INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR BUKU LOG UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR NORHIDAYU BINTI MOHD NOR ANGKA GILIRAN 2021192380011 NOMBOR KAD PENGENALAN 870902-03-5616 KUMPULAN PDP PAKK AMBILAN OKTOBER 2021 (B1) NAMA KURSUS KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM (MPU2101D) NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI TARIKH HANTAR 14 MAC 2023 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN BIODATA DIRI 1. Pengenalan, Konsep, Sejarah, dan Kepentingan Unit Beruniform Perlembagaan pertubuhan Sejarah Unit Beruniform Struktur dan Organisasi Pertubuhan Pengurusan dan Pentadbiran 2. Kemahiran Perkhemahan Kraf Perkhemahan Ikhtiar Hidup Kebudayaan Jalan lasak dan Pandu Arah Khidmat Kesukarelawan Simpulan dan Ikatan Asas Kawad Kaki Asas Pertolongan Cemas 3. Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Perkhidmatan Perkhemahan Unit/Kem Tahunan Kebangsaan /Antarabangsa Konsep Penglibatan Sijil Tujuan Perkhemahan Jenis Perkhemahan Perancangan dan Persiapan awal Pemilihan tempat Aspek keselamatan Laporan Aktiviti Mingguan Unit Beruniform
NAMA : NORHIDAYU BINTI MOHD NOR NOMBOR KAD PENGENALAN : 870902-03-5616 NOMBOR ANGKA GILIRAN : 202192380011 PROGRAM : PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PDP PAKK) AMBILAN : OKTOBER 2021 KELAS : PDP PAKK B1 KOD KURSUS : MPU2101D NAMA KURSUS : KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM BSMM NAMA PENSYARAH : ENCIK BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI ALAMAT RUMAH : BLOK 12C-T02-U06, FASA 12 PRESINT 9, 62250 PUTRAJAYA MENGAJAR DI TADIKA : TADIKA PERMATA MAIWP PUTRA, PRESINT 9, PUTRAJAYA NOMBOR TELEFON : 014-8492015 1 BIODATA DIRI
BAB 1 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2
PENGENALAN BSMM Persatuan Palang Merah Malaya adalah cabang Persatuan Palang Merah British. la ditubuhkan pada tahun 1951. Persatuan Palang Merah Malaya yang kemudiannya bertukar menjadi Persatuan Palang Merah Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah dapat mewujudkan satu rekod perkhidmatan yang membanggakan dan bertujuan memberi kebaikan kepada beberapa kumpulan tertentu, terutamanya kepada yang daif, sakit dan sengsara di negara ini. Ahli-ahlinya dilantik daripada berbilang kumpulan sosial seperti muridmurid sekolah, belia-belia yang tidak bersekolah dan orang orang dewasa telah diberi peluang untuk menjalankan usaha-usaha bercorak perikemanusiaan sambil menyediakan diri mereka sebagai pemimpin dan melaksanakan tugas-tugas tertentu berhubung dengan perkhidmatan kemasyarakatan. Pada masa ini, PBSHH memainkan peranan cemerlang di dalam dan di luar negara berkaitan dengan usaha-usaha perikemanusiaan dan mengurangkan kesengsaraan. Sebagai sebuah pertubuhan sukarela dan memberi bantuan kepada kerajaan, persatuan ini memberi perkhidmatan perundingan dan juga cergas dalam kegiatan persediaan malapetaka, operasi menyelamat, bantuan pemulihan dan berbagai corak perkhidmatan kemasyarakatan. Ia telah membantu Kementerian Kebajikan Am me nubuhkan dan mentadbir Pusat-Pusat Bantuan Halapetaka menyediakan dan membahagi-bahagikan makanan pakaian dan bekalan ubat kepada pihak Polis, Tentera dan Kor Pertahanan Awam berkaitan dengan operasi-operasi menyelamat, memindah dan memberi bantuan perubatan cemas dan kesihatan untuk mangsa-mangsa malapetaka. Semasa Bencana, PBSMM menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan kemasyarakatan termasuk menderma darah, mengambil ahli-ahli baru, perkhidmatan kebajikan dan kesihatan, perkhidmatan pertolongan cemas di upacara-upacara awam, mengesan orang-orang yang hilang, melawat mereka yang cacat dan tua serta melatih kumpulan-kumpulan tertentu mencegah kemalangan. Di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, PBSHM menyediakan perkhidmatan AMBULANS 24 Jam bagi pihak kerajaan Malaysia, Sejak awal tahun 1975 hingga tahun 1980-an, PBSMM terlibat dalam memberi perkhidmatan kepada beribu-ribu rakyat Indochina terutama sekali Pelarian Vietnam dengan bantuan daripada Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Liga Persatuan Palang Merah, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan Pertubuhan Antarabangsa lain, serta agensi-agensi kerajaan di dalam negara ini. 3
