SPM Muin Mohsein 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sijil Pelajaran Malaysia 2022 MODUL KELAS INTENSIF BAHASA MELAYU KERTAS 1 & 2
SPM Muin Mohsein 2
SPM Muin Mohsein 3 KAEDAH PEMBINAAN PERENGGAN KARANGAN
SPM Muin Mohsein 4 APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENDAPAT MARKAH CEMERLANG DALAM KERTAS 1 (KARANGAN)? PERINGKAT MARKAH KRITERIA (BAHAGIAN A) Cemerlang 26 – 30 * Karangan menepati tema bahan rangsangan. * Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. * Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan) * Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang PERINGKAT MARKAH KRITERIA (BAHAGIAN B) Cemerlang 80-100 * Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. * Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis. * Ejaan dan tanda baca betul * Laras bahasa sesuai dengan tugasan * Penggunaan kosa kata luas dan tepat * Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai * Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. * Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. * Penggunaan unsur bahasa bervariasi * Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa
SPM Muin Mohsein 5 APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN TAHAP CEMERLANG? Perenggan Pengenalan: Pendapat Tokoh/Umum/Agensi Definisi Latar Belakang Isu KAEDAH 5 + 1 Isu Semasa Peribahasa * Ayat Kehendak Soalan Contoh Perenggan Pengenalan Kaedah 5 + 1 – Langkah Mewujudkan Semangat Kejiranan Aforisme jiran sepakat membawa berkat dengan jelas mengingatkan kita tentang peri pentingnya semangat kejiranan dalam sesebuah komuniti. [ ] Apakah yang kita fahami dengan semangat kejiranan? [ ] Semangat kejiranan merupakan amalan bersatu padu yang perlu dipupuk dalam sesebuah masyarakat melalui amalan bekerjasama, bertimbang rasa, tolong-menolong dan hormat-menghormati antara jiran tetangga. [ ]. Marcapada, kebanyakan anggota masyarakat terutamanya di kota metropolitan sudah tidak lagi mementingkan semangat kejiranan. [ ] Mereka bersikap individualistik dan materialistik yang hidup bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. [ ] Fenomena ini berlaku disebabkan mereka membawa haluan masing-masing. [ ] Menurut kajian yang dilakukan, sebahagian besar masyarakat kontemporari tidak mengenali jiran di sebelah rumah mereka. [ ] Hakikatnya, beberapa langkah yang komprehensif perlu diimplementasikan secara prolifik agar semangat ini tidak lenyap ditelan arus pemodenan. [ ] Namun, persoalan yang bermain di ruang legar minda kita apakah langkah-langkahnya? [ ] Perenggan Isi: Kaedah Deduktif ISI POKOK / HURAIAN BUKTI / KESIMPULAN ISI UTAMA (mengapa / bagaimana / peribahasa) CONTOH KECIL /
SPM Muin Mohsein 6 Contoh Perenggan Isi Kaedah Deduktif - Faedah Program Latihan Khidmat Negara Faedah signifikan sekiranya remaja menyertai Program Latihan Khidmat Negara selama tiga bulan ialah mereka dapat memperoleh pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain. [ ] Mengapakah dikatakan begitu? [ ] Hal ini kerana Para remaja yang menyertai program ini sudah tentu akan memperoleh pengalaman melalui proses bina diri dan bercampur dengan pelbagai remaja yang berlainan latar belakang. [ ] Program tiga bulan itu mendedahkan peserta kepada cabaran yang lebih mencabar dengan membawa mereka keluar daripada keadaaan selesa di rumah dan diletakkan di dalam kem yang memerlukan peserta berkongsi kemudahan dan berjauhan daripada keluarga. [ ] Latihan itu bertujuan untuk membina kekuatan dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara oleh sebab pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. [ ] Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara diwujudkan bagi memastikan generasi muda negara yang akan menjadi pemimpin suatu hari kelak tidak akan mudah dipengaruhi oleh anasir luar. [ ] Sudah terang masakan bersuluh lagi , setiap lepasan SPM wajar mengambil kesempatan menimba pengalaman baru sebelum menceburi alam kehidupan yang mencabar dengan mengikuti program ini kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.[ ] Perenggan Penutup : Kaedah 1 + 3 Kesimpulan Pendirian PENUTUP Harapan Ungkapan / Peribahasa Contoh Perenggan Penutup Kaedah 1 + 3 - Faktor-faktor Remaja Cenderung Mengunjungi Kafe Siber Secara holistiknya, kafe siber yang pesat didirikan sememangnya mendatangkan maslahat kepada golongan remaja jika mereka menggunakannya secara proaktif. [ ] Walau bagaimanapun, tidak dapat dipertikaikan bahawa buruk padahnya jika disalahgunakan oleh mereka untuk tujuan yang negatif tanpa menyedari rosak bawang kerana jambaknya. [ ] Dengan itu, semua pihak harus berganding bahu mengaplikasikan dan mengimplementasikan segala prakarsa yang dirancang dengan komprehensif serta
SPM Muin Mohsein 7 kompeten supaya tidak menjadi layang-layang melawan angin dan mencurah air di daun keladi. [ ] Sekiranya kita berpaksikan prinsip telur dalam sangkak, pecah sebiji pecah semua, nescaya remaja yang luhur dan kamil dapat dilahirkan untuk membangunkan ibu pertiwi. [ ] Janganlah diabaikan nasihat Ficosof Tao iaitu jikalau kamu mahu hidup setahun, tanamlah gandum, jikalau kamu mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, dan jikalau kamu mahu hidup selama-lamanya, tanamlah jiwa manusia. [ ] CARA-CARA MEMASUKKAN PERIBAHASA DALAM AYAT (KARANGAN) 1. Dalam mengharungi keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini seseorang itu patut bekerja di sesuatu tempat dengan penuh dedikasi dan jangan sesuka hati mencari kerja lain …………………….. batu yang bergolek tidak akan mengumpulkan lumut. 2. Soon membuat kerja sementara terlebih dahulu sementara menunggu keputusan peperiksaannya……………………. …………….. berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak. 3. Mahaguru itu mengajarkan semua ilmu yang dikuasainya kepada para penuntutnya ………………………………. ………………………………………. ada kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau. 4. Seseorang itu hendaklah menjaga budi bahasa dan pertuturan tidak kira di mana-mana sahaja seseorang itu berada……… bahasa jiwa bahasa. 5. Majikan yang memecat pemuda itu ………………………. .. kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi kerana kesalahannya yang kecil jika dibandingkan dengan jasanya selama ini. 6. Perbuatan Ali ……...............................melepaskan anjing tersepit kerana lelaki yang ditolongnya telah mencuri dompetnya ketika dia mandi. 7. Mereka yang ……………………seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing telah mencemarkan sungai. 8. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. ………… , kita perlulah berfikir dengan rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan supaya tidak menyesal. 9. Modus operandi yang dilaksanakan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ……………………… sekadar melepaskan batuk di tangga. 10. Rakyat Malaysia hendaklah bersatu dalam merealisasikan aspirasi negara ………………………………………… bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
SPM Muin Mohsein 8 KERTAS 1 – BAHAGIAN A (KARANGAN RANGSANGAN) ANALISIS KARANGAN / KERTAS 1 – BAHAGIAN A (KARANGAN RANGSANGAN) Analisis Soalan Karangan Rangsangan 2005-2020 2005(N) Gejala vandalisme 2006(J) Sijil Pelajaran Malaysia 2006(N) Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa 2007(J) Aktiviti masa lapang 2007(N) Tanggungjawab menjaga kebersihan 2008(J) Kegiatan dalam bidang pertanian 2008(N) Punca-punca pencemaran sungai 2009(J) Bantuan kepada mangsa banjir 2009(N) Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya 2010(J) Punca pencemaran udara 2010(N) Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat 2011 (J) Kepentingan pengangkutan awam di negara kita 2011 (N) Faedah belajar secara berkumpulan 2012 (J) Faedah-faedah menggunakan perpustakaan 2012 (N) Aktiviti di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2013 (J) Langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya. 2013 (N) Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah 2014 (J) Langkah-Iangkah menjaga keselamatan kanak-kanak 2014 (N) Faedah menyertai sukan lasak 2015 (J) Langkah-langkah menjimatkan perbelanjaan 2015 (N) Tujuan sambutan hari guru di sekolah 2016 (J) Kepentingan memelihara hutan 2016 (N) Ciri-ciri sekolah selamat 2017 (J) Kepentingan pasar tani 2017 (N) Peranan unit bimbingan dan kaunseling
SPM Muin Mohsein 9 2018 (J) Punca-punca keracunan makanan 2018 (N) Langkah-langkah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam 2019 (J) Faedah inovasi dalam kehidupan 2019 (N) Kebaikan Pusat Sumber Sekolah 2020 (J) Kebaikan Sukan Air LATIHAN PENULISAN KARANGAN RANGSANGAN 1: Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Isu : Kehendak Soalan: Format : Karangan Lengkap: .................................................. Badan ………….., otak cerdas. ………….. tersebut …………….. kepentingan amalan gaya hidup sihat. Mengikut ………… amalan ini menjadikan seseorang itu sihat. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang …………... Lantaran itu, apakah .........?
SPM Muin Mohsein 10 Amalan .................... ialah pemakanan seimbang. Hal ini .................................... pemakanan seimbang membekalkan khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai ......................, makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan amat diperlukan oleh tubuh. Sudah terang lagikan ..............., kehidupan tanpa penyakit dapat dicapai melalui ......................... yang sihat dan seimbang. ......................, kita perlu bersukan atau beriadah. .................. dikatakan begitu? .................., aktiviti tersebut akan menyihatkan seseorang. Biar kita ambil ..........., amalan bersukan pada waktu lapang membantu kita memperoleh kehidupan yang sihat. Aktiviti ..................... dua mata ini perlu dijadikan amalan seharian. ................. bahawa .................................. mendatangkan banyak maslahat kepada kita. Amalan .............. ialah seseorang itu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Sehubungan ............... itu, anggota dalaman tubuh seseorang dapat berfungsi dengan berkesan. Penyakit kronik, .................... diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal, dan tidaklah sudah ……………. baru tengadah. …………….., masa dan wang ringgit dapat dijimatkan melalui ........................ Secara ………….., amalan gaya hidup sihat seyogianya dijadikan …………….. Dengan itu, Kementerian …………….. Malaysia perlu mengambil langkah yang proaktif sebelum nasi menjadi ………….. LATIHAN PENULISAN KARANGAN RANGSANGAN 2: Maklumat di bawah berkaitan dengan budaya berbudi bahasa. Huraikan pendapat anda tentang budaya berbudi bahasa sebagai amalan mulia dalam hidup bermasyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BERBUDI BAHASA AMALAN MULIA Orang yang tidak berbudi bahasa tentulah tidak berakhlak perangai dan perbuatannya sama ada melalui percakapan, gerak-geri dan juga tulisan di media baharu serta media sosial. Meskipun nampak kecil dan remeh tetapi berbudi bahasa amat besar nilainya dalam kehidupan kita. Kita diajar berbudi bahasa sejak kecil hingga dewasa, hingga menjadi manusia yang pandai menghormati orang lain.Sikap menghormati orang lain ini menunjukkan sikap yang baik dan memancarkan akhlak yang murni.
SPM Muin Mohsein 11 Isu : Kehendak Soalan: Format : Maklumat Karangan: - Kempen Budi Bahasa dilancarkan pada 11 Januari 2005 merupakan agenda kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. / ungkapan “first class infrastructure, third class mentality” tepat menggambarkan kerisauan rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. / cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur / Kita menghadapi senario sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis / identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur. / Budi pekerti asas utama / Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat Malaysia / hakikatnya budi pekerti sebagai tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara daripada Rukun Negara sehinggalah Wawasan 2030 / aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kini./ memupuk ciri-ciri keperibadian luhur / mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita / dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat / menyemarakkan dan menyemai amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia / memperkukuh kekuatan peribadi dan jati diri / Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri daripada insan-insan yang mengamalkan budaya murni / Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. LATIHAN PENULISAN KARANGAN RANGSANGAN 3: Maklumat di bawah berkaitan dengan pembentukan remaja cemerlang. Huraikan pendapat anda tentang pembentukan remaja cemerlang yang bersahsiah. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. REMAJA CEMERLANG YANG BERSAHSIAH Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia 80 peratus masalah sosial melibatkan remaja. Hal ini amat merunsingkan pelbagai pihak kerana remaja inilah merupakan peneraju negara pada masa akan dating dan akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja kerana pemuada harapan bangsa, pemudi tiang negara. Umum mengetahui bahawa remaja yang bersahsiah tinggi boleh dianalogikan sebagai biji benih yang baik dicampakkan ke darat menjadi permata yakut yang bersinar cemerlang. Oleh itu, remaja perlu membentuk diri agar menjadi remaja cemerlang yang bersahsiah tinggi.
