UNIT 3 : PENGKOMPOSAN 42
Langkah 5 : Tutup tong/bekas kedap udara tersebut dan biarkan
selama dua (2) minggu. Alternatif penyimpanan:
- Pekkan di dalam beg plastik, keluarkan udara,
dan tempatkan jauh dari cahaya matahari
selama dua (2) minggu.
Langkah 6 : Jika aroma masam dan manis seperti jeruk terhasil,
maka proses fermentasi ini berjaya.
Langkah 7 : Keluarkan dedak gandum tersebut dan letakkan
pada permukaan lantai yang jauh dari cahaya
matahari (direct sunlight) untuk dikeringkan selama
satu (1) hari.
Langkah 8 : Apabila dedak gandum tersebut telah kering,
bokashi powder telah berjaya dihasilkan dan sedia
digunakan.
Nota:
Simpan di dalam bekas bertutup.
43
Do It Yourself
Ef fective
M icroorganism
Langkah penyediaan EM secara DIY:
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bil Bahan-bahan
1 Air basuhan beras
2 Susu
4 Gula perang
Cara-caranya:
Langkah 1: Basuh beras dengan air tanpa klorin. Simpan air
basuhan beras dari 3 ke 5 hari. Tutup botol
dengan kain nipis.
Langkah 2 : Selepas 5 hari, 3 lapisan akan terbentuk . Ambil lapisan
tengah sahaja.
Langkah 3 : Air beras masam yang ditapis, campurkan dengan
susu cair. Nisbah 1 : 10 (1 bahagian air beras + 10
bahagian susu)
Nota:
Apa-apa jenis susu boleh digunakan. Susu segar adalah digalakkan.
Langkah 4 : Campurkan air beras dan susu, tutup bekas dgn kain,
perlukan udara untuk proses peraman. Peram
selama seminggu sehingga lapisan susu kental dan
lacto serum terbentuk.
UNIT 3 : PENGKOMPOSAN 44
Langkah 5 : Tapis untuk mengasingkan lapisan susu kental dan lacto
serum. (seperti dalam gambar)
Foto Salina Shamsudin Foto Salina Shamsudin
Langkah 6 : Untuk penyimpanan, campur lacto serum dengan gula
perang. Nisbah 1 : 1.(1L lacto serum + 1kg gula perang)
Foto Salina Shamsudin Foto Salina Shamsudin
45 UNIT 3 : PENGKOMPOSAN
3.3 Kompos menggunakan kaedah Takakura
Terdapat empat (4) langkah utama dalam penghasilan baja
kompos dengan menggunakan Kaedah Pengkomposan
Takakura Home Method:
Langkah 1: Penyediaan larutan penapaian
3 LITER AIR
250 GRAM
GULA MERAH
(2 CAWAN)
1 KEPING TEMPE LARUTAN PENAPAIAN
Langkah 2: Penyediaan medium pengurai (Seed Compost)
GAULKAN FORMULA ADUNAN :
3 LITER AIR (LARUTAN PENAPAIAN) 1 : 2 = SEKAM PADI : TANAH
2 KG TANAH SEKAM PADI BOLEH DIGANTI
1 KG SEKAM PADI DENGAN DEDAK, HABUK KAYU,
DAUN/RUMPUT KERING DAN
HAMPAS KELAPA
SEKIRANYA CAMPURAN BOLEH DISIMPAN 5 HARI
DIKEPAL BEGINI MENUNJUKKAN IA DI DALAM BEKAS
SUDAH SEDIA UNTUK DIPERAM YANG TERTUTUP
SELAMA 5 HARI.