Pertubuhan ini telah dapat menggalakkan secara besar-besaran dan bersepadu program perkhidmatan perikemanusiaan dan dengan cara ini telah dapat memaparkan imej yang baik untuk persatuan khasnya dan juga rakyat Malaysia amnya. Perkhidmatan- perkhidmatan yang cekap yang diberikan oleh PBSMM di Kem-Kem luar dan Pusat-Pusat Transit telah melicinkan usaha-usaha penempatan semula pelarian ini ke negara ketiga. Persatuan ini juga memberi bantuan kepada pelarian Kampuchea di dalam lingkungan Perjanjian Tiga Hala dengan UNHCR dan Persatuan Kebajikan Islam Malaysia. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ahli di dalam Liga Persatuan- Persatuan Palang Merah. Pada masa ini, Persatuan menjadi urusetia kepada Persidangan PemimpinPemimpin Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah dari negera-negara Asean. PBSMM Malaysia telah dianugerahi Medal Nansen dalam tahun 1977 bagi mengingati perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelarian-pelarian. DEFINISI Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) adalah satu gerakan khas yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. MATLAMAT Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya iaitu matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. OBJEKTIF PENUBUHAN Penubuhan BSMM mempunyai beberapa objektif tertentu antaranya untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai cara untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Selain itu, persatuan Palang Merah ini juga dapat menanamkan nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri individu dan ilmu pertolongan cemas serta perkhidmatan sukarela merupakan nilai yang harus dipupuk sepanjang hayat. 4
PERLEMBAGAAN BSMM Akta & Perlembagaan BSMM ❖ Akta 4,1962 – Persatuan Persekutuan Palang Merah Malaya ❖ Akta Parlimen 1965 - Seksyen 3, akta 47,1965 – Persatuan Palang Merah Malaysia ❖ Akta 47 , 1965 ❖ Akta Persatuan Palang Merah Malaysia. ❖ Akta 162, 1975 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ❖ Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuatkuasa pada 1 Julai 1965. Tujuan persatuan ialah : Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan mengurangkan penderitaan sama ada dalam masa aman atau perang. Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan cedera. Menjalankan tanggungjawab dalam negara. Semua urusan persatuan perlu ditadbir oleh Majlis. Semua ahli Majlis yang pertama adalah daripada Persatuan Persekutuan Persatuan Palang Merah Malaya. (Akta 4, 1962) Peraturan akan diwujudkan dari semasa ke semasa oleh Majlis. Pendapatan dan harta benda tidak boleh dijadikan bonus, dividen atau yang mendatangkan faedah bagi ahli persatuan. ❖ Akta 162, 1975 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.(pertukaran nama dan lambang persatuan) ❖ Kalau disabit Kesalahan dalam penyalahgunaan lambang akan didenda sebanyak RM300.00 5 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
Objektif Dan Tujuan Persatuan adalah seperti berikut : ❖ Mengekalkan dan meneruskan usaha untuk mengurangkan penderitaan, penyakit. - Mempromosikan pembentukan cawangan dan cabang serta latihan dan mempunyai kawalan umum ke atasnya. - Mempromosikan serta mengekalkan minat masyarakat. - Bekerjasama dengan persatuan sukarela yang lain serta agensi kerajaan untuk mengekalkan kawalan pentadbiran sendiri. - Menjalankan aktiviti secara sukarela. - Menjalankan tugas menjajar dengan prinsip. - Mencegah penyalahgunaan simbol dan lambang. - Mempertimbangkan dan bersetuju dengan kes yang sesuai yang diadakan oleh masyarakat OBJEKTIF PERLEMBAGAAN ● Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang–undang. ● Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia ● Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Fungsi perlembagaan dan undang-undang: ○ Sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan ○ Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang – undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. 6
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.” PERLEMBAGAAN BSMM Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan Peraturan 13: Pembubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15: Hal-hal lain 7