SPM Muin Mohsein 12 Isu : Kehendak Soalan: Format : Maklumat Karangan : Remaja Berguna Pemangkin Kerukunan Keluarga, Masyarakat jua Negara. Begitulah aforisme yang mengungkapkan signifikannya peranan remaja pada masa ini. Kata-kata menyuntik semangat ini menyeru para remaja agar mempunyai iltizam yang kuat demi memajukan diri masing-masing. Mengikut kajian yang pernah dilakukan usaha yang gigih tanpa mengenal jemu serta memiliki sahsiah yang terpuji mampu menjadikan remaja anak watan yang berguna. Remaja kini begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada melalui pengaruh media massa, ajakan atau desakan daripada rakan sebaya yang banyak mempengaruhi akidah mereka. Remaja yang rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri yang tinggi berserta gelodak keinginan untuk mencuba sering berpegang pada falsafah membujur lalu, melintang patah ini perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara ini. Namun demikian, amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa mendukung panji, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini dikaitkan dengan isu keruntuhan akhlak. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada generasi akan kerana air perabung mengalir ke cucur atap. Oleh itu, remaja seharusnya memiliki ciri-ciri cemerlang demi kerukunan bersama. Persoalannya, apakah ciri-ciri remaja cemerlang dambaan negara? Menurut ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Dengan itu, jelaslah bahawa ciri signifikan remaja cemerlang ialah mereka akan mendalami ilmu agama dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji. Mengapakah ciri ini dianggap penting? Hal ini demikian ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri seseorang kepada Maha Pencipta. Tiada ilmu yang lebih mulia dan syumul melainkan ilmu. Tambahan pula, ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab bagai api dengan asap. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan merasai nikmat Tuhan. Sebagai analoginya, akhlak terpuji dan sempurna yang terkandung dalam kitab-kitab agama pastinya akan menjadi sumber primer bagi membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang berguna seperti memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan itegriti memandu diri remaja membina peribadi mulia selain mampu memberikan anjakan paradigma dalam melahirkan segala tindak tanduk berpaksikan tuntutan agama. Memang tidak dinafikan bahawa dengan mendalami ilmu agama, seseorang remaja itu mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji malah tidak akan terjebak dalam isu keruntuhan akhlak remaja. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Proklamasi ini menjelaskan ciri remaja cemerlang seterusnya iaitu menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan diri remaja sesudah dilahirkan di muka bumi ini. Anak-anak dijaga dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa terhadap remaja bermula dengan ibu yang mengandungkan mereka dengan jerih payah selama sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh ikhlas yang dilakukan oleh bapa. Secara relatifnya, remaja tidak seyogianya bersikap seperti Si Tanggang atau Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Remaja kontemporari seharusnya taat kepada ibu bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang. Pada masa yang sama mentaati ibu bapa merupakan amalan yang wajib ditunaikan setiap anak. Terdapat hadis yang bermaksud, “Sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali silaturahim." Sudah terang lagikan bersuluh bahawa mentaati ibu bapa mampu menjadikan remaja sebagai individu yang mempunyai sahsiah diri terpuji dan terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan akhlak Kata-kata pujangga, berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari. Dengan itu, ciri terakhir yang tidak dapat dikesisikan kepentingannya termasuklah menjalinkan hubungan yang akrab dengan rakan dan taulan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama-sama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan dengan itu, remaja seharusnya menjaga atau memelihara hubungan yang baik dengan
SPM Muin Mohsein 13 rakan mereka. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai tamsilannya, seseorang remaja itu hendaklah memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana rakan yang baik akan membantu rakannya yang berada dalam kesusahan. Dalam kehidupan yang singkat ini, kita perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama dalam semua bidang kerana yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Sehubungan dengan itu, rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok sekiranya kita tidak bersikap bagai buntal kembung. Izharnya, jalinan hubungan yang baik dengan rakan-rakan menyebabkan kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus hidup seseorang remaja sejajar dengan visi untuk menjadi remaja bersahsiah terpuji. Secara holistiknya, gagasan dan obligasi untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja merupakan tanggungjawab besar. Sesungguhnya, amanah ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh remaja yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin dengan izin Tuhan dan berlandaskan prinsip atau ciri di atas, remaja bersahsiah diri terpuji mampu dilahirkan. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka dapat dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Menurut beliau, “aku hairan melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas dadanya, tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.” Lantaran itu, remaja tidak akan mlakukan perkara sia-sia yang akan menyesatkan mereka daripada landasan sebenar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan akidah akan terus menjadi pegangan perjalanan hidup mereka. Semoga isu keruntuhan akhlak remaja akan lenyap agar tidak lagi menebarkan budaya negatif kepada generasi yang akan datang persis kata peribahasa, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Ayuh remaja, bertindaklah segera dalam memainkan peranan anda dalam mengekang isu keruntuhan akhlak yang sangat sinonim dengan golongan remaja! LATIHAN PENULISAN KARANGAN RANGSANGAN 4: Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan berjimat cermat. Huraikan pendapat anda tentang amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Amalan Berjimat Cermat Dalam Kalangan Masyarakat Berjimat cermat merupakan amalan yang baik dan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sikap berjimat cermat amat digalakkan, justeru tidak hairanlah isu ini sering dibincangkan melalui surat khabar dan televisyen. Amalan berjimat cermat dapat mengelakkan sikap boros yang boleh mendatangkan kerugian kepada diri sendiri. Beberapa cara perlu dilakukan bagi memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
SPM Muin Mohsein 14 Isu : Kehendak Soalan: Format : PENDAHULUAN: masyarakat perlu mempraktikkan amalan berjimat cermat / elakkan sikap boros ketika berbelanja / terdapat langkah-langkah untuk menyemai sikap berjimat cermat ISI: Memupuk sikap suka menabung ( IU) - ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (H) -ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (H) ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( C/B) Mengadakan skim saham amanah ( IU) - Masyarakat perlu prihatin peranan skim saham amanah (H) / peranan badan kerajaan menggalakkan masyarakat melabur/menabung(H) / masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(KK) Perbelanjaan berhemat (IU ) - perbelanjaan memerlukan perancangan yang teliti (H) / perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja (H) / perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja (C/B) / elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(KK) PENUTUP: Amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif - individu/ masyarakat mempunyai simpanan untuk masa depan / amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia. LATIHAN PENULISAN KARANGAN RANGSANGAN 5: Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan bergotong-royong. Huraikan pendapat anda tentang amalan amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. AMALAN BERGOTONG ROYONG Gotong-royong merupakan amalan yang sering dilakukan terutamanya dalam kalangan masyarakat di kampung. Amalan ini merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya kenduri perkahwinan, perayaan, mahupun sesuatu majlis. Melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diperkenalkan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia. Pada masa ini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong acapkali diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan faedah kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kaum bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan bagai aur dengan tebing.
SPM Muin Mohsein 15 Isu : Kehendak Soalan: Format : MAKLUMAT KARANGAN: - gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau kerja bersama-sama. / pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong / lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau bermain permainan komputer./ Pada era globalisasi ini, masyarakat terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin meningkat / bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai niali-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu / tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara / pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya, usaha tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. / Jika ditinjau dengan mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk menghadiri aktivitiaktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotong-royong. / Masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur khususnya berfikiran lebih terbuka dan bersifat materialistik. / Masyarakat menilai dari segi penampilan luaran dan mengamalkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing / Seseorang itu dinilai dari segi jenama pakaian, jenis kereta, jenis rumah, jawatan dalam pekerjaan dan tahap pengaruh dalam bidang masing-masing. / masyarakat berlumba-lumba membanting tulang mengumpul kekuasaan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Akibat daripada budaya pemikiran tersebut, kebanyakan masyarakat yang tinggal di kota raya mempunyai karier yang sibuk / bukan kaum lelaki sahaja yang keluar mencari nafkah bahkan kaum wanita turut ikut serta. / Taraf kaum wanita dikatakan berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan kaum lelaki dalam alam kerjaya / rutin harian banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah / Institusi rukun tetangga yang tidak berfungsi juga merupakan salah satu daripada halangan kepada amalan bergotong-royong. / Apabila zaman telah berubah, kehidupan masyarakat juga mengalami anjakan paradigm / golongan muda lebih memandang ganjaran untuk melakukan sesuatu./ Oleh itu, mereka tidak berminat mengendalikan institusi rukun tetangga yang tidak memberi pulangan hasil. / amalan yang mulia ini harus dipupuk sejak kecil. / Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong./ Menyedari hal ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. / peranan media massa dan media cetak sangat penting./ menghebahkan kempen melalui televisyen, radio dan surat khabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut secara meluas./ Walaupun kempen seperti “Cintailah Sungai Kita” dan “Jom Ganyang Aedes” merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen ini secara tidak langsung menuntut masyarakat untuk bergotong-royong. / dapat mengeratkan perpaduan / masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang / memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa curiga. / Perpaduan antara masyarakat harus kukuh agar negara dapat pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. / Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum./ Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu / tidak dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif./ Melalui semangat bantumembantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen./ Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. / Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. / gotong-royong sebenarnya membantu menangani gejala buruk dalam masyarakat seprti penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat. / berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing / perbelanjaan akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotongroyong./ jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menangung belanja berubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tiidak sempurna diuruskan itu./ Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan. / mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. / Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik kerana semua pihak meghulurkan bantuan./ perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja / memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan yang mengalami proses urbanisasi. / Bergotong-royong juga boleh memperindahkani tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. / Dengan amalan kemasyarakatan itu, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar
SPM Muin Mohsein 16 indah khabar dari rupa /. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes. / mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu / Kebersihan itu sebahagian daripada iman / kita sepatutnya menyertai aktiviti gotongroyong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara. / mempermudah kerja seharian / kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan / dapat disiapkan dalam masa yang singkat / dapat memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat berbilang ras dan agama / dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara, musim perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau aktiviti yang memerlukan kerjasama semua orang / dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria / kehidupan yang sihat dan sejahtera / ‘Negara Bersih, Rakyat Sihat’ / aktiviti gotong-royong banyak mendatangkan kebaikan kepada penduduk setempat / hidup aman makmur, saling menghormati dan bekerjsama / Masyarakat pada hari ini bersikap materialistik sehingga amalan hidup bermasyarakat seperti bergotong-royong terpinggir . / melentur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk memastikan masyarakat pada generasi akan datang agar tidak ketandusan nilai ini / penerapan dalam pendidikan di sekolah wajar dilaksanakan untuk menyemai amalan ini dari peringkat awal lagi./ Dalam pendidikan, amalan ini dapat ditanam melalui mata pelajaran seperti pendidikan moral dan sivik kewargenegaraan. Melalui mata pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan kepentingan nilai-nilai murni dan mengaplikasiakan nilai tersebut dalam kehidupan./ Guru memberi pendedahan dan penerangan tentang nilai-nilai murni tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan para pelajar dengan amalan nilai-nilai murni./ sekolah juga memain peranan penting untuk menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong. / Secara tuntasnya, amalan bergotong-royong ini sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat sehingga kerajaan mengambil beberapa inisiatif untuk menghidupkan kembali amalan tersebut. / Jika amalan ini terus terkubur, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak aman dan sengsara. / masyarakat harus bermula dari sekarang untuk mengubah diri agar amalan ini dipraktikkan / dianggap amalan yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas / marilah kita belajar amalan yang baik ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian / yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan KERTAS 1 – BAHAGIAN B (KARANGAN RESPONS TERBUKA) STRATEGI MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA : 1. Memilih soalan yang tepat - sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan 2. Memahami soalan - tentukan : Isu, Kehendak Soalan & Format / Kata Kunci 3. Menyediakan rangka karangan - sebagai panduan, kelancaran idea, mengelakkan pengulangan isi & menyusun isi mengikut keutamaan 4. Menulis karangan - berperenggan : pengenalan (1 perenggan), Isi (5 perenggan) & Penutup (1 perenggan) - melebihi 350 patah perkataan - tulisan kemas, bersih & mudah dibaca 5. Menyemak karangan - mengesan kelemahan & kesilapan : mengelakkan pemotongan markah - mengetepikan fakta yang tidak relevan MASA YANG DICADANGKAN UNTUK ANDA DALAM SITUASI PEPERIKSAAN: # Memilih tajuk : 5 minit # Merangka karangan : 10 minit # Menulis karangan : 60 minit # Menyemak karangan : 10 minit MEMAHAMI SOALAN KARANGAN: 1. Kerjasama daripada ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti dapat mengurangkan kes buli yang sering berlaku di sekolah dewasa ini. Ulaskan pernyataanj di atas. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci :
SPM Muin Mohsein 17 2. Sempena sambutan Hari Keluarga di tempat anda, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan satu pertandingan syarahan. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut dan memilih tajuk “Berkongsi Hobi dengan Keluarga Mendatangkan Kebaikan”. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : 3.Pelbagai gejala sosial seperti penagihan dadah, vandalisme, lumba haram dan sebagainya yang berlaku dalam kalangan remaja membimbangkan pelbagai pihak di negara kita. Huraikan faktor-faktor yang menjerumuskan remaja dalam kancah gejala sosial tersebut dan saranan-saranan yang boleh diambil untuk membendungnya. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : 4. Menjalin hubungan baik dengan negara serantau menguntungkan negara kita dari segi ekonomi, politik dan sosial. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas untuk disiarkan dalam salah sebuah akhbar arus perdana. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : 5. Karya sastera merupakan karya yang banyak mengandungi perkara yang boleh dijadikan pedoman hidup. Berdasarkan sebuah karya sastera yang telah anda baca, jelaskan perkara-perkara yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita seharian. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Penggunaan Peribahasa / Penanda Wacana dalam Penulisan Karangan: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gaya Hidup Remaja “Berikan aku 100 orang tua, aku akan mampu menggoncangkan perahu tertangkup tetapi kalau aku diberikan 10 orang pemuda, nescaya aku mampu menggoncangkan dunia.” ............................. kata-kata mantan Presiden Indonesia tentang kepentingan golongan remaja dalam memacu sesebuah negara. Usia remaja merupakan tahap yang kritikal kerana pada peringkat ini mereka berada dalam tempoh peralihan menuju alam dewasa. Pada peringkat ini mereka tercari-cari identiti diri dalam dunia fana yang penuh pancaroba ini.. Masalah ini hanya seperti retak mencari belah jika tidak ditangani dengan bijaksana. Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang...........................................? .............................................., mengapakah senario yang menjadi ............................................................ ini berlaku? Institusi keluarga merupakan faktor yang dianggap paling ......................................... dalam mempengaruhi gaya hidup remaja. ............................................................................. Hal ini kerana rumah mendapat peruntukan
SPM Muin Mohsein 18 masa yang paling banyak daripada golongan ini. Pendidikan awal bermula dari rumah. Cara mendidik yang berkesan ialah mewujudkan teladan yang boleh dicontohi. Remaja memerlukan lebih banyak contoh daripada kritikan. Bagaimana acuan ................................................... Institusi keluarga tidak seharusnya bersikap seperti ............................... mengajar anaknya berjalan lurus. ...........................................................................kejayaan mendidik anak-anak merupakan kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka. ...................................................... ibu bapa berperanan penting mendidik anak-anak sejak kecil supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan di ............................. kerana melentur .................................... .................................................., faktor yang ditelusuri juga ialah rakan sebaya. ..................................................................................Sebenarnya, tiada seorang pun yang dapat mengelakkan dirinya daripada bersosialisasi dengan orang di sekeliling mereka. Dalam hal ini peranan rakan sebaya tidak boleh dipinggirkan sama sekali. Kata orang jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan berbau wangi. Jika kita berkawan dengan tukang besi, kita akan turut terkena percikan besinya. Begitu juga jika berkawan dengan pengangkut najis, najis tetap akan terkena tubuh kita. Begitulah gambaran betapa besarnya pengaruh rakan dalam pembentukan sahsiah seseorang remaja. ..........................., gejala Mat Rempit serta penyalahgunaan dadah terutamanya jenis sintetik seperti syabu amat berkait rapat dengan pengaruh rakan. Ubahlah hidup hari ini juga. Jangan perjudikan masa depan. Bertindaklah sekarang tanpa bertangguh lagi..............................................., remaja seharusnya bijak memlih rakan kerana seekor kerbau ......................................................... habis semuanya akan terpalit. .............................................. yang tidak boleh diketepikan ialah pengaruh media massa. ......................................................................, kuasa pembujukan yang dimiliki oleh media elektronik tidak boleh dipandang enteng dalam mempengaruhi remaja dalam era langit terbuka ini. Media terutamanya televisyen satelit mahupun internet berupaya meracuni minda penonton. Kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membuktikan hakikat bahawa rancangan televisyen yang mengandungi unsur 3S (sadis, seks dan seram) mampu mempengaruhi minda dan tingkah laku remaja melakukan jenayah. Pada hari ini para remaja disogokkan dengan program realiti TV ............................ Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan sebagainya yang boleh melalaikan mereka. Begitu juga halnya dengan Internet jika digunakan secara songsang. Internet menjadi sungai besar yang mengalir sekian banyak kebaikan tetapi juga berisi kotoran dan najis. Hari ini maklumat dan ilmu datang tanpa tapisan. ......................................................................................., pelbagai pihak perlu berpaksikan prinsip bulat air kerana pembetung, ........................................................... dalam mengurangkan bahang yang dibawa oleh media massa kepada remaja. ......................................................, generasi muda yang berkualiti dan sifar daripada gejala sosial perlu dibentuk demi membangunkan modal insan berminda kelas pertama yang mampu membina tamadun dan menjulang martabat bangsa.............................. generasi muda itu unggul dalam semua aspek maka kita akan menyaksikan sebuah negara yang unggul dapat dibina tetapi sekiranya generasi muda itu lesu maka kita akan saksikan keruntuhan sebuah negara. ........................................, pelbagai inisiatif perlu dirangka supaya mereka tidak menjadi kudis dalam komuniti kita. Janganlah sudah terhantuk .......................................................!
