BY NORHAFIZAH BINTI AHMAD HASIDATULLAH (17DUP20F1003) LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI 30 Januari 2023 - 16 Jun 2023 PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI OLEH NORHAFIZAH BINTI AHMAD HASIDATULLAH (17DUP20F1003) DI PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL IOI RESORT CITY, 62502 PUTRAJAYA, MALAYSIA Laporan Latihan Industri ini dikemukakan kepada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti bagi memenuhi sebahagian dari syarat penilaian latihan industri dan penganugerahan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH 30 JANUARI 2023 SEHINGGA 16 JUN 2023 I
PENGESAHAN PELAJAR " Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan beberapa ringkasan yang terdapat didalam laporan ini telah saya lampirkan sumbernya." Tandatangan Nama Pelajar No. Pendaftaran Tarikh DISAHKAN OLEH: Tandatangan Nama Penyelia Nama Organisasi Tarikh Cop Organisasi : : : : : : : : : NORHAFIZAH BINTI AHMAD HASIDATULLAH 17DUP20F1003 16 JUN 2023 EN. ZAINUDDIN BIN ABDUL AZIZ PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL IOI Resort city, 62502 Putrajaya, Malaysia 16 JUN 2023 II
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T.. Alhamdulillah, dengan segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam serta Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., seluruh keluarga baginda, para sahabat limpah kurnia-Nya, Laporan Latihan Industri telah berjaya disiapkan. Pada kesempatan ini, saya Norhafizah Binti Ahmad Hasidatullah ingin mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepala ahli keluarga, tenaga pengajar dan sahabat yang telah memberi semangat, sokongan dalam membantu saya dalam menyiapkan tugasan dan menjalani latihan industri. Terima kasih juga kepada Encik Muhammad Fauzi Bin Ishamuddin selaku penyelia latihan industri bagi bagi jabatan pelancongan dan hospitaliti kerana banyak membantu pelajar sebelum, semasa dan selepas tamat latihan industri. Tidak dilupa juga terima kasih kepada ahli organisasi kerana memberi peluang dan tunjuk ajar sepanjang menjalani latihan industri ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pekerja dan penyelia saya ketika menjalani latihan industri iaitu Encik Zainuddin Bin Abdul Aziz dan semua pekerja yang telah membantu dan memberi tunjuk ajar. III
Semoga latihan industri yang saya jalani ini dapat memberi manfaat untuk masa depan saya. Insya Allah ia akan membawa kebaikan juga kepada perkembangan kerjaya saya. Terakhir adalah penghargaan khas saya kepada semua orang yang telah saya sebutkan sebelumnya atas sokongan, pertolongan, bimbingan dan berkat mereka saya dapat mengakhiri latihan industri ini. Terima kasih semoga Allah memberkati dan melindungi kalian semua. Akhir kata, hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Saya serahkan segala urusan ke atas-Nya. Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah untuk menuju ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai di dunia dan di akhirat. Semoga kita sentiasa dalam lindunganNya, berharap kalian semua sihat sentiasa. Sekian, terima kasih. III
ISI KANDUNGAN Muka Depan Judul Pengesahan Pelajar Penghargaan Isi Kandunagn Senarai Jadual Senarai Rajah KANDUNGAN BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI MUKA SURAT 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif Latihan Industri 1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri 1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 1.5 Hasil Pembelajaran BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN 2.1 Pengenalan 2.2 Visi 2.3 Misi 2.4 Carta Organisasi 2.5 Hala Tuju Organisasi 2.6 Aktiviti Organisasi BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 Pengenalan 3.2 Ringkasan Latihan Industri BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Pengenalan 4.2 Pelaksanaan Projek / Tugasan I II III IV V VI VII 1 2 4 5 7 9 12 13 14 15 16 27 28 34 35 IV
BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Pendapat dan Pandangan BAB 6 KESIMPULAN BIBILOGRAFI / RUJUKAN LAMPIRAN 42 43 45 46 47 V
SENARAI JADUAL NO. JADUAL 1.4.1 2.1.1 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 TAJUK KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR PENGENALAN HOTEL RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI MINGGU 1,2 & 3 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI MINGGU 4,5,6 & 7 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI MINGGU 8,9,10 &11 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI MINGGU 12,13,14 & 15 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI MINGGU 16,17,18 & 19 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI MINGGU 20 MUKA SURAT 5-6 10 28 29 30 31 32 33 VI
SENARAI RAJAH NO. RAJAH 2.1.1 2.1.2 2.4.1 2.6.1 2.6.2 2.6.3 2.6.4 2.6.5 2.6.6 2.6.7 2.6.8 2.6.9 2.6.10 2.6.11 2.6.12 2.6.13 2.6.14 2.6.15 2.6.16 2.6.17 2.6.18 2.6.19 2.6.20 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 4.2.7 4.2.8 4.2.9 TAJUK PETA LOKASI SYARIKAT GAMBAR LOKASI SYARIKAT CARTA ORGANISASI BILIK DELUXE KING BILIK DELUXE TWIN BILIK EXECUTIVE KING BILIK EXECUTIVE TWIN BILIK JUNIOR SUITE BILIK EXECUTIVE SUITE BILIK PALM SUITE BILIK PALACE SUITE BILIK PRESIDENTIAL SUITE ZEST RESTAURANT MIDORI JAPANESE RESTAURANT D'ORACLE COFFEE LOUNGE SUMMER PLACE OUTSIDE POOL TRANQUILITY SPA & WELLNESS WEDDING AND MEETING 'FAMILY ESCAPE' PAKEJ 'BRING BACK MEMORIES' PAKEJ 'PENTAS CITARASA BUFFET DINNER' PAKEJ 'JUST BECAUSE I MISS'US' TOGETHER' PAKEJ OPERA PMS 'NEW RESERVATION' OPERA PMS 'LIST PRICE' EMPOWER WEBSITE OPERA PMS ' OPERA PMS OPERA PMS OPERA PMS OPERA PMS OPERA PMS MUKA SURAT 11 11 14 16 16 17 17 18 18 19 19 20 20 21 21 22 22 23 23 24 24 25 26 35 36 36 37 37 37 38 38 39 VII
SENARAI RAJAH NO. RAJAH 4.2.10 4.2.11 4.2.12 4.2.13 TAJUK OPERA PMS OPERA PMS OPERA PMS CTAC (CENTRALIZED TRAVEL AGENCY COMMISIONS) MUKA SURAT 39 40 40 41 VIII
BAB 1 tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). PrograPmroLgaratimhan Industri (LI) diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan. Kursus Latihan Industri memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dan pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi, prosedur, peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu, kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang. 1.1 PENGENALAN PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI L atihan Industri merupakan salah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program 1
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI atihan Industri adalah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Se Diploma. tiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum mendapat diploma atau Latihan Industri adalah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum mendapat diploma atau ijazah untuk keperingkat seterusnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri.Antara objektif latihan industri diadakan adalah untuk membina personaliti individu. Para pelajar dapat memberikan pandangan dan idea-idea yang bernas di samping melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran dalam apa jua keadaan dan rintangan. Selain itu, latihan industri mendidik pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan. Para pelajar didedahkan dengan persekitaran tempat kerja dan orang ramai. Pelajar juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan kakitangan jabatan, pelanggan dan sebagainya dengan lebih berkeyakinan serta berkesan Mengharungi era globalisasi yang semakin pesat, para pelajar diberi peluang untuk membuat persediaan lebih awal sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Dengan pendedahan awal yang diberikan ini membolehkan pelajar bersiap sedia menceburi alam pekerjaan yang lebih mencabar mental dan fizikal. L 2
Latihan industri juga menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja. Apabila sesuatu tugasan diberi dan memerlukan semangat kerja berpasukan sekali gus mampu membentuk perhubungan yang baik antara pekerja-pekerja. Seterusnya, menyemai amalan berhemah dan sikap bertanggungjawab dalam diri. Para pelajar dapat menilai kebolehan diri dalam melaksanakan kerja yang telah diamanahkan. Di samping itu, pelajar dapat menyemaikan nilai-nilai murni seperti berintegriti selaras dengan objektif latihan industri. i samping itu, latihan industri menggalakkan para pelajar mengamalkan D mengamalkan etika dan peraturan kerja dengan baik. Pelajar-pelajar diingatkan supaya lebih berdisiplin agar tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh firma atau jabatan. Justeru itu, pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja lebih penting lagi dalam keadaan normal baharu sekarang ini yang memerlu kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan baik. Dengan pengetahuan yang sedia ada, sedikit sebanyak membantu pelajar melaksanakan tugasan dengan baik serta mengetahui objektif sebenar sesuatu tugasan yang perlu dilaksanakan. Para pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan teori dan amali yang dipelajari di kelas dengan melakukan kerja-kerja praktikal. Menghasilkan laporan latihan industri. Mendidik dan melatih pelajar menulis dengan baik dan kemas agar dapat menghasilkan laporan yang berkualiti. Selepas menjalani latihan industri ini, pelajar dikehendaki menyediakan sebuah laporan seperti yang ditetapkan oleh pihak Politeknik. Ia merupakan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh pihak Politeknik untuk lulus dalam latihan industri tersebut. Laporan yang disediakan hendaklah berkaitan dengan kerja-kerja yang telah dilakukan semasa menjalani latihan industri di organisasi tersebut. 3
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan industri dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat. Melalui penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna bagi sesi II 2022/2023 , latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula daripada 30 Januari 2023 sehingga 16 Julai 2023 seperti yang ditetapkan oleh pihak politeknik. Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalankan oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh pensyarah. Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan politeknik. Di mana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik. 4
Dengan menggunakan pengalaman menjalani latihan di firma selama enam bulan, para pelajar dapat mempelajari serba sedikit tentang alam pekerjaan dan dapat mengawal situasi jika berada di pejabat atau lokasi bekerja satu hari kelak. Para pelajar tidak lagi merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada boleh menempuhi alam pekerjaan dan menghadapi cabaran apabila bekerja kelak. Ia membantu meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar. Dengan adanya pengalaman selama enam bulan menjalani latihan industri, para pelajar serba sedikit dapat membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja apabila sudah bekerja kelak. Ia membantu para pelajar menyemai sikap bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kerja yang diberikan kepadanya. Kebanyakan firma yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan pekerja yang sudah berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar politeknik sudah mempunyai pengalaman bekerja semasa menjalani latihan industri. Mendedahkan para pelajar tentang kepentingan pengurusan masa dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Ia amat penting untuk menanam sikap mengurus masa dalam diri para pelajar supaya dapat menggalas tugas yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. 1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR ersaingan dalam merebut peluang pekerjaan amat sengit pada masa kini dengan keadaan selepas pendemik covid-19 yang menyebabkan ekonomi hh 5 P negara baru membangun semula. Dengan melalui latihan perindustrian, pelajar akan didedahkan tentang suasana sebenar alam pekerjaan. Pelajar juga memperoleh pelbagai faedah dan pengamalan daripada latihan industry yang dijalani antaranya adalah:
Meningkatkan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pekerja-pekerja di dalam firma atau masyarakat. Ia dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun pelanggan yang wujud di persekitaran tempat pelajar bekerja. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang kepentingan hidup hormat-menghormati di antara satu sama lain sewaktu berada di tempat kerja. Sifat ini penting bagi memastikan segala urusan pejabat berjalan lancar tanpa sebarang konflik di antara pekerja. Dengan adanya pengalaman selama enam bulan menjalani latihan industri, para pelajar serba sedikit dapat membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja apabila sudah bekerja kelak. Ia membantu para pelajar menyemai sikap bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kerja yang diberikan kepadanya. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan polisi-polisi am peraturan-peraturan firma agar tidak dikenakan sebarang tindakan oleh firma atau jabatan serta mendidik menjadi seorang yang lebih disiplin. Pelajar dapat diberi pendedahan secara langsung, malah mendidik pelajar agar lebih bersikap profesional, dinamik dan kreatif. 1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR 6 Jadual 1.4.1
1.5 HASIL PEMBELAJARAN 7 Latihan industri memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Latihan industri ini akan membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.
BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN 8 PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
2.1 PENGENALAN 9 utrajaya Marriott Hotels ialah jenama hotel dan penginapan Marriott International. Syarikat yang beribu pejabat di Bethesda, Maryland ini kerap nnn P disenaraikan dalam senarai tempat kerja terbaik versi Forbes, dan menjadi tempat kerja terbaik keempat di United Kingdom, versi The Times pada tahun 2009. Sehingga 31 Disember 2018, terdapat 567 hotel dan penginapan dengan jumlah 201.366 bilik beroperasi di bawah jenama ini. Program kesetiaan jenama ini ialah Marriott Bonvoy. Marriott bermula dengan dua motel pada dekad 1950-an. Motel pertama ialah Quality Inn berdekatan Washington D.C. dan kemudian Twin Bridges, yang dibuka berdekatannya. Dengan pembukaan motel kedua, Marriott menjadi sebuah jenama. Twin Bridges dibubarkan pada tahun 1990, sementara Quality Inn masih tetap beroperasi sebagai hotel, bukan lagi motel. Pada tahun 1967, Marriott membuka penginapan pertamanya, Camelback Inn, di Arizona. Marriott Hotels & Resorts kemudian berkembang ke luar Amerika Syarikat pada tahun 1969 dengan membuka Marriott di Acapulco, Mexico. Pada tahun 1975, Marriott Hotels & Resorts juga telah berkembang ke Eropah, dengan membuka Marriott di Amsterdam. Pada tahun 1976, Marriott membuka dua taman Great America, namun kemudian dijual kepada Six Flags pada tahun 1984. Sejak ditubuhkan, Marriott International memiliki dan mengelola sendiri beberapa hotelnya. Pada tahun 1993, Marriott memutuskan untuk memisahkan pemilikan hotelnya ke syarikat baru yang diberi nama Host Marriott, sehingga hanya fokus pada pengelolaan hotel. Sehingga 1999, terdapat 360 unit Marriott Hotels & Resorts di 47 negara, dan pada tahun 2012, Marriott Hotels & Resorts meraikan pembukaan harta milikan ke-500, iaitu Pune Marriott Hotel & Convention Centre, di Pune, India. Pada April 2014, Marriott Hotels & Resorts memperoleh The Protea Hotel Group di Afrika Selatan, dan bertukar nama dari Protea Hotels kepada Protea Hotels By Marriott.
PENGENALAN Nama Syarikat Putrajaya Marriott Hotel General Manager Hotel Manager Reservation Manager Media Sosial Sektor Industri Alamat Nombor telefon pejabat Email Mr Kumar Renoo Mr Henson Mr Zainuddin Bin Abdul Aziz Marriottputrajaya.com 03-8949 8888 [email protected] Swasta Perhotelan Putrajaya Marriott Hotel, IOI Resort City, 62502 Putrajaya 10 Jadual 2.1.1
LOKASI SYARIKAT 11 Rajah 2.1.1 Rajah 2.1.2
Tanpanya tiada apa yang kita lakukan adalah penting INTEGRITI 01 Sebagai asas reputasi kita KUALITI 02 Untuk membuka kunci nilai dengan melanggar sempadan. INOVASI DAN KREATIVITI 03 Untuk nilai cemerlang dalam semua yang kita lakukan KOMITMEN DAN SEMANGAT 04 2.2 VISI 12
Kami melakukan yang terbaik, mengutamakan pelanggan kami, dan menuntut kecemerlangan kualiti dalam semua yang kami lakukan DIPERCAYAI... UNTUK MENYAMPAIKAN 01 Kami secara konsisten menghantar produk dan perkhidmatan yang melebihi jangkaan DIPERCAYAI… UNTUK MEMBINA KEYAKINAN 02 Kami sentiasa berusaha untuk memperbaharui produk dan perkhidmatan kami, memperkayakan kehidupan dengan menyampaikan hubungan emosi dengan pelanggan kami DIPERCAYAI... BERINOVASI 03 Kami dipandu oleh nilai etnik dan integriti yang kukuh untuk menjaga kepentingan semua pihak berkepentingan pada setiap masa DIPERCAYAI... UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN 04 KAMI DENGAN INTEGRITI 05 DIPERCAYAI… UNTUK MEMPERKASAKAN RAKYAT KITA Kejayaan kami terletak pada kakitangan kami, juara penciptaan nilai, yang dipupuk dan disokong untuk mencapai aspirasi mereka, membolehkan kerjasama dan kerja berpasukan ke arah matlamat bersama. 2.3 MISI 13
Reservation Manager EN. ZAINUDDIN BIN ABDUL AZIZ 2.4 CARTA ORGANISASI 14 Guest Service Assistant MOHD ZULQAWIEM BIN ZULKIFLY Guest Service Assistant NOOR SUHADA BINTI IBRAHIM Reservation Supervisor PERCILLA FRANCISCA A/P POYONG Rajah 2.4.1
