Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur
MPU3062
KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM
(TUGASAN 1 – BUKU LOG/FOLIO)
PISMP Ambilan Jun 2020
Semester 1 Tahun 2 (Sesi Jun-Okt 2021)
Kumpulan/Unit: Bimbingan dan Kaunseling 3
Tarikh Hantar: 09.09.2021
Nama Pelajar Angka Giliran
Nur Zielyana binti Buhari 2020112350208
Nama Pensyarah : Safinah binti Yaakob
Tarikh Terima : 01.09.2021
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuk dan fahami.
______________________
Nama : Nur Zielyana binti Buhari
Tarikh :
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya saya berpeluang dan
berkesempatan untuk menyiapkan tugasan buku log/folio Unit Beruniform (MPU3062) yang telah
dimanahkan kepada saya ini. Keadaan sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
agak berbeza dengan musim-musim sebelumnya disebabkan oleh pandemik yang melanda
negara namun ianya bukanlah suatu penghalang untuk saya berusaha semampu dan sehabis
baik menghasilkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih juga buat kedua ibu dan bapa saya kerana tidak lelah untuk sentiasa
memberikan dorongan motivasi dan keperluan yang cukup sepanjang persiapan tugasan ini.
Sesungguhnya, tanpa dorongan mereka saya tidak mampu melaksanakan tugasan ini dengan
baik.
Tidak lupa juga kepada pensyarah subjek MPU3062, Ustazah Safinah binti Yaakob yang
pemurah dengan tunjuk ajar serta segala perkongsian untuk menghasilkan sebuah penulisan
ilmiah yang sedikit sebanyak menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang
pendidik kelak.
Seterusnya buat insan-insan yang melengkapi asam garam kehidupan saya yang bergelar
pelajar iaitu rakan-rakan seperjuangan, turut bersama bersinergi dan tidak lokek untuk saling
bertukar-tukar idea untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga kita dapat meneruskan pembelajaran
seterusnya sentiasa memberikan yang terbaik kelak akan mengecapi kemaslahatan bersama
untuk dikongsi kepada anak-anak didik yang bakal menerajui pembangunan negara.
3
BIODATA
NAMA : NUR ZIELYANA BINTI BUHARI
UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 3
AMBILAN : JUN 2020
UNIT BERUNIFORM : KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
JAWATAN : AHLI JAWATANKUASA DISIPLIN
TARIKH LAHIR : 08 DECEMBER 2001
ALAMAT : F15 (B) KAMPUNG KOTA 36400 HUTAN MELINTANG PERAK DARUL
RIDZUAN
STATUS : BUJANG
NO. TEL : 018-3762062
EMAIL : [email protected]
NAMA BAPA : BUHARI BIN MD SAID
NAMA IBU : KAMISAH BINTI OMAR
4
AMBILAN JUN 2020 Unit
BM 1
SENARAI NAMA UNIT BERUNIFORM KRS BM 1
Bil Nama Pelajar BM 1
1 FARIS NUQMAN BIN CHE SAMSUDIN BM 1
2 MUHAMMAD AZAHAR BIN MUHAMMAD HAFIZ BM 1
3 MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN FAUZI BM 1
4 MUHAMMAD HAZRUL IMRAN BIN ABD RASHIB BM 1
5 NG SHENG WEN BM 1
6 NUR AIZAH BM 1
7 SRI NEEVETHA A/P BALU BM 2
8 VIENASSRI A/P VENKETRAMANA BM 2
9 WAN ZHARFANHADI BIN WAN ZAHARI BM 2
10 DANNEIL HAQIMMI BIN MAJID BM 2
11 MUHAMMAD SAADUDDIN BIN NOR AZMAN BM 2