Perkara – perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah: i) Lencana / logo persatuan ii) Cogan kata / moto iii) Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv) Pendaftaran persatuan v) Jawatankuasa kecil PRINSIP-PRINSIP ASAS BSMM 7 Prinsip Asas yang di amalkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa diterima bersama pada tahun 1965 oleh Konferen Antarabangsa ke 20. KEMANUSIAAN (Humanity) ● Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. ● Mencegah dan meredakan kesengsaraan. ● Melindungi nyawa dan kesihatan. ● Memupuk kesefahaman , kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama manusia. KESAKSAMAAN (Impartility) ● Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya. ● Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan. KEBERKECUALIAN (Neutrality) ● Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan. ● Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi. 8
KEBEBASAN (Independence) ● Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service) ● Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan. KETUNGGALAN (Unity) ● Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah negara. ● Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak ● Aktivitinya meliputi seluruh negara KESEJAGATAN (Universality) ● Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia. ● Mempunyai tanggungjawab bersama ● Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara. 7 Prinsip Asas BSMM 9
VISI, MISI DAN MOTTO VISI Untuk dikenali sebagai ketua bagi Organisasi Kemanusiaan sama ada di peringkat negara mahupun antarabangsa. MISI Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan. MOTTO "Inter arma carita" (di dalam peperangan ada kebajikan) dan "Per Humanitatem adpacem" (melalui kemanusiaan menuju keamanan. COGAN KATA DAN LAMBANG Cogan kata Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM / ICRC) ialah Amidst War, Charity (Inter Arma Caritas). Cogan kata BSMM ialah Keamanan Melalui Kemanusiaan (Per Humanitatem Ad Pacem). Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada negara Switzerland, di mana simbol palang berwarna merah yang berlatarbelakangkan putih seperti mana warna bendera negara Switzerland yang diterbalikkan. Lambang ini diwujudkan untuk mengenal pasti perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa perang dan kakitangan-kakitangan yang menjaga dan merawat mereka Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia, mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambing Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara-negara Arab dan negara-negara yang kebanyakan penduduknya adalah beragama Islam. Sekarang ini sebanyak dua puluh sembilan buah negara telah menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk menandakan kakitangan-kakitangan dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. 10
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambing tersebut. Lambang hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Adalah dilarang menggunakan lambang ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan publisiti. Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan lambing ini untuk mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka. Konvensyen Geneva 1949 menetapkan Penggunaan Lambang sebagai Pelindung. LAMBANG PERANAN LAMBANG • Tanda Perlindungan - Seseorang atau objek tidak boleh diserang - Seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang-undang Kemanusiaan 11
• Tanda Pengenalan - Menunjukkan bahawa orang atau sesuatu objek adalah berkaitan dengan Pergerakan Palang merah atau Bulan Sabit Merah. BENDERA BSMM UKURAN BENDERA BSMM Ukuran piawai lambing 12
LAGU BULAN SABIT MERAH Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Lirik: Dato' Dol Ramli Lagu: Dato' Johari Salleh 13
IKRAR BSMM Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Berikrar, Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah Di negeri kami, Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain dan arahan walaupun di mana jua kami berada Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami, kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana, berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN BERKECUALI KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN 14
KONSEP BSMM ditubuhkan berdasarkan objektif-objektif tertentu berdasarkan konsep bagi menyemai sikap dalam diri ahli BSMM untuk mencurahkan bakti dengan berkhidmat kepada masyarakat khususnya dalam aspek pertolongan cemas. Selain itu, konsep BSMM adalah untuk melahirkan ahli BSMM yang berpendidikan dan berkeyakinan serta berfikiran kritis dan kreatif dalam mengendali situasi kecemasan dan kritikal. Akhir sekali, persatuan BSMM juga dapat membantu mengukuhkan pengetahuan dan pendedahan ahli-ahli BSMM tentang kepimpinan dan cara pengurusan sesebuah organisasi selain mendidik ahli BSMM untuk pantas berfikir apabila menghadapi kes-kes kecemasan. 15
SEJARAH UNIT BERUNIFORM SEJARAH PENGASAS PALANG MERAH, SIR HENRY DUNANT Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya ialah seorang ahli perniagaan dan berpengaruh di Geneva. Ibunya seorang yang lemah lembut dan kuat beragama Jean banyak mengikut tingkah laku ibunya (Sufian, t.t.). Semasa dalam perjalanannya untuk urusan perniagaan, beliau sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali utara pada 24 Jun 1859. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan nyawanyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Beliau mencatatkan segala peristiwa peperangan tersebut dan dikenali sebagai Kenangan di Solferino atau 'A Memory of Solferino'. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. Buku ini juga telah menjadi inspirasi pertubuhan International Committee of the Red Cross (ICRC) pada 1863 dan Persidangan Geneva 1864 diasaskan atas idea beliau. (ICRC bukan diasaskan oleh Sir Henry Dunant Duty) A Memory of Solferino mengandungi beberapa perkara antaranya berkaitan pembentukan organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan serta perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri. 16
SEJARAH PENUBUHAN BSMM DUNIA Pada Jun 1859, Henry Dunant telah menyaksikan peperangan tiga segi antara pasukan Perancis, Pierontese dan Austria di Solferino. Beliau mendapati ramai askar cedera parah yang dibiarkan tapa diberi bantuan perubatan. Dengan segera, beliau bertindak memberikan bantuan perubatan di medan perang. Beliau telah merakamkan pengalamannya ke dalam sebuah buku yang bertajuk “A Memory of Solferino”. Buku inilah yang menjadi titik permulaan tercetusnya idea oleh Henry Dunant untuk menubuhkan pergerakan palang merah atau Bulan Sabit Merah di seluruh dunia. Terdapat dua cadangan yang diutarakan oleh Henry Dunant iaitu setiap negara harus menubuhkan Jawatankuasa Sukarela agar bersedia untuk bertugas dan memberi pertolongan kecemasan di medan perang dan pihak kerajaan sepatutnya bermuafakat atas dasar sejagat untuk memberi perlindungan keselamatan kepada para petugas perubatan di medan perang (Januari, 1863). Akhirnya, pada bulan Februari 1863, sebuah jawatankuasa ditubuhkan atas saranan Dunant dan diketuai oleh General G.H. Dufour sebagai pengerusi dan Dunant merupakan setiausahanya. Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima iaitu jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Bulan Oktober 1863 pula, cadangan penggunaan palang merah di Persidangan Geneva bersama 16 buah negara dan empat institusi telah diisukan. Hal in secara tidak langsung membawa kepada perasmian penubuhan Palang Merah. Lambang Palang Merah juga telah disahkan dan diseragamkan. Pada tahun 1876, Jawatankuasa Antarabangsa untuk Bantuan kepada Orang Cedera menukar nama kepada International Committee of the Red Cross (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) atau juga dikenali sebagai ICRC. Turki juga telah mula menggunakan lambang Bulan Sabit Merah ketika perperangannya dengan Rusia. Langkah ini kemudiannya diikuti oleh kebanyakan negara-negara Islam. Akhirnya, pada tahun 1919, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah (IFRC) dan Bulan Sabit Merah (RCS) telah ditubuhkan setelah Perang Dunia 1. 17
SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA 18 1948 British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak. 1950 British membuka cawangan di Pulau Pinang. 1952 Kemudian di Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang. 1957 Cawangan di semenanjung dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society dan diperbadankan mengikut Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962. 4 Julai 1963 Federation of Malaya Red Cross Society diiktiraf sebagai penubuhan nasional yang bebas oleh ICRC. 24 Ogos 1963 Kemudian diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red Cresent Societies. 1965 Akta menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia diluluskan melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47). 21 Ogos 1975 Akta Malaysian Society 1975 mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong 4 September 1975 Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). 25 Mac 2007 Pertukaran nama PBSMM kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). 27 Jun 2007 Surat Pekeliling dikeluarkan bagi memaklumkan pertukaran nama tersebut.
KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM BSMM KEPADA PELAJAR Badan beruniform dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa melalui kegiatan dalam pasukan beruniform. Hal ini kerana pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Selain itu, badan uniform juga dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Badan beruniform juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta. Selain ilmu akademik, pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial. Contohnya, dengan menyertai BSMM, pelajar akan mendapat pengetahuan tentang pertolongan cemas. Pelajar juga dapat menentukan kerjaya masa depan mereka melalui kegiatan badan beruniform. Hal ini terjadi demikian kerana setelah menyertai kegiatan pasukan pakaian seragam, mereka dapat mencungkil bakat mereka dan minat mereka dalam bidang tertentu. Tamsilnya, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan St John Ambulans lazimnya berminat menjadi doktor, jururawat dan pegawai kesihatan apabila dewasa kelak kerana sejak di bangku sekolah mereka telah menjalani pelbagai latihan. TUJUAN PENUBUHAN BSMM adalah suatu pertubuhan yang terbuka tanpa beza-membeza agama, bangsa atau politik kepada semua orang di Malaysia untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan tau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut. Dalam masa aman atau perang, ahli BSMM akan menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan di seluruh dunia. Dalam masa perang pula, BSMM mestilah memberi bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. Selain itu, BSMM juga mestilah menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada konvensyen tersebut selain mengesan perkembangan dan penguasaanahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan, intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. 19
Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan Istiadat Perhimpunan ● Masuk dalam barisan ● Melapor kekuatan pasukan ● Mengibarkan bendera Malaysia, Bulan Sabit Merah dan Negeri ● Bila lagu kebangsaan dimainkan, semua pegawai dan ahli berdiri tegak. ● Pegawai-pegawai yang beruniform memberi tabik hormat. ● Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu BSMM ● Bacaan doa ● Ucapan pemimpin ● Bacaan ikrar ● Keluar baris ISTIADAT BENDERA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagaimana mengikut Act #162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975 ● Sebelum menaikkan bendera BSMM ujilah tali temali bendera terlebih dahulu bagi memastikan ianya teguh dan tidak mudah putus hingga meyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya. ● Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik. ● Mereka yang akan menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas lengkap dengan uniform BSMM. ● Bendera janganlah diletakkan di tanah semasa hendak menaikkannya. ● Bendera janganlah dibiarkan meleret ke tanah sewaktu menurunkannya tetapi hendaklah ditatang atau diselempangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah. 20
● Menaik dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib iaitu perlahan-lahan. ● Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian menurunkannya semula ke separuh tiang. ● Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula bendera tersebut sepenuhnya dan kemudian menurunkannya terus. ● Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya. ● Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu. ● Selepas digunakan bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat tertentu supaya tidak dilangkahi dan sebagainya. ● Bendera BSMM tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu. ● Bendera yang koyak dan telah bertukar warna adalah dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur hendaklah dikibarkan kerana pengibarannya menunjukkan tanda tidak hormat. Ianya hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya adalah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. 21
STRUKTUR DAN FUNSI ORGANISASI STRUKTUR DAN ORGANISASI Satu Organisasi Pusat mengandungi Senat PBSM, Majlis Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan, jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan, cawangan cawangan dan jawatankuasa serta beberapa jawatankuasa kecil masing-masing di setiap negeri dan wilayah persekutuan Malaysia. Ia juga mengandungi unit-unit kecil & jawatankuasa masing-masing. Struktur unit terdiri daripada Kanak-kanak (Link) dan Belia (Youth) iaitu pasukan Bantuan Sukarela. Gabungan ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurangkurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap unit ini mempunyai pegawai masingmasing. Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. Bagi Unit Kanak-kanak pula ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar. 22 CARTA ORGANISASI
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT ANTARABANGSA Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan iaitu: • Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) • Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (ICRC). Persatuan -persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan PERTUBUHAN CATATATAN Pengenalan Ditubuhkan pada tahun 1863 olegh 5 warganegara Swiss bagi membantu orang yang cedera tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan Peranan Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara / rusuhan Memberi bekalan kepada mangsa peperangan seperti makanan, pakaian, ubatan, buku Pengenalan Ditubuhkan pada tahun 1919 Merupakan liga Persatuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Bebas daripada pengaruh kerajaan 23
FUNGSI MAJLIS TADBIR Peranan Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam Peranan ➢ Memberi bantuan kepasa mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan ➢ Melantik anggota-anggotapertolongan cemas ➢ Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam. JAWATAN PERANAN Pengerusi • Bertanggungjawab terhadap semua pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan. • Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan. • Menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. • Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Persatuan dalam melaksanakan tugas mereka Naib pengerusi • Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya • Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. • Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan persatuan. • Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan. 24
