The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Hisyam, 2024-01-11 18:27:16

Sastera Rakyat Sabah Azrul

Sastera Rakyat Sabah Azrul

MOHD AZRUL ABD HAMID


H AK C IP T A ADALA H T E R PEL I H A R A T IDAK DIBE N A R KA N M A N A - M A N A BA H AGIA N , AYA T A T A U GA MBA R DALA M APA J U A C A R A YA N G BOLE H DIG U N AKA N DALA M M E N E RBI T KA N SE M U LA A T A U P U N DI H ASI LKA N DALA M SEBA R A N G BE N T U K T A N PA M E NDAPA T M E NDAPA T KEBE N A R A N DA R IPADA PE N U L IS. PE N G H ASI LA N BU K U C E R I T A I N I ADALA H U N T U K M E N YE M P U R N AKA N KEPE R L U A N KO M PO N E N DALA M K U R S U S C A10103 SEJA R A H KES U SAS T E R AA N M ELAY U HAK CIPTAPENERBITAN i


PENGHARGAAN Pertama sekali, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Sejarah kesusasteraan Melayu Cik fatin najla omar atas segala sokongan, tunjuk ajar yang diberikan kepada saya amat berkesan serta dapat membantu untuk menyiapkan tugasan saya ini. Terima kasih juga atas motivasi yang sering dilontarkan kepada saya agar terus berusaha sebaik mungkin dalam menyiapkan tugasan in. Sekalung penghargaan diberikan buat keluarga saya sendiri yang tidak pernah putus memberi sokongan yang utuh dan galakan kewangan kepada saya sehinggalah saya dapat menyiapkan buku cerita ini. Tidak lupa juga kepada arwah ayah dan ibu saya yang sering saya rindukan sosok mereka. Tanpa doa mereka mungkin saya tidak sampai di titik ini. Terima kasih juga kepada Allah SWT yang memberikan saya kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi segala rintangan yang saya hadapi. ii


Saya juga ingin berterima kasih kepada infomeninfomen saya yang membantu saya menyiapkan buku cerita ini dan memberi kerjasama yang baik dalam memberi maklumat-maklumat berkaitan cerita yang saya hasilkan ini. Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa membuat tugasan ini. Dengan bantuan dan sokongan jitu daripada mereka, maka terhasilah buku cerita ini. iii


Syukur ke Hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah nya maka buku cerita rakyat sabah di daerah Beaufort ini telah dapat saya hasilkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Cerita rakyat yang saya hasilkan adalah cerita rakyat yang berasal dari daerah kelahiran saya iaitu daerah Beaufort Dalam menghasilkan buku cerita ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu saya hadapi sebelum dapat menghasilkan buku cerita ini yang sempurna dan bebas daripada kesalahan-kesalahan yang besar. PRAKATA iv


Tugasan ini bukan sahaja menceritakan cerita rakyat yang ada di daerah beaufort bahkan membantu daerah beaufort lagi terkenal dan mengenang segala peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di beaufort yang tidak pernah di ceritakan oleh orang secara umum. Buku cerita rakyat Sabah di daerah Beaufort ini telah hasilkan dengan jayanya dan bersungguh-sungguh, Namun begitu saya masih yakin masih ada kesalahnkesalahan kecil, dan kekurangan dalam buku cerita ini kerana saya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan cacat celah dalam buku cerita yang saya hasilkan ini. iiv


“ CERITA RAKYAT ADALAH CERITA REKAAN DARI ZAMAN DAHULU YANG DISAMPAIKAN SECARA LISAN DARI SATU GENERASI KE GENERASI YANG LAIN. FUNGSI UTAMANYA ADALAH SEBAGAI HIBURAN DAN PENDIDIKAN. Cerita rakyat terbahagi kepada bebrapa jenis antaranya, mitos, lagenda, cerita binatang dan banyak lagi.” SELAMAT MEMBACA! v


MISTERI TARIAN ADAI............................1-20 DANG INSUM PAHLAWAN HEBAT....21-49 BIODATA PENULIS.........................................51 LAMPIRAN.................................................................51-53 MISTERI TARIAN ADAI............................1-20 DANG INSUM PAHLAWAN HEBAT....21-49 BIODATA PENULIS.........................................51 LAMPIRAN.................................................................51-53 ISI KANDUNGAN


MISTERI TARIAN ADAI-ADAI


Tarian Alai Bubu (Sayau Salahid) merupakan tarian tradisi masyarakat yang berbangsa Bisaya terutamnya di kampung Weston Beaufort. Tarian ini menggunakan bubu sabagai alat utama. Bubu adalah sebuah alat tradisional untuk menangkap ikan yang digunakan oleh orang terdahulu. 1