SELEPAS 5 HARI, PERMUKAAN
MEDIUM AKAN DIPENUHI DENGAN
KULAT BEWARNA PUTIH (MEDIUM
PENGURAI TELAH SEDIA
DIGUNAKAN)
UNIT 3 : PENGKOMPOSAN 46
Langkah 3: Penyediaan Compost Chang (Bakul Kompos)
Contoh bakul yang Bakul digalakkan untuk
boleh digunakan dialaskan dengan karpet
(Bekas yang mempunyai rongga bagi mengelakkan bahan
udara/liang udara)
kompos tertumpah
BERAT MEDIUM PENGURAI YANG Bakul diisikan dengan
SESUAI UNTUK SEBUAH RUMAH medium pengurai sehingga
ADALAH : 60% dari bakul atau 3kg
3 KG (2 KG TANAH = 1 KG SEKAM) medium pengurai dan
ditutupkan supaya tidak
dimasuki serangga
Langkah 4: Kaedah menjalankan pengkomposan
1. Sisa makanan 2. Sisa makanan 3. Sisa makanan dimasukkan ke dalam
dipotong kecil dibilas & ditapis bakul kompos, digaulkan bersama
medium pengurai dan pastikan digaul
serata
4. Bakul kompos ditutupi dengan
kain bagi mengelakkan serangga
8. Simpan kompos di dalam kotak/bekas 7. Selepas 3 bulan atau sekiranya bakul masuk serta untuk mengekalkan
dan biarkan ia matang selama 2 minggu telah penuh, keluarkan kompos dari bekas suhu kompos
sehingga menjadi hasil kompos. dan periksa kelembapannya. Sekiranya terlalu 5. Ulang proses setiap hari sekali
kering, tambahkan sedikit air
sehingga bekas penuh atau
sehingga 3 bulan jika 500 gram
sisa makanan diletakkan setiap hari
6. Pastikan kompos digaul sekali
setiap hari
47 UNIT 3 : PENGKOMPOSAN
Aplikasi Penggunaan Baja Kompos
Kelab Kitar Semula boleh mengaplikasikan baja kompos ini dalam
‘Taman Lestari’ sebagai salah satu daripada projek ‘Sekolah
Sisa Sifar’. Aplikasi penggunaan baja kompos adalah seperti berikut:
Taburkan baja kompos di sekitar kawasan tanaman Baja kompos ditaburkan pada
dan gemburkan dalam anggaran 20 cm tanaman yang baru ditanam
Gali lubang di sekeliling
pokok sedalam 10 cm untuk
diletakkan baja kompos
48
UNIT 4 :
PROJEK
‘SEKOLAH SISA SIFAR’
49 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’
4.0 PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’
Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ merupakan inisiatif Kelab Kitar Semula
bersama-sama seluruh warga sekolah bertujuan menjadikan
persekitaran sekolah sebagai kawasan yang bersih, indah dan
sejahtera. Program ini dinamakan sebagai ‘Projek Sekolah Sisa
Sifar’ bagi meminimakan penjanaan sisa pepejal yang dihasilkan
oleh warga sekolah.
Penglibatan murid dalam aktiviti 3R di sekolah adalah penting bagi
menjayakan projek ‘Sekolah Sisa Sifar’
4.1 Objektif
Antara objektif utama ‘Projek Sekolah Sisa Sifar’ adalah:
a) meminimakan penjanaan sisa pepejal yang dihasilkan oleh
sekolah;
b) menerapkan nilai cintakan kebersihan dalam diri murid dan guru;
c) menggalakkan penyertaan semua murid dan guru dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti 3R dan penjagaan kebersihan
persekitaran; dan
d) meningkatkan kesedaran murid dan guru berkaitan amalan 3R
dan penjagaan kebersihan persekitaran.
UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 50
4.2 Inisiatif dalam Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’
Secara umumnya, guru dan ahli kelab bebas untuk menentukan
aktiviti-aktiviti berbentuk kesedaran dan penerapan elemen Reduce,
Reuse dan Recycle dalam pengurusan sisa pepejal di sekolah.
Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti ini perlu mendapat kebenaran
dan kelulusan pelaksanaannya daripada pihak sekolah terlebih
dahulu. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan adalah:
Lafaz Ikrar Murid
Lafaz ikrar merupakan aku janji murid bagi memberikan komitmen
yang tiada berbelah bahagi untuk bersama-sama bertanggungjawab
menjaga kebersihan kawasan sekolah. Ikrar murid ini boleh dilafazkan
ketika perhimpunan atau pun sebagai salah satu pengisian
bersempena dengan Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah.
Ahli kelab dan guru pembimbing boleh bersama-sama berbincang
untuk memikirkan teks ikrar yang sesuai dengan matlamat yang
ingin dicapai. Berikut merupakan contoh teks ikrar murid:
IKRAR SEKOLAH SISA SIFAR
Bahawasanya kami, murid Sekolah………………………………… dengan ini berikrar
dan berjanji akan berganding bahu bagi berusaha menjadikan sekolah kami sebagai
Sekolah Sisa Sifar. Ke arah itu, kami:
• Bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sekolah;
• Sentiasa mengamalkan amalan pengurangan sisa pepejal untuk meminimakan
penjanaan sisa pepejal;
• Mengguna semula barangan kami yang masih elok dan mengelakkan
pembaziran;
• Mengambil bahagian dalam aktiviti kitar semula yang dijalankan; dan
• Menghargai dan menghormati usaha setiap murid, guru dan kakitangan
sekolah yang menjaga kebersihan sekolah.