25 Penolong setiausaha • Membantu Setiausaha menjalankan segala tugasdan tanggungjawabnya. • Berkerjasama dengan setiausaha. • Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat persatuan termasuk bertanggungjawab mengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan persatuan Bendahari • Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan. • Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di persatuan dan unit. • Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta persatuan seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. Ahli Jawatankuasa • Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan juga datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Komposisi keahlian adalah terdiri daripada ahli kanak-kanak berusia 9 sahingga 12 tahun, ahli Belia berusia 13 sehingga 18 tahun, Ahli Belia Terbuka berusia 13 sehingga 17 tahun, Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/ Tidak Berpakaian Seragam bagi 18 tahun keatas, Ahli seumur hidup dan akhir sekali Ahli Kehormat Seumur Hidup iaitu anugerah kepada individu yang membari sumbangan (Atif, 2013). JENIS AHLI 1. Ahli biasa • Yuran tahunan RM2.00 setahun. • Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. • Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang 2. Ahli Belia Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi seperti berikut: • Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak. • Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda. • Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment- VAD) 3. Ahli Seumur Hidup • Permohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan Cawangan. • Yuran: Rm500. 26
4. Ahli Kehormat Seumur Hidup. • Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. • Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang setiap tahun. 5. Pasukan Bantuan Sukarela • Yuran - RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun. Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Cabang. Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Bagi penyelarasan pendaftaran keahlian pula kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada (Atif. 2013) 1. Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan 2. Salinan kedua disimpan oleh Cawangan) 3. Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit 4. Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup TANGGUNGJAWAB KUASA PENGANJUR 1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit PBSM dengan ibu pejabat PBSM 2. Kuasa penganjur adalah merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) [seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk PBSM itu. 3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PBSM 4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PBSM di mana perlu. 5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran (seperti rombongan. kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli. 27
6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya. STRUKTUR UNIT PENGURUSAN LAPORAN AKTIVITI 1. Buku Log • Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang. • Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti. • Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x 32cm). Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak. 28
2. Laporan Mingguan • Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian dari sesuatu pihak ke pihak yang lain. • Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti. • Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan sesuatu aktiviti. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN • Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baru. • Memastikan ada perlembagaan atau peraturan. • Memastikan aktiviti dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah. • Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. • Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbir. • Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau yang lebih tinggi. • Memohon kebenaran daripada ibu bapa/penjaga pelajar melalui pengurusan sekolah jika pelajar khidmat/kepakaran/kebolehan mana-mana diperlukan di luar sekolah. • Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa mengira peringkat pertandingan/pengelolaan/anjuran/projek/lawatan dan sebagainya. 29
PAKAIAN SERAGAM PAKAIAN SERAGAM AHLI BELIA/ LINK 30
31
32
PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN 33
34
35
Takwim dan Rancangan Aktiviti 36
BAB 2 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN 37
KRAF PERKHEMAHAN Perkhemahan merupakan sebuah aktiviti asas yang wajib dilakukan bagi memenuhi keperluan unit beruniform. Membuat kraf perkhemahan adalah aktiviti paling menarik bagi setiap unit uniform. Hal ini merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar. Kemahiran kraf perkhemahan melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya. Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan. Peralatan-peralatan ini juga penting untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH Terdapat beberapa langkah penjagaan khemah antaranya, pelajar mestilah sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/ tiang khemah berada dalam keadaan baik. Selain itu, letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang/ pancang dan letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan menyebabkan susah untuk di buka. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut. Saranan yang penting adalah untuk sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip atau setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal. Sebelum menyimpan semula, pastikan khemah yang digunakan betul-betul kering. Sentiasalah menggunakan peralatan yang berkuasa bateri di dalam khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak di ingini berlaku. 38
Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. PENYEDIAAN KRAF PERKHEMAHAN ● Mestilah memakai kasut yang selaman semasa berjalan mencari bahan untuk perkhemahan. ● Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam. ● Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuat kraf seperti keratan kayu dan buluh tidak dibiarkan berselerak. ● Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum digunakan. ● Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika berlakunya kecederaan. ● Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan untuk hantar ke hospital. 39
