The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 MPU3062
KOKURIKULUM : UNIT BERUNIFORM
NUR ZIELYANA BINTI BUHARI
IPGKTAA PISMP SEM 3 BNK 3
PENSYARAH : PUAN SAFINAH BINTI YAAKOB

*VIEW IN FULL SCREEN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zielyana19-1113, 2021-09-04 01:47:17

MPU3062 : BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

TUGASAN 1 MPU3062
KOKURIKULUM : UNIT BERUNIFORM
NUR ZIELYANA BINTI BUHARI
IPGKTAA PISMP SEM 3 BNK 3
PENSYARAH : PUAN SAFINAH BINTI YAAKOB

*VIEW IN FULL SCREEN

• Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal
mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun
menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat
yang dipancarkan oleh set mereka.

• Mempunyai kod tersendiri untuk berkomunikasi.

• Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit
kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja.

Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point
seperti walkie-talkie.

• Jarak komunikasi bergantung kepada jenis, ketinggian antara dan
kekuatan kuasa pancaran

• Jarak dapat dicapai: 20-30 km
Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran
(band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen
sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).
Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis
peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita.
o Biasanya terletak di kawasan tinggi seperti gunung bagi membolehkan ia

menerima dan menghantar semula audio ke tempat lain pada jarak yang
jauh.

51

MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAAN
Peta Topografi

• Menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, menggunakan
garisan kontur dalam peta moden.

• Mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik
pertemuannya menghasilkan koordinat

• Sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor,
skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna memberi kemudahan dan
tangkapan tepat mengenai rupa bumi kawasan tersebut.

• Biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan
sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lengkap

52

MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
ISYARAT DAN PANDU ARAH DALAM AKTIVITI MENJEJAK

53

54

55

LAPORAN PENGEMBARAAN
• Setiausaha aktiviti bertanggungjawab menyediakan laporan pengembaraan
• Kandungan laporan terdiri daripada maklumat umum seperti masa, tempat,
aktivti. Turut disertakan peta pengembaraan dan gambaran keadaan semulajadi
• Catatan perjalanan, pembahagian tugas ahli dan juga gambar dimasukkan ke
dalam laporan

56

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 3 TARIKH : 7 JULAI 2021

TAJUK : KHIDMAT KESUKARELAWANAN, SIMPULAN, IKATAN DAN ASAS KAWAD KAKI

LOKASI : ATAS TALIAN

JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 66 ORANG

MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 09:00 PAGI KHIDMAT
KESUKARELAWANAN
09:00 – 10:00 PAGI
SIMPULAN

10:00 – 11:00 PAGI IKATAN

11:00 – 12:00 TENGAHARI ASAS KAWAD KAKI

57

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 3 HARI : RABU
TARIKH : 7 JULAI

TAJUK : KHIDMAT KESUKARELAWANAN

Takrif dan definisi :

Kerja sukarela (volunteer work) atau khidmat sukarela (volunteer service) ialah
kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana
pihak tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material, dan dapat memberi
manfaat kepada golongan/ pihak sasaran (Azizan, 2009).

Kerja sukarela melibatkan penyertaan sukarela dalam sesuatu aktiviti bersama
masyarakat. Dalam maksud yang luas kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu
konsep perkidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman
pembelajaran dan penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal ehwal
kemasyarakatan (Azizan, 2007).

Kerja sukarela merupakan satu usaha ikhlas tanpa paksaan atau mengharapkan
balasan kepada pendidikan untuk menghasilkan masyarakat yang berkeupyaan melalui
penglibatan (Azimi Hamzah Turiman Suandi, 2004).

Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita bersukarela :

Rasa kesetiakawanan
Ajaran atau nilai-nilai agama/ sistem kepercayaan
Keinginan untuk menolong atau melakukan kebaikan
Perasaan belas kasihan
Idealisme hidup/ pegangan ideologi

Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela :

Kasih sayang
Kerjasama
Keprihatinan sosial
Persaudaraan/ persahabatan
Menjana modal insan dan modal sosial
Patriotisme
Pengupayaan masyarakat
Ketahanan nasional

58

Perpaduan
Nilai-nilai kemanusiaan (universal)

Matlamat Kesukarelawanan (tujuan jangka panjang)

- Membentuk suatu masyarakat, malah peradaban yang adil, makmur dan
sejahtera.

