The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muin Mohsein, 2023-02-10 22:58:25

BAHASA MELAYU

INTENSIF

Keywords: SPM

SPM Muin Mohsein 51 BAHAGIAN A - Sistem & Aplikasi Bahasa: Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard Jawapan Bahasa Melayu Standard Baginda pun berasa hairan lalu bertitah kepada Temenggung, “Wahai Temenggung, adakah ……………. menyuruh ……………… untuk berkawal …………… tadi?” Setelah itu Temenggung menyembah, “Daulat tuanku Syah Alam, patik telah menyuruh …………….. untuk berkawal pada malam tadi tetapi mereka tidak bertemu ………………... Mereka juga hairan akan …………….. penjurit itu.” Baginda bertitah lagi, “……………… penjurit itu masih dapat …………….. kegiatan ………………. lagi? ”


SPM Muin Mohsein 52 BAHAGIAN A - Sistem & Aplikasi Bahasa: Soalan 5 : Peribahasa BAHAGIAN B (35 MARKAH) – Pemahaman : Soalan 6 : Petikan Umum


SPM Muin Mohsein 53


SPM Muin Mohsein 54 BAHAGIAN B (35 MARKAH) – Pemahaman : Soalan 7 : Pemahaman Sastera (KOMSAS)


SPM Muin Mohsein 55 NOTA - CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU (SAROJA THEAVY A/P BALAKRISHNAN Cerpen Lambaian Malar Hijau ini mencoretkan kisah tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah meneruskan pelajarannya sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya kerana dia tidak ingin melihat dunianya itu diganggu dengan pencemaran atau kemusnahan akibat kemajuan dan anasir-anasir jahat. Berbekalkan idea yang konkrit, akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng kerana kesedaran telah membenih di hati Daneng kerana suatu masa nanti dia pasti akan berjaya menjaga hutan itu dengan pelajarannya. 25 tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya dalam menyelamatkan hutan belantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon. Hasil yang telah dituainya sekarang tidak sesekali memadamkan ingatannya dari terus melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya kerana tanpa kehadiran insan seperti Cikgu Jo dalam hidupnya, sudah pasti sekarang dia akan terus dibuai kekesalan tanpa kesudahan.


SPM Muin Mohsein 56 PLOT CERPEN:


SPM Muin Mohsein 57


SPM Muin Mohsein 58 BAHAGIAN B (35 MARKAH) – Pemahaman : Soalan 8 (i) : Novel NOTA - NOVEL BIMASAKTI MENARI SINOPSIS - Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu


SPM Muin Mohsein 59 dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan ke muka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa. TEMA - Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. - Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra alam. BAHAGIAN B (35 MARKAH) – Pemahaman : Soalan 8 (ii) : Novel


SPM Muin Mohsein 60 NOTA - NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN (RUHAINI MATDARIN) Sinopsis Keseluruhan - Plot berkisar pada watak utama iaitu Lili; seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-kata ibunya walau batinnya melawan agar tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar tempat di kampung terdapat beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha. Bagi melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja yang berfifat antagonis dalam novel ini seperti Rafiq dan Haziq. Watak remaja yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan kepada para pembaca sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa watak yang berperwatakan jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu berubah jika diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin memberi motivasi kepada para remaja bahawa ruang untuk berbuat baik dan bertaubat sentiasa terbuka luas jika seseorang itu berkeinginan untuk melakukannya. Lili menetap di kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah rumah kampung yang jendelanya menghadap jalan. Ketika berada di kampung Lili berasa penduduknya pelik-pelik belaka. Watak datuk dalam novel ini sangat berpegang kepada adat tradisional tetapi watak remaja pula digambarkan sebagai 'penentang' kepada adat tradisional datuk itu. Datuk tetap menolak kehidupan moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal memusnahkan adat dan warisan yang diwarisi turun temurun. Nanun begitu, watak remaja dalam novel ini pula tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan kehidupan manusia agar lebih senang untuk dikendalikan. Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili. Ekoran peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah iaitru ibu kepada watak Rafiq dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan. Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat terutamanya remaja. Pembaca dapat mencontohi nilai keberanian dan kesungguhan watak-watak remaja yang ditampilkan dalam novel ini terutamanya watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja yang seharusnya ada dalam diri mereka.


SPM Muin Mohsein 61 PLOT NOVEL: BAHAGIAN C (30 MARKAH) – Soalan 9 : Rumusan BAHASA (10 MARKAH) Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian Bahasa Baik 18 – 20 15 – 17 9 – 10 7 – 9 * Kesinambungan isi baik * Struktur ayat / tatabahasa baik * Kosa kata luas * Tanda baca / ejaan betul Sederhana 12 – 14 8 – 11 6 – 7 4 – 6 *Kesinambungan isi masih baik *Struktur ayat / tatabahasa masih baik *Kosa kata masih memuaskan *Tanda baca / ejaan juga memuaskan Lemah 1 - 7 1 - 4 *Pada keseluruhannya serba kekurangan / tidak memuaskan


SPM Muin Mohsein 62 Nota Penting i. Setiap ayat mesti ada subjek dan predikat ii. 2 Isi boleh digabung dalam satu ayat iii. 2 markah diberi bagi setiap isi yang tepat dan lengkap iv. Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan : ✓ nama khas ✓ perkataan berulang atau kata ganda ✓ penggunaan kata depan di dan ke ✓ tarikh ✓ angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan ✓ gelaran v. Jawapan calon diperiksa sehingga 120 patah perkataan sahaja. KERTAS 2 – ANALISIS SOALAN 9 -RUMUSAN ANALISIS KERTAS 2-SOALAN 9 (RUMUSAN ) SPM NOV 2001-JUN 2020 SPM SKOP SOALAN NOV 2001 Tanggungjawab penulis JUN 2002 Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara NOV 2002 Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan kakitangan kerajaan JUN 2003 Langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran moral masyarakat. NOV 2003 Kepentingan pelabelan makanan JUN 2004 Masalah yang dihadapi oleh sektor perubatan awam di Malaysia. NOV 2004 Faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. JUN 2005 Cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu NOV 2005 Faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan JUN 2006 Kelebihan kerja berpasukan dan cara-cara pemimpin membentuk kerja berpasukan. NOV 2006 Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan kesan terhakisnya amalan berbudi bahasa dalam masyarakat JUN 2007 Kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaannya NOV 2007 Tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada negara. JUN 2008 Faedah membaca dan cara-cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. NOV 2008 Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat JUN 2009 Punca-punca keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan.. NOV 2009 Kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur JUN 2010 Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini NOV 2010 Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat JUN 2011 Kepentingan berpeluh kepada manusia dan cara-cara menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang mengeluarkan peluh. NOV 2011 Kepentingan Bahasa kebangsaan dan Masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan JUN 2012 Ciri-ciri perundingan yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran berunding NOV 2012 Faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedahfaedah industri pelancongan kesihatan JUN 2013 Khasiat cendawan dan usaha memajukannya


SPM Muin Mohsein 63 RUMUSAN Baca & Teliti Bahan : Fokus F 1 F 2 BAHAGIAN C (30 MARKAH) – Soalan 9 : Latihan Rumusan Baca petikan dan teliti grafik-grafik yang disertakan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebih 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. BAHAN 1: PETIKAN Tanggal 31 Ogos pada setiap tahun Malaysia meraikan kemerdekaan daripada penjajahan British. Dalam tempoh tersebut pelbagai kemajuan dan pembangunan yang membanggakan mampu dicapai oleh negara kita. Pascamerdeka, Malaysia berhadapan dengan cabaran baharu untuk membina identiti bahasa kebangsaan agar setaraf dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat tersebut. NOV 2013 Kepentingan hutan Bandar dan cara-cara mengekalkan hutan Bandar JUN 2014 Faktor-faktor obesiti dan kepentingan mengawal berat badan. NOV 2014 Peranan kaunselor dan langkah-langkah menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor JUN 2015 Cara-cara menjalani kehidupan berkualiti pada hari tua dan sebab-sebab warga tua perlu dihargai NOV 2015 Punca-punca berkurangnya air bersih cara-cara menyedarkan rakyat supaya berhemat dalam penggunaan air. JUN 2016 Kesan-kesan penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak NOV 2016 Cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat patriotik JUN 2017 Cara-cara menguruskan kewangan dan peranan pelbagai pihak dalam mendidik masyarakat supaya berbelanja secara berhemat. NOV 2017 Faedah-faedah pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS JUN 2018 Kelebihan-kelebihan penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan usahausaha ibu bapa untuk menyokong pelaksanaan KBAT dalam pendidikan. NOV 2018 Persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan umtuk mengurangkan masalah pengangguran. JUN 2019 Keistimewaan-keistimewaan pokok kari dan cara-cara menggalakkan penanaman pokok kari bagi tujuan komersial. NOV 2019 Peranan-peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG. JUN 2020 Persiapan menghadapi peperiksaan dan tujuan mengambil peperiksaan