Di IOI Properties Group (“IOIPG”), kemampanan dipangsi di tengah-tengah visi perniagaan dan nilai teras kami. Sebagai sebuah syarikat yang memandang kemampanan sebagai misi transgenerasi, kami berusaha untuk menegakkan prinsip merangka pembangunan mampan dan tanggungjawab korporat untuk kehidupan mampan pekerja, pelanggan dan komunitinya, meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan menyokong etika alam sekitar. Kami berusaha untuk: Menyampaikan kecemerlangan produk dan perkhidmatan dengan strategi inovatif dan produk hijau yang bertanggungjawab Mencapai keseimbangan jangka panjang yang mampan antara memelihara alam semula jadi dan mencapai matlamat perniagaan Memupuk persekitaran kerja yang kondusif yang inklusif, sihat dan selamat Komited untuk terus membangun dan melabur dalam komuniti Mematuhi undang-undang dan peraturan Mempengaruhi gaya hidup melalui pemilikan kelestarian Matlamat kemampanan kami melibatkan penyampaian kecemerlangan dalam produk dan perkhidmatan kami, menjaga alam sekitar, mencipta nilai untuk semua pemegang kepentingan kami dan membangunkan komuniti yang mampan. Kami juga telah menerima pakairangka kerja TCFD untuk menanganirisiko dan peluang berkaitan iklim yang merentasi segmen perniagaan kami, dengan itu mempercepatkan perjalanan kemampanan kami. - Dato’ Voon Tin Yow - 2.5 HALA TUJU ORGANISASI 15
2.6 AKTIVITI ORGANISASI Deluxe Room King, 1 katil King bersama katil sofa. Maksimum penghuni adalah tiga orang sahaja. Keluasan bilik ialah 40sqm/430sqft, dan antara kemudahan yang ada ialah bilik berpenghawa dingin, bilik kalis bunyi, pengering rambut, jubah mandi, selipar, peti sejuk mini, seterika dan papan seterika. DELUXE KING 16 DELUXE TWIN Deluxe Room Twin, 2 katil super single bersama katil sofa. Maksimum penghuni adalah tiga orang sahaja. Keluasan bilik ialah 40sqm/430sqft, dan antara kemudahan yang ada ialah bilik berpenghawa dingin, bilik kalis bunyi, pengering rambut, jubah mandi, selipar, peti sejuk mini, seterika dan papan seterika. Rajah 2.6.1 Rajah 2.6.2
Executive Deluxe Room King, 1 katil king bersama katil sofa. Maksimum penghuni adalah tiga orang sahaja. Keluasan bilik ini ialah 38sqm/409sqft, dan antara kemudahan istimewa bilik ini ialah bilik ini dapat akses lounge. Selain itu, setiap sabtu dan ahad percuma teh tengahari dan coktail minum petang. Untuk pelanggan yang datang atas urusan bisnes, anda dapat menggunakan bilik mesyuarat selama dua jam secara percuma. EXECUTIVE DELUXE KING 17 EXECUTIVE DELUXE TWIN Executive Deluxe Room Twin, 2 katil super single bersama katil sofa. Maksimum penghuni adalah tiga orang sahaja. Keluasan bilik ini ialah 38sqm/409sqft, dan antara kemudahan istimewa bilik ini ialah bilik ini dapat akses lounge. Selain itu, setiap sabtu dan ahad percuma teh tengahari dan coktail minum petang. Untuk pelanggan yang datang atas urusan bisnes, anda dapat menggunakan bilik mesyuarat selama dua jam secara percuma. Rajah 2.6.4 Rajah 2.6.3
Junior Suite mempunyai 1 katil king dan katil sofa. Maksimum penghuni adalah tiga orang sahaja. Keluasan bilik ini ialah 60sqm/646sqft - 70sqm/753sqft, dan antara kemudahan istimewa bilik ini ialah dapat akses lounge. Selain itu, setiap sabtu dan ahad percuma teh tengahari dan coktail minum petang. Untuk pelanggan yang datang atas urusan bisnes, anda dapat menggunakan bilik mesyuarat selama dua jam secara percuma. JUNIOR SUITE 18 EXECUTIVE SUITE Executive Suite mempunyai 1 katil king dan katil sofa. Maksimum penghuni adalah tiga orang sahaja. Keluasan bilik ialah 72sqm/775sqft - 78sqm/839sqft, dan antara kemudahan istimewa bilik ini ialah dapat akses lounge. Selain itu, setiap sabtu dan ahad percuma teh tengahri dan coktail minum petang. Seterusnya, bilik ini menyediakan bufet sarapan pagi dan Wi-Fi berkelajuan tinggi. Rajah 2.6.6 Rajah 2.6.5
Palm Suite mempunyai 1 katil king dan katil sofa. Maksimum penghuni adalah tiga orang sahaja. Keluasan bilik ialah 86sqm/925sqft, dan antara kemudahan istimewa bilik ini ialah dapat akses lounge. Selain itu, setiap sabtu dan ahad percuma teh tengahari dan coktail minum petang. Seterusnya, bilik ini menyediakan bufet sarapan pagi dan Wi-Fi berkelajuan tinggi. Bilik ini juga membenarkan untuk menambah satu katil lipat untuk ditambah. PALM SUITE 19 PALACE SUITE Palace Suite mempunyai 2 bilik, bilik pertama mempunyai 1 katil king, bilik kedua mempunyai 2 katil super single dan katil sofa. Maksimum penghuni adalah empat orang sahaja. Keluasan bilik ialah 210sqm/2260sqft, dan antara kemudahan istimewa bilik ini ialah dapat akses lounge. Selain itu, setiap sabtu dan ahad percuma teh tengahari dan coktail minum petang. Seterusnya, bilik ini menyediakan bufet sarapan pagi dan Wi-Fi berkelajuan tinggi. Bilik ini juga membenarkan untuk menambah satu katil lipat untuk ditambah. Kelebihan bilik ini juga mempunyai balkoni seluas 50sqm/538sqft dan mini bar. Rajah 2.6.8 Rajah 2.6.7
