The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhidayu Binti Mohd Nor, 2023-03-11 21:35:21

KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM

BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Membuat Perangkap Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya: a. perangkap atau jerat pelanduk b. perangkap atau jerat ayam hutan c. perangkap atau jerat hempap dan jerut d. perangkap kurungan Perangkap atau jerat pelanduk: a. Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah : (i) kayu pelentik (ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai (iii) kayu cabang berbentuk ‟Y‟ yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya Perangkap atau jerat ayam hutan: a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan-bahan yang digunakan ialah:sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai; (ii) dua batang kayu yang bercabang (iii) tali pesawat (iv) dua batang kayu pelepas (v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm Perangkap atau jerat hempap dan jerut: a. Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang.Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah: 49


(i) tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai (ii) umpan (iii) tali pemberat tambahan Perangkap atau jerat kurungan: a. Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta 69 banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah: (i) batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang, tiang pintu (ii) umpan (iii) gelang rotan JALAN LASAK DAN PANDU ARAH TUJUAN 1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap. 3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN DAN PERSEDIAAN 1) Kebenaran - Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. 2) Laporkan - # Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas di tempat yang anda tuju untuk memaklumkan mereka bahawa anda akan melakukan aktiviti perkhemahan di dalam kawasan mereka. # Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. 50


# Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut. MEMBACA KOMPAS DEFINISI KOMPAS Kompas adalah alat penunjuk arah yang bekerja berdasarkan gaya medan magnet. Selalunya terdapat sebuah magnet pada kompas sebagai komponen utamanya. Magnet tersebut biasanya berbentuk sebuah jarum penunjuk. Saat magnet penunjuk tersebut berada dalam keadaan bebas, maka akan mengarah ke utara-selatan magnet bumi. Inilah yang dijadikan dasar dalam pembuatan kompas, iaitu badan kompas, jarum magnet dan skalaarah mata angin. Badan kompas berfungsi sebagai pembungkus dan pelindung kompenan utama kompas. Jarum magnet dipasang sedemikian agar ia berputar bebas secara horizontal. Skala petunjuk umumnya berupa lingkaran 360 dan arah mata angin. Perkara-perkara penting semasa guna kompas: i Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. ii Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yang berada di persekitaran. Aktiviti penggunaan kompas: i- Mengenal arah mata angin. ii- Mencari arah mata angin. iii- Mencari arah kiblat. iv- Latihan di kawasan sekolah. v- Menggunakan peta. 51


Teknik Membaca Peta. Kemahiran membaca peta perlu dipelajari oleh mereka yang ingin bergiat aktif dalam aktiviti rekreasi. Ini kerana, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti tersesat di dalam hutan. Kemahiran ini merupakan salah satu perkara penting dalam usaha mencari jalan keluar. Membaca Grid atau Koordinat. Grid ialah garisan menegak dan mendatar yang mempunyai nombor di atas peta topografi. Fungsi garisan ini ialah untuk menentukan lokasi sesuatu tempat atau objek berdasarkan koordinat. Garisan menegak iaitu garisan yang dilukis dari atas ke bawah dikenali sebagai garisan timuran. Manakala garisan mendatar iaitu garisan yang dilukis dari kiri ke kanan dikenali sebagai garisan utaraan. 52


KHIDMAT SUKARELA Kesukarelawan bermaksud ‘sukarela’ ataupun dengan kehendak sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak. Melaksanakan sesuautu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksaatau dikerah, melakukannya dengan niat yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang pulangan atau balasan kepada diri sendiri. MINGGU KERJA -- Kerja, tugas yang diatur untuk seminggu BANTUAN BENCANA - Aktiviti membantu mangsa dalam kesusahan akibat bencana seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya MASYARAKAT PENYAYANG - Mengadakan aktiviti derma darah / mengadakan lawatan ke rumah kebajikan dan lain-lain HARI PERINGATAN - Everywher for everyonue 8 May 2017 - World Red Cross & Red Cresent Day Antara aktiviti yang diadakan: - Derma Sukarela - Pameran Palang Merah ALAM SEKITAR - Memelihara flora dan fauna yang terancam - Tidak memusnahkan alam sekitar seperti tumbuh-tumbuhan bernyawa. 53