SPM Muin Mohsein 64 Antara langkah utama yang perlu dilakukan adalah dengan memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Walaupun agenda ini sudah lama diperjuangkan, matlamat tersebut masih belum tercapai. Usaha memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan bersungguh-sungguh dapat meningkatkan jati diri rakyat. Hal ini perlu diberikan perhatian yang serius kerana kesan penjajahan Inggeris dan arus globalisasi yang melanda telah meminggirkan kedaulatan bahasa kebangsaan. Negara yang mempunyai sejarah yang panjang seperti Jepun dan Perancis bangga akan bahasa ibunda masing-masing. Mereka meremehkan bahasa asing dan mewujudkan peraturan agar bahasa asing tidak mengatasi kedudukan dan kepentingan bahasa kebangsaan. Mereka yang bertanggungjawab mempamerkan bahasa kebangsaan pada papan tanda tanpa memasukkan penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Jika berkunjung ke luar negara, sedikit banyak pengunjung perlu memahami bahasa kebangsaan mereka untuk memudahkan komunikasi. Rakyat negara tersebut berasa bangga menggunakan bahasa kebangsaan walaupun kemahiran menguasai bahasa kedua dianggap penting dan digalakkan untuk memudahkan mereka berinteraksi dengan orang asing. Negara ini akan mencapai kemajuan sebenar sebagai bangsa merdeka sekiranya bahasa kebangsaan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Matlamat ini tidak mampu dicapai dengan segera kerana memerlukan kesedaran dan pendidikan dalam tempoh yang panjang. Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan wajar mengadakan kempen yang berkesan. Bahasa merupakan identiti sesebuah negara. Satu cara untuk menyamatarafkan bahasa kebangsaan agar setanding dengan bahasa di negara maju adalah dengan mengukuhkan dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan semua kaum yang mampu memberikan imej yang positif kepada Malaysia. Malahan, peningkatan kualiti wacana nasional dapat dilestarikan. Pakar-pakar bahasa dan pihak media perlu mengambil tanggungjawab masing-masing untuk membantu rakyat menguasai bahasa kebangsaan dengan sebaik mungkin. Ahli akademik disarankan tidak terlalu leka di menara gading sahaja sehingga buah fikiran mereka tidak sampai kepada rakyat. Mereka digalakkan lebih banyak menulis dan diberi ruang untuk memberikan pendapat melalui media. Pengukuhan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan penyebaran luas idea yang kritis dan progresif mampu menyumbang kepada pembinaan negara bangsa. Selain itu, kemajuan intelektual akan seiring dengan kemajuan fizikal demi memastikan pembangunan negara ini berjalan dengan lancar.


SPM Muin Mohsein 65 BAHAN 2: GRAFIK


SPM Muin Mohsein 66 BAHAN 3: GRAFIK BAHAN 4: GRAFIK


SPM Muin Mohsein 67 NOTA TAMBAHAN KERTAS 2 SOALAN 2 (KOMSAS ) PEMAHAMAN PROSA MODEN (CERPEN / DRAMA) DRAMA BUKAN GILA (Shariff Shaary) SINOPSIS ADEGAN I - Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad sakit jiwa Hospital Besar kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad fikirannya bercelaru. Dia membayangkan kehadiran kekasihnya; Ani, bapanya dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir. Azmir telah meminta Ani membawanya keluar tetapi Ani memberitahu Azmir bahawa mereka bahagia di tempat itu. Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir menyuruh Ani mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir mengatakan bahawa ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya sehingga munculnya khayalan tentang Pak Haji datang dan memberikan salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain. Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran. ADEGAN II - Azmir dikunjungi oleh doktor. Setelah memeriksa Azmir, doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Akhirnya, Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat. ADEGAN III - Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa perkara yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering meraung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui sama ada dia benar-benar sakit atau hanya lakonan. Setelah reda sakitnya, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahannya dan penyakitnya adalah betul. Azmir juga menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelokon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepura-puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung. Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan kerana gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap dengan kata-kata. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari dia hilang. ADEGAN IV - Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat tentang latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada ibu bapanya. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. ADEGAN V - Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya yang bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan ADEGAN VI - Ketika Azmir sedang berkhayal, dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad


SPM Muin Mohsein 68 penyakit barah otak dilamainya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir. Ani berasa dia bersalah dan berasa dirinya bersikap kejam terhadap Azmir. TEMA - ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang dihidapinya - Anak muda yang bernama Azmir telah melawan penyakit barah otak. Ketika dia sedang melawan kesakitan barah otak itu, ibu bapa dan kekasihnya, iaitu Azni beranggapan bahawa dia mengalami sakit jiwa atau gila. Malah, dia telah dihantar ke hospital sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya, Azmir meninggal dunia tanpa seseorang pun di sisinya, barulah terdedah akan penyakitnya selepas dilakukan bedah siasat. PERSOALAN 1. Ketabahan seorang pesakit barah otak melawan penyakitnya seorang diri. - Azmir menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu bersendiriran tanpa ibu dan bapanya mengetahui kesakitannya itu. Malah, kekasihnya, iaitu Ani turut meninggalkannya. 2. Penghargaan seorang anak terhadap ibu bapanya. - Azmir berterima kasih kepada ibu dan ayahnya yang telah melahirkan dan membesarkannya. 3. Kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya - Azmir amat mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah otak. 4. Sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap kesusahan dan kesakitan orang lain. Contohnya, Azmir mempertikaikan Pak Haji yang tidak mengambil peduli akan penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib dengannya. 5. Kebenaran hanya bersifat luaran dan terbit dalam kata-kata - Azmir menjelaskan bahawa kebenaran itu hanya terbit dalam bentuk tindakan yang teruji oleh masa. 6. Kepentingan wang dalam kehidupan - wang telah terbukti dapat mengawal fikiran dan sekali gus mengawal kuasa, manusia, dan dunia. WATAK DAN PERWATAKAN 1. Watak utama – Azmir 2. Watak-watak sampingan – Arif, Doktor Razi, ibu Azmir, bapa Azmir, Pak Haji, Ani, Pelakon I, Pelakon II, Pelakon III, dan para pembantu doktor. AZMIR - seorang anak muda / menghidap penyakit barah otak / dikatakan telah mengalami sakit jiwa. / menerima rawatan sakit jiwa di Hospital Besar / bersikap gila-gila sejak tingkatan enam. / gagal memasuki tahun akhir pengajiannya di universiti./ tidak mahu mengikut nasihat ibunya. / bercinta dengan Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu dia berhadapan dengan penyakit barah otak / boleh bercakap loghat Indonesia. ARIF - pengarah drama Sasau / prihatin terhadap keadaan Azmir / menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya. / berjiwa besar, iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk membantunya membikin drama Sasau. DOKTOR RAZI - merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa./ i tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir. / bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkan Azmir bersiar-siar. IBU AZMIR - mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam. / tidak mampu menguruskan Azmir / tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya / berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila.


SPM Muin Mohsein 69 LATAR LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang prihatin terhadap keadaan sebenar yang dihadapi oleh orang lain - Arif memahami bahawa Azmir bukan gila tetapi dia sedang menanggung kesakitan. 2. Masyarakat yang tidak setia - Ani telah meninggalkan Azmir yang sedang menghidap sakit barah otak. 3. Masyarakat yang tidak ambil peduli akan orang lain - Azmir mengatakan bahawa Pak Haji tidak pernah mempedulikan orang yang senasib dengannya. 4. Golongan ibu dan bapa yang tidak memberikan kasih sayang yang cukup kepada anak mereka - Arif mengatakan bahawa anak yang telah diberi pendidikan hingga ke universiti oleh ibu dan bapanya tidak semestinya dapat menjamin mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya. 5. Masyarakat yang menderita sakit secara sendirian - Azmir menderita sakit barah otak tanpa diketahui dan difahami oleh ibu bapa dan kekasihnya. LATAR TEMPAT - Wad pesakit jiwa, Hospital Besar - Azmir dirawat di situ kerana dikatakan sedang menghadapi sakit jiwa. / Pentas - Arif dan rakan-rakannya berlatih drama berjudul Sasau di pentas tersebut. LATAR MASA - Waktu siang - doktor memberikan kebenaran kepada Azmir untuk bersiar-siar di kawasan wad sakit jiwa pada waktu siang. / Waktu latihan - Arif dan rakan-rakannya berlatih drama berjudul Sasau pada waktu tersebut. / Waktu tingkatan enam - ibu Azmir mula mengesan sikap gila-gila anaknya pada waktu itu. / Waktu belajar di universiti - sikap pelik Azmir semakin menjadi-jadi semasa di universiti. NILAI 1. Nilai kerpihatinan - Arif prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif juga memahami bahawa Azmir tidak gila. 2. Nilai kesetiaan - Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya. 3. Nilai baik hati - doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dan dia telah membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan hospital. 4. Nilai bertanggungjawab - doktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula. 5. Nilai ilmu pengetahuan - Arif sanggup belajar daripada Azmir yang dikatakan gila bagi memantapkan drama Sasaunya. 6. Nilai menghargai - Azmir menghargai petani, nelayan dan buruh yang telah menyimbang demi kesejahteraan hidup orang lain. 7. Nilai kasih sayang - bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa. 8. Nilai ketabahan - Azmir tabah menghadapi dan melawan sakit barah otak walaupun dia bersendirian sahaja. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka - Arif prihatin terhadapa nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat. 2. Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat - Azmir setia terhadap Ani yang telah meninggalkannya setelah Anir beranggapan bahawa Azmir gila. 3. Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain - doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dengan membenarkan Azmir bersiar-siar di kawasan hospital. 4. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap semua tugas agar kita dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat - doktor amat bertanggungjawab terhadap pesakitnya, iaitu Azmir dengan mencari Azmir yang tidak pulang ke wad pesakit jiwa. 5. Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan untuk memahami kebenaran dan kesalahan - Arif sanggup belajar dengan Azmir yang dikatakan gila kerana pandangan Azmir telah memberi Arif kefahaman akan maksud Sasau dengan baik. 6. Kita hendaklah menghargai jasa orang lain supaya orang tersebut tidak berasa dipinggirkan - Azmir menghargai jasa-jasa petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup.


