The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyalyana81, 2023-10-05 01:42:29

BTD MUZIK T6

buku teks

Keywords: buku teks

RM7.70 BT17001 1cm 0.5cm 2cm 4cm 0.5cm


SEKOLAH KEBA GSAA 1cm 1.5cm


RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)


Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya, serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan. Nombor Perolehan: ______________________________ Tarikh Penerimaan: ______________________________ BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah _______________________________________ Tahun Darjah Nama Penerima Tarikh Terima


SEKOLAH KEBA GSAA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) Penulis Lim Li Wen Mahiran binti Man Editor Ana Suhana binti Zainuddin Ku Nurul Hidayah binti Ku Abdul Rahman Pereka Bentuk Mohd Ashrul bin Zainal Alam Ilustrator Mardhiyah binti Zulkifly Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021


KK 780-221-0102011-49-3282-20101 ISBN 978-983-49-3282-4 Cetakan Pertama 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: PNMB Education and Publication Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: Unggul Printing (KL) Sdn. Bhd., No.17, Jalan Hitech 6/1, Kawasan Perindustrian Hitech 6, 43500 Semenyih, Selangor. PENGHARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Panel Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. • EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd. No. Siri Buku: 0010


iii Pendahuluan Pengenalan Ikon Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 Elemen Muzik Unit 1 Setia Kawan Unit 2 Gerbang Ilmu Unit 3 Tudung Periuk Unit 4 Rangkaian Globalisasi Unit 5 Mikroorganisma Projek SENI MUZIK Penggal SATU Unit 6 Memori Indah Unit 7 Puteri Legenda Langkawi Unit 8 Warna-warni Malaysia Unit 9 Kelestarian Alam Unit 10 Rindu Projek SENI MUZIK Penggal DUA Glosari iv v vi 1 44 46 54 62 70 78 88 90 2 10 18 26 36 KANDUNGAN


iviv PENDAHULUAN Buku teks Pendidikan Muzik Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) ini disediakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik Tahun 6 SK (Semakan 2017) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku teks ini merangkumi empat modul yang terdapat dalam kerangka KSSR Pendidikan Muzik, iaitu modul Bahasa Muzik, Kemahiran Muzik, Kreativiti Muzik dan Apresiasi Muzik. Modul ini ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar dapat melahirkan insan yang berkebolehan, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran asas pendidikan muzik serta menjalani kehidupan harian sebagai insan yang kritis, kreatif, inovatif dan seimbang dari segi intelektual dan sahsiah. Kandungan buku teks ini yang bersesuaian dengan pengguna sasaran dipersembahkan daripada aras mudah ke aras sukar selari dengan peningkatan ilmu teori dan praktikal pembelajaran muzik dari tahun 1 hingga tahun 5. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terkandung dalam buku teks ini menitikberatkan kebolehan mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta bagi setiap aktiviti secara kendiri, berpasangan atau berkumpulan. Guru perlu sentiasa bersedia dan prihatin dalam membimbing serta mengukuhkan kemahiran dan kreativiti murid melalui aktiviti mendengar, berkarya dan membuat persembahan yang berkesan. Selain itu, aktiviti dan latihan dalam 10 unit buku teks ini telah dirancang mengikut tempoh masa yang bersesuaian. Namun begitu, guru fleksibel dalam menentukan kaedah PdP berdasarkan kemampuan murid masing-masing. Pada setiap hujung penggal, murid berpeluang membuat persediaan dan menjalankan Projek Seni Muzik berskala kecil dalam kumpulan dengan bimbingan guru. Dua minggu diperuntukkan untuk merancang aktiviti muzikal, dua minggu untuk membuat latihan dan satu minggu terakhir untuk membuat persembahan. Di samping itu, buku teks ini juga disokong oleh DVD audio yang mengandungi lagu (vokal, instrumental, minus one) serta latihan vokal, alat perkusi dan rekoder yang lengkap sebagai panduan kepada murid semasa sesi PdP berlangsung. Audio yang disediakan berpandukan skor yang terdapat dalam buku teks. Guru juga boleh merujuk skor untuk memainkan muzik iringan dengan alat muzik pilihan seperti gitar dan piano semasa aktiviti PdP berlangsung. Penulis merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses penyediaan dan penerbitan buku teks ini. Diharapkan penerapan mata pelajaran Pendidikan Muzik Tahun 6 SK ini dapat melahirkan insan yang intelektual dan dilengkapi dengan kemahiran muzikal yang menjadi pengukuh pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


v v PENGENALAN IKON Informasi menarik tentang sesuatu topik yang berkaitan dengan muzik. Maklumat tambahan tentang sesuatu topik yang berkaitan dengan muzik. kastanet loceng kerincing kayu tik tok tamborin Alat perkusi yang digunakan dalam buku teks ini. Panduan atau langkah dalam menjalani sesuatu aktiviti muzikal. Nombor dan tajuk unit. Cadangan minggu untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP). Lagu dan latihan yang disediakan dalam DVD audio bagi membantu guru dan murid melaksanakan aktiviti muzikal. Kod QR - Maklumat sokongan dalam bentuk dokumen, video dan skor lagu. Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk merangsang pemikiran murid. Maklumat tambahan serta arahan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti serta latihan PdP. NOTA GURU Nombor Standard Pembelajaran (SP) seperti yang terdapat dalam DSKP. egg shaker klaves dram bes rekoder INFO TIPTIP Tahukah Kamu?