51 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’
Bank Kitar Semula
a. Program Bank Kitar Semula di sekolah merupakan sebuah
program pendidikan berorientasikan aplikasi terhadap
amalan kitar semula yang dijalankan di sekolah.
b. Program Bank Kitar Semula di sekolah telah dilaksanakan
bermula sejak tahun 2013 melibatkan sekolah rendah
dan menengah seluruh semenanjung Malaysia.
c. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah
bertujuan untuk membudayakan amalan kitar semula
dalam kalangan murid dan guru.
d. Bagi melaksanakan bank kitar semula, guru dan murid
boleh rujuk kepada Carta Alir yang telah disediakan
di Lampiran 4.1.
e. Program Bank Kitar Semula di sekolah juga dapat
membudayakan elemen keusahawanan pada pelajar selain
mendidik pelajar menjadi lebih arif dan berdaya saing dalam
aktiviti kitar semula/alam sekitar sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk membentuk pelajar yang aktif dan proaktif
dalam pelbagai bidang.
Sumbangan tenaga oleh guru merupakan tunjang kejayaan program
Bank Kitar Semula di sekolah.
Bank 52
KitarSemula
CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM BANK KITAR SEMULA DI
SEKOLAH RENDAH
Taklimat Kepada Pihak Yang Terlibat
Perbincangan dan persetujuan bersama Guru Besar sekolah.
Perundingan bersama Pegawai 3R SWCorp
Pelantikan pembeli barangan kitar semula/vendor kitar semula.
Tanggungjawab Promosi Bank Kitar Semula di Sekolah Tanggungjawab
Kelab Kitar Semula Mengadakan taklimat kepada pelajar. Pasukan 3R
(Sebelum Hari Kutipan) (Pada Hari Kutipan)
Mengedarkan pamplet/risalah
Memasang banner di pintu masuk
sekolah.
Membilas barang-barang kitar TIDAK DIASINGKAN Menyemak barang yang
semula yang telah dikumpul. dibawa oleh pelajar
Memanggil semula pelajar
Mengasingkan barang- untuk diterangkan semula DIASINGKAN
barang mengikut kategori. kaedah pengasingan yang
betul. Ditimbang mengikut kategori
dan dicatatkan di dalam log
yang telah disediakan.
Masukkan ke dalam bekas Menjual barangan kitar
dan mengikat mengikut semula kepada vendor yang
kategori barang-barang telah dilantik.
kitar semula.
Hasil jualan diserahkan
Memasukkan dalam plastik kepada pelajar/sekolah.
dan menulis nama penuh
dan nama kelas bagi urusan Pasukan 3R dan SWCorp akan
pengemaskinian rekod .
merekodkan hasil jualan dan
nilai timbangan ke dalam buku
log yang disediakan.
Membawa ke sekolah
mengikut hari yang telah
ditetapkan oleh guru.
*SWCorp menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKISS)
pada setiap tahun bermula tahun 2014. Pihak kelab boleh mencadangkan kepada pihak
pentadbiran sekolah untuk menyertai pertandingan ini. Untuk maklumat berkaitan pertandingan,
boleh lawati laman web www.swcorp.my
53 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’
Taman Lestari
Taman Lestari adalah sebuah taman berkonsepkan 3R yang
disuburkan dengan tumbuhan-tumbuhan organik dan peralatan-
peralatan yang diguna semula sebagai hiasan untuk
menceriakan persekitaran taman.
Foto SK Lembah jaya Konsep 3R diaplikasikan dalam Taman
Lestari.
Penggunaan baja kompos untuk
merangsang pertumbuhan tanaman.
Foto SK Lembah jaya
Foto SK Lembah jaya Cawan polisterin dijadikan pasu kecil
bagi menyemai anak pokok.
Foto SK Lembah jaya Botol plastik dijadikan hiasan di
sekeliling pokok.
UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 54
Antara konsep 3R yang boleh diaplikasi dalam Taman Lestari adalah:
a) penanaman pokok-pokok sebagai usaha mengurangkan
pembebasan gas rumah hijau;
b) rekacipta perkakasan seperti pasu, papan tanda dan meja
daripada bahan terbuang; dan
c) pengayaan tanah (soil enhancement) oleh baja kompos yang
dihasilkan daripada sisa makanan.