12 NUR HAZIQAH BINTI HASKI BM 2
13 NURUNNISA BINTI ABDUL KHALIL FADZLI BM 3
14 SHARVNI A/P MURUGESAN BM 3
15 VAITHISHWARY A/P VELMURUGAN BM 3
16 MOHAMAD FAKHRUL NAJMI BIN CHE RAZAK BM 3
17 ISMAH FARZANA BT AHMAD RAZALI BM 3
18 NUR NAJAHAH BINTI MOHD NASIR BM 4
19 SANGGITA A/P GUNALAN BM 4
20 NIK ABDUL WAFI BIN AZHAR BM 4
21 MOHAMAD HAZRUL HAKIM BIN MANSOR BM 4
22 MUHAMMAD HAIQAL ALIF BIN SAHARIN
23 MUHAMMAD MIRZA BIN ASHA'ARI
24 WAN ALIFF NAIMAN BIN WAN IDRIS
5
25 RENUKAH A/P RAVI BM 5
26 SALINA ANAK MARIN BM 5
27 THIVIYAH A/P RAJAH RETNAM BM 5
28 ABDUL AIMAN BIN AZALEE BM 6
29 HAMIZAN BIN ABU KARIM BM 6
30 AKIF KASHFULLAH BIN FAUZI PAI 1
31 MUHAMMAD AKMAL BIN MAT SUAN PAI 1
32 MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN ROHAIZAM PAI 1
33 NIK NURUL FATIHAH BINTI ISMAIL PAI 1
34 SITI BATRISYIA DANIA BINTI SHAMSUDDIN PAI 1
35 TUAN NABILA HANIM BINTI TUAN RAHIM PAI 1
36 WAN MUHAMMAD HASIF BIN WAN HANIPA PAI 2
37 IZZAT AMIRUL BIN SALLEH PAI 3
38 MUHAMMAD NUR AZHAN BIN ABDUL RAUF PAI 3
39 MUHAMMAD RAZIN FARIS BIN FOUZI PAI 3
40 NUR ANIS SOLEHAH BINTI ABD HALIM PAI 3
41 NUR FATIN FARHANAH BINTI RAHIM PAI 3
42 SITI NUR AISYAH BINTI ALIAS PAI 3
43 MOHAMAD NABIL FADLAN BIN MOHAMAD FARIS BNK 3
44 SHAHRUL FIRDAUS BIN JASMIN BNK 3
45 KHAIRUN NISA BINTI JAYA BNK 3
46 NUR ANIS IRDINA BINTI MOHAMAD ZUHDI BNK 3
47 NUR AQILAH HUSNA BINTI HASNAN BNK 3
48 NUR ZIELYANA BINTI BUHARI BNK 3
49 NURUL IZZATUL FATIHAH BINTI ABDUL MANAN BNK 3
50 NURULHUDA AMIRAH BINTI MOHD RAFI BNK 3
51 SHAFYNIE BINTI ZULKEFFLEEY BNK 3
6
52 MUHAMAD AFIQ HAIQAL BIN MOHAMAD NOR BNK 2
53 MUHAMAD ALIFF NAJMI BIN ABD HALIMEE BNK 2
54 MUHAMAD AZRIN BIN NOR AZIAN @ MOHD ISHAM BNK 2
55 RIDZMAN AZWANSYAH BIN RADZLAN BNK 2
56 MUHAMMAD AIZAT AIMAN BIN MOHD AERWADI BNK 1
57 MUHAMMAD AKMAL ADAM BIN JAMIRON BNK 1
58 MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR BNK 1
59 MUHAMMAD FARHAN BIN AZRI BNK 1
60 NAZRAN IQMAL AMRULLAH BIN MAHDA BNK1
61 NURFAIZZATUL NAJWA BINTI ZARA'IM BNK 1
62 NIK AHMAD FAKHRURRAZI BIN NIK AZLAN PAKK 2
63 JOANNE TING CHIEN HUEI PAKK 2
64 LEE JIE PING PAKK 2
65 NUR FARHANA BINTI A.RAZAK TESL
7
CARTA ORGANISASI
Pengerusi : Muhammad Azraei Bin Khairul Idzhar
Naib Pengerusi : Muhammad Mirza Bin Asha’ari
Setiausaha : Mohamad Hazrul Hakim Bin Mansor
Penolong Setiausaha : Muhamad Azrin Bin Nor Azian
Bendahari : Akif Kashfullah Bin Fauzi
Penolong Bendahari : Wan Zharfanhadi Bin Wan Zahari
Ahli Jawatankuasa
Peralatan : Wan Muhammad Hasif Bin Wan Hanipa
:Nur Aizah
Disiplin : Muhammad Saaduddin Bin Nor Azman
: Nur Zielyana binti Buhari
Makanan : Hamizan Bin Abu Karim
:Nur Haziqah Binti Haski
Keselamatan : Danneil Haqimmi Bin Majid
: Salina Anak Marin
Kerohanian : Izzat Amirul bin Salleh
: Sharvni A/P Murugesan
Fotografi & Dokumentari : Muhammad Razin Faris Bin Fouzi
: Vaithishwary A/P Velmurugan
8
LOGO KRS DAN HURAIAN
Perisai melambangkan tentang kefahaman diri daripada gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.
Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan
serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan
tradisi ilmu tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke
arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna Hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara
yang tercinta.
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang
tercinta.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.
Warna putih melambangkan keikhlasan dan kesucian.
9
BENDERA KRS
Warna hijau melambangkan :
Tunas muda / remaja yang masih boleh dibentuk.
Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS.
ILMU, IMAN, AMAL
Cogan kata KRS " ILMU IMAN AMAL "
a) ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS
b) IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c) AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
10
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 1 TARIKH : 23 JUN 2020
TAJUK : PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
LOKASI : ATAS TALIAN
JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 66 ANGGOTA
MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 09:00 PAGI KULIAH
- PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
09:00 – 10:00 PAGI - SEJARAH
PENUBUHAN UNIT
BERUNIFORM
10:00 – 11:00 PAGI - STRUKTUR DAN
ORGANISASI
PERTUBUHAN
11:00 – 12:00 TENGAHARI - PENGURUSAN
DAN
PENTADBIRAN
11
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 1 HARI : RABU
TARIKH : 23 JANUARI
TAJUK : PENGENALAN,KONSEP,SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM
1. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1.0 Nama dan alamat berdaftar
1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama
Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah Menengah dan
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi Sekolah Rendah
1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:
a. Peringkat Kebangsaan:
Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4 , Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur
b. Peringkat Negeri:
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan
c. Peringkat Daerah:
Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan
12
d. Peringkat Sekolah:
Sekolah berkenaan.
e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh
Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa
2.0 Tujuan
Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:
2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan,
memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam
menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah
pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.
2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah
guna dadah, budaya lepak dan juvana.
2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi
menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan
agama, bangsa dan Negara Malaysia.
2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati
dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan
demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.
2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.
13
3.0 Pengertian logo
3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang
tidak sihat.
3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi
Negara Malaysia.
3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan
yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan
dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa
Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang
mempertahankan negara yang tercinta.
3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak
kedaulatan Negara Malaysia.
3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.
14
4.0 Bendera
4.1 Warna Hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.
4.2 Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’
a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas
pembinaan diri.
c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat
yang berterusan merupakan natijah daripada
kekuatan intelektual dan disiplin diri.
Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan.
15
2. SEJARAH PENUBUHAN UNIT BERUNIFORM
1.0 SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )
• Ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah
Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987.
• Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia
(KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar
Islam SMRA (PERWIRA).
• Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar
tingkatan I dan 2.
• Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang
BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik
dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.
• Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah
berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN).
• Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula
menubuhkan KPIM.
• Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz
Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan
En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang ,
Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993,
sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan
KPIM.
• Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.
16
• Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr.
Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia pada 13 September 1993.
• Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan.
• Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas
kabinet Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET
PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) .
• Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET
REMAJA ISLAM (KRIS)
• Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah¬-Pengarah Bahagian
Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan
dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah
membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA
SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua
kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan.
• Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah
diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang
Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan
Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
1.1 SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )
• Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999.
• Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah
Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan
nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah.
• Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan
Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja
Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja.
• Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal
kepada pelajar-pelajar mengenai KRS.
17
• Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum,
matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja
Sekolah ( KRS ).
• Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam
Sekolah ( TKRIS ).
• Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.
• Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan
oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul
Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah
pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan
kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi
murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada
telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap
pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk
mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah
negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta
mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan
intelek ( JERI ).
2.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah ( TKRS ) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah/rendah kerajaan
dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di
sekolah. Kewujudan KRS/TKRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat
dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan.
18
3.0 RASIONAL
3.1 Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam
Pasukan Pakaian Seragam.
3.2 Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu
mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti
penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.
3.3 Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan
satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan
mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
3.4 Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar
yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.0 MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan
berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah
Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.
19
5.0 OBJEKTIF
5.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan
negara.
5.2 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan
diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup.
5.3 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di
kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan
integrasi nasional.
5.4 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra.