Mengapa kerja sukarela ?

Anggota masyarakat yang aktif menyumbang
Memperbaiki perhubungan dalam masyarakat
Meningkatkan kualiti hidup masyarakat
Menyumbang kepada pembangunan negara-bangsa

Senario masa kini :

• Kerja sukarela kurang sistemaik
• Pengurusn sukarela lembab
• Para sukarelawan kurang pendedahan asas yang penting
• Tahap kesedaran dan efahaman masyarakat rendah
• Sokongan dan komitmen pihak berkuasa terhad

Bentuk-bentuk kerja sukarela :
✓ Berkongsi idea/fikiran
✓ Meluangkan masa
✓ Ilmu pengetahuan
✓ Kebolehan/kemhairan
✓ Menyumbang tenaga fizikal
✓ Pengalaman /kearifan (wisdom)

Sasaran :
✓ Individu
✓ Kumpulan – kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja, warga tua
pelarian perang dan lain-lain.
✓ Keluarga
✓ Komuniti
✓ Pertubuhan (organisasi)

59

✓ Alam sekitar
✓ Masyarakat umum
Kaedah :
• Khidmat nasihat
• Bimbingan
• Kaunseling
• Motivasi/rangsangan
• Gotong royong
• Kerja kumpulan
• Aneka terapi/proses pemulihan
Prinsip-prinsip :
• Sedia berkongsi
• Tidak pilih kasih
• Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
• Mementingkan pihak sasaran
• Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
• Setiap orang boleh menyumbang

60

61

TAJUK : SIMPULAN DAN IKATAN

PENGENALAN IKATAN & SIMPULAN

Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.

Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti
efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja,
tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai
bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam
lain-lain.

JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN

Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses
menyelamat, antaranya ialah :

a) Ikatan Buku Sila / Reef Knot
b) Ikatan Bunga Geti / Common Bend
c) Simpulan Tindih Kasih / Bowline
d) Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch
e) Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot

62

TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN DAN FUNGSINYA
IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan
sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut
senang dibuka semula.
Fungsinya ialah:

• Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
• Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B.
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

63

IKATAN BUNGA GETI

Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya.
Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi

• Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
• Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik
1. Mulakan simpul.
2. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

64

SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau
mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan
dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam
sungai.
Fungsi

• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
• Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan

mangsa.
Teknik

1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam

bulatan tersebut.

65

IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula
mengikat pada kayu atau sebagainya.
Fungsi

• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki

dengan selamat.
• Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang

gunting.
Teknik

1. Mulakan simpul pada kayu.
2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3. Tarik hujung tali.

66

SIMPUL PENGAIL

Fungsi
• Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
• Ikatan ini kuat dan kukuh.
• Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

Teknik
1. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
2. Lakukan 2 lingkaran tali.
3. Pada hujung tali itu boleh diikat.

67

TAJUK : ASAS KAWAD KAKI

o Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan
o Bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap

disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah.

Elemen kawad kaki :
o Kawad statik
o Kawad dinamik
o Kawad asas
o Kawad formasi
o Kawalan kehormat

Elemen kawad kaki terbahagi kepada 3 tahap :
o Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik)
o Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi)
o Tahap 3 (kawalan kehormat)

Jadikan tiga barisan
Hukuman: Skuad masuk baris

Kesalahan biasa:
- datang beratur tiada berlari
- bercakap-cakap
- barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang
tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras

Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke
belakang......gerak
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri.
Barisan kanan dan kiri......Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.

68

Hukuman : Ke kanan lurus.