Objektif Taman Lestari dibentuk adalah bagi mencapai matlamat
berikut:
a) menerapkan nilai dan keazaman bagi menjadikan sekolah
sebagai kawasan lestari;
b) membudayakan konsep 3R di sekolah;
c) menerapkan amalan mengguna semula sisa pepejal secara
kreatif dan inovatif; dan
d) mengaplikasi konsep pengurusan sisa lestari terhadap
pemuliharaan alam sekitar.
Kempen
Pihak kelab juga boleh menjemput agensi-agensi kerajaan, swasta
mahupun NGO untuk menyampaikan ceramah kesedaran serta
mengadakan kempen-kempen berkaitan 3R di sekolah.
Penerangan daripada pegawai Sesi ceramah diberikan kepada murid-
daripada Bahagian Pendidikan murid berkaitan pembudayaan amalan
Masyarakat SWCorp berkenaan 3R di sekolah.
amalan 3R.
55 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari
LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH
MODUL KELAB KITAR SEMULA DI SEKOLAH
1| MAKLUMAT SEKOLAH
Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Sekolah Menengah
Nama Sekolah : ………………………………………………………………
Alamat Sekolah : ………………………………………………………………
………………………………………………………………
No. Telefon : ………………….. No. Faks : …………………..
E-mel Sekolah : …………………….. Bilangan Murid : …….. Orang
Nama Pengetua / : ………………………………………………………………
Guru Besar
2| MAKLUMAT KELAB KITAR SEMULA / ALAM SEKITAR / KELAB CHAMPION AKTIVITI
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R
Nama Kelab : ………………………………………………………………
Nama Guru : ………………………………………………………………
Penyelaras
E-mel Guru : ………………………………………………………………
No. Tel Guru : ………………………………………………………………
Bilangan Murid : ……… Orang
Menyertai Kelab
UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 56
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari
3| LAPORAN PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA
BIL BULAN JUMLAH KUTIPAN JUMLAH HASIL JUALAN
1 Januari (KG) (RM)
2 Februari
3 Mac
4 April
5 Mei
6 Jun
7 Julai
8 Ogos
JUMLAH KESELURUHAN
4| JUMLAH KUTIPAN BARANGAN KITAR SEMULA
Jumlah Per Kapita = Jumlah Keseluruhan Barangan Kitar Semula (kg)
Jumlah Murid Sekolah
= ____________________________________________
= _______ kg Per Kapita
Nota: *Semua resit penjualan barangan kitar semula yang telah disahkan oleh Guru Besar / Pengetua
hendaklah dikemukakan menerusi Lampiran bersama-sama Laporan ini.
57 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari
5| LAPORAN PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN 3R / KITAR SEMULA /
KESEDARAN AWAM SEPANJANG TAHUN 2017
BIL AKTIVITI / PROGRAM TARIKH CATATAN PEMBUKTIAN
(GAMBAR /
Contoh: LAPORAN
1 Taklimat Kitar Semula 14/1/2017 Sebanyak 2 sesi AKTIVITI)
kepada pelajar 20/2/2017 dijalankan
Seramai 20 Lampiran 1
2 Melaksanakan bengkel 21/3/2017 orang pelajar
kraftangan kitar semula terlibat Lampiran 2
Melibatkan
3 Melaksanakan program pengusaha Lampiran 3
kompos kantin dan 15
orang pelajar
Keterangan lengkap mengenai setiap aktiviti yang dilaksanakan hendaklah disertakan
menerusi lampiran Folio Aktiviti Pembudayaan Amalan 3R / Program Kesedaran Awam.
UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 58
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari
6| INOVASI DARIPADA BARANGAN KITAR SEMULA (kosongkan jika tidak menyertai kategori ini)
Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Sekolah Menengah
Nama Sekolah : ………………………………………………………………………
Nama Kumpulan : ………………………………………………………………………
Nama Murid : 1)……………………………………………………………………
2)……………………………………………………………………
3)……………………………………………………………………
4)……………………………………………………………………
5)……………………………………………………………………
Nama Guru : ………………………………………………………………………
Penyelaras
Nama Produk : ………………………………………………………………………
Bahan Asas : 1)……………………………………………………………………
2)……………………………………………………………………
3)……………………………………………………………………
Keterangan lengkap mengenai cara pembuatan, kos, ciri-ciri dan fungsi hendaklah disertakan
menerusi lampiran Folio Inovasi Daripada Barangan Kitar Semula.
Perakuan dan Pengesahan:
Saya memperakui dan mengesahkan bahawa idea rekacipta ini adalah asli
dan tidak pernah dikomersialkan sebelum ini.