Tarian ini persembahkan oleh 6 orang penari. 4 orang pengalai yang terdiri daripada 2 pengalai perempuan dan 2 pengalai lelaki, 4 orang pemuzik dan 2 orang penyanyi. 4 orang permuzik itu terdiri daripada pemuzik yang bermain Gong, Tagongo, Tatawak dan Gambus. Namun begitu, terdapat juga alat muzik lain yang digunakan dalam tarian ini. 2


Pakaian bagi semua penari dalam tarian ini adalah pakaian tradisi suku kaum Bisaya. Di mana pakaian suku kaum Bisaya ini mempunyai aksesori yang unik dan tersendiri. Dari segi warna pakaian pula pakaian suku kaum Bisaya bewarna hitam dan kuning keemasan. 3


Tarian ini ada sejak zaman nenek moyang lagi. Dikatakan tarian ini merupakan tarian yang bersifat ritual. Dimana semasa tarian ini dilakukan ia akan diketuai oleh seorang pawang. Sebelum memulakan tarian pawang akan membaca beberapa mantera yang bertujuan untuk memanggil roh orang mati yang berada di laut. Tarian ini menggunakan bubuh dan dipakaikan baju seolah-olah menyerupai perempuan. 4


Dipercayai pakaian pada bubuh tarian ini berubah dari zaman ke zaman. Ada yang mengatakan pakaian yang dipakaikan pada bubu ini adalah baju kebaya dan kain batik. Warna pakaian yang digunakan adalah warna hitam dan merah. Menurut kepercayaan mereka warna ini sememangnya warna yang bersifat mistik yang terkait dengan ilmu hitam. Selain itu, tempurung kelapa dijadikan sebagai kepala dimana ia diletakkan di bahagian atas bubu yang menunjukkan seolah-olah manusia. Sebiji buah pinang akan digantung di dalam bahagian bubuh yang berfungsi sebagai jantung. 5


Disebabkan tarian ini bersifat ritual ia sudah pasti mempunyai pantang larangnya yang tersendiri. Antara pantang larang dalam tarian ini adalah bubu yang telah siap di buat tidak boleh di langkah terutamanya oleh kanak-kanak. Ini kerana kanakkanak memiliki semangat yang lemah dan mereka mungkin akan di rasuk sekiranya melangkah bubu tersebut. 6


Disebalik keunikan tarian ini terdapat satu misteri yang sering diperkatakan oleh penduduk masyarakat Bisaya di Weston. Tarian ini ada kaitnya dengan ritual kerana sebelum memulakan tarian ini para penari akan membaca surah Yassin di mana memulakan bubuh digerakkan diketuai oleh seorang pawang. 7


Menurut kepercayaan kaum Bisaya yang dahulunya beragama pagan, mengatakan bila suami atau isterinya meninggal dunia maka pasangannya yang masih hidup haruslah dimasukkan bersama ke dalam bubu yang bersaiz besar. Kemudian bubuh itu dicampak ke dalam laut. 8


Pada suatu ketika dulu terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di tepi pantai. Kehidupan mereka dipenuhi dengan kegembiraan dan disenanggi oleh penduduk kampungwalaupun mereka tidak mempunyai cahaya mata. Namun kebahagian mereka tidak berkekal lama kerana suaminya yang meninggal dunia. Pasangan itu pun dimasukkan di dalam bubu lalu di campak ke tengah laut. 9


Namun begitu pada keesokan harinya ada kejadian pelik yang berlaku dimana bubuh yang dicampak itu kembali semula di pinggir pantai. Penduduk kampung pun berasa pelik. Lalu mereka membawa bubuh itu pergi ke tengah laut dan di campak di situ yang diketuai oleh seorang pawang. 10


Selepas seminggu kematian pasangan itu, penduduk kampung Weston digegarkan dengan kehadiran lembaga yang menyerupai wanita. Dimana pada satu malam terdapat sekumpulan anak muda yang bermain gong di muara sungai yang berhampiran dengan pantai. 11


Semasa mereka bermain gong mereka telah menyanyi beberapa buah lagu termasuklah lagu mantera yang dikatakan dapat memanggil roh orang mati di laut. Bunyi mantera itu adalah: IYA BAMBAN IYA LUKAH UTAK BAMBAN IBA SARI, MAIN DENGAN SIPAR MUDA, SILUKAH PANDAI MENARI . Mantera ini bermaksud memanggil semangat bubu naik semula ke pesisir pantai untuk bertemu dengan sanak saudara. 12


Sedang mereka menyanyikan mantera itu sambil memainkan gong muncul sosok wanita yang seolah-olah terapung di atas air dari tengah laut. Dikatakan wanita itu sedang menari seolah-olah melenggoklenggok lemah gemai mengikut alunan bunyi gong yang dimainkan oleh pemuda itu. Pemuda itu beranggapan itu hanya perahu nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan. 13


Akan tetapi, semakin rancak pemuda itu memainkan gong, lembaga itu semakin menghampiri pinggir pantai dimana para pemuda itu bermain gong. Alangkah tekejutnya para pemuda itu apabila melihat lembaga yang seolah-olah wanita itu merupakan bubuh yang menyerupai wanita yang lengkap berpakaian wanita. Hal ini membuat kesemua pemuda itu berlari lintang pukang dan meninggalkan gong di tepi pantai. 14


Keesokan harinya, gempar tentang peristiwa yang berlaku di pinngir pantai itu. Di katakan ramai penduduk kampung yang tinggal di pinggir pantai khususnya melihat kemunculan lembaga itu dan beranggapan itu hanyalah perahu nelayan. Terdapat juga nelayan yang berada di laut melihat lembaga yang seolah-olah wanita itu melimpasi perahu mereka dan beranggapan itu hanyalah sampah besar yang hanyut 15


Penduduk kampung mempercayai bubuh yang mengemparkan itu adalah bubu yang diisi dengan pasangan suami isteri yang dihanyutkan seminggu lalu dimana isterinya yang masih hidup dimasukkan di dalam bubu itu bersama-sama dengan suaminya yang telah meninggal dunia. 16


Ada yang mengatakan kehadiran lukah itu adalah untuk merawat penduduk yang sedang sakit tenat dan difahamkan semasa pasangan suami isteri itu masih hidup mereka sering membantu untuk merawat penduduk yang sakit. Akibat daripada tiada cahaya mata mungkin tiada yang dapat mewarisi kelebihan mereka dalam merawat penduduk kampung yang sakit, sebaliknya hadir dalam bentuk lukah yang dikatakan roh mereka untuk merawat penduduk kampung yang sedang sakit. 17


Hal ini membawa kepada kewujudan tarian alai bubuh di Weston, Beaufort. Pada awalnya tarian ini hanya untuk merawat penduduk kampung yang sedang sakit tenat. Namun begitu difahamkan tarian ini telah diharamkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sabah ekoran terdapat unsur syirik yang melanggar hukum Islam dimana ia memanggil roh orang mati untuk hadir sebagai roh didalam bubu yang digunakan dalam tarian ini. 18


Sungguhpun demikian, Tarian ini masih dilakukan di sesetengah tempat khususnya di daerah Beaufort namun tidak menggunakan unsur-unsur syirik yang mengundang kepada kehadiran roh orang mati dan tidak menggunakan ayat Al Quran sebagai ayat sebelum memulakan tarian ini. Sebaliknya hanya melakukan pergerakan-pergerakan yang biasa sahaja tanpa penggunaan mantera-mantera yang bertentangan dengan agama Islam .Tarian ini dipersembahkan di majlis perkahwinan khususnya dan beberapa majlis keramaian yang lain. 19


Akibat daripada peredaran masa yang semakin moden dan pengaruh agama telah wujud perubahan dalam tarian ini dimana pada zaman dahulu tarian ini mengandungi unsur-unsur syirik dan sekarang tarian ini masih di tarikan namun tidak menggunakan sebarang mantera dan unsur syirik. Namun begitu, Sehingga hari ini dikatakan masih ada sebilangan kecil masyarakat di sesetengah tempat yang mengamalkan tarian alai Bubu yang masih menggunakan mantera yang mana telah diharamkan oleh jabatan agama Islam Sabah. Difahamkan mereka yang menggamalkan tarian ini adalah mereka yang bukan beragama Islam dimana mereka melakukan untuk melakukan ritual orangorang terdahulu dan mengubati keluarga terdekat yang sakit tenat. 20


Pengajaran Kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran Islam. 1. Kita sepatutnya menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan syirik. 2. kita perlulah mentaati segala larangan yang telah di tetapkan 3.


KUAT DI SEMUA HAL, NAMUN LEMAH DALAM KERINDUAN. KUAT DI SEMUA HAL, NAMUN LEMAH DALAM KERINDUAN.


DANGINSUM PAHLAWAN HEBAT


21


Suatu masa dahulu di Padas Damit terdapat seorang gadis perempuan yang sangat cantik dan memiliki keayuan yang dapat meruntukan jiwa setiap jejaka yang melihatnya buat pertama kali. Beliau pernah memenangi pertandingan yang sultan Brunei lakukan iaitu pertandingan wanita tercantik. Sesiapa sahaja yang memenangi pertandingan ini akan digelar Tatanak yang bermaksud wanita sangat cantik. Disebalik kecantikannya ia juga digambarkan sebagai seorang Srikandi Bisaya kerana beliau terkenal dengan kehebatannya didalam ilmu peperangan dan memiliki Ilmu kebal. Mengikut kepercayaan orang terdahulu setiap pahlawan memiliki ilmu untuk pelindungan diri. 22


23


Gadis ini dikenal sebagai Dang Insum. Menurut orang kampung Padas Damit Dang Insum ini merupakan antara Srikandi yang handal kerana mempertahankan “Kota Makarang” atau dikenali sekarang sebagai Padas Damit. Kawasan ini merupakan jajahan kepada pengiran Syahbandar Hassan wakil kepada sultan brunei yang menjadi pemerintah pada masa itu. Dang Insum digelarkan sebagai Sri Kandi kerana beliau mempertahankan Kota Makarang daripada diceroboh oleh pihak British North Borneo Chartered Company suata masa dahulu. 24


25


Pada sekitar tahun 1889, Pihak Kompeni telah meluaskan kekuasannya di Kota Makarang. Dimana pada masa itu Kota Makarang berada di bawah pemerintahan Kerajaan Brunei. Pihak Kompeni telah menggunakan seribu satu helah untuk merampas Kota Makarang dari Syahbandar. 26


27


Penduduk kampung berasa risau akan pihak kompeni yang ingin menakluk Kota Makarang kerana pihak Kompeni akan mengenakan cukai yang tinggi dan menubuhkan peraturan dan undang-undang yang tidak jelas apabila berjaya menakluk kota makarang. Selepas mendengar sahaja berita ini, Syahbandar Hasan pun membuat perjumpaan bersama dengan penduduk. Melalui perjumpaan ini Syahbandar disokong oleh pengikutnya. Syahbandar dan pengikutnya membuat segala persediaan yang rapi. 28


29


Syahbandar telah mengistiharkan perang dengan Kompeni. Syahbandar telah membina beberapa kubu dan setiap kubu masing-masing di ketuai oleh seorang pahlawan hebat. Mereka mula bertindak dengan menyerang penduduk yang berpihak dengan Kompeni. Ini menimbulkan lagi kemarahan pihak Kompeni. Pihak Kompeni telah mengadu kepada Sultan Brunei berikutan kekacauan yang berlaku di Kota Makarang akibat daripada kekacauan yang Syahbandar dan penduduk kampung lakukan. 30


31


Pihak Kompeni telah mendakwah bahawa kawasan mereka semenanjung Klias telah dipajakkan oleh Sultan Brunei kepada Kompeni pada tahun 1884. Syahbandar mengakui dengan perjanjian itu namun dalam perjanjian itu, pajakan tidak termasuk dalam wilayah Sungai Padas. Ini kerana pada masa itu Sungai Padas dibawah hak tulin adik perempuan Sultan Brunei. 32


33


Hal yang berlaku pada masa itu, menimbulkan lagi kemarahan pihak Kompeni kerana mereka mengangap penduduk di kedua-dua belah Sungai itu adalah di bawah kuasa Kompeni. Sifat tamak yang ada pada pihak kompeni ini telah menimbulkan lagi kemarahan dikalangan penduduk Bisaya di Kota Makarang. Disebabkan hal ini, Syahbandar telah membina beberapa buah kubu pertahanan kerana pihak kompeni telah mengistiharkan perang dengan Kota Makarang. 34


35


Dang Insum telah dijadikan ketua untuk menjaga satu kubu daripada 7 kubu yang didirikan. Beliau di pilih oleh Syahbandar Hasan untuk menjadi ketua kerana Syahbandar mengetahui bahawa Dang Insum bukan seorang wanita biasa bahkan memiliki kekuasaan dan kehebatan yang tersendiri. Dipercayai kuasa yang Dang Insum memiliki berasal dari Ayam Putih yang Dang Insum pelihara yang bernama Rambo. Dang Insum telah memelihara Rambo selama 13 tahun. Ada yang mengatakan Dang Insum Menjumpai Rambo di dalam hutan semasa beliau sedang memburu. 36


37


Pada suatu hari, pihak Kompeni telah mencuba untuk menyerang kubu Dang insum. Namun begitu, setibanya pihak kompeni di kubu, Rambo pun berkokok sekuatnya dan telah menyedarkan Dang insum dan pengikutnya yang sedang berehat di dalam kubu. Dang Insum pun bergegas bangun dari tidur lalu megambil parangnya dan terus mengejar pihak kompeni yang menceroboh kubuhnya. Pihak Kompeni telah melepaskan beberapa das tembakan kepada Dang insum dan pengikutnya. Namun peluru yang mengenai Dang Insum tidak menembusi tubuhnya. Sebaliknya peluru itu berbalik kearah penceroboh itu. 38


Click to View FlipBook Version