Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal 1
oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) 2017 Hakcipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan semula, ataupun dipindahkan ke dalam bentuk lain, secara elektronik, mekanik, penggambaran, perakaman dan sebagainya tanpa izin pemegang hakcipta. dengan kerjasama ISBN: 978-967-11474-6-7 PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN AMALAN 3R MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MERENTAS KURIKULUM PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KANDUNGAN SEKAPUR SIREH 5 PENGENALAN 6 UNIT 1 : Pengenalan kepada Sisa Pepejal 7 - 14 UNIT 2 : Pengurangan Sisa Pepejal di Rumah 15 - 21 UNIT 3 : Pengurangan Sisa Pepejal di Sekolah 22 - 26 UNIT 4 : Guna Semula Sisa Pepejal di Rumah 27 - 29 UNIT 5 : Guna Semula Sisa Pepejal di Sekolah 30 - 35 UNIT 6 : Kitar Semula Sisa Pepejal 36 - 40 UNIT 7 : Kitar Semula Sisa Pepejal di Rumah 41 - 47 UNIT 8 : Kitar Semula Sisa Pepejal di Sekolah 48 - 53 UNIT 9 : Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam 54 - 60 UNIT 10 : Kitar Semula Kertas 61 - 69 UNIT 11 : Kitar Semula Plastik 70 - 72 UNIT 12 : Kitar Semula Kaca 73 - 78 UNIT 13 : Kitar Semula Tin Aluminium 79 - 86 UNIT 14 : Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar 87 - 90 GLOSARI 91 PENGHARGAAN 93
SEKAPUR SIREH Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Sekalung tahniah diucapkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) atas usaha menyediakan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal Dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Sektor Prasekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia atas sokongan dan kepakaran yang telah disumbangkan dalam proses menerbitkan modul ini. Kerjasama yang telah diberikan ini menunjukkan sokongan penuh kedua-dua pihak terhadap aspirasi murni kerajaan bagi membentuk minda masyarakat kelas pertama. Peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya sangat tepat bagi melaksanakan pendidikan pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R bermula dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak. Sekiranya dari usia awal mereka telah didedahkan mengenai amalan-amalan yang murni seperti ini, maka kita dapat menjangkakan generasi masa hadapan memiliki nilai menjaga kebersihan sebagai amalan dan budaya sehari-harian. Cabaran masa kini untuk melahirkan masyarakat yang menjaga kebersihan dan cakna mengenai pengurusan sisa pepejal dengan baik adalah penting demi menjaga kelestarian alam dan ekosistem mampan. Mudah-mudahan generasi anak-anak ini akan dapat menikmati alam sekitar yang sihat. Bagi merealisasikan matlamat penerbitan modul ini, saya ingin menyeru semua pihak, baik pihak sekolah, guru-guru mahupun ibu bapa agar bersama-sama memberikan komitmen terhadap pelaksanaan modul ini di peringkat lapangan terutamanya di peringkat prasekolah dan tadika. Pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memberi sepenuh kerjasama kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan modul ini. Selamat maju jaya. Tan Sri Mohd Noh Bin Hj Omar Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 5
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal 6 PENGENALAN Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentasi Kurikulum Prasekolah dihasilkan sebagai panduan bagi membantu guru prasekolah dan tadika untuk menyampaikan maklumat pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) secara lebih teratur. Amalan 3R merupakan suatu amalan pengurusan sisa pepejal yang telah terbukti berkesan diamalkan sekian lama oleh negara-negara maju seperti Jerman, United Kingdom dan Jepun bagi mengekalkan kebersihan dan keindahan persekitaran. Melalui modul ini, kanakkanak prasekolah dan tadika akan diberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R yang betul melalui aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini. Modul ini mengandungi 14 unit merangkumi pelbagai aktiviti yang melibatkan penyampaian informasi melalui illustrasi, permainan, projek kitar semula, mewarna, dan lagu bagi menerangkan setiap elemen pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R secara praktikal. Aktiviti yang dicadangkan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian berdasarkan lokasi setempat, kemampuan dan kebolehan murid, kreativiti guru, peruntukan waktu, perbezaan keperluan murid dan kemudahan alatan aktiviti. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R Merentasi Kurikulum Prasekolah ini telah dihasilkan oleh guru–guru di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berteraskan informasi daripada pakar-pakar pengurusan sisa pepejal daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam beberapa sesi bengkel yang telah diadakan sepanjang proses pembinaan modul ini dijalankan. Modul ini diharap dapat memberi idea kepada guru untuk menghasilkan suasana pendidikan amalan 3R yang menyeronokkan kepada kanak-kanak prasekolah dan tadika.