5.5 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, kebolehan dan memimpin
20
6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
• Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS
peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan
bengkel konsep dan operasi KRS/TKRS.
• Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-
aspek pelaksanaan aktiviti KRS/TKRS.
• Bagi Tunas Kadet Remaja Sekolah( TKRS ) dicadangkan supaya
ditubuhkan di semua sekolah rendah seluruh Malaysia agar murid-
murid didedahkan lebih awal mengenai Kadet Remaja Sekolah
seperti mana pasukan pakaian seragam yang lain ( Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pergerakan
Puteri Islam Malaysia,Persatuan Pandu Puteri Malaysia, St. John
Ambulans Malaysia, Pasukan Pancaragam dan Seni Bela Diri )
7.0 BIDANG AKTIVITI BERSEPADU KRS DAN TKRS
7.1 Disiplin dan Kerohanian
7.2 Ketahanan diri dan Kebudayaan
7.3 Alam Sekitar
7.4 Keusahawanan
7.5 Khidmat Masyarakat ( Khidmas )
8.0 PEMANTAUAN
8.1 Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti
hendaklah dilakukan oleh :
– Pengarah Pelajaran Negeri
– Pegawai-Pegawai JPN
– Jurulatih KRS Negeri
– Pegawai Pelajaran Daerah
– Pengetua/ Guru Besar
21
8.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut :
- Laporan Aktiviti
- Laporan Kewangan
3. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN
Jawatankuasa
3.1 Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah:
Menteri Pelajaran Malaysia.
3.2 Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
3.3 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah
adalah seperti berikut:
a. Penaung
b. Pengerusi
C. Timbalan Pengerusi
d. Naib Pengerusi
e. Setiausaha
f. Penolong Setiausaha
g. Bendahari
h. AJK yang dilantik
3.4 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:
a. Peringkat Kebangsaan
b. Peringkat Negeri
c. Peringkat Daerah
d. Peringkat Sekolah
22
3.5 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan:
a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
d. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian
Sekolah
f. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian
Sekolah
g. Penolong
Setiausaha : Dilantik (Dua orang)
h. Bendahari : Dilantik
i. Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan
Pengarah Bahagian Teknik &
Vokasional
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Tiga ahli dilantik
j. Juruaudit Dua Wakil Jurulatih KRS
Dua Wakil Jurulatih TKRS
: Dilantik
3.6 Jawatankuasa Peringkat Negeri:
a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
c. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
d. Timbalan
: Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan
Pengerusi Kemanusiaan
Ketua Unit Kokurikulum
e. Setiausaha : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam
Pegawai Tadbir KRS
f. Pen.Setiausaha 1 : Dilantik
Dilantik Termasuk
Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Pelajaran Daerah
g. Bendahari : 2 Wakil Jurulatih KRS dan
h. Ahli-ahli : 2 Wakil Jurulatih TKRS
Wakil PKPSM dan MGB
23
i. Juruaudit : Dilantik
3.7 Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah:
3.7.1 Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan
( Sabah dan Sarawak )
a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengarah Pelajaran Negeri
b. Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan
Ketua Unit
c. Pengerusi : Penyelia Kokurikulum
Pegawai Tadbir Gabungan KRS
d. Tim. Pengerusi : Dilantik
Dilantik Termasuk 2 Wakil
e. Setiausaha :
Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS,
f. Pen. Setiausaha : Wakil PKPSM dan MGB ( Gabungan )
Pegawai Tadbir KRS Negeri
g. Bendahari : Dilantik ( 2 orang )
h. Ahli :
i. Ex-Officio :
j. Juruaudit :
3.7.2 Jawatankuasa Peringkat Daerah
a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri
c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran
Daerah ( SPPK )
e. Setiausaha : Penyelia
f. Pen. Setiausaha : Dilantik
g. Bendahari : Dilantik
h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan
2
Wakil TKRS,
Wakil PKPSM dan MGB
i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri
j. Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )
24
3.8 Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh
Pengerusi setiap Jawatankuasa.
3.9 Jawatankuasa Peringkat Sekolah:
a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri
b. Penasihat : PPD
c. Pengerusi :
d. Timbalan Pengetua / Guru Besar
Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum
e. Setiausaha : Dilantik
f. Penolong
Dilantik
Setiausaha : Dilantik
g. Bendahari : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS )
h. Ahli-ahli :
i. Juruaudit Dilantik di kalangan guru
(2 orang) :
3.10 Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar
sekolah.