KEBUDAYAAN OBJEKTIF Melahirkan generasi yang celik budaya Menghidupkan semula semangat kebudayaan Malaysia di kalangan peserta Mengenali dan mengukuhkan silaturahim antara kumpulan Memberi ruang dan peluang apabila kepada peserta untuk menampilkan bakat serta kreativiti Memperkukuhkan jati diri serta semangat cintakan tanah air Peka terhadap isu-isu semasa MALAM KEBUDAYAAN Biasanya diadakan pada malam terakhir perkhemahan Mengadakan persembahan kumpulan individu Mengikat perbincangan kumpulan dan tema persembahan adalah mengikut minat dan bakat ahli kumpulan Peserta dimaklumkan lebih awal berkenaan malam kebudayaan ini. Segala kostum dan pakaian yang digunakan harus bersesuaian dengan tema dan diuruskan oleh ahli kumpulan Tujuan Memberi peluang untuk menunjukkan bakat dan kebolehan dalam menghayati kebudayaan setempat adat kebudayaan negara lain Memberi peluang kepada ahli mempamerkan unsur-unsur budaya dalam kehidupan mereka Bersuka ria secara sopan dan sederhana Menghilangkan rasa penat Mengcungkil bakat dalam lapangan seni Berlatih untuk berhadapan dengan orang ramai Meningkatkan semangat kerjasama, kesefahaman dan semangat setia kawan Mengembangkan kebudayaan setempat 54


SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait rapat dengan aktiviti perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini amat penting bagi memudah dan meringankan kerja serta untuk menjamin keselamatan semasa menggunakan simpulan dan ikatan agar tidak ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat atau membuat simpulan. TALI TEMALI Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan situasi sama ada sewaktu menjalankan aktiviti perkhemahan, pengembaraan, pelayaran, pendakian, di sekolah, pejabat mahupun di rumah. Antaranya ialah: a. Tali penyelamat: Digunakan untuk menyelamat mangsa dan diperbuat daripada rami Itali atau terylene. Tali penyelamat dibentuk dengan cara tiga ikatan shroud laid. Kebiasaan mempunyai diameter 2 inci. Ketahanan tali rami Itali – 2.85 tan. Ketahanan tali terylene – 4.05 tan. b. Tali pengangkat: Diperbuat daripada rami Manila dan nilon dengan cara ikatan hawser laid. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 100 kaki. Ketahanan tali rami Manila – 2.05 tan. Ketahanan tali nilon – 3.40 tan. Ketahanan tali terylene – 4.05 tan. c. Tali penarik: Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 130 kaki. Ketahanan tali penarik – 2.73 tan. d. Tali pengikat: Diperbuat daripada rami Manila dengan cara ikatan hawser laid. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 50 kaki. Ketahanan tali pengikat – 2.03 tan. 55


Penjagaan tali: Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali sekala. Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai atau terlerai. Gunakan tali atau benang kasar yang sesuai besarnya. Selepas digunakan, tali hendaklah dilonggarkan atau digulung dengan baik sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. Untuk menjamin kekuatan dan kekukuhan tali serta tahan lama, tali tidak perlu dibasuhkan kerana akan mengakibatkan tali menjadi basah. Tali yang basah tidak boleh terus disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan tali mudah menjadi reput dan tidak selamat digunakan. Tali yang basah tidak digalakkan untuk dijemur di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, tali tersebut perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Sebaik-baiknya, tali yang hendak disimpan boleh dilabelkan ukuran panjang dan digantungkan di tempat yang sesuai. Dicadangkan agar tali-tali yang hendak digunakan untuk tujuan mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji terlebih dahulu agar ia selamat digunakan. SIMPULAN Simpulan ialah satu aktiviti tali temali yang menggunakan tali yang kecil dan sederhana ukurannya untuk disimpulkan pada benda-benda yang kecil dan sederhana ukurannya juga. Simpulan mudah diaplikasikan selalu walau di mana jua lokasinya sama ada di hutan, di rumah mahupun di pejabat. Misalnya, simpul manuk boleh digunakan untuk mematikan tali ampaian. Manakala simpul buku sila pula boleh digunakan ketika membuat anduh untuk menampung tangan yang tercedera atau patah. Lima simpulan tali temali yang dipelajari ialah: 1. Simpul Buku Sila (Reef Knot): Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut. Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz. Mematikan ikatan pada bungkusan. Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh. Mengikat khemah yang sudah dilipat. 56


2. Simpul Bunga Geti (Sheet Bend): Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan berlainan saiz. Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul. 3. Simpul Manuk (Clove hitch): Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah durian (mudah untuk membawanya). Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan lilit kacang atau ular 57


4. Simpul Tindih Kasih (Bowline) Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat. Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang selamat. Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan. 58


5. LILIT BALAK (TIMBER HITCH) Untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah Untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong 59