Presidential Suite mempunyai 3 bilik, bilik pertama mempunyai 1 katil king, bilik kedua mempunyai 2 katil super single dan bilik ketiga mempunyai 2 katil super single. Keluasan bilik ini ialah 350sqm/3766sqft dan antara kemudahan istimewa bilik ini ialah dapat akses lounge, percuma teh dan coktail setiap hari sabtu dan ahad. Selain itu bilik ini mempunyai ruang tamu yang terpisah, tab mandi bersaiz besar, percuma minibar dan juga ada kemudahan dapur seperti peti sejuk, oven, pantry dan sebagainya. PRESIDENTIAL SUITE 20 ZEST RESTAURANT Restoran Zest memberikan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di Putrajaya. Manjakan diri dengan makan malam a la carte yang menarik atau bufet yang luas yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa. Waktu operasi restoran adalah setiap hari dari 6.30 pagi sehingga 12 tengah malam. Anda boleh hubungi kami "0389498888 (1888)" atau di website kami "marriottbonvoyasia.com" Rajah 2.6.10 Rajah 2.6.9
Midori ialah restoran Jepun gaya Tokyo yang menawarkan masakan Jepun asli dan hiasan tradisional dalam suasana yang selesa. Nikmati kotak bento yang disediakn dengan teliti, hidangan a la carte atau bufet besar setiap Sabtu malam di Putrajaya. Waktu operasi kami setiap hari, tengahari dari 11.30 pagi higga 2.30 petang dan makan malam dari 6.30 petang hingga 10 malam. Hubungi kami di talian "0389498888 (1222)" atau di website kami "marriottbonvoyasia.com". MIDORI JAPANESE 21 D'ORACLE COFFEE LOUNGE Nikmati suasana nyaman di d'Oracle Coffee Lounge sambil anda menghirup minuman kegemaran anda atau menyantap pastri serpihan untuk sarapan pagi anda di Putrajaya. Sebelum anda menyertai kami untuk makan malam, kunjungi semula ruang rehat untuk minum petang Inggeris klasik. Waktu operasi kami setiap hari dari jam 7 pagi hingga jam 10 malam. Sebarang persoalan hubungi kami di talian "0389498888 (1322)". Rajah 2.6.12 Rajah 2.6.11
Summer Place, restoran Cina dinamik kami berhampiran Putrajaya, mempesonakan dengan pelbagai resepi dan perisa. Cuba sedikit segalagalanya di makan tengah hari "All You Can Eat" kami atau pilih daripada menu a la carte yang tersedia setiap hari. Waktu operasi kami pada setiap hari dari jam 11.30 pagi hinggan 2.30 petang dan 6.30 petang hingga 10 malam. SUMMER PLACE 22 OUTSIDE POOL Kolam renang di Putrajaya Marriott Hotel ini berkedalam 1200 meter bagi kolam dewasa dan 500 meter untuk kolam renang kanak-kanak. Kami ada menyediakan satu tuala kepada setiap pelanggan. Rajah 2.6.14 Rajah 2.6.13
Tranquility Spa & Wellness ialah percutian kesihatan dengan gabungan rawatan kepala ke kaki yang direka untuk memperbaharui badan, minda dan semangat pelanggan. Spa ini ditubuhkan pada tahun 2014, spa ini juga mematuhi sepenuhnya falsafah untuk memenuhi keperluan Beauty & Spa yang disesuaikan khas kepada pelanggan. Cara membuat tempahan adalah melalui website " tranquilityspa.com.my " dan juga telefon "60123793945" TRANQUILITY SPA & WELLNESS 23 WEDDINGS AND MEETINGS Di Putrajaya Marriott Hotel menyediakan sebanyak 17 buah bilik acara yang berkeluasan 4229sqmt keseluruhannya. Kapasiti ruang terbesar dapat memuatkan seramai 2300 pax dan dari 17 bilik acara itu boleh di pecahkan kepada 21 bilik kecil yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat. Rajah 2.6.16 Rajah 2.6.15
Pakej Family Escape ini menyediakan dua bilik Deluxe, sarapan di Zest Restaurant, menyediakan bilik bersambung serta potongan harga untuk Pentas Citarasa Buffet Dinner. FAMILY ESCAPE 24 BRING BACK MEMORIES Nikmati percutian yang tidak dapat dilupakan yang dipenuhi dengan pengalaman masakan yang lazat dari Sahur/Sarapan pagi hingga ke Bufet Makan Malam malam yang menampilkan resipi pusaka oleh pasukan Chef kami, jadual perjalanan yang sesuai untuk pasangan atau keluarga berkumpul. Penginapan dalam kategori bilik Standard atau Premium dengan Akses Lounge, termasuk Sahur atau Sarapan untuk 2 orang di Restoran Zest Lifestyle, Makan Malam Bufet Pentas Citarasa untuk 2 orang di Restoran Zest Lifestyle, Wi-Fi percuma serta pengangkutan ulang-alik percuma ke IOI City Mall (Tersedia setiap jam). Rajah 2.6.18 Rajah 2.6.17