3.11 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak
menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.
3.12 Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada
Jawatankuasa Peringkat Sekolah.
3.13 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur
program KRS/TKRS
3.14 Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk
memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.
25
4. PENGURUSAN PENTADBIRAN
1.0 Keahlian
1.1 Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.
1.2 Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di
institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1.
1.3 KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh
institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan.
1.4 Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau
diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti
yang dinyatakan di atas.
1.5 Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di
sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.
1.6 Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain, keahlian asal masiH
diterima
pakai
2.0 Pakaian Rasmi KRS
2.1 Lelaki
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
(Ukuran kaki 40 cm - 46 cm)
d. Tali wisel merah.
e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan
logo KRS.
f. Spike boot.
2.2 Perempuan
26
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan
panjang dan warna Sherwood Dark Green.
c. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green.
d. Spike boot.
e. Tali wisel merah.
*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
3.0 Pakaian Rasmi TKRS
3.1 Lelaki
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 )
c. Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm)
d. Tali wisel merah.
e. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan
logo KRS.
f. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
3.2 Perempuan
a. Beret berwarna Sherwood Dark Green.
b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan
panjang dan warna hijau muda ( L 109 ).
c. Seluar /Kain Sekolah.
d. Tali wisel merah.
e. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam
*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.
27
4.0 Kawasan Kegiatan
4.1 Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa,
kebangsaan, negeri-negeri dalam Malaysia,
Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah
dan sekolah-sekolah.
4.2 Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini
juga bermaksud Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di
Negeri Sabah dan Sarawak.
4.3 Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini
bermaksud sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.0 Kewangan
5.1 Setiap ahli KRS/TKRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00
5.2 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang
berkaitan dengan kewangan KRS/TKRS
5.3 Penyata kewangan KRS/TKRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira, mengikut Perlembagaan serta disahkan
oleh penolong pendaftar.
5.4 Dua orang guru yang bukan pemimpin KRS/TKRS dilantik dalam
mesyuarat oleh Penolong Pendaftar sebagai Pemeriksa kira-kira atau
Juruaudit.
5.5 Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kewangan KRS dari semasa ke
semasa atas arahan penolong pendaftar.
28
KADET REMAJA SEKOLAH DAN TUNAS KADET
REMAJA SEKOLAH STRUKTUR DAN SISTEM
KENAIKAN PANGKAT
1.0 KEKUATAN DAN KEANGGOTAAN KADET REMAJA SEKOLAH
1.1 KOMPENI ( KRS )
Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat
Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan
4 orang Ketua Platun
Carta Organisasi
Ketua Kompeni
Penolong
Ketua Kompeni
Ejutan
Pegawai Waran
1.2 PLPAlaTtuUnNA( KRS ) Platun B Platun C Platun D
29
Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3
koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet
Carta Organisasi Platun
Pegawai Platun
Staf Sarjan
Sarjan Platun
Seksyen 1 Seksyen 2 Seksyen 3
1.3 SEKSYEN ( KRS )
Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan
10 anggota kadet.
Carta Organisasi Platun
Ketua Seksyen
Penolong Ketua Seksyen
10 Anggota Kadet
30
2.0 KEKUATAN DAN KEANGGOTAAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
2.1 KOMPENI ( TKRS )
Satu kompeni terdiri daripada gabungan 4 platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat
Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Sarjan TKRS dan 4 orang
Ketua Platun
Carta Organisasi
Ketua Kompeni
Penolong
Ketua Kompeni
Ejutan
Sarjan TKRS
Platun A Platun B Platun C Platun D
31
2.4 PLATUN ( TKRS )
Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan
TKRS, 3 koperal TKRS dan 3 lans koperal TKRS serta 30 anggota kadet
Carta Organisasi Platun
Pegawai Platun
Sarjan Platun
Seksyen 1 Seksyen 2 Seksyen 3
2.5 SEKSYEN ( TKRS )
Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal TKRS, 1 lans
koperal TKRS dan 10 anggota kadet.