Ikatan Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan dan sebagainya. Kebiasaannya dalam aktiviti BSMM, beberapa ikatan digunakan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan ikatan lilit balak. Terdapat empat jenis ikatan asas yang paling popular, iaitu: (i) Ikatan Seraya (a) Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut tetap. (b) Dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu/buluh kemudian lilit dengan kemas dan ketat. Diikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan seraya diakhiri dengan simpul manuk pada kayu/buluh. (ii) Ikatan Serong (a) Ikatan serong digunakan pada kayu atau buluh yang bersilang dan dalam keadaan serong. (b) Bermula dengan ikatan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang. Kemudian lilit secara membujur dan melintang seperti dalam gambar rajah di bawah. Seterusnya, lilit di celah-celah silang supaya ikatan tersebut kukuh dan kemas. Ikatan serong ditamatkan dengan simpul manuk. 60


(iii) Ikatan Lilit Kacang (a) Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat gajet. (b) Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang. Kemudian ikat secara berselang-seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke bawah hingga selesai. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk. (c) Selain menggunakan seutas tali, ikatan lilit kacang juga boleh dilakukan dengan menggunakan dua utas tali. Lilit kacang yang menggunakan dua utas tali akan menjadikan ikatan tersebut menjadi bertambah kemas dan kukuh serta terjamin kuatnya (d) Ikatan silang gunting dimulakan dengan simpul manuk pada sebatang tiang/kayu/buluh. Kemudian lilit kedua-dua batang tersebut dengan kemas dan kuat. Ikatan silang gunting akan ditamatkan dengan simpul manuk. 61


PERTOLONGAN CEMAS ASAS PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di tempat kejadian. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. Tujuan Pertolongan Cemas a. Membantu menyelamatkan nyawa mangsa Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung,kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama dengannya. b. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. c. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit. 62


d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat kejadian. Prinsip Pertolongan Cemas Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan Dapatkan tindak balas mangsa Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat Periksa pernafasan mangsa Periksa peredaran darah Peraturam AM Pertolongan Cemas Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. ANDUH Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu anggota badan yang cedera. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter. 63


Antara kegunaan kain anduh ialah: Mengampu bahagian yang cedera atau patah Menghentikan atau menahan pendarahan Menetapkan bahagian yang cedera Dapat digunakan sebagai pengipas Menutup tempat yang luka atau cedera Sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais) Jenis-Jenis Anduh 1) Anduh besar (large arm sling): - Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera - Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas 2) Anduk tiga segi atau Anduh St. John‟s (triangular sling): - Menahan pendarahan anggota atas - Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang scapula - Mengampu anggota atas yang cedera. 64


3) Anduh kecil (small sling): - Mengampu kecederaan di bahagian bahu - Mengampu tulang klavikal yang cedera - Mengampu anggota atas yang cedera 4) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling): - Mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal Pembebatan dan Pembalut atau Balutan Pembebatan (Dressing) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera. 65


Tujuan adalah: Mengurangkan kesakitan. Menggalakkan penyembuhan luka Memperbaiki kosmetik kulit Mengawal penyebaran mikroorganisme Mengawal kontaminasi luka Memberi tekanan pada tempat tercedera Mengawal pendarahan Mengawal kecederaan lanjut Pembebatan ada tiga jenis, iaitu (a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan (b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka (c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm. Pembalut atau balutan Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman. Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu: (a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu , mengipas dan pengikat gelung cincin. (b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan circular atau spiraI dan balutan padi. 66


Tujuan dan Fungsi Pembalut Melindungi luka daripada dijangkiti kuman Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh. Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan Mengurangkan kesakitan Mencegah dan menghisap kotoran seperti darah, nanah dan serum. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka Bersihkan tangan terlebih dahulu Digalakkan memakai sarung tangan Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan pembalutan Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka. LUKA DAN PENDARAHAN Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu 1) Pendarahan luaran (external) (a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau (b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai 67


(c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul (d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan 2) Pendarahan dalaman (internal) (a) perut – muntah berdarah (b) rahim – tumpah darah (c) tali usus – darah pada dubur (d) buah pinggang – kencing berdarah (e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah (f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung 3) Pendarahan dalaman tanpa kesan (a) limpa dan hati pecah (b) pendarahan dalam otak Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu (i) Luka terbuka Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjatan dan jangkitan kuman (ii) Luka tertutup Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam Cara merawat luka terbuka: (i) Luka-luka kecil: (a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja (b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman (c) Langkah-langkah rawatan: Bersihkan tangan dengan sabun. 68


Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. ● Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. Gunakan pembalut untuk memegang plaster. (ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing (a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. (b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah: Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor. ● Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek. Bawa mangsa/pesakit ke hospital. PENDARAHAN Jenis-jenis pendarahan a) Pendarahan dari saluran arteri- Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi. b) Pendarahan dari saluran vena- Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbondioksida yang tinggi. c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti.Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen. 69