…………………………………………………………….
(Tandatangan berserta cop Guru Besar / Pengetua / Guru Penyelaras)
59 UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari
7| INISIATIF KOMPOS (kosongkan jika tidak menyertai kategori ini)
Nama Sekolah : ………………………………………………………………………
LAPORAN AKTIVITI KOMPOS
BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN
Contoh: 28/2/2017 Seramai 263 orang pelajar
24/3/2017 dari tahun 4, 5 dan 6 terlibat
1 Taklimat pengkomposan kepada 7/5/2017 dalam taklimat
murid tahun 4, 5 dan 6 Seramai 15 orang ahli kelab
terlibat dalam aktiviti kompos
2 Aktiviti kompos sempena Hari Bumi Seramai 20 orang pelajar
terlibat dalam aktiviti kompos
3 Aktiviti kompos sempena Sambutan sisa makanan yang terhasil
Hari Kantin dari sambutan Hari Kantin
JUMLAH SISA MAKANAN YANG DIKOMPOS DAN HASIL KOMPOS
BIL AKTIVITI JUMLAH JUMLAH KEGUNAAN HASIL
SISA KOMPOS KOMPOS
Contoh: TERHASIL
MAKANAN Digunakan dalam
1 Pengkomposan sisa makanan (kg) (kg) penanaman pokok di
sempena hari bumi.
5.2 3.4 landskap sekolah
2 Pengkomposan sisa makanan Dijual ketika sambutan
sempena Sambutan Hari Kantin 7.5 4.0 Hari Usahawan Muda
JUMLAH
Keterangan lengkap mengenai kaedah kompos, gambar aktiviti dan cara pengendalian
kompos hendaklah disertakan menerusi lampiran Folio Aktiviti Kompos.
Perakuan dan Pengesahan:
Saya memperakui dan mengesahkan bahawa maklumat seperti yang
dinyatakan di atas adalah benar.
……………………………………………….
(Tandatangan berserta cop Guru Besar / Pengetua / Guru Penyelaras)
UNIT 4 : PROJEK ‘SEKOLAH SISA SIFAR’ 60
PEMBUDAYAAN AMALAN 3R DI SEKOLAH J2a0n1u8ari
8|PENGESAHAN GURU BESAR / PENGETUA
Saya dengan ini memperakui dan mengesahkan bahawa segala maklumat
yang telah diberikan adalah benar.
Sekian, terima kasih.
Tandatangan :
Tarikh :
Nama :
Cop :
Cop Sekolah :
61
UNIT 5 :
HARI KITAR SEMULA
UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 62
5.0 HARI KITAR SEMULA
Hari Kitar Semula merupakan salah satu program yang boleh dianjurkan
oleh Kelab Kitar Semula bagi meningkat kesedaran semua murid
dan guru terhadap kepentingan menguruskan sisa pepejal secara
mampan menerusi kaedah 3R iaitu pengurangan, guna semula
dan kitar semula. Selain itu, murid dan guru juga didedahkan
dengan inisiatif-inisiatif 3R di peringkat sekolah, komuniti dan
juga nasional.
Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2017
di Dataran Floria, Putrajaya.
5.1 Latar Belakang Hari Kitar Semula Kebangsaan
Hari Kitar Semula merupakan satu inisiatif oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi meningkatkan
kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat mengenai
pentingnya amalan kitar semula dalam memastikan kemampanan
pengurusan sisa pepejal dan penjagaan alam sekitar. Secara fakta
dan sejarahnya, Program Kitar Semula Kebangsaan telah
diperbaharui dan dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000
di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh Menteri KPKT
menjadikan tarikh 11 November pada setiap tahun sebagai
Hari Kitar Semula Kebangsaan.
Selain itu juga, bermula pada tahun 2018, Biro Kitar Semula
Antarabangsa telah memulakan inisiatif di peringkat global dengan
memperkenalkan 18 Mac 2018 sebagai Global Recycling Day
bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat di seluruh dunia
mengenai kepentingan mengitar semula.
63 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA
5.2 Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah
Foto SK Matang Jaya
Pertandingan rekaan fesyen daripada barangan terbuang
merupakan antara aktiviti yang boleh dijalankan semasa
Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah.
Sambutan Hari Kitar Semula juga boleh diperluas di peringkat sekolah.
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan
Hari Kitar Semula adalah bagi memupuk semangat cinta akan
alam sekitar dan kebersihan dalam kalangan murid-murid
dan guru-guru sekolah serta meningatkan kesedaran warga sekolah
tentang konsep pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R yang betul.
