenangan bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan Naib Johan. Tempat ketiga dan seterusnya adalah berdasarkan kutipan mata. 10.0 Walk Over 10.1 Sekiranya mana-mana pasukan tidak cukup pemain bagi memulakan perlawanan atau tidak menghantar borang senarai dan susunan pemain selepas 5 minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BOLA TAMPAR) 6 Bola Tampar 11.0 Kuasa 11.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain daripada pasukan yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 11.2 Pasukan yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 12.0 Bantahan 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 12.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad. 12.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 12.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat 13.0 Perkara Yang Tidak Dinyatakan 13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad. Disediakan oleh : Herda Herwani Othman Disahkan oleh : Ir Ts Onn Abdul Rani


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YP II - 2023 (BOLA JARING) 1.0 TARIKH DAN TEMPAT Kejohanan ini akan diadakan pada :- Tarikh : 11 Ogos 2023 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan IPK, Alor Akar, Kuantan. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. 2.0 FORMAT KEJOHANAN Kejohanan akan dijalankan secara LIGA. 3.0 KATEGORI PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan adalah untuk kategori WANITA sahaja. 3.2 Setiap syarikat diminta menghantar satu pasukan yang terdiri daripada kakitangan syarikat itu sahaja (kakitangan yang dibayar gaji oleh syarikat). 3.3 Tidak dibenarkan meminjam pemain luar/bukan daripada kakitangan syarikat.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BOLA JARING) 3 Bola Jaring 4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 4.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 orang untuk pemain simpanan serta seorang Jurulatih (Jika ada) dan seorang Pengurus (Jika ada). 4.2 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 4.3 Tidak dibenarkan mengambil mana-mana pemain yang sedang/telah beraksi dalam liga lagi tinggi daripada Liga Kuantan. 4.4 Hanya individu yang lengkap suntikan vaksin sekurang-kurangnya 2 dos dibenarkan bermain. 4.5 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad. 5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 5.2 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 5.3 Tempoh permainan adalah 7 minit bagi setiap perlawanan. 5.4 Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya tujuh (7) orang pemain selepas 5 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BOLA JARING) 4 Bola Jaring 5.5 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 5.6 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00 tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 5.6.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad. 5.6.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 5.6.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 5.6.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding. 5.7 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BOLA JARING) 5 Bola Jaring 6.0 Pengiraan Mata Pertandingan 6.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut; Juara – 5 mata Naib Juara – 3 Mata Ketiga – 1 Mata 7.0 Etika Pakaian 7.1 Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkaraperkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambar-gambar lucah, dan sebagainya). Setiap pasukan dihendaki memakai jersi yang seragam semasa bermain. Warna jersi Libero mestilah berbeza dengan warna jersi pemain-pemain yang lain. 8.0 Pihak Penganjur 8.1 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pasukan atau pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pasukan atau pemain tersebut. 9.0 Penentu Kemenangan 9.1 Johan adalah pemenangan bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan Naib Johan. Tempat ketiga dan seterusnya adalah berdasarkan kutipan mata. 10.0 Walk Over 10.1 Sekiranya mana-mana pasukan tidak cukup pemain bagi memulakan perlawanan atau tidak menghantar borang senarai dan susunan pemain selepas 5 minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BOLA JARING) 6 Bola Jaring 11.0 Kuasa 11.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain daripada pasukan yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 11.2 Pasukan yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 12.0 Bantahan 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 12.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad. 12.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 12.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat 13.0 Perkara Yang Tidak Dinyatakan 13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad. Disediakan oleh : Herda Herwani Othman Disahkan oleh : Ir Ts Onn Abdul Rani


