1
MODUL LATIHAN
KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
EDISI KEMAS KINI 2018
oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
2018
Dengan Kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia
ISBN 978-967-1555-62-0
Hak Cipta Terpelihara
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), 2018
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana
bahagian daripada bahan cetakan ini atau memindahkannya ke dalam
sebarang bentuk melalui sebarang cara, sama ada secara elektronik atau
mekanik, termasuk fotokopi, rakaman atau sebarang bentuk penyimpanan
maklumat dan sistem menyalin, sebelum mendapat keizinan bertulis
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Diterbitkan oleh
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Blok J, MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya,
Selangor
www.swcorp.com.my
i
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Modul Latihan Kelab Kitar Semula Edisi Kemas Kini 2018 merupakan terjemahan
hasrat, manifestasi dan aspirasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) dalam menyediakan persekitaran kediaman yang bersih dan selesa untuk
rakyat Malaysia. Umum mengetahui bahawa ia merupakan antara cabaran besar
kerajaan untuk melahirkan generasi yang melihat alam ini sebagai amanah yang
harus dijaga dan dipelihara sebagai sebuah tanggungjawab bersama.
Sekalung penghargaan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (SWCorp) di atas penerbitan modul latihan ini dan menjadi
peneraju kepada pembudayaan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
Selaras dengan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (DPSPN), adalah diharapkan
dimensi pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R yang digarap dalam modul ini,
dapat diadaptasikan dan memberi kesan berantai terhadap gaya hidup yang
bermula dari sekolah.
Sebagai kementerian yang bertanggungjawab demi memastikan Negara dalam
keadaan bersih, indah dan sejahtera, KPKT optimis supaya masyarakat sentiasa
menyokong penuh segala usaha yang dilaksanakan, agar setiap perancangan
yang telah dibuat dapat direalisasikan dengan jayanya.
Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah
memberi kerjasama penuh dalam melaksanakan modul ini. Bersama kita menjadi
penggerak bagi menjamin kebersihan persekitaran yang berkualiti dan kelestarian
alam sekitar sebagai nadi dalam mengiringi kemajuan yang gemilang.
YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin
Menteri
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
ii
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya, Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya menerbitkan Modul Latihan
Kelab Kitar Semula Edisi Kemas Kini 2018 untuk kegunaan di sekolah rendah dan
menengah.
Menyedari tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan masyarakat
berkenaan pengurusan sisa pepejal yang mampan, SWCorp sentiasa mengambil
langkah proaktif bagi meningkatkan pengetahuan di setiap lapisan masyarakat
dengan memastikan pendidikan berkenaan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
dapat disampaikan menerusi saluran yang tepat. Bagi tujuan tersebut, pelbagai
program berteraskan perkongsian maklumat dilaksanakan bagi meningkatkan
kefahaman merentas spektrum dan lapisan masyarakat.
Sehubungan itu, inisiatif-inisiatif yang bersesuaian dengan penerimaan golongan
kanak-kanak dan remaja diadaptasikan dalam modul latihan Kelab Kitar Semula
yang telah digubal dan diguna pakai sejak tahun 2013. Bagi memastikan matlamat
utama Modul Latihan Kelab Kitar Semula ini tercapai, pihak SWCorp sentiasa
cakna terhadap keperluan modul berdasarkan peredaran masa dan komited bagi
mengemas kini dan menambah baik modul ini selaras dengan keperluan semasa.
Saya berharap agar Modul Kelab Kitar Semula Edisi Kedua ini dapat menjadi
panduan kepada guru-guru dalam usaha memupuk amalan kebersihan dan
pengurusan sisa pepejal yang mampan dalam diri ahli kelab kitar semula seterusnya
melahirkan generasi akan datang yang lebih menghargai alam sekitar.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan
dan tahniah kepada warga kerja SWCorp dan Kementerian Pendidikan Malaysia
atas usaha mengemaskini, menambahbaik dan menerbitkan modul latihan ini.
Semoga usaha dan kerjasama yang disumbangkan dalam penyediaan modul ini
akan memberi kesan positif kepada agama, bangsa dan negara.
YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Pengenalan
Modul Kelab Kitar Semula ini merupakan sebuah dokumen yang diterbitkan
bertujuan menjadi panduan kepada pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti
kokurikulum melalui Kelab Kitar Semula yang diwujudkan di sekolah-sekolah. Modul
Kelab Kitar Semula ini padat dengan informasi berkenaan dengan pengurusan sisa
pepejal yang diamalkan di Malaysia dan pendekatan menguruskan sisa pepejal
melalui amalan 3R (reduce, reuse, recycle).
Melalui modul ini juga, ahli-ahli kelab kitar semula akan diterapkan dengan nilai-
nilai menghargai alam sekitar menerusi amalan pengurusan sisa pepejal yang baik.
Modul Kelab Kitar Semula ini merupakan penerbitan edisi ke-2 ini dan ia merupakan
rentetan daripada penerbitannya untuk edisi kali pertama pada tahun 2013 dengan
pengemaskinian maklumat dan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan berkesan.
Modul ini mengandungi 6 unit merangkumi topik bagi mengukuhkan pengetahuan
asas pengurusan sisa pepejal sehinggalah kepada mengaplikasi pengetahuan
tersebut dalam aktiviti-aktiviti amali.
Modul ini juga merupakan hasil garapan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama dengan pihak Bahagian
Kesenian dan KoKurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam aspek pengurusan sisa pepejal dan penyediaan
modul kokurikulum di peringkat sekolah.
9
TAUTAN KATA MENTERI i
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
ii
SEKAPUR SIRIH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
1
PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
2-8
DAN PEMBERSIHAN AWAM 9-24
25-35
36-47
48-60
PENGENALAN 61-68
69-73
KURIKULUM MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA 74-75
76
SEKOLAH RENDAH
RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH
UNIT 1 : Asas Pengurusan Sisa Pepejal
UNIT 2 : 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
UNIT 3 : Pengkomposan
UNIT 4 : Projek Sekolah Sisa Sifar
UNIT 5 : Hari Kitar Semula
UNIT 6 : Eksplorasi Cilik 3R
GLOSARI
PENGHARGAAN
1
CADANGAN KURIKULUM BAHARU PROGRAM KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
KELAB: KELAB KITAR SEMULA
STAStNaDnAdRaDrdKAKNaDnUdNGunAgNan StanSTdAaNrDdAPRDemPEbMeBlEaLjAaJrAaRnAN
1.0 Asas Pengurusan Sisa Pepejal 1.1 Memahami definisi sisa pepejal
1.2 Memahami punca janaan sisa
• Definisi sisa pepejal
• Jenis sisa pepejal pepejal di Malaysia
• Komponen pengurusan sisa pepejal di 1.3 Memahami komponen pengurusan
Malaysia sisa pepejal
• Impak pengurusan sisa pepejal yang 1.4 Memahami kesan menguruskan sisa
baik pepejal dengan baik
2.0 3R (Reduce, Reuse, Recycle) 2.1 Memahami definisi pengurusan sisa
• Definisi pengurusan sisa pepejal pepejal lestari
mampan
• Amalan Reduce (Pengurangan) 2.2 Mengetahui cara dan amalan
• Amalan Reuse (Guna Semula) pengurangan sisa pepejal
• Amalan Recycle (Kitar Semula)
2.3 Mengetahui cara dan amalan guna
3.0 Pengkomposan semula sisa pepejal
• Kaedah Pengkomposan Takakura
Home Method 2.4 Mengetahui cara dan amalan kitar
semula sisa pepejal
4.0 Projek Sekolah Sisa Sifar
• Ikrar Murid 2.5 Memahami faedah mengamalkan 3R
• Value Food No Waste
• Waste Art/Upcycling 3.1 Mengetahui cara merawat sisa
• Bank Kitar Semula makanan melalui teknik
• Taman Lestari pengkomposan
5.0 Hari Kitar Semula 3.2 Melaksanakan pengkomposan
• Latar Belakang Hari Kitar Semula sebagai salah satu aktiviti kelab
• Objektif Sambutan Hari Kitar Semula
Peringkat Kebangsaan 4.1 Menerapkan nilai dan keazaman bagi
• Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat menjadikan sekolah sebagai kawasan
Sekolah lestari
6.0 Eksplorasi Cilik 3R 4.2 Memahami konsep pengurangan sisa
• Objektif pepejal
• Lawatan ke fasiliti berkaitan
pengurusan sisa pepejal 4.3 Memahami konsep mengguna
semula sisa pepejal secara kreatif dan
inovatif
4.4 Melaksanakan aktiviti yang boleh
meningkatkan ekonomi menerusi
amalan mengitar semula
4.5 Mengaplikasi konsep pengurusan sisa
mampan terhadap pemuliharaan
alam sekitar
5.1 Mengetahui latar belakang hari kitar
semula
5.2 Memahami objektif sambutan Hari
Kitar Semula Peringkat Kebangsaan
5.3 Menyambut Hari Kitar Semula di
peringkat sekolah
6.1 Memahami sistem pengurusan sisa
pepejal dengan lebih mendalam
6.2 Mengetahui kaedah-kaedah
pengurusan sisa pepejal yang
diaplikasikan di kawasan setempat
2
RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH
KELAB : KELAB KITAR SEMULA
MATLAMAT : MELAHIRKAN GENERASI YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP
KEBERSIHAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG MAMPAN
PEPRERJJUUMMPPAAANN KANDKAUNNDGUANNGAN OBJEKTOIFBJEKTIF AKTIVITI AKTIVITI ALAATLAANTA/BNA/BHAAHNAN/C/CAATTAATTAANN
1
Pendaftaran dan Pada akhir 1. Pendaftaran ahli 1. Borang keahlian
Suaikenal perjumpaan, murid- baharu.
murid dapat… 2. Buku rekod kehadiran
2. Mengenali guru kokurikulum
1. Mendaftarkan penasihat dan AJK
keahlian kelab kelab 3. Perlembagaan kelab
2. Mengenali guru 3. Pendaftaran semula 4. Aktiviti dijalankan di kelas
penasihat dan ahli lama
AJK
4. Memaklumkan kepada
3. Membaca minit ahli tentang isi
mesyuarat kandungan minit
agung lalu mesyuarat agung lalu
5. Memaklumkan
perlembagaan kelab
kepada ahli
2 Pengenalan kepada Pada akhir 1. Ahli diterangkan 1. Buku rekod kokurikulum
Sisa Pepejal perjumpaan, murid- tentang definisi sisa pelajar
murid dapat… pepejal menurut
bahasa dan menurut 2. Buku Modul Latihan
1. Memahami akta 672. Kelab Kitar Semula
definisi dan jenis
sisa pepejal 2. Ahli dibawa melawat 3. Borang Audit Sisa Pepejal
ke sekitar kawasan
2. Mengenal pasti sekolah bagi mengenal 4. Alat penimbang
sumber sisa pasti lokasi tong
pepejal dijana sampah, tong kitar 5. Sarung tangan
semula dan kawasan-
3. Mengenal pasti kawasan berkaitan 6. Topeng penutup hidung
tempat-tempat pengurusan sisa
penjanaan sisa pepejal di sekolah 7. Aktiviti dijalankan di
pepejal di dalam dalam kawasan sekolah
kawasan sekolah 3. Ahli kelab dibimbing
untuk melakukan audit
sisa pepejal di kawasan
sekolah
3
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
3 Pengenalan kepada Pada akhir 1. Penerangan daripada 1. Buku rekod kokurikulum
pengurusan sisa perjumpaan, murid- guru berkenaan sistem pelajar
pepejal murid dapat… pengurusan sisa
pepejal di Malaysia 2. Buku Modul Latihan
1. Mengetahui Kelab Kitar Semula
sistem 2. Ahli kelab diminta
pengurusan sisa mencari sumber 3. Peralatan bagi membuat
pepejal yang bacaan berkenaan model miniature
diamalkan di pengurusan sisa
Malaysia pepejal di Malaysia
2. Memahami hala 3. Ahli kelab membina
tuju pengurusan model miniature sistem
sisa pepejal di pengurusan sisa
Malaysia pepejal menggunakan
bahan terpakai
3. Memahami
peranan dalam
menguruskan
sisa pepejal di
rumah dan
sekolah
4 Pengurusan Sisa Pada akhir 1. Penerangan dari guru 1. Buku rekod kokurikulum
Pepejal Lestari perjumpaan, murid- berkenaan pengurusan pelajar.
murid dapat… sisa pepejal lestari
2. Buku Modul Latihan
1. Memahami 2. Murid diterangkan Kelab Kitar Semula
pengurusan sisa berkenaan amalan 3R
pepejal lestari (reduce, reuse, recycle) 3. Peralatan bagi membuat
pembentangan
2. Menyatakan
maksud 3R 3. Murid membincangkan
(Reduce, Reuse, dalam kumpulan
Recycle) berkenaan amalan 3R
yang boleh dilakukan
3. Mengenal pasti di sekolah dan
objektif dan impaknya kepada
impak 3R persekitaran sekolah
kepada
pengurusan sisa
pepejal lestari
5 3R (Reduce) – Pada akhir 1. Penerangan daripada 1. Buku rekod kokurikulum
Pengurangan Sisa perjumpaan, murid- guru kelab berkenaan pelajar.