SPM Muin Mohsein 70 7. Kita haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak - bapa Azmir menziarahi Azmir walaupun anaknya itu dikatakan gila. 8. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup agar kita tidak berputus asa atau mengalami kekecewaan dalam hidup - Azmir tabah melawan sakit barah otaknya walaupun dia hanya bersendirian LATIHAN PEMAHAMAN DRAMA BUKAN GILA (Shariff Shaary) Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ARIF: Sebelum kita mulakan sesi baca lakon ini, elok kita bincangkan dulu tajuk drama kita. “Sasau” membawa maksud setengah gila. Maksudnya, bukan gila sepenuhnya. PELAKON I: Bolehkah kegilaan diukur macam tu? Setahu saya belum ada mesin yang dicipta lagi untuk mengukur tahap gila seseorang. ARIF: Memanglah gila itu sesuatu yang subjektif, tetapi perkara yang dimaksudkan dengan setengah gila itu ialah seseorang itu masih siuman. Cuma perlakuannya saja seperti orang gila. Biasa dengar tak orang sebut, gila-gila bahasa? (Para pelakon mengangguk beramai-ramai). Jadi, drama kita ini hendak memaparkan mesej yang menyentuh kita semua, maksud saya semua manusia. Manusia pada dasarnya mempunyai sedikit sebanyak watak gila dalam diri mereka. Maka, kita janganlah hendaknya cepat mengatakan seseorang itu gila, sedangkan dalam diri kita masingmasing terdapat unsur-unsur kegilaan itu. Baiklah, kita mulakan sekarang. (Dipetik daripada drama “Bukan Gila” oleh Sharif Shaary , Dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd. i) Berikan maksud gila-gila bahasa. [2 markah] ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu boleh menjadi gila? [3 markah] iii) Huraikan nilai yang terkandung dalam drama tersebut [4 markah] Drama Berkhidmat untuk Negara oleh Affix Zulkarnaen Adam Sinopsis - Drama ini mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Setelah menerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara Aiman mengalami konflik dalaman kerana dia tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN disebabkann pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan. Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. Oleh itu, dia telah melayan orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopen. Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu. Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN. Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu. Sundarani, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman. Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan PLKN kepada Aiman dan rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan, Cikgu Dahari juga merupakan pengajar sambilan PLKN yang memfokuskan modul PPSB, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Setelah pulang dari sekolah, Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai salah seorang pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan. Puncak cerita dalam drama ini apabila hasrat Aiman


SPM Muin Mohsein 71 meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikan penyertaannya dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak kemahuannya. Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Sementara itu, Puan Masnah, iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya. Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk ke biliknya. Sementara itu, bapa Aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di kelab golf. Ketika Aiman melayari Internet di biliknya, dia telah terbaca berita tentang kejayaan seniornya, Syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem Gerakhas, Desaru, Johor dan juga seniornya, Ziman yang berjaya hidup berdikari selepas menjalani program PLKN. Kejayaan mereka itu telah menyuntik semangat baharu dalam dirinya. Akhirnya, Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN. Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya mampu berdikari, dan seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta. Tema - kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). - PLKN yang dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa siap sedia berkhidmat untuk negara, mengukuhkan pembinaan sahsiah diri di samping memupuk semangat integrasi nasional Persoalan 1. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar kerajaan.- Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN. 2. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan. - sebagai bapa, Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman menyertai PLKN. 3. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.- Datuk Khir Ghazali amat menyayangii Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa. 4. Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan. - Aiman sedar akan sikap negatif dan tanngapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk Negara tercinta. 5. PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diti dalam diri generasi muda - Ziman telah Berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuri dengan jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Watak dan Perwatakan Watak utama ( Aiman) - Nama penuhnya AIman Faizullah bin Khir Ghazali./ anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. /berumur 17 tahun / bersifat agresif - menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN. / suka tidur - tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya. / bersikap biadap dan kurang sopan - menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah / mementingkan kemewahan hidup - tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas / sedar akan kesilapan dan ingin berubah - Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari. Watak Sampingan 1. Khir Ghazali - Bapa kepada Aiman dan Dapnia. / Suami kepada Masnah. / berpangkat Datuk / gigih bekerja - biasanya pulang ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki. / berpengaruh dalam kalangan masyarakat - Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu menyertai PLKN. / berpendirian tegas - tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Aiman sebagai pelatih PLKN yang baharu walaupun dipujuk oleh Aiman dan Masnah. / berpandangan jauh - menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh membentuk sikap berdikari dalam diri Aiman. / bapa yang penyayang - mahu Aiman menyertai PLKN supaya cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah / bersifat merendah diri - tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya daripada senarai pelatih baharu PLKN.


SPM Muin Mohsein 72 2. Masnah - Ibu kepada Dapnia dan Aiman / bergelar Datin. / penyayang - tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana bimbangkan keselamatan anaknya. / sibuk dengan berbagai-bagai urusan - menggunakan khidmat orang gaji bagi mengurus rumahnya / mengakui kesilapan diri - berasa bersalah dengan tindakannya memihak kepada Aiman dan cuba memujuk semula hati suaminya yang terluka. 3. Cikgu Dahari - guru sastera di sekolah Aiman / fasilitator sambilan di Kem PLKN yang terlibat dalam pengajaran modul PPSB ( Program Penghayatan Sastera dan Budaya) / mudah mesra dan disenangi orang lain - begitu mesra melayani setiap pertanyaan anak-anak muridnya. / berpengetahuan luas tentang pelaksanaan - menerangkan maklumat PLKN secara terperinci kepada anak-anak muridnya. 4. Posmen - berintegriti dalam melaksanakan tugasnya - amanah dalam tugasnya menghantar suratsurat kepada pelanggannya. / suka memberi nasihat - menasihati Aiman agar berfikir secara mendalam mengenai penolakannya sebagai pelatih PLKN 5. Nek Sinah - Orang gaji kepada keluarga Khir Ghazali /berhemah tinggi dan berperwatakan lemah lembut - menggunakan Bahasa yang sopan ketika bercakap dengan Aiman. / penyabar - bersabar apabila berhadapan dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya. / penyayang - mengajak Aiman makan tengah hari dengan menggunakan kata panggilan “nak”. / prihatin - memasakkan lauk kegemaran Aiman, iaitu ayam masak asam pedas bagi menambat hati Aiman. Latar Latar Tempat 1. Rumah Khir Ghazali. Posmen telah datang menghantar sepucuk surat tawaran kepad Aiman sebagai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). 2. Sekolah. Cikgu Dahari telah berbincang dengan anak-anak muridnya, iaitu Aiman, Nora, Ah Tiau, Sundarani dan Syuhada berkaitan dengan PLKN di sekolah. 3. Bilik Aiman. Aiman melayari Internet menggunakan komputer riba di biliknya. 4. Latar tempat lain termasuklah Kem Gerakhas, Desaru, Johor; Kem de Bana, Jempol, Negeri Sembilan; Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat, Selangor; Kem Teluk Sari, Mersing, Johor; Kelab Golf; Universiti; dan Kantin sekolah. Latar Masa 1. Cuti hujung minggu. Masa Aiman bersantai di rumah dan melakukan segala perkara yang diinginnkannya pada cuti hujung minggu. 2. Waktu tengah hari. Posmen datang ke rumah Khir Ghazali untuk menyampaikan sepucuk surat kepada Aiman, iaitu tentang pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN yang baharu pada waktu tengah hari. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan semangat patriotik/cinta akan negara. - kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih sebagai pelatih PLKN. 2. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga. - Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau mewajibkan Aiman menjadi peatih baharu PLKN untuk membentuk sahsian anaknya itu supaya menjadi seorang insan yang mampu berdikari dan berguna kepada nusa dan bangsa. 3. Masyarakat yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab. - posmen bermohon diri daripada Aiman untuk menyambung kerjanya menghantar surat kepada para pelanggan yang lain. 4. Masyarakat yang berpandangan jauh. - Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.


SPM Muin Mohsein 73 5. Masyarakat yang mempunyai pengaruh dan kedudukan dalam kalangan masyarakat. - Datin Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian Aiman daripada menyertai PLKN. 6. Masyarakat yang terlalu memanjakan anak. - Datin Masnah tidak bersetuju tentang penyertaan Aiman sebagai pelatih PLKN kerana bimbang akan keselamatan nyawa anaknya. 7. Masyarakat yang berpendirian tegas. - Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Datin Masnah dan Aiman. Nilai 1. Nilai kasih sayang. - Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa. 2. Nilai baik hati.- Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN ke Aiman sambal menasihatinya agar menerima tawaran tersebut. 3. Nilai tanggungjawab.- Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh tentang pelaksaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik. 4. Nilai cinta akan Negara / patriotisme - kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani sangat teruja dan bangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. 5. Nilai kegigihan.- Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB). 6. Nilai hemah tinggi.- Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan. 7. Nilai berpandangan jauh - Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di samping menanam semangat patriotik dalam jiwa anakanaknya. 8. Nilai berdikari - Syufia telah Berjaya membentuk sikap berdikari apabila terpilih sebagai pelatih terbaik wiirawati untuk Kem Gerakhas, Desaru, Johor dalam PLKN. 9. Nilai kesedaran - Aiman sedar akan sikap negatifnya terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk Negara tercinta. 10. Nilai kesabaran - Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Pengajaran 1. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik / cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. - Cikgu Dahari memberikan sokongan kepada Nora, Syuhada, Sundarani dan Ah Tiau yang bersemangat kerana terpilih untuk mengikuti PLKN. 2. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab - posmen menjalankan tugasnya sebagai menghantar surat-surat pelanggan dengan penuh integriti. 3. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara. - Cikgu Dahari rajin membaca dan mendalami maklumat berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). 4. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadap.- Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghormatinya. 5. Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang lebih sempurna. - Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN. 6. Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh dalam menegakkan satu-satu perkara yang bermanfaat kepada nusa dan bangsa. - Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Datin Masnah. 7. Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga.- Datuk Khir Ghazali selalu pulang ke rumah pada waktu amalam lantaran gigih mencari rezeki untuk menyara keluarganya. 8. Kita mestilah adil dan saksama dalam membuat satu-satu keputusan dengan tidak menggunakan pangkat dan pengaruh yang ada. - Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mengecualikan anaknya daripada mengikuti PLKN.