vi AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Satu-Dua-Semua (One-Two-Group) Guru mengajukan soalan atau penyataan kepada murid. Murid diberi tempoh masa untuk berfikir secara kendiri. Isyarat akan dibunyikan sebanyak dua kali. Selepas isyarat pertama dibunyikan, murid berkongsi idea dengan rakan di sebelahnya secara berpasangan. Selepas isyarat kedua pula, murid berkongsi pendapat mereka secara berkumpulan. Utara-Selatan (North-To-South) Tiga stesen dilabelkan Kutub Utara, Kutub Selatan dan Khatulistiwa. Guru memberikan soalan atau arahan kepada murid. Murid bergerak ke arah jawapan atau penyataan pilihan mereka berdasarkan label yang tersebut. Saya-Kongsi-Sepakat (Mine-N-Combine) Sehelai combo-mat diletakkan di tengah meja setiap kumpulan. Guru mengajukan soalan atau penyataan kepada murid. Murid menulis pada bahagian mine di combo-mat tersebut. Sekiranya idea salah seorang ahli kumpulan dipersetujui, idea tersebut dibulatkan dengan pensel atau pen. Apabila isyarat dibunyikan, murid memilih idea yang dibulatkan untuk ditulis di bahagian tengah combo-mat, iaitu di bahagian combine. Setiap kumpulan menerangkan idea mereka. Tulis Cepat-cepat (Idea-Rush) Guru mengajukan soalan dan menetapkan had masa. Secara berkumpulan, murid menulis jawapan atau idea pada kertas kecil dengan cepatnya dan meletakkan kertas tersebut di tengah kertas yang besar. Kemudian, murid membaca jawapan atau idea mereka dengan kuat agar ahli kumpulan tidak menulis jawapan atau idea yang sama. Apabila isyarat dibunyikan, murid berbincang dan menyusun idea mengikut kriteria yang diberikan oleh guru dan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Soal-dan-Bimbing (Question-N-Coach) Guru menyediakan beberapa soalan. Murid diberi sekeping kad. Murid diberi tempoh masa untuk mempertimbangkan soalan, menjawab soalan dan menerima bimbingan sekiranya perlu. Apabila isyarat dibunyikan, murid mencari pasangan yang mempunyai soalan yang berbeza. Mereka mengajukan soalan dan jawapan secara bergilir-gilir dan bertubi-tubi kepada pasangan mereka sehingga menemukan jawapan. Mereka meneruskan aktiviti Soal-danBimbing sehingga masa tamat. Baik-Kurang baik-Menarik (Plus-Minus-Interesting) Guru memberikan sekeping kad ulasan (P-M-I) kepada murid. Murid menulis ulasan tentang aktiviti pada ruang yang disediakan pada kad. vi Pada tahun 5, terdapat lapan aktiviti PAK-21 yang telah diperkenalkan. Bagi buku teks Pendidikan Muzik Tahun 6 SK pula, penulis mencadangkan lapan lagi aktiviti PAK-21 yang bersesuaian dengan Standard Pembelajaran (SP) dan dapat membantu murid menjalankan aktiviti secara berkumpulan di dalam kelas atau di luar kelas. Setiap aktiviti PAK-21 yang dijalankan secara berkesan boleh memenuhi tempoh masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid. Kongsi-Pendapat (Share-Your-View) Guru mengajukan soalan kepada murid. Murid akan memberikan maklum balas “setuju”, “tidak setuju” atau “tidak pasti”. Kerja Berkumpulan (Group Work) Setiap individu melakukan aktiviti yang sama dalam kumpulan yang besar.


1 Elemen Muzik Irama Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek. Melodi Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi tinggi dan rendah dengan bunyi panjang dan pendek. Ekspresi Penghasilan perasaan (mood) hasil daripada kepelbagaian dinamik bunyi dan artikulasi yang menarik. Warna Ton Kualiti sesuatu bunyi. Harmoni Penghasilan bunyi yang harmoni daripada dua atau lebih pic yang berlainan. Tekstur Jenis susunan jalinan melodi yang membentuk lapisan nipis dan tebal dalam sesebuah karya. Bentuk Bahagian yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dalam sesebuah lagu. Secara umumnya, terdapat tujuh elemen muzik yang menjadi asas dalam pemahaman pendidikan muzik. Murid telah didedahkan dengan definisi elemen muzik ini bermula dari tahun 3 hingga tahun 5. Cuba lihat keratan skor di bawah dan kaitkannya dengan elemen muzik yang dinyatakan.


Setia kawan tanda persahabatan Tak kira bangsa, agama dan budaya Berganding bahu bersama sentiasa Bersatu hati membangunkan negara Kami amal nilai-nilai murni Sopan santun hormat-menghormati Perpaduan menjadi warisan Bersepakat membentuk negara Setia kawan perlukan keikhlasan Bertoleransi tanpa ragu dan bimbang Janji setia kemakmuran bersama Nikmati hasil Malaysiaku tercinta Kami amal nilai-nilai murni Sopan santun hormat-menghormati Perpaduan menjadi warisan Bersepakat membentuk negara Setia Kawan Lagu: Lim Li Wen Lirik: Mahiran Man 2


NOTA GURU • Bimbing murid membuat latihan vokal mengikut frasa demi frasa pada baluk yang berwarna biru. • Galakkan murid melakukan aktiviti secara berpasangan. EMK: Bahasa : Mengaplikasi PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi Sebelum menyanyikan lagu Setia Kawan, mari lakukan latihan vokal bersama-sama. Tarik nafas secukupnya sebelum menyanyikan setiap frasa dalam latihan vokal di bawah. Kemudian, dengar audio dengan telitinya dan ajuk pada bar . Bernyanyi dengan pic yang betul. 2.1.1 Latihan Vokal 3 Latihan Vokal 4 Latihan Vokal 2 Latihan Vokal 1 A Latihan Vokal la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la la 3 Audio 1: Latihan Vokal 1 Audio 2: Latihan Vokal 2 Audio 3: Latihan Vokal 3 Audio 4: Latihan Vokal 4 udara masuk diafragma turun Minggu 1 Mengapakah kita perlu melakukan latihan vokal sebelum bernyanyi? udara keluar diafragma naik tarik nafas hembus nafas


NOTA GURU Nyanyikan lagu Setia Kawan dengan pic dan tempo yang betul. - Setia Kawan Lagu: Lim Li Wen Lirik : Mahiran Man B Nyanyian • Bimbing murid bernyanyi dengan pic dan tempo yang betul. • Bimbing murid bernyanyi mengikut dinamik yang tertera pada skor lagu Setia Kawan. EMK: Bahasa : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 4 Audio 5: Vokal Setia Kawan Audio 6: Instrumental Setia Kawan Audio 7: Minus One Setia Kawan 2.1.1 2.1.2 (i)(ii) Minggu 1


NOTA GURU • Ingatkan murid tentang dinamik dan yang telah dipelajari pada tahun 5. p f • Bimbing murid mendengar audio dan menyanyikan dinamik , , crescendo dan decrescendo. • Bimbing murid menyanyikan lagu Setia Kawan semula berpandukan dinamik yang terdapat pada skor. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan p f C Crescendo dan Decrescendo Kamu telah mempelajari dinamik kuat, (forte) dan dinamik lembut, (piano) pada tahun 5. Sekarang, mari kenali dinamik crescendo (beransur kuat) dan decrescendo (beransur lembut). Lihat simbol crescendo dan decrescendo di bawah. Sebut kedua-dua dinamik tersebut mengikut simbol masing-masing dan hayati bunyinya. Dengar Audio 10 dengan telitinya. Apakah yang dapat kamu kaitkan antara gambar di bawah dengan bunyi yang didengar? Tulis frasa “Tak kira bangsa, agama dan budaya” mengikut simbol crescendo dan descresendo. Kemudian, sebut frasa tersebut mengikut dinamik. lembut beransur kuat kuat beransur lembut lembut p p p f f Dinamik ialah sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor lagu, simbol dinamik crescendo ialah dan decrescendo ialah . 5 Audio 8: Crescendo Audio 9: Decrescendo Audio 10: Crescendo dan Decrescendo 2.1.2 (i)(ii) Minggu 1


Mainkan corak irama di bawah dengan perkusi badan. Semua murid duduk di atas kerusi dalam satu bulatan. Lakukan latihan perkusi mulut di bawah bersama-sama. hentak kaki tanda rehat krocet tepuk tangan Latihan Perkusi Mulut D Tepukan Corak Irama E Perkusi Mulut 1 Mainkan corak irama mengikut skor sepanjang 32 detik menggunakan perkusi badan dengan iringan Audio 13. 2 INFO Latihan 1 Latihan 2 Banding beza perkusi mulut dengan perkusi badan. Beatbox atau rentak muzik ialah imitasi bunyi mesin dram (sejenis alat elektronik yang menghasilkan bunyi dram) menggunakan mulut dan suara. 6 Minggu 2 Audio 11 : Latihan 1 Audio 12: Latihan 2 Audio 13: Muzik Iringan Audio 14: Latihan Perkusi Mulut


NOTA GURU Mainkan alat perkusi mengikut Latihan Corak Irama 1 dan 2 sebagai persediaan sebelum mengiringi lagu Setia Kawan. Latihan Corak Irama 1 Latihan Corak Irama 2 • Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan 1 (kastanet), Kumpulan 2 (loceng) dan Kumpulan 3 (kerincing). • Minta murid membuat latihan dalam kumpulan masing-masing sebelum memainkan alat perkusi mengikut skor ensembel pada halaman 8 dan 9. • Minta murid mencari maklumat tentang perkusi mulut dan perkusi badan. Banding beza antara kedua-dua perkusi tersebut. EMK: Bahasa : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.2.1 (i)(ii) 2.2.2 (i)(ii) F Corak Irama Cara memainkan alat perkusi Loceng boleh dimainkan secara menggoncang bagi menghasilkan bunyi berdetar (rattling roll). 7 Audio 15: Ensembel Latihan Corak Irama 1 Audio 16: Latihan Corak Irama 1 (kastanet) Audio 17: Latihan Corak Irama 1 (loceng) Audio 18: Latihan Corak Irama 1 (kerincing) Audio 19: Ensembel Latihan Corak Irama 2 Audio 20: Latihan Corak Irama 2 (kastanet) Audio 21: Latihan Corak Irama 2 (loceng) Audio 22: Latihan Corak Irama 2 (kerincing) Minggu 2


Lagu: Lim Li Wen Lirik : Mahiran Man Mainkan alat perkusi mengikut skor Setia Kawan secara ensembel. G Setia Kawan Ensembel Alat Perkusi 8 Audio 23: Ensembel Alat Perkusi Setia Kawan Audio 24: Instrumental Setia Kawan (kastanet) Audio 25: Instrumental Setia Kawan (loceng) Audio 26: Instrumental Setia Kawan (kerincing) Audio 27: Minus One Setia Kawan Minggu 2


NOTA GURU • Bahagikan murid kepada empat kumpulan, iaitu Kumpulan 1 menyanyikan lagu Setia Kawan sementara Kumpulan 2, 3 dan 4 memainkan alat perkusi untuk mengiringi nyanyian. EMK: Bahasa : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.2.1 (i)(ii) 2.2.2 (i)(ii) Setia kawan bermaksud persefahaman dan kesepakatan Tahukah dalam persahabatan. Kamu? 9 Minggu 2


Enam pagi jam berbunyi aku capai tuala mandi Hatiku sangat girang dapat bertemu rakan lagi Ke sekolahku mencari ilmu Agar diriku bertambah maju Dunia era globalisasi Segala ilmu di hujung jari Ilmu rohani dijunjung tinggi Seiring teknologi terkini Terbuka luas pintu gerbang ilmu di depan mata Rajin usaha serta jangan mudah berputus asa Jadikan ilmu pegangan kita Ilmu berguna setiap masa Gerbang Ilmu Lagu: Lim Li Wen Lirik: Mahiran Man 10 GERBANG ILMU


NOTA GURU Lagu Rakyat Inggeris Sebelum mula bernyanyi, mari sebut frasa pematah lidah (tongue twister) di bawah bersama-sama. Baca frasa di bawah secara berulang-ulang dengan sebutan yang betul dan laju. Dengar Audio 28 dengan teliti dan ajuk. Nyanyikan lagu Mouse Mousie dengan pic yang betul Mouse, mousie, little mousie Hurry, hurry do! Or the kitty in the housie Will be chasing you • Pematah lidah (tongue twister) ialah pilihan dan susunan perkataan, frasa atau ayat yang sukar disebut terutamanya apabila disebut berulang kali dengan lajunya. Pematah lidah biasanya berunsur kecindan. • Bimbing murid membuat latihan pematah lidah (tongue twisters) mengikut ansur maju daripada tempo lambat kepada tempo cepat. • Bimbing murid membuat latihan vokal dengan pic yang betul. EMK: Keusahawanan : Menganalisis PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi 2.1.1 Red lorry, yellow lorry Kakakku kata, kuku kakiku kotor Kukikis kuku kotor kakiku Mouse Mousie Cadangkan pematah lidah dengan frasa atau ayat lain yang sesuai. A Nyanyian 11 Audio 28: Vokal Mouse Mousie Audio 29: Instrumental Mouse Mousie Audio 30: Minus One Mouse Mousie Minggu 3


NOTA GURU • Bimbing murid bernyanyi dengan sebutan yang betul mengikut frasa. • Bimbing murid bernyanyi dengan dinamik yang betul mengikut skor lagu. • Pastikan murid mengambil nafas pada awal frasa lagu. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.1.1 2.1.2 (i)(ii) Nyanyian Nyanyikan lagu Gerbang Ilmu dengan pic dan tempo yang betul. B Gerbang Ilmu 2 Lagu: Lim Li Wen Lirik : Mahiran Man Minggu 3 12 Audio 31: Vokal Gerbang Ilmu Audio 32: Instrumental Gerbang Ilmu Audio 33: Minus One Gerbang Ilmu


NOTA GURU • Perdengarkan Audio 34 terlebih dahulu sebelum murid memilih dan menyebut perkataan yang dipilih secara berulang. • Bimbing murid menyanyikan perkataan berulang-ulang secara konsisten. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Bekas Nama 3.1.1 3.1.2 C Penciptaan Melodi Mudah Minggu 3 13 Cipta satu sebutan berulang bagi mengiringi nyanyian keratan lagu Gerbang Ilmu dengan pic dan tempo yang betul. 1 Berbincang dalam kumpulan untuk memilih satu perkataan yang terdapat pada skor di atas untuk dijadikan sebutan berulang. Tulis perkataan tersebut mengikut suku kata secara berulang kali sepanjang empat bar. Nyanyikan perkataan ciptaan kamu secara berulang-ulang dengan konsisten dengan iringan Audio 34. Cipta melodi mudah menggunakan not D’ dan G sepanjang empat bar. Kemudian, mainkannya dengan rekoder. Guru memilih kumpulan secara rawak untuk membuat persembahan di hadapan kelas. 2 3 4 5 6 Lihat keratan melodi di bawah dengan teliti. Audio 34: Vokal Keratan Lagu Gerbang Ilmu Contoh sebutan berulang Keratan skor Gerbang Ilmu


Enam pagi jam berbunyi aku capai tuala mandi Hatiku sangat girang dapat bertemu rakan lagi Ke sekolahku mencari ilmu Agar diriku bertambah maju D Pergerakan Mengikut Muzik Semua murid melakukan aktiviti Pergerakan 1. 14 Minggu 4 Audio 35: Keratan 1 Audio 36: Keratan 2 Audio 37: Keratan 3 Tempo ialah kelajuan detik dalam muzik. Lakukan pergerakan mengikut tempo Audio 35 hingga 37 berdasarkan arahan yang diberikan dalam gambar di bawah. Tepuk tangan masing-masing. Sekarang, mari lakukan aktiviti di bawah bersama-sama. Bergerak empat langkah ke kanan atau ke kiri dan petik jari empat kali. Tepuk tangan secara berpasangan. Pergerakan 3 1 Tepuk tangan mengikut tempo sambil bernyanyi. Pergerakan 1 Pergerakan 2


NOTA GURU Terbuka luas pintu gerbang ilmu di depan mata Rajin usaha serta jangan mudah berputus asa Jadikan ilmu pegangan kita Ilmu berguna setiap masa Minggu 4 Semua murid melakukan aktiviti Pergerakan 2. • Perdengarkan Audio 35 hingga 37 terlebih dahulu sebelum membuat aktiviti pergerakan. • Bimbing murid melakukan pergerakan berdasarkan audio yang didengar. • Sediakan alatan seperti sapu tangan, reben atau peralatan yang sesuai sebagai alatan tambahan untuk digunakan semasa membuat aktiviti pergerakan. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.3.1 (ii) Dunia era globalisasi Segala ilmu di hujung jari Ilmu rohani dijunjung tinggi Seiring teknologi terkini Semua murid melakukan aktiviti Pergerakan 3. 15 Bergerak empat langkah ke kanan atau ke kiri. Kemudian, petik jari empat kali mengikut tempo sambil bernyanyi. Tepuk tangan secara berpasangan mengikut tempo sambil bernyanyi. 2 3


Minggu 4 Audio 38: Instrumental Gerbang Ilmu (tempo cepat, sederhana dan lambat) Dengar Audio 38 dan bergerak mengikut tempo berdasarkan arahan dan gambar. Kumpulan A bergerak mengikut arah jam sambil menepuk tangan mengikut detik dan Kumpulan B bergerak mengikut arah lawan jam sambil memetik jari mengikut detik. Bahagikan murid kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Enam pagi jam berbunyi aku capai tuala mandi Hatiku sangat girang dapat bertemu rakan lagi Ke sekolahku mencari ilmu Agar diriku bertambah maju Kumpulan A Kumpulan B Kelajuan detik menentukan tempo. Dalam muzik, terdapat tempo cepat, sederhana dan lambat. E Pergerakan Mengikut Muzik 16 1 2