Selain itu, Sambutan Hari Kitar Semula di Peringkat Sekolah boleh
menjadi platform yang baik untuk pihak pentadbiran sekolah,
guru-guru, murid-murid malahan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
serta pelbagai agensi kerajaan untuk sama-sama mendapatkan
pendedahan berkaitan kepentingan menjaga kebersihan dan
menguruskan sisa pepejal melalui pendekatan secara Reduce, Reuse
dan Recycle.
UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 64
Berikut adalah faedah yang boleh diperolehi melalui penganjuran Hari
Kitar Semula Peringkat Sekolah, antaranya :
a) Sebagai platform untuk mengetengahkan aktiviti-aktiviti 3R yang
telah dijalankan oleh Kelab Kitar Semula seperti Bank
Kitar Semula, Sekolah Sisa Sifar, Kempen ‘Value Food
No Waste’, Waste Art/Upcycling dan Taman Lestari;
b) Memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah
mengenai kepentingan amalan 3R (Reduce, Reuse
dan Recycle) terhadap pemuliharaan alam sekitar;
c) Meningkatkan tahap kesedaran murid dan warga sekolah
melalui pendidikan informal menerusi sambutan Hari
Kitar Semula Peringkat Sekolah;
d) Memupuk dan mengukuhkan amalan 3R dalam kalangan
generasi muda seperti murid sekolah;
e) Menerapkan minda kelas pertama kepada murid dan
warga sekolah dalam menjadikan amalan 3R sebagai
budaya dan amalan harian; dan
f) Menggalakkan pembudayaan amalan 3R sebagai langkah
paling penting dan berkesan dalam menguruskan sisa
pepejal secara mampan demi generasi akan datang.
5.3 Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah
Sambutan Hari Kitar Semula juga boleh diperluas di peringkat
sekolah. Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena
sambutan Hari Kitar Semula adalah bagi memupuk semangat
cintakan alam sekitar dan kebersihan dalam kalangan
murid-murid dan guru-guru sekolah serta meningkatkan
kesedaran warga sekolah tentang konsep pengurusan sisa
pepejal dan amalan 3R yang betul.
Selain itu, sambutan Hari Kitar Semula di Peringkat Sekolah boleh
menjadi platform yang baik untuk pihak pentadbiran sekolah,
guru-guru, murid-murid malahan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) serta pelbagai agensi kerajaan untuk sama-
sama mendapatkan pendedahan berkaitan kepentingan
menjaga kebersihan dan menguruskan sisa pepejal melalui
pendekatan 3R.
65 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA
5.4 Cadangan pengisian Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah
Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam sambutan Hari Kitar
Semula Peringkat Sekolah adalah:
Konvensyen Mini ‘Sekolah Sisa Sifar’
Merupakan sebuah platform bagi mempersembahkan hasil dan
kemajuan projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ kepada pihak pentadbiran
sekolah, guru dan murid-murid.
Persembahan pentas sketsa berkaitan kebersihan dan amalan 3R
Foto Google
Ahli kelab kitar semula mempersembahkan bicara berirama
bertemakan kepentingan menjaga kebersihan.
Persembahanpentassepertisketsa,koirdanbicaraberiramaboleh
dilakukan oleh murid dengan bimbingan guru dengan
menggunakan barangan terpakai kepada warga sekolah
sebagai hiburan yang mempunyai mesej murni berkaitan
penjagaan alam sekitar dan amalan 3R.
UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 66
Pengiktirafan Jaguh 3R
c)
Kelab juga boleh mencadangkan pengiktirafan Jaguh 3R kepada
ahli kelab yang aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
Kelab Kitar Semula.
Foto Google
Pemberian sijil pengiktirafan kepada ahli Kelab Kitar Semula
yang aktif.
d) Pameran dan ceramah
Aktiviti pameran merupakan salah satu aktiviti yang dapat
menarik minat murid dan guru untuk lebih memahami berkenaan
program dan inisiatif yang telah dijalankan. Guru Pembimbing
Kelab Kitar Semula bersama ahli kelab boleh mempamerkan
keberhasilan Projek ‘Sekolah Sisa Sifar’ kepada pihak
pentadbiran sebagai tanda kejayaan terhadap inisiatif yang
ditunjukkan.
Pihak sekolah juga boleh mendapatkan kerjasama agensi
kerajaan yang berdekatan untuk aktiviti pameran. Ceramah
berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R juga boleh
disampaikan oleh pihak SWCorp.