Pepejal murid dapat… definisi dan konsep
pengurangan sisa 2. Buku Modul Latihan
1. Memahami pepejal Kelab Kitar Semula
konsep
pengurangan 2. Ahli Kelab melukis 3. Alatan melukis poster
sisa pepejal poster untuk
dalam aktiviti pengurangan sisa
seharian pepejal
4
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
2. Mengenal pasti
tindakan
pengurangan
sisa pepejal di
rumah dan di
sekolah
6 3R (Reuse) – Guna Pada akhir 1. Penerangan ringkas 1. Buku rekod kokurikulum
Semula Sisa Pepejal perjumpaan, murid- guru kelab berkenaan pelajar.
murid dapat… guna semula sisa
pepejal 2. Buku Modul Latihan
1. Memahami Kelab Kitar Semula
konsep guna 2. Ahli kelab berbincang
semula sisa bagi mendapatkan 3. Peralatan bagi membuat
pepejal dalam idea untuk upcycling
aktiviti seharian melaksanakan aktiviti
upcycling
2. Mengenal pasti
tindakan 3. Ahli kelab
mengguna melaksanakan aktiviti
semula sisa upcycling
pepejal di rumah
dan di sekolah
7 3R (Recycle) – Kitar Pada akhir 1. Guru menerangkan 1. Buku rekod kokurikulum
Semula perjumpaan, murid- kepada ahli kelab pelajar
murid dapat… proses kitar semula
2. Buku Modul Latihan
1. Memahami 2. Ahli kelab dibimbing Kelab Kitar Semula
konsep kitar untuk melakukan audit
semula sisa sisa pepejal di 3. Peralatan bagi membuat
pepejal dalam beberapa kawasan program bank kitar
aktiviti seharian terpilih semula
2. Mengenal pasti 3. Ahli kelab bersama
tindakan guru merancang bagi
mengitar semula melaksanakan aktiviti
sisa pepejal di bank kitar semula
rumah dan di
sekolah
5
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
8 Pengkomposan Pada akhir 1. Penerangan daripada 1. Buku rekod kokurikulum
perjumpaan, murid- guru atau Pegawai 3R pelajar.
murid dapat… SWCorp tentang cara
pelaksanaan rawatan 2. Buku Modul Latihan
1. Memahami sisa makanan melalui Kelab Kitar Semula
objektif teknik pengkomposan
melaksanakan 3. Peralatan (kit)
rawatan sisa 2. Demonstrasi pengkomposan sisa
makanan pengkomposan oleh makanan
melalui cara ahli kelab dan
pengkomposan dibimbing oleh guru
atau pegawai 3R
2. Melaksanakan SWCorp
rawatan sisa
makanan 3. Ahli kelab berbincang
melalui teknik bagi melaksanakan
pengkomposan aktiviti pengkomposan
secara berterusan
dalam kalangan ahli
kelab
9 Ikrar Murid dan Pada akhir 1. Guru membimbing ahli 1. Buku rekod kokurikulum
Memorandum perjumpaan, murid- kelab untuk pelajar.
Sekolah murid dapat… menyediakan ikrar
murid-murid bagi 2. Buku Modul Latihan
1. Menghasilkan menjaga kebersihan Kelab Kitar Semula
sebuah ikrar bagi sekolah dan
menjaga mengambil bahagian 3. Peralatan bagi
kebersihan dalam melaksanakan penyediaan ikrar dan
kawasan sekolah aktiviti kebersihan dan memorandum
keceriaan yang akan
2. Menyediakan dijalankan
‘memorandum
kebersihan’ yang 2. Guru membimbing ahli
ditandatangani kelab untuk
oleh Guru Besar menyediakan
‘memorandum
kebersihan’ untuk
ditandatangani oleh
Guru Besar sebagai
tanda sokongan
3. Guru membimbing ahli
kelab untuk mengelola
sebuah majlis ringkas
untuk Guru Besar
menandatangani
memorandum tersebut
6
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
10 Cipta tong kitar Pada akhir 1. Guru membimbing ahli 1. Buku rekod kokurikulum
semula perjumpaan, murid- kelab bagi mencipta pelajar.
murid dapat… tong kitar semula yang
sesuai bagi menyimpan 2. Buku Modul Latihan
1. Menghasilkan sementara barangan Kelab Kitar Semula
tempat kitar semula
penyimpanan 3. Peralatan bagi menyedia
sementara 2. Ahli kelab menghias dan menghias tong kitar
barangan kitar tong kitar semula semula
semula untuk dengan kreatif
digunakan
di sekolah 3. Ahli Kelab
menyediakan
pelan kedudukan tong
kitar semula
11 Kenali Vendor Kitar Pada akhir 1. Guru mendapatkan 1. Buku rekod kokurikulum
Semula perjumpaan, murid- senarai vendor pelajar.
murid dapat… barangan kitar semula
2. Buku Modul Latihan
1. Membina 2. Guru mengatur Kelab Kitar Semula
komitmen perjumpaan murid kelab
bersama syarikat dan vendor barangan 3. Borang vendor barangan
kitar semula bagi kitar semula kitar semula
membeli/
mengambil 3. Ahli kelab dan Vendor
barangan kitar mendapat keputusan
semula bagi aktiviti kutipan dan
harga semasa
3. Mengetahui barangan kitar semula
proses
pengutipan dan
ke mana
barangan kitar
semula dibawa
7
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
12 Hari Kitar Semula Pada akhir 1. Mendapatkan 1. Buku rekod kokurikulum
Peringkat Sekolah perjumpaan, murid- persetujuan daripada pelajar
murid dapat… pihak pentadbiran
sekolah bagi 2. Sambutan dicadangkan
1. Mengelola mengadakan dibuat semasa
sambutan hari sambutan hari kitar perhimpunan sekolah
kitar semula semula peringkat
peringkat sekolah sekolah 3. Bahan pameran ‘sekolah
sisa sifar’
2. mempamerkan 2. Ahli kelab yang dipilih
keberhasilan mengetuai bacaan
projek ‘Sekolah ikrar
Sisa Sifar’
3. Mengadakan pameran
‘sekolah sisa sifar’ yang
dianjurkan oleh Kelab
13 Lawatan Pada akhir 1. Guru kelab 1. Buku rekod kokurikulum
perjumpaan, murid- menghubungi dan pelajar
murid dapat… mencadangkan lokasi
bagi mengadakan 2. Borang keizinan
1. Melihat dengan lawatan sambil belajar ibubapa/penjaga bagi
lebih jelas ke kemudahan/pusat membawa murid keluar
kemudahan kitar semula sekitar untuk lawatan
pengurusan sisa kawasan sekolah
pepejal 3. Faktor keselamatan murid
2. Guru dan murid yang diberi keutamaan
2. Memahami proses mendapat keizinan semasa lawatan
pengurusan sisa ibubapa/penjaga berlangsung
pepejal di dibawa melawat
kawasan sekitar kemudahan/pusat
kitar semula pada
tarikh yang telah
ditentukan
14 Penyediaan laporan Pada akhir 1. Guru membimbing 1. Buku rekod kokurikulum
perjumpaan, murid- murid menyediakan pelajar
murid dapat… laporan tahunan aktiviti
kelab untuk disahkan 2. Buku Modul Latihan
1. Kebolehan oleh pihak pentadbiran Kelab Kitar Semula
menyediakan sekolah
laporan aktiviti
yang 2. Laporan akan
dilaksanakan dipanjangkan kepada
Pegawai SWCorp bagi
tujuan pengiktirafan
‘Sekolah Sisa Sifar’ dan
‘Jaguh 3R’
15 Pengiktirafan Pada akhir 1. Mengiktiraf ahli kelab 1. Dijalankan di dalam
‘Adiwira 3R’ dan perjumpaan, murid- yang telah berjaya Kelas
Mesyuarat Agung murid dapat… mengikuti modul
Kelab sebagai ‘Jaguh 3R’
8
PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN/BAHAN/CATATAN
1. Diiktiraf sebagai 2. Mengiktiraf ‘Sekolah 2. Diminitkan di dalam buku
adiwira 3R Sifar Sisa’ yang telah log kokurikulum
mencapai tahap yang
2. Memilih AJK untuk ditetapkan berdasarkan
sesi akan dating aktiviti yang telah
dijalankan sepanjang
3. Mengendalikan tahun
mesyuarat agung
tahunan 3. Menilai dan membuat
‘post mortem’ aktiviti-
4. menentukan aktiviti yang dijalankan
kadar yuran sepanjang tahun ini.
setiap murid
9
UNIT 1 :
ASAS PENGURUSAN
SISA PEPEJAL
12 14
UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 10
1.0 Asas Pengurusan Sisa Pepejal
Secara purata setiap rakyat Malaysia menghasilkan 1.17kg sisa
pepejal sehari. Jumlah ini bersamaan dengan janaan sisa
pepejal negara sebanyak kira-kira 38,000 tan sehari pada
tahun 2017. Sisa pepejal ini sekiranya tidak diurus dengan baik
akan dibuang ke tapak pelupusan dan boleh memberi kesan
buruk terhadap sosial, ekonomi dan alam sekitar.
1.1 Definisi Sisa Pepejal
Mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(Akta 672), sisa pepejal ditakrifkan sebagai:
a) apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak
dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul
daripada penggunaan apa-apa proses;
b) apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah
pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau
c) apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana
undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa
supaya dilupuskan.
Sisa pepejal yang boleh dikitar semula adalah bahan yang
tidak dikehendaki atau untuk dilupuskan yang sesuai untuk dikitar
semula .
Sisa pepejal yang boleh dikitar semula
11 UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
1.2 Definisi Pengurusan Sisa Pepejal
Pengurusan sisa pepejal merupakan perkhidmatan/kaedah
untuk menangani isu sisa pepejal bermula dari peringkat penjanaan,
penstoran, pengangkutan, perawatan sehingga pelupusan.
1.3 Jenis-jenis Sisa Pepejal
Sisa pepejal yang terdapat di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis
bahan sama ada yang boleh dikitar semula, tidak boleh dikitar
semula, boleh dirawat dan juga sisa yang berbahaya. Secara
umumnya, sisa pepejal yang akan dinyatakan dalam modul ini
adalah seperti di bawah tetapi tidak termasuk sisa berjadual
(Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974), sisa kumbahan (Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006) dan Sisa Radioaktif (Akta Pelesesan
Tenaga Atom 1984).
a) Sisa makanan
Termasuklah sisa dapur,
sisa makanan dan
makanan yang telah
rosak.
Foto Google
b) Sisa taman
Foto Google Ranting kayu, batang
pokok, rumput yang
telah dipotong dan
lain-lain.
c) Plastik
Barangan plastik
termasuklah botol, bekas
plastik dan beg plastik.
Kebiasaannya produk
plastik akan dilabel
Foto Google mengikut resinnya.
UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 12
d) Kertas
Barangan berasaskan
kertas seperti surat
khabar, kertas cetakan,
majalah, kotak dan
lain-lain.
Foto Google e) Kayu
Foto Google Barangan berasaskan
kayu seperti perabot
dan kayu terpakai
di tapak pembinaan.
Foto Google
f) Logam
Foto Google
Barangan berasaskan
logam dan besi
termasuk tin aluminium.
g) Kaca
Barangan berasaskan
gelas seperti cawan
dan pinggan kaca,
tingkap dan cermin.
13 UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL h) Getah
Foto Google Barangan berasaskan
Foto Google getah seperti sarung
Foto Google tangan getah, paip
Foto Google getah dan kasut getah.
i) Kulit
Barangan berasaskan
kulit seperti kasut, tali
pinggang dan beg kulit.
j) Tekstil
Pakaian dan barangan
berasaskan tekstil seperti
tuala dan selimut.
k) Seramik
Pelbagai barangan
berasaskan seramik
seperti pinggan, periuk
dan bahan hiasan.
UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 14
1.4 Aliran Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia
Secara asasnya, pengurusan sisa pepejal di Malaysia merangkumi
5 peringkat iaitu penjanaan, pengasingan dan penyimpanan,
kutipan dan pengangkutan, perpindahan dan rawatan dan
pelupusan.