SPM Muin Mohsein 19 Panduan Menulis Karangan Bahagian B – Respons Terbuka a. Pelajar perlu menjawab satu soalan sahaja daripada lima soalan yang diberikan. b. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan, dan tidak melebihi 500 patah perkataan c. Karangan bahagian ini terdiri beberapa domain : (i) Peribadi (ii) Kekeluargaan (iii) Awam (iv) Sejagat (v) Pendidikan (vi) Kerjaya Latihan Karangan Pendapat – Domain Awam: Petikan akhbar menerangkan bencana alam yang sering berlaku di merata-rata tempat di dunia ini. . Sebagai negara penyayang, masyarakat di negara kita sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam. Huraikan sumbangan yang dapat kita berikan untuk membantu negara yang dilanda bencana alam. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Kata orang .....................; hidup merupakan gabungan antara bahagia dan derita. .................... tersebut mengingatkan kita tentang bencana yang mungkin melanda hidup kita. Secara ................., bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat dihalang. Fenomena ini ............. kata mutiara; geruh tidak berbunyi, malang tidak .................. Oleh itu, kita seharusnya bersimpati dan menghulurkan bantuan seperti termeterai dalam ..................... hulurkan tangan, ringankan beban. Persoalan yang akan mewarnai ................... ini apakah bantuan dapat kita hulurkan kepada negara yang terlibat dalam bencana? Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah, geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Negara kita juga tidak terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan , kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan lantaran hulurkan tangan, ringankan beban. Sebagai makhluk ciptaan Tuhan , kita bagai saudara yang tidah harus dibezakan atas batasan geografi . Kita juga tidak harus bersikap ego, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sumber: Berita Harian Online 28 Januari 2022
SPM Muin Mohsein 20 Sumbangan kewangan merupakan bantuan yang ................. untuk membantu negara yang dilanda bencana alam. Oleh hal .........................., kita harus menyalurkan bantuan melalui kutipan derma. Badan-badan bukan kerajaan atau ............. dan media perlu memikul .............. ini. Mangsa bencana mendambakan bantuan kewangan bagi meneruskan .................. mereka. Mangsa bencana alam yang hidup sehelai ..................... dan kelaparan memerlukan wang kerana segala harta mereka telah musnah. Sebagai .............., Persatuan Bulan Sabit Merah melakukan pelbagai kutipan derma bagi meringankan ............ mangsa. Ringkasnya, kita tidak harus lokek dalam menghulurkan sumbangan kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang ............... ........................., kita juga boleh menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenaga dan kepakaran. Tak tumbuh tak melata, ..............................! Oleh itu, kita perlu menghantar pasukan sukarela dan penyelamat untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dan hilang. Sebagai ..............., ketika tertimbus dalam gempa bumi, setiap mangsa hanya mempunyai ...... jam untuk diselamatkan. Proses penyelamatan mangsa memerlukan perancangan yang sistematik, saintifik dan efektif, misalnya Pasukan ............. mempunyai kelengkapan canggih dan kecekapan untuk memberi bantuan. Izharnya, sumbangan tenaga dan kepakaran menjadi platform dalam melaksanakan usaha murni ini dengan menyedari kebenaran pepatah bahawa hari tidak selamanya ................. ...................., bantuan perubatan dan rawatan kesihatan turut diperlukan. ................. dikatakan begitu? .................., mangsa bencana memerlukan bantuan ubat-ubatan terutamanya vaksin. .............., pasukan perubatan seyogianya dihantar ke negara yang dilanda bencana untuk memberikan rawatan kecemasan. Nasib mangsa seolah-olah sudah jatuh ditimpa .............. ekoran pelbagai penyakit .............. akan merebak selepas bencana. ................, bekalan air bersih turut tercemar. Mengikut kajian WHO penyakit taun, kepialu dan batuk kering turut mudah .................... Ekoran itu, pusat rawatan atau hospital ................. amat diperlukan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bantuan perubatan dan rawatan kesihatan umpama .............. jatuh ke riba kepada mangsa bencana. Secara ......................, sebagai .............ciptaan Tuhan, kita semua bagai saudara yang tidak harus dibezakan atas batasan geografi. Sikap ego bagai ............. dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu disingkirkan. Lantaran itu, semangat perikemanusiaan perlu dibudayakan sesama manusia lantaran buat baik berpada-pada, buat jahat jangan ................. Sesungguhnya, umat manusia seyogianya bermuafakat demi melahirkan dunia yang aman ................. Kalau bukan kita ............... lagi?
SPM Muin Mohsein 21 KARANGAN RESPONS TERBUKA - DIMENSI DIRI (DOMAIN PERIBADI) TAHUN JENIS / FORMAT ISU / TOPIK JUN 2004 Pendapat Kesan negatif menonton televisyen NOV 2004 Perbincangan Peranan remaja JUN 2005 Pendapat Cita-cita – Cabaran & langkah NOV 2005 Ulas pernyataan Gaya hidup dan berpakaian JUN 2006 Syarahan Amalan Gaya Hidup Sihat NOV 2006 Pendapat Faedah-faedah menguasai ICT JUN 2007 Pendapat Cara-cara berjimat cermat NOV 2007 Syarahan Rukun Negara membentuk rakyat berkualiti JUN 2008 Pendapat Kebaikan Amalan Kitar Semula NOV 2008 Laporan Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah JUN 2009 Pendapat Persiapan untuk temu duga NOV 2009 Huraian Kebaikan-kebaikan bercucuk tanam untuk keperluan harian JUN 2010 Huraian Kebaikan-kebaikan bercucuk tanam untuk keperluan harian NOV 2010 Pemerihalan Pengalaman menyertai satu pasukan sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam JUN 2011 Huraian Faedah yang diperoleh daripada hobi NOV 2011 Huraian Usaha merealisasikan cita-cita JUN 2012 Perbincangan Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa NOV 2012 Pendapat Faedah menyertai program motivasi JUN 2013 - Tiada Soalan - NOV 2013 Pendapat Usaha-usaha membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang JUN 2014 Cerita Ceritakan penglibatan anda dalam menjayakan majlis hari keluarga di tempat tinggal anda. NOV 2014 Syarahan Pengurusan masa berkesan melahirkan individu cemerlang JUN 2015 Pendapat Kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa NOV 2015 Laporan Kejadian bencana alam dan bantuan yang diberikan oleh pasukan sukarelawan yang anda sertai JUN 2016 Ulaskan Setiap murid hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang disertai oleh mereka agar melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. NOV 2016 Ceramah Cara-cara mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dalam kalangan murid
SPM Muin Mohsein 22 JUN 2017 Pendapat Cara-cara menangani stress NOV 2017 Pendapat Setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga. Berikan komen anda. JUN 2018 Ulasan Kerjaya seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti minat, bakat, kemahiran dan pencapaian akademik. NOV 2018 Pendapat Faedah aktiviti kokurikulum kepada murid. Pidato Sukan mengukuhkan perpaduan JUN 2019 - Tiada Soalan - NOV 2019 Laporan Membuat laporan lawatan Kelab Bimbingan dan Kerjaya sekolah anda ke Ekspo Pendidikan anjuran sebuah university tempatan JUN 2020 Perbincangan Pengalaman bekerja secara sementara Karangan Domain Peribadi: Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa setiap universiti mempunyai keistimewaan masingmasing. Sebagai pencadang pertama dalam satu pertandingan perbahasan, anda diminta memberikan hujah berdasarkan tajuk “Penubuhan Universiti Swasta di Negara Ini Perlu Digalakkan.” Tuliskan hujah-hujah anda selengkapnya. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Salam sejahtera dan selamat pagi saya tujukan kepada saudara majlis, barisan hakim yang tetap berdiri atas neraca keadilan, barisan pembangkang yang disegani, barisan pencadang yang dikasihi serta sidang hadirin yang dihormati sekalian. Bersyujur saya ke hadrat Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita telah dipertemukan di medan perjuangan ini untuk membezakan antara intan dengan kaca. Kalau tidak kerana bulan, tidak bintang terbit tinggi. Kalau tidak kerana perbahasan, tidak saya berdiri di sini. SEBARANG usaha yang ingin diambil bagi mengabungkan universiti-universiti yang ada di negara kita agak sukar dilakukan kerana setiap universiti memiliki keunikan masing-masing. Terdapat 20 buah universiti awam yang berada di negara kita kini. Pada masa yang sama juga terdapat berpuluh-puluh lagi universiti swasta dan kolej universiti. Setiap universiti yang ditubuhkan ini memiliki matlamat penubuhan yang berbeza serta memiliki visi dan misi masing-masing. Selain itu, setiap universiti juga menyediakan bidang pengajian yang berbeza antara satu sama lain bagi memenuhi segala matlamat, visi dan misi universiti masing-masing. Sumber: Akhbar Berita Harian Online 16 Februari 2022
SPM Muin Mohsein 23 Hadirin sekalian, Andai dewan ini sebagai bahtera, sayalah juragannya. Andainya dewan ini sebagai medan juang, sayalah panglimanya. Namun kini, kita berada di tengah-tengah medan berhujah maka saya berdiri di sini sebagai pemimpin kepada pendeta-pendeta demi menegakkan pendirian kami di pihak pencadang dalam arena perdebatan kita pada pagi ini. Dengan itu, berdirinya saya selaku pencadang pertama pada pagi yang penuh ceria dan bersejarah ini adalah untuk mengutarakan hujah-hujah untuk mempertahankan pendirian kami tajuk perbahasan kita pada pagi ini iaitu, “Penubuhan universiti swasta di negara ini perlu digalakkan”. Hadirin sekalian, Sebelum kaki mengorak langkah, sebelum bibir mengatur bicara, sebelum satu demi satu hujah saya lontarkan untuk santapan kita, izinkan saya mengupas satu persatu ikatan-ikatan frasa yang membentuk tajuk perdebatan kita. Apabila dipinang, sirih dijunjung, apabila dibahas, definisi diberi. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ‘penubuhan’ membawa maksud perihal atau perbuatan menubuhkan sesuatu persatuan atau pasukan dan lain-lain lagi dalam bentuk jamak. Frasa ‘universiti swasta’ pula bermaksud institusi pengajian tinggi yang menyediakan kursus-kursus atau penyelidikan ilmiah yang didirikan oleh pihak swasta tanpa bantuan kewngan kerajaan manakala istilah ‘digalakkan’ bermaksud menyokong atau memperbanyak. Lantas, dalam konteks yang lebih menyeluruh, perbahasan kita pada pagi ini berkisar tentang kebaikan penubuhan universiti swasta di negara kita. Hujah saya yang pertama yang berpaksikan fakta iaitu penubuhan universiti swasta akan memberi peluang yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia mendapat pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Lantaran begitu banyak universiti awam seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebagainya yang sudah lama wujud dan berdiri gagah di negara kita, namun saya berpendapat bahawa penubuhan universiti swasta seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Tenaga Nasional Bhd. (UNITEN) perlu digalakkan dan diperbanyak. Dalam era globalisasi dan dunia celik IT ini, pendidikan pada peringkat menara gading memainkan peranan penting untuk melahirkan profesion dan pakar dalam pelbagai bidang khasnya teknokrat dalam dunia IT dan multimedia supaya negara kita berupaya berkembang pesat dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara perkasa lain. Walaupun universiti telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak dulu lagi, namun universiti awam tidak berupaya menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Sebagaimana yang kita ketahui, selepas anak-anak kita menamatkan pelajaran mereka di peringkat menengah atas iaitu STPM, pilihan utama mereka tentu ialah memohon untuk memasuki universiti tempatan. Namun , adakah universiti awam tempatan kita sekarang ini berupaya menampung bilangan pelajar yang kian meningkat? Tentulah tidak! Oleh itu, penubuhan universiti swasta di negara kita perlu digalakkan untuk membuka peluang yang lebih luas bagi memenuhi keperluan pelajar. Tuan-tuan dan puan-puan yang budiman, Sudah kita sedia maklum, universiti awam mempunyai jurusan atau fakulti yang sangat terhad. Ini adalah kerana kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam menyediakan kemudahan tertentu juga adalah terhad. Universiti awam tidak mungkin menawarkan jurusan atau kursus-kursus yang mengikut kehendak pelajar. Pada era pascamoden yang kian pesat membangun yang berlandaskan dunia tanpa sempadan kini lebih menitikberatkan bidang multimedia yang bersendikan informasi maklumat. Selain itu, bilangan pensyarah universiti dalam bidang tertentu juga adalah terhad kerana universiti awam tidak berupaya menggaji profesor atau pensyarah dari luar negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa universiti awam yang lama lebih berpengalaman seperti kunyit tua yang lebih pedas, tetapi kualiti pembelajaran haruslah diutamakan. Dengan itu, penubuhan universiti swasta membolehkan pelajar mendapat pemilihan jurusan yang luas dan terbuka yang tidak terdapat di universiti awam. Seperkara lagi, syarat kemasukan yang dikenakan oleh universiti awam terlalu ketat demi melahirkan graduan berkualiti turut membelenggu pelajar yang kelulusannya di peringkat sederhana. Pernahkan kita terfikir; ke manakah hala tuju golongan pelajar tersebut? Sekiranya situasi kewangan keluarga membenarkan, mereka tentu tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara tetapi bagaimana pula dengan golongan pelajar yang tidak berupaya? Kehidupan mereka yang bagaikan kais pagi maka pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka tidak berupaya membayar yuran yang lebih tinggi di kolej-kolej. Harapan ibu bapa yang terletak di bahu mereka bagai kaca terhempas ke batu akan berkecai jika tidak dapat melihat anak-anak mereka bergelar graduan di universiti. Dengan itu, universiti swastalah yang menjadi pilihan mereka. Walaupun yurannya lebih tinggi tetapi mereka tidak perlu gusar kerana terdapat pelbagai bantuan dari segi kewangan disediakan kepada golongan pelajar yang tidak mampu. Mereka juga tidak perlu was-was terhadap kualiti pembelajaran mereka. Jadi, jelaslah bahawa penubuhan universiti swasta harus digalakkan dan disokong oleh masyarakat supaya dapat memenuhi permintaan dan pemilihan oleh pelbagai peringkat golongan pelajar.
