The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joycemkg_86, 2023-04-13 11:35:26

Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R

Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R

Keywords: Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R

Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A 51 Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A 1. Potong kotak mengikut saiz A4 sebanyak 2 keping - Tandakan setiap satunya A dan B. 2. Pada Kotak B, gariskan 1 1/2 inci daripada setiap sisi kotak dan potong. 3. Gunakan kertas terpakai (kertas majalah, surat khabar) dan dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. 4. Gulung kertas tersebut dan gamkan dihujungnya. Bottled Plant Bingkai Gambar Alat Perkusi 1 2 3 4 Lampiran 2 Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A


Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A 52 Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A Saiz A4 = 8.27×11.7 inci Gulung Pasang tali dan lekatkan Gam dan susun 1½ inci 1½ inci 5 inci Warnakan Gantung sebagai hiasan Gam dan lekatkan Tampal gambar pada muka belakang kertas A 5 7 8 6 9 10 Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah 5. Susun dan gamkan gulungan kertas di sekeliling bingkai gambar (Kotak B). 6. Warnakan bingkai gambar tersebut menggunakan warna air dan keringkan. 7. Pasangkan tali pada Kotak A. 8. Tampal gambar yang dikehendaki. 9. Lekatkan bingkai gambar (Kotak B) pada Kotak A. 10. Bingkai gambar telah siap dan boleh dipamerkan.


53 Alat perkusi daripada tin (maracas) 1. Masukkan pelbagai bahan seperti pasir, batu, kekacang (kuantiti yang berbeza) ke dalam tin. 2. Tampal penutup tin dengan pita pelekat. 3. Balut tin dengan kertas warna dan hiaskan. 4. Goncang tin untuk menghasilkan pelbagai bunyi. 1. Isikan air ke dalam botol kaca dengan aras yang berbeza. 2. Masukkan ke dalam kotak yang telah dilubangkan. 3. Ketuk botol bagi menghasilkan bunyi. Alat perkusi daripada botol Lampiran 3 Bottled Plant Bingkai Gambar Alat Perkusi Unit 8: Kitar Semula (Recycle) Sisa Pepejal di Sekolah Batu Kecil Kekacang


54 UNIT 9: KITAR SEMULA SISA PEPEJAL DI TEMPAT AWAM 9.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menamakan tempat-tempat awam. ii. Menyebut jenis sisa pepejal di tempat awam. iii. Membezakan sisa pepejal yang boleh dibuang dan tidak boleh dibuang ke dalam tong kitar semula. 9.2 Bahan Bantu Mengajar Gambar/ tayangan video tempat awam, komputer, radio, cakera padat, pensel, pensel warna, kad manila, gunting, penebuk lubang, tali, pen marker. 9.3 Aktiviti Aktiviti 1: Kenali Tempat Awam i. Guru mempamerkan gambar/ menayang video tentang kawasan di perhentian bas, taman permainan dan pusat membeli belah (Lampiran 1, 2 dan 3). ii. Berdasarkan gambar/ tayangan video guru bersoal jawab dengan murid bagi menjelaskan jenis-jenis tempat awam yang ada di sekitar tempat tinggal. Contoh soalan : • Apakah yang kamu lihat pada gambar? • Siapakah yang pernah pergi ke tempat seperti dalam gambar? • Apakah yang kamu buat di situ? • Apakah nama tempat itu? iii. Guru menerangkan maksud tempat awam kepada murid. Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam


55 Aktiviti 2 : Mari Mengenal Bahan Kitar Semula i. Guru mempamerkan gambar seperti di Lampiran 4. ii. Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh Soalan: • Apakah jenis sisa pepejal yang terdapat di taman permainan? • Sebutkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula. • Sebutkan sisa pepejal yang tidak boleh dibuang ke dalam tong kitar semula. • Mengapakah sisa pepejal ini tidak boleh dibuang ke dalam tong kitar semula? iii. Murid melakukan aktiviti (Lampiran 5). 9.4 Nota i. Kitar semula ialah proses menghasilkan produk baharu daripada bahan kitar semula. ii. Sisa makanan, daun-daun, ranting-ranting kecil boleh dikitar semula dengan kaedah kompos untuk menghasilkan baja. iii. Maksud tempat awam ialah kawasan yang terbuka kepada umum. iv. Secara umumnya, tong kitar semula yang diletakkan di tempat awam dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: • Tong berwarna biru untuk kertas • Tong berwarna coklat untuk kaca • Tong berwarna jingga untuk tin dan plastik Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam


Lampiran 1 56 Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam


57 Lampiran 2 Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam


Unit 1: Pengenalan kepada Sisa Pepejal Lampiran 3 58 Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam


Lampiran 4 Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam 59


Unit 9: Kitar Semula Sisa Pepejal di Tempat Awam 60 Bulatkan sisa pepejal yang tidak boleh dibuang ke dalam tong kitar semula. Lampiran 5


61 UNIT 10: KITAR SEMULA KERTAS 10.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menamakan jenis-jenis kertas ii. Membincangkan proses kitar semula kertas 10.2 Bahan Bantu Mengajar Kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas majalah, kotak, lima buah bekas, carta alir, enam kad imbas proses kitar semula kertas. 10.3 Aktiviti Aktiviti 1: Mengenal Jenis-jenis Kertas i. Guru melonggokkan dan memperkenalkan pelbagai jenis kertas yang terdiri daripada kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas majalah, kotak/kadbod, dan penyata/resit. ii. Murid diminta menyebut jenis-jenis kertas iaitu kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas majalah dan kotak. iii. Guru menyediakan lima buah bekas yang dilabelkan dengan gambar dan perkataan kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas majalah dan kotak. iv Guru membimbing murid untuk meletakkan jenis-jenis kertas yang telah dilonggokkan ( kertas putih, kertas warna, kertas surat khabar, kertas majalah dan kotak) mengikut jenis-jenis kertas ke dalam lima buah bekas yang telah disediakan. v. Guru bersoal jawab dengan murid. Contoh soalan : • Mengapakah kita perlu mengasingkan semula kertas? • Pada pendapat kamu bagaimanakah cara mengurangkan penggunaan kertas di rumah, sekolah dan tempat awam? vi. Murid melakukan aktiviti suai gambar (Lampiran 1). Unit 10: Kitar Semula Kertas


Aktiviti 2 : Susun dan Tampal i. Guru memberi penerangan cara kertas dikitar semula melalui tayangan video/ carta kitar semula (Lampiran 2). ii. Guru menyediakan lapan keping kad imbasan yang mengandungi gambar proses kitar semula kertas (Lampiran 3). iii. Beberapa orang murid diminta menampalkan kad imbasan mengikut turutan proses dengan betul. iv. Murid menyanyikan lagu bersama-sama mengikut melodi “Old Mac Donald Had A Farm”. Dari Pokok Jadi Kertas Dari mana asal kertas Darilah pokok Kertas diproses di kilang Jadikan kotak Kertas diproses di kilang Jadi majalah Kertas diproses di kilang Jadi surat khabar Boleh dijual boleh dijual Boleh dapat wang Wang banyak wang banyak Penuhkan tabung Unit 10: Kitar Semula Kertas 62


63 Unit 10: Kitar Semula Kertas 10.4 Nota i. Asal usul kertas. Kertas terhasil daripada pokok. ii. Langkah-langkah kertas dikitar semula. • Kertas dikutip dan dihantar ke kilang kitar semula. • Pengasingan kertas dengan bahan-bahan lain (klip kertas, benang, tali, plastik dan sebagainya). • Kertas dicampur dengan air untuk dihancurkan bagi menghasilkan pulpa. • Pulpa dihantar ke mesin penekan untuk membentuk kertas baharu. • Kertas baharu diproses untuk menghasilkan produk baharu. • Pelbagai produk baharu daripada kertas. iii. Kepentingan Kitar Semula Terhadap Alam Sekitar • Sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan menghasilkan air larut resap (leachate) dan gas metana (methane) yang boleh mencemarkan alam sekitar. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah. Oleh itu, sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula memerlukan sedikit tenaga secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemeliharaan dan pemuliharan alam semula jadi. iv. Kepentingan Terhadap Manusia • Secara keseluruhan, kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan negara kerana aktiviti menghasilkan produk daripada bahan kitar semula lebih rendah daripada menggunakan bahan mentah. • Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan daripada sumber asli. Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi akan datang.


64 Suaikan gambar dengan perkataan yang betul Kotak Surat khabar Majalah Beg kertas Kertas putih Lampiran 1 Unit 10: Kitar Semula Kertas


65 1. Kertas yang telah diguna dikumpulkan. 2. Kertas dibuang ke dalam tong kitar semula. 3. Kertas dikutip dan dihantar ke kilang kitar semula. 4. Pengasingan kertas dengan bahan-bahan lain (klip kertas, benang, tali, plastik dan sebagainya). 5. Kertas dicampur dengan air untuk dihancurkan bagi menghasilkan pulpa. 6. Pulpa dihantar ke mesin penekan untuk membentuk kertas baharu. 7. Kertas baharu diproses untuk menghasilkan produk baharu. 8. Pelbagai produk baharu daripada kertas. Proses Kitar Semula Kertas 1 2 4 3 5 7 8 6 Lampiran 2 Unit 10: Kitar Semula Kertas


66 Kumpulkan kertas yang telah digunakan. Kertas dibuang ke dalam tong kitar semula. Lampiran 3 Unit 10: Kitar Semula Kertas


67 Pengasingan kertas dengan bahan-bahan lain (klip kertas, benang, tali, plastik dan sebagainya). Unit 10: Kitar Semula Kertas Kertas dikutip dan dihantar ke kilang kitar semula.


68 Kertas dicampur dengan air untuk dihancurkan bagi menghasilkan pulpa. Pulpa dihantar ke mesin penekan untuk membentuk kertas baharu. Unit 10: Kitar Semula Kertas


69 Unit 10: Kitar Semula Kertas Pelbagai produk baharu daripada kertas Kertas baharu diproses untuk menghasilkan produk baharu.


70 UNIT 11: KITAR SEMULA PLASTIK 11.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Mengenal pasti peralatan yang diperbuat daripada plastik. ii. Mengaplikasikan proses awal kitar semula barangan plastik. 11.2 Bahan Bantu Mengajar Tayangan video (pembuangan sisa pepejal), buku skrap (kertas lukisan), gam, gunting, peralatan plastik, majalah, akhbar. 11.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Kenali Plastik i. Guru menayangkan tayangan video/ gambar pembuangan peralatan plastik. ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang peralatan yang diperbuat daripada plastik. iii. Murid diminta mengenal pasti peralatan dalam kelas yang diperbuat daripada plastik. Contoh soalan: • Namakan peralatan yang diperbuat daripada plastik. • Apakah kegunaan peralatan plastik tersebut? • Apakah peralatan plastik yang sering dibuang? • Di manakah peralatan plastik itu dibuang? • Apakah yang perlu kita lakukan supaya peralatan plastik ini tidak dibuang? Aktiviti 2 : Kumpul, Asing dan Bersih i. Guru meminta murid mengumpul peralatan plastik yang tidak digunakan dari rumah dan dibawa ke sekolah. ii. Guru membimbing murid untuk membersihkan peralatan plastik (membuang label, mencuci dan mengeringkan). iii. Peralatan plastik yang telah dibersih diserahkan kepada pembeli untuk dihantar ke kilang bagi proses kitar semula. Unit 11: Kitar Semula Plastik


71 Unit 11: Kitar Semula Plastik iv. Guru membimbing murid untuk menghasilkan carta alir proses yang telah dijalankan (Lampiran 1). v. Murid membuat rumusan tentang proses kitar semula plastik yang tidak digunakan. 11.4 Nota i. Peralatan plastik yang boleh dikitar semula ialah beg plastik, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin. ii. Contoh peralatan plastik yang tidak boleh dikitar semula ialah bekas cat, bekas bahan toksik dan peralatan makmal. iii. Proses kitar semula bekas plastik. • Mengumpul peralatan plastik yang tidak digunakan. • Bersihkan peralatan plastik dengan membuang label, mencuci dan mengeringkan. • Menyerah/ menjual peralatan plastik di pusat pengumpulan untuk dihantar ke kilang bagi proses kitar semula.