Bufet kami dipenuhi dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan, dipilih dengan teliti dan disediakan untuk memuaskan rasa lapar anda dan menggembirakan selera anda. Daripada kegemaran tradisional seperti 7 Kawah Wak Lan, Medan Bakar-Bakar, Rojak Segala Rojak, Sup Macam - Macam Ada dan tidak ketinggalan dari Seafood On Ice, Jalan Shanghai Nanjing, Thai, Itali, Arab, gerai masakan Little India hingga pencuci mulut yang lazat. seperti Burn Cheese Cake, Cream Puff, Panna Cotta dan Tart Kurma, bufet kami mempunyai sesuatu untuk semua orang. Akhir sekali, yang paling ditunggu-tunggu, stesen Durian kami kembali, menanti anda untuk menyertai barisan pencinta Durian sejati! Melalui harga Klook pada RM158.40 bersih setiap Dewasa, RM79.20 bersih setiap Kanak-kanak Harga Biasa pada RM198 bersih setiap Dewasa, RM99 bersih setiap Kanak-kanak PENTAS CITARASA BUFFET DINNER 25 Rajah 2.6.19
26 JUST BECAUSE I MISS "US" TOGETHER Penginapan dalam kategori bilik Standard atau Premium dengan Akses Lounge Termasuk Sarapan untuk 2 Dewasa di Restoran Zest Lifestyle Termasuk Makan Malam Candle Light untuk 2 Dewasa di Restoran Jepun Midori Termasuk 2 Kek Miniatur semasa ketibaan di D'Oracle Coffee Lounge Urutan Kaki Refleksologi selama 30 minit untuk 2 Dewasa di Tranquility Spa & Wellness Termasuk Hiasan Romantik Percuma Termasuk Wi-Fi Termasuk pengangkutan ulang-alik berjadual ke dan dari IOI City Mall Menghabiskan masa berkualiti bersama pasangan anda ialah cara terbaik untuk memastikan hubungan anda kekal sihat dan kukuh. Manjakan diri anda dengan penginapan intim yang layak anda dapatkan di mana anda boleh berehat, cetuskan cinta anda dengan makan malam romantis diterangi cahaya lilin dan tingkatkan peredaran darah dengan Urut Kaki di Tranquility Spa & Wellness sesuai untuk pelarian sementara dari bandar yang sibuk seperti yang anda inginkan Just Because I Miss "Us" Pakej bersama pasangan anda. Rajah 2.6.20
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI enulisan Jurnal Refleksi Latihan Industri adalah salah satu elemen penting dalam penilaian Kursus Latihan Industri. Pelajar dikehendaki mencatat segala aktiviti harian yang dilaksanakan di organisasi latihan. Setiap minggu pelajar perlu menulis refleksi dan mendapatkan pengesahan serta maklum balas daripada Penyelia Industri (Supervisor). Jurnal Refleksi Latihan Industri pelajar ini akan dinilai oleh Penyelia Industri (Supervisor). Di samping itu, sepanjang menjalani latihan industri ini, saya didedahkan dengan perkara-perkara dan pengalaman yang baru. Selain dari mempraktikkan apa yang telah saya belajar sepanjang lima (5) semester di Politeknik Sultan Idris Shah, saya juga telah didedahkan bagaimana cara untuk mengikuti setiap arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sepanjang saya menjalani latihan industri di Palm Garden Hotel. Sepanjang di Palm Garden Hotel, saya telah berkerja selama sembilan (9) jam sehari dan lima (5) hari dalam seminggu seperti yang telah ditetapkan oleh syarikat. 27 3.1 PENGENALAN P
Minggu Aktiviti MMinggu 1 30 Jan - 5 Feb 2023 Belajar pengenalan tentang Palm Garden Hotel. Menghafal produk-produk hotel seperti jenis bilik, kemudahankemudahan yang disediakan dan sebagainya. Belajar menjawab panggilan telefon. Belajar memindahkan panggilan ke jabatan yang berkenaan. Belajar membuat 'check in' dan 'check out' tetamu. Minggu 2 6 Feb -12 Feb 2023 Belajar membuat 'check in' dan 'check out' tetamu. Belajar membuat 'keycard' guest. Belajar menyelesaikan masalah pintu bilik tetamu yang tidak boleh dibuka. Belajar memindahkan panggilan ke jabatan yang berkenaan. Minggu 3 13 Feb - 19 Feb 2023 Belajar membuat 'check in' dan 'check out' Membantu gotong-royong mengemas stor 'Artis'. Membantu gotong-royong mengemas stor rekreasi Melapor diri ke Putrajaya Marriott Hotel. Bekerja sebagai AYS (At Your Service). 28 3.2 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI Jadual 3.2.1
Minggu Aktiviti Minggu 4 20 Feb - 26 Feb 2023 Bekerja sebagai AYS (At Your Service). Menjawab panggilan dari tetamu. Mencatat maklumat tetamu yang ingin berurusan dengan jabatan kenangan hotel. Menyampaikan maklumat tetamu kepada Jabatan kenangan hotel. Minggu 5 27 Feb - 3 Mar 2023 Bekerja sebagai AYS (At Your Service). Menjawab panggilan tetamu. Menyampaikan maklumat kepada tetamu. Mengambil maklumat tetamu seperti nombor telefon dan nama untuk disampaikan ke jabatan berkenaan. Minggu 6 6Mar - 10 Mar 2023 Berkerja sebagai AYS Menjawab panggilan tetamu. Membantu mengemaskini data pelanggan di dalam sistem Opera. Membantu menyampaikan maklumat kepada pelanggan. Membuat tempahan bilik untuk pelanggan Minggu 7 13 Mar - 19 Mar 2023 Belajar mengisi data pelancong luar yang menginap di Putrajaya Marriott Hotel. Menjawab panggilan Palm Garden Hotel Menyampaikan maklumat kepada Jabatan berkenaan. Belajar membuat laporan Tourism Malaysia. 29 Jadual 3.2.2