SPM Muin Mohsein 24 Para hadirin yang dihormati, Sebagaimana yang kita ketahui, terdapat juga universiti swasta yang menawarkan pekerjaan yang sesuai kepada mereka yang telah tamat pengajian mereka di universiti. Tawaran itu sangat baik kerana para graduan tidak perlu bertungkus-lumus mencari pekerjaan yang sesuai dengan pengetahuan mereka. Mereka juga tidak perlu bimbang akan masalah pengangguran, kos hidup atau kewangan. Segalagalanya telah sedia ada. Walaupun mereka terpaksa bekerja di sektor swasta, tetapi faedah yang diperoleh lebih banyak berbanding dengan mereka yang makan gaji dengan kerajaan. Di sektor swasta, mereka diberi tempoh percubaan sebelum melayakkan diri untuk menjawat jawatan yang tetap. Dengan itu, mereka mendapat pengalaman dan pengetahuan secara praktikal sebelum melibatkan diri ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bukankah ini memberi manfaat dan memenuhi kehendak seseorang graduan selepas tamat pengajiannya? Justeru, penubuhan universiti swasta dapat membuka peluang pekerjaan kepada graduan baru lepasan universiti swasta. Walaupun banyak universiti awam diwujudkan namun masih terdapat sesetengah pelajar yang masih memilih institut di luar negara. Natijahnya, ramai anak Malaysia enggan balik ke negara asal untuk berkhidmat sebaliknya menjadi rakyat kekal di negara asing. Dari kajian yang telah dilakukan, kebanyakan pelajar memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di luar negara kerana tempoh kursus dan kualiti pembelajaran di sana lebih menjamin masa depan mereka. Adakah universiti awam tidak memberi peluang kepada mereka ataupun tidak dapat memenuhi citarasa mereka? Tepuk dada, tanya selera!. Namun saya percaya keadaan ini akan berubah jika banyak universiti swasta ditubuhkan. Hal ini demikian kerana universiti swasta berupaya menampung bilangan pelajar yang banyak jika lebih banyak universiti swasta ditubuhkan. Universiti swasta dapat menawarkan kursus atau fakulti yang diidam-idamkan pelajar. dengan itu, pengaliran mata wang negara kita tidaklah begitu membimbangkan jika pelajar memilih untuk belajar di dalam negara sendiri; hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. Selain itu, mereka sudah tentu berkhidmat untuk negara sendiri selepas tamat pengajiannya. Oleh itu, penubuhan universiti swasta amatlah perlu untuk mengelakkan pelajar daripada melanjutkan pelajaran di luar negara sebaliknya di ibu pertiwi kita. Hadirin sekalian, Sebelum mengundurkan diri, saya kemukakan hujah saya yang seterusnya iaitu dengan penubuhan universiti swasta, secara tidak langsung akan memberi kesan positif kepada pembangunan negara dalam pelbagai sektor. Negara kita amat memerlukan golongan celik komputer dalam merealisasikan Wawasan 2020 yang memerlukan Malaysia maju dalam pelbagai bidang. Persis kata pepatah, harta ihsan ialah pengetahuan, khazanah negara ialah pemacu negara. Negara kita sememangnya memerlukan pemimpin yang berwibawa, berkaliber dan berpengetahuan luas untuk memacu pembangunan negara. Ke mana kuah dicurahkan kalau bukan ke nasi? Graduan universiti swasta berupaya menyumbangkan jasa dan pengetahuan mereka untuk mencapai matlamat negara. Oleh itu, universiti swasta bukan hanya setakat melahirkan graduan, malah mampu melahirkan graduan yang menjadi penyumbang perkembangan negara kita. Hadirin sekalian, Berdasarkan hujah-hujah dan isu-isu telah saya kemukakan tadi, maka jelas dan termaktublah bahawa penubuhan universiti swasta di negara kita perlu digalakkan demi mencapai visi dan aspirasi negara kita. Dengan demikian, sebelum menyusun salam berundur diri, saya tetap dengan pendirian kami iaitu penubuhan universiti swasta perlu digalakkan. Namun, saya tetap percaya bahawa pihak pembangkang tetap akan menegakkan benang basah demi mempertahankan hujah mereka. Saya akhiri hujah saya dengan dua rangkap pantun iaitu; Ikan keli, ikan haruan, ikan jalai, ikan toman, Hujah bernas sudah disampaikan, semoga kabur menjadi terang. Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati. Sekian, saya sudahi giliran berdebat ini dengan ucapan terima kasih.
SPM Muin Mohsein 25 Karangan Domain Peribadi : Setiap individu ingin berjaya dalam bidang akademik. Sebagai seorang pelajar yang prihatin, Petikan akhbar tersebut memaparkan kecemerlangan akademik sebagai kayu ukur dalam kejayaan seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, anda sentiasa menanamkan harapan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Jelaskan persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan pencapaian anda dalam bidang akademik. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : PERENGGAN ISI / HURAIAN / CONTOH PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK Perenggan 1- Pendahuluan (Kaedah 5 + 1) a) Definisi b) Isu Semasa c) Latar Belakang d) Peribahasa e) Pendapat f) Ayat Kehendak Soalan *Akademik atau pelajaran sangat penting untuk masa hadapan pelajar. *Jika seseorang itu berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang, mereka boleh memilih kerjaya yang disukai *pelajar juga tidak perlu berasa risau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana tawaran biasiswa sentiasa terbuka luas. *Oleh itu, terdapat pelbagai persiapan perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik. *Persoalannya,…….. Ilmu pelita hidup Perenggan 2 – Isi 1 (Kaedah Deduktif) a) a) Apa (IU) b) b) Mengapa c) c) Bagaimana dd) Penegasan(KK) *memberikan tumpuan sepenuhnya *Pembelajaran dan pengajaran guru merupakan satu proses yang amat berguna kepada pelajar. *Guru mengajar tajuk-tajuk baharu *Jika pelajar lalai, leka, bersembang dan suka berkhayal, sudah pasti akan ketinggalan. *Pelajar hendaklah sentiasa mendengar dengan teliti setiap ilmu yang disampaikan oleh guru *untuk memantapkan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru, kita perlu mencatat nota mengenai fakta-fakta pelajaran berkenaan. Dengan adanya nota, pelajar boleh merujuk semula jika terlupa. *Pelajar tidak perlu malu untuk bertanya kepada guru tentang perkara yang tidak difahami * memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama kebanyakan pelajar yang merupakan alat pengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik. Kecemerlangan dalam bidang akademik juga dapat menunjukkan sejauh mana ilmu dalam sesuatu bidang yang dipelajari itu mampu untuk dikuasai. Perkara ini merupakan satu isu yang amat penting kalangan pelajar kerana merekalah yang bakal terjun dalam masyarakat dan menggerakkan segala aspek kehidupan dengan menggunakan ilmu dan kepakaran yang telah dipelajari. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kesinambungan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada mereka. Di bahu mereka inilah terletak seribu satu tugas dan cabaran dalam membangunkan masyarakat agar dapat berdaya saing setanding dengan negara lain yang pesat berkembang dalam pelbagai aspek kehidupan. Merekalah yang akan keluar sebagai bakal pemimpin dan tenaga profesional ataupun juga disebut sebagai modal insan yang menyumbang kemajuan negara. Sumber: Akhbar Utusan Malaysia Online 11 Februari 2022
SPM Muin Mohsein 26 Perenggan 3 – Isi 2 (Kaedah Deduktif) a) a) Apa(IU) b) b) Mengapa c) c) Bagaimana d) d) Penegasan(KK) *menguruskan masa dengan baik. *Jika setiap masa kita diisi dengan aktiviti berfaedah, bermakna kita telah menghargai masa. *Untuk menguruskan masa dengan baik, pelajar perlu menyediakan jadual terutama semasa berada di rumah. Sebagai contoh, masa membantu ibu bapa, mengulang kaji pelajaran, beriadah, dan lain-lain perlu dimasukkan dalam jadual. *Jadual yang telah disusun sebaikbaiknya dipaparkan supaya mudah dilihat dan kita perlu mematuhi jadual yang telah dirancang. *dengan adanya jadual, kita dapat mengurus masa dengan baik agar cemerlang dalam bidang akademik. masa itu umpama pedang; jika kita tidak memancungnya, ia akan memancung kita Perenggan 4 – Isi 3 (Kaedah Deduktif) a) Apa(IU) b) Mengapa c) Bagaimana d) Penegasan(KK) *rajin mengulang kaji pelajaran *kita akan lebih mudah untuk mengingati ilmu yang diajarkan oleh guru.* budaya rajin membaca juga dapat diamalkan dengan berkesan. *Seseorang itu hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik. *kita boleh berkunjung ke pepustakaan untuk mendapatkan bahab-bahan bacaan dan membuat rujukan. *Kita juga perlu membuat nota-nota kecil dan ringkas. Nota kecil mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan membolehkan kita merujuk nota tersebut pada waktu lapang seperti waktu rehat. *rajin membaca buku pelajaran dan mengulangkaji pelajaran membantu pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Perenggan 5 – Isi 4 (Kaedah Deduktif) a) a) Apa b) b) Mengapa c) c) Bagaimana d) d) Penegasan(KK) *menyiapkan latihan dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. *menjauhi sikap negatif seperti suka bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. *sikap ini akan membentuk sifat malas dalam diri kita. *apabila kita bersikap rajin dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, kita akan berasa seronok dan senang hati kerana guru tidak akan memarahi kita. *Kita perlulah menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dengan segera. Selain itu, pelajar juga perlu mengurangkan aktiviti menonton televisyen semasa berada di rumah kerana masa itu emas. *sebagai seorang pelajar, kita hendaklah bersikap rajin untuk menyiapkan segala tugasan dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru supaya kita boleh mencapai kejayaan. Orang yang bertangguh itu pencuri masa Perenggan 6 – Isi 5 (Kaedah Deduktif) a) a) Apa b) b) Mengapa c) c) Bagaimana d) d) Penegasan(KK) *berkawan dengan rakan-rakan yang rajin belajar. *Rakan yang rajin belajar boleh mempengaruhi kita. *Rakan yang rajin belajar membolehkan kita bertukar-tukar buah fikiran. *Rakan sebaya mampu untuk memberikan tunjuk ajar. *Ibu bapa juga boleh memainkan peranan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak untuk menyelesaikan masalah pelajaran, contohnya dalam mempelajari mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan sebagainya. *kita juga boleh membentuk sebuah kumpulan belajar bersama rakan-rakan yang rajin menelaah pelajaran. *Dengan adanya kumpulan ini, kita akan lebih bersemangat untuk belajar dan bersaing secara positif sesama sendiri untuk meraih kejayaan dalam bidang akademik. * rakan-rakan yang rajin sebagai pembimbing untuk berjaya. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih #Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat Perenggan 7 – Penutup (Kaedah 1 + 3) a) a) Kesimpulan b) b) Pendirian c) c) Harapan d) d) Peribahasa / Ungkapan *setiap pelajar boleh berjaya dalam bidang akademik dengan cemerlang. *Jika kita bersungguh-sungguh, pasti kita akan berjaya seperti yang diungkapkan dalam pepatah, usaha tangga kejayaan. *semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masingmasing agar para pelajar beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Genggam bara api biar sampai jadi arang #Berharap tanpa usaha merupakan pekerjaan yang sia-sia
SPM Muin Mohsein 27 KARANGAN RESPONS TERBUKA - DIMENSI KELUARGA (DOMAIN KEKELUARGAAN) TAHUN JENIS / FORMAT ISU / TOPIK JUN 2004 Wawancara Rahsia kejayaan ahli sukan NOV 2004 Keperihalan Tokoh sanjungan JUN 2005 Komen Keruntuhan akhlak remaja NOV 2005 Pendapat Pembentukan sahsiah anak-anak JUN 2006 Komen Faktor kejayaan seseorang NOV 2006 Ceramah Menghargai jasa ibu bapa JUN 2007 Pendapat Kebaikan majlis rumah terbuka NOV 2007 Pendapat Kebaikan waktu bekerja lima hari seminggu JUN 2008 Perbincangan Hubungan baik dalam keluarga NOV 2008 Pendapat Ciri-ciri petempatan impian anda sekeluarga JUN 2009 Pendapat Persiapan untuk temu duga NOV 2009 Huraian Kebaikan-kebaikan bercucuk tanam untuk keperluan harian JUN 2010 Pendapat Kepentingan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir setiap ahli keluarga. NOV 2010 Pendapat Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa JUN 2011 Memberi komen Ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak yang meningkat remaja berbanding dengan perhatian yang diberikan semasa anak-anak di sekolah rendah NOV 2011 Huraian Peranan ibu bapa dalam menangani perlakuan negatif dalam kalangan remaja JUN 2012 Perbincangan Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa NOV 2012 Cerita Peribahasa ’Air dicincang tidak akan putus’ bermaksud bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut. JUN 2013 Pendapat Nilai kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak NOV 2013 Rencana Peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak JUN 2014 Pendapat Penjagaan warga tua sepatutnya diberi keutamaan oleh ahli keluarga. Berikan hujah anda bagi menyokong pernyataan tersebut. NOV 2014 Pendapat Peranan setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak menghadapi masalah JUN 2015 Syarahan Yang tua dihormati, yang muda disayangi
SPM Muin Mohsein 28 Nov 2015 - Tiada Soalan Dimensi Keluarga - JUN 2016 -Tiada Soalan Dimensi Keluarga - NOV 2016 Pendapat Peranan ahli keluarga dalam membantu remaja menghadapi cabaran akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya barat. JUN 2017 Pendapat Kebaikan melancong bersama-sama keluarga NOV 2017 - Tiada Soalan Dimensi Keluarga - JUN 2018 Pendapat Setiap keluarga disarankan agar mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian. Huraikan pendapat tentang cara-cara berjimat cermat. NOV 2018 Ulasan Ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak sejak kecil. JUN 2019 Pendapat Aktiviti bersama-sama ahli keluarga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan NOV 2019 Ulaskan Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. JUN 2020 - Tiada Soalan Dimensi Keluarga - Karangan Domain Kekeluargaaan: Petikan akhbar di atas memerihalkan pelbagai masalah akibat peningkatan kos hidup dan masalah kewangan. Sehubungan dengan itu, anak-anak boleh membantu ibu bapa untuk mengurangkan bebanan kewangan yang semakin meruncing. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh anak-anak untuk membantu ibu bapa bagi meringankan beban kewangan keluarga. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Tahun 2021 bermula dengan semua negara di dunia bertindak pantas membendung penularan pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan pelbagai langkah seperti penguatkuasaan kawalan pergerakan dan penutupan sempadan negara. Situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah memberi kesan kepada keseluruhan aktiviti ekonomi global yang mengalami kemelesetan. Kebanyakan pakar ekonomi percaya situasi ini lebih buruk daripada The Great Depression pada 1930-an. Memandangkan Malaysia merupakan ekonomi yang sangat terbuka, KDNK negara turut terkesan. Sejak awal penularan pandemik ini, kerajaan bertekad untuk “menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan rakyat”. Kerajaan berusaha untuk menanganinya melalui pendekatan yang memfokuskan kepada tiga tonggak iaitu melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan akhirnya memperkukuh ekonomi. Ketiga-tiga tonggak ini telah diterjemahkan dalam semua pakej rangsangan ekonomi yang telah dilancarkan sepanjang tahun ini Sumber: Akhbar Harian Metro 2 Januari 2021
SPM Muin Mohsein 29 Pakar-pakar dalam bidang sosioekonomi sering menyatakan bahawa kemajuan ialah ‘kos’. Kos yang dimaksudkan ialah peningkatan dalam nilai berbayar terhadap semua keperluan asas. Hal tersebut amatlah nyata kerana dalam tempoh satu dekad belakangan masyarakat terpaksa berhadapan dengan peningkatan mendadak harga barangan keperluan sehingga mencecah 40 peratus. Kenaikan harga barangan pengguna terutama petroleum, gula dan gandum mengikibatkan semua barangan keperluan yang lain turut meningkat. Fenomena tesebut tidak dapat dielakkan kerana minyak menjadi nadi kehidupan dan berupaya mengubah struktur pasaran semasa. Apabila berlaku perubahan dalam kos hidup, justeru terjadilah sekelompok masyarakat yang terkena bahangnya dan mula merasakan beban kewangan. Golongan yang paling terkesan ialah keluarga yang berada pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM 2 500. mereka hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ketika berada dalam situasi tertekan seperti sekarang, anak-anak diharap dapat memahami situasi yang dihadapi oleh ibu bapa. Sehubungan dengan itu, anak-anak hendaklah melakukan pelbagai prakarsa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa. Oleh itu, persoalan yang akan dirungkai sebentar lagi apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh anak-anak untuk membantu ibu bapa bagi meringankan beban kewangan keluarga? Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh dan signifikan yang dapat digunakan digunakan apabila berada dalam situasi begini. Bulan sudah jelas, bayang sudah terang bahawa langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi suasana darurat dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya berpunca daripada sikap. Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuama. Senario ini menepati hakikat amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Izharnya, budaya dan amalan berjimat cermat perlu dipraktikkan oleh anak-anak agar keluarga tidak dibebani dengan perbelanjaan yang tidak sepatutnya ditanggung. Bukan itu sahaja, anak-anak yang baik akan prihatin terhadap masalah yang dialami oleh ibu bapa mereka. Oleh hal yang demikian, setiap anak tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Pada masa yang sama, anak-anak perlulah menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki. Fahamilah akan beratnya tanggungan persis kata peribahasa, seberapa berat mata memandang beratlah lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja. Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era sekarang seakan-seakan tidak mempunyai sikap belas kasihan kepada ibu bapa. Mereka mudah terdorong untuk menuruti gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Mereka mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti inginkan pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan ditempat-tempat yang eksklusif. Izharnya, anak-anak hendaklah mengelakkan diri daripada sebarang pengaruh dan budaya bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sesama enggang masakan dapat terbang bersama. Seperkara lagi, walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat namun dalam sebuah negara seperti Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka. Asal ditugal adalah benihnya! Hal ini demikian, peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecil-kecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang bertimbang rasa sudah tentu dapat menghidu peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang penting adalah dengan mengetepikan perasaan malu dan malas. Maklumat berikut dapat kita jadikan teladan. Sebenarnya, telah banyak teladan yang dapat dikuti daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan memulakan peniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang terpenting setiap anak perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno, “gantunglah citacitamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi perlimbahan”. Kata orang tua-tua; daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu. Ungkapan tersebut dapat dikaitkan dengan sikap anak-anak yang baik akan sentiasa kembali kepada induknya. Hal demikian kerana amatlah mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak yang telah menginjak usia dewasa. Sebagai analoginya, anak-anak hendaklah memperlihatkan sikap membalas budi dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu bapa mendidik dan menjaga, apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk melihat susah payah mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah apabila telah besar panjang, ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-adik yang masih kecil perlu dibantu. Malanglah sangat apabila kedapatan anak-anak yang sudah besar remaja tetapi masih bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan
SPM Muin Mohsein 30 sedarlah bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah bersikap kacang lupakan kulit, ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang saudara. Jelaslah bahawa anak-anak perlu membalas jasa ibu bapa mereka dalam meringankan beban keluarga. Kaya atau miskin, susah mahupun senang sudah menjadi sunnatullah. Semuanya merupakan sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal putus asa. Demi berhadapan dengan cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang digalakkan berusaha dengan lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin esok ke atas. Prakarsa yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak berputus asa. Peribahasa menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan. Sebagai anak yang sudah besar panjang perlulah mengorak langkah untuk memikirkan sebarang kerja yang dapat meringankan beban ibu bapa. Dalam pada itu, contoh yang diketengahkan sebagai insan yang tidak putus daripada khaliq-Nya, kita perlu berdoa, bermuhasabah dan bermunajat agar diberikan taufik dan hidayah oleh Tuhan sehingga terbuka jalan dan ikhtiar. Yakinlah akan firman Tuhan dengan mafhumnya, “Tuhanmu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubah nasib mereka sendiri”. Maka, insya-Allah jikalau kita gigih dan tidak putus memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia dan restu-Nya akan tetap bersama-sama kita. Intihanya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan daripada krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Dengan itu, Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham akan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling memerlukan boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan impian, “Rumahku Syurgaku”. Semoga dengan sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya, ibarat sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya. Hayatilah hadis yang menyebut bahawa mereka paling dekat denganku kedudukannya pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya. Karangan Domain Kekeluargaaan: Petian akhbar tersebut menyatakan bahawa slogan ”Rumahku Syurgaku” mampu direalisasikan jika semua anggota keluarga bersama-sama mengimpikannya. Selain menjadi suri teladan kepada anak-anak, ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan, dan memupuk nilai kasih sayang dalam diri anak-anak demi merealisasikan slogan ”Rumahku Syurgaku”. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan peranan ibu bapa dalam pembentukan keluarga bahagia. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Pendahuluan: Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. / wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang / Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya. / Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap. / Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukannya / ‘Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan Slogan “Rumahku Syurgaku : Baiti Jannati” indah diucap tetapi sukar untuk dikecap. Slogan ini sewajarnya menjadi ungkapan indah yang mencerminkan hakikat yang sewajarnya. Sejajar dengan sifatnya sebuah syurga, rumah seharusnya mempamerkan suatu persekitaran yang indah, bersih, selesa dan ceria. Anggotanya hidup penuh dengan suasana aman, damai dan bahagia ke arah mencari keindahan dan kemuliaan yang diberkati. Setiap insan mengimpikan keluarga bahagia, miliki rumah yang selesa, kerjaya yang baik dan kehidupan yang harmoni. Pendek kata semua orang mahukan kediaman sebagai tempat berlindung ibarat sebuah syurga! Namun, dalam cabaran dunia globalisasi kini, untuk membina mahligai indah dan keluarga bahagia bagaikan mustahil.Kebahagiaan juga tidak boleh dibeli dengan wang ringgit Sumber: Akhbar Harian Metro 28 Januari 2022
SPM Muin Mohsein 31 seseorang. / Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu / bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu. / Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. / Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. / Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masingmasing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati antara mereka. / Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan. Isi 1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak - Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. / Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik. / Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak / Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak./ Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. / lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka. Isi 2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan - Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. / Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing./ Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa./ Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan. Isi 3. Memupuk nilai kasih sayang - Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing./ Hal ini disebabkan kos sara hidup masa ini yang semakin meningkat. / Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. / Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. / Hukuma-hakama pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. / Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. / Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan./ Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. / Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka./ Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan. Isi 4. Memberikan didikan agama dan moral - Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. / pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan generasi muda./ Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. / Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri./ Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. / Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. / jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
SPM Muin Mohsein 32 Isi 5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak - Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif./ Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya./ Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi. Penutup - Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. / Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. / Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. / Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama. KARANGAN RESPONS TERBUKA - DIMENSI MASYARAKAT / NEGARA (DOMAIN AWAM) TAHUN JENIS / FORMAT ISU / TOPIK JUN 2004 Pendapat Faedah lebuh raya kepada rakyat dan negara JUN 2004 Laporan Destinasi pelancongan NOV 2004 Rencana Persediaan untuk menghadapi persaingan kerja. JUN 2005 Syarahan Budi Bahasa Amalan Mulia NOV 2005 Rencana Meningkatkan mutu sukan egara. JUN 2006 Pendapat Aktiviti mengukuhkan perpaduan rakyat NOV 2006 Pendapat Memajukan industri pertanian egara JUN 2007 Rencana Kesan Buruk Tabiat Merokok NOV 2007 Pendapat Peranan institusi pendidikan berasaskan kemahiran JUN 2008 Pidato Dadah Membawa Padah NOV 2008 Pendapat Penyakit demam denggi – faktor dan langkah bagi menanganinya. JUN 2009 Pendapat Kebaikan aktiviti sukan lasak NOV 2009 Pendapat Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara demi memupuk rasa cinta akan negara. JUN 2010 Pendapat Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara demi memupuk rasa cinta akan negara. NOV 2010 Pendapat Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara demi memupuk rasa cinta akan negara. JUN 2011 Rencana Potensi Industri Kraf Tangan di Malaysia NOV 2011 Syarahan Perpaduan Rakyat Asas Kemajuan dan Kemakmuran Negara JUN 2012 Syarahan Pertanian Satu Perniagaan NOV 2012 Rencana Menjaga Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama Pendapat Kepentingan Bahasa Kebangsaan Kepada Negara Kita Pendapat Kebaikan Penghasilan Produk Makanan Halal JUN 2013 Pendapat Usaha pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat bersukan dan bersenam Pendapat Persediaan kerajaan dalam pelbagai aspek untuk mencapai status negara maju NOV 2013 Pendapat Kebaikan yang diperoleh jika negara kita mempunyai rakyat berminda kelas pertama JUN 2014 Ulasan Perkembangan pelbagai bidang industri membuka peluang pekerjaan kepada rakyat NOV 2014 Perbincangan Usaha memajukan bidang pertanian wajar kerana memberi banyak kebaikan kepada rakyat dan negara
SPM Muin Mohsein 33 JUN 2015 Pendapat Huraikan bagaimana keindahan alam semula jadi dan keunikan bentuk muka bumi dapat dijadikan produk pelancongan Perbincangan Faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang ahli sukan NOV 2015 Ulasan Aktiviti rekreasi seperti melancong, berkelah dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat Pendapat Kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum masing-masing seperti berpakaian dan adat perkahwinan. JUN 2016 Pendapat ’Kesihatan Sepanjang Hayat’. Jelaskan langkah-langkah untuk mencapai matlamat sihat sepanjang masa. Pidato Bahasa Kebangsaan Pemangkin Perpaduan Rakyat Perbincangan Kemajuan infrastruktur seperti pelabuhan, jaringan lebuh raya dan sistem komunikasi meningkatkan eksport negara NOV 2016 Komen Sikap kurang prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan berlakunya banjir yang membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak. Berikan komen anda. Perbincangan Tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia seperti barah dan demam denggi masih rendah. Bincangkan. JUN 2017 Syarahan Peranan sukan dalam mengharumkan nama negara NOV 2017 Pendapat Peranan sekolah dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid. Pendapat Langkah-langkah menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya. JUN 2018 Rencana Amalan gaya hidup sihat dapat meningkatkan kualiti hidup. NOV 2018 - Tiada soalan dimensi masyarakat atau negara - JUN 2019 Pendapat Faktor-faktor perniagaan secara dalam talian mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Pidato Amalan nilai murni melahirkan masyarakat harmoni NOV 2019 Perbincangan Langkah-langkah menangani sikap masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat. JUN 2020 Syarahan Kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia Pendapat Kebaikan industri pelancongan kepada masyarakat dan negara Karangan Domain Awam: Petikan akhbar tersebut menyatakan bahawa integrasi nasional amat penting dalam pembangunan sesebuah negara yang mempunyai masyarakat atau rakyat berbilang kaum. Pada pendapat anda, apakah prakarsa-prakarsa yang dianggap konkrit untuk memupuk integrasi nasional di negara ini? Tuliskan pendapat anda itu selengkapnya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum,budaya serta agama dan kepercayaan yang dianuti. Ciri ini merupakan satu perkara yang menyebabkan Malaysia sebuah negara yang unik apabila kemerdekaan Malaysia dikongsi bersama dengan kaum lain dengan harmoni. Untuk mengekalkan kesepaduan berbilang kaum ini, kerajaan telah memperkenalkan satu mekanisme yang memperkukuh hubungan ini dengan memperkenalkan Integrasi Nasional. Sumber: Akhbar Berita Harian 13 Januari 2022
SPM Muin Mohsein 34 Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Di persada dunia era globalisasi dan teknologi maklumat, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia masih berkurangan dan renggang kerana orang ramai bersikap materialistik dan lebih mengutamakan kerjaya agar mereka setanding dengan arus modenisasi yang melanda dunia masa kini. Malaysia memang terkenal oleh keunikan perpaduan kaum yang dapat hidup bersama secara aman dan makmur. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata perpaduan ialah ideologi negara dan teras kemajuan dan pembangunan sosial sesebuah negara menuju ke era pascamoden. Apakah maksud sebenar di sebalik frasa ‘integrasi nasional’? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, integrasi membawa maksud penggabungan dua atau beberapa kaum. Manakala frasa Nasional pula diertikan kebangsaan. Keutuhan dan kekuatan sesebuah negara itu boleh diukur melalui semangat perpaduan yang ada pada warganya. Sejak belakangan ini, kerajaan telah menganjurkan kempen “Masyarakat Penyayang” bersesuaian dengan minggu Perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ironisnya, sudah tiba masanya kita mengorak langkah yang efisien dan melakukan anjakan paradigma dengan berlandaskan prinsip bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat agar dapat merealisasikan aspirasi, misi dan visi negara. Persoalannya, apakah prakarsa-prakarsa yang perlu diambil? Dalam konteks ini, langkah-langkah yang dianggap dominan dan boleh dijalankan bagi memujuk dan mengukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat di negara ini ialah penggunaan bahasa yang sama dalam kalangan warganya. Hal ini demikian kerana bahasa menjadi alat perantaraan dan saluran maklumat. Penggunaan satu bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pertuturan mahupun ketika proses pembelajaran di sekolah mampu menghapuskan tembok pemisah antara kaum malah sekali gus menjadi katalis untuk meningkatkan kesejahteraan dan perhubungan antara kaum. Bangsa yang kuat dan maju selalunya memiliki peradaban dan mempunyai bahsa yang kaya dengan perisan ilmu. Bahasa Melayu ialah jiwa dan identiti rakyat negar ini. Mari kita ambil bukti seseorang daripada bangsa bukan Melayu bertutur dengan Bahasa Melayu, secara tidak langsung perasaan saling memahami akan wujud. Sesungguhnya bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa jiwa bangsa, slogan “Bahasa Melayu Boleh” perlu digunakan kerana sifat bahasa ini yang dinamis dan memiliki keserasian dalam menghadapi arus perkembangan bahasa. Antara langkah untuk memajukan Bahasa Melayu termasuklah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956. pelancaran ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dilakukan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu pada tahun 1960. ini disusuli oleh penubuhan sekolah menengah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Sri Puteri. Apabila semua rakyat saling memahami dan memiliki satu cita rasa, maka matlamat untuk membentuk negara yang aman dan unik akan terlaksana. Jelaslah bahawa perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, maka duyungilah ke arah satu matlamat. Di samping itu, pelaksanaan kurikulum kebangsaan juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warganya. Hal ini demikian kerana penggunaan kurikulum kebangsaan di peringkat pendidikan rendah dan menengah memungkinkan konsep dan prinsip perpaduan disebarkan secara formal dan menyeluruh. Kurikulum kebangsaan bahawa semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menggunakan mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib, mata pelajaran tambahan, dan mata pelajaran efektif yang telah ditetapkan. Melalui penggunaan sukatan pelajaran yang sama adalah selaras dan menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang lebih mementingkan perkembangan potensi individualisme menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan keluarga. Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperlukan sebagai pelengkap Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan kurikulum Kebangsaan yang sama di setiap peringkat pendidikan telah turut berjaya melahirkan rakyat generasi baru yang berbilang kaum yang lebih berpengetahuan dan lebih sensitif kepada keperluan mewujudkan suasana yang harmonis dan sejahtera demi meransangkan kewujudan bangsa yang bersatu padu selama-lamanya. Dengan itu, guru-guru perlulah bertanggungjawab melaksanakan kurikululum yang telah ditetapkan oleh kerajaan kerana jika guru kencing berdiri sudah pasti pelajar kencing sambil berlari dan bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Pada masa yang sama, penubuhan sekolah wawasan dan sekolah integrasi turut dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Hal ini demikian kerana penempatan ketiga-tiga sekolah yang ber di tempat yang sama telah menfokuskan matlamat dan mewujudkan iklim pendidikan yang sama. Sekolah Wawasan menjadi madah terbaik untuk mempertemukan generasi baru Malaysia daripada pelbagai kaum dalam suasana yang rasmi dan separuh rasmi apabila mereka sentiasa terlibat dan bertemu mesra setiap hari dalam