67 UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA
Pengkongsian maklumat berkaitan pembudayaan amalan
3R oleh pegawai Pendidikan Masyarakat SWCorp.
e) Pertandingan
Bagi memeriahkan sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Sekolah,
pihak kelab boleh mengadakan pelbagai aktiviti sampingan
seperti pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula
Terbanyak, pertandingan melukis poster/mewarna, pertandingan
rekacipta barangan terbuang dan pelbagai aktiviti yang
dapat menarik minat murid-murid untuk lebih memahami
amalan 3R.
Foto SK Matang Jaya
Pertandingan rekaan fesyen daripada barangan terbuang.
UNIT 5 : HARI KITAR SEMULA 68
f) Aktiviti Upcycling
Guru Pembimbing kelab bersama ahli kelab boleh menjalankan
aktiviti upcycling bersama murid dan warga sekolah dengan
kerjasama SWCorp atau NGO berkaitan.
Foto SK Taman Semarak
Aktiviti upcycling daripada sisa kitar semula.
69
UNIT 6 :
EKSPLORASI
CILIK 3R
UNIT 6 : EKSPLORASI CILIK 3R 70
6.0 EKSPLORASI CILIK 3R
Eksplorasi Cilik 3R merupakan program yang dianjurkan oleh
kelab kitar semula bagi memberi pendedahan kepada
ahli kelab berkenaan dunia pengurusan sisa pepejal dan kebersihan
persekitaran serta hubungannya dengan amalan seharian.
Objektif : 1) Menggalakkan murid mencintai alam sekitar
melalui aktiviti 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
daripada bahan terbuang.
2) Melatih murid untuk mempraktikkan amalan
3R dalam kehidupan seharian.
3) Meningkatkan semangat kerjasama
berpasukan antara murid.
Aktiviti : Mengadakan program perkhemahan 3R atau
lawatan ke pusat kitar semula.
Ka edah : 1) Penyediaankertaskerjaprogramdankelulusan
Pelaksa naan pihak sekolah
2) Mendapatkan kebenaran untuk melakukan
aktiviti luar daripada ibu bapa dan penjaga
ahli kelab/murid-murid.
3) Menjalankan program seperti cadangan
tentatif di Lampiran 6.1.
71 UNIT 6 : EKSPLORASI CILIK 3R
6.1 Perkhemahan
Mengadakan program perkhemahan di kawasan yang sesuai
seperti di taman rekreasi, pantai dan tapak perkhemahan
yang mempunyai persekitaran yang bersih dan indah.
Sebagai panduan, Kelab Kitar Semula boleh merangka
atur cara program perkhemahan berdasarkan cadangan atur cara
program perkhemahan Eksplorasi Cilik 3R seperti disediakan
Foto Google
Aktiviti perkhemahan 3R yang dijalankan di kawasan rekreasi.
72
Perkhemahan
3RE ksplorasi Cilik
ATUR CARA
JUMAAT
3.00 - 3.30 ptg PENDAFTARAN
3.30 - 4.00 ptg SESI ICE BREAKING
4.30 - 5.00 ptg SOLAT ASAR / MINUM PETANG / PEMASANGAN KHEMAH
5.00 - 6.30 ptg SESI ICE BREAKING (2)
6.30 - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB / KULIAH / SOLAT ISYAK
9.00 - 11.30 mlm LATIHAN DALAM KUMPULAN (1)
11.30 - 12.00 mlm MINUM MALAM
SABTU
5.00 - 7.00 pg SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH
7.00 - 8.30 pg SENAMAN DAN SARAPAN PAGI
8.30 - 10.00 pg LATIHAN DALAM KUMPULAN (2)
10.00 - 10.30 pg MINUM PAGI
10.30 - 1.00 t / hari LATIHAN DALAM KUMPULAN (3)
1.00 - 2.00 ptg MAKAN TENGAH HARI, SOLAT ZOHOR
2.00 - 4.30 ptg LATIHAN DALAM KUMPULAN (4)
4.30 - 5.00 ptg MINUM PETANG DAN SOLAT ASAR
5.00 - 6.30 ptg PERMAINAN TEAMBUILDING (1)
6.30 - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB, KULIAH & SOLAT ISYAK
9.00 - 11.30 mlm PERSEMBAHAN KUMPULAN
11.30 - 12.00 mlm MINUM MALAM
AHAD SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH
5.00 - 7.00 pg
7.00 - 8.30 pg SENAMAN DAN SARAPAN PAGI
8.30 - 10.00 pg PERMAINAN TEAMBUILDING (2) - 3R Explorace
10.00 - 10.30 pg MINUM PAGI
10.30 - 11.30 pg MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
11.30 - 12.30 t / hari RUMUSAN AKTIVITI
12.30 - 2.00 ptg MAKAN T/HARI / BERKEMAS / SOLAT ZOHOR
2.00 ptg PROGAM TAMAT DAN BERTOLAK BALIK
73 UNIT 6 : EKSPLORASI CILIK 3R
6.2 Lawatan ke Pusat Kitar Semula
Lawatan ke Pusat Kitar Semula merupakan salah satu aktiviti yang boleh
dilakukan bagi mendedahkan ahli kelab berkenaan sistem pengutipan
sisa kitar semula di sekitar kawasan sekolah.
