The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI SESI 11: 2022/2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pijahahmad1374, 2023-06-13 03:03:59

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 17DUP20F1003

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI SESI 11: 2022/2023

41 c) Menyemak harga yang dikenakan daripada pelanggan di BlueZone. Rocket BlueZone ialah penyelesaian emulasi terminal selamat yang boleh melindungi sistem perniagaan kritikal anda dan mengurangkan jumlah kos pemilikan anda. Rocket BlueZone Web memperkasakan pekerja anda untuk menjadi lebih produktif dan menawarkan sokongan pelanggan yang lebih baik dengan segera mengakses inventori di mana-mana, pada sebarang peranti. Rajah 4.2.13


42 DAPATAN DAN CADANGAN i ruangan dapatan dan cadangan ini adalah bertujuan untuk pelajar melaporkan pengetahuan dan pengalaman mereka semasa mereka menjalani latihan di industri. Selain itu, cadangan daripada pelajar untuk mengatasi kelemahan industri juga dapat disuarakan. Saya berharap dengan adanya latihan industri ini dapat membantu pelajar dan industri tersebut serta dapat menambahkan pengalaman dan kemahiran yang dipelajari ketika mengikuti latihan industri. Dari pengalaman dan pemerhatian pelajar sepanjang tempoh 20 minggu di disini pelajar boleh menyimpulkan bahawa latihan industri bukan sahaja tempat melatih diri ke alam pekerjaan sebenar tetapi dapat mendidik kita mematuhi segala peraturan yang di tetapkan bak kata lain dapat melatih pelajar menjadi seorang yang lebih berdisplin. Selain itu, latihan ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang baik untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada mahupun pengetahuan baharu. Dengan ini pelajar diberi peluang untuk mengemukakan sedikit komen, pendapat dan cadangan yang dapat membantu untuk diperbaiki dalam mengusahakan program latihan industri ini dengan lebih cekap dan berkesan. BAB 5 5.1 PENGENALAN D


Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri (LI) di PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL saya mempunyai pandangan dan pendapat yang ingin diberi mengenai firma ini. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 20 minggu dan bukanlah bertujuan untuk mengguris hati mana-mana pihak tertentu atau merendahkan syarikat. Saya ingin memberikan pendapat ini supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualiti dan memperbaiki kekurangan dari semua aspek. Antara pendapat dan pandangan yang saya ingin senaraikan adalah: 1. Sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan persekitaran yang professional dalam mengenal pasti tugasan daripada penyelia yang bertanggungjawab dalam memantau pelajar. Saya dapat melihat bahawa bagaimana kakitangan organisasi ini menjalankan tanggujawab dalam menjalani tugasan yang diberi dengan kesungguhan dan sempurna. Pandangan saya, setiap kakitangan perlu mengambil inisiatif untuk menujukan contoh yang baik pada pelajar. 2. Hubungan yang baik antara pelajar dan kakitangan di PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL serta rakan-rakan telah mewujudkan suasana yang begitu ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Selain itu, dapat menjalinkan persahabatan yang pastinya meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka. Disini saya dapat perhubungan dan komunikasi yang baik adalah amat penting untuk menyesuaikan diri serta menjalankan tugasan secara berkumpulan. Setiap kakitangan perlu memainkan peranan dalam berkomunikasi. 43 5.2 PENDAPAT DAN PANDANGAN


44 3. Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam menggabungkan pengetahuan atau teori yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan harian supaya ia dapat meluaskan lagi pengetahuan kita. Organisasi ini menggunakan sistem kedatangan yang betul dan boleh menyumbangkan kepada pekerja yang lebih berdisiplin. Kedatangan pekerja akan direkodkan dalam sistem “Tumbprint”. Oleh itu, semua pekerja akan menepati masa untuk ke tempat kerja dan menujukan contoh kepada pelajar supaya dapat memupuk diri mereka dalam mendisplinkan diri. 4. Sebelum melakukan sesuatu tugasan penyelia akan membuat perbincangan dan taklimat tentang tugasan yang perlu dilaksanakan. Oleh itu, bagi saya semua ini merupakan cara terbaik untuk memastikan kerja berjalan lancar. Setiap tugasan memerlukan perbincangan untuk memastikan sesuatu tugasan itu dapat dilaksanakan dengan baik.


KESIMPULAN etelah menjalani program Latihan Industri (LI) selama 20 minggu di Putrajaya Marriott Hotel, terdapat pelbagai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dapat pelajar perolehi. Bukan sahaja dapat menimba ilmu dalam bidang masing-masing tetapi juga mendapat pengalaman yang berharga sebagai pekerja. Disamping itu, pelajar juga dapat berkomunikasi dengan pihak luar dan meningkatkan lagi sikap toleransi dalam diri pelajar. Pelajar juga dapat menerapkan lagi sikap tanggungjawab dan berdikari untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh syarikat. Latihan industri ini amat baik untuk meningkatkan ilmu dalam diri pelajar. Ianya akan membuka minda dan mata pelajar untuk lebih bersedia mengharungi alam pekerjaan di masa akan datang. Latihan industri ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dari pihak syarikat mengikut bidang pelajaran mereka semasa di Politeknik. Pelajar juga dapat menambah sedikit sebanyak ilmu yang telah dipelajari secara teori di Politeknik kepada amali di sini. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pemahaman pelajar dalam teori yang tidak difahami sepenuhnya yang berkaitan hal pengurusan. Latihan industri ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan syarikat dan seterusnya membuka jalan kepada pelajar untuk menjadi salah seorang kaki tangan di syraikat apabila tamat pengajian. Hal ini memudahkan pihak pelajar untuk mendapatkan pekerjaan apabila tamat pengajian kelak. BAB 6 45 S


46 Bibilografi / Rujukan https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulpg-putrajaya-marriott-hotel/overview/? scid=c7dd2774-ad28-43f5-ab02- 740a2725755b&gclid=Cj0KCQjw_r6hBhDdARIsAMIDhV8RQOMoqoqYuswqQ6Y vf9DMgRZ4HmK3YVsIatHDHvoqPWKYIDi-S5saAlGTEALw_wcB&gclsrc=aw.ds https://www.ioiproperties.com.my/


Lampiran 47


48 LAMPIRAN SAMBUTAN TAHUN BARU CHINA


49 SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA


50


51 GOTONG-ROYONG DI PEJABAT SALES


52 HARI RAYA AIDILFITRI


53 PEJABAT RESERVATION PEJABAT SALES MEJA KERJA HADIAH TOURISM MALAYSIA


PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia


Click to View FlipBook Version