NOTA GURU Kumpulan A bergerak mengikut arah lawan jam sambil menepuk tangan mengikut detik dan Kumpulan B bergerak mengikut arah jam sambil memetik jari mengikut detik. • Perdengarkan Audio 38 terlebih dahulu sebelum murid melakukan aktiviti pergerakan. • Bimbing murid bergerak mengikut tempo. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi, Mencipta PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.3.1 (ii) Kedua-dua kumpulan berhenti setempat. Kumpulan A menepuk tangan Kumpulan B secara berpasangan sambil mengikut tempo. Dunia era globalisasi Segala ilmu di hujung jari Ilmu rohani dijunjung tinggi Seiring teknologi terkini Terbuka luas pintu gerbang ilmu di depan mata Rajin usaha serta jangan mudah berputus asa Jadikan ilmu pegangan kita Ilmu berguna setiap masa Apakah pergerakan lain yang sesuai bagi aktiviti bergerak mengikut tempo selain aktiviti yang telah diberikan? Minggu 4 17 3 4


Tudung periuk, tudung periuk pandai menari Menari lagu, menari lagu putera mahkota Tudung periuk, tudung periuk pandai menari Menari lagu, menari lagu putera mahkota Kain yang buruk, kain yang buruk berikan kami Buat menyapu, buat menyapu si air mata Kain yang buruk, kain yang buruk berikan kami Buat menyapu, buat menyapu si air mata 18 Tudung Periuk Lagu dan lirik: P. Ramlee TUDUNG PERIUK


NOTA GURU Tahukah Kamu? 19 • Bimbing murid menyebut lirik dengan betulnya mengikut frasa demi frasa sebelum memulakan aktiviti nyanyian. • Semasa bernyanyi, sebutan “putera” disebut sebagai “putra”. • Bimbing murid menyanyikan lagu Tudung Periuk dengan dinamik mengikut skor berserta ekspresi. EMK: Patriotisme : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan Lagu Tudung Periuk merupakan runut bunyi bagi filem Sumpahan Orang Minyak dan dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Lagu dan lirik merupakan hak cipta terpelihara dengan kebenaran daripada EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd. 2.1.2 (i)(ii) Tudung Periuk A Nyanyian Audio 39: Vokal Tudung Periuk Audio 40: Instrumental Tudung Periuk Audio 41: Minus One Tudung Periuk Minggu 5 Lagu: P. Ramlee Lirik : P. Ramlee


NOTA GURU • Sediakan stesen dan kad corak irama sebelum aktiviti dijalankan. • Bimbing ketua stesen terlebih dahulu untuk membunyikan sebutan berirama sebelum aktiviti dijalankan. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Soal-dan-Bimbing 2.2.1 (i)(ii) INFO Minggu 5 20 Audio 42: Corak Irama Stesen 1 Audio 43: Corak Irama Stesen 2 B Permainan Teroka Corak Irama Sebut corak irama di setiap stesen dengan sebutan berirama. Contoh 1: pom pom pom pom pom pom pom cak cak cak cak cak cak cak Contoh 2: Kamu boleh mencipta sebutan berirama berdasarkan bunyi persekitaran seperti bunyi haiwan, kenderaan, alat perkusi, hujan, angin dan sebagainya. Bentukkan dua kumpulan, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan A berada di Stesen 1 dan Kumpulan B berada di Stesen 2. Lantik seorang ketua di setiap stesen. Guru akan membunyikan isyarat sebanyak tiga kali. Pada isyarat pertama, murid membunyikan corak irama yang terdapat di stesen masing-masing. Pada isyarat kedua, murid bertukar stesen. Pada isyarat ketiga, murid bergerak ke tempat masing-masing. Sebutan berirama ialah sebutan yang dibunyikan mengikut nilai not. 1 2 3 4 5 6 Stesen 1 Stesen 2 1 1 2 2 4 4 3 3


NOTA GURU • Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan 1 (kastanet), Kumpulan 2 (kayu tik tok) dan Kumpulan 3 (tamborin). • Bimbing murid memainkan alat perkusi secara ensembel. EMK: Nilai Murni : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.2.1 (i)(ii) 2.2.2 (i) Minggu 5 21 Latihan Corak Irama 1 Latihan Corak Irama 2 Audio 44: Ensembel Latihan Corak Irama 1 Audio 45: Latihan Corak Irama 1 (kastanet) Audio 46: Latihan Corak Irama 1 (kayu tik tok) Audio 47: Latihan Corak Irama 1 (tamborin) Audio 48: Ensembel Latihan Corak Irama 2 Audio 49: Latihan Corak Irama 2 (kastanet) Audio 50: Latihan Corak Irama 2 (kayu tik tok) Audio 51: Latihan Corak Irama 2 (tamborin) Mainkan alat perkusi berdasarkan skor di bawah. C Cara memainkan alat perkusi Berikan perhatian kepada tanda rehat krocet dan tanda rehat kuaver semasa memainkan alat perkusi. Kamu boleh mengira dengan kiraan 1-n-2-n-3-n-4-n semasa memainkan corak irama agar lebih mudah difahami dan dikuasai. Latihan Corak Irama


Tudung Periuk Tahukah Kamu? Seni kiasan dalam lirik lagu ini mengisahkan semangat patriotisme orang terdahulu untuk mempertahankan tanah air demi anak bangsa daripada penjajahan bangsa asing. Minggu 6 22 Audio 52: Ensembel Alat Perkusi Tudung Periuk Audio 53: Instrumental Tudung Periuk (kastanet) Audio 54: Instrumental Tudung Periuk (kayu tik tok) Audio 55: Instrumental Tudung Periuk (tamborin) Audio 56: Minus One Tudung Periuk D Mainkan alat perkusi mengikut skor di bawah secara ensembel. Lagu: P. Ramlee Lirik : P. Ramlee Ensembel Alat Perkusi


NOTA GURU • Bimbing murid memainkan alat perkusi dengan betulnya mengikut skor. • Galakkan murid menggunakan alat perkusi lain yang bersesuaian untuk mengiringi lagu Tudung Periuk. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.2.1 (i)(ii) 2.2.2 (i) Lagu dan lirik merupakan hak cipta terpelihara dengan kebenaran daripada EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd. Minggu 6 23


Audio 57: Corak Irama 1 Audio 58: Corak Irama 2 Audio 59: Corak Irama 3 Minggu 6 24 E Dengar audio dengan telitinya. Ajuk bunyi yang didengar dengan sebutan berirama “tu” mengikut nilai not. Camkan bunyi dan sebut semula corak irama berdasarkan bunyi audio. Bentukkan tiga kumpulan, iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan kumpulan C mengikut stesen. Setiap kumpulan akan berada di setiap stesen masing-masing, iaitu di Stesen 1, Stesen 2 dan Stesen 3. Bunyikan corak irama dengan sebutan berirama “tu” yang terdapat di setiap stesen. Kemudian, bunyikan corak irama tersebut dengan loceng berpic. 1 2 3 4 1 2 3 Corak Irama Corak Irama Corak Irama Stesen 1 Kamu juga boleh menggunakan alat perkusi berpic yang lain seperti xilofon untuk memainkan corak irama. Mencipta Melodi Mudah


NOTA GURU • Sediakan peralatan yang mencukupi di setiap stesen mengikut keratan skor sebelum aktiviti dijalankan. • Bimbing murid menulis melodi yang telah dicipta pada baluk. • Bimbing murid memainkan rekoder berdasarkan hasil ciptaan melodi mereka. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi 3.1.1 (i) 3.1.2 Minggu 6 25 Kamu juga boleh menukar sebutan “tu”dengan sebutan lain yang sesuai untuk mencipta sebutan berirama di setiap stesen. Berbincang dalam kumpulan dan cipta melodi sepanjang dua bar menggunakan not B, A dan G. Tulis meter lagu dan melodi yang telah dicipta pada baluk. Mainkan melodi ciptaan kumpulan kamu dengan rekoder. Persembahkan hasil ciptaan kumpulan kamu di hadapan kelas. 5 7 6 8 Stesen 2 Stesen 3


Mari kita menerokai Dunia rangkaian globalisasi Kemudahan di hujung jari Teknologi siber ICT Serba luas infiniti Membawa kesan pada dunia Era dasar langit terbuka Ledakan teknologi Fenomena globalisasi Melanda dunia tanpa sempadan Pemodenan komunikasi Cabaran dunia terkini Rangkaian Globalisasi Lagu: Lim Li Wen Lirik: Mahiran Man 26


NOTA GURU Rangkaian Globalisasi Nyanyikan lagu Rangkaian Globalisasi dengan pic dan tempo yang betul. • Bimbing murid menyanyikan lagu Rangkaian Globalisasi dengan sebutan yang betul mengikut frasa. • Bimbing murid bernyanyi dengan dinamik yang betul mengikut skor. EMK: Teknologi Maklumat : Menganalisis PAK-21: Kerja Berkumpulan dan Komunikasi 2.1.1 2.1.2 (i)(ii) A Nyanyian Lagu: Lim Li Wen Lirik : Mahiran Man Minggu 7 27 Audio 60: Vokal Rangkaian Globalisasi Audio 61: Instrumental Rangkaian Globalisasi Audio 62: Minus One Rangkaian Globalisasi


NOTA GURU • Bimbing murid mengajuk keratan melodi dengan rekoder. • Berikan perhatian kepada pertukaran penjarian not yang sukar dimainkan oleh murid. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.4.1 (i)(ii)(iii) (iv)(v) Minggu 7 B Latihan Rekoder 28 Sebelum ini kamu telah pun mempelajari not B, A, G, C’, D’, E dan F pada tahun 5. Ajuk melodi di bawah dengan memainkan rekoder pada . Perlidahan dan embouchure yang betul semasa memainkan rekoder. Audio 63: Latihan 1 Audio 64: Latihan 2 Audio 65: Latihan 3 Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Audio 63: Latihan 1 Audio 64: Latihan 2 Audio 65: Latihan 3


C B D A NOTA GURU • Ingatkan murid tentang postur, pernafasan, penjarian, perlidahan dan embouchure yang betul semasa memainkan rekoder. • Aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.4.1 (i)(ii)(iii) (iv)(v) Rangkaian Globalisasi Lagu: Lim Li Wen Minggu 7 Tepuk tangan mengikut corak irama lagu sebelum memainkan lagu di bawah dengan rekoder secara ansur maju. C Permainan Rekoder 29 Audio 66: Instrumental Rangkaian Globalisasi Audio 67: Minus One Rangkaian Globalisasi


melodi mendatar melodi bertangga melodi melompat NOTA GURU • Bimbing murid mengenal pasti susunan pic melodi mendatar, melodi bertangga dan melodi melompat. • Minta murid mencipta melodi mudah menggunakan not mendatar, bertangga dan melompat sepanjang dua bar. Kemudian, mainkan melodi tersebut menggunakan rekoder atau alatan berpic. • Jawab soalan dalam buku manuskrip atau imbas kod QR di atas untuk mencetak skor dan mengedarkannya kepada murid. • Gunakan kaedah Bekas Nama untuk memilih murid membuat persembahan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Menganalisis PAK-21: Bekas Nama 3.1.1 (i) D Penciptaan Melodi Mudah Oh, Mister Rabbit! Minggu 8 30 Mainkan keratan melodi di bawah dengan rekoder. Contoh kedudukan not pada baluk dalam skor lagu. Contoh susunan melodi dalam skor lagu Oh, Mister Rabbit. Teliti not pada setiap bar. Bulatkan satu kumpulan not dalam keratan lagu Rangkaian Globalisasi yang mempunyai melodi mendatar dengan warna hijau, satu kumpulan melodi bertangga dengan warna biru, dan satu kumpulan not melompat dengan warna jingga. Susun keratan melodi sepanjang dua bar menggunakan melodi mendatar, melodi bertangga atau melodi melompat. Skor Rangkaian Globalisasi Lagu kanak-kanak 1 3 2 Audio 68: Melodi Mendatar Audio 69: Melodi Bertangga Audio 70: Melodi Melompat