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal 7 UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SISA PEPEJAL 1.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyatakan maksud sisa pepejal. ii. Mengenal pasti beberapa jenis sisa pepejal. iii. Menyatakan kesan pertambahan sisa pepejal. iv. Menceritakan cara sisa pepejal diuruskan. 1.2 Bahan bantu mengajar Buah tembikai, pisau, pinggan, kotak minuman, pembalut gula-gula, kertas tisu yang telah digunakan, carta gambar pengurusan sisa pepejal di rumah dan di sekolah. 1.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Potong dan Makan i. Guru memotong buah tembikai di hadapan murid-murid dan mengasingkan bahagian isi dan kulit. Murid diminta menyatakan bahagian yang dikehendaki dan bahagian yang tidak dikehendaki. ii. Guru bersoal jawab dengan murid: •Apakah yang boleh dilakukan terhadap bahagian isi? •Apakah yang boleh dilakukan terhadap bahagian kulit? • Mengapa? iii. Murid diminta makan bahagian isi tembikai. iv. Guru menjelaskan maksud sisa pepejal. v. Guru menunjukkan sisa pepejal yang lain seperti bekas kotak minuman, pembalut gula-gula, kertas tisu yang telah digunakan, botol plastik dan roti berkulat. vi. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sisa pepejal yang boleh dikitar dan tidak boleh dikitar semula. vii. Murid diminta menyatakan cara mengitar semula sisa pepejal. viii. Murid melengkapkan lembaran kerja (Lampiran 1)
8 Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal Aktiviti 2 : Pilih Mana Satu i. Guru menunjukkan dua gambar (Lampiran 2A dan 2B). ii. Guru bersoal jawab dengan murid: • Manakah gambar yang kamu suka? • Apakah perbezaan antara gambar 1 dan gambar 2? • Apakah yang akan terjadi sekiranya sisa pepejal tersebut dibiarkan di kawasan taman permainan? iii. Guru menunjukkan kad imbasan menguruskan sisa pepejal di rumah dan di sekolah (Lampiran 3). Murid membuat rumusan langkah-langkah mengitar semula sisa pepejal. Aktiviti 3 : Mari Menyanyi Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Mari Kitar Semula” dengan menggunakan melodi lagu “Bangau Oh Bangau”. Mari Kitar Semula Kitar semula, mari kita lakukan Kitar semula, mari kita amalkan Plastik, tin, kaca Mari kita asingkan Plastik, tin, kaca Mari kita asingkan Tidak dilupa kertas yang digunakan Kutip bersama elakkan pembaziran Kutip bersama elakkan pembaziran
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal 9 1.4 Nota i. Sisa pepejal merupakan bahan yang tidak dikehendaki kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau rosak. Sisa pepejal juga dikenali sebagai sampah. ii. Sisa pepejal terhasil daripada rumah, bangunan perniagaan, sekolah, pasar, pejabat, tempat awam dan sebagainya. iii. Sisa pepejal dapat dikategorikan seperti berikut: a. Sisa Pepejal Isi Rumah Sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah atau mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman termasuklah sisa taman. b. Sisa Pepejal Awam Sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam, yang di bawah penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan. c. Sisa Pepejal Komersil Sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti komersial. d. Sisa Pepejal Import Sisa pepejal yang dihasilkan di negara lain dan diimport ke Malaysia untuk diproses atau dilupuskan. e. Sisa Pepejal Pembinaan Sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti pembinaan atau perobohan, termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan. f. Sisa Pepejal Keinstitusan Sisa pepejal yang dihasilkan daripada sekolah, pejabat, klinik, hospital, perpustakaan dan rumah ibadat. g. Sisa Pepejal Perindustrian Sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian. iv. Komposisi sisa pepejal secara umumnya mengandungi sisa makanan, sisa taman, plastik, kertas, lampin pakai buang, kaca, logam, sisa kebun dan sisa isi rumah berbahaya. v. Sisa pepejal seperti plastik, kertas, dan logam merupakan sisa pepejal untuk dikitar semula kerana permintaan semasa yang tinggi.