SPM Muin Mohsein 35 suatu zon ilmu. Kewujudannya boleh juga menjadi sumber persaingan yang sihat antara kaum dan seterusnya dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu-padu, berinteraksi, dan bersaing secara sihat. Sekolah Wawasan merupakan simbolik yang cukup signifikan untuk menterjemahkan ciri-ciri Malaysia sebenar melalui saluran pendidikan. Kejayaan Sekolah Wawasan sudah pasti akan menjadi “role model” untuk rujukan masyarakat seluruh dunia yang menghadapi situasi seperti Malaysia untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan. Antara Sekolah Wawasan yang ditubuhkan di Malaysia ialah Sekolah Wawasan Lurah Bilut, Pahang dan Sekolah Wawasan Telok Sengot, Johor. Oleh itu, kewujudan perpaduan wajarlah bermula di bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, perpaduan dapat dilakukan melalui kegiatan kokurikulum di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti kokurikulum, pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik, ras , dan bangsa dapat berinteraksi dan menjalin perhubungan. Dengan ini, jelaslah secara tidak langsung dapat menanam bibit-bibit kerjasama. Bibit-bibit perselisihan, pertelingkahan, dan prasangka dapat dielakkan daripada berlaku. Kegiatan di luar bilik darjah seperti Sukan, Permainan, Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform dapat menyaknikan para pelajar maksud dan erti perpaduan. Hal ini terbukti apabila seseorang pelajar membimbing sesuatu persatuan, maka secara tidak langsung, dia memerlukan kerjasama semua pelajar agar dapat menjayakan sesuatu projek yang dilaksanakan. Dengan adanya perpaduan, suasana aman damai, makmur, harmonis, dan riang akan wujud. Ilmu dan pengalaman lalu yang diperoleh hendaklah dijadikan landasan untuk kita membuat persediaan awal agar peristiwa ngeri yang menggegarkan keamanan negara seperti Peristiwa 13 Mei 1969 tidak menjadi pisang berbuah dua kali. Jadi, kita perlulah memujuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat agar dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni, ke lurah sama didaki, ke bukit sama didaki. Langkah yang seterusnya adalah dengan menggalakkan rakyat melibatkan diri dalam kegiatan sosial. Mengapakan dikatakan begitu? Kegiatan sosial yang dimaksudkan termasuklah aktiviti gotong-royong, rukun tetangga, Hari Keluarga dan lain-lain lagi. Kegiatan sosial ini akan memberi peluang kepada sahabat handai ataupun jiran-jiran yang berlainan bangsa bertemu muka dan mengeratkan silarurrahim sesama insan; sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk. Di samping itu, persefahaman bagi pihak yang bagai kunyit dan kapur dapat dikurangkan. Hal ini terbukti peristiwa-peristiwa ngeri pertumpahan darah seperti di Brunei, Nigeria, Rwanda dan Ethiopia masih memaparkan bahawa masalah penyatuan kaum masih menjadi duri dalam daging kepada keganasan sifar. Pengalaman lau adalah guru yang terbaik. Kalau sekadar melihat sahaja tanpa mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, maka tidak ada gunanya. Justifikasinya, rakyat Malaysia perlulah berpegang pada prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita roboh agar dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup. Pendek kata, perpaduan kaum merupakan pemangkin kejayaan aspirasi nasional. Dengan itu, semua pihak perlulah berganding bahu serta melakukan anjakan paradigma agar dapat mewujudkan masyarakat yang sepakat. Sesungguhnya, tanpa perpaduan yang kukuh, perpecahan dan prasangka kaum mudah menebuk dan menjadi gunting dalam lipatan yang akan memporak-perandakan keharmonian negara. Akhirnya, renungilah katakata “kuat ikan kerana sadai, kuat burung kerana sayap, kuat tunjang kerana akar, kuat manusia kerana muafakat”. Karangan Domain Awam: Pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2030 oleh Perdana Menteri adalah tepat pada waktunya demi keharmonian dan perpaduan kaum. Kita wajar mengakui bahawa sebahagian rakyat Malaysia hari ini berada dalam krisis identiti, ada yang skeptikal terhadap masa depan negara, dan tidak kurang juga yang keliru dengan situasi sosiopolitik tempatan yang dilihat terlampau dinamik. Situasi ini diparahkan lagi oleh elemen-elemen perkauman, kenegerian dan agama yang masih menjadi barah dalam hubungan kaum masyarakat kita. Amat wajar Perdana Menteri memberi peringatan tentang bahayanya sentimen-sentimen negatif yang berpotensi merosakkan keutuhan warga negara ini. Kita tidak mahu Malaysia menuju ke arah sektarianisme (asobiyyah) mengikut ideologi politik, ekstremisme agama, perkauman dan juga ketaksuban terhadap negeri masing-masing. Oleh itu, adalah wajar jika konsep perpaduan negara ini menjadikan semangat kebangsaan (nasionalisme) seperti yang terpahat dalam Rukun Negara sebagai asas dan paksinya. Sumber: BERNAMA 10 Februari 2022
SPM Muin Mohsein 36 Petikan akhbat tersebut memaparkan bahawa generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkahlangkah yang sesuai untuk mengatasinya. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : P1 – Pendahuluan - Semangat kebangsaan atau nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. / kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka dan menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan./ tidak lagi menyanjung prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (cinta akan negara)/ Persoalannya, - P2 – ISI 1 -I.U : Punca yang dianggap signifikan - kurang tersemai nilai nasionalisme dalam diri ialah kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. -H : Dalam konteks ini, - mereka tidak merasai pahit maung (pengalaman) yang dialami oleh pejuang kemerdekaan - H2 generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai - H3 negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat. -C/B : Sebagai analoginya, - Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) -PR : Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi (setaraf) dengan negara-negara yang telah lama mencapai kemerdekaan daripada kita -KK : Sudah terang lagikan bersuluh bahawa -kemewahan dan kesenangan hidup yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalis dalam diri mereka. P3 – ISI 2 -I.U : Bukan itu sahaja,dalam masa yang sama , - sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara kita kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cinta akan negara -H : Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini dekian kerana- H1 kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menekankan aspek 3M - H2 lanjutan daripada KBSR kementerian Pelajaran melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993. H3 kedua-dua kurikulum ini menjurus kearah kecemerlangan dalam peprperiksaan H4 Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij - C/B: Sebagai uswah, Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah menengah barasrama penuh menjadikan kelulusan yang cemerlang sebagai kayu pengukurnya- Dalam pada itu , H6 mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalis kurang diberi penekanan -PR : alur bertempuh, jalan berturut (melakukan sesuatu menurut kebiasaan) -KK : Izharnya, - gambaran sebenar tindakan kita apabila terlalu memandang enteng sesuatu perkara. P4 – ISI 3 -I.U : Sehubungan dengan itu / ekoran itu / lantaran itu- Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Kementerian Pelajaran wajar menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. -H : Lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya tetapi Aladdin yang menggosoknya terlebih dahuluOleh hal yang demikian - H1 mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar sejak sekolah rendah lagi H2 Kesan daripada sistem pendidikan menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. H3 tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya nasionalisme dalam kalangan generasi kini .-C/B : Kajian yang sahih membuktikan bahawa - para pelajar akan didedahkan mata pelajaran kenegaraan sejak peringkat sekolah rendah dan berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi - Mata pelajaran sejarah dan mata pelajaran pendidikan Moral patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti -PR : melentur buluh biarlah dari rebungnya / bagaimana contoh begitulah gubahannya (didikan awal) -KK : Justifikasinya- segala perbuatan kita akan mencorakkan masa depan generasi kita.
SPM Muin Mohsein 37 P5 – ISI 4 -I.U : Sementelahan, - media massa baik media bercetak mahupun eletronik memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cinta akan negara. -H : Hal ini kerana - H1 Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsurkan penerapan semangat kebangsaan bertepatan sekali dan patut diberi pujian H2 orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan. H3 Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.-C/B : Cuba kita bayangkan - stesen televisyen lebih banyak menyiarkan cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) -PR : biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma (membuat kebaikan):-KK : Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa - memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri. P6– PENUTUP -KM : Secara tuntasnya, -kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. -HR : Sesungguhnya, - tidak boleh memandang ringan gejala ini dan kita harus ingat bahawa pemuda hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak -PD : Lantaran itu, - kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa - PR : patah tumbuh hilang berganti (mempunyai pengganti)-UN: Karangan Domain Awam: Petikan akhbar tersebut menyatakan bahawa pencemaran sungai di negara ini seolah-olah tidak terkawal lagi. Mengapakah masalah ini boleh berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang harus dijalankan. Bincangkan. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Sungai merupakan khazanah alam yang tidak ternilai. Namun begitu, kerakusan manusia akhirnya membawa bencana yang besar apabila kebanyakan sungai di negara ini mengalami pencemaran yang amat teruk. Apakah pencemaran? Pencemaran sungai boleh ditakrifkan sebagai kesan buruk sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh manusia yang mengakibatkan sungai tercemar dengan bahan buangan. Menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, didapati bahawa dua belas peratus daripada sungai yang diawasi di seluruh negara amat tercemar dan sekaligus mungkin mengancam kehidupan manusia dan organisma yang lain. Oleh yang demikian, sudahlah tiba masanya untuk kita bergandingan bahu mengambil pelbagai inisiatif dalam membanteras gejala yang semakin mengancam kesejahteraan hidup kita ini; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Persoalan yang sering bermain di ruang legar fikiran kita ialah apakah punca-punca yang mengundang masalah ini agar usaha-usaha yang berkesan dapat diambil? Sebab yang paling asas menyebabkan pencemaran sungai di negara ini ialah manusia jahil tentang kepentingan sungai dan sumber flora dan fauna. Hal ini demikian kerana manusia telah menjadikan sungai Terkini negara digemparkan dengan pencemaran semula Sungai Kim Kim di Johor akibat perbuatan segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab. Komponen sungai sering dicemari secara berterusan hasil daripada aktiviti manusia yang melampaui batas kelestarian, antaranya akibat pelepasan sisa industri secara tidak terawat. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 80 peratus air kumbahan yang disebabkan oleh aktiviti manusia dilepaskan ke dalam sungai atau laut tanpa sebarang penyingkiran pencemaran. Sumber: Sinar Harian 12 Januari 2022
SPM Muin Mohsein 38 sebagai tempat pembuangan sampah. Selain itu, sikap manusia yang mementingkan diri sendiri juga menyebabkan mereka membuang sampah-sarap ke dalam sungai. Kelalaian manusia yang tidak memikirkan kesan perbuatan mereka ini akan menyebabkan dunia semakin terancam dengan longgokan sampah sarap yang tidak dapat dimusnahkan secara semula jadi dan sumber flora dan fauna akan pupus. Majlis Perbandaran juga tidak menyediakan tong sampah yang cukup di sekitar kawasan perumahan. Dengan itu, sungai menjadi tempat pembuangan sampah-sarap. Ini dapat dibuktikan apabila Sungai Kelang terpaksa mengapung satu tan sisa buangan dan bahan terampai pada setiap hari. Mengikut laporan oleh Jabatan Alam Sekitar, didapati kualiti air sungai semakin merosot dengan kadar 1.19 peratus setahun. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak tempat pembuangan sampah-sarap dan menyeru orang ramai supaya tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri; seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Selain itu, penerokaan hutan dan pembalakan secara haram serta pembangunan di kawasan hulu sungai secara tidak terkawal menyebabkan pencemaran sungai yang teruk. Kejadian ini berlaku kerana manusia mementingkan diri sendiri apabila mendepangi kemajuan. Manusia sanggup memusnahkan alam sekitar demi pembangunan. Apabila manusia meneroka hutan dan menjalankan pembalakan secara haram dan tidak terkawal, hakisan tanah akan berlaku dan tanah akan mengalir ke sungai menyebabkan sungai semakin cetek. Sebagai analoginya, aktiviti pembalakan dan penarahan hutan di Gombak tercemar teruk. Di samping itu, pembangunan industri di kawasan hulu sungai juga menyebabkan pencemaran sungai akibat pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungani yang boleh menyebabkan kematian hidupan akuatik. Hal ini dapat dibuktikan apabila aktiviti pembangunan industri menyebabkan Sungai Batu Pahat di Johor dan Sungai Juru di Pulau Pinang dicemari bahan buangan dan sisa toksik. Jelaslah bahawa langkah-langkah pengawalan perlu diambil untuk memastikan penerokaan hutan dan pembalakan secara haram serta pembangunan di kawasan hulu sungai secara tidak terkawal tidak berlaku sehingga boleh menyebabkan pencemaran sungai; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Bukan itu sahaja, sebab lain berlakunya pencemaran sungai ialah kadar hujan yang tinggi di negara ini. Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini telah menyebabkan manusia tidak berasa sumber air seperti sungai sebagai khazanak alam yang penting dan ternilai. Setiap hari, kita hanya melihat air sungai hanya mengalir ke laut. Tambahan pula, bekalan air di negara ini adalah cukup untuk setiap keluarga. Setiap rumah akan mendapat bekelan air dengan mudah kerana paip air telah disambung ke semua rumah di negara ini dengan lengkap. Hal ini menyebabkan rakyat di negara ini kurang mengamalkan sikap ingat sementera belum kena, jimat sementara belum habis. Manusia selalu mencemarkan sungai tanpa berfikir terutamanya membuang sisa buangan, melepaskan najis ternakan dan kumbahan domestik serta industi juga dibuang ke dalam sungan. Buktinya dapat dilihat apabila orang ramai boleh mendapat bekalan air yang mudah dan pada harga yang rendah. Banyak sungai juga dicemari sebagai akibat pembuangan sisa buangan dan bahan terampai seperti Sungai Kelang, Sungai Juru, Sungai Gombak dan sebagainya. Dengan itu, jika manusia masih terus mengamalkan sikap kuman di seberang laut boleh dilihat tetapi gajah di tepi mata tidak nampak tidak diubah, maka sungai tetap menjadi mangsa akibat tindakan kita sendiri. Jadi, sikap berjimat-cermat perlu dijadikan amalan dalam kehidupan manusia sejak kecil lagi dan harus dipupuk di kalangan masyarakat pada hari ini; melentur buluh biar dari rebungnya. Sementelahan. Penggunaan racun serangga secara berlebihan dalam sektor pertanian juga turut dikesan telah menyebabkan pencemaran sungai berlaku. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Hal ini kerana pelbagai bahan kimia terutamanya baja pestisid dan insektisid digunakan secara berleluasa. Para petani sepatutnya berfikir secara rasional agar tidak mengundang padah yang lebih kronik kerana padang perahu di lautan, padang hati di fikiran. Perkara yang melayang di fikiran petani hanyalah untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Mereka sanggup menggunakan racun serangga secara berlebihan kerana takut tanaman mereka dimakan oleh serangga perosak. Mereka sepatutnya menyedari kesilapan mereka sendiri kerana menepuk air di dulang akan terpercik ke muka sendiri ! Petani -petani tidak sedar bahawa air hujan akan melarutkan bahan kimia ini dan seterusnya mengalir ke sungai. Lantaran itu,, berfikirlah sebelum bertindak kerana terlajak perahu boleh diundur, telajak perbuatan buruk padahnya. Setiap penyakit ada penawarnya. Untuk memastikan sungai supaya sentiasa bersih dan tidak tercemar maka kerajaan perlu menjalankan langkah pendidikan jangka panjang. Melalui langkah pendidikan jangka panjang, semangat cinta akan sungai dapat disemai dalam kalangan generasi muda. Bagaimanakah usaha ini dapat dilaksanakan dengan berkesan? Generasi muda akan dinasihati supaya jangan mencemarkan sungai kerana sungai adalah penting dalam kehidupan kita tetapi sebaliknya menjaga sungai. Jika terdapat sampah di dalam sungai, Jabatan Alam Sekitar boleh menganjurkan kempen membersihkan sungai supaya sungai di negara ini sentiasa bebas daripada sampah-sarap. Slogan seperti “Cintailah Sungai Kita” juga boleh dipaparkan di tepi sungai. Program kempen seperti program kempen oleh JPS telah menjadikan semua sekolah di tepi sungai utama sebagai anak angkat supaya semua sekolah tersebut mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebersihan sungai ini. Usaha ini haruslah dilakukan secara prolifik. Usaha yang bersifat sementara dan hangathangat tahi ayam hanya mencurah air di daun keladi. Dengan itu, langkah pendidikan jangka panjang merupakan