Rawatan Am Luka Pendarahan Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu: a) Hentikan pendarahan secara langsung • mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit. b) Secara tidak langsung • menekan urat-urat darah. • menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20minit selama seminit. • Setelah darah berhenti cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. • Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diriatau baru sedar dari renjatan. • Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin. PATAH Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak atau daya tidak langsung. Contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya. Tanda-tanda patah tulang: Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang Bengkak dan lebam Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat. Cara merawat: 70


Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan Ikat pembalut dengan kuat untuk mencegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya Bawa mangsa ke hospital dengan segera. Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah. TERCEKIK Tercekik berlaku apabila laluan udara tersekat. Tanda-tanda tercekik: Mangsa tidak dapat bernafas dan mencengkam kerongkong Bibir dan mulut berubah menjadi biru Mungkin pengsan Tanda-tanda tercekik: - Mangsa tidak dapat bernafas dan mencengkam kerongkong - Bibir dan mulut berubah menjadi biru - Mungkin pengsan Cara merawat: Untuk Bayi – Pegang bayi, kaki ke atas dan kepala ke bawah. Buka mulut dan tarik lidahnya ke depan. Biarkan benda penghalang keluar. Untuk Kanak-Kanak – Pegang kepala mangsa ke bawah di atas lengan atau lutut awda. Buka mulut dan tarik lidahnya ke depan. Suruh mangsa supaya batuk. 71


Untuk Orang Dewasa – Biarkan mangsa duduk, kepala lebih rendah daripada paru-parunya. Suruh pesakit supaya batuk. Dalam semua kes, jika benda penghalang tidak dapat dikeluarkan, kekalkan kedudukan mangsa dan tampar di antara tulang kipas. Ulang sebanyak 4 kali. Jika benda penghalang kelihatan tetapi tidak dapat diluahkan, gunakan jari untuk mengeluarkannya. Jika mangsa mengalami kesukaran bernafas selepas benda penghalang dikeluarkan, mulakan CPR. RENJATAN ELEKTRIK Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke bahagianotak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain Sebab-sebab renjatan Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan dalaman. Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur. Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntah-muntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit. d) Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar dengan banyak. 72


Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar dan sebagainya.f) Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain. .Jenis-jenis renjatan.Terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam badan. b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan. c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair dalam badan. Tanda-tanda dan gejala renjatan. a) Mangsa berada di dalam gelisah. b) b) Kulit badan menjadi pucat. c) c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah. d) d) Perpeluhan dengan banyak. e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah. f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga. g) Badan menjadi sejuk dan basah. h) Pandangan menjadi kabur. i) Mengadu dahaga j) Mangsa tidak sedar diri. Rawatan am renjatan a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara. b) b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala. c) Tenangkan mangsa. d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan dan gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu. e) Longgarkan pakaian mangsa. 73


f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan. g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan. h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa dalam keadaan ranjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga. *Dapatkan rawatan perubatan* KERACUNAN DAN TERSELIUH Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan. Tanda-tanda terkena keracunan: (i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah. (ii) Mangsa mengalami sakit abdomen (iii) Cirit birit mungkin terjadi. (iv) Tanda-tanda terkejut (v) Mungkin tidak sedarkan diri Arahan merawat: (i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan (ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri) (iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah) (iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR (v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan: - Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong Rawatan kecemasan: ● Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun. ● Hirup udara segar di ruang terbuka. 74


● Tanggalkan pakaian yang terkena racun. ● Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. ● Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak. ● Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata. Terseliuh Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan pada ligamen. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal. Tanda-tanda ligamen terseliuh: (i) Sakit-sakit (ii) Bengkak (iii) Bertambah sakit apabila bergerak (iv) Pergerakan yang terhad Cara-cara merawat terseliuh: (i) Hadkan pergerakan anggota (ii) Gunakan konsep RICE: ● R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa) 75


● I - Ice (Letakkan ketulan [tuangkan dengan] ais pada bahagian yang cedera) ● C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balut) ● E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera) Dapatkan bantuan perubatan. PEMULIHAN PERNAFASAN (CARDIO- PULMONARY RESUSCITATION (CPR) (Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 7 : Peraturan-peraturan dan Undang-undang Kursus, Peperiksaan dan Persijilan BSMM) i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan ii. Ingat petua ABC: A- Saluran Udara (Airway): Pastikan saluran udara terbuka. B- Pernafasan (Breathing): Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru- parunya dan mengoksigenkan darah. C- Peredaran (Circulation): Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada. iii. Cara-caranya: A - Saluran Udara Terbuka: (i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di sekeliling mulut. (ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan. (iii) Tarik rahangnya ke atas. B - Pernafasan: 76


(i) Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya menggembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus. (ii) Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi. (iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak. (iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih. (v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula. C - Peredaran (Mampatan Luar Dada): (i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini: (a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada. (b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda diatas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan. (c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung. (d) Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal. 77


ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT HUKUMAN KAWAD Ketua Skuad Melapor diri kepada ……………………………..-Skuad hendaklah sedia- -Hormat- Selamat Pagi tuan. Pasukan………………………………dari Seramai………. Orang siap untuk………………………..(diperiksa) Selesai melapor – minta kebenaran menjalankan tugas tuan. Hormat – pusing ke belakang berjalan menuju skuad. Hukuman: 1. Senang diri 2. Skuad sedia 3. Ke kanan lurus –pandang depan 4. Nombor 5. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke kanan pusing 6. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing 7. Bergerak ke kiri dalam satu barisan, ke kiri pusing 8. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing 9. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing 10. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing 11. Bergerak ke kanan/kiri dalam satu barisan ke kanan/kiri pusing 12. Dari kanan (kalau ke kiri pusing) –Dari kiri (kalau ke kanan pusing cepat jalan) 13. Skuad henti 78


14. Bergerak ke kanan/kiri dalam satu barisan ke belakang pusing 15. Dari kanan/kiri cepat jalan 16. Skuad henti (henti di tengah-tengah ketua skuad) 17. Skuad akan menghadap ke hadapan ke kanan/kiri, ke kanan/kiri pusing. 18. Hormat, hormat, ke hadapan hormat 19. Hormat selaku terima sijil, ke hadapan hormat (2 kali) Penutup Ketua Skuad melapor (Hormat) ujian telah siap –minta kebenaran keluar baris Tuan.KAWAD STATIK 1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri kiri pusing. 2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan bahasa hukuman. Bergerak ke kanan belakang pusing. 3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa hukuman Ke kanan pusing. 4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan belakang pusing. 5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah dan barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan gerak. 6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan. 79


KAWAD DINAMIK 1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing. 2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan menggunakan bahasa hukuman Dari kiri / kanan cepat jalan. 3. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 2 kon yang akan dilalui pada laluan ini. 4. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah (3 kali sebutan secara berturut−turut selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan perkataan Maju selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga. 5. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman Kiri belok. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini. 6. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah, Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman Hormat...hormat ke kanan....hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasa hukuman Pandang depan. 7. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kanan...bertiga-tiga belakang pusing. 8. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman Skuad henti. 80


9. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat menggunakan bahasa hukuman Menghadap ke hadapan..kiri pusing. 10. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat dan mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama − sama keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman Skuad akan mara menghadap...dari tengah cepat jalan. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim. Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman Hormat ke hadapan… hormat (perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan / saat sahaja). 81


BAB 3 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN UNIT / KEM TAHUNAN KEBANGSAAN / ANTARABANGSA 82


PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN KONSEP KHEMAH Khemah diertikan sebagai tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang secukupnya. Khemah didirikan untuk membuat tempat kediaman sementara bagi tujuan berteduh daripada panas dan hujan. Kebiasaannya, khemah diperbuat daripada kain tebal, kain layar, campuran plastic (Nilon) dan sebagainya. Kini, khemah lebih banyak diperbuat daripada Nilon kerana sifatnya yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. PENGERTIAN PERKHEMAHAN Berkhemah adalah penghidupan di luar sama di hutan, pantai, bukit, gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna setiap individu menerima dan memegang tanggungjawab terhadap beberapa pengurusan seperti makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Jika berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi harus menjadi keutamaan bersama. Perkhemahan juga dapat difahami sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah yang bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid cara hidup sementara yang dilakukan di luar rumah. Aktiviti yang menggabung jalinkan dua aspek utama, iaitu ketahanan diri dan kemahiran setiap ahli yang menyertainya. TUJUAN PERKHEMAHAN a)Berkhemah sebagai cara pendidikan. Sebuah kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam unit beruniform. Contohnya, ahli unit beruniform melakukan aktiviti fizikal seperti mendaki bukit, merentas bukit bukau dan sebagainya. Ahli unit beruniform dapat membina gaya hidup yang sihat melalui aktiviti yang dilaksanakan. Setiap ahli dapat melatih kekuatan fizikal, jasmani dan mental melalui aktiviti semasa perkhemahan yang dijalankan. 83