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (FUTSAL) 1 Futsal PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (FUTSAL) 1.0 TARIKH DAN TEMPAT Kejohanan ini akan diadakan pada Tarikh : 11 Ogos 2023 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Kuantan Synergy Sports Centre (KSSC) Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. 2.0 FORMAT KEJOHANAN Kejohanan akan dijalankan secara pusingan kalah mati. (* Format kejohanan akan berubah kepada liga sekiranya pasukan yang dihantar kurang daripada 6 pasukan) 3.0 KATEGORI PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan adalah untuk kategori LELAKI sahaja. 3.2 Setiap syarikat diminta menghantar satu pasukan yang terdiri daripada kakitangan syarikat itu sahaja (kakitangan yang dibayar gaji oleh syarikat). 3.3 Tidak dibenarkan meminjam pemain luar/ bukan daripada kakitangan syarikat. 4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 4.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain utama dan 5 pemain simpanan serta seorang Jurulatih (Jika ada) dan seorang Pengurus (Jika ada). 4.2 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (FUTSAL) 2 Futsal 4.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan mengambil satu (1) orang pemain sahaja yang sedang/ telah bermain dalam Liga Kuantan dan PESAYA Sarawak 2023 untuk mewakili pasukannya. 4.4 Tidak dibenarkan mengambil mana-mana pemain yang sedang/ telah beraksi dalam liga lagi tinggi daripada Liga Kuantan. 4.5 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad. 5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 5.2 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 5.3 Masa perlawanan selama 7 minit setiap separuh masa [7+1+7]. 5.4 Tiada had pertukaran pemain semasa perlawanan (Rolling Substitution). Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain. 5.5 Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain selepas 2 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga (3) mata dan jaringan 3 – 0. 5.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 5.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 5.7.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad. 5.7.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (FUTSAL) 3 Futsal 5.7.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 5.7.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding. 5.8 Pemain yang menerima Kad Kuning kali kedua dalam satu perlawanan akan digantung 1 perlawanan manakala pemain yang menerima Kad Merah akan digantung 2 perlawanan. 5.9 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad. 6.0 JUMLAH JARINGAN SAMA SELEPAS TAMAT MASA SEBENAR PERMAINAN 6.1 Sekiranya perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri selepas tamat masa sebenar permainan, maka kemenangan akan ditentukan melalui tiga (3) tendangan penalti setiap pasukan dan jika keputusan masih seri, tambahan dua (2) sepakan penalti akan diberikan. Sekiranya masih juga seri, penentuan secara “sudden death” akan berkuatkuasa mengikut peraturan FIFA. 7.0 PENGIRAAN MATA PERTANDINGAN 7.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut; Juara - 5 mata, Naib Juara - 3 mata, Ketiga - 1 mata 8.0 ETIKA PAKAIAN 8.1 Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkaraperkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambar-gambar lucah, dan sebagainya). Stokin dan “shin pads” hendaklah dipakai oleh setiap pemain. 8.2 Topi atau/dan pakaian kepala yang tiada berkaitan dengan agama atau sebab-sebab kesihatan tidak dibenarkan dipakai semasa bermain. 8.3 Kasut ‘non-marking’ yang sesuai untuk gelanggang futsal hendaklah dipakai semasa bermain.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (FUTSAL) 4 Futsal 9.0 PIHAK PENGANJUR 9.1 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pasukan atau pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pasukan atau pemain tersebut. 10.0 PENENTU KEMENANGAN 10.1 Johan adalah pemenangan bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan naib johan. Tempat ketiga dan seterusnya adalah berdasarkan kiraan jaringan/kutipan mata 11.0 WALK OVER 11.1 Sekiranya mana-mana pasukan tidak cukup pemain bagi memulakan perlawanan atau tidak menghantar borang senarai dan susunan pemain selepas 15 minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan 12.0 KUASA 12.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain daripada pasukan yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 12.2 Pasukan yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 13.0 BANTAHAN 13.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 13.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 13.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 13.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (FUTSAL) 5 Futsal 13.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 13.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat 14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 14.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad. Disediakan oleh : Mohamad Hafizudin Zainal Disahkan oleh : Ir Ts Onn Abdul Rani