Minggu Aktiviti Minggu 8 20 Mar - 26 Mar 2023 Menjawab panggilan tetamu Palm Garden Hotel Menyampaikan pesanan dan maklumat pelanggan kepada jabatan berkaitan. Membuat senarai tetamu yang berbuka puasa di Zest Restoran. Mengemaskini maklumat tetamu di dalam sistem Opera. Minggu 9 27 Mar - 2 April 2023 Berkerja sebagai AYS Menjawab panggilan tetamu. Membantu mengemaskini data pelanggan di dalam sistem Opera. Membantu menyampaikan maklumat kepada pelanggan. Membuat tempahan bilik untuk tetamu Minggu 10 3 April - 9 April 2023 Berkerja sebagai AYS Belajar menggunakan mesin fotostat Belajar menyemak matlumat di 'Blue Zone' Belajar membuat tempahan bilik untuk tetamu Belajar menggunakan 'Opera' Belajar membuat tempahan untuk China Airlines dan Eva Airways Minggu 11 10 April - 16 April 2023 Belajar cara membuat tempahan bilik Airlines. Belajar cara membuat 'Rooming List' untuk tempahan kumpulan. Menjawab panggilan telefon Palm Garden Hotel. Mengemaskini profil tetamu menggunakan sistem 'Opera'. Memasukkan nama tempahan kumpulan dalam sistem Opera 30 Jadual 3.2.3
Minggu Aktiviti Minggu 12 17 April - 23 April 2023 Menjawab Panggilan telefon Palm Garden Hotel. Membantu mengemas pejabat Reservation. Mengemaskini profil tetamu didalam sistem 'Opera'. Belajar menggunakan mesin credit kad. Membantu membuat tempahan bilik untuk Eva Airways dan China Airlines. Minggu 13 24 April - 30 April 2023 Menjawab panggilan Palm Garden Hotel Membuat tempahan bilik untuk kumpulan Eva dan China Airlines. Membuat 'routing' pada tempahan bilik kumpulan Eva dan China Airlines. Membantu menjawab panggilan tetamu semasa manager sedang menjawab panggilan yang lain. Minggu 14 1 Mei - 7 Mei 2023 Menjawab panggilan telefon Palm Garden Hotel. Membuat 'Rooming List' untuk Eva Airways dan China Airlines. Mengemaskini profil tetamu seperti mengemaskini nama syarikat Belajar cara memuat turun pengesahan tempahan tetamu. Menulis laporan harian Minggu 15 8 Mei - 14 Mei 2023 Menyemak CTAC (Centralized Travel Agency Commissions). Menjawabpanggilan telefon Palm Garden Hotel. Membuat tempahan bilik untuk kumpulan China Airlines dan Eva Airways. Membantu mengemaskini profil tetamu seperti mengemaskini nama syarikat. Menyambut Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya Marriott Hotel. 31 Jadual 3.2.4
Minggu Aktiviti Minggu 16 15 Mei - 21 Mei 2023 Membuat tempahan bilik untuk Eva Airways dan China Airlines Menjawab panggilan telefon Palm Garden Hotel Menyemak CTAC (Centralized Travel Agency Commisions) Mengemaskini profil tetamu seperti menambah 'Comment' dan 'Alert' pada profil yang berkaitan. Minggu 17 22 Mei - 28 Mei 2023 Mempelajari tetang harga bilik bagi senior citizen. Menjawab panggilan telefon Palm Garden Hotel Membuat dan menyemak CTAC (Centralized Travel Agency Commissions) Mengemaskini profil pelanggan seperti nama syarikat, tarikh, harga dan sebagainya. Membuat tempahan bilik untuk China Airlines dan Eva Airways. Minggu 18 29 Mei - 4 Jun 2023 Belajar membuat tempahan bilik untuk Malaysia Airlines Membuat tempahan bilik Eva Airways dan China Airlines Menjawab panggilan telefon Palm Garden Hotel Membuat CTAC (Centralized Travel Agency Commissions) Membuat laporan Latihan Industri Minggu 19 5 Jun - 11 Jun 2023 Pemantauan pensyarah latihan industri oleh Puan Aklimima Membuat dan menyemak CTAC (Centralized Travel Agency Commissions) Menjawab panggilan telefon Palm Garden Hotel Membuat tempahan bilik untuk China Airlines dan Eva Airways Menulis laporan harian. 32 Jadual 3.2.5
Minggu Aktiviti Minggu 20 12 Jun - 16 Jun 2023 Membuat tempahan bilik untuk Eva Airways dan China Airlines Menyemak CTAC (Centralized Travel Agency Commissions) Menjawab panggilan telefon Palm Garden Hotel Bekerja di Hotel Le Meridien sementara Hotel Putrajaya Marriott dibawah penambahbaikan Melapor diri di Jabatan Sumber Manusia sebelum tamat latihan industri untuk membuat pelepasan. 33 Jadual 3.2.6
aporan Teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan semasa menjalani latihan industri di Putrajaya Marriott Hotel. Setiap tugasan atau kerja yang diberikan perlulah mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan dan ianya haruslah dijalankan secara berperingkat. Hal ini bagi memastikan segala pengurusan di organisasi dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini, pelajar diminta untuk menyatakan segala tugasan yang mereka lakukan semasa menjalani latihan industri di organisasi mereka. Segala tugasan dan kerja yang melibatkan aktiviti dan proses selama 20 minggu hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendali kerja tersebut dengan baik. 34 BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 PENGENALAN L
35 4.2 PELAKSANAAN PROJEK / TUGASAN A) ORACLE OPERA PMS Oracle OPERA Property Management Solutions Hotel di seluruh dunia menggunakan teknologi pengurusan hotel Oracle untuk membantu menyampaikan pengalaman yang luar biasa dan diperibadikan untuk setiap tetamu dan menyediakan kakitangan dengan alatan dan perkhidmatan yang berkuasa untuk menjadikan kerja mereka lebih mudah dan meningkatkan produktiviti. Perisian Tempahan Bilik OPERA menyediakan pangkalan data pusat untuk inventori bilik, memudahkan pengurusan semua jenis tempahan termasuk individu, kumpulan dan parti, syarikat, ejen pelancongan, berbilang kaki, berbilang kadar dan senarai tunggu. Rajah 4.2.1
36 a) Membuat tempahan bilik Pertama sekali, untuk membuat tempahan bilik ada dua cara iaitu yang pertama menggunakan Opera dan yang kedua menggunakan EmPower. Untuk Opera, klik 'New Reservation' , kemudian pilih harga bilik yang dikehendaki tetamu dan klik 'OK'. Selepas itu, isi detail tetamu di dalam sistem seperti nama, email dan nombor telefon. Tujuan email adalah untuk menghantar pengesahan tempahan kepada tetamu. Pertama sekali, untuk membuat tempahan bilik menggunakan EmPower perlulah masuk ke website terlebih dahulu. Kemudian, pilih tarikh masuk dan tarikh keluar tetamu, pilih jenis bilik dan pakej yang dikehendaki tetamu dan isi maklumat tetamu seperti nama, email dan no telefon. Perbezaan menggunakan EmPower adalah di EmPower boleh mengesahkan tempahan menggunakan kad kredit. Jika tempahan tidak menggunakan pengesahan kad kredit, tempahan bilik itu boleh dibatalkan oleh pihak hotel selepas jam enam petang. Dengan pengesahan kad kredit juga pihak hotel dapat mengecas kad kredit tersebut jika tetamu tidak menhadirkan diri selepas tempahan dibuat. Rajah 4.2.2 Rajah 4.2.3
37 b) Mendaftar masuk tetamu Pertama sekali, untuk mendaftar tetamu perlu klik pada 'Front Office' , 'Arrival' , kemudian masukkan nama tetamu dan klik 'Search'. Selepas keluar seperti gambar rajah diatas, klik pada titik tiga disebelah nama tetamu tersebut untuk mengisi maklumat tetamu. Seterusnya, adalah mengisi maklumat tetamu seperti alamat, no telefon, email, no kad pengenalan dan tarik lahir tetamu di dalam sistem Opera. Selepas siap, cetak kad daftar tetamu tersebut untuk ditanda tangan oleh tetamu tersebut. Rajah 4.2.4 Rajah 4.2.5 Rajah 4.2.6
38 c) Memadam 'No Company' di profil tetamu Pertama, isi kotak 'Company Name' dengan 'No Company'. Seterusnya klik 'Search' kemudian pilih nama tetamu yang tidak berlabel 'Cancelled'. Kemudian, di bahagian 'Company' sebelah kanan atas, padam 'NO COMPANY' tesebut dan klik 'Save' dan 'Close'. Rajah 4.2.7 Rajah 4.2.8
39 c) Mengemaskini profil tetamu 'Speacial Corporate' Pertama, di 'Update Resevation' tekan 'Advanced' , kemudian di bahagian 'Market Code' pilih SPE (Special Corporate) dan tekan 'Search'. Kemudian, semak pada setiap nama yang berikut jika ada antara nama berikut tidak mempunyai nama syarikat dan 'Alert'. Untuk yang tiada, perlu di tambah dengan cara lihat di bahagian harga didalam profil tetamu tersebut untuk mengetahui syarikat tetamu. Untuk yang tiada 'Alert' pula perlu ditambah dengan cara klik 'Options' , 'Alert' , pilih 'Code' , 'CID (Please collect Corporate Staff Id). Kemudian, 'Area' , 'Check in' dan 'OK'. Rajah 4.2.9 Rajah 4.2.10
40 c) Mengemaskini profil tetamu 'Goverment/Military' Pertama, di 'Update Resevation' tekan 'Advanced' , kemudian di bahagian 'Market Code' pilih MIL (Govt./Military) dan tekan 'Search'. Kemudian, semak pada setiap nama yang berikut jika ada antara nama berikut tidak mempunyai nama syarikat dan 'Alert'. Untuk yang tiada 'Alert' perlu ditambah dengan cara klik 'Options' , 'Alert' , pilih 'Code' , 'GID (Please collect Goverment Staff Id). Kemudian, 'Area' , 'Check in' dan 'OK'. Untuk yang tiada nama syarikat, di 'Alert' perlu ditambah 'Please update company profile'. Rajah 4.2.11 Rajah 4.2.12