b)Berkhemah sebagai cara ibadat Aktiviti berkhemah adalah salah satu cara untuk menyedarkan individu tentang kebesaran dan kekuasaan Tuhan dengan melihat alam ciptaanNya. Di samping itu, individu juga dapat disedarkan bahawa betapa luasnya alam semesta yang diciptakan oleh Tuhan. C) Berkhemah untuk Rekreasi Setiap ahli perkhemahan dapat beralih suasana bilik darjah atau rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka serta bebas daripada segala halangan tugasan yang membebankan. Tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu dapat diatasi melalui aktiviti perkhemahan yang menyeronokkan. Tujuan Perkhemahan lain juga adalah: 1. Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan. 2. Meningkatkan kecekapan dan kendiri. 3. Menghayati erti batasan kehidupan. 4. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti. 5. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin. 6. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental. KONSEP KRAF PERKHEMAHAN Sebuah kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi pelbagai cabaran alam semula jadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah signifikan dan diperlukanapabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf perkhemahan melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya. 84


JENIS-JENIS KHEMAH Jenis Khemah Fungsi / Ciri-ciri Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang sepanjang bumbung. Diperbuat daripada kain Nilon untuk mudah dibawa dan dilipat. Sesuai untuk aktiviti luar yang ramai. Kapisiti individu di dalam khemah bergantung kepada saiz. Dome Tent Khemah yang seringkali digunakan dalam aktiviti perkhemahan. Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk aktiviti perkhemahan di sekolah dan sebagainya. Frame Tent Kebiasaannya digunakan untuk khemah bagi keluarga. Rangkah khemah akan dipasang dahulu, kemudian kanvas dipasang. Tidak digalakkan untuk dibawa sebagai khemah aktiviti luar. Bell Tent Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah ini mempunyai struktur yang kukuh kerana disokong oleh tiang di tengah yang kukuh disokong dengan tali yang tegang di persekitarannya. 85


JENIS-JENIS SHELTER Jenis Shelter Fungsi / Ciri-ciri Phonco-Lean- To Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok. Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja. Memastikan shelter tidak menghala arah angin. One Man Shelter Mudah dibina dan terhalang daripada rintangan angin. Saiz yang kecil memberi ruang yang selesa dan sejuk. PENGURUSAN MENDIRIKAN KHEMAH 86


FAKTOR PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN 87


PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN Setiap peserta perkhemahan seharusnya mematuhi semua arahan keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan setiap masa. Suatu kewajipan untuk menjaga kebersihan kawasan perkhemahan agar tidak diserang binatang buas. Mengutamakan faktor kesihatan dan kebersihan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan agar kebajikan diri terjaga. Menjaga keselamatan diri semasa melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati dan menghargai keindahan persekitaran. Mengamalkan nilai kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. Tidak memetik, merosakkan serta membunuh tumbuhan atau haiwan yang dijumpai di persekitaran tapak perkhemahan. Peringkat Prosedur Tetap. Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada tiga kategori: 1. Sebelum. 2. Semasa. 3. Selepas. PROSEDUR TETAP SEBELUM PERKHEMAHAN 1. Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan 1.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut: 1.1.1 Dalam kawasan sekolah { kelulusan Pengetua }; 1.1.2 Dalam daerah di luar kawasan sekolah 1.1.3 Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri { kelulusan Pengarah Pendidikan Agama }; 1.1.4 Luar negara { kelulusan Pengarah Jabatan Agama }. Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut : a. Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan b. Senarai nama pelajar dan guru pengiring c. Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan. 88


d. Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan. e. Jadual aktiviti perkhemahan. f. Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta pelaksanaan. Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri ( u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah ) dengan mematuhi ‘The Schools (Tours) Regulations, 1957’ dengan menyertakan bersama salinan surat kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri. Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada: Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan. Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing. Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta. Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada semua peserta. Kebenaran bertulis menggunakan tapak lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang berkuasa. Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi: gangguan binatang buas dan haiwan berbisa. hakisan atau tanah runtuh. banjir. ribut atau gelombang besar. wabak penyakit. 89


kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan sebagainya. Jurubantumula mestilah dilantik dan berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan. ( Rujuk para 3E, SP Bil. 24/1998 ) Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan. Semua keperluan logistik ( peralatan perkhemahan ) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik. Organisasi Perkhemahan - Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah: Penganjur. - Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama. Peserta. - Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan. Saiz Kumpulan. - Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan. Syarat. - Menetapkan syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti jantina, had umur, keadaan tubuh badan, kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lainlain. Kepimpinan. - Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan Jawatankuasa. - Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan. 90