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal 10 Tandakan ( √ ) dalam kotak bagi menentukan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Boleh dikitar semula Tidak boleh dikitar semula 1 Pembalut gula-gula 2 Tisu terpakai 3 Botol plastik 4 Kotak minuman 5 Roti berkulat Lampiran 1
11 Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal Lampiran 2A
Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal 12 Lampiran 2B
13 Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal Kertas Tin Botol Plastik Langkah 2 Langkah 1 Bersihkan barangan kitar semula untuk menghilangkan kotoran Asingkan barangan kitar semula mengikut jenis Lampiran 3
14 Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal Langkah 3 Masukkan barangan kitar semula ke dalam beg plastik dan ikat dengan kemas Langkah 4 Masukkan ke dalam tong kitar semula
15 Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah UNIT 2: PENGURANGAN (REDUCE) SISA PEPEJAL DI RUMAH 2.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menyatakan maksud pengurangan (reduce) sisa pepejal. ii. Menyebut cara-cara mengurangkan penjanaan sisa pepejal. iii. Menyatakan kebaikan kesan pengurangan sisa pepejal. 2.2 Bahan Bantu Mengajar Roti, jem, susu, gambar sisa makanan, gambar-gambar situasi. 2.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Hargai Makanan i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang makanan kegemaran. ii. Guru menyediakan roti, jem dan susu. Guru meminta murid makan makanan tersebut. iii. Guru bersoal jawab tentang perkara yang perlu diberi perhatian ketika mengambil makanan. iv. Guru menunjukkan gambar makanan yang tidak habis dimakan di rumah (Lampiran 1). v. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut. Contoh soalan : • Apakah yang kamu lihat dalam gambar tersebut? • Kenapakah makanan itu tidak habis dimakan? • Apakah yang perlu dilakukan terhadap makanan itu? • Ke manakah makanan itu dibuang? • Apakah yang harus kamu lakukan supaya makanan tidak dibuang? vi. Guru merumuskan maksud pengurangan sisa pepejal di rumah kepada murid. vii. Murid melakukan aktiviti (Lampiran 2).
16 Aktiviti 2 : Kebaikan Pengurangan i. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai situasi-situasi berikut (Lampiran 3, 4 dan 5). Contoh soalan : Situasi 1 • Apakah kebaikan membeli makanan mengikut keperluan? • Mengapakah kita perlu menabung wang lebihan pembelian makanan? Situasi 2 • Apakah keburukan membuang makanan? Situasi 3 • Apakah kegunaan beg plastik? • Apakah akibat membuang beg plastik? 2.4 Nota i. Pengurangan sisa pepejal bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dalam konteks penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah : • Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak. • Membawa bekas sendiri semasa membeli barang-barang. • Menghasilkan produk jangka hayat yang panjang atau boleh diguna pakai semula untuk mengurangkan penggunaan bahan mentah. ii. Cara pengurangan penghasilan sisa pepejal di rumah • Beli barang tanpa menggunakan beg plastik. • Beli barangan dengan menggunakan beg guna semula. • Beli barangan yang disenaraikan sahaja. • Mengurangkan pembelian barang yang dibungkus. • Guna bateri yang boleh dicas semula. Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
17 Makanan yang tidak habis dimakan di rumah Lampiran 1 Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
18 Amalan pengurangan penjanaan sisa pepejal di rumah. Tandakan (√) bagi amalan yang betul. RM5.00 RM28.00 Bawa bekas makanan sendiri untuk membeli makanan Beli barang yang disenaraikan sahaja Beli tanpa merancang Lampiran 2 Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah Gunakan beg guna semula
19 Situasi 1 Kesan Membeli makanan mengikut keperluan Lebihan wang saku disimpan ke dalam tabung Lampiran 3 Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah
Situasi 2 Kesan Kanak-kanak tidak menghabiskan makanan yang dibeli Kanak-kanak membuang makanan Lampiran 4 Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah 20
21 Situasi 3 Kanak-kanak menyimpan beg plastik Kanak-kanak menggunakan semula beg plastik Lampiran 5 Unit 2: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Rumah Kesan
22 UNIT 3: PENGURANGAN (REDUCE) SISA PEPEJAL DI SEKOLAH 3.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menyenaraikan sisa pepejal yang boleh dikurangkan di sekolah. ii. Menyebut langkah-langkah untuk mengurangkan penjanaan sisa pepejal. iii. Menyatakan kebaikan kesan pengurangan sisa pepejal. 3.2 Bahan Bantu Mengajar Contoh sisa pepejal, lirik lagu “Tanya Sama Sampah”, kad ucapan, lembaran kerja. 3.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Sisa Pepejal Oh Sisa Pepejal i. Murid diberikan senarai semak seperti di Lampiran 1 dan dibawa melawat di sekitar kawasan sekolah bagi mengenal pasti sisa pepejal yang boleh dikurangkan. Murid dikehendaki menanda senarai semak berdasarkan pemerhatian mereka. ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. iii. Murid diminta menunjukkan contoh sisa pepejal yang dijumpai dalam kawasan sekolah. iv. Guru membimbing murid untuk mengenal pasti langkah-langkah mengurangkan sisa pepejal tersebut. Contohnya: * Guru boleh mewujudkan keadaan sekiranya tidak terdapat sisa pepejal di persekitaran sekolah. Kertas Guna kedua-dua belah muka surat Pembungkus makanan Bawa bekas makanan sendiri Sisa Pepejal Cara Mengurangkan Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah
23 Aktiviti 2 : Nyanyian Lagu “Tanya Sama Sampah” i. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Tanya Sama Sampah” dengan menggunakan melodi lagu “Tanya Sama Pokok”. ii. Murid menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan kreatif. Tanya Sama Sampah Tanya sama sampah Kenapa banyak sangat Nanti jawab sampah Orang yang buang Lihat pada sampah Bau sangat busuk Alam kan tercemar Hilanglah indah Pesan dari guru Mesti ingat selalu Kurangkanlah sampah Dunia kan bersih Marilah bersama Jaga kebersihan FIkirlah dahulu Sebelum buang * Guru boleh menggunakan melodi lain yang sesuai dengan latar belakang murid. Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah
24 Aktiviti 3 : Kad Ucapan i. Guru menunjukkan contoh kad ucapan. ii. Murid diminta menghasilkan kad ucapan bertema alam sekitar. iii. Murid diminta membentangkan kad ucapan masing-masing. iv. Murid memberikan kad ucapan yang dihasilkan kepada rakan. * Guru boleh menggunakan komputer untuk menghasilkan kad ucapan. Aktiviti 4 : Amalan Baik i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang amalan untuk mengurangkan sisa pepejal semasa berada di sekolah. ii. Murid melengkapkan lembaran kerja berdasarkan tajuk perbincangan (Lampiran 2). iii. Murid diminta menyatakan kebaikan amalan mengurangkan sisa pepejal. 3.4 Nota i. Pengurangan sisa pepejal di sekolah bermaksud mengurangkan sisa atau sumber yang menyebabkan penggunaan dan pembuangan barang- barang dikurangkan di kawasan sekolah. Contohnya ialah : • Membeli barang yang tahan lama dan tahan lasak. • Membeli barang-barang yang dibungkus dari bahan mesra alam seperti bekas makanan berasaskan hampas tebu (eco-pack). • Membawa makanan dan minuman dengan menggunakan bekas makanan guna semula. • Menggunakan kedua-dua muka surat kertas untuk melukis dan menulis. Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah
25 Sisa pepejal di persekitaran sekolah Tandakan (√) pada ruangan yang sesuai. Ada Tiada Lampiran 1 Keropok IKAN FISH CRACKERS Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah 1 Kertas 2 Kotak minuman 3 Tin aluminium 4 Bekas polistrena 5 Plastik pembungkus makanan
26 Amalan mengurangkan sisa pepejal. Tandakan ( √ ) pada gambar yang menunjukkan amalan yang baik. Tidak menghabiskan makanan Membawa bekal makanan Membazir ruang muka surat Menghabiskan makanan Lampiran 2 Unit 3: Pengurangan (Reduce) Sisa Pepejal di Sekolah Menggunakan bekas polistrena Menggunakan sepenuhnya ruang muka surat
27 UNIT 4: GUNA SEMULA (REUSE) SISA PEPEJAL DI RUMAH 4.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyatakan maksud guna semula (reuse). ii. Mengguna semula sisa pepejal di rumah. iii. Membincangkan kebaikan mengguna semula sisa pepejal di rumah. 4.2 Bahan Bantu Mengajar Kotak terpakai, gunting, reben, gam, kertas warna, manik, tali pelbagai warna, kertas manila. 4.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Boleh Guna Semula? Tidak Boleh Guna Semula? i. Murid diminta membawa sisa pepejal yang telah digunakan dari rumah. ii. Murid mengenal pasti sisa pepejal yang boleh dan tidak boleh diguna semula dengan memasukkan sisa pepejal tersebut ke dalam kotak yang telah dilabel sebagai “Boleh Guna Semula” dan “Tidak Boleh Guna Semula”. iii. Guru bersoal jawab tentang sisa pepejal yang telah dimasukkan ke dalam kedua-dua kotak tersebut. iv. Berdasarkan sisa pepejal di dalam kotak “Boleh Guna Semula”, guru membimbing murid untuk menjawab soalan berikut : • Nyatakan sisa pepejal yang boleh diguna semula. • Bagaimanakah sisa pepejal tersebut boleh diguna semula? v. Guru dan murid merumuskan maksud guna semula. Aktiviti 2 : Kotak Ajaib i. Murid menghias kotak kasut yang dibawa untuk dijadikan tempat simpanan barangan peribadi. ii. Murid menceritakan keistimewaan kotak yang dihasilkan. Unit 4: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Rumah
28 Aktiviti 3 : Carta Guna Semula Sisa Pepejal Murid mengambil gambar sisa pepejal yang boleh diguna semula yang terdapat di rumah masing-masing. Contohnya botol jem dijadikan bekas mengisi rempah ratus. i. Murid bercerita tentang gambar yang dibawa. ii. Murid menampal gambar yang dibawa untuk menghasilkan carta sisa pepejal guna semula mengikut kumpulan. iii. Murid diminta menyatakan cara mengguna semula sisa pepejal (Lampiran 1) iv. Murid diminta membincangkan kebaikan guna semula di rumah. 4.4 Nota i. Guna semula sisa pepejal bermaksud mengguna semula barangan yang tidak dikehendaki sama ada secara konvensional (mengguna semula beg plastik yang sama berulang kali) atau secara kreatif (menghias dan menggunakan kotak kasut sebagai tempat penyimpanan alat tulis). ii. Sesuatu barangan diguna semula untuk kebersihan alam sekitar, mengurangkan jumlah sisa pepejal atau sampah yang dilupuskan di tapak pelupusan, mengelakkan pembaziran sumber, menghasilkan bahan/ produk lain menggunakan bahan sedia ada. Unit 4: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Rumah
29 Kaca Guna semula Guna semula Guna semula Guna semula Kertas Plastik & aluminium Lain-lain Lampiran 1 Lukiskan gambar objek untuk guna semula sisa pepejal di rumah. Unit 4: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Rumah
30 UNIT 5: GUNA SEMULA (REUSE) SISA PEPEJAL DI SEKOLAH 5.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Mengenal pasti sisa pepejal yang boleh diguna semula (reuse) di sekolah. ii. Mengguna semula sisa pepejal. iii. Menyatakan kebaikan mengguna semula sisa pepejal. 5.2 Bahan Bantu Mengajar Bekas makanan; bekas kaca dan plastik, tin minuman, surat khabar, kotak tisu, kotak kasut, gunting, gam, reben, manik, pembalut gula-gula atau kertas warna, kertas majalah gambar buah-buahan tempatan. 5.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Ciptaanku i. Guru menunjukkan sisa pepejal yang boleh diguna semula. Contohnya kotak kasut, botol plastik, botol kaca, tin aluminium, kertas surat khabar, buku dan kertas yang telah digunakan. ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sisa pepejal tersebut. iii. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan berbincang cara sisa pepejal tersebut boleh diguna semula. iv. Murid diminta mengambil barangan yang mereka pilih dan menghias barangan tersebut untuk diguna semula. v. Murid menceritakan hasil kerja masing-masing. Aktiviti 2 : Nyanyian lagu “Mari Guna Semula” i. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Mari Guna Semula” dengan menggunakan melodi lagu “Goreng Pisang”. ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lirik lagu dan kebaikan guna semula di sekolah. Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah 30
31 Mari Guna Semula Mari kita guna semula Kertas, botol, kain, kaca Mari kita guna semula Agar sekolah terjaga Mari kita guna semula Warga sekolah sejahtera Mari kita guna semula Selamatkan bumi kita Aktiviti 3 : Alat Muzik i. Murid diminta membawa botol plastik dan bahan lain seperti pasir, kekacang, garam, batu kecil dan sebagainya. ii. Murid mengisi satu bahan ke dalam botol plastik dan menutupnya semula bagi menghasilkan marakas. iii. Murid menghias botol masing-masing mengikut kreativiti. iv. Guru membimbing murid bermain alat muzik yang telah mereka hasilkan sambil menyanyi lagu “Mari Guna Semula”. v. Murid diminta menyatakan kebaikan mengguna semula botol plastik. vi. Murid diminta memberi cadangan cara mengguna semula botol plastik dan bahan lain. Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
32 Aktiviti 4 : Kolaj Buah-buahan Tempatan i. Murid menghasilkan kolaj buah-buahan dengan menggunakan kertas warna, majalah atau buku terpakai (Lampiran 1A, 1B dan 1C). ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kolaj yang dihasilkan. 5.4 Nota i. Guna semula sisa pepejal bermaksud mengguna semula barangan yang tidak dikehendaki sama ada secara konvensional (mengguna semula beg plastik yang sama berulang kali) atau secara kreatif (menghias dan menggunakan kotak kasut sebagai tempat penyimpanan alat tulis). ii. Kepentingan barangan guna semula di sekolah adalah untuk menjaga kebersihan sekolah, mengurangkan jumlah sisa pepejal atau sampah dilupuskan di tapak pelupusan, mengelakkan pembaziran sumber, mendidik warga sekolah supaya mengguna semula bahan terbuang. iii. Sisa pepejal di sekolah boleh diguna semula dengan cara mengguna semula sampul surat, kotak sebagai tempat menyimpan alat tulis, kertas warna sebagai pembalut hadiah dan sebagainya. Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
33 Lampiran 1A Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
34 Lampiran 1B Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
35 Lampiran 1C Unit 5: Guna Semula (Reuse) Sisa Pepejal di Sekolah
36 UNIT 6: KITAR SEMULA (RECYCLE) SISA PEPEJAL 6.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Mengecam logo tong kitar semula. ii. Membanding beza warna tong kitar semula dan sisa pepejal. iii. Mengenal pasti sisa pepejal yang boleh dikitar semula mengikut warna tong. 6.2 Bahan Bantu Mengajar Gambar berwarna kawasan dapur rumah yang mengasingkan sisa pepejal dan mencampurkan sisa pepejal, kotak terpakai, pensel, pensel warna, warna air, berus, bola, radio, lagu (mengikut pilihan) dan bahan maujud sisa pepejal. 6.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Dare To Drop i. Guru memperkenalkan logo dan warna tong kitar semula (Lampiran 1). ii. Murid mengenal pasti logo dan tong kitar semula mengikut warna. iii. Murid mewarna tong kitar semula mengikut sisa pepejal (Lampiran 2). iv. Murid melukis sisa pepejal di dalam lakaran tong mengikut warna tong kitar semula (Lampiran 3). Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
37 Lampiran 1 Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal Aktiviti 2 : Fun Recycle i. Murid menyediakan tiga kotak kitar semula (menggunakan kotak terpakai) dan bahan kitar semula seperti botol plastik, kotak tisu, tin minuman, surat khabar dan lain-lain. ii. Murid diminta duduk dalam bulatan. Tiga kotak dan bahan kitar semula diletakkan di tengah bulatan. iii. Sebiji bola diberikan kepada murid pertama untuk diberikan kepada murid seterusnya semasa muzik/lagu diperdengarkan. iv. Apabila muzik/lagu diberhentikan, murid yang memegang bola diminta memilih satu bahan kitar semula dan memasukkan ke dalam tong kitar semula yang betul. v. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan. 6.4 Nota i. Kitar semula ialah proses memungut dan mengasingkan bahan kitar semula bagi tujuan menghasilkan produk baharu. ii. Contoh barangan yang boleh dikitar semula termasuklah bahan yang diperbuat daripada: • Kertas : Surat khabar, kotak, majalah, resit, kotak minuman dan kad keras • Plastik : Beg plastik, botol pencuci, botol minuman, peralatan plastik • Logam : Tin, aluminium dan besi • Botol kaca • Getah : Tayar iii. Secara umumnya, tong kitar semula yang diletakkan di tempat awam dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: • Tong berwarna biru - Kertas • Tong berwarna coklat - Kaca • Tong berwarna jingga - Tin dan plastik
Logo kitar semula Tong-tong kitar semula 38 Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
39 Warnakan tong kitar semula mengikut bahan sisa pepejal. Lampiran 2 Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
40 Lukis gambar sisa pepejal mengikut warna tong kitar semula di bawah. Lampiran 3 Unit 6: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal
UNIT 7: KITAR SEMULA (RECYCLE) SISA PEPEJAL DI RUMAH 7.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menyatakan maksud kitar semula (recycle). ii. Menceritakan cara kitar semula di rumah. 7.2 Bahan Bantu Mengajar Video/ bahan sisa pepejal di rumah, kad gambar tentang langkah-langkah kitar semula sisa pepejal di rumah. 7.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Asingkan Sisa i. Guru mempamerkan dua gambar bahagian dapur rumah yang mengasingkan sisa kitar semula dan sisa baki (Lampiran 1A dan 1B). Gambar A: Bahagian dapur rumah yang mengasingkan sisa kitar semula dan sisa baki. Gambar B: Bahagian dapur rumah yang mencampurkan sisa kitar semula dan sisa baki. ii. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar tersebut bagi menjelaskan konsep asas kitar semula. Contoh Soalan : • Apakah perbezaan kedua-dua gambar yang ditunjukkan? • Apakah kesan jika tidak mengamalkan kitar semula? • Apakah sisa pepejal yang boleh dikitar semula? iii. Guru dan murid membuat rumusan maksud kitar semula. Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah 41
42 Aktiviti 2 : Pengurus Sisa Pepejal yang Hebat i. Murid menonton tayangan video/ gambar tentang bahan-bahan kitar semula yang terdapat di dalam rumah. ii. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar tersebut bagi menjelaskan maksud kitar semula dengan menggunakan bahan sisa pepejal di rumah. Contoh Soalan : • Apakah barang yang ada di rumah yang boleh dikitar semula? • Apa yang terjadi jika barang-barang ini tidak dikitar semula? • Bagaimanakah kita melakukan kitar semula di rumah? iii. Guru menerangkan langkah-langkah melakukan kitar semula di rumah (Lampiran 2). 7.4 Nota i. Mengasingkan sisa pepejal di rumah kepada bahan yang boleh dikitar semula dan bahan yang tidak boleh dikitar semula merupakan asas kepada aktiviti kitar semula di rumah. ii. Bahan yang tidak boleh dikitar semula merupakan sisa baki dan akan dilupuskan di tapak pelupusan. Oleh itu, penting bagi meminimakan jumlah sisa baki untuk dikutip oleh kontraktor pembersihan bagi menyelamatkan alam sekitar. iii. Contoh sisa baki adalah sisa dapur, sisa makanan, sisa kotor dan lampin pakai buang. iv. Sisa kitar semula yang perlu diasingkan termasuklah bahan yang diperbuat daripada kertas (kotak, buku, majalah, kotak minuman, resit, kad keras dan surat khabar), bahan berasaskan plastik (beg plastik, botol pencuci, botol minuman, bekas makanan dan polisterin) dan barangan lain yang boleh dikitar semula (barangan logam, kaca, seramik, fabrik, getah, barangan berasaskan kulit, sisa elektronik dan elektrik kecil serta sisa isi rumah berbahaya seperti botol racun serangga). v. Cara yang betul untuk melakukan kitar semula di rumah adalah: • Mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis seperti kertas, plastik dan lain-lain sisa kitar semula. • Mengumpul dan meletakkan sisa kitar semula di dalam bekas yang sesuai. • Menghantar sisa kitar semula ke pusat kitar semula atau pemungut barangan kitar semula. Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
43 Lampiran 1A Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah Bahagian dapur rumah yang mengasingkan sisa kitar semula dan sisa baki
44 Lampiran 1B Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah Bahagian dapur rumah yang mencampurkan sisa kitar semula dan sisa baki
45 Kertas Tin Botol Plastik Mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis seperti tin, kertas, botol plastik dan lain-lain sisa kitar semula Langkah 1 Lampiran 2 Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
46 Mengumpul dan meletakkan sisa kitar semula di dalam bekas yang sesuai Langkah 2 Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
47 Hantar sisa pepejal ke pusat kitar semula atau kepada pemungut barang kitar semula Langkah 3 Unit 7: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Rumah
48 UNIT 8: KITAR SEMULA (RECYCLE) SISA PEPEJAL DI SEKOLAH 8.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menyatakan maksud kitar semula (recycle). ii. Menghasilkan barangan yang boleh dikitar semula dari sisa pepejal yang terdapat di sekolah. iii. Menyatakan kebaikan kitar semula. 8.2 Bahan Bantu Mengajar Barangan berasaskan plastik, kertas, kaca dan tin yang dikumpulkan dari aktiviti nature walk, gam, gunting, reben, biji benih, pewarna makanan, warna air, kotak, tali serap air, tanah. 8.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Nature Walk i. Guru dan murid mengumpul sisa pepejal yang terdapat di persekitaran sekolah dalam aktiviti nature walk. ii. Murid mengasingkan barangan mengikut jenis sisa pepejal. iii. Murid membersihkan sisa pepejal dan memasukkan ke dalam kotak kitar semula (kertas, kaca, tin dan plastik). iv. Sisa pepejal yang tidak boleh dikitar semula dimasukkan ke dalam tong sampah. Aktiviti 2 : Bottled Plant i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang bottled plant. ii. Secara berpasangan murid menghasilkan bottled plant (Lampiran 1). iii. Murid mempamerkan bottled plant di dalam kelas. Aktiviti 3 : Bingkai Gambar i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii. Guru mengedarkan kotak, kertas, gam, gunting, warna air, dan tali. iii. Guru membimbing murid menghasilkan bingkai gambar (Lampiran 2). Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah
49 Aktiviti 4 : Alat Perkusi i. Murid diberi peluang untuk meneroka bunyi yang dihasilkan oleh tin dan botol bila diketuk, digoncang dan digeser. ii. Guru mengemukakan soalan : • Apakah yang kamu dengar? Ceritakan. • Adakah bunyinya berbeza? Ceritakan. • Kenapa bunyinya berbeza? Ceritakan. iii. Guru membimbing murid untuk menghasilkan alat perkusi (Lampiran 3). iv. Murid menyanyi lagu “Recycle” mengikut melodi lagu “Bangun Pagi” sambil memainkan alat perkusi yang telah dihasilkan. v. Murid membuat rumusan dengan menyatakan maksud dan kebaikan kitar semula. Recycle Recycle, recycle Recycle, everywhere Bottle, plastic, paper, glasses Recycle everywhere 8.4 Nota i. Kitar semula di sekolah boleh dilakukan untuk menjaga kebersihan sekolah. ii. Sisa pepejal yang mudah dijumpai di sekolah yang boleh dikitar semula ialah: • Kertas - kotak, kotak minuman, surat khabar, majalah, buku, kertas yang telah digunakan kedua belah muka • Plastik - botol dan beg • Kaca - botol • Tin - tin minuman dan bekas makanan Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah
• Masukkan tanah dalam bahagian A • Isi air dalam bahagian B • Masukkan bahagian A ke dalam bahagian B • Pastikan tali masuk ke dalam air supaya boleh menyerap air 50 1 2 3 5 4 Lubangkan penutup botol Botol plastik A A B A B • Potong di sini 1/3 ketinggian botol •Pasangkan tali yang boleh menyerap air •Pasangkan penutup botol Tanah • Pokok bunga Air untuk hiasan Lampiran 1 Bottled Plant Bingkai Gambar Alat Perkusi Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah Anak Pokok