GAJET Gajet merupakan binaan yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum atau dikukuhkan dengan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan. Tujuan gajet dibuat adalah seperti berikut: ● Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. ● Melindungi makanan daripada tercemar ● Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam ● Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat ● Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan ● Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan ● Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera Faedah membuat gajet ● Menggalakkan seseorang itu berfikir secara kreatif dalam menghasilkan perlatan yang diperlukan ● Menguji keupayaan seseorang dalam mempraktikkan kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari ● Menanam semangat bekerjasama dalam sebuah kumpulan untuk menyiapkan gajet dalam tempoh masa yang singkat ● Mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli yang menyertai perkhemahan Cara-cara pembinaan gajet ● Gajet-gajet yang dibina mesti mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Pembinaannya pula perlu mengikut kesesuaian tempat serta bilangan peserta yang menggunakannya. ● Gajet yang baik adalah gajet yang dibina dengan cara yang paling ringkas, kuat serta senang dirobohkan. ● Jenis gajet ditentukan kepada 3 bahagian, iaitu gajet dapur atau belakang perkhemahan, gajet pertolongan cemas dan gajet perkhemahan. 40
GAJET DAPUR Gajet dapur dibuat daripada bahan semula jadi. Pelbagai gajet sampingan akan dibuat di dapur, seperti berikut: Pangkin/ tempat duduk / kerusi / meja - Gajet ini dibuat untuk dua fungsi. Pertama, sebagai meja makan. Kedua, sebagai meja persidangan atau perbincangan. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah, iaitu berdekatan dengan khemah dapur. Tempat menyimpan makanan - Gajet ini dihasilkan untuk menyimpan makanan yang dibawa dan disediakan semasa perkhemahan dijalankan. ● Tempat menyimpan perkakas dapur - Gajet ini dihasilkan untuk menyimpan perkakas dapur, khasnya peralatan yang tajam seperti pisau dan kapak. 41
Tempat buang sampah kering dan basah - Gajet ini disediakan untuk menguruskan sampah sarap dengan baik. Penyangkut, tempat letak mangkuk serta cawan dan tempat memasak - Gajet ini disediakan agar menyusun alat di dapur dengan kemas dan mudah untuk diambil. 42
GAJET PERTOLONGAN CEMAS Katil - Gajet katil disediakan untuk pesakit yang perlu diberi pertolongan cemas atau perlu rehat. Meja dan kerusi - Gajet ini disediakan untuk memudahkan kerja pertolongan cemas. GAJET PERKHEMAHAN Papan kenyataan ○ Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat. ○ Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan terlindung daripada hujan dan matahari, kreativiti BSMM amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berkenaan. ○ Bahan yang diperlukan adalah seperti kayu, buluh, tali, marker dan bahan- bahan lain yang sesuai. 43
Pintu gerbang - Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibina dalam aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai pusat kawalan di samping sebagai tempat memasang bendera. - Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikan gajet pintu gerbang banyak, pintu gerbang yang didirikan harus agak besar dan cantik. - Bahan dan peralatan yang diperlukan adalah seperti kayu atau buluh pelbagai ukuran, tali sama ada rami, jut atau raffia, cangkul, parang dan gergaji serta tangga (jika ada). Tiang bendera - Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali dan bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera. - Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan BSMM. Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri dan 44
bendera BSMM manakala satu lagi berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri. Pagar - Gajet pagar adalah penting untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan. Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh yang dipacak mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk menjadi pagar. - Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Ketinggian pagar yang sesuai adalah sekitar satu meter sahaja. Bagi memastikan pagar menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu pancangan. - Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiaskan pagar mereka dengan pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik. Tempat letak peralatan kerja - Gajet yang digunakan untuk meletakkan peralatan kerja seperti cangkul agar kelihatan kemas dan mudah diambil. 45
Penyidai / Ampaian - Ampaian dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti pembuatnya. Ampaian yang baik perlu didirikan tanpa bergantung pada pokok atau batang-batang pokok yang hidup. Gajet ini digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di belakang kawasan khemah kumpulan. - Bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai. Tempat letak kasut / Rak kasut - Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut adalah berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah. - Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang buluh atau kayu berukuran dengan tali menggunakan ikatan dan simpulan yang sesuai. 46
IKHTIAR HIDUP Ikhtiar hidup atau survival membawa pengertian sebagai suatu situasi atau keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan, terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung. Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan seseorang untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman, termasuk sesat di dalam hutan. MASAKAN SOLAR / RIMBA / KELOMPOK Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Kebaikan masakan solar adalah seperti berikut: • satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin terancam. • mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api; • mengurangkan bahaya gas dan kebakaran. Bahan -bahan yang diperlukan ialah: a. aliminium foil b. periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam; c. kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong; d. gam e. pelekat kertas /paper binding tap Memasak beramai-ramai secara Clinton Cookers dengan berdasarkan unit tertentu. - Unit bantuan ringan - Unit Bantuan Berat - Unit Penyelamat 47
48