PROSEDUR TETAP SEMASA PERKHEMAHAN Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah: Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut: Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain. Keracunan makanan. Kemudahan-kemudahan asas. Sistem komunikasi. - Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.(Rujuk SPI. Bil. 12/2000) - Memastikan Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain. - Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hai berikut/masa hadapan. - Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa. PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan: 1. Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik. 2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih seperti sebelumnya. 3. Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk meninggalkan kawasan perkhemahan. 4. Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya. 5. Membentang dan membuat laporan: 5.1 Kewangan. 5.2 Aktiviti. 6. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan. 7. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan. 91


LAPORAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM BSMM 92


TARIKH 22 FEBRUARI 2023 HARI RABU MASA 8 PAGI – 5 PETANG TEMPAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR PENSYARAH BERTUGAS ENCIK BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI KEHADIRAN 32/32 Pada hari pertama perjumpaan unit beruniform, Persatuan Unit Beruniform iaitu BSMM mengadakan perjumpaan secara bersemuka bersama Pensyarah Kursus Kokurikulum-Unit Beruniform, Encik Badrul Zaman Bin Mohd Razali seawal jam 7.45 pagi. Kehadiran perlu diambil dan setiap ahli unit beruniform harus hadir untuk sesi bersemuka selama tiga hari bagi kursus ini. Pada sesi pertama, seawal jam 7.45 pagi, upacara menaikkan bendera di depan bangunan Menara Utama IPGKBM.Di samping itu, para pelajar juga diperkenalkan dengan bendera dan lagu BSMM. Semua pelajar berhimpun di dataran dengan membuat perbarisan dan perlu menyanyikan lagu BSMM tersebut dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Kemudian, pelajar diminta untuk menghafal lirik lagu tersebut untuk dinyanyikan setiap pagi sebelum bermula pembelajaran atau sebarang aktiviti. Selepas selesai berkumpul di dataran, pada pukl 8.30 pagi, ahli BSMM diberi penerangan tentang ringkasan maklumat kursus Kokurikulum Unit Beruniform oleh Encik Badrul Zaman. 93


RMK ini mengandungi setiap butiran kemahiran yang perlu setiap guru pelatih kuasai. Lantaran itu, terdapat beberapa pengetahuan yang diperolehi semasa perjumpaan minggu pertama. Encik Badrul Zaman telah memberikan penjelasan mengenai maklumat yang berkaitan dengan perlembagaan pertubuhan iaitu prinsip-prinsip asas pertubuhan, perlembagaan pertumbuhan, lambang dan cogan kata. Pensyarah bertugas juga telah memberi penerangan terhadap Perlembangan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) secara padat dan mudah difahami. Semua pelajar menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada pukul 11 pagi pula, kami belajar cara asas tentang perkhemahan dan jenis-jenis khemah yang perlu diketahui sekiranya berada di kawasan-kawasan tertentu. Kami juga diajar untuk mendirikan khemah yang betul dari segi arah pintu perlu menghadap tempat yang selamat dan kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah. Pada sebelah petang pula iaitu pada pukul 2 petang sehingga 4 petang,para pelajar telah mempelajari asas kawad kaki yang terdiri daripada bahasa hukuman, kawad kaki statik dan dinamik serta kawad formasi. Kami telah diberi pendedahan tentang kawad kaki dan berlatih teknik berkawad dengan Encik Putra. Pada pukl 4 petang sehingga 5 petang, sesi ujian asas kawad telah dijalankan untuk memastikan kami dapat mengetahui cara kawad dan formasi yang betul seperti cara melapor, masuk dan keluar baris dan sebagainya. Kami dinilai dan diberi markah secara berkumpulan di dalam asas kawad kaki. 94


TARIKH 23 FEBRUARI 2023 HARI KHAMIS MASA 8 PAGI – 5 PETANG TEMPAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR PENSYARAH BERTUGAS ENCIK BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI Pada hari kedua, perjumpaan unit beruniform, setiap persatuan unit beruniform, iaitu, BSMM mengadakan perjumpaan menerusi secara bersemuka bersama pensyarah bertugas. Seawal pukul 8:00 pagi, kehadiran perlu ditandakan dan setiap ahli unit beruniform harus hadir untuk sesi bersemuka. Pada sesi hari kedua, seperti biasa setiap pagi kami akan berhimpun di dataran IPG untuk menyanyikan lagu negaraku dan lagu BSMM sebagai syarat sebelum sesi seterusnya. Selepas itu, pada pukl 8.30 pagi sehinnga pukl 10.30 pagi, kami berkumpul di dalam kelas untuk belajar tentang tali temali seperti bunga keti, simpulan balak, simpulan manuk, simpulan buku sila, ikatan tindih kasih dan sebagainya. Pensyarah telah memberikan penerangan yang baik dan jelas serta teknikteknik yang betul. Pensyarah telah membuat demonstrasi dengan jelas menggunakan seutas tali. Kemudian para pelajar telah mencuba untuk membuat ikatan dengan bimbingan pensyarah. Kami diberi masa untuk membuat latihan membuat ikatan tali dalam kumpulan seramai empat orang sebelum kami diuji dan diberikan markah.Pada pukl 11 pagi sehingga 12.30 tengah hari, kami telah diuji oleh pensyarah iaitu Cik Nor Yatimah Binti Osman dengan membuat ikatan-ikatan yang telah kami pelajari secara berkumpulan. Pada sesi pukul 2 petang sehingga 5 petang pula, kami telah mempelajari tentang asas pertolongan cemas yang merupakan kemahiran terakhir dalam kemahiran perkhemahan. 95