SPM Muin Mohsein 39 langkah yang amat penting kerana penguatkuasaan undang-undang semata-mata mungkin tidak dapat menyemai kesedaran secara menyeluruh dan berkesan. Di samping itu, kementerian terbabit perlu mengehadkan kadar yang munasabah bagai sebarang pembinaan dan pembangunan yang berhampiran sungai. Oleh hal yang demikian, undang-undang dalam Akta Alam Sekitar perlu dipinda supaya jarak antara 300 hingga 500 meter dari tebing sungai tidak boleh dibangunkan sebarang premis bangunan. Selain itu, setiap air kumbahan mesti disaring terlelbih dahulu sebelum dialirkan ke sungai. Setiap aktiviti pembangunan juga perlu dinilai dan diselaraskan terlebih dahulu. Ini dapat dilihat apabil setiap pemaju dikehendaki menjalankan kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) untuk diserah dan dipertimbang oleh Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu projek dimulakan. Oleh itu, pembinaan dan pembangunan di tempat berhampiran sungai perlu dikawal supaya pembangunan sesebuah negara seimbang dengan penjagaan sungai kita agar tidak berlaku yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tindakan tegas dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang juga merupakan salah satu langkah yang perlu dijalankan untuk mengatasi masalah yang menjadi batu penarung kepada negara ini. Dalam konteks ini, langkah tersebut dapat mengawal pelepasan kumbahan dan efluen dari industi seperti dari kilang getah dan kilang kelapa sawit. Pembuangan sisa-sisa toksik dan berbahaya juga dapat dikawal melalui Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Berjadual 1989. Pihak berkuasa perlu mengenakan kompaun pada kadar maksimum dan dikompaunkan secara serta-merta. Dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, penguatkuasaan undang-undang dikenakan ke atas premis yang dikenal pasti sebagai punca pelapasan efluen yang melanggar piawai yang ditetapkan. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, kilang-kilang yang berhampiran sungai pasti akan terus membuangkan sisa-sisa toksik dan efluen ke dalam sungai. Golongan telunjuk lurus kelengkeng berkait ini amat bahaya kepada negara kita. Izharnya , masalah pencemaran sungai di negara ini akan menjadi lebih serius sekiranya penguatkuasaan undang-undang masih tidak dijalankan kerana penguatkuasaan undang-undang merupakan usaha yang efektif untuk mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging ini. Secara tuntasnya, manusia dan semua unsur alam termasuk sungai saling memerlukan antara satu sama lain. Sehubungan itu, demi generasi akan datang sebarang perlakuan tidak bertanggungjawab terhadap sungai hendaklah ditentang secara moral dan undang-undang. Sekiranya setiap rakyat mempunyai kesedaran sivik dan komitmen menyelurug, sungai di negara ini akan menjadi selamat untuk hidupan akuatik dan kesejahteraan hidup kita juga turut terjamin. Pada pendapat saya, sikap kurang prihatin terhadap sungai hanyalah langkah mengundang masalah semata-mata. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya tidak bersikap membuat baik tidak dipuji, membuat jahat tiada dikeji dengan menjadikan sungai kita sebagai tong sampah.. Karangan Domain Awam: Petikan akhbar tersebut memerihalkan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Oleh itu, aktiviti-aktiviti seperti bergotong royong, majlis rumah terbuka, aktiviti hari keluarga dan sebagainya perlu dipraktikkan dalam memupuk amalan murni ini kembali. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan. Semangat kejiranan kini semakin pudar. Hubungan kemasyarakatan yang renggang ini ada kaitannya dengan sikap masyarakat hari ini yang lebih cenderung untuk hidup bersendirian tanpa gangguan orang lain. Malahan terdapat tanggapan bahawa kemewahan yang dikecap sudah memadai bagi mereka untuk menjalani kehidupan tanpa perlu bergantung pada orang lain.Masyarakat sekarang ibarat “enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Sebenarnya, hidup bermasyarakat merupakan tuntutan semula jadi dan menjadi keperluan kepada manusia. Oleh itu,timbullah keinginan nurani untuk hidup berjiran dan bergaul bagi mencapai kegembiraan hidup. Jiran tetangga merupakan orang yang paling dekat dengan diri kita. Semua orang yang tinggal berdekatan dengan kita hingga 40 buah rumah dari setiap penjuru,mereka itulah yang dikatakan jiran. Sumber: Sinar Harian 2 Februari 2022
SPM Muin Mohsein 40 Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Pepatah ada mengingatkan kita bahawa jiran sepakat membawa berkat. Sehubungan dengan itu, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Siapakah yang dipanggil jiran? Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Oleh itu, langkahlangkah yang sewajarnya hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.Persoalan yang perlu dikupas, apakah langkah-langkahnya? Langkah primer yang harus diambil adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Mengapakah langkah ini perlu dipraktikkan? Hal ini demikian, aktiviti gotong-royong memberi peluang kepada jiran berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain, dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui aforisme yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai tamsilannya, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong termasuklah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Sudah terang lagikan bersuluh,aktiviti kemasyarakatan ini membolehkan kita menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Hal ini demikian kerana amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Biar kita ambil contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Justifikasinya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi bagai aur dengan tebing. Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayuke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan. Seterusnya, langkah terakhir yang tidak dinafikan keberkesanannya termasuklah kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam konteks tersebut, amalan hidup bermasyarakat dapat dizahirkan apabila kita menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai uswahnya, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.Jjika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan
SPM Muin Mohsein 41 dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jelaslah bahawa melalui amalan ini kita dapat meringankan penderitaan jiran kita Pendek kata, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat kerana banyak maslahatnya. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. KARANGAN RESPONS TERBUKA - DIMENSI GLOBAL (DOMAIN SEJAGAT) TAHUN JENIS / FORMAT ISU / TOPIK NOV 2004 Syarahan Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni JUN 2005 Perbincangan Kewajaran memelihara hubungan diplomatic NOV 2005 Komentar Persengketaan & peperangan menjejaskan keharmonian sosial & perkembangan ekonomi dunia. JUN 2006 Pendapat Mengekalkan kesejahteraan & keamanan dunia. NOV 2006 Perbincangan Kerjasama serantau menangani masalah jerebu. JUN 2007 Perbahasan Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan kpd. Negara NOV 2007 Pendapat Sumbangan untuk membantu negara-negara miskin JUN 2008 Pendapat Peranan untuk mempromosikan negara di peringkat antarabangsa. NOV 2008 Pendapat Mengeratkan hubungan masyarakat dunia melalui sukan. JUN 2009 Pendapat Meningkatkan pengeluaran bahan makanan NOV 2009 Rencana Kesan-kesan pemanasan global terhadap Bumi dan Hidupannya JUN 2010 Pendapat Jelaskan manfaat yang diperoleh melalui hubungan baik pemimpin-pemimpin negara di dunia ini. NOV 2010 Huraian Langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit berjangkit JUN 2011 Pendapat Langkah-langkah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa. NOV 2011 Perbincangan Kemajuan ICT membolehkan masyarakat dunia berkomunikasi dan memperoleh maklumat dengan mudah, cepat dan murah JUN 2012 Huraian Bantuan oleh negara-negara di dunia kepada negara yang ditimpa bencana NOV 2012 -Tiada soalan dimensi globalJUN 2013 Pidato Keamanan dunia miliki masyarakat sejagat NOV 2013 Perbincangan Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa membawa pelbagai kebaikan kepada negara penganjur JUN 2014 Pendapat Usaha-usaha peringkat antarabangsa untuk menangani perubahan cuaca dunia tidak menentu NOV 2014 Pendapat Kerjasama antara negara di dunia dalam membanteras peyeludupan dadah JUN 2015 -Tiada soalan dimensi global - NOV 2015 Pendapat Usaha-usaha pelbagai pihak untuk memastikan keamanan sejagat JUN 2016 -Tiada soalan dimensi global - NOV 2016 -Tiada soalan dimensi global - JUN 2017 Perbincangan Manfaat program pertukaran pelajar antara negara. NOV 2017 Rencana Kebaikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada masyarakat antarabangsa. JUN 2018 Pendapat Jelaskan keistimewaan sebuah negara lain yang menjadi pilihan anda. NOV 2018 Perbincangan Kepentingan hubungan baik dengan negara luar dalam pelbagai bidang seperti pendidkan, sosial dan ekonomi.
SPM Muin Mohsein 42 JUN 2019 Pendapat Bentuk kerjasama antara Negara di dunia bagi menjaga alam sekitar NOV 2019 Pendapat Usaha-usaha memasarkan produk makanan keluaran Malaysia ke peringkat antarabangsa. JUN 2020 Perbincangan Bantuan kepada ngara yang dilanda masalah Karangan Bahagian B: Karangan Domain Sejagat Petikan akhbar tersebut memaparkan pelaburan asing di negara kita. Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan sesebuah negara. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini? Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Pelaburan asing merupakan nadi penggerak sesebuah negara. Faktor utama yang menyebabkan peranan pelaburan asing kian penting dewasa ini ialah keupayaan kegiatan ini meningkatkan pendapatan negara. Pelaburan asing bukan sahaja menjana pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga meningkatkan guna tenaga dalam kalangan para pekerja. Tambahan pula, pelaburan asing merupakan salah satu cara yang paling mudah dan menjimatkan pembiayaan penghantaran rakyat ke luar negara untuk memperoleh kepakaran serta kemahiran. Hal ini disebabkan pelaburan asing sebenarnya mempercepat pemindahan teknologi dan kepakaran dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Negara-negara pelabur lazim di negara kita ialah Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Taiwan, Singapura, dan Hong Kong. Buktinya pelabur asing Jepun menyumbangkan lebih daripada RM300 billion kepada pendapatan negara kita. Jelasnya, pelaburan asing merupakan serampang dua mata kepada negara. Rentetan itu, kerajaan Malaysia amat menggalakkan pelaburan asing secara langsung di negara ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu dijalankan oleh negara Malaysia bagi menarik pelaburan asing ? Kestabilan politik merupakan kunci utama dalam usaha menggalakkan pelaburan asing. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa kestabilan politik Malaysia sejak 1970-an masih terpelihara hingga sekarang. Meskipun tanah Indonesia adalah murah bahkan terdapat bekalan kerja yang murah belaka, namun Indonesia sentiasa huru-hara disebabkan oleh rusuhan kaum. Rakyat Indonesia berpecah-belah berbanding rakyat Malaysia yang bersatu-padu walhal terdiri daripada berbilang kaum. Pemimpin negara-negara sedang membangun yang lain seperti Indonesia dan Filipina sentiasa bertukar tetapi keadaan politik mereka tetap sama seperti asal. Sistem pemerintahan demokrasi Malaysia mengamalkan dasar terbuka bagi para pengilang. Sebagai tamsilannya, semasa kegawatan ekonomi melanda dunia pada tahun 1997, Malaysia masih berjaya mengadakan Sukan Komanwell dengan jayanya pada tahun 1998. Kemampuan bekas Perdana Menteri Malaysia yakni Tun Dr. Mahathir Mohammad mengawal ekonomi negara amat dikagumi masyarakat Malaysia dan seantero dunia. Beliau telah menetapkan RM 3.50 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan langkah tersebut telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada turut berhutang dengan International Monetary Fund Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) meningkat 34.7 peratus kepada RM9.1 bilion pada suku pertama tahun ini daripada RM6.8 bilion pada suku sebelumnya, disokong pemulihan pelaburan ekonomi pada 2021. Ketua Perangkawan berkata aliran pelaburan memberangsangkan pada suku dikaji juga disokong usaha menarik pelabur berkualiti dalam merancakkan suntikan pelaburan dalam sektor bernilai tinggi, berteknologi dan berimpak tinggi serta projek yang berinsentifkan modal bagi kemajuan ekonomi yang lebih mampan. FDI di Malaysia mencatatkan aliran masuk lebih baik pada suku pertama dan pelaburan terkumpul juga kekal tinggi, menandakan peningkatan prestasi pelaburan pada tahun ini. Sumber: Sinar Harian 2 Februari 2022
SPM Muin Mohsein 43 (IMF). Jelas bahawa kebolehan Malaysia melalui tempoh kegawatan ekonomi malah menjadi negara sedang membangun yang paling maju di seluruh dunia meyakinkan para pelabur asing tentang potensi Malaysia sebagai pusat pelaburan mereka. Seperkara lagi, hubungan bilateral dan multilateral harus dieratkan bagi mewujudkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan negara lain. Hal ini dekian kerana hubungan bilateral diperkukuh melalui lawatan diplomatik sama ada oleh Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri atau Menteri Perdagangan Antarabangasa ke negara-negara lain. Biar kita ambil contoh yang terpapar melalui akhbar arus perdana, barubaru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan ke Arab Saudi untuk membaharui hubungan diplomatik. Dalam suatu lawatan Perdana Menteri ke Dubai, rakyat Dubai akan membuka kilang di Malaysia manakala rakyat Malaysia akan membuka kilang di Dubai juga. Usaha turut sama dijalankan oleh pelabur Indonesia dengan pelabur Malaysia di kedua-dua buah negara dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Hubungan bagai dakwat dengan kertas akan menguntungkan kedua-dua pihak. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara lain sejak Malaysia menjadi negara berkecuali hingga sekarang amat berkesan untuk meningkatkan pelaburan asing di negara kita. Sementelahan, kerajaan Malaysia juga perlu terus menghantar rombongan penggalak pelaburan ke luar negara dengan matlamat mempertingkatkan pelaburan asing. Asal ditugal adalah benihnya! Rentetan itu, berpandukan misi pelaburan ini, rombongan terbabit biasanya diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang akan berperanan berucap dan menyatakan kelebihan Malaysia kepada para pelabur asing di luar negara. Secara relatifnya, ekspo perdagangan dan pameran akan diadakan di luar negara bagi menonjolkan faktor-faktor tarikan Malaysia yang sesuai dijadikan tempat pelaburan. Seminar pelaburan turut diadakan oleh rombongan tersebut. Tambahan pula, seminar dan mesyuarat tentang kelebihan melabur di Malaysia juga diadakan di luar negara. Laporan dan promosi tentang insentif terbaru melabur di Malaysia juga harus diadakan oleh pihak media massa antarabangsa . situasi ini dapat katakan bagai menyelam minum air. Izharnya, penghantaran rombongan penggalak pelaburan ke negara kita mampu meningkatkan pelabur asing di Malaysia Bukan itu sahaja, zon perdagangan yang sesuai dan lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur perlu diperbanyakkan oleh kerajaan Malaysia. Mengapakan inisiatif ini dianggap afdal? Hal ini demikian tapak perusahaan yang strategik harus diperbanyak demi menggamit pelaburan asing di negara ini. Prasarana seperti sistem pengangkutan yang sistematik, bekalan elektrik dan air yang berterusan, serta sistem telekomunikasi yang cekap harus disediakan untuk kemudahan kilang-kilang beroperasi. Zon perdagangan ini haruslah dekat dengan sumber bahan mentah agar bahan mentah terutamanya hasil pertanian seperti kelapa sawit tidak busuk sebelum sampai ke destinasi. Sebagai uswah, zon perdagangan yang terdapat di negara kita ialah di Shah Alam, di Batu Berendam, di Alor Gajah, di Gurun dan di Senawang. Lebih banyak kawasan harus dijadikan zon perdagangan bebas (FTZ) seperti di Bayan Lepas Pulau Pinang untuk menarik minat pelabur asing. Prasarana yang lengkap dan dilakukan secara bersungguh-sungguh, dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dapat menarik pelaburan asing. Rumusannya, pelabur baru amat mengutamakan zon perdagangan yang lengkap dengan segala infrastruktur yang terancang. Langkah terakhir yang juga dianggap signifikan termasuklah faktor tenaga buruh yang turut memainkan peranan penting untuk menarik pelabur asing ke negara kita. Sehubungan dengan itu, daya produktiviti sesebuah kilang akan meningkat dengan adanya banyak tenaga kerja yang mahir dan pakar. Oleh itu, jumlah rancangan latihan kepakaran harus ditingkatkan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Sebagai analoginya, kerajaan memastikan latihan vokasional adalah cukup untuk memenuhi keperluan guna tenaga dan tuntutan seazaman melalui penubuhan lebih banyak kolej vokasional atau kolej komuniti di negara ini. Pekerjapekerja juga harus mempunyai etika kerja yang murni dan menjunjung prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Mereka juga hendaklah dipastikan tidak menyeleweng wang syarikat serta mengamalkan gejala rasuah seperti pekerja negara dunia ketiga yang lain terutamanya Bangladesh dan Indonesia, demi memelihara maruah negara kita yang berdaulat ini. Rentetan itu, para pekerja haruslah sentiasa diberikan latihan agar kepakaran mereka sejajar dengan perkembangan semasa. Tuntasnya, kita tidak harus terlalu ghairah menggalakkan pelaburan asing sehingga membebankan kerajaan. Dengan itu, syarat pelaburan asing haruslah sama dengan syarat pelaburan tempatan agar pelaburan tempatan tidak tergugat. Janganlah bersikap seperti kera di hutan disusui, anak di pangkuan dilepaskan dalam menentukan syarat-syarat pelaburan asing sebaliknya sikap menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak harus diamalkan. Rakyat tempatan sewajarnya menganggap pelabur asing sebagai pesaing dan turut sama melabur dengan bijak. Kerajaan pula patut berhati-hati memilih pelabur asing agar pelaburan tersebut dapat menguntungkan sekali gus keunggulan Malaysia semakin menyerlah di arena antarabangsa. Semoga pelaburan ini menjadi pembuka laluan kepada masa depan negara yang gemilang.