NOTA GURU • Bimbing murid mengenal pasti meter, jenis not dan pic terlebih dahulu sebelum mencipta melodi mudah. • Bimbing murid mencipta melodi mudah menggunakan not G, A, B, C’ dan D’. • Bimbing murid memainkan melodi dengan alat muzik berpic. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Menganalisis PAK-21: Kerja Berkumpulan 3.1.1 (i) E Penciptaan Melodi Mudah Apakah melodi? Lihat dengan telitinya langkah mencipta melodi mudah. Apakah langkah-langkah untuk menghasilkan melodi? Contoh: Contoh: Minggu 8 Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur. 4 4 4 4 31 Bagaimanakah kamu mencipta melodi? Penciptaan melodi tidak sukar sekiranya kamu berpandukan asas yang betul. Kamu boleh mencipta melodi dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian. Di bawah merupakan contoh mudah yang boleh kamu ikuti untuk mencipta melodi. Tetapkan meter lagu untuk mencipta melodi. Misalnya, meter . Cipta corak irama mengikut meter yang dipilih. Sebagai permulaan, gunakan not-not yang mudah seperti not . Gunakan loceng berpic atau rekoder untuk menentukan pic bagi setiap not dalam corak irama yang dicipta . Tulis not tersebut pada baluk untuk membentuk satu melodi mudah. Lazimnya, not terakhir kembali ke not C. 1 2 3 4 5


NOTA GURU • Bimbing murid mencipta corak irama mengikut meter lagu. • Minta murid menepuk corak irama sebelum mencipta melodi. • Bimbing murid memainkan melodi dengan rekoder. EMK: Keusahawanan : Mencipta PAK-21: Kerja Berkumpulan 3.1.1 (i) Kamu juga boleh mencipta melodi menggunakan not lain yang telah dipelajari. Selamat mencuba! Kad corak irama Minggu 8 F Mencipta Melodi Mudah Kamu telah belajar cara mencipta melodi mudah pada halaman 30. Sekarang, kamu boleh mencipta melodi mudah menggunakan not sepanjang dua bar menggunakan meter serta not B, A, G, C’ dan D’. Pilih dua keping kad corak irama di bawah untuk mencipta melodi mudah sepanjang dua bar. Contoh dua keping kad corak irama yang telah dipilih. Teroka corak irama tersebut dengan menggunakan loceng berpic. Mainkan corak irama ciptaan kamu dengan rekoder. 1 2 3 Tulis not B, A, G, C’ dan D’ pada setiap jenis not. B A G C’ D’ C’ A G 4 Berdasarkan corak irama yang dicipta, kamu boleh mencipta melodi dengan menulis not-not tersebut pada baluk. 6 4 4 32 5


NOTA GURU • Bimbing murid mencipta melodi dengan betulnya. • Minta murid menulis melodi ciptaan pada buku manuskrip. • Bimbing murid memainkan melodi dengan rekoder. • Sediakan peralatan yang diperlukan sebelum aktiviti dijalankan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Soal-dan-Bimbing 3.1.1 (i)(ii) 3.1.2 G Mencipta Melodi Mudah Kamu sudah mencipta melodi menggunakan not pada halaman 32. Seterusnya, cipta melodi mudah menggunakan not dan tanda rehat seperti . w Kamu juga boleh mencipta lirik untuk melodi ciptaan kamu. Selamat mencuba! Minggu 8 Bentukkan kumpulan berenam. Guru membunyikan isyarat, setiap pasangan bergerak mencari pasangan lain yang mempunyai jawapan yang berbeza. Pasangan pertama dan pasangan kedua bergilir-gilir berkongsi jawapan. Kedua-dua pasangan bertukar jawapan. Setiap pasangan memainkan jawapan melodi rakan dengan rekoder. Kemudian, mereka bergerak untuk mencari pasangan yang baharu. Ulang langkah 6 dan 7 sehingga guru membunyikan isyarat aktiviti telah tamat. 1 Secara berpasangan, pilih dua keping kad corak irama dan masukkan not B, A, G, C’ atau D’ untuk mencipta melodi sepanjang dua bar. 3 4 Setiap pasangan akan menulis meter dan melodi ciptaan pada baluk. 5 6 7 8 2 Setiap kumpulan akan mendapat himpunan kad corak irama meter . 4 4 33


Wolfgang Amadeus Mozart Selepas Zaman Baroque berlalu, Zaman Klasikal mula berkembang sekitar tahun 1750 hingga 1850. Antara beberapa orang komposer muzik Zaman Klasikal yang terkenal termasuklah Franz Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart dan Ludwig van Beethoven. Wolfgang Amadeus Mozart menunjukkan bakat dalam permainan piano dan violin semenjak kecil lagi. Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1756 di Salzburg, Austria dan meninggal dunia pada 5 Disember 1791. Beliau telah mula menghasilkan karya muzik semenjak masih muda. Antara hasil karya beliau yang terkenal termasuklah Eine kleine Nachtmusik, Rondo Alla Turca, Sonata Semplice dan The Twelve Variations on “Ah vous dirai-je, Maman” yang lebih dikenali sebagai lagu Twinkle Twinkle Little Stars. Franz Joseph Haydn Franz Joseph Haydn merupakan seorang komposer yang dilahirkan di Rohrau, Austria pada 31 Mac 1732 dan meninggal dunia pada 31 Mei 1809. Beliau terkenal sebagai bapa simfoni kerana telah berjaya mencipta sebanyak 104 buah simfoni. Simfoni merupakan karya yang menggunakan alat muzik orkestra yang mempunyai empat bahagian tema. Salah satu simfoni beliau yang terkenal ialah Symphony No. 94 yang juga dikenali sebagai The Surprise Symphony. The Surprise Symphony Eine kleine Nachtmusik Tahukah Kamu? Franz Joseph Haydn merupakan sahabat baik kepada Wolfgang Amadeus Mozart semasa di Vienna. Beliau juga merupakan guru kepada Ludwig van Beethoven. Minggu 9 H Muzik Klasik Barat 34