Carta Organisasi Platun
Ketua Seksyen
Penolong Ketua Seksyen 32
10 Anggota Kadet
3. SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH / TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH
Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS / TKRS
Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS / TKRS
Guru Pemimpin : Pegawai Platun
Pengerusi : Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS
Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS
Setiausaha : Koperal KRS / TKRS
Bendahari : Koperal KRS / TKRS
Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS / TKRS
Ahli-ahli : Semua anggota KRS / TKRS yang berdaftar di sekolah
Catatan:
33
Pengetua / : Komandan KRS / TKRS.
Guru Besar Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan
dengan nama panggilan Komandan KRS / TKRS Sekolah.
Penolong Kanan : Timbalan Komandan KRS / TKRS.
Kokurikulum Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan
dengan panggilan Timbalan Komandan KRS / TKRS Sekolah.
Pemimpin : Pegawai Platun.
Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan
ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda
KRS.
: Kenaikan pangkat Leftenan KRS -
Telah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus.
: Kenaikan Pangkat Kapten KRS
Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/
kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa
program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan.
Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun.
: Kenaikan Pangkat Mejar KRS
Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat
kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa
program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan.
Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun
Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua
Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai
Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri.
34
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 2 TARIKH : 30 JUN 2021
TAJUK : KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
LOKASI : ATAS TALIAN
JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 66 ORANG
MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 09:00 PAGI KRAF PERKHEMAHAN
09:00 – 10:00 PAGI IKHTIAR HIDUP
10:00 – 11:00 PAGI KEBUDAYAAN
11:00 – 12:00 TENGAHARI JALAN LASAK DAN
PANDU ARAH
35
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 2 HARI : RABU
TARIKH : 30 JANUARI
TAJUK : KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
1. PERKHEMAHAN
- Pengurusan dan Penjagaan Khemah
a. Peraturan Umum Perkhemahan :
✓ Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan
serta arahan- arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
✓ Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan
bersemangat tinggi.
✓ Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti.
✓ Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti
yang dijalankan.
✓ Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang
dijalankan.
✓ Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam
setiap aktiviti.
✓ Mematuhi semua nasihat, teguran dan tunjuk ajar yang diberikan oleh
pensyarah atau penunjuk cara.
36
✓ Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat.
b. Pemilihan Khemah :
✓ Perlindungan
✓ Keselesaan
✓ Kalis air dan tahan lasak
✓ Ukuran
c. Tips-tips Penjagaan Khemah :
✓ Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/
tiang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir
untuk memudahkan tiang/ pancang untuk dikeluarkan atau
dimasukkan.
✓ Letakkan pelincir pada setiap zip untuk mengelakkan zip daripada
‘jem’ atau susah untuk dibuka.
✓ Elakkan daripada menyimpan makanan di dalam khemah.
✓ Elakkan penggunaan lilin, mancis atau pembakaran terbuka
berdekatan dengan khemah.
✓ Sentiasa membersihkan khemah selepas setiap kali anda selepas
trip atau setelah setelah selesai menggunakannya
✓ Memastikan khemah kering sepenuhnya sebelum disimpan..
✓ Sekiranya khemah anda basah, elakkan dari menekan, menarik
atau dengan cara apa sekalipun untuk mengelakkan daripada
khemah terkoyak.
✓ Sentiasa menggunakan peralatan berkuasa bateri di dalam
khemah untuk mengelakkan kejadian tidak diinginI
37
d. Perkhemahan Dan Kem Kraft
Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari.
Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran
fizikal, mental dan kematangan berpengakap.
e. Gajet-Gajet Perkhemahan
✓ Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa
perkhemahan.
✓ Buatlah gajet-gajet yang diperlukan sahaja di peringkat awal semasa
perkhemahan.
✓ Mengenal gajet perkhemahan:
✓ lazimnya gajet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan
daripada bahan sekitar perkhemahan.
✓ kedudukan gajet.
✓ aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara
patrol.
38
f. Tujuan Membuat Gajet
➢ Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
➢ Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah.
➢ Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
➢ Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan
dipraktikkan.
➢ Semangat pertandingan yang sihat.
➢ Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
➢ “Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet.
➢ Meninggikan mutu perkhemahan.
➢ Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat
gajet-gajet yang berfaedah.
g. Bahan Untuk Membuat Gajet
▪ Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
▪ Diperbuat dari bahan semulajadi.
▪ Pergunakan dari semua bahagian pokok.
h. Jenis / Cara Membuat Gajet
✓ Yang boleh dibeli.