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PETANQUE) 1 Petanque PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PETANQUE) 1.0 TARIKH DAN TEMPAT Kejohanan ini akan diadakan pada Tarikh : 18 Ogos 2023 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Padang Petanque, Yayasan Pahang Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. 2.0 FORMAT KEJOHANAN Kejohanan akan dijalankan secara pusingan kalah mati. (* Format kejohanan akan berubah kepada liga sekiranya pasukan yang dihantar kurang daripada 6 pasukan) 3.0 KATEGORI PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan petanque ini dipertandingan untuk 3 kategori berikut: - 1. Beregu lelaki 2. Beregu Perempuan 3. Trio Campuran 4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PETANQUE) 2 Petanque 4.1 Setiap syarikat diminta menghantar pemain bagi kategori Beregu Lelaki, Beregu Perempuan dan Trio Campuran serta seorang pengurus pasukan yang terdiri daripada pemain dari kakitangan syarikat itu sahaja (kakitangan tetap atau kontrak sahaja) 4.2 Tidak dibenarkan meminjam pemain luar/ bukan daripada kakitangan syarikat. 4.3 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 4.4 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad. 5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 Semua pemain dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 5.2 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pengurus pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 5.3 Masa yang diperuntukan untuk setiap perlawanan adalah 20 minit, Jika salah satu pasukan telah mendapat mata 13 dikira pemenang dan tidak perlu menghabiskan 20 minit masa yang diberikan. Pasukan yang mendapat mata lebih tinggi selapas tamat 20 minit masa permainan dikira pemenang. Jika kedudukan mata sama akan ditambah satu “end” untuk penentuan. 5.4 Perlawanan akan dijalankan secara serentak untuk ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PETANQUE) 3 Petanque 5.5 Borang catatan mata akan diberikan sebelum perlawanan bermula, pemenang diminta untuk menghantar keputusan ke meja urusetia selapas ditandatangi oleh kedua-dua wakil pasukan. 5.6 Sekiranya mana-mana pemain yang gagal menghadirkan diri selepas 2 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan keputusan 13 - 0. 5.7 Hanya pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 5.8 Setiap pengurus pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis beserta wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 5.8.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad. 5.8.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 5.8.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 5.8.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding. 5.9 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PETANQUE) 4 Petanque 6.0 Pengiraan Mata Pertandingan 6.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut; Juara – 5 mata, Naib Juara – 3 mata, Ketiga – 1 mata 7.0 Etika Pakaian 7.1 Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkaraperkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambar-gambar lucah, dan sebagainya). 7.2 Topi atau/dan pakaian kepala yang tiada berkaitan dengan agama atau sebab-sebab kesihatan tidak dibenarkan dipakai semasa bermain. 7.3 Memakai kasut yang bersesuaian. 8.0 Pihak Penganjur 8.1 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pemain tersebut. 9.0 Penentu Kemenangan 9.1 Johan adalah pemenangan bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan naib johan. Tempat ketiga dan keempat akan berkonsi 1 mata.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PETANQUE) 5 Petanque 10.0 Walk Over 10.1 Sekiranya mana-mana pasukan tidak cukup pemain bagi memulakan perlawanan atau tidak menghantar borang senarai pemain selepas 2 minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan. 11.0 Kuasa 11.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 11.2 Pemain yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 12.0 Bantahan 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 12.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad. 12.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 12.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (PETANQUE) 6 Petanque 13.0 Perkara Yang Tidak Dinyatakan 13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BADMINTON) 1 Badminton PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BADMINTON) 1. TARIKH DAN TEMPAT Kejohanan ini akan diadakan pada Tarikh : 25 Ogos 2023 (Jumaat) Masa : 2.30 petang Tempat : Kuantan Synergy Sport Centre 2. FORMAT KEJOHANAN i. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak terlibat sekiranya tiada wakil yang hadir pada hari pengundian. ii. Penentuan pasukan di dalam kumpulan akan dibuat secara undian di mana pasukan yang menjadi Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat pada Pertandingan Piala CEO Yayasan Pahang edisi pertama akan diletakkan di dalam kumpulan yang berbeza. iii. Kejohanan akan dijalankan secara sistem kalah keluar. 3.0 KATEGORI PERTANDINGAN 3.1 Kategori bagi pertandingan ini adalah seperti berikut : - 1. Perseorangan Lelaki 2. Perseorangan Wanita 3. Beregu Lelaki 4. Beregu Wanita 5. Beregu Campuran


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BADMINTON) 2 Badminton 4.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 4.1 Setiap syarikat diminta menghantar hanya satu wakil bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan mempunyai seorang pengurus pasukan yang terdiri daripada kakitangan syarikat itu sahaja (kakitangan tetap atau kontrak sahaja). 4.2 Tidak dibenarkan meminjam pemain luar/ bukan daripada kakitangan syarikat. 4.3 Pemain yang pernah dan sedang mewakili negeri/negara juga tidak dibenarkan untuk menyertai. 4.4 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini. 4.5 Keputusan pihak penganjur kejohanan dalam satu-satu perkara adalah muktamad. 5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 5.1 Semua pemain dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 5.2 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pengurus pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu. 5.3 Kiraan mata 30 akan digunakan sehingga perlawanan akhir. 5.4 Sekiranya mana-mana pemain yang gagal menghadirkan diri selepas 2 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata.


Click to View FlipBook Version