72 Mengumpul peralatan plastik yang tidak digunakan. Bersihkan peralatan plastik dengan membuang label, mencuci dan mengeringkan. Menyerah/ menjual peralatan plastik di pusat pengumpulan untuk dihantar kilang bagi proses kitar semula. Lampiran 1 Unit 11: Kitar Semula Plastik 2 3 1 Kumpul, Asing dan Bersih


73 UNIT 12: KITAR SEMULA KACA 12.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menyatakan kaca yang boleh dikitar semula. ii. Membezakan antara kaca yang boleh dikitar semula dengan yang tidak boleh dikitar semula. iii. Merumus proses kitar semula kaca. 12.2 Bahan Bantu Mengajar Lembaran kerja, kad imbasan, bahan yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula, carta kitar semula kaca. 12.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Mengenal Jenis-jenis Kaca i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang barang-barang kaca yang terdapat di kelas prasekolah dan di rumah. ii. Guru menerangkan kepada murid kaca yang boleh dikitar semula dan kaca yang tidak boleh dikitar semula. Contoh kaca yang boleh dikitar semula : • Botol kicap, botol jem, botol ubat, botol sos, botol minuman, botol minyak wangi. Contoh kaca yang tidak boleh dikitar semula : • Mentol, pinggan, cawan, mangkuk dan kaca (yang telah pecah). iii. Guru mengemukakan soalan kepada murid : • Nyatakan jenis-jenis kaca yang boleh dikitar semula. • Nyatakan jenis-jenis kaca yang tidak boleh dikitar semula. • Mengapakah mentol tidak boleh dikitar semula? vi. Murid diminta melaksanakan aktiviti (Lampiran 1). Unit 12: Kitar Semula Kaca


Unit 12: Kitar Semula Kaca 74 Aktiviti 2 : Cara Kitar Semula Kaca i. Guru memberi penerangan mengenai cara kitar semula kaca melalui carta alir (Lampiran 2). ii. Guru mengedarkan kad imbasan gambar cara kitar semula kaca dan kad nombor kepada murid (Lampiran 3). iii. Murid diminta memadankan kad imbasan gambar cara kitar semula kaca dan kad nombor mengikut turutan dengan betul. iv. Murid diminta merumuskan proses kitar semula kaca. v. Guru mengemukakan soalan kepada murid : • Adakah sisa kaca berbahaya? Mengapa? • Apakah yang kamu buat pada bekas botol kicap? 12.4 Nota i. Kaca yang boleh dikitar semula. Umumnya kaca yang boleh dikitar semula adalah kaca botol minuman, sos dan kicap. Komposisi bagi kaca yang boleh dikitar semula adalah terdiri daripada 100% kaca silika. ii. Kaca yang tidak boleh dikitar semula Terdapat sesetengah jenis kaca tidak boleh dikitar semula. Antara jenis kaca yang tidak boleh dikitar semula adalah seramik, kristal, kaca mentol dan cermin tingkap. Kaca-kaca tersebut tidak boleh dikitar semula kerana kandungan kacanya telah dicampur dengan bahan lain yang tidak sesuai untuk proses kitar semula. iii. Cara Kitar Semula Kaca • Kumpul botol kaca yang telah habis isinya/ kosong. • Masukkan botol kaca ke dalam tong kitar semula. • Botol kaca tersebut dihantar ke pusat kitar semula. • Botol kaca dihancurkan. • Serpihan kaca dicairkan dan dihantar ke mesin pengacuan untuk membentuk produk kaca baharu.


Kaca yang Boleh Dikitar Semula. Warnakan gambar kaca yang boleh dikitar semula dan nyatakan bilangannya. Jumlah: .......................... Lampiran 1 Unit 12: Kitar Semula Kaca 75


76 Botol kaca yang telah dikosongkan, dibersihkan dan dikeringkan Botol kaca dimasukkan ke dalam tong kitar semula Botol kaca tersebut dikumpul untuk dihantar ke pusat kitar semula Kaca dihancurkan menjadi kepingan kecil Kaca yang telah dicairkan dimasukkan ke mesin pengacuan untuk membentuk botol kaca yang baharu Kaca yang dihancurkan akan dicairkan dengan suhu yang tinggi 1 2 3 4 6 5 Unit 12: Kitar Semula Kaca Lampiran 2 Carta Alir Kitar Semula Kaca


77 1 2 3 4 5 Lampiran 3 Unit 12: Kitar Semula Kaca Susunkan kad mengikut aturan yang betul berdasarkan nombor yang diberi.


78 Unit 12: Kitar Semula Kaca


79 UNIT 13: KITAR SEMULA TIN ALUMINIUM 13.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i. Menyatakan tin yang boleh dikitar semula. ii. Membezakan antara tin yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula. iii. Menyatakan cara kitar semula tin. iv. Mengaplikasikan proses awal kitar semula tin. 13.2 Bahan Bantu Mengajar Pelbagai jenis tin, pelbagai jenis bahan plastik, lembaran kerja, majalah, katalog, akhbar, gunting, gam, kertas manila, klip video, alat pengetuk yang diperbuat daripada kayu dan kad imbasan cara kitar semula tin di kilang. 13.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Mengenal Tin i. Guru menunjukkan pelbagai jenis tin (tin susu, tin minuman, tin penyembur serangga dan tin cat) dan bersoal jawab dengan murid. Contoh soalan : • Apakah kandungan tin? • Di manakah tin-tin ini disimpan di rumah? • Bolehkah bekas tin-tin tersebut dikitar semula? Bagaimana? • Mengapa sesetengah tin tidak boleh dikitar semula? ii. Murid diberi katalog, majalah, akhbar dan diminta mencari gambar tin. iii. Murid menggunting gambar tersebut dan mengasingkannya kepada dua kategori iaitu: • Gambar tin yang boleh dikitar semula. • Gambar tin yang tidak boleh dikitar semula (pastikan aspek keselamatan diambil kira semasa menggunting). iv. Murid menampal dan melabelkan gambar-gambar tersebut pada kertas manila. Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium


Aktiviti 2 : Cara Kitar Semula Tin i. Guru menayangkan carta alir cara kitar semula tin di kilang dan bersoal jawab dengan murid (Lampiran 1). Contoh soalan: • Ceritakan cara kitar semula tin. • Bagaimana kamu boleh melibatkan diri dalam proses kitar semula tin? • Adakah kamu menyimpan tin-tin tersebut di rumah dan mengapa? • Nyatakan produk baharu dihasilkan daripada tin yang dikitar semula. Aktiviti 3 : Eksplorasi i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. ii. Setiap kumpulan akan melalui lima stesen dan melakukan aktiviti yang telah ditetapkan berdasarkan gambar dan arahan pada kad. iii. Perincian aktiviti bagi setiap stesen adalah seperti berikut. Stesen 1 Murid mengasingkan sisa pepejal daripada tin. Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium 80


81 Stesen 2 Murid mengasingkan tin yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula ke dalam kotak. Stesen 3 Murid mengemekkan tin minuman dengan menggunakan alat pengetuk (aspek keselamatan perlu diutamakan). Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium


82 Stesen 4 Murid menyusun semula gambar proses kitar semula tin di kilang mengikut urutan (Lampiran 2). Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium


83 13.4 Nota i. Jenis tin yang boleh dikitar semula : Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan tin bekas makanan. ii. Jenis tin yang tidak boleh dikitar semula : Semua tin yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti tin penyembur cat, racun serangga dan toksik. iii. Langkah-langkah yang boleh dilakukan sebelum tin dihantar ke pusat pengumpulan kitar semula : • Kenal pasti tin yang boleh dikitar semula • Buangkan sisa kotoran daripada tin • Tanggalkan label pada tin • Bilas dan keringkan tin • Kemekkan tin iv. Cara kitar semula yang berlaku di kilang • Tin dimampatkan kepada saiz yang lebih kecil • Dileburkan pada suhu yang tinggi • Dibentuk menjadi kepingan logam • Produk baharu dihasilkan (tin minuman dan tin makanan) Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium


84 Lampiran 1 Carta Alir Kitar Semula Tin di Kilang Tin dimampatkan Tin dileburkan pada suhu yang tinggi Tin yang boleh dikitar semula dikumpulkan Tin dibentuk menjadi kepingan Produk baharu dihasilkan(tin minuman dan makanan) Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium 2 3 5 4 1


85 Lampiran 2 1 2 3 4 5 Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium Susunkan kad mengikut aturan yang betul berdasarkan nombor yang diberi.


86 Unit 13: Kitar Semula Tin Aluminium


87 UNIT 14: AMALAN MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR 14.1 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyatakan maksud alam sekitar. ii. Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. iii. Mengamalkan penjagaan kebersihan alam sekitar. 14.2 Bahan Bantu Mengajar Cakera padat, pemain cakera padat atau komputer, peralatan gotongroyong (tong sampah dan plastik sampah), lembaran kerja, video klip pencemaran alam sekitar dan lagu yang bersesuaian. 14.3 Aktiviti Aktiviti 1 : Eksplorasi Alam Sekitar i. Murid diminta menutup mata dan diperdengarkan dengan rakaman bunyi alam sekitar seperti air mengalir, kicauan burung, deruan ombak, deruan angin, pelbagai suara haiwan. * Guru boleh mendapatkan sumber rujukan bunyi haiwan dilaman www.youtube.com ii. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan bunyi tersebut dan menerangkan maksud alam sekitar. • Apakah bunyi yang kamu dengar? • Di manakah bunyi tersebut boleh didengar? • Apakah perasaan kamu apabila mendengar bunyi tersebut? • Murid diminta meniru bunyi tersebut secara individu dan berkumpulan. Unit 14: Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar


88 Unit 14: Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar Aktiviti 2 : Mari Bergotong-royong i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong seperti menanam pokok bunga, mencabut rumput, menyapu, mengutip dan membuang sampah ke dalam tong sampah. ii. Setelah aktiviti dijalankan, guru bersoal jawab dengan murid tentang amalan menjaga kebersihan alam sekitar. • Apakah aktiviti yang telah kamu lakukan? • Pernahkah kamu melakukan aktiviti tersebut sebelum ini? Bila dan di mana? • Mengapa kamu perlu melakukan aktiviti tersebut? iii. Aktiviti pengukuhan dijalankan melalui lembaran kerja (Lampiran 1).


89 Unit 14: Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar Aktiviti 3 : Sayangi Persekitaran Kita i. Guru mempamerkan gambar persekitaran yang kotor di kawasan tempat tinggal, tepi pantai dan tempat awam seperti di stesen bas dan pasar. ii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dipamerkan: • Apakah yang kamu lihat? • Ramalkan perkara yang akan berlaku sekiranya tempat tersebut dibiarkan kotor. • Apakah yang akan kamu lakukan jika tempat tinggal kamu kotor? iii. Murid diminta berbincang tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.


90 Tandakan (√) bagi amalan yang baik dan (X) bagi amalan yang boleh mencemarkan kebersihan alam sekitar. Buang sampah merata-rata Bergotong-royong Buang sampah ke dalam tong sampah Mengutip sampah Membuang bekas minuman di pantai Tidak membuang sampah ke dalam tong sampah Lampiran 1 Unit 14: Amalan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar


Alat perkusi adalah alatan muzikal yang dibunyikan melalui ketukan atau pukulan oleh pemukul. Guna semula sisa pepejal bermaksud mengguna semula barangan yang tidak dikehendaki sama ada secara konvensional (mengguna semula beg plastik yang sama berulang kali) atau secara kreatif (menghias dan menggunakan kotak kasut sebagai tempat penyimpanan alat tulis). Kitar semula sisa pepejal ialah proses memungut dan mengasingkan bahan kitar semula bagi tujuan menghasilkan produk baharu. Pengurangan sisa pepejal bermaksud pencegahan/ pengurangan sisa atau pengurangan sumber dalam konteks penggunaan dan pembuangan barang- barang dikurangkan. Polimer termoplastik yang jernih serta tegar, mudah dibentuk (dengan dicairkan) dan digunakan sebagai bekas makanan, bekas minuman dan sebagainya. Beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yang dilakukan untuk menghasilkan sesuatu yang dikehendaki. Sejenis gentian yang diperoleh daripada (pokok) kayu dan digunakan untuk membuat kertas. Pusat kitar semula merupakan sebuah tempat yang disediakan oleh pihak berwajib untuk penduduk menghantar bahan kitar semula dari rumah. Bahan keras dan rapuh yang dibuat dengan membakar tanah liat seperti kepingan lantai, tembikar, pinggan dan lain-lain. Sisa pepejal merupakan bahan yang tidak dikehendaki kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau rosak. Sisa pepejal juga dikenali sebagai sampah. Alat Perkusi Guna Semula Sisa Pepejal Kitar Semula Sisa Pepejal Pengurangan Sisa Pepejal Polisterin Proses Pulpa Pusat Kitar Semula Seramik Sisa Pepejal 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bil. Istilah Makna/ Maksud GLOSARI 91


92 JAWAPAN


92 93 SEKALUNG PENGHARGAAN Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) • Cik Sumatra A/P Appavoo • Encik Mohamad Safri bin Abdul Rahman • Tuan Hj Ismail bin Mohamed • Encik Ruzaimi bin Mahmod • Cik Cecilia Lahong Mering • Cik Nik Azalina binti Nik Anuwa • Puan Siti Maria Ulfah binti Abdul Salam • Encik Mohamad Fadzil bin Abdul Rahim • Encik Mohd Halim bin Hashim • Puan Hazliza binti Muhammad • Puan Zurida binti Ainuddin • Encik Mohd Azrul bin Azmi • Encik Zulkifli bin Mohamad • Puan Nadirah binti Syed Nazar Hussein Shah • Cik Nadzatul Shima binti Ab Ghani • Cik Nurul Nabilah binti Mat Nasir • Encik Mohd Shakir bin Jusoh • Encik Mohd Fadzli bin Salleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) • Puan Hasnah binti Hafzi • Puan Nora binti Tambi • Puan Rosiah binti Ajis • Puan Rahimah binti Abd Halim Kementerian Pendidikan Malaysia • Puan Hjh Norashikin binti Hashim • Encik Mohd Azahar bin Madar • Puan Regina A/P Joseph Cyril • Puan Harlina binti Mohamad • Cik Nor Amilia binti Amerudin • Puan Rusni binti Che Adnan • Puan Jamilah binti Idris • Puan Norzaini binti Yang • Puan Hashimah binti Amran • Puan Marlina binti Mohamed • Encik Mohd Saidi bin Embong • Puan Noor Suhaila binti Wan Ibrahim • Puan Azilawati binti Abu Bakar • Puan Zakiah binti Mat Rabee • Encik Mat Shaari bin Abu Hassan • Encik Rosli bin Ishak • Puan Nor Azizah binti Mohd Nor • Encik Shanmuga Velu A/L Subramaniam • Puan Wong Shok Chee • Puan Siti Haja binti Muhammad • Puan Musleha binti Mohd. Ghozali • Puan Siti Zuhana binti Hj Sungip • Puan Puspa Devi A/P Munisamy Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) • Puan Azizah binti Hussain • Puan Nor Manja binti Mohamed 92


Click to View FlipBook Version