Kesalahan biasa :
- tidak bilang nombor dengan cepat
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan
- lupa nombor masing-masing

Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia

Kesalahan biasa :
- kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
- berdiri tidak tegap dan mata bergerak
- kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
- tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
- belakang tangan menghala ke hadapan
- badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
- tidak memandang 200m ke hadapan
- semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri
Hukuman : Senang ......diri

Kesalahan biasa :
- siku bengkok
- lutut tidak tegap dan tiada bertahan
- jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu
- menggerakkan kaki kiri
- pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
- jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri

Kesalahan biasa :
- kedua-dua tapak kaki bergerak
- menggeliat dan bercakap-cakap

69

Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan

Kesalahan biasa :
- kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil
lurus
- pinggang lemah semasa kaki bergerak
- badan dan kepala tidak tegak
- siku bengkok
- turun tangan dengan lambat

Buka dan tutup barisan
Hukuman : Buka barisan......gerak
Tutup barisan......gerak

Kesalahan biasa:
- kedua-dua badan tidak rapat ke badan
- tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
- tangan dan bahu bergerak
- mata pandang ke bawah
- badan tidak tegak

Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing;
menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang
......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan,
belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke
hadapan, kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa :
- badan berlonjak semasa berpusing
- tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
- tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
- kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
- keberatan badan di atas kaki yang belakang
- menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang
- membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang

70

Bersurai dan keluar baris
Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Berjalan
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

Masa berjalan
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
~ Berlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan

Ingatan:
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya
separas bahu.
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.

Kesalahan biasa :
- lutut kendur
- lenggang tidak lurus
- hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
- pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret

71

tumit.
- apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik
tangan juga tidak sama

Berhenti
Hukuman : Skuad, skuad...... henti

Kesalahan biasa :
- bergoyang selepas berhenti
- badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
- lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti
- turun tangan terlalu lambat
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing

Kesalahan biasa :
- lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
- tidak mengangkat kaki cukup tinggi
- pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar langkah
(cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)

Kesalahan biasa :
- melenggangkan bahu dan tangan
- tidak membongkokkan lutut
- tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga

(semasa hentak kaki sahaja)
Hukuman : tukar langkah

72

Kesalahan biasa :
- badan seolah-olah mengeliat
- terlalu pantas
Hormat semasa berjalan
Ke kanan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat
hadapan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat
Kesalahan biasa :
- melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

73

PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 4 TARIKH : 14 JULAI 2021

TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS, PENGURUSAN PERKHEMAHAN

LOKASI : ATAS TALIAN

JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL

KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR

KEKUATAN ANGGOTA : 66 ANGGOTA

MASA AKTIVITI CATATAN
KULIAH

08:00 PAGI – 10:00 PAGI - ASAS PERTOLONGAN
CEMAS

10:00 PAGI – 12:00 - PENGURUSAN DAN
TENGAHARI PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
• KONSEP
• PENGLIBATAN
• SIJIL
• TUJUAN
PERKHEMAHAN

74

LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 4 HARI : RABU
TARIKH : 14 JULAI 2021

TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas:

Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada
mangsa atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan
kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima
rawatan daripada doktor di tempat kejadian.

Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau
rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam
sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan
objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum
mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan dan Prinsip:

i. Tujuan pertolongan cemas:

a. Selamatkan nyawa:

Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang
mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya.

b. Mengelakkan daripada bertambah buruk:

Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

c. Mengurangkan kesakitan:

Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan
kepada mangsa atau pesakit.

d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:

Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian.
Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil
ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga
bantuan tiba.

75

ii. Prinsip pertolongan cemas:
a. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
b. Dapatkan tindak balas mangsa.
c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
d. Periksa pernafasan mangsa.
e. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)

Anduh dan Balutan:
i. Anduh
Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera.
b. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi.
Kain anduh yang baik berukuran satu meter.

c. Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah;
(ii) menghenti atau menahan pendarahan;
(iii) menetapkan bahagian yang cedera;
(iv) dapat digunakan sebagai pengipas;
(v) menutup tempat yang luka atau cedera; dan

76

(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
d. Jenis-jenis anduh:
(i) Anduh besar (large arm sling):
(a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
(b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John’s (triangular sling):
(a) menahan pendarahan anggota atas.
(b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.

(iii) Anduh kecil (small sling):
(a) mengampu kecederaan di bahagian bahu.
(b) mengampu tulang klavikal yang cedera.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
(a) mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
ii. Pembebatan dan Pembalut atau Balutan

77

a. Pembebatan (Dressing)

(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti
balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
(ii) Tujuan:
(a) Mengurangkan kesakitan.
(b) Menggalakkan penyembuhan luka.
(c) Memperbaiki kosmetik kulit.
(d) Mengawal penyebaran mikroorganisme.
(e) Mengawal kontaminasi luka.
(f) Memberi tekanan pada tempat tercedera.
(g) Mengawal pendarahan.
(h) Mengawal kecederaan lanjut.

78

(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu

(a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan
(b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka
(c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.

b. Pembalut atau balutan:
(i) Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan
pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu
pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan
pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.
(ii) Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu
(a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu , mengipas dan
pengikat gelung cincin.
(b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI
dan balutan padi.

79

(iii) Tujuan dan Fungsi Pembalut:
(a) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(b) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
(c) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.
(d) Mengurangkan kesakitan.
(e) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.

c. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut
luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan
pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

80

Merawat Luka dan Gigitan

i. Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam
badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
(i) pendarahan luaran (external):

(a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau
(b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai
(c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul
(d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.

81

(ii) pendarahan dalaman (internal):
(a) perut – muntah berdarah
(b) rahim – tumpah darah
(c) tali usus – darah pada dubur
(d) buah pinggang – kencing berdarah
(e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah
(f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
(iii) pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah
(b) pendarahan dalam otak.

82

c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
(i) Luka terbuka

Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau
tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
(ii) Luka tertutup

Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam
tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.
d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja

83

(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.

(c) Langkah-langkah rawatan:

• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

(ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing:

(a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau
serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan
menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.

(b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:

• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah

disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang

teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan

kuman.
84

• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

ii. Merawat gigitan:
a. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman
ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang.
Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

b. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

c. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.

d. Jika digigit anjing

(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.

85

(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripada anjing
yang tidak dikenali.

Melecur, Pitam dan Patah:
i. Melecur dan terbakar

a. Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak
panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan
yang serius selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

b. Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan
kimia atau arus elektrik.

86

c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d. Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:

87

f. Tahap kecederaan

(i) Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian
epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
(ii) Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan
kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
(iii) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering.
Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal,
merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma.
(iv) Renjatan.

88

h. Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan ‘3B’
(a) Burning stop – Padamkan.
(b) Breathing maintain – Periksa pernafasan.
(c) Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.

(ii) Tindakan ‘3C’:
(a) Cool – Sejukkan.
(b) Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.

(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau
sehingga kesakitan berkurangan.
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku
renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

89

ii. Pitam

a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini
terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
(i) Kekurangan darah di dalam otak
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu
(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c. Cara merawat:
(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii) Longgarkan pakaian ketat.
(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum
ammonia.
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh
panas.

90

iii. Patah

a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara
langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaanyang bergerak
ATAU daya tidak langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak
tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung
lututnya.

b. Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah
berlaku di tulang paha atau pelvis.

c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di
sekeliling tempat yang terlibat .

d. Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah
pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam,
barulah dia dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk
mencegah pergerakan.

91

(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak
terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan
tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.

Keracunan dan Terseliuh:
i. Keracunan

a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap
toksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh
menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.

b. Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri.

92

c. Arahan merawat:

(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.

(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:

• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.

ii. Terseliuh
a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu
penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan,
terkoyak atau terputus.

b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh
(sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-
duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.

93

c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi
had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan
struktur ligamen.
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari
kedudukan asal.

e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:
(i) Sakit-sakit.
(ii) Bengkak.
(iii) Bertambah sakit apabila bergerak.
(iv) Pergerakan yang terhad.

f. Cara-cara merawat terseliuh:

(i) Hadkan pergerakan anggota.
(ii) Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera
dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
(ii) Dapatkan bantuan perubatan.

94

Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR)

i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen
ke otaknya berterusan.
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara
Pastikan saluran udara terbuka.
P - Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan
darah.
P - Peredaran
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.

95

iii. Cara-caranya
S - Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.

P - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus
ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah
seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa
menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang
tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala
dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba
sekali lagi.

96

(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke
sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda
asing daripada tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang
pesakit itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan
baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.

97

P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas
rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini
(Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan
menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini
menggantikan denyutan jantung.
(d) Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan
dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.

98

Rujukan

Deewi, E. (2013). Orientasi Kurikulum UB Di Sekolah Rendah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Institut Pendidikan Guru Malaysia
Yusnizam (2019). Buku Modul KRS TKRS Perdana Melaka.

99


Click to View FlipBook Version