✓ Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
✓ Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
✓ Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
✓ Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem
atau yang berhampiran.
39
i. Jenis-Jenis Gajet
o Gajet kawasan pintu.
o Gajet kawasan dapur dan yang berkaitan.
o Gajet kawasan tempat basuhan.
o Gajet kawasan tempat tinggal.
o Gajet kawasan pengeringan.
o Lain-lain gadjet.
j .Gajet Kawasan Pintu
Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu belakang
Variasi-Variasi pintu hadapan
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan
kemas dan adanya kawalan keselamatan.
40
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.
k. Gajet-Gajet kawasan dapur
Buat dari bahan semulajadi
Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:
Rak pinggan mangkuk
Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
Meja makan
Penyangkut cawan / gelas.
Rak menyimpan kayu api / tong gas.
Gejet gerobok (camp larder).
Gejet lubang basah dan kering.
41
l. Gajet Kawasan Tempat Membasuh
Gajet tempat meletak besen air.
Gajet tempat menyimpan alat pergigian.
Gajet tempat menyimpan sabun.
Gajet mengantung tuala mandi.
Gajet kawasan tempat basuhan.
m. Gajet Kawasan Tempat Tinggal
o Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping
menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
o Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat
kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gajet katil, papan kenyataan, buaian,
penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera
dan lain-lain.
42
n. Gajet Tempat Menjemur Kain
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
o. Gajet-Gajet Lain
Buatlah gajet lain yang mustahak seperti:
Tiang bendera
Menara memerhati
Gendang / Kantung kem
Gejet pembawa barang (Indian Travois)
Gejet pondok lalang (tempat berteduh)
p. Penempatan Gajet Dalam Kawasan Perkhemahan
o Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang
basah dan kering.
o Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti
kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong
gas.
o Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan
tempat letak tongkat.
43
q. Prinsip Membuat Gajet
✓ Gajet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh
semua pengakap.
✓ Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau
roboh.
✓ Gunakan ikatan yang betul.
✓ Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
✓ Gunakan bahan semulajadi.
✓ Gajet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
✓ Gajet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
✓ Gajet yang baik ringkas tetapi praktikal.
✓ Mulakan dengan membuat gajet yang ringkas dahulu.
✓ Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gajet.
✓ Gajet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
✓ Buat gajet ciptaan atau rekaan sendiri.
r. Simpulan Dan Ikatan Dalam Membuat Gejet
➢ Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu
dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan
kuat.
➢ Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi
sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat.
➢ Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai
penyambung gejet yang berbentuk serong.
➢ Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat
pada pintu pagar.
➢ Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai
untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
➢ Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang
kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
44
➢ Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
➢ Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
➢ Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini
digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.
➢ Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan
2. IKHTIAR HIDUP
Masakan
1. Solar
- Masakan solar amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti
Malaysia.
- Kebaikan:
o Tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang murah
o Mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu
o Tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas
- Kekurangan:
o Hujan
- Masakan solar sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar
seperti perkhemahan.
- Menu masakan solar : Telur sosej, kek lobak merah dan pudding roti
2. Rimba
- Memasak tanpa peralatan menggunakan perkakas dapur.
- Perkakasan dapur digantikan dengan daun, ranting kayu, ruas buluh batu atau
tanah liat.
- Masakan tanpa peralatan dikenali sebagai ‘Backwoodsman’ atau masakan
rimba.
45
- Dalam masakan rimba sekarang, tin, kerajang aluminium, dan dawai juga boleh
digunakan.
- Menu masakan rimba : roti lilit, ikan bakar, kentang bakar dan telur bakar
3. Kelompok
- Masakan yang dilakukan dalam satu kumpulan yang terdapat ramai ahli
- Masakan yang dihasilkan atau proses memasak adalah untuk makanan yang
perlu dimakan dalam bilangan yang ramai
Perangkap
Kaedah pemburuan tanpa menggunakan tenaga yang banyak
Jenis perangkap :
a. Berumpan - Menarik perhatian binatang supaya terpedaya dengan
perangkap yang disediakan.
b. Tidak berumpan - Meletakkan perangkap pada kawasan ‘Hotspot’ .
Jenis jerat :
i. Jerat pentu
- Sejenis perangkap burung.
- Dipasang pada musim panas
- Dipasang di tempat mandian burung seperti sungai, paya dan lopak.
- Berbentuk seperti tali ampaian.