SPM Muin Mohsein 74 Soalan Pemahaman: Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam pedas. AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu Cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak dapnia balik, saya nak makan dengan dia. NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang. AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat. NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting. AIMAN: Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi. (Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara” Oleh Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.) i. Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak pelawaan makan tengah hari oleh Nek Sinah? [2 markah] ii. Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua? [3 markah] iii. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam keseluruhan drama. [4 markah] Cerpen Munsyi oleh Husna Nazri Sinopsis - Cerpen ini mengisahkan hasrat Mel (’saya’) iaitu seorang anak muda kampung untuk berhijrah ke kota tetapi dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Pada pendapat bondanya, Mel masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Hal ini demikian kerana bonda sedar bahawa anaknya masih belum dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Mel akur akan permintaan bonda untuk menangguhkan penghijrahannya ke kota. Penduduk kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap perjudis dan berprasangka. Mereka amat mengutamakan kepentingan diri masing-masing. Oleh itu, bonda menasihati Mel agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Selain itu, anak-anak muda perlu berani mempertahankan nilai dan kepetingan bahasa sendiri. Bonda mengharapkan agar Mel menghargai jasa nenek moyang yang membebaskan tanah air daripada penjajahan Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda banyak memiliki kitab atau buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu dibaca oleh Mel.


SPM Muin Mohsein 75 Setelah Mel berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Hal ini demikian kerana dia memerlukan kerjaya untuk masa depannya. Hasratnya telah mendapat restu daripada bonda Namun, bonda berpesan agar Mel menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Sebelum berangkat ke kota, bonda mengamanahkan Mel agar memberikan kitab-kitab lama kepada seorang sahabat lamanya yang tinggal di bandar. Sahabatnya itu bernama Munsyi. Menurut bonda, hanya Munsyi yang layak menyimpan khazanah lama itu. Setibanya di kota, Mel Berjaya menjejaki Munsyi. Beliau menetap di perkampungan tradisi di pinggir kota. Mel berpeluang berkenalan dan bermesra dengan Munsyi serta menyerahkan puluhan kitab lama kepadanya. Pada pengamatan Mel, Munsyi merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Di bandar, Mel melihat golongan mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Mel mendapat perkhabaran bahawa sebuah syarikat perumahan telah diarahkan untuk merobohkan kawasan perkampungan pinggir kota yang didiami oleh Munsyi bersama-sama dua puluh buah keluarga yang lain. Bangunan mewan dan hotel bertaraf lima bintang akan didirikan di situ. Kerja-kerja perobohan rumah kediaman dijalankan oleh pihak terbabit. Anggota penguat kuasa pula menghalang demonstrasi penduduk. Mel terkedu apabila melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku yang diberikan oleh bondanya diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang kaya raya. Tanda Tanya berlaku dalam diri Mel apabila dia gagal menjejaki orang tua yang bernama Munsyi itu. Akhirnya, rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana. Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri. Tema - Semangat cinta akan agama, bangsa, Bahasa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara - bonda meminta anaknya iaitu Mel melengkapkan diri dengan ilmu agama dan kemahiran bahasa agar menjadi benteng yang ampuh daripada pengaruh luar yang begitu kuat melanda negara. Watak dan Perwatakan Watak utama – Mel : Anak lelaki kepada bonda / patuh akan nasihat dan arahan bondanya - tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke Bandar / Seorang yang rasional apabila bersetuju dengan pandangan bondanya bahawa di kota terdapat berbagai-bagai ragam manusia yang kehilangan identiti dan jati diri. / Dia amat mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak berjasa kepada agama, bahasa dan negara / Seorang yang amanah - menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika pergi ke Bandar / gemar membaca - mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya / tidak mudah putus asa - meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya. Watak Sampingan 1. Bonda : Ibu kepada Mel / kuat mempertahankan agama, bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun / banyak memberikan kata-kata nasihat kepada anaknya / berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air / banyak menyimpan khazanah lama khasnya kitab-kitab lama bertulisan jawi / memberikan kebenaran kepada Mel berhijrah ke kota setelah berpuas hati bahawa Mel sudah memiliki pegangan agama yang kuat dan menguasai kemahiran bahasa / berpengetahuan luas - bercerita kepada Mel tentang sejarah pahit tanah air / bersifat patriotik - menasihati Mel agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara / Rasional - mengizinkan Mel berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya. 2. Munsyi : Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di kota / berusia emas dan mempunyai janggut yang menutupi sebahagian mukanya yang putih bersih/ Orang yang layak menyimpan khazanah lama/Rumahnya dirobohkan oleh pihak yang berkuasa untuk dibangunkan bangunan mewah/ Seorang pejuang bahasa / Dia menghilangkan diri setelah rumahnya dirobohkan / Seorang yang cinta akan budaya tradisional - berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan Mel / Seorang yang mengalualukan tetamu - Munsyi tersenyum dan menjemput Mel masuk ke rumahnya.


SPM Muin Mohsein 76 Latar Latar Tempat : Kampung - Bonda dan Mel tinggal di kampung. / Kota - Kebanyakan warga kota sudah hilang nilai tradisi. / Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu - Musnyi menetap di perkampungan itu. Latar Masa : Lima ratus tahun yang lampau negara kita dijajah oleh kuasa luar pada waktu itu / Minggu pertama berada di kota - Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda yang dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi / Beberapa purnama - Mel tidak bertemu dengan Munsyi di perkampungan pinggir kota. / Seminggu yang lepas - Jentera-jentera berat bersiap untuk meruntuhkan rumah-rumah kayu using di perkampungan pinggir kota. Latar masa / Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan sistem pecah dan perintah / Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang amat mencintai agama, Bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun - bonda amat menekankan aspek tersebut dalam kehidupan hariannya. 2. Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri - bonda memiliki unsur-unsur ini dalam dirinya. 3. Masyarakat yang berjuang meningkatkan martabat bahasa ibunda - bonda, Mel dan Munsyi merupakan pejuang bahasa. 4. Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri - kebanyakn warga kota memperdagangkan maruah dan peribadi serta hanyut dengan keseronokan hidup. 5. Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan - Munsyi dan dua puluh keluarga yang mendiami perkampungan tradisi di pinggir kota dihalau dan rumah mereka dirobohkan untuk projek pembangunan. 6. Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya pemerintahan ‘pecah dan perintah’ - tanah air ini pernah dijajah selama lebih kurang lima ratus tahun. Nilai 1. Nilai cinta akan agama, bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun - nilai kecintaan ini terdapat pada diri bonda. 2. Nilai penghargaan - bonda mahu Mel menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang yang terdahulu yang berusaha memerdekakan negara. 3. Nilai ketaatan - atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di kota. 4. Nilai tanggungjawab - bonda bertanggungjawab menjaga khazanah dan buku-buku lama yang tidak ternilai harganya. 5. Nilai hormat-menghormati - Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa. 6. Nilai kebijaksanaan - bonda merupakan seorang yang bijak kerana mampu membicarakan hal-hal semasa dan sejarah tanah air. Pengajaran 1. Kita hendaklah mencintai agama, bahasa, budaya dan adat resam turun-temurun - bonda amat mencintai agama, Bahasa, budaya dan adat resam yang diwarisinya turun-temurun. 2. Kita tidak seharusnya menggadai maruah dan harga diri dek mengejar keduniaan - Mel melihat anak muda di kota menggadaikan maruah diri dan peribadi demi keseronokan hidup. 3. Kita hendaklah berjuang menegakkan jati diri dan identiti diri - Mel mempertahankan identiti dan jati dirinya ketika berada di kota dengan segala macam pengaruh yang merosakkan anak bangsa. 4. Kita hendaklah menguasai Bahasa ibunda dengan baik - bonda merestui Mel ke kota setelah menguasai bahasa ibunda dengan baik.