96 Dalam bab tersebut, kami telah diberi penerangan tentang tujuan dan prinsip pertolongan cemas, anduh dan balutan, merawat luka dan gigitan, melecur, pitam dan patah, keracunan dan terseliuh dan juga pemulihan pernafasan. Bagi ikatan anduh, pensyarah telah menunjukkan beberapa ikatan menggunakan kain anduh. Pensyarah telah membimbing para pelajar untuk membuat anduh dengan mudah dan kemas. Selepas itu pula kami didedahkan juga tentang cara untuk membuat CPR dan diperkenalkan tentang alatan AED dalam menyelamatkan orang awam ketika dalam kecemasan. Keperluan alatan ini disediakan oleh rakan kami yang juga merupakan ahli dalam BSMM iaitu Gan Kah Keng. Gan membantu pensyarah menunjukkan cara menggunakan alatan tersebut untuk memberi pengetahuan kepada kami semua. .


TARIKH 24 FEBRUARI 2023 HARI JUMAAT MASA 8 PAGI – 5 PETANG TEMPAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR PENSYARAH BERTUGAS ENCIK BADRUL ZAMAN BIN MOHD RAZALI KEHADIRAN 32/32 Pada hari ketiga, seperti biasa, kami akan berkumpul di dataran IPG untuk menyanyikan lagu negaraku dan lagu BSMM. Ia merupakan rutin harian sebelum masuk ke dalam kelas untuk sesi pembelajaran seterusnya. Pada pukul 8 pagi, kami telah diberikan penerangan tentang ikhtiar hidup. Ikhtiar hidup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelangsungan hidup. Kami juga telah di dedahkan dengan teknik survival yang perlu diketahui oleh semua orang untuk berani menghadapi sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan terjadi ketika dalam kesusahan di dalam hutan. Selepas itu, kami telah diberikan alatan seperti tiga batang mancis, dua bekas makanan Messtin (sebagai dapur) dan juga sebilah parang bagi setiap kumpulan. Kami perlu memasak menggunakan empat bahan sahaja iaitu tepung gandum, dua biji telur, garam dan maggie dengan menggunakan alatan yang telah disediakan oleh pensyarah. Kami diberikan masa selama tiga jam dan perlu menyediakan tiga makanan dengan cara masak yang berbeza. Dengan ini, kami dapat belajar menghadapi kesusahan atau masalah di kehidupan harian nanti. Setiap kumpulan telah memasak dengan pelbagai menu yang sangat menarik dan kreatif. 97


98 Selepas itu pada pukul 11 pagi, kami dinilai dan diberi markah oleh Encik Mustafa Kamal Bin Mohammed Zahid dengan merasa setiap makanan dan cara hidangan bagi setiap kumpulan. Setelah semua selesai, kami telah bekerjasama untuk membersihkan dan mengemas tapak perkhemahan agar tidak ada sebarang kekotoran dan sampah sarap di kawasan tapak perkhemahan tersebut. Pada sesi petang dalam pukul 2.30 petang puka, kami telah didedahkan tentang cara untuk membaca koordinat di atas peta dan cara membaca kompas yang telah disediakan bagi setiap kumpulan. Kami telah diberikan koordinat untuk mencari jalan keluar yang betul. Tajuk ini meliputi tujuan, peraturan dan persediaan jalan lasak, pandu arah, membaca kompas dan sebagainya. Secara kesimpulannya kami telah mempelajari pelbagai ilmu yang telah disampaikan oleh pensyarah untuk digunakan pada masa akan datang ketika dalam waktu kecemasan yang kita tidak jangkakan. Penerangan yang jelas telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu Encik Badrul Zaman dan sangat berguna untuk kami.


Click to View FlipBook Version