Penjanaan Pengasingan Kutipan Perpindahan Pelupusan
dan dan dan
Penyimpanan Pengangkutan Rawatan
Bagi memastikan setiap peringkat pengurusan sisa pepejal ini
dilaksanakan dengan baik, Akta Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (Akta 672) telah digubal bagi memperuntukkan
bidang kuasa dalam mengawal selia pengurusan sisa pepejal dan
memberi kuasa kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mengawal selia
dan menguatkuasakan peraturan-peraturan berkaitan pengurusan
sisa pepejal dan pembersihan awam.
1.4.1 Penjanaan
Sisa pepejal boleh terjana dari pelbagai punca. Berikut
merupakan penerangan ringkas berkenaan punca janaan
sisa pepejal yang dikenal pasti di Malaysia adalah seperti
berikut:
a) Sisa Pepejal Komersial b) Sisa Pepejal Pembinaan
Foto Utusan Malaysia
Sisa pepejal yang terhasil daripada aktiviti Sisa pepejal yang dihasilkan
komersial seperti kawasan-kawasan daripada aktiviti pembinaan atau
perniagaan dan pasar raya. perobohan,termasuk kerja pemajuan,
penyediaan, pembaikan atau
pengubahan seperti di tapak bina dan
rumah yang diubah suai.
15 UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL d) Sisa Pepejal Perindustrian
c) Sisa Pepejal Isi Rumah
Sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi Sisa pepejal yang terhasil daripada aktiviti-
rumah, dan daripada jenis yang biasanya aktiviti perindustrian seperti di kilang dan
dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh kawasan perindustrian.
mana-mana premis apabila dihuni sebagai
rumah kediaman, dan termasuklah sisa
taman.
e) Sisa Pepejal Keinstitusian f) Sisa Pepejal Import
Foto Google Sisa pepejal yang dihasilkan di negara lain
dan diimport ke Malaysia untuk diproses
Sisa pepejal yang dihasilkan oleh institusi atau dilupuskan.
seperti rumah ibadat, bangunan pejabat
jabatan kerajaan, bangunan sekolah dan
universiti, hospital, zoo awam, muzium
awam, perpustakaan awam dan rumah
anak yatim.
g) Sisa Pepejal Awam h) Sisa Pepejal Yang Ditetapkan
Dari Semasa Ke Semasa
Sisa pepejal yang dihasilkan di tempat Sisa pepejal yang ditetapkan sama ada
awam, di bawah penyeliaan atau kawalan berbahaya atau boleh membahayakan
mana-mana pihak berkuasa tempatan. kesihatan awam atau sukar untuk diolah,
disimpan atau dilupuskan.
UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 16
1.4.2 Pengasingan dan Penyimpanan
Proses di mana sisa pepejal perlu diasingkan dan diletakkan
sebelum diangkut oleh kontraktor pengutipan sisa pepejal
berlesen.
a) Premis Bertanah
Kawasan perumahan
bertanah seperti rumah
teres dan banglo, sisa
baki diletakkan ke dalam
tong yang disediakan
manakala sisa kitar
semula dimasukkan ke
dalam plastik dan di
letakkan di tepi tong
pada hari kutipan.
b) Premis Bertingkat
Di premis bertingkat
seperti pangsapuri,
sisa baki diletakkan ke
dalam tong di kawasan
yang telah ditetapkan
oleh Badan Pengurusan
Bersama (JMB).
Manakala sisa kitar
semula dikumpulkan di
tempat penyimpanan
sisa kitar semula berpusat
di kawasan yang
ditetapkan oleh Badan
Pengurusan Bersama
(JMB).
17 UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
1.4.3 Kutipan dan Pengangkutan
Proses di mana sisa pepejal yang telah diasingkan dan
dikumpulkan akan diangkut oleh kontraktor pengutipan sisa
pepejal yang berlesen dengan menggunakan kenderaan
yang dikhaskan.
Sisa kitar semula
Sisa baki
Sisa pukal dan sisa taman
UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 18
1.4.4 Rawatan Sisa Pepejal
Kemudahan rawatan sisa pepejal dapat mengurangkan
sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan. Rawatan sisa
pepejal ini bertujuan untuk menyelamatkan sisa pepejal yang
boleh dikitar semula dan merawat sisa pepejal yang
boleh ditukarkan kepada tenaga boleh ubah yang
baharu. Antara kemudahan rawatan yang terdapat di negara
kita adalah :
a) Loji Pengolahan Haba b) Stesen Pemindahan
(Thermal Treatment (Transfer Station)
Plant)
d) Kemudahan Bahan
Api Terbitan Sampah
c) Kemudahan Refuse Derived Fuel)
Mendapatkan Semula
Bahan (Material
Recovery Facility)
Foto Google
19 UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
e) Kemudahan Biogas f) Kemudahan
(Biogas Facility) Pengkomposan
Komunal Atau
Komersial (Communal
or Commercial
Composting Facility)
1.4.5 Pelupusan
Sisa pepejal yang tidak melalui proses rawatan ataupun
tidak dapat dirawat akan dihantar ke tapak pelupusan.
Pandangan dari atas tapak pelupusan sisa pepejal
UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 20
1.5 Impak Pengurusan Sisa Pepejal Yang Baik
Ke arah menjadi sebuah negara yang maju di masa hadapan, pihak
kerajaan sedang berusaha memastikan isu sisa pepejal di Malaysia
dapat ditangani dengan baik agar kesan buruk daripada penjanaan
sisa pepejal dapat diminimumkan dan dielakkan. Hal ini bagi
menjamin kesejahteraan masyarakat dan menjamin kelestarian alam
sekitar untuk generasi akan datang.
Antara kesan pengurusan sisa pepejal yang baik dapat dilihat dari segi:
1.5.1 Kesan kepada alam sekitar
Pengurusan sisa pepejal yang
sistematik seperti kemudahan
rawatan air larut resap dapat
meminimakan pencemaran sumber
air bawah tanah dan kualiti sumber
air negara.
Pelepasan gas rumah hijau daripada
tapak pelupusan dapat diurus
dengan baik menerusi proses
pengumpulan gas tapak pelupusan.
Foto Google
Pencemaran tanah yang
disebabkan oleh bahan toksik
seperti kadmium dan plumbum
daripada barangan elektronik dan
kimia, dapat dielakkan seterusnya
Foto Google sesuai untuk dijadikan kawasan
pertanian, perladangan dan
penempatan manusia.
21 UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL
1.5.2 Kesan kepada sosial
Foto Google Pengurusan sisa pepejal yang
sistematik akan menyumbang
kepada pemandangan yang
indah dan perasaan selesa kepada
Foto Google penduduk mahupun masyarakat luar.
Masalah persekitaran yang berbau
busuk serta kehadiran haiwan
perosak seperti tikus, lipas dan lalat
dapat ditangani dan kualiti hidup
penduduk dapat ditingkatkan.
Pengurusan sisa pepejal dengan
baik juga dapat mengelakkan kos
tambahan bagi menyelenggara
dan membersihkan kemudahan
sedia ada sebagai contoh masalah
longkang tersumbat akibat sisa
pepejal.
1.5.3 Kesan kepada kesihatan manusia
Pengurusan sisa pepejal yang baik dan sistematik juga
dapat memberikan kesan positif kepada kesihatan manusia
seperti :
a) Menangani kehadiran dan pembiakan vektor pembawa
penyakit seperti tikus (penyakit kencing tikus),
nyamuk (denggi), lipas dan lalat (keracunan makanan).
b) Mengelakkan pencemaran kimia di dalam air akibat
daripada air larut resap akan menyebabkan keracunan
logam berat terhadap organ badan manusia dalam
jangka masa panjang.
c) Mengawal pelepasan gas tapak pelupusan akan
menyebabkan pencemaran udara yang mengganggu
sistem pernafasan manusia (asthma) dan menyebabkan
kerengsaan mata.
UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 22
1.6 Pengauditan Sisa Pepejal
Objektif : Mengenal pasti jenis dan sumber janaan sisa
pepejal di kawasan sekolah.
Aktiviti : Pengauditan sisa pepejal dalam kawasan
sekolah.
Peralatan : Borang audit sisa pepejal, alat penimbang,
sarung tangan, penutup hidung, alat
pengutip sisa, kanvas plastik, label jenis
sisa (sisa organik, kertas, plastik, aluminium
dan kaca).
Ka edah : 1) Kenal pasti tong sampah di kawasan
Pelaksa naan yang sesuai (kantin, pejabat, padang,
perpustakaan dan lain-lain).
2) Tentukan masa yang sesuai untuk
melaksanakan audit sisa pepejal.
3) Sediakanperalatanbagimembuataudit
dan borang audit sisa pepejal seperti
di Lampiran 1 (Borang Audit Sisa Pepejal)
4) Keluarkan semua sampah daripada
tong dan lambakkan di atas kanvas
plastik yang dibentang.
5) Asingkan sisa-sisa tersebut mengikut
label yang telah disediakan.
6) Kenalpasti sisa yang boleh dikitar semula
atau tidak.
7) Rekodkan di dalam borang audit sisa
pepejal.
23
Borang
Audit
Sisa Pepejal
HASIL PEMERHATIAN SISA PEPEJAL
Tempat: Kantin
Tarikh: 23 Jan 2018
Jumlah berat keseluruhan sisa pepejal: .....................kg
Senarai sisa pepejal yang terdapat dalam tong sampah:
1) Sisa makanan ........................kg
2) Kertas ........................kg
3) Plastik .........................kg
4) Tin Aluminium ........................kg
5) Kotak Minuman ........................kg
6) Lain-lain (Nyatakan):
........................... .......................kg
........................... .......................kg
Jumlah berat sisa yang boleh dikitar semula: .....................kg
Pengiraan potensi kadar kitar semula adalah seperti berikut:
Berat Sisa yang boleh dikitar semula X 100
Berat keseluruhan sisa pepejal
UNIT 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 24
1.7 Miniatur Komponen Sisa Pepejal
Objektif : Memahami aliran pengurusan sisa pepejal.
Aktiviti : Pembinaan model miniatur.
Peralatan : Bahan terpakai (kotak, botol, tin, majalah dan
lain-lain), gunting, gam, kertas warna.
K aeda h : 1) Bina model miniatur mengikut susunan
P elaksa naan seperti di rajah 1.1
2) Persembahkan model miniatur dan
bentangkan aliran pengurusan sisa
pepejal yang telah dibina.
Rajah 1.1 : aliran pengurusan sisa pepejal
Foto Harian Metro
Para pelajar tekun menyiapkan model miniatur
25
UNIT 2 :
3R (REDUCE, REUSE,
RECYCLE)
24
UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) 26
2.0 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
2.1 Memahami Definisi Pengurusan Sisa Pepejal Mampan
‘Pengurusan Sisa Pepejal Mampan’ merupakan matlamat kerajaan
bagi menyediakan pengurusan sisa pepejal yang bersepadu, kos
efektif seterusnya mengurangkan kesan buruk kepada ekosistem
secara progresif serta memenuhi kehendak dan kualiti hidup
masyarakat.
Bagi mencapai pengurusan sisa yang mampan, Dasar Pengurusan Sisa
Pepejal Negara telah memperkenalkan pendekatan pengurusan sisa
pepejal berdasarkan hierarki pengurusan sisa pepejal seperti di bawah:
Rajah 2.1 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal.
27 UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
2.2 Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
Amalan 3R dalam pengurusan sisa pepejal yang terdiri dari elemen
Pengurangan (Reduce), Guna Semula (Reuse) dan Kitar Semula
(Recycle) merupakan sebahagian pendekatan dalam hierarki
Pengurusan Sisa Pepejal.
Amalan 3R adalah sangat penting untuk dijadikan budaya dalam
kehidupan seharian bagi menjamin kelestarian alam sekitar dengan
meminimakan pelupusan sisa pepejal ke persekitaran.
Pengurangan (Reduce)
Pengurangan sisa pepejal bermaksud mengambil tindakan bagi
mengurangkan penjanaan sisa sebelum, semasa dan selepas
menggunakan sesuatu produk.
Antara contoh amalan pengurangan yang boleh diamalkan adalah:
Foto Google
Foto Google b) Pembelian barangan
yang mempunyai
a) Penggunaan beg pembungkusan mesra
guna semula alam
UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) 28
Foto Google Foto Google
c) Penggunaan bekas d) Merancang
makanan yang boleh pengambilan makanan
diguna semula dan menghabiskan
makanan
Foto Google
e) Mengguna kedua-
dua belah muka surat
Amalan pengurangan sisa pepejal perlu diutamakan bagi
mengelakkan penjanaan sisa di peringkat awal aliran sisa. Oleh itu,
penjimatan sumber dapat dilakukan dan jejak karbon dapat
dielakkan.
