• Jarak dapat dicapai: 20-30 km
Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band)
yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah
antena itu, semakin baik keupayaannya).
Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti
yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita.
o Biasanya terletak di kawasan tinggi seperti gunung bagi membolehkan ia
menerima dan menghantar semula audio ke tempat lain pada jarak yang jauh.
MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAAN
Peta Topografi
• Menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, menggunakan garisan
kontur dalam peta moden.
• Mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya
menghasilkan koordinat
• Sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala,
petunjuk, garisan melaras dan kod warna memberi kemudahan dan tangkapan
tepat mengenai rupa bumi kawasan tersebut.
• Biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan
sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lengkap
49
MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
ISYARAT DAN PANDU ARAH DALAM AKTIVITI MENJEJAK
50
51
52
LAPORAN PENGEMBARAAN
• Setiausaha aktiviti bertanggungjawab menyediakan laporan pengembaraan
• Kandungan laporan terdiri daripada maklumat umum seperti masa, tempat, aktivti. Turut
disertakan peta pengembaraan dan gambaran keadaan semulajadi
• Catatan perjalanan, pembahagian tugas ahli dan juga gambar dimasukkan ke dalam
laporan
53
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 3 TARIKH : 7 JULAI 2021
TAJUK : KHIDMAT KESUKARELAWANAN, SIMPULAN, IKATAN DAN ASAS KAWAD KAKI
LOKASI : ATAS TALIAN
JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65 ORANG
MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 09:00 PAGI KHIDMAT
KESUKARELAWANAN
09:00 – 10:00 PAGI
SIMPULAN
10:00 – 11:00 PAGI IKATAN
11:00 – 12:00 TENGAHARI ASAS KAWAD KAKI
54
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 3 HARI : RABU
TARIKH : 7 JULAI
TAJUK : KHIDMAT KESUKARELAWANAN
Takrif dan definisi :
Kerja sukarela (volunteer work) atau khidmat sukarela (volunteer service) ialah kegiatan
yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak tanpa
mengharapkan ganjaran atau balasan material, dan dapat memberi manfaat kepada golongan/
pihak sasaran (Azizan, 2009).
Kerja sukarela melibatkan penyertaan sukarela dalam sesuatu aktiviti bersama
masyarakat. Dalam maksud yang luas kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu konsep
perkidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman pembelajaran dan
penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal ehwal kemasyarakatan (Azizan, 2007).
Kerja sukarela merupakan satu usaha ikhlas tanpa paksaan atau mengharapkan balasan
kepada pendidikan untuk menghasilkan masyarakat yang berkeupyaan melalui penglibatan
(Azimi Hamzah Turiman Suandi, 2004).
Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita bersukarela :
Rasa kesetiakawanan
Ajaran atau nilai-nilai agama/ sistem kepercayaan
Keinginan untuk menolong atau melakukan kebaikan
Perasaan belas kasihan
Idealisme hidup/ pegangan ideologi
Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela :
Kasih sayang
Kerjasama
Keprihatinan sosial
Persaudaraan/ persahabatan
Menjana modal insan dan modal sosial
Patriotisme
Pengupayaan masyarakat
Ketahanan nasional
Perpaduan
Nilai-nilai kemanusiaan (universal)
55
Matlamat Kesukarelawanan (tujuan jangka panjang)
- Membentuk suatu masyarakat, malah peradaban yang adil, makmur dan sejahtera.
Mengapa kerja sukarela ?
Anggota masyarakat yang aktif menyumbang
Memperbaiki perhubungan dalam masyarakat
Meningkatkan kualiti hidup masyarakat
Menyumbang kepada pembangunan negara-bangsa
Senario masa kini :
• Kerja sukarela kurang sistemaik
• Pengurusn sukarela lembab
• Para sukarelawan kurang pendedahan asas yang penting
• Tahap kesedaran dan efahaman masyarakat rendah
• Sokongan dan komitmen pihak berkuasa terhad
Bentuk-bentuk kerja sukarela :
✓ Berkongsi idea/fikiran
✓ Meluangkan masa
✓ Ilmu pengetahuan
✓ Kebolehan/kemhairan
✓ Menyumbang tenaga fizikal
✓ Pengalaman /kearifan (wisdom)
Sasaran :
✓ Individu
✓ Kumpulan – kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja, warga tua pelarian
perang dan lain-lain.
✓ Keluarga
✓ Komuniti
✓ Pertubuhan (organisasi)
✓ Alam sekitar
✓ Masyarakat umum
56
Kaedah :
• Khidmat nasihat
• Bimbingan
• Kaunseling
• Motivasi/rangsangan
• Gotong royong
• Kerja kumpulan
• Aneka terapi/proses pemulihan
Prinsip-prinsip :
• Sedia berkongsi
• Tidak pilih kasih
• Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
• Mementingkan pihak sasaran
• Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
• Setiap orang boleh menyumbang
57
58
TAJUK : SIMPULAN DAN IKATAN
PENGENALAN IKATAN & SIMPULAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan
tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran
tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di
dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam
Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.
JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat,
antaranya ialah :
a) Ikatan Buku Sila / Reef Knot
b) Ikatan Bunga Geti / Common Bend
c) Simpulan Tindih Kasih / Bowline
d) Ikatan Simpul Manok / Clove Hitch
e) Ikatan Pengail / Fisherman’s Knot
59
TEKNIK IKATAN DAN SIMPULAN DAN FUNGSINYA
IKATAN BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini
direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsinya ialah:
• Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
• Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B.
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
60
IKATAN BUNGA GETI
Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya.
Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi
• Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
• Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik
1. Mulakan simpul.
2. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
61
SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat
leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja
menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi
• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
• Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
Teknik
1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan
tersebut.
62
IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada
kayu atau sebagainya.
Fungsi
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
• Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik
1. Mulakan simpul pada kayu.
2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3. Tarik hujung tali.
63
SIMPUL PENGAIL
Fungsi
• Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
• Ikatan ini kuat dan kukuh.
• Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
Teknik
1. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
2. Lakukan 2 lingkaran tali.
3. Pada hujung tali itu boleh diikat.
TAJUK : ASAS KAWAD KAKI
o Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan
o Bertujuan untuk membentuk seseorang ahli yang mempunyai tahap disiplin yang
tinggi, cergas dan taat perintah.
Elemen kawad kaki :
o Kawad statik
o Kawad dinamik
o Kawad asas
o Kawad formasi
o Kawalan kehormat
Elemen kawad kaki terbahagi kepada 3 tahap :
o Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik)
o Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi)
o Tahap 3 (kawalan kehormat)
64
Jadikan tiga barisan
Hukuman: Skuad masuk baris
Kesalahan biasa:
- datang beratur tiada berlari
- bercakap-cakap
- barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih
Paras
Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke
kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras
Nombor
Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor!
Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke
belakang......gerak
Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan
kanan dan kiri......Pusing
Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan.
Hukuman : Ke kanan lurus.
Kesalahan biasa :
- tidak bilang nombor dengan cepat
- menyebut nombor dengan suara yang perlahan
- lupa nombor masing-masing
Sedia
Hukuman : Skuad,skuad......sedia
Kesalahan biasa :
- kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan
- berdiri tidak tegap dan mata bergerak
- kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat
- tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan
- belakang tangan menghala ke hadapan
- badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata
- tidak memandang 200m ke hadapan
- semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi
Senang diri
Hukuman : Senang ......diri
65
Kesalahan biasa :
- siku bengkok
- lutut tidak tegap dan tiada bertahan
- jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu
- menggerakkan kaki kiri
- pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
- jatuh tumit atau hujung kaki dahulu
Rehatkan diri
Hukuman : Rehatkan ...... diri
Kesalahan biasa :
- kedua-dua tapak kaki bergerak
- menggeliat dan bercakap-cakap
Membetulkan barisan
Hukuman : Ke kanan...... lurus
Pandang......depan
Kesalahan biasa :
- kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus
- pinggang lemah semasa kaki bergerak
- badan dan kepala tidak tegak
- siku bengkok
- turun tangan dengan lambat
Buka dan tutup barisan
Hukuman : Buka barisan......gerak
Tutup barisan......gerak
Kesalahan biasa:
- kedua-dua badan tidak rapat ke badan
- tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang
- tangan dan bahu bergerak
- mata pandang ke bawah
- badan tidak tegak
66
Berpusing
Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap
ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke
kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng,
kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing
Kesalahan biasa :
- badan berlonjak semasa berpusing
- tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing
- tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing
- kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki
- keberatan badan di atas kaki yang belakang
- menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang
- membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang
Bersurai dan keluar baris
Hukuman : Ber......surai
Hukuman : Keluar......baris
Kesalahan biasa ;
-bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris
Berjalan
Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit )
~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci
~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci
~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci
~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci
Masa berjalan
~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit
~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit
~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih
~ Berlari- 180 langkah dalam satu minit
67
Cepat jalan
Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan
Ingatan:
- Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya
separas bahu.
- Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.
Kesalahan biasa :
- lutut kendur
- lenggang tidak lurus
- hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit
- pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret
tumit.
- apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan
juga tidak sama
Berhenti
Hukuman : Skuad, skuad...... henti
Kesalahan biasa :
- bergoyang selepas berhenti
- badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti
- lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti
- turun tangan terlalu lambat
- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan
Pusing ke belakang
Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing
Kesalahan biasa :
- lutut bengkok semasa pusing
-membiarkan tangan berayun-ayun
- tidak mengangkat kaki cukup tinggi
- pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan
68
Tukar langkah
(cepat jalan)
Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)
Kesalahan biasa :
- melenggangkan bahu dan tangan
- tidak membongkokkan lutut
- tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga
(semasa hentak kaki sahaja)
Hukuman : tukar langkah
Kesalahan biasa :
- badan seolah-olah mengeliat
- terlalu pantas
Hormat semasa berjalan
Ke kanan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat
hadapan hormat
Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat
Kesalahan biasa :
- melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.
69
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 4 TARIKH : 14 JULAI 2021
TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS, PENGURUSAN PERKHEMAHAN
LOKASI : ATAS TALIAN
JURULATIH : NIK ZAIDI BIN ISMAIL
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAEI BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65 ANGGOTA
MASA AKTIVITI CATATAN
KULIAH
08:00 PAGI – 10:00 PAGI - ASAS PERTOLONGAN
CEMAS
10:00 PAGI – 12:00 - PENGURUSAN DAN
TENGAHARI PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
• KONSEP
• PENGLIBATAN
• SIJIL
• TUJUAN
PERKHEMAHAN
70
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 4 HARI : RABU
TARIKH : 14 JULAI 2021
TAJUK : ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas:
Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum
ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di
tempat kejadian.
Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau
rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling
sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke
hospital.
Tujuan dan Prinsip:
i. Tujuan pertolongan cemas:
a. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang mengancam
nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan jantung, kulit terbakar atau
melecur dan yang seumpama dengannya.
b. Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
c. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada
mangsa atau pesakit.
d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian. Dapatkan
bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil ambulans dengan
kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.
71
ii. Prinsip pertolongan cemas:
a. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
b. Dapatkan tindak balas mangsa.
c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
d. Periksa pernafasan mangsa.
e. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)
Anduh dan Balutan:
i. Anduh
Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu
anggota badan yang cedera.
b. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas
kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang
baik berukuran satu meter.
c. Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah;
(ii) menghenti atau menahan pendarahan;
(iii) menetapkan bahagian yang cedera;
(iv) dapat digunakan sebagai pengipas;
(v) menutup tempat yang luka atau cedera; dan
(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
72
d. Jenis-jenis anduh:
(i) Anduh besar (large arm sling):
(a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
(b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John’s (triangular sling):
(a) menahan pendarahan anggota atas.
(b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
(iii) Anduh kecil (small sling):
(a) mengampu kecederaan di bahagian bahu.
(b) mengampu tulang klavikal yang cedera.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
(a) mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
ii. Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
73
a. Pembebatan (Dressing)
(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti
balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
(ii) Tujuan:
(a) Mengurangkan kesakitan.
(b) Menggalakkan penyembuhan luka.
(c) Memperbaiki kosmetik kulit.
(d) Mengawal penyebaran mikroorganisme.
(e) Mengawal kontaminasi luka.
(f) Memberi tekanan pada tempat tercedera.
(g) Mengawal pendarahan.
(h) Mengawal kecederaan lanjut.
74
(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu
(a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan
(b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka
(c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.
b. Pembalut atau balutan:
(i) Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan
pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu
pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut
untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.
(ii) Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu
(a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu , mengipas dan
pengikat gelung cincin.
(b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan
balutan padi.
75
(iii) Tujuan dan Fungsi Pembalut:
(a) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(b) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
(c) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.
(d) Mengurangkan kesakitan.
