Peranan Kerajaan Dalam Ekonomi
Nama:Lim Chin Xien
Tingkatan:5 Red
Mata Pelajaran:Ekonomi
Kerajaan
Suatu unit ekonomi yang menjalankan kegiatan ekonomi dengan matlamat
untuk meningkatkan kebajikan dan kesejateraan rakyat.
Peranan
Kerajaan
Pengeluar dan Mencapai Mengawal selia
Majikan objektif pengeluar dan
Makroekonomi
eksternaliti
Negatif
1.Pengeluar dan Majikan
Mengeluarkan barang awam dan barang sosial serta sebagai monopoli
semula jadi.
Barang Awam Barang Sosial
• Barang yang dapat digunakan individu • Barang perkhidmatan yang membawa
tanpa mengurangkan faedah penggunaan manfaat terbesar kepada masyarakat.
individu lain.
• Memerlukan perbelanjaan dan tindakan
• Tidak bayaran/Bayaran minimum. kerajaan untuk mengeluarkan.
• Sekolah • Membina laji pembersihan air untuk
• Hospital memproses air sebelum digunakan oleh
• Jalan raya masyarakat
Contoh Barang Awam
A.Monopoli Semula Jadi Kerajaan
Monopoli kerajaan,iaitu pengeluaran barang atau perkhidmatan
dibenarkan untuk dikeluarkan oleh firma berkaitan kerajaan.
Ciri-ciri pasarann monopoli semula jadi:
• Satu firma sahaja (TM,TNB,KTM)
• Keluaran tiada pengganti
• Merupakan penentu harga pasaran barangan
• Tiada kebebasan keluar industri
Sebab Wujud Monopoli Semula Jadi
• Pengeluaran barang awam dan barang sosial memerlukan kos modal
yang tinggi.
• Hanya mampu dibiayai oleh kerajaan melalui dana kutipan cukai dari
masyarakat.
• Kos modal yang tinggi menjadi halangan bagi pengeluar swasta lain
untuk menghasilkan barang tertentu.
• Sebagai pengeluar tunggal dalam industri,kerajaan boleh mengawal
harga barang keluaran untuk menjamin kebajikan masyarakat
B.Menyediakan Peluang Pekerjaan dengan
Menggaji Kakitangan Awam
• Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pekhidmatan awam
kepada guna tenaga di negara ini.
• Contoh pekerjaan ialah tentera,polis dan guru.
• Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan akan mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi dalam negara.
• Kerajaan juga menawarkan pelbagai faedah sampingan kepada kakitangan
awam seperti elaun perumahan,elaun sara hidup,kemudahan pinjaman
perumahan cuti tahunan,pencen selepas bersara dan lain-lain.
2.Mencapai Objektif Makroekonomi
Kajian ekonomi secara menyeluruh dalam isu umum seperti pendapatan
atau keluaran negara,gunatenaga dan masalah pengangguran.
Objektif
Makroekonomi
(GPKK)
Guna Tenaga Pertumbuhan Kestabilan Harga Kestabilan
Penuh Ekonomi Imbangan
Pembayaran
A.Guna Tenaga Penuh
Merujuk kepada kadar pengganguran di sebuah negara berada pada paras
yang rendah iaitu kurang daripada 4%.
Kesan Pencapaian Guna Tenaga Penuh:
Pencapaian Kadar Keluaran Pendapatan Taraf hidup
guna tenaga pengangguran negara pada negara masyarakat
meningkat
penuh rendah tahap meningkat
maksimum
B.Kestabilan Harga
Ketidakstabilan harga yang menyeluruh dan berterusan
akan menjejaskan taraf hidup masyarakat.
Tingkat harga Tingkat harga Deflasi
umum naik umum jatuh
berterusan berterusan
Kos sara hidup Firma mengalami
naik kerugian dan terpaksa
membuang pekerja
Inflasi Tingkat harga Kadar
umum naik pengangguran
berterusan
meningkat
C.Pertumbuhan Ekonomi
• Peningkatan jumalah keluaran barang
dan perkhidmatan dalam sesebuah
negara pada sesuatu tahun berbanding
tahun sebelumnya.
• Prestasi ekonomi negara diukur melalui
perubahan dalam tingkat keluaran
negara pasa sesuatu tahun berbanding
dengan tahun sebelumnya.
D.Kestabilan Imbangan Pembayaran
• Satu penyata kewangan yang merekodkan aliran wang masuk dan keluar
kesan daripada perdagangan antarabangsa dalam tempoh setahun.
• Lebihan Imbangan Pembayaran:
Aliran wang yang masuk ke sesebuah negara lebih tinggi daripada aliran
wang yang keluar ke negara ini.
• Defisit Imbangan Pembayaran:
Aliran wang ke luar negara melebihi aliran wang masuk ke dalam negara.
3.Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif
• Pengeluaran firma boleh menjejaskan kebajikan masyarakat dengan:
a. Mengeksloitasi pengguna
b. Menimbulkan kesan eksternaliti negatif
Kerajaan mengawal selia melalui
Undang-undang Subsidi Cukai
dan peraturan
A.Undang-undang dan Peraturan
Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011
• Suatu Akta untuk mengawal harga barangan dan caj bagi perkhidmatan dan melarang
pencatutan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan atau
bersampingan dengannya.
• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Contoh Kawalan:
a. Dasa Harga Maksimum (barangan keperluan seperti gula)
b. Dasar Harga Minimum (barangan seperti tenaga elektrik)
c. Dasar Kuota (seperti kain batik)
B.Pemberian Subsidi
• Subsidi merupakan bantuan
kewangan yang diberi oleh kerajaan
kepada sesuatu perniagaan atau
sektor ekonomi.
• Motif kerajaan memberi subsidi
adalah untuk menstabilkan harga
barang dan mengurangkan kos
pengeluaran.
C.Cukai
• Satu mekanisme yang mengumpulkan hasil daripada individu
atau syarikat dan entity lain untuk membangunkan negara
dengan menyediakan pelbagai kemudahan awam demi
kesejahteraan rakyat.
• Pengenaan cukai akan menambahkan kos pengeluaran
pengeluar, maka jumlah penawaran akan merosot.
• Kerajaan mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang yang
membahayakan kesihatan pengguna seperti rokok.
• Kerajaan boleh mengenakan cukai ke atas pengeluaran
barang dan perkhidmatan yang membawa kesan pencemaran
alam sekitar
• Pengenaan cukai akan meningkatkan kos bagi firma dan
menyebabkan firma lebih prihatin terhadap alam sekitar.
• Contoh : cukai karbon yang merupakan cukai persekitaran
yang dikenakan atas kandungan bahan api.