Lawatan murid ke Pusat Kitar Semula Presint 9 Putrajaya.
Lawatan ini bertujuan mendedahkan kepada murid keadaan
sebenar proses yang berlaku di pusat kitar semula. Murid dapat melihat
sendiri bagaimana sisa kitar semula tersebut diuruskan.
Di samping itu pelajar juga dapat didedahkan dengan
peluang-peluang kerjaya yang terdapat dalam sektor pengurusan
sisa pepejal.
Glosari 74
Terma Maksud
Air larut resap Merupakan cecair yang berasal daripada hasil larutan air
hujan terhadap sisa-sisa buangan di tapak pelupusan yang
terkumpul dan meresap masuk ke dalam liang-liang tanah.
Badan Pengurusan Badan Pengurusan Bersama atau Joint
Bersama
Management Body (JMB) ialah satu
jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh
Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara
bangunan.
Bakteria Organisma seni yang hidup dalam tanah, air, bahan
organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan,
dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit.
Biogas Gas yang dihasilkan melalui tindakan bakteria ke atas
bahan buangan organik dan digunakan sebagai bahan api.
Ekosistem Sistem lingkungan hidup semula jadi yang terbentuk
sebagai hasil daripada tindakan yang menyaling
antara benda-benda hidup dengan persekitarannya.
Estetika Cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan
dengan keindahan, cita rasa, dan lain-lain.
Komersial Berkaitan dengan atau bersifat perdagangan
Mikroorganisma Organisma halus misalnya bakteria, virus, protozoa, dan
lain-lain yang hanya dapat dilihat dgn mikroskop.
Miniatur Salinan atau model sesuatu objek dalam bentuk yg dikecilkan.
Nutrien Bahan makanan berkhasiat, zat makanan.
Pemanasan global Pemanasan global adalah fenomena pemerangkapan gas
dikenali sebagai gas rumah hijau membabitkan kumpulan gas
karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon, metana,
nitrogen oksida yang menghalang dan memerangkap
haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa.
Pengolahan Perbuatan atau hal mengolah.
Perawatan Hal atau perbuatan merawat.
Premis Bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dan
sebagainya.
Terma Maksud
Resin
Damar yang dibuat secara sintetik, yang digunakan sebagai
Seramik bahan asas dalam pembuatan barangan plastik dan
Sisa berjadual sebagainya.
Sisa kumbahan Bahan keras dan rapuh yang dibuat dengan membakar
tanah liat dan lain-lain.
Sisa radioaktif
Tapak pelupusan Apa-apa buangan yang mempunyai ciri-ciri berbahaya
yang berpotensi memberi kesan negatif kepada orang
Tekstil awam dan alam sekitar.
Toksik
Vektor Air sisa seperti yang diketahui merupakan cecair buangan
dari tandas, bilik air serta sinki yang dilepaskan dari
kawasan perumahan, premis perniagaan atau industri.
Sisa radioaktif merupakan bahan yang mengandungi
atau tercemar dengan unsur radioktif (radionuklid).
Tempat atau kawasan di mana sisa dilupuskan dengan
selamat di sesuatu kemudahan penimbusan tanah atau
yang lain-lain kemudahan yang bergantung kepada jenis
dan ciri-ciri bahan sisa tersebut.
Kain (terutamanya yg ditenun).
Beracun: bahan-bahan toksik, asap dan bahan buangan
kimia yg menyebabkan pencemaran alam.
Haiwan seperti serangga yang mengandungi parasit
berbahaya yang memindahkan parasit tersebut kepada
organisma lain (manusia dan sebagainya) sehingga
mengakibatkan jangkitan (penyakit) kepada organisma
lain itu.
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku
Modul Latihan Kelab Kitar Semula Edisi Kemas Kini 2018.
78