(e) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.
c. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka. Saiz
kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan
pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.
76
Merawat Luka dan Gigitan
i. Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya
pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan
oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
(i) pendarahan luaran (external):
(a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau
(b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai
(c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul
(d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.
77
(ii) pendarahan dalaman (internal):
(a) perut – muntah berdarah
(b) rahim – tumpah darah
(c) tali usus – darah pada dubur
(d) buah pinggang – kencing berdarah
(e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah
(f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
(iii) pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah
(b) pendarahan dalam otak.
c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
(i) Luka terbuka
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau tumpahan
darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
78
(ii) Luka tertutup
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu
yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.
d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
(c) Langkah-langkah rawatan:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
79
(ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
(a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan
kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan
lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.
(b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh ke
atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
ii. Merawat gigitan:
a. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu
badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan
memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
b. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
c. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.
80
d. Jika digigit anjing
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripada anjing yang
tidak dikenali.
Melecur, Pitam dan Patah:
i. Melecur dan terbakar
a. Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius
selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
81
b. Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering. Terbakar
boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia atau arus
elektrik.
c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
d. Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.
e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:
82
f. Tahap kecederaan
(i) Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian
epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
(ii) Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerah-
merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
(iii) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa
sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.
g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal, merah gelap,
lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma.
(iv) Renjatan.
83
h. Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan ‘3B’
(a) Burning stop – Padamkan.
(b) Breathing maintain – Periksa pernafasan.
(c) Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan ‘3C’:
(a) Cool – Sejukkan.
(b) Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga
kesakitan berkurangan.
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.
84
ii. Pitam
a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi
disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
(i) Kekurangan darah di dalam otak
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu
(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
c. Cara merawat:
(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii) Longgarkan pakaian ketat.
(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum ammonia.
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas.
85
iii. Patah
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung,
misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaanyang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola
maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku
di tulang paha atau pelvis.
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling
tempat yang terlibat .
d. Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah
pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam,
barulah dia dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk
mencegah pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak
terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.
86
(iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota
juga harus dicegah pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan tidak
sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.
Keracunan dan Terseliuh:
i. Keracunan
a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik
(bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan
penderitaan sementara atau berkekalan.
b. Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri.
87
c. Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.
ii. Terseliuh
a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi
had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.
b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain).
Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan
kecederaan pada ligamen.
c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang
melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
88
e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:
(i) Sakit-sakit.
(ii) Bengkak.
(iii) Bertambah sakit apabila bergerak.
(iv) Pergerakan yang terhad.
f. Cara-cara merawat terseliuh:
(i) Hadkan pergerakan anggota.
(ii) Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera dengan satu
lapisan tebal kapas dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
(ii) Dapatkan bantuan perubatan.
89
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR)
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih
pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan.
ii. Ingat petua S-P-P:
S - Saluran Udara
Pastikan saluran udara terbuka.
P - Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan darah.
P - Peredaran
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.
90
iii. Cara-caranya
S - Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan
tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
P - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke
dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi
atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan
menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang
pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi.
91
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan
tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu
pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring
dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak
kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan
perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas rawan
dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
92
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini
(Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan
jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan
denyutan jantung.
(d) Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan
ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.
93
PENULISAN LOG HARIAN BIL.: 5 TARIKH : 25 JULAI 2021
TAJUK : PENGURUSAN PERKHEMAHAN
LOKASI : ATAS TALIAN
JURULATIH : NIK ZAIDI BIN NIK ISMAIL
KETUA PLATUN : MUHAMMAD AZRAIE BIN KHAIRUL IDZHAR
KEKUATAN ANGGOTA : 65 ORANG
MASA AKTIVITI CATATAN
08:00 – 11:00 PAGI KULIAH
11:00 – 12:00 PAGI Pengurusan dan Persiapan
Perkhemahan
• Jenis Perkhemahan
• Perancangan dan
persiapan awal
• Pemilihan tempat
• Aspek keselamatan
• Kemudahan asas
• Pemeriksaan Pagi
• Surat –menyurat
• Kuarter master
• Laporan dan refleksi
4.Orientasi Kurikulum
Sekolah Rendah
Kurikulum Unit Beruniform
- Kurikulum unit beruniform
- Perancangan program
94
LOG PENULISAN PELAJARAN BIL: 5 HARI : RABU
TARIKH : 25 JULAI 2021
TAJUK : ASPEK PENGURUSAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan sehari atau day camp merupakan aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan
dalam tempoh satu hari misalnya bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada hari yang sama.