NOTA GURU Ludwig van Beethoven Ludwig van Beethoven merupakan antara komposer yang terkenal pada Zaman Klasik Barat. Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1770 di Bonn, Jerman dan meninggal dunia pada 26 Mac 1827 semasa beliau berumur 56 tahun. Beliau mahir bermain piano sejak muda lagi. Antara karya beliau yang tersohor termasuklah Symphony No. 5, C minor yang dicipta semasa beliau mula hilang pendengaran pada usia 26 tahun. Fur Elise dan Moonlight Sonata juga merupakan karya popular beliau yang masih digemari sehingga kini. • Minta murid mengumpulkan maklumat tentang ketiga-tiga komposer di atas serta hasil karya mereka melalui Internet dan bahan bercetak terlebih dahulu untuk menghasilkan buku skrap. • Bimbing murid mengenali komposer Zaman Klasik Barat daripada Internet dan bahan bercetak. • Perdengarkan karya komposer di atas dan bincangkan tentang elemen dinamik dan daya tarikan dalam muzik klasik barat yang didengari. • Bimbing murid berkongsi pendapat tentang karya muzik klasik barat dengan rakan-rakan. EMK: Kelestarian Global : Menganalisis PAK-21: Kongsi-Pendapat 4.1.1 4.1.2 Symphony No. 5, C minor Mari sediakan buku skrap yang mengandungi maklumat berkaitan dengan komposer Zaman Klasikal yang telah dipelajari seperti nama penuh, tahun kelahiran, hasil karya serta keistimewaan mereka. Minggu 9 Audio 71: The Surprise Symphony Audio 72: Eine kleine Nachtmusik Audio 73: Symphony No. 5, C Minor 35


Mari mengkaji mikroorganisma Hidupan seni terunik sekali Fungi, bakteria, protozoa, virus, dan alga ialah mikroorganisma Proses hidupnya perlu bernafas untuk hidup Bergerak serta tumbuh tanpa dilihat Membawa kesan pada manusia dan haiwan Ada kesan yang baik serta yang buruk Jaga kesihatan serta kebersihan Disiplin diri jadikan amalan Penyakit berjangkit tidak kelihatan Banteraskannya sebelum terlambat Mikroorganisma Lagu: Lim Li Wen Lirik: Mahiran Man 36 MIKROORGANISMA


Lagu: Lim Li Wen Lirik : Mahiran Man NOTA GURU Mikroorganisma Nyanyikan lagu Mikroorganisma dengan pic dan tempo yang betul. • Bimbing murid membuat latihan pernafasan mengikut frasa demi frasa. • Bimbing murid bernyanyi dengan dinamik yang betul mengikut skor. EMK: Sains dan Teknologi : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.1.1, 2.1.2 (i) A Nyanyian Minggu 10 37 Audio 74: Vokal Mikroorganisma Audio 75: Instrumental Mikroorganisma Audio 76: Minus One Mikroorganisma


NOTA GURU 2.4.1 (i)(ii)(iii) (iv)(v) B Not D • Bimbing murid memainkan rekoder dengan postur, pernafasan, penjarian, perlidahan dan embouchure yang betul. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan Minggu 10 38 Lihat dengan teliti penjarian rekoder di bawah. Lakukan penjarian not D dengan betul. Kualiti ton yang baik dapat dihasilkan dalam permainan rekoder melalui teknik perlidahan dan pernafasan yang betul. Elakkan jari yang terlalu bengkok semasa membuat penjarian rekoder bagi memberikan keselesaan serta memudahkan pertukaran penjarian. Not D 1 2 3 4 0 5 6 Penjarian not D TIPTIP Rapatkan gigi atas dan bawah semasa memainkan rekoder untuk mengawal udara bagi mendapatkan kualiti ton bunyi yang baik.


NOTA GURU • Bimbing murid memainkan rekoder dengan postur, pernafasan, penjarian, perlidahan dan embouchure yang betul. • Berikan perhatian kepada pertukaran penjarian yang sukar dikuasai oleh murid. EMK: Keusahawanan : Mengaplikasi PAK-21: Satu-Dua-Kumpulan 2.4.1 (i)(ii)(iii) (iv)(v) 2.4.2 (i)(ii) C Latihan Rekoder Not D Hidupan Seni Mikroorganisma Minggu 10 39 Mulakan permainan rekoder dengan membuat Latihan Rekoder 1 dan 2. Kemudian, mainkan lagu Hidupan Seni Mikroorganisma bersama-sama. Audio 77: Latihan Rekoder 1 Audio 78: Latihan Rekoder 2 Audio 79: Hidupan Seni Mikroorganisma Audio 80: Minus One Hidupan Seni Mikroorganisma Latihan Rekoder 1 Latihan Rekoder 2 Lagu: Lim Li Wen


NOTA GURU Minggu 11 Lakukan penjarian not C dengan betul. Kualiti ton yang baik dapat dihasilkan dalam permainan rekoder melalui teknik perlidahan dan pernafasan yang betul. Putarkan bahagian kaki rekoder ke kanan supaya jari kelengkeng dapat menutup kedua-dua lubang dengan sempurna. D Not C Lihat dengan teliti penjarian rekoder di bawah. Mainkan rekoder dengan lembutnya untuk mendapatkan kualiti ton not C yang baik. Andaikan kamu sedang menghembus lembut sehelai kertas. • Bimbing murid memainkan rekoder dengan postur, pernafasan, penjarian, perlidahan dan embouchure yang betul. EMK: Nilai Murni : Mengaplikasi PAK-21: Kerja Berkumpulan 2.4.1 (i)(ii)(iii) (iv)(v) Meniup lembut pada kertas Penjarian not C 40 1 Not C 2 3 4 0 5 6 7 TIPTIP


Click to View FlipBook Version