29 UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
2.2.1 Poster
Objektif : Menghayati konsep pengurangan sisa pepejal
dalam amalan seharian.
Aktiviti : Melukis poster.
Peralatan : Kertas lukisan, warna air/krayon/pensil warna.
K aeda h : 1) Melukis dan mewarna poster
P elaksa naan bertemakan:
a) Hargai makanan dan elakkan
pembaziran
b) Katakan tidak pada plastik.
c) Jom bawa bekas makanan
sendiri.
2) Pamerkan poster yang telah siap pada
papan kenyataan atau jadikan
sebagai bahan promosi semasa
kempen 3R di sekolah.
Foto Google
Para pelajar sedang menyiapkan poster bertemakan pengurusan
sisa pepejal di Malaysia.
UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) 30
Guna Semula (Reuse)
Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada
bahan yang masih boleh digunakan lagi bagi mengelakkannya
dari dilupuskan.
Antara contoh amalan mengguna semula sisa pepejal yang
boleh diamalkan adalah:
a) Menghias kotak kasut sebagai kotak menyimpan barangan
peribadi.
Foto Google Mengguna semula kotak terbuang
secara kreatif dengan menghasilkan
bekas alat tulis.
b) Membaiki barangan elektrik yang telah rosak.
c) Mendermakan baju, buku dan permainan kepada mereka yang
memerlukan.
d) Simpan dan guna semula beg plastik yang diperoleh
ketika membeli belah sebagai plastik membungkus sisa.
e) Menggunakan bahagian kosong di belakang kertas yang telah
dicetak sebagai kertas draf dan buku nota.
f) Menghasilkan kraftangan daripada bahan terbuang.
g) Menghasilkan beg guna semula daripada t-shirt terpakai.
Beg diperbuat daripada t-shirt terpakai.
31 UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
h) Menjual perkakasan rumah yang tidak lagi digunakan namun
masih berkeadaan baik di carboot sale atau kedai
barangan terpakai.
Amalan mengguna semula selain dapat menjaga alam sekitar,
juga memberi manfaat sosial kepada masyarakat seperti contoh
amalan mendermakan pakaian yang masih elok kepada
mangsa banjir.
Upcycling adalah mengguna semula barangan terpakai secara
kreatif, ia juga merupakan suatu aktiviti untuk mengubah rupa bentuk
atau fungsi sesuatu barangan yang telah digunakan kepada
barangan yang mempunyai nilai estetika atau fungsi baharu
dengan menambahkan elemen kreatif dan inovatif.
Guru penasihat dan ahli kelab juga boleh mendapatkan
idea-idea kreatif berkaitan dengan aktiviti guna semula
(upcycling) sisa pepejal dengan melayari laman web
seperti pinterest.com dan youtube.com.
Selain itu, terdapat juga badan bukan Kerajaan dan organisasi
di Malaysia yang aktif dalam menjalankan aktiviti guna semula
seperti Biji-Biji (www.biji-biji.com) dan Malaysian Environmental NGO
(MENGO).
2.2.2 Guna semula secara kreatif (Upcycling)
Objektif : Mengaplikasi kaedah mengguna semula sisa
pepejal dengan kreatif.
Aktiviti : Membuat beg guna semula daripada baju
terpakai.
Peralatan : Baju terpakai, gunting, pensel
PK ealeadksaa hnaan : 1) gGunuutnruutkingkmeuleanmbtubkmaawekantivyiatbira‘aujnupkcatynecrlpianaghkl’ia. ikedlaabn
2) Guru kelab meminta ahli kelab untuk
mengambil perhatian terhadap
keselamatan semasa menggunting
baju.
3) Ahli kelab membuat beg guna semula
merujuk kepada Lampiran 2.1.
Upcycling 32
Tee-Bag a) Sediakan sehelai baju terpakai
ab b) Lipat dua baju tersebut seperti
yang ditunjukkan pada Gambar B.
c) Tanda/lakarkan garisan yang perlu
digunting pada baju tersebut
seperti yang ditunjukkan
pada gambar C.
d) Gunting dengan berhati-hati baju
mengikut garisan yang telah
ditanda.
e) Simpul dan ikat dengan kemas
potongan baju yang telah dibuat
seperti yang ditunjukkan
pada gambar E.
f) Hias beg mengikut kreativiti pelajar
masing-masing dan gunakan beg
yang telah siap.
c
de f
33 UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
2.2.3 Tong Kitar Semula
Objektif : Menghayati konsep guna semula sisa pepejal
dalam amalan seharian.
Aktiviti : Menghasilkantongkitarsemuladaripadabahan
terpakai.
Peralatan : Bahan terpakai (kotak, tin, tong, tayar, botol),
cat dan label.
Kaeda h : 1) Sediakan bahan terpakai yang
Pelaksa naan bersesuaian (besar dan muat untuk
mengisi barangan kitar semula).
2) Hias dan labelkan tong tersebut.
3) Letakkan di sudut kitar semula.
Foto Google
Tong kitar semula yang telah siap dibina diletakkan di kawasan tumpuan
bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah.
UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE) 34
Kitar Semula (Recycle)
Kitar semula adalah proses mengasingkan dan mengumpulkan sisa
yang boleh dikitar semula bagi penghasilan keluaran baharu.
Bagi mengamalkan kitar semula, sisa kitar semula perlu diasingkan
daripada sisa lain, dikumpulkan dan dihantar atau dijual ke pusat-
pusat yang menerima sisa kitar semula.
Foto Google
Sisa kitar semula yang diasingkan boleh diletakkan
ke dalam tong kitar semula yang disediakan.
Langkah-langkahbagimelaksanakanaktivitikitarsemulaakanmelibatkan
beberapa proses seperti berikut:
a) mengenal pasti sisa pepejal yang boleh dikitar semula;
b) mencuci barangan kitar semula (jika perlu) seperti botol minuman
supaya tidak menjadi tempat pembiakan serangga pembawa
penyakit semasa penstoran;
c) mengasingkan barangan kitar semula mengikut jenis. Setiap jenis
barangan kitar semula mempunyai proses tersendiri untuk
dijadikan bahan mentah baharu;
d) menyimpan barangan kitar semula dalam bekas khas seperti tong,
plastik atau kotak bagi memastikan barangan kitar semula
terpelihara daripada kelembapan atau korosakan yang boleh
menjejaskan kualitinya; dan
e) barangan kitar semula juga dihantar sendiri ke pusat kitar
semula atau dijual kepada pembeli barangan kitar semula.
Bagi menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan murid-murid
di sekolah, Kelab Kitar Semula digalakkan untuk melaksanakan
program Bank Kitar Semula seperti yang dicadangkan dalam
Unit 4: Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’.
35 UNIT 2 : 3R (REDUCE, REUSE, RECYCLE)
2.3 Kenali usahawan kitar semula
Objektif : Membina kerjasama bersama usahawan kitar
semula dalam meningkatkan kesedaran
pembudayaan amalan kitar semula.
Aktiviti : Mengenal pasti usahawan kitar semula yang
beroperasi di sekitar kawasan sekolah.
Ka edah : 1) Guru akan mengenal pasti usahawan kitar
P elaksa naan semula berdekatan kawasan sekolah
dengan bantuan SWCorp negeri.
2) Menjemput Pegawai 3R dan usahawan kitar
semula untuk melaksanakan program bank
kitar semula di sekolah.
Penglibatan dan kerjasama yang baik antara kelab kitar semula dan vendor kitar
semula penting bagi menjayakan inisiatif kitar semula di sekolah.
36
UNIT 3 :
PENGKOMPOSAN
37 UNIT 3 : PENGKOMPOSAN
3.0 PENGKOMPOSAN
Pengkomposan merupakan proses penguraian bahan organik kepada
tanah kaya nutrien atau kompos yang terhasil daripada aktiviti
mikroorganisma secara semulajadi. Kompos yang dihasilkan sangat
bagus untuk tanah dan tumbuh-tumbuhan. Pengkomposan
merupakan salah satu cara rawatan untuk sisa buangan
organik yang telah digariskan dalam Dasar Pengurusan
Sisa Pepejal Negara.
Sisa organik termasuk sisa dapur, sisa kebun (bahan hijau dan coklat
dan semua bahan organik yang kering dan basah.
Walau bagaimanapun sisa dapur yang berminyak dan berlemak
serta produk tenusu (susu, keju dan majerin) adalah tidak
boleh dijadikan kompos.
Demonstrasi pengkomposan oleh pegawai Pendidikan
Masyarakat SWCorp di sekolah.
UNIT 3 : PENGKOMPOSAN 38
3.1 Objektif pengkomposan
Objektif pengkomposan adalah:
a. mengurangkan kuantiti sisa organik yang perlu dilupuskan
di tapak pelupusan sampah;
b. mengelakkan proses penguraian sisa organik di tapak pelupusan
yang mengakibatkan masalah bau dan menjadi antara punca
kepada pembebasan gas rumah hijau;
c. menukarkan sisa makanan kepada bahan yang lebih bermanfaat
sebagai nutrien kepada tanah; dan
d. membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan.
3.2 Kompos menggunakan kaedah Bokashi
Apa itu kompos Bokashi?
a. Bokashi adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud
bahan organik yang diperam atau ditapai;
b. Bokashi mengandungi sekumpulan bakteria aktif yang dipanggil
EM (Effective microorganism); dan
c. Kaedah ‘Bokashi Composting’ boleh mengurangkan kadar
pembuangan sisa makanan setiap hari.
3.2.1 Kaedah ‘Bokashi Composting’ Yang Mudah dan Mesra Alam
Terdapat lima (5) langkah utama dalam penghasilan baja kompos
dengan menggunakan Kaedah Pengkomposan Bokashi:
Langkah 1: Tapis sisa makanan yang berair.
Langkah 2 : Buang dan ratakan dalam Bokashi Bin
39 UNIT 3 : PENGKOMPOSAN
Sisa makanan di rumah sesuai dirawat
menggunakan kaedah kompos bokashi
Langkah 3: Taburkan Bokashi Powder pada sisa makanan
yang telah diratakan tadi (seperti dalam gambar):
Nota:
Bokashi Powder boleh
dibeli atau dibuat sendiri
secara DIY (do it yourself).
Rujuk lampiran 3.1.
Foto Salina Shamsudin Foto Salina Shamsudin
Langkah 4 : Ulangi langkah yang sama setiap hari sehingga
Bokashi Bin tersebut penuh.
Langkah 5 : Biarkan selama 2 minggu.
UNIT 3 : PENGKOMPOSAN 40
Penutup kedap udara
Lapisan serbuk Bokashi
Lapisan sisa makanan
Tong kedap udara
Susunan sisa makanan dan serbuk bokashi di
dalam tong kompos kedap udara
Nota:
- Bokashi bin ini mestilah kedap udara dan mempunyai lubang-lubang kecil (seakan penapis)
untuk mengeringkan sisa-sisa makanan yang lembap.
- Air yang terhasil dinamakan Bokashi tea.
- Bokashi bin boleh dibeli atau dibuat secara DIY jika faham konsepnya.
Penghasilan bokashi tea hasil daripada proses pengkomposan sisa makanan
41 Do It Yourself
Bokashi
Powder
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bil Bahan-bahan Kuantiti
1 EM
2 Dedak gandum (Wheat Bran) 50ml
1 guni/5 kg
3 Molasses ( Gula perang yang 50ml
dimasak dengan air panas.)
4 Air tanpa klorin 250ml - 300ml
Cara-caranya:
Langkah 1: Hasilkan campuran A mengikut langkah seperti berikut:
- Sediakan satu bekas dan masukkan cairan molasses.
- Campurkan larutan EM ke dalam bekas yang
mengandungi molasses tersebut serta tambahkan air
tanpa klorin dan kacau rata.
Langkah 2 : Masukkan dedak gandum ke dalam satu tong/bekas
plastik kedap udara.
Langkah 3 : Siram campuran A ke atas dedak gandum tadi.
Nota: Jumlah air yang diperlukan mungkin berbeza. Sekadar untuk
melembapkan sahaja. Untuk menguji kadar air, ambil
segenggam dedak gandum di atas, jika boleh digumpal
maka kadar air/kadar kelembapan mencukupi.
Langkah 4 : Mampatkan dedak gandum tersebut untuk mengeluarkan
oksigen.
Nota:
Proses fermentasi ini memerlukan keadaan anaerobik (tanpa
oksigen).