SPM Muin Mohsein 44 Karangan Domain Sejagat : Petikan akhbar tersebut tentang pemerdagangan manusia. Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat. Sehubungan dengan itu, negara kita perlu berkolaborasi dengan negara-negara jiran seperti mengadakan rondaan bersama, memperkukuh sistem politik dan membanteras gelaja rasuah dalam kalangan pihak berkuasa sempadan. Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah pemerdagangan manusia tersebut. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Pendahuluan : - Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin. Isi-isi penting : Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan di dalam negera menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing sewenang-wenangnya Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa di negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah, terutama dalam kalangan penguat kuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa: amalan buruk lontar batu sembunyi tangan) Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran, terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin ( peribahasa: ibarat aur dengan tebing) Isi 4 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik memberikan laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa: jong pecah yu kenyang) Kesimpulan : - Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Perkara yang berbeza dari masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam. Pemerdagangan orang merupakan segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi. Eksploitasi meliputi segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. (Seksyen 2, Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007). Sumber: utusan Malaysia 8 Februari 2022
SPM Muin Mohsein 45 KARANGAN RESPONS TERBUKA - KOMSAS TAHUN JENIS / FORMAT ISU / TOPIK JUN 2004 Cerpen Menulis cerpen dalam akhbar (tanpa tema). NOV 2004 Pendapat Memartabatkan golongan dalam bidang sastera. JUN 2005 Pendapat Mempopularkan sastera tradisional. NOV 2005 Cerpen Peribahasa: “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.” JUN 2006 Pendapat Menggalakkan remaja membaca karya semangat patriotik. NOV 2006 Komentar Penghayatan nilai murni dalam karya sastera membentuk peribadi. JUN 2007 Pendapat Kelebihan membaca karya sastera. NOV 2007 Cerpen / skrip drama Berakhir dengan dialog yang dikemukakan. JUN 2008 Cerpen Peribahasa: Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam. NOV 2008 Pendapat Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat. JUN 2009 Pendapat Mempromosikan seni & budaya Malaysia ke luar negara. NOV 2009 Novel Pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita JUN 2010 Pendapat Kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu NOV 2010 Cerpen Peribahasa ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. JUN 2011 Cerita Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga. Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga Pantun tersebut bermaksud budi dan jasa seseorang itu akan dikenang walaupun sudah meninggal duni. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud pantun tersebut. NOV 2011 Pendapat Cari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setia kawan Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sahabat yang baik JUN 2012 Pendapat Bertangguh itu pencuri masa. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, jelaskan kepentingan menguruskan masa dengan baik. NOV 2012 Cerita Peribahasa ’Air dicincang tidak akan putus’ bermaksud bahawa hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walaupun berlaku perselisihan faham antara anggota keluarga. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut. JUN 2013 Ulasan Aspek-aspek drama yang meninggalkan kesan kepada anda NOV 2013 Cerita Cerita bertemakan penghargaan terhadap jasa guru JUN 2014 Perbincangan Langkah-langkah untuk memastikan generasi muda mengamalkan,menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya NOV 2014 Pendapat Aktiviti memupuk minat murid terhadap karya sastera JUN 2015 Komen Drama yang disiarkan melalui saluran televisyen tempatan sarat dengan pengajaran. Berikan komen anda. NOV 2015 Pendapat Perkara-perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan dalam karya sastera yang telah anda baca. JUN 2016 Pendapat Pengajaran daripada pantun NOV 2016 Pendapat Cara-cara menghargai sumbangan golongan sasterawan di negara kita JUN 2017 Cerita Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua NOV 2017 Pendapat Kelebihan individu yang bersifat pemurah. (Soalan berdasarkan petikan gurindam) JUN 2018 Perbincangan Peribahasa ‘ukur baju di badan sendiri’ bermaksud berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri. Bincangkan. NOV 2018 Pendapat Karya sastera seperti novel yang diadaptasi dalan bentuk drama atau filem
SPM Muin Mohsein 46 memberikan banyak manfaat kepada pelbagai pihak, JUN 2019 Pendapat Faedah-faedah membaca karya sastera NOV 2019 Pendapat “Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.” Huraikan faedah aktiviti pelancongan kepada seseorang. JUN 2020 Pendapat Minat murid terhadap karya sastera boleh disemai melalui pelbagai aktiviti. Karangan Domain Remaja: Petikan akhbar tersebut memaparkan bahawa masyarakat kini terutamanya golongan remaja tidak suka membaca karya sastera. Golongan remaja sekarang lebih gemar membaca kisah dunia hiburan atau cerita tahyul yang ternyata tidak memberi faedah kepada perkembangan minda para remaja. Sebagai pencinta bidang sastera, anda berpendapat bahawa minat terhadap kesusasteraan perlu dipupuk dalam kalangan remaja kerana bidang ini banyak memberi kebaikan. Tuliskan komentar anda itu selengkapnya. Isu : Kehendak Soalan : Format / kata kunci : Menurut Menteri Pendidikan, pelajar perlu diberi beberapa aktiviti tambahan yang memberangsangkan untuk menanamkan minta terhadap kesusasteraan dalam jiwa remaja, terutamanya kalangan pelajar kerana pendidikan kesusasteraan dapat menjana daya kreativiti pelajar dalam berbahasa. Pendidikan kesusasteraan merupakan salah satu alat untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa sama ada kemahiran bertulis atau kemahiran lisan. Kini, masih terdapat ramai pelajar, lebih-lebih lagi guru tidak memahami matlamat utama Kementerian Pelajaran memandang berat akan akan pendidikan kesusasteraan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada perspektif kalangan pelajar, komponen sastera muncul sebagai beban yang akan mengancam kedudukan mereka dalam peperiksaan. Ironisnya, semua pihak harus berpadu kudrat dalam menjayakan pendidikan kesusasteraan di sekolah kerana bidang ini banyak memberi faedah; barang siapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap. Persoalannya, apakah kepentingan karya kesusasteraan kepada remaja? Faedah dominan dan signifikan minat terhadap kesusasteraan perlu dipupuk dalam kalangan remaja ialah mengukuhkan penguasaan dan keupayaan berbahasa dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa dalam karya sastera sangat gramatis dan menarik. Dengan pendedahan karya-karya sebegini kepada para pelajar, nescaya mereka akan mahir sama ada berbahasa dalam penulisan ataupun pertuturan. Apabila mereka banyak terdedah kepada hasil kesusasteraan, mereka akan biasa dengan penggunaan bahasa yang baik dan gramatis; alah bisa, tegal biasa. Seterusnya, mereka akan dapat mengukuhkan status bahasa mereka di samping keupayaan imaginasi serta kreativiti pelajar dapat dicungkil. Melalui penghayatan karya-karya sastera, terutamanya yang dihasilkan oleh penulis-penulis tempatan, remaja Karya sastera merupakan wadah atau sarana untuk menyampaikan mesej masyarakat seiring dengan perubahan zaman. Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya kreatif yang asli dan tersendiri. Di negara kita, terdapat Sasterawan Negara yang ternama dan terbilang. Saban hari, karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan moden. Orang ramai yang terdiri daripada golongan dewasa, golongan remaja malahan kanak-kanak pada era ini, dikatakan kurang meminati karya sastera berpunca daripada pelbagai sebab yang berkaitan dengan perkembangan teknologi terkini dan motivasi diri yang rendah terhadap pembacaan. Lantaran itu, pelbagai pihak yang berkaitan perlu mengambil usaha-usaha yang berkesan untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan masyarakat. Sumber: utusan Malaysia 8 Februari 2022
SPM Muin Mohsein 47 akan memperoleh hiburan selain dapat menguasai bahasa. Secara tidak langsung, anggapan pelajar yang prejudis terhadap kesusasteraan diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahawa hal ini hanya membebankan mereka dapat disingkirkan. Oleh itu, bidang kesusasteraan perlu diberi nafas baru dengan memupuk minat pelajar terhadapnya. Di samping itu, minat terhadap kesusasteraan perlu dipupuk dalam kalangan remaja supaya sikap pesimis remaja terhadap sastera dan bahasa Melayu dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana apabila minat yang mendalam ditanam dalam jiwa pelajar, mereka tidak akan bersikap pesimis dan tidak akan memandang ringan terhadap sastera dan bahasa Melayu lagi. Dengan adanya minat, pelajar akan menumpukan sepenuh perhatian mereka semasa membaca karya sastera dan seterusnya mengaplikasikan penggunaan wacana bahasa yang tedapat dalam karya sastera dalam karya atau karangan mereka. Selain itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang dapat membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera dan ilmiah. Lama-kelamaan, sikap pesimis pelajar terhadap sastera dapat disingkirkan, sebalikya, mereka akan berasa seronok menghayati karya sastera. Memang jelaslah bahawa perancangan perlu dibuat diikuti dengan pelaksanaan yang menjurus ke arah matlamatnya supaya minat pelajar terhadap sastera dapat dipupuk. Seperkara lagi, minat terhadap sastera perlu dipupuk dalam kalangan remaja adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu di samping kemahiran bertutur serta tulisan sama ada dalam konteks formal atau tidak formal dapat ditingkatkan. Hal ini demikian kerana kebanyakan karya sastera seperti yang diajar di sekolah ditulis dalam bahasa tanah air kita, iaitu bahasa Melayu, terutamanya karya yang diwajibkan belajar di sekolah oleh Kementerian Pelajaran itu. Apabila minat terhadap sastera dipupuk dalam kalangan pelajar, bahasa yang digunakan dalam karya-karya sastera akan dipandang dipandang berat dan disanjung tinggi serta dihayati. Secara tidak langsung, bahasa Melayu akan didaulatkan, setelah terdedah kepada karya sastera, akan berlaku peningkatan mendadak dalam kemahiran bertutur serta tulisan para pelajar. Dengan itu, guru perlu mengamalkan amalan mengumpul ulasan-ulasan yang disiarkan melalui media bercetak; kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya. Selain itu, membimbing remaja menguasai kecekapan bahasa supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan ketika melahirkan idea dan perasaan tentang sesuatu perkara dengan kreatif, juga merupakan kepentingan minat terhadap sastera perlu disuburkan dalam diri remaja. Hal ini demikian kerana melalui pembacaan karya sastera, karya tersebut memberi pendedahan yang relevan dengan amalan kehidupan harian mereka seperti pengajaran dan nasihat yang berpendidikan kepada mereka. Oleh itu minat remaja terhadap sastera akan ditanam dan seterusnya bakat mereka dalam bidang kesusasteraan akan dicungkil. Maka, secara tidak langsung, merekayang berbakat mendapat bimbingan dalam menguasai kecekapan berbahasa melalui pembacaan karya sastera. Mereka akan dapat berkomunikasi dengan berkesan ketika melahirkan idea dan perasaan tentang sesuatu perkara dengan kreatif, sama ada melalui lisan atau tulisan. Oleh itu, ungkapan “memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera” tidak harus ditakrifkan secara literal, iaitu aspek penguasaan isi dan ilmu semata-mata, tapi harus merangkumi aspek penguasaan serta mengaplikasikan bahasa dan gaya bahasa. Sementelahan, matlamat pendidikan bahasa mampu dipenuhi merupakan manfaat lain minat terhadap kesusasteraan perlu dipupuk dalam kalangan remaja di samping dapat menyuburkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana matlamat pendidikan bahasa yang mengutamakan penguasaan bahasa yang kukuh hanya dapat dipenuhi melalui pendidikan sastera dengan melahirkan remaja yang berminat dalam bidang kesusasteraan. Melalui penghayatan karya sastera yang dihasilkan oleh penulis yang termasyur, pelajar dapat meniru sedikit sebanyak gaya penulisan dan penyaluran perasaan penulis itu selain penguasaan bahasa remaja dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung, matlamat pendidikan bahasa, iaitu kelahiran khalayak penulis karya sastera dapat dicapai tidak lami lagi . justeru, kerajaan seharusnya mengorak langkah terhadap golongan remaja yang kurang berminat terhadap kesusasteraan supaya remaja dapat mencapai ‘bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempitlah hidup, bertambah datanglah celaka. Izharnya, bidang kesusasteraan memang dapat menyuburkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar. Secara tuntasnya, golongan remaja sekarang perlu dipupuk minat mereka terhadap kesusasteraan sejak sekarang supaya matlamat pendidikan negara kita mencapai sebelum nasi menjadi bubur kerana hak kata, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya.’ Jika kerajaan sanggup berganding bahu dengan strata masyarakat dalam mengambil langkah yang komprehensif dan ampuh untuk menggalakkan golongan remaja berminat dalam bidang kesusasteraan, sebuah negara yang maju tidak mustahil akan wujud sekelip mata. Lantaran itu, golongan remaja yang merupakan bakal pembangun negara, pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa tentu akan berilmu dan dapat merealisasikan wawasan 2020 tidak lama lagi.
SPM Muin Mohsein 48 BAHAGIAN A (35 markah) - Sistem & Aplikasi Bahasa - Soalan 1 : Morfologi - Soalan 2 : Sintaksis - Soalan 3 : Penyuntingan - Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard - Soalan 5 : Peribahasa BAHAGIAN A - Sistem & Aplikasi Bahasa: Soalan 1 : Morfologi
SPM Muin Mohsein 49 BAHAGIAN A - Sistem & Aplikasi Bahasa: Soalan 2 : Sintaksis
SPM Muin Mohsein 50 BAHAGIAN A - Sistem & Aplikasi Bahasa: Soalan 2 : Sintaksis (Latihan Tambahan) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. [6 markah] BAHAGIAN A - Sistem & Aplikasi Bahasa: Soalan 3 : Penyuntingan Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet sering menghabiskan masa berjamjam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.