The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN AM PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zarinah, 2023-07-05 21:15:31

PERATURAN AM PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023

PERATURAN AM PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG KE - 2 2023

PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BADMINTON) 3 Badminton 5.5 Hanya pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini. 5.6 Setiap pengurus pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis beserta wang cagaran bantahan sebanyak RM200.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat. 5.6.1 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad. 5.6.2 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut. 5.6.3 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan. 5.6.4 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukanpasukan yang akan bertanding. 5.7 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad. 6.0 Pengiraan Mata Pertandingan 6.1 Kiraan mata bagi pertandingan adalah seperti berikut; Juara – 5 mata, Naib Juara – 3 Mata, Ketiga – 1 Mata


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BADMINTON) 4 Badminton 7.0 Etika Pakaian 7.1 Pakaian sopan dan menutup aurat (tidak mengandungi perkaraperkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambar-gambar lucah, dan sebagainya). 7.2 Topi dan pakaian kepala yang tiada berkaitan dengan agama atau sebab-sebab kesihatan tidak dibenarkan dipakai semasa bermain. 7.3 Kasut yang sesuai untuk gelanggang badminton hendaklah dipakai semasa bermain. 8.0 Pihak Penganjur 8.1 Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan ke atas pemain tersebut. 9.0 Penentu Kemenangan 9.1 Johan adalah pemenangan bagi perlawanan akhir manakala bagi yang tewas merupakan naib johan. Tempat ketiga dan keempat akan berkonsi 1 mata. 10.0 Walk Over 10.1 Sekiranya mana-mana pasukan tidak cukup pemain bagi memulakan perlawanan atau tidak menghantar borang senarai pemain selepas 2 minit dari masa sebenar perlawanan, maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. Segala rayuan mengenainya tidak akan dilayan.


PERTANDINGAN SUKAN PIALA CEO YAYASAN PAHANG 2023 (BADMINTON) 5 Badminton 11.0 Kuasa 11.1 Urusetia Kejohanan mempunyai kuasa mutlak untuk memeriksa status pemain yang bertanding sebelum perlawanan dijalankan berdasarkan kepada senarai pendaftaran pemain. 11.2 Pemain yang melanggar syarat-syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya. 12.0 Bantahan 12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan tamat dan diajukan kepada Urusetia Kejohanan berserta wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 12.2 Wang pertaruhan akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. 12.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak. 12.4 Semua keputusan dari Panel Rayuan adalah muktamad. 12.5 Panel Rayuan adalah terdiri daripada semua pengurus pasukan yang tidak terlibat dan akan bersidang sejurus rayuan diterima. 12.6 Keputusan rayuan akan dikemukakan secara bertulis kepada pengurus pasukan yang terlibat 13.0 Perkara Yang Tidak Dinyatakan 13.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Urusetia Pertandingan Sukan Piala CEO YP dan keputusannya adalah muktamad.


Click to View FlipBook Version