The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Hisyam, 2024-01-11 18:27:16

Sastera Rakyat Sabah Azrul

Sastera Rakyat Sabah Azrul

39


Disebabkan Kehebatan Dang Insum yang menang disetiap petempuran menyebabkan pihak istana dan orang kampung memberi kepercayaan yang cukup tinggi buat Dang Insum dalam menjaga Kedamaian Kota Makarang. Namun begitu, kehebatan Dang Insum tidak bertahan lama apabila wujudnya pengkhianat dalam kalangan kumpulan Dang Insum. Di mana Rambo ayam putih Dang Insum yang dipercayai menjadi sumber kuasa Dang Insum telah dibunuh oleh pengkhianat. Dimana ayam itu telah diberikan racun oleh orang Kompeni. 40


41


Pembunuhan Rambo meyebabkan pihak kompeni telah mengatur strategik untuk menyerang kota makarang kerana mereka tahu sumber kehebatan Dang Insum telah tiada. Pihak kompeni telah memanggil askarnya yang berada di Labuan pada masa itu untuk memperkuatkan lagi serangan mereka ke atas Kota Makarang. Pihak kompeni mulakan serangan dengan menyerang Istana Syahbandar dan kubu yang dibina termasuk kubu Dang Insum. 42


43


Dang Insum mengetahui dia tidak dapat mematahkan serangan ini kerna kekuasaan beliau telah tiada. Namun begitu, Dang Insum tetap berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan Kota Makarang walaupun dengan hanya menggunakan parang sebagai senjata utama dan pada akhirnya dang insum dan pengikutnya terpaksa melarikan diri ke kawasan lain akibat daripada pihak kompeni yang telah berjaya menguasai 85% kawasan Kota Makarang. Dang Insum dan pengikutnya dipercayai melarikan diri ke seberang Sungai Padas dengan menggunakan sebuah bot. Setelah sampai di diseberang, mereka telah menengelamkan bot itu untuk memastikan pihak kompeni tidak dapat menjejak keberadaan mereka. 44


45


Namun, Keberadaan Dang Insum diketahui oleh pihak Kompeni yang dikatam bersembunyi di seberang Sungai Padas. dan telah berlaku pergaduhan diantara pihak kompeni dan Dang Insum. Dang Insum dikhabarkan terbunuh dalam pentempuran ini. Disebabkan kekalahan Dang Insum menyebabkan Syahbandar terpaksa menyerah kalah ke atas pihak Kompeni ekoran daripada ketiadaan pahlawan dan juga pihak Kompeni yang telah menyerang istana Syahbandar. Syahbandar melakukan hal ini demi menjaga keselamatan rakyatnya. Maka pihak Kompeni pun berjaya menakluk Kota Makarang. 46


47


Menurut informen dan sumber lain yang menjadi rujukan saya terdapat beberapa pengakhiran Tentang Dang Insum yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Ada yang mengatakan Dang Insum terbunuh semasa pihak Kompeni menyerang kubuhnya, dan ada yang mengatakan dang insum melarikan diri ke sungai seberang dan menukarkan identitinya. 48


Walau bagaimanapun perjuangan Dang Insum ini dapat menjadi titik permulaan kepada Perjuangan rakyat terdahulu untuk mempertahankan bangsa mereka daripada di jaja. Usaha penduduk kampung dalam mengingati perjuangan Dang Insum adalah dengan membina kubu peringatan Dang Insum di Padas Damit. 49


Kita perlulah mengenang jasa pahlawan tempatan yang telah berbakti kepada tempat kita. 1. Kita haruslah berani menentang dalam apa juga keadaan. 2. Kita haruslah bekerjasama dalam menjaga keamaan tempat tinggal kita. 3. 50


Nama diberi Mohd Azrul Bin Abd Hamid. Dilahirkan di daerah Beaufort Sabah dan berumur 21 tahun. Penulis merupakan anak keenam daripada enam orang adik beradik. Penulis mempunyai hobi yang unik iaitu menulis puisi pendek dan minat yang mendalam dalam bidang sastera khususnya dalam penghasilan puisi pendek yang dijadikan sebagai motivasi diri. Kini, penulis melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Seni Kreatif) di Universiti Malaysia Sabah. BBIIOODDAATTAA PPEENNUULLIISS 51


BUBUH YANG DIGUNAKAN DALAM TARIAN INI TARIAN ALAI BUBUH LAMPIRAN 52


LAMPIRAN INFOMEN Haji JUNLI BIN USOP 67 TAHUN BERSARA Komunikasi penulis bersama infomen Tugu peringatan Dang Insum 53


Cerita 1 Tarian alai bubu merupakan tarian Masyarakat suku kaum bisaya terutamnya di Beaufort Sabah. Dikatakan tarian ini memiliki keunikannya yang tersendiri. Disebalik keunikannya yang tersendiri tarian ini memiliki 1001 misteri. Akibat daripada peredaran masa yang semakin moden dan pengaruh agama dikatakan tarian ini memiliki pelbagai versi. Persoalanya adakah tarian ini bersifat ritual dan memiliki unsur Mistik? Cerita 2 Dang insum merupakan seorang perempuan yang mempunyai kecantikan yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan jatuh cinta dengan kecantikannya. Disebalik kecantikannya ia merupakan seorang Sri Kandi Bisaya di Padas Damit. Namun begitu, Adakah Dang Insum mampu mempertahankan Padas Damit? Adakah Penduduk kampung Padas damit hari ini menggenang jasa Srikandi ini?


Click to View FlipBook Version