- Tali diperbuat daripada rotan kecik dan disambung tali halus untuk ditarik pemburu
- Apabila burung bertenggek atau berjemur atas rotan, pemburu akan menarik tali
lau membidas.
46
- Keupayaan rotan yang boleh membidas sebanyak tiga kali dengan kuat boleh
memerangkap burung. Burung akan patah kepak, putus kepala, atau cedera dan
tidak boleh terbang
ii. Jerat pelanduk
- Berbentuk seperti serkap ayam tetapi panjang.
- Menggunakan kayu panjang diikat rapi dan dibentuk
o separuh bulat.
- Menggunakan umpan daun Udai (makanan pelanduk).
- Umpan diikat tali yang akan menjatuhkan kayu penahan apabila ditarik.
- Daun duri dijadikan atap jerat bagi mengelak pelanduk mati kesejukan jika hujan
iii. Jerat leher
- Perangkap musang, pelanduk dan napuh.
- Menggunakan konsep joran sebagai pembidas tali jerat.
- Dipasang di denai haiwan, tepi paya, sungai atau laluan sumber air.
- Sekeliling jerat akan ditutup dengan daun dan hanya laluan jerat dibiarkan terang.
- Pemburu akan memeriksa jerat setiap pagi.
iv. Jerat kaki
- Menangkap pelanduk dan burung.
- Tidak menggunakan umpan.
- Berbentuk seperti joran dan mempunyai tali panjang.
- Biasa dipasang di tempat makan ayam hutan berdasarkan kesan tapak kaki.
- Bila binatang terpijak jerat, tali joran akan membidas lalu menjerat kaki.
- Binatang biasanya akan hidup selepas dijerat.
- Pemburu akan memeriksa jerat dua hari sekali.
47
3. KEBUDAYAAN
Nyanyian dan lagu perkhemahan
✓ Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara dan negeri
mengikut protokol yang betul.
✓ Mananamkan semangat patriotik.
Lagu yang dinyanyikan :
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri
- Lagu Unit beruniform
Permainan - Satu aktiviti yang penting untuk dilaksanakan dalam sesuatu perjumpaan
dan perkhemahan
Kepentingan bermain :
Nilai psikomotor- membentuk dan mengembangkan otot-otot kanak-kanak
dengan sempurna dan kuat.
Nilai pendidikan- Mempelajari sifat-sifat objek seperti warna,saiz,bentuk, dan
rasa sentuhan.
48
Objektif bermain :
Membina kekuatan fizikal
Menghilangkan ketegangan emosi
Menanam sifat nilai murni
Belajar patuh arahan
Memupuk interaksi sosial
Memupuk kerjasama
Contoh permainan :
1. Lakonan bisu
• Alatan : kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu yang perlu dilakonkan)
• Satu kumpulan menghantar seorang wakil dan dikehendai mencabut satu kertas.
Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah melakonkan watak tersebut
dan ahli lain akan cuba menekanya.
2. Permainan ingat - Deria lihat
• Alatan : pensil,pemadam,pembaris,duit syiling,pin,pen,kertas,batu (sediakan
lebih kurang 30 jenis bahan)
• Sediakan dua set alatan.Letakkan alatan pada set pertama untuk menjadi set
kawalan. Objek tersebut diletakkan di atas meja dan tutup dengan kain. Setiap
ahli diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi.
• Apabila masa sudah tamat. Ahli perlulah mengingat dan menyusun alat-alat yang
terdapat di atas meja set kawalan tersebut menggunakan alatan set kedua.
49
Malam kebudayaan - Setiap unit perlu mempersembahkan persembahan bertema
mengikut kebudayaan yang ditetapkan.
Kepentingan Malam Kebudayaan :
Menambah ilmu pengetahuan
Memupuk semangat kekitaan
Merapatkan silaturrahim
4. JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
KOMUNIKASI RADIO AMATUR / UHF VHF
- Radio Amatur
Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi
tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh
individu yang memegang lesen radio amatur.
- Tujuan penggunaan:
Aktiviti komunikasi
Aktiviti uji kaji teknikal
Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
Memantau (monitoring)
CALL SIGN (TANDA PANGGILAN)
-sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur
-dibezakan dengan lokasi / negara dari mana stesen tersebut memancar
-mengandungi 2 bahagian : prefix & Suffix
50