SPM Muin Mohsein 77 5. Kita perlulah mengikut nasihat orang-orang tua yang lebih berpengalaman. Contohnya, Mel mendengar nasihat bondanya yang tidak membenarkannya bermastautin di kota selagi dirinya belum bersedia. 6. Kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat - bonda meminta Mel menguasai bahasa ibunda bagi mengelakkan dirinya hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme. 7. Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan - Mel menelusuri bab demi bab dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah untuk mengetahui sejarah tanah air. Latihan Pemahaman: “Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.” Kata-kata bonda itu seolah-olah menikam tajam ke dalam urat-urat saraf saya. Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum kembali membelek helaian demi helaian kitab-kitab lama yang hampir lusuh dan tertanggal kulitnya. Perkataan-perkataan yang tertulis dalam Jawi itu masih mampu saya baca dan fahami walaupun agak perlahan. Sejarah dan kisah bangsa saya pada zaman silam yang berjaya membina ketamadunan dunia cukup membanggakan saya. Saya selusuri bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dengan rasa besar hati. i. Apakah kata-kata Mel yang tidak menyenangkan bondanya? [2 markah] ii. Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari sejarah tanah air? [3 markah] iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terkandung dalam petikan di atas dan satu lagi latar masyarakat daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah] CERPEN HIPERTENSI (Illias Zaidi) SINOPSIS Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah. Kemudian, cerita ini berkisar tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh Aiman sepanjang perjalan hidupnya. Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton. Dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan kepintarannya. Dia juga mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang berbanding


SPM Muin Mohsein 78 dengan rakan-rakannya yang lain. Dia juga sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu. Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat rasa bosan dan jelak dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya terfikir yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul sehingga lebam. Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang. Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di dalam hati sahaja. Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang telah diberi peluang mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang akan mendarat di bulan dengan menaiki kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum dia meneroka bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang bulan tanpa udara. Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenar. Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu sering kali menampar Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi. Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu melihat dirinya sendiri dalam kehidupan yang realiti dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhani. Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Tuhan WATAK DAN PERWATAKAN 1. Watak utama – Aiman Aqil. 2. Watak sampingan – bapa Aiman, ibu Aiman, Cikgu Faridah, Fadilah Fatnin, Azilah Atiqah dan sebagainya. AIMAN AQIL - berumur hampir 20 tahun. / anak sulung / mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. / bercakap gagap - mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar katakata./ mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. / murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains / bercita-cita tinggi, iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong. / gemar menyakat orang lain - selalu merayau dan menyakat rakan-rakan sekelasnya sehingga dia diberikan amaran oleh guru kelasnya. /


SPM Muin Mohsein 79 suka memberontak dan marah-marah terhadap suasana persekitarannya - Aiman akan ponteng kelas setelah dirotan oleh bapanya. / pendendam - menyimpan dendam terhadap kebengisan bapanya yang sering merotan dan menamparnya. / insaf. - Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi. BAPA AIMAN - mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. / seorang jurutera mekanikal. / dipanggil dengan gelaran “babah” oleh Aiman dan anak-anaknya. / bertanggungjawab dengan membesarkan tiga orang anaknya di sebuah rumah. / bengis dan garang - dia pernah menampar Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu. / penyayang - berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan terapi. IBU AIMAN - Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. / bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi./ penyayang - berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya. / isteri yang taat dan patuh akan suami - tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman. / penyabar - tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya. CIKGU FARIDAH - guru Sains di sekolah Aiman. / dedikasi - menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya. / cepat marah. - wajahnya segera berubah apabila Aiman mempertikaikan teori graviti yang diajarinya dengan kuasa Tuhan. / bijak melihat potensi murid - menggelar Aiman sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu. LATAR LATAR TEMPAT - Sekolah - Aiman dan rakan-rakannya belajar mata pelajaran Sains daripada Cikgu Faridah di sekolah. / banglo keluarga Aiman. - Aiman sekeluarga tinggal di sebuah rumah banglo. / Stesen Angkasa Antarabangsa - tempat permulaan kapal angkasa Soyuz ke bulan adalah di Stesen Angkasa Antarabangsa. / Ruang udarakasa bulan - Aiman terapung-apung di ruang udara itu dengan berpakaian sebagai seorang angkasawan. / Pohon kelapa dara di penjuru banglo.- Aiman mengandaikan pohon itu sebagai Stesen Angkasa Antarabangsa dan kapal angkasa Soyuz. LATAR MASA - Waktu siang - peristiwa Aiman belajar di sekolahnya berlaku pada waktu siang. / Waktu pagi - peristiwa Aiman Aqil dilahrikan di bilik bersalin berlaku pada waktu pagi. / Zaman sekolah rendah - Aiman kerap ponteng kelas semasa di sekolah rendah kerana sikapnya yang mudah bosan dan jelak terhadap pengajaran gurun. / Zaman remaja. - Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi dan kembali ke dunia realiti. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seseorang yang diidamkannya. - Aiman Aqil menyimpan angan-angan dan bercita-cita untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong. 2. Masyarakat yang bijak dan pintar dalam pelajaran- Aiman Aqil merupakan murid yang bijak dan pintar dalam pelajaran. 3. Masyarakat yang bekerja sebagai pendidik. - Cikgu Faridah merupakan guru mata pelajaran Sains yang mengajar Aiman dan rakan-rakannya. 4. Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga- ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, Aiman Aqil, Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. 5. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap penyakit anaknya. - bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaklnya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi. 6. Masyarakat yang mendidik anak secara bengis dan garang. - bapa Aiman merotan dan menampar Aiman apabila dia melakukan kesalahan tanpa berusaha untuk menasihati atau memujuknya. 7. Masyarakat yang insaf akan kesilapan lalu. - Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi. 8. Masyarakat yang berpendirian tegas dalam membuat keputusan- guru kelas Aiman memberikan amaran dengan tegas kepada Aiman supaya dia kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu murid-murid lain menyiapkan latihan. 9. Masyarakat pendendam yang masih mengingati kisah lalu. - Aiman Aqil masih menyimpan dendam terhadap perbuatan bapanya yang pernah merotan dan menamparnya.


SPM Muin Mohsein 80 NILAI 1. Nilai kasih sayang. - ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. 2. Nilai kebijaksanaan- Aiman boleh menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun. 3. Nilai belas kasihan/bersimpati. - ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya. 4. Nilai dedikasi. - Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya. 5. Nilai tanggungjawab. - bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi. 6. Nilai kesabaran. -- ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman. 7. Nilai keinsafan. - Aiman sedar akan kesilampannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi. 8. Nilai kebersihan mental dan fizikal. - Aiman mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat. 9. Nilai rasional. - guru kelas Aiman berfikiran rasional dengan memberikan amaran keras kepada Aiman supaya dia kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu murid-murid lain menyiapkan latihan. PENGAJARAN 1. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita- ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. 2. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. - Aiman boleh menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun. 3. Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. - Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya. 4. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga. - bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi. 5. Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan masalah- ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman. 6. Kita mestilah rasional dalam melaksanakan sesuatu tindakan. - guru kelas Aiman berfikiran rasional dengan memberikan amaran keras kepada Aiman supaya dia tidak mengganggu murid-murid lain menyiapkan latihan. 7. Kita haruslah mementingkan kebersihan mental dan fizikal untuk menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti. - Aiman mementingkan pengambilan makanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat LATIHAN PEMAHAMAN CERPEN HIPERTENSI Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri. Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.


SPM Muin Mohsein 81 Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuteraan mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang geologi. Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri. i) Berikan maksud frasa diksi yang berisi seperti yang digunakan dalam petikan di atas. [2 markah] ii) Apakah nasihat suara ghaib kepada Aiman? [3 markah] iii) Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan dua perwatakan Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen [3 markah] iv) Pada pandangan anda, mengapakah Aiman berpendapat bahawa dia tidak memerlukan latihan intensif dan terapi untuk memulihkan percakapannya yang gagap ? [4 markah] KERTAS 2 – PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 4 - Kepimpinan Melalui Teladan Sinopsis Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada (panglima perang Majapahit ) mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjurit (tentera) baginda yang telah dibunuh oleh Laksamana di Bukit Cina, Melaka. Ketujuh-tujuh penjurit tersebut bersaudara. Oleh itu, mereka berbincang untuk menewaskan Melaka. Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan Laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka. Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana Melaka. Sultan Melaka menjanjikan jawatan penggawa agung (ketua kampung) kepadanya. Kertala Sari yang bersemangat waja bersedia menjunjung perintah Seri Betara. Kertala Sari telah belayar ke Melaka bersama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar sebagai orang Jawa untuk bersama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya (pembesar / menteri kerajaan Melaka yang berketurunan Jawa). Dia berjaya mengecam Laksamana yang telah membunuh bapanya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya berkawal bagi menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka daripada kejadian kecurian.. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Pada malam yang berikutnya, Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya untuk menundukkan para pengawal yang berkawal di rumah orang kaya itu. Habis harta benda orang kaya itu dicurinya dan isteri orang kaya itu turut juga dicabul Kertala Sari. Sekali lagi, Sultan Melaka mengarahkan Temenggung memperkukuh barisan pertahanan bagi mengawal negeri Melaka daripada ancaman pencuri. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu Sultan bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Oleh itu, Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya Kertala Sari akan masuk ke istana pula. Laksamana memasang lembing, tombak dan kayu di keliling istana Sultan Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana dengan tipu muslihat itu. Pada waktu malam, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba memasuki istana Sultan Melaka.


SPM Muin Mohsein 82 Laksamana menyembunyikan dirinya untuk melihat perkembangan penjahat itu. Kertala Sari cuba memasuku istana itu untuk mencuri dan mengganggu isteri Sultan yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Sultan Melaka. Kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh Laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta Sultan,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri Sultan. Akhirnya, Kertala Sari berjaya dibunuh oleh Laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti Laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada Sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun, Laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada Sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda Sultan telah memberi anugerah kepada Laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari Sultan Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Sultan Melaka mengagaihkan segala harta yang diperoleh semula itu kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian diberikan kepada Laksamana dan satu bahagian diserahkan kepada pemilik asal harta yang berkenaan. Semua rakyat bersetuju dengan cadangan Sultan itu. Laksamana telah mengagihkan pula separuh harta yang diterimanya itu kepada tiga bahagian. Namun begitu, barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh Laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka. PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 5 - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA SINOPSIS Negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan Melaka merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah dikalahkan oleh mana-mana kuasa ketika itu. Oleh itu, Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil untuk berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku ketuanan Raja Siam (membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara. Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang iri hati kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Dia memberitahu Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan Muzaffar bahawa beliau bertugas untuk Negara, dan meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat gembira dengan ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut. penduduk Melaka berpecah kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berpihak kepada Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka berduajuga saling berselisih faham dan tidak bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat sedih dan bercadang mendamaikan mereka berdua kerana perbalahan antara mereka boleh memunsahkan kerajaan Melaka. Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu ( anak bendahara Seri Wak Raja iaitu saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara. Pada waktu itu Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana. Pada zaman kegemilangan itu, terdapat tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaitu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka. Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri


SPM Muin Mohsein 83 Bija Diraja juga diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu apiapi dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula. Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan tenteranya supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu apiapi dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya tentera Melaka lalu mereka berpatah balik ke Siam dan tidak jadi untuk menyerang Melaka. Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam,Paduka Babunnya sangat marah. Baginda mengarahkan anaknya iaitu Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya itu ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam, Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah atas kesaktiannya itu. Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja. KERTAS 2 -PEMAHAMAN PUISI (SAJAK / PANTUN / SYAIR / SELOKA / GURINDAM) SAJAK KUDUP PERANG (Tuah Sujana) Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri RANGKAP MAKSUD KOSA KATA Rangkap 1: Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman – sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli? Penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima perang akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih berasa berterima kasih kerana peluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati. / Penulis berkata bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa pada masa ini terus membuat kezaliman dan dendamnya terhadap manusia semakin bernanah. Walau bagaimanapun, penulis menasihati kita agar bersyukur kerana dapat melalui kehidupan yang bebas merdeka hasil daripada usaha pemimpin terdahulu. Kita juga


SPM Muin Mohsein 84 mempunyai kebebasan bersuara dan kebebasan menulis tentang perdebatan pahlawan yang sebenarnya. Rangkap 2: Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing pedang pusaka dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara – perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta? Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup dalam zaman perbalahan dan penuh dengan angkara. Oleh itu, dalam kekeliruan, penyajak tertanya-tanya akan orang yang membunuh pendusta./ Oleh sebab sejarah kepahlawanan Tuah dan Jebat sudah lama berlaku, kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang untuk menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Pelbagai rahsia yang disembunyikan daripada umum tentang kepahlawanan yang sebenar menyebabkan manusia tertanya-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah. Walau bagaimanapun, pada zaman ini, manusia masih lagi mengungkit pertanyaan tersebut kerana mereka belum mengetahui perkara yang sebenar. Rangkap 3: Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina di istana wangsa bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara di tiang maruah kota. Penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota / Hang Tuah tidak dilabelkan sebagai pemimpin yang tersohor pada ketika itu kerana kesetiaannya terhadap sultan masih diragukan. Selain itu, banyak pembohongan yang berlaku pada waktu itu menyebabkan masyarakat tidak pasti sama ada Hang Tuah benarbenar memiliki ciri-ciri kepahlawanan. Akhirnya, Hang Tuah tidak disanjung tinggi oleh masyarakat dan maruahnya sengsara kerana perbuatannya yang tidak betul Rangkap 4: Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi peta keadilan yang tersiat – nun, karam di lautan kesumat Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat telah dianggap suci / Hang Jebat tidak digelar sebagai pengkhianat kerana dia mencurahkan kesetiaannya


SPM Muin Mohsein 85 sedang warga memanggilnya keramat. kepada sultan pada waktu itu. Kesetiaan yang ada pada Hang Jebat menyebabkan dia membunuh kawan baiknya, Hang Tuah. Walau bagaimanapun, dia tidak digelar pengkhianat walaupun masyarakat bersedih atas kematian Hang Tuah. Selepas kematian Hang Tuah, Hang Jebat dinobatkan sebagai pemimpin yang sebenar sehingga membelakangkan keadilan Rangkap 5: Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu; bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia – seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Justeru, usaha untuk memulihkan sisa-sisa kehidupan yang damai amatlah sukar / Peperangan yang berlaku antara pemimpin dengan pemimpin yang dikuasai penipuan. Kebenaran pada waktu itu tidak mempunyai nilai lagi kerana masyarakat lebih percaya dan yakin akan kewibawaan pemimpin daripada menilai kejahatan yang pernah dilakukannya. Pada masa yang sama, masyarakat akan berusaha untuk membangunkan negara dan menyejahterakan rakyat sehingga terlupa bahawa mereka belum mendapat seorang pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan berketerampilan Rangkap 6: Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa pahlawan sebenarnya. Istimewa, 2012 - Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih bertengkar untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat / Walaupun sejarah sudah berlalu dengan waktunya, penulis sedar bahawa manusia pada zaman moden ini masih lagi mengungkit dan bertegang leher untuk memimpin negara dan menguasai pupuk kepemimpinan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka belum dapat mencari seorang pemimpin yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi. TEMA - Sajak ini bertemakan kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Penyajak sedang mencari keadilan antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan. Tuah yang setia kepada istana telah berlawan dengan Jebat yang membela Tuah kerana angkara lidah yang menyebarkan fitnah.


SPM Muin Mohsein 86 PERSOALAN 1. Peperangan akan mewujudkan perasaan dendam. 2. Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya. 3. Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar yang telah membunuh pendusta. 4. Sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan. 5. Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan. 6. Peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang menghapuskan kebenaran. 7. Perbalahan boleh menjadikan yang tidak benar sebagai benar. 8. Peperangan membawa kepada kesengsaraan yang sukar dipulihkan. GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI 1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. i. Mengudupkan putik dendam – rangkap 1, baris 4 ii. Menumbuhkan kelopak rahsia – rangkap 2, baris 7 iii. Melekatlah selumbar sengsara – rangkap 3, baris 9 iv. Perca-perca bahagia – seperti perawan – rangkap 5, baris 7 2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini termasuklah 3. a) Inversi. - Sesekali turut direntakan daki pendusta – rangkap 3, baris 8 (sepatutnya: daki pendusta sesekali turut direntakan) b) Personifikasi. i. Takhta setia – rangkap 3, baris 4 ii. Putik dendam – rangkap 1, baris 4 iii. Selumbar sengsara - rangkap 3, baris 9 c) Simile. : Seperti perawan – rangkap 5, baris 7 d) Metafora. : Peta keadilan – rangkap 4, baris 4 e) Hiperbola. i. Jari-jemari takdir – rangkap 1, baris 6 ii. Daerah angkara – rangkap 2, baris 6 iii. Selumbar sengsara – rangkap 3, baris 9 iv. Menjungkitkan amarah – rangkap 5, baris 5 v. Peta keadilan yang tersiat – rangkap 4, baris 4 f) Unsur alam. i. Putik – rangkap 1, baris 4 ii. Fajar – rangkap 2, baris 2 iii. Kelopak – rangkap 2, baris 7 iv. Selumbar – rangkap 3, baris 9 v. Lautan – rangkap 4, baris 5 vi. Bayu- rangkap 5, baris 2 g) Penggunaan bahasa klasik atau Sanskrit. i. Kesumat – rangkap 4, baris 5 ii. Keramat – rangkap 4, baris 6 iii. Perawan – rangkap 5, baris 7 4. Antara unsur bunyi yang digunakan dalam sajak termasuklah: a) Asonansi. i. Perulangan bunyi vokal a: Mewarnakan keindahan pada hodohnya – rangkap 5, baris 4 ii. Perulangan bunyi vokal i: Ringkik kuda, gemerincing – rangkap 2, baris 3 iii. Perulangan bunyi vokal u: Mengudupkan putik dendam – rangkap 1, baris 4 iv. Perulangan bunyi vokal e: Memang kita tidak sempat menjenguk - rangkap 2, baris 1


SPM Muin Mohsein 87 b) Aliterasi. : i. Perulangan bunyi konsonan p : Pedang pusaka – rangkap 2, baris 4 ii. Perulangan bunyi konsonan : Sesekali turut direntakan daki pendusta – rangkap 3, baris 8 iii. Perulangan bunyi konsonan b : Bercabang kaku bertemu bayu palsu - rangkap 5, baris 2 iv. Perulangan bunyi konsonan s : Sehingga seja tiba – rangkap 6, baris 1 NILAI 1. Nilai keberanian - penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat. 2. Nilai keadilan - Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama. 3. Nilai keinsafan - penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat kedamaian hidup. 4. Nilai kerajinan - usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan. PENGAJARAN 1. Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih agar kita tidak tersilap membuat keputusan. 2. Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman. 3. Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan mendatangkan kebaikan. 4. Kita mestilah gigih berusaha dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna. SOALAN PEMAHAMAN SAJAK KUDUP PERANG (Tuah Sujana) i) Berikan maksud ungkapan peta keadilan yang tersiat dalam sajak di atas. [2 markah] ii) Pada pendapat anda, apakah kriteria untuk menunjukkan seseorang itu sebagai pahlawan? [3 markah] iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah] SAJAK GELANGGANG (Onn Malini) Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri RANGKAP MAKSUD Ini gelanggang kita diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Rangkap 1: Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampau, negara ini telah Berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan adanya persepakatan antara kaum di negara ini. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Rangkap 2:. Usaha memerdekan negara memerlukan pengorbanan yang besar. Hal inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Generasi kini perlulah bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang ingin menggugat kestabilan Negara. Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seadainya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh Rangkap 3: Demi negara tercinta, setiap rakyat Malaysia hendaklah berani berjuang mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap


SPM Muin Mohsein 88 hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri Rangkap 4:. Setiap rakyat Malaysia diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. Onn Malini Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul , Dewan Bahasa dan Pustaka Rangkap 5:. Setiap rakyat Malaysia perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita menjadi aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya, kita mencurahkan sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila. Tema - Tema sajak ini ialah pentingnya mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta. Usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajar dikenang. Oleh itu, kerjasama dan perpaduan antara kaum perlulah dierat. Persoalan 1. Perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu membangunakan negara. 2. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan Negara yang berdaulat. 3. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara. 4. Semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih sayang terhadap negara. 5. Usaha membangunkan negara memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Nilai 1. Nilai cinta akan tanah air. - nilai cinta akan negara perlulah dipupuk dalam diri setiap warga negara. 2. Nilai penghargaan. -jasa nenek moyang kita memerdekakan negara ini perlu dihargai. 3. Nilai bersatu padu. - kemerdekaan yang dikecap adalah hasil perpaduan antara kaum di negara ini. 4. Nilai ketaatan. - taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan. 5. Nilai pengorbanan. - pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta. 6. Nilai bertanggungjawab. - semua rakyat di negara ini bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar. Pengajaran 1. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanoa berbelah bagi. 2. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita yang berusaha memerdekakan negara ini. 3. Untuk menjamin keharmonian negara dikekalkan, rakyat di negara ini perlulah bersatu padu. 4. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara. 5. Setiap warganegara bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar. Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi 1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. (a) Hari ini pewaris gelanggang yang terbina dari keringat (b) dan air mata 2. Anafora. kita pelihara kita mempertahankan rangkap 2, baris 5 dan 6 rangkap 2, baris 1 dan 2


SPM Muin Mohsein 89 3. Metafora. gelanggang keramat 4. Perlambangan atau imejan: pewaris gelanggang “Pewaris” bermaksud generasi kini. Dalam sajak ini, “pewaris gelanggang” membawa maksud rakyat di Negara ini. 5. Repetisi atau perulangan kata. Kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini. 6. Unsur bunyi: (a) Asonansi. (perulangan bunyi vokal). Jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal [ i] sebanyak lapan kali. (b) Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). elakkan pertelingkahan sesama sendiri Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan [s] sebanyak dua kali. SOALAN PEMAHAMAN SAJAK GELANGGANG (Onn Malini) i. Nyatakan usaha untuk mengekalkan perpaduan seperti yang dinyatakan dalam sajak ini. [2 markah] ii. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara dijajah? [3 markah] iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak ini. [4 markah] Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri Syair Bidasari RANGKAP MAKSUD KOSA KATA Dengarkan tuan suatu riwayat Raja di desa Negeri Kembayat Dikarang fakir dijadikan hikayat Supaya menjadi tamsil ibarat Rangkap 1: Penyair mengajak pembaca mendengar kisah yang ditulis oleh seorang fakir iaitu seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat untuk dijadikan teladan. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Rangkap 2: Di negeri Kembayat terdapat seorang raja yang masyhur dan bijaksana. Baginda juga merupakan seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang di negerinya dengan adil. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Rangkap 3: Raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam suasana aman tanpa menghadapi dugaan. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Rangkap 4: Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah hamil.


SPM Muin Mohsein 90 Tema - cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara. Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara. Manakala, raja kedua yang mengambil alih kuasa pemerintahan Negeri Kembayat bersikap garang dan tidak prihatin terhadap masalah rakyat yang berhadapan dengan serangan burung garuda. Persoalan 1. Kebijasanaan memimpin sebuah kerajaan. 2. Tanggungjawab seorang pemimpin. 3. Kasih sayang terhadap ahli keluarga. 4. Keadilan dan kesaksamaan. 5. Jangka hayat dan soal kematian di tangan Tuhan. 6. Musibah yang tidak boleh diramal. Nilai 1.Nilai tanggungjawab- Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urusan negerinya dengan sempurna. 2.Nilai ketaatan. - Seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat. 3.Nilai kebijaksanaan- Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat. 4.Nilai keadilan. - Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri. Hamillah puteri permaisuri. Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Rangkap 5: Setelah memerintah Negeri Kembayat dengan aman damai dan gembira, akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat dikejutkan dengan berita sedih apabila baginda raja telah mangkat. Datanglah kepada suatu masa, Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa. Rangkap 6: pada suatu hari , Negeri Kembayat telah diserang oleh burung garoda yang ganas dan kuat yang terbang dari angkasa. Serangan ini telah banyak mendatangkan kemusnahan negeri Kembayat. Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gelana, Membawa diri ke mana-mana. Rangkap 7: burung garoda menyerang Negeri Kembayat dengan suaranya yang kuat hingga menggemparkan rakyat dan menyebabkan negeri itu menjadi huru-hara. Rakyat jelata lintang-pukang menyelamatkan diri masingmasing. Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, "Gempar ini apakah kurang." Rangkap 8: Di istana, rakyat jelata datang untuk menghadap raja. Apabila mendengarkan keadaan di luar istana sangat bising , baginda yang garang dan tidak prihatin berasa hairan melihatkan situasi itu dan menanyakan rakyatnya sebab keadaan itu berlaku.


SPM Muin Mohsein 91 5.Nilai kasih sayang- Raja Negeri Kembayat yang pertama amat menyayangi isterinya lebih-lebih lagi setelah isterinya itu berbadan dua. Pengajaran 1. Sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah. 2. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian organisasi. 3. Kita perlulah bijaksana dalam merangka, menyusun, dan membuat segala perancangan tugas supaya tugasan itu terhasil dengan baik dan sempurna. 4. Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang. 5. Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak dijangka. 6. Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Bentuk Syair: 1. Syair ini berbentuk terikat/tidak bebas. 2. Terdiri daripada lapan rangkap. 3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap. 4. Semua baris dalam setiap rangkap merupakan maksud. 5. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. 6. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata. 7. Rima akhir syair ini ialah aaaa. GAYA BAHASA 1.Pemilihan kata atau diksi yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. ◼ Dengarkan tuan suatu riwayat; ◼ Melayanglah unggas dari angkasa, 2. Penggunaan repetisi atau pengulangan - Beberapa bulan beberapa hari – rangkap 4, baris 3. 3. Penggunaan metafora. - takhta kerajaan. 4. Penggunaan hiperbola. - Datanglah menyambar suaranya bahana – rangkap 7, baris 1 5. Penggunaan simile. - Mendengar gempar seperti perang – rangkap 8, baris 2 6. Penggunaan inversi. - Dengarkan tuan suatu riwayat – rangkap 1, baris 1 Sepatutnya: Tuan dengarkan suatu riwayat. 7.Penggunaan bahasa istana. - Baginda; permaisuri; takhta. 8. Penggunaan kata arkaik. Syair ini mempunyai beberapa kata arkaik, iaitu kata-kata yang tidak digunakan lagi pada hari ini. - : Akas; ngadil; halifah; gurda. 9. Unsur bunyi: (a) Asonansi. (pengulangan bunyi vokal) - Baginda duduk bersuka-sukaan. Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal [u] sebanyak empat kali.


SPM Muin Mohsein 92 (b) Aliterasi. (pengulangan bunyi konsonan) - Beberapa bulan beberapa hari. Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan [b] sebanyak tiga kali. SOALAN PEMAHAMAN: i. Berikan dua sifat raja yang terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut. [2 markah] ii. Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan yang akan diperoleh seseorang yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi? [KBAT] [3 markah] iii. Jelaskan dua persoalan yang terkandung dalam syair ini. [3 markah] LATIHAN TAMBAHAN KERTAS 2 – APLIKASI & SISTEM BAHASA A) i)mengupas / mengelupas -Kulit kanak-kanak itu............................ setelah menghidap sejeis penyakit ganjil. - Nenek..................................kulit limau itu agar memudahkan adik memakannya. ii)taksiran / tafsiran -Rakyat Malaysia kini boleh membuat ............................... cukai masing-masing melalui Internet -Pelbagai ................................... telah dibuat oleh orang ramai dan pengkritik sastera terhadap novel ’Interlok’ sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat. iii)penguburan / perkuburan -Secara tiba-tiba kereta yang dipandu oleh pemuda itu terbabas ke kawasan ................................. -Kerja-kerja .......................... mangsa bot karam itu terpaksa ditangguhkan ekoran hujan yang lebat . LATIHAN FOKUS SPM : A) Ayat Majmuk- Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan Kerajaan akan menimbangkan cadangan. Cadangan tersebut mengesyorkan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga. Cadangan tersebut mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program itu bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini diwujudkan mengikut modul khas. Program itu menerapkan disiplin alatentera. Program itu menerapkan pembinaan diri. Program itu menerapkan sahsiah dalam kalangan pelajar 1.Kerajaan akan menimbangkan cadangan ……………….mengesyorkan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga …………………… mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia. 2.Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan ……………… bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan ……………… diwujudkan mengikut modul khas. 3.Program itu ………………………………………………………………………………………………


SPM Muin Mohsein 93 B) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah. [ 6 markah] C) Menukarkan cakap Ajuk kepada cakap pindah i) "Kau buat apa semalam Amrin?" tanya Lim. [bertanya tentang] ii) "Pak Ali jangan mencabar saya," tegas Pak Dol. iii) "Apa, kauingat aku ni kuli engkau ke?" marah Osman kepada Jidin.[memarahi....... memperlakukannya] D) Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah. "Saya dapati kamu telah melakukan satu kesalahan yang amat besar hari ini," Fety mula membuat tuduhan terhadap Faizal yang masih terpinga-pinga. "Tidak ! Saya tak buat apa-apa kesalahan," Faizal cuba mempertahankan diri. "kerana kamu Ally pengsan, kamu tahu?" tanya Fety. ”mungkin dia sakit,” kata Faizal. ”Jangan berdalih,” kata Fety dengan suara yang tinggi. ”kalau kamu tidak percaya tanyalah Senthuria,” Faizal memberi cadangan. E) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama+ Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). i) Nasi lemak ibu sangat sedap. ii) Anjing itu sedang menyalak. iii) Rumah saya di atas bukit. iv) Hadiah itu untuk ibu saya. v) Kedai buku itu kedai datuk saya. vi) Jalan menuju ke rumah Salmah lurus. F) Ayat Aktif & Pasif Latihan tukar ayat aktif kepada ayat pasif. i. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.


SPM Muin Mohsein 94 ii. Beberapa orang pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebuh raya itu. iii. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian seorang wanita yang mengandung. iv. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati. v. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana anjuran MARA. vi. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya. vii. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu. viii. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan. ix. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah. x. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan . xi. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera. xii. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas. KERTAS 2 - PENYUNTINGAN A) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kerajaan telah putuskan untuk terus mengekalkan bangunan parlimen di ibu negara dan tidak akan memindahkannya ke tempat lain termasuk ke Putrajaya. (ii) Kerajaan Selangor bercadang untuk membina laluan khas bagi motorsikal di jalan-jalan negeri bagi mengurangi jumlah kemalangan jalan raya. (iii) Guru-guru di kawasan pendalaman dijangka menikmati insentif baru termasuk insuran keselamatan serta yuran tajaan pengajian ke pusat pengajian tinggi. [6 markah] SALAH BETUL


SPM Muin Mohsein 95 B) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Ayah memotongkan kek lapis itu kepada sepuluh bahagian supaya dapat diagehkan kepada anak-anak yatim itu. (ii) Semua calun yang akan menduduki peperiksaan SPM diminta semak angka giliran masing-masing di bilik kaunseling. (iii) Orang kampung lebih suka menghabiskan masa beristirehat di warung kopi Pak Ali sambil mengisikan perut mereka. SALAH BETUL D) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. (i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik. (ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya. (iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah. [6 markah] KERTAS 2 – PENYUNTINGAN LATIHAN FOKUS SPM : A) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i)Penjajah yang pernah menjajah Melaka telah mengutip koleksi bahan-bahan bertulis dan pelbagai barangan yang berkaitan dengan Kesultanan Melayu ke negara mereka. (ii) Isu kenaikan harga minyak baru-baru ini turut mendapat prihatin mesyuarat Jemaah Menteri-menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. (iii) Jabatan Pertanian memperuntukkan bantuan kewangan bagi program pemutihan tanah di dalam usaha membangunkan tanah terbiar. [6 markah] SALAH BETUL


SPM Muin Mohsein 96 B) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. [6 markah] SALAH BETUL C) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i) Sistem penghawa dingin yang tidak berfungsi telah menyebabkan lima orang pekerja-pekerja syarikat itu mati ketika berada di dalam terowong yang panas. (ii) Pihak ibu bapa begitu murka kerana pihak sekolah tidak melaksanakan hukuman merotan mengikut prosedur yang betul. (iii) Kita tidak boleh bergantung kepada sektor perindustrian semata-mata kerana sektor pertanian juga memainkan peranan untuk menyumbangkan perolehan Negara [6 markah] KERTAS 2 – PERIBAHASA Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat - Kata sepakat yang dicapai 2. Darah daging - Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - susah senang bersama-sama. 4. meninggi diri - Sombong 5. bermuka dua - Tidak jujur. 6 baik hati - Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. tulang belakang - Punca kekuatan/ orang harapan 8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang – Tabah sehingga mencapai kejayaan. 9. bagai kaca terhempas ke batu - Sangat sedih atau kecewa. 10. melentur buluh biarlah dari rebungnya - Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.


SPM Muin Mohsein 97 11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - setaraf 12. seperti lembu dicucuk hidung - Orang yang selalu menurut kemahuan orang 13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing - Bersama-sama mengerjakan sesuatu. 14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air - segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. 15. terang hati - Lekas pandai. 16. rendah hati - Tidak sombong 17. murah hati - Pemurah. 18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas - Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 19. Tangan kosong - Hampa. Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5 1. lintah darat - Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 2. bagai aur dengan tebing - Hubungan yang rapat dan saling membantu. 3. anak dagang - Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat 4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri - Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. 5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai- Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 6. indah khabar daripada rupa - Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah - Pengagihan yang sama banyak. 8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni - Perhubungan yang sangat akrab / senang susah bersama. 9. Seperti kacang lupakan kulit - Orang yang melupakan asalnya atau tidak mengenang jasa 10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - Menurut adat atau peraturan di tempat kita berada 11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak - Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan 12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua - kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya../ bersatu 13. memerah otak - Berfikir dengan bersungguh-sungguh. 14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya – gigih / Tekun mengusahakan sesuatu 15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian - Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. 16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang - Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha 17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit - Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.


SPM Muin Mohsein 98 18. bak cendawan tumbuh selepas hujan - Terlalu banyak pada sesuatu masa. 19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. - Kata sepakat 20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran - Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu tetapi yang sudah di tangan hilang pula. 21. mencari jalan - Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 22. biar mati anak, jangan mati adat - orang yang kuat perpegang pada adat. 23.sediakan payung sebelum hujan -Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 24. berbesar hati - Gembira. 25. anak buah - Anak saudara./ Pekerja di bawah jagaan kita. 26. tuan rumah - tempat berlangsungnya sesuatu acara 27. batu penghalang - Halangan 28. yang lama dikelek, yang baharu didukung - Adat lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan - orang lelaki yang merisik bakal isterinya. 30. bagai ikan pulang ke lubuk - Orang yang pulang ke tempat asal./ Kehidupan yang senang. LATIHAN : A) Peribahasa yang menggambarkan situasi (i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.[ -belakang parang ....................................................................................................] (ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri. [-biduk ..................... ..........................................................................] (iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada. [yang dikejar ........................................................................................... / mendengar guruh.................... ..................................................................................] [6 markah]


SPM Muin Mohsein 99 B) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang. [6 markah] C) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian catatkan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut. (i) Choong dan Raju dinasihati oleh guru kaunseling itu agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang wujud antara mereka.[buang…………….,…………………..jernih] (ii) Zafir tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.[seperti duduk dalam …………………../ seperti cacing…………….] (iii) Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar mereka menjadi insan yang berguna.[melentur………………………………………………..] (iv) Walaupun kebanyakan penduduk kampung tersebut pada mulanya hidup dalam kesusahan, mereka tekun bekerja dan sanggup bersusah payah mencari rezeki dan hari ini mereka mula mengecap kesenangan. [berakitrakit.......................................................................................] (v) Kini segala-galanya telah terlambat dan harapannya hancur setelah mengetahui anak kesayangannya terlibat dengan dadah. [.....................................................................bubur] D) Membina ayat daripada peribahasa: 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. 2. seperti katak di bawah tempurung Sikap budak itu yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung. 3. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan diri sendiri berjalan mengiring Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahukan anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. [6 markah]


SPM Muin Mohsein 100 NOVEL: Jendela Menghadap Jalan [Ruhaini matdarin] & Songket Berbenang Emas [ Khairuddin Ayip] LATIHAN NOVEL 1: Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas LATAR TEMPAT PERISTIWA LATAR TEMPAT PERISTIWA 1. Kampung Sentosa. Lili telah menghabiskan cuti persekolahannya selama dua minggu di kampung ini. 1. Rumah Embong. 2. Tempat Embong, Saleha, dan anakanak mereka, iaitu Dahlia, Abu Bakar, Mawar, Melati, Kiambang, dan Anggerik tinggal. 2. Pekan Sentosa. Bas ekspres dari Kuala Lumpur telah menurunkan Lili di pekan ini sebelum Lili dijemput oleh Rashid untuk ke rumah datuk dan neneknya. 3. Rumah Nek Kiah. 4. Tempat Seman memujuk ibunya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar yang bersambung dengan tapak rumah Saleha. 3. Rumah Datuk/Haji Abdul Rahman Geetha datang bermalam di rumah datuk Lili selama dua malam 5. Rumah Aton. 6. Tempat Aton dan Said tinggal sebelum Said meninggal dunia akibat mati lemas di sungai. 4. Rumah Lili di Kuala Lumpur. Ibu mengejutkan Lili daripada tidiur untuk mengingatkannya agar segera mandi dan bersiap bagi urusan menghantarnya pulang ke kampung. 7. Hospital Permai, Johor Bahru. 8. Tempat Dahlia bertemu dengan Azhari secara tidak sengaja ketika Dahlia melawat ibunya yang sedang menerima rawatan pemulihan penyakit yang dihidapinya itu. Rumah Che Jah. Lili dan Rashid berkunjung ke rumah Che Jah. Mereka menikmati hidangan tengah hari sebelum pulang semula ke rumah. 9. Hospital Batu Pahat. 10. Tempat Saleha dimasukkan ke wad 6, iaitu wad psiakiatri sebelum dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru. 5. Rumah Geetha. Lili telah berkunjung ke rumah Geetha. Geetha meluahkan rasa bosannya kerana ibu dan dapanya sibuk di kedai runcit serta lantaran lama bercuti di kampung. Sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim. 11. Tempat Dahlia, Kavita, dan Siti Wangi menuntut ilmu sebagai murid tingkatan enam dan bakal menduduki peperiksaan STPM pada penghujung tahun itu. 6. Restoran makanan segera. Danel telah mengajak Lili makan di salah sebuah restoran makanan segera di Pekan Sentosa. Sekolah Menengah Tun Ismail. 12. Tempat Dahlia bersekolah di tingkatan satu manakala Azhari berada di tingkatan lima. 7. Pondok buruk. Rafiq dan Haziq telah membawa dan menahan Lili di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa. Sekolah Kebangsaan Jelotong. Tempat Dahlia dan adik-adiknya, iaitu Abu Bakar, Mawar, Melati, dan Kiambang mendapat pendidikan semasa di sekolah rendah. 8. Surau Kampung Sentosa. Berlaku pertikaian antara penduduk kampung berhubung dengan pemasangan kubah baharu pada bumbung surau Kedai Runcit Tauke Lim. 13. Tempat Embong mendapatkan bekalan barangan runcit bagi keperluan harian keluarganya.


Click to View FlipBook Version