Camping out pula melibatkan aktiviti perkhemahan yang memerlukan perserta bermalam di
tempat perkhemahan untuk beberapa malam. Residential camp atau summer camp pula
merupakan perkhemahan untuk tempoh masa yang panjang serta boleh berlangsung selama
beberapa bulan. Terdapat tiga aspek langkah pengurusan perkhemahan iaitu sebelum, semasa
dan selepas perkhemahan yang wajar dirancang dan dijadikan panduan supaya perjalanan
pengurusan menjadi lancar.
2.1 Aspek sebelum
Aspek sebelum merupakan elemen penting yang perlu dititikberat sebelum
memulakan sebarang aktiviti perkhemahan (Muhamad, 2012). Hal ini kerana
perancangan permulaan merupakan tunjang kepada aspek pengurusan semasa dan
mempengaruhi aspek pengurusan selepas perkhemahan. Antara perkara yang wajar
dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan dilaksanakan ialah :
a) Membentuk organisasi perkhemahan
• Organisasi perkhemahan terdiri daripada jawatankuasa yang akan
memainkan peranan dalam melancarkan setiap tugasan.
• Jawatankuasa terdiri daripada jawatankuasa induk, jawatankuasa kerja atau
pelaksana serta barisan jurulatih dan pembimbing.
95
b) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Kursus atau Program Perkhemahan
Antara perbincangan dalam mesyuarat termasuklah :
• mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa
• mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan pengiring
• menentukan senarai tugas setiap Ahli Jawatankuasa, termasuklah
Penyelaras Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan Jurulatih
• menentukan tarikh
• menentukan kumpulan dan bilangan sasaran/peserta
• memastikan nisbah guru/pensyarah dan murid/pelajar/siswa guru
menepati peraturan
• menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai
• tentatif lokasi perkhemahan
• tentatif atur cara atau jadual perkhemahan
• tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu perasmian
• cara pergerakan ke tapak perkhemahan
• tempahan bas (jika diadakan di luar)
• bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan peserta)
• kos sewaan bas
• kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti)
serta cara kutipan;
• permohonan kelulusan dan permit penganjuran perkhemahan
• isu-isu lain yang berkaitan.
96
c) Menyiapkan senarai nama petugas dan peserta perkhemahan
d) Menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan
• Wang masuk
• Wang keluar
e) Menyiapkan jadual perkhemahan
Jadual meliputi :
• bilangan hari
• masa perjalanan pergi dan perjalanan balik
• pengisian program
• waktu solat, waktu rehat dan waktu makan (termasuk menu makanan)
• pengurusan diri
• aktiviti/kerja masa lapang
• hal-hal lain yang berkaitan
f) Menyiapkan kertas kerja atau kertas cadangan perkhemahan untuk diserahkan kepada
pihak yang berkenaan
• Kertas kerja penting untuk meminta pihak atas meluluskan perancangan
serta berbincang tentang kos yang diperlukan bagi menjayakan
perkhemahan.
97
g) Menyiapkan dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat pemberitahuan
dan surat-surat pelantikan kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah
makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM), Ibu Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan organisasi yang lain,
jika berkenaan
• Menurut Eng (2013), tujuan surat pemakluman adalah supaya semua
pihak berkenaan mengambil maklum tentang aktiviti yang dibuat selepas
waktu persekolahan dan supaya bantuan dapat dihulurkan dengan segera
apabila diperlukan.
h) Menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid
• Kebenaran daripada ibu bapa sangat penting kerana sekiranya berlaku
perkara yang tidak diingini, ibu bapa telah bersetuju membenarkan apa
sahaja yang akan dilakukan oleh guru ke atas anak jagaan mereka.
• Perakuan kesihatan juga penting untuk memastikan bahawa murid layak
atau sebaliknya untuk mengikuti sebarang aktiviti khususnya aktiviti yang
lasak.
i) Surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin dan
jurulatih yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar
j) Memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam
keadaan baik dan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti
perkhemahan
k) Memperincikan peraturan-peraturan keselamatan
l) Menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti
perkhemahan dijalankan
m) Memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani oleh pihak-
pihak yang berkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata
98