GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) BAHAGIAN KANAK-KANAK 8 MAC 2023 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 1 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. TUJUAN 2 2. PUNCA KUASA 2 3. DOKUMEN RUJUKAN 2 4. TAFSIRAN 3 5. SINGKATAN 7 6. PEMANSUHAN 8 7. PROSES KERJA 10 8. LAMPIRAN 41
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 2 1. TUJUAN Prosedur ini bertujuan untuk memberi panduan kepada semua Pengarah Bahagian, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan dan Pelindung mengenai pengurusan penempatan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) di bawah perenggan 30(1)(b) atau subperenggan 30(1)(c)(ii) Akta 611 atau kepada ibu bapa peliharaan di bawah subperenggan 30(1)(c)(i) Akta 611. 2. PUNCA KUASA Kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah seksyen 17 Akta 611. KATEGORI KANAK-KANAK a) Kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah subseksyen 17(1) KECUALI perenggan 17(1)(e) Akta 611 yang ditempatkan dalam jagaan OYLS di bawah perenggan 30(1)(b) Akta 611; dan b) Kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah perenggan 17(1)(e) Akta 611 ditempatkan dalam jagaan ibu bapa pelihara di bawah subperenggan 30(1)(c)(i) atau OYLS di bawah perenggan 30(1)(c)(ii) Akta 611. 3. DOKUMEN RUJUKAN 3.1 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]; 3.2 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Orang Yang Layak dan Sesuai) 2009 [P.U.(A) 100/2009];
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 3 3.3 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Orang Yang Layak dan Sesuai (Pindaan) 2017 [P.U.(A) 288/2017]; 3.4 Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Bilangan 7 Tahun 2021: Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-Kanak Dalam Pemeliharaan Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS) bertarikh 20 Oktober 2021; 3.5 Surat Edaran JKM/100/01/12 Jld. 78 (28) bertarikh 26 Januari 2022: Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-Kanak Dalam Pemeliharaan Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS) Pindaan 1/2022; dan 3.6 Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Bilangan 14 Tahun 2022: Pelaksanaan Ujian Psikologi Personaliti Tajma Bagi Orang Yang Layak dan Sesuai Jabatan Kebajikan Masyarakat bertarikh 6 September 2022. 4. TAFSIRAN Bagi tujuan Garis Panduan ini— 4.1 Anak Pelihara Ertinya seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu atau bapa peliharaan yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat melalui perintah MBKK di bawah subperenggan 30(1)(c)(i) Akta 611. 4.2 Ibu atau bapa peliharaan Ertinya seseorang yang bukan ibu atau bapa atau saudara seseorang kanak-kanak yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang kanak-kanak telah diberikan
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 4 oleh perintah mahkamah di bawah subperenggan 30(1)(c)(i) Akta 611. 4.3 Kanak-Kanak (a) Ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun mengikut subseksyen 2(1) Akta 611; dan (b) berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan [Akta 574]. 4.4 Kaunselor Ertinya mana-mana kaunselor, penolong kaunselor, pegawai psikologi atau penolong pegawai psikologi di Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan. 4.5 Orang Yang Layak dan Sesuai Ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah bahawa: (a) dia berupaya dan sesuai untuk memberi pemeliharaan dan pelindungan, pelindungan dan pemulihan dan pengawasan terhadap seseorang kanak-kanak; (b) dia mempunyai keupayaan dan sesuai untuk memberi pemeliharaan dan pelindungan, pelindungan dan pemulihan dan pengawasan terhadap seseorang kanakkanak; (c) dia tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang melihatkan jenayah seksual dan jenayah berat;
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 5 (d) penempatan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan dan pelindungan orang layak dan sesuai tidak akan mendatangkan— (i) apa-apa kemudaratan kepada orang yang layak dan sesuai sama ada dari segi kewangan atau sosial; (ii) apa-apa kemudaratan kepada fizikal, mental dan emosi kanak-kanak tersebut; (iii) apa-apa konflik berhubung dengan isu hak penjagaan ke atas kanak-kanak itu; dan (e) penempatan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan dan pelindungan orang yang layak dan sesuai dibuat demi kepentingan kanak-kanak itu. 4.6 Pelindung Ertinya— (a) Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, (b) Timbalan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, (c) Pengarah Bahagian Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan (d) mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik di bawah seksyen 8 Akta 611. 4.7 Pegawai Kebajikan Masyarakat Ertinya mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat di Kementerian atau Jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 6 4.8 Pegawai Penyelaras Anak Pelihara dan OYLS Ertinya Pegawai yang dilantik di Bahagian Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelaraskan permohonan anak pelihara dan OYLS. 4.9 Penyelaras Kanak-kanak Negeri Ertinya Ketua Bahagian Kanak-kanak, Penyelaras Kanakkanak atau pegawai yang dilantik di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan untuk menyelaraskan permohonan anak pelihara. 4.10 Mesyuarat Pra Panel Penempatan Anak Pelihara Ertinya Mesyuarat yang terdiri daripada ahli seperti berikut: (i) Pengarah Bahagian Kanak-Kanak – Pengerusi (ii) Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Perlindungan Kanak-kanak – Pengerusi Ganti (iii) Pengetua-Pengetua Rumah Kanak-kanak yang menawarkan calon kanak-kanak (iv) Penyelaras Kanak-kanak Negeri yang menawarkan calon kanak-kanak (v) Pelindung yang menawarkan calon kanak-kanak (mengikut keperluan) (vi) Penyelaras Anak Pelihara – urus setia 4.11 Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara Ertinya Mesyuarat yang terdiri daripada ahli seperti berikut: (i) Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) – Pengerusi (ii) Pengarah Bahagian Kanak-Kanak – Pengerusi Ganti (iii) Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (iv) Pengarah Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (v) Pengetua-Pengetua Rumah Kanak-kanak yang menawarkan calon kanak-kanak
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 7 (vi) Penyelaras Kanak-kanak Negeri yang menawarkan calon kanak-kanak (vii) Pelindung yang menawarkan calon kanak-kanak (mengikut keperluan) (viii) Mana-mana ahli yang difikirkan sesuai (ix) Penyelaras Anak Pelihara – urus setia 4.12 Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak kepada OYLS peringkat negeri Ertinya Mesyuarat yang terdiri daripada ahli seperti berikut: (i) Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri – Pengerusi (ii) Ketua Bahagian Kanak-Kanak – Pengerusi Ganti (iii) Penyelaras Anak Pelihara Negeri – urus setia (iv) PKMD yang menawarkan calon kanak-kanak (v) Pelindung yang menawarkan calon kanak-kanak (vi) Mana-mana ahli yang difikirkan sesuai 4.13 Senarai Data Permohonan Ibu Bapa Peliharaan Merujuk kepada senarai menunggu ibu bapa peliharaan yang diselia oleh Pegawai Anak Pelihara di peringkat Ibu Pejabat JKM. Senarai ini juga digunapakai untuk mengenalpasti ibu bapa peliharaan di bawah subperenggan 30(1)(c)(i) Akta 611 dan Orang Yang Layak dan Sesuai bagi kanak-kanak yang di bawah subperenggan 30(1)(c)(ii) Akta 611. 5. SINGKATAN Akta 611 - Akta Kanak-Kanak 2001 JM - Jururawat Masyarakat K - Kaunselor
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 8 MBKK - Mahkamah Bagi Kanak-Kanak OYLS - Orang Yang Layak dan Sesuai P - Pelindung P(KK) - Pengarah Bahagian Kanak-Kanak PAP - Penyelaras Anak Pelihara dan OYLS PbKM - Pembantu Kebajikan Masyarakat PejKMD - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan PKKN - Penyelaras Kanak-kanak Negeri PKMD - Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan PKMN - Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan PPKK - Pasukan Pelindungan Kanak-kanak PT - Pembantu Tadbir RKK - Rumah Kanak-kanak 6. PEMANSUHAN 6.1 Dokumen berikut masih terpakai pada mana-mana perkara yang tidak bertentangan dengan Garis Panduan ini:
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 9 i. Prosedur Kualiti JKM Utama 09 Pengendalian Permohonan Anak Pelihara, dan ii. Garis Panduan Pengurusan Penempatan Kanak-kanak Dalam Pemeliharaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) Pindaan 1/2022 6.2 Prosedur ini diwujudkan bagi menggantikan dokumen berikut: i. Surat Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat JKMM/KK500/01/4/4 Jld. 19 (49) bertarikh 26 Disember 2019, ii. Surat JKM 100/08/5/14 Jld. 14 (23) bertarikh 22 Disember 2021: Penambahbaikan Borang Permohonan Anak Pelihara PK JKM Utama 09, dan iii. Surat JKM 500/01/4/4 Jld. 19 (65) bertarikh 3 Januari 2022: Penambahbaikan Lampiran Ringkasan Permohonan Anak Pelihara.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 10 7. PROSES KERJA PROSEDUR 1: A. PERMOHONAN ANAK PELIHARA SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TANGGUNGJAWAB TINDAKAN Ibu Pejabat JKM PAP 1. Terima Borang Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 1) secara dalam talian. 2. Semak nama pemohon dalam senarai data ibu bapa peliharaan sedia ada dan panjangkan Borang Permohonan Anak Pelihara kepada JKMN secara e-mel. JKMM PKKN 3. Agihkan permohonan anak pelihara kepada PKMD untuk siasatan. PejKMD PKMD 4. Arahkan Pelindung menjalankan siasatan dan mendapatkan dokumen lengkap dari pemohon seperti berikut: (a) Salinan kad pengenalan pemohon (dan pasangan, jika berkaitan); (b) Sekeping gambar berukuran pasport (warna) pemohon (dan pasangan, jika berkaitan); (c) Borang Pemeriksaan Kesihatan Perubatan Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 2) pemohon (dan pasangan, jika berkaitan); (d) Salinan Sijil Nikah/ Pendaftaran Perkahwinan (yang mana berkaitan); (e) Salinan slip gaji atau penyata pendapatan pemohon (dan pasangan, jika berkaitan);
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 11 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN (f) Borang Permohonan semakan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam Daftar Kanak-Kanak; dan (g) Lain-lain dokumen sokongan seperti surat pengesahan pakar perubatan/ surat sokongan lain (jika ada). PejKMD P 5. Terima Borang Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 1) dan aturkan janji temu. 6. Maklumkan kepada Kaunselor untuk menjalankan ujian psikologi personaliti semasa janji temu yang akan dilaksanakan oleh Pelindung. 7. Semasa janji temu dilaksanakan, terangkan kepada pemohon tentang: (a) Tatacara Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 3); (b) Dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di dalam Senarai Semak Untuk Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 4); (c) Perbezaan anak pelihara dan anak angkat; dan (d) Proses permohonan bermula dari peringkat PKMD sehinggalah ke tawaran anak pelihara oleh KPKM. PejKMD K 8. Jalankan ujian psikologi personaliti kesesuaian dan kesediaan ibu bapa peliharaan untuk menerima anak pelihara semasa janji temu dilaksanakan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 12 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 9. Siasatan ke rumah dan sediakan Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara (Lampiran 5) dan sertakan bersama-sama dokumen seperti di dalam Senarai Semak serta syor ke atas permohonan. 10. Kemukakan Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara kepada PKMD untuk ulasan. PejKMD PKMD 11. Semak dan buat ulasan ke atas Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara kepada PKKN. - Sekiranya Laporan Siasatan Permohonan untuk Mendapatkan Anak Pelihara yang disediakan tidak lengkap, minta Pelindung untuk lengkapkan Laporan. JKMN PKKN 12. Semak permohonan anak pelihara yang diterima dan beri pandangan sama ada permohonan boleh dipertimbangkan atau tidak. - Sediakan Lampiran Ringkasan Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 6). - Sekiranya Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara tidak lengkap, maklumkan kepada PKMD untuk lengkapkan. JKMN PKMN 13. Buat pertimbangan bagi permohonan anak pelihara sebagaimana pandangan PKKN.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 13 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN JKMN PKKN 14. Sediakan Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 7) yang ditandatangani oleh PKMN kepada pemohon. JKMN PKKN 15. Bagi permohonan yang dipertimbangkan, Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara akan dikeluarkan kepada pemohon. Sesalinan Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara dan Lampiran Ringkasan Permohonan Anak Pelihara dikemukakan kepada P(KK) dan PKMD. 16. Bagi permohonan yang tidak dipertimbangkan, Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara tidak dipertimbangkan dihantar kepada pemohon dan disalinkan kepada PKMD. 17. Kemas kini maklumat pemohon ke dalam senarai data ibu bapa peliharaan negeri. Ibu Pejabat JKM PAP 18. Kemas kini maklumat pemohon ke dalam senarai data ibu bapa peliharaan dan failkan Lampiran Ringkasan Permohonan Anak Pelihara.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 14 PROSEDUR 1: B. PERMOHONAN ANAK PELIHARA SECARA HADIR KE PEJABAT TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 1. Terima Borang Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 1) beserta dokumendokumen yang berkaitan iaitu: (a) Salinan kad pengenalan pemohon (dan pasangan, jika berkaitan); (b) Sekeping gambar berukuran pasport (warna) pemohon (dan pasangan, jika berkaitan); (c) Borang Pemeriksaan Kesihatan Perubatan Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 2) pemohon (dan pasangan, jika berkaitan); (d) Salinan Sijil Nikah/ Pendaftaran Perkahwinan (yang mana berkaitan); (e) Salinan slip gaji atau penyata pendapatan pemohon (dan pasangan, jika berkaitan); (f) Borang Permohonan semakan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam Daftar Kanak-Kanak; dan (g) Lain-lain dokumen sokongan seperti surat pengesahan pakar perubatan/ surat sokongan lain (jika ada). 2. Maklumkan kepada Kaunselor untuk menjalankan ujian psikologi personaliti semasa janji temu yang akan dilaksanakan oleh Pelindung. PejKMD K 3. Jalankan ujian psikologi personaliti untuk semasa janji temu yang akan dilaksanakan oleh Pelindung.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 15 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 4. Semasa janji temu dilaksanakan, terangkan kepada pemohon tentang: (a) Tatacara Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 3); (b) Dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di dalam Senarai Semak Untuk Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 4); (c) Perbezaan anak pelihara dan anak angkat; dan (d) Proses permohonan bermula dari peringkat PejKMD sehinggalah ke tawaran anak pelihara oleh KPKM. 5. Jalankan siasatan ke atas pemohon (dan pasangan, jika berkaitan). 6. Siasatan ke rumah dan sediakan Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara (Lampiran 5) dan sertakan bersama-sama dokumen seperti di dalam Senarai Semak serta syor ke atas permohonan. 7. Kemukakan Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara kepada PKMD untuk ulasan. PejKMD/ PKMD 8. Semak dan buat ulasan ke atas Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara kepada PKKN. - Sekiranya Laporan Siasatan Permohonan untuk Mendapatkan Anak Pelihara yang disediakan tidak lengkap, minta Pelindung untuk lengkapkan Laporan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 16 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN JKMN PKKN 9. Semak permohonan anak pelihara yang diterima dan beri pandangan sama ada permohonan boleh dipertimbangkan atau tidak. - Sediakan Lampiran Ringkasan Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 6). - Sekiranya Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara tidak lengkap, maklumkan kepada PKMD untuk lengkapkan. JKMN PKMN 10. Buat pertimbangan bagi permohonan anak pelihara sebagaimana pandangan PKKN. JKMN PKKN 11. Sediakan Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara (Lampiran 7) yang ditandatangani oleh PKMN kepada pemohon. 12. Bagi permohonan yang dipertimbangkan, Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara akan dikeluarkan kepada pemohon. Sesalinan Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara dan Lampiran Ringkasan Permohonan Anak Pelihara dikemukakan kepada P(KK) dan PKMD. 13. Bagi permohonan yang tidak dipertimbangkan, Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara tidak dipertimbangkan dihantar kepada pemohon dan disalinkan kepada PKMD.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 17 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN 14. Kemas kini maklumat pemohon ke dalam senarai data ibu bapa peliharaan negeri. Ibu Pejabat JKM PAP 15. Kemas kini maklumat pemohon ke dalam senarai data ibu bapa peliharaan dan failkan Lampiran Ringkasan Permohonan Anak Pelihara.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 18 PROSEDUR 2: PENEMPATAN BAGI KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PEMELIHARAAN DAN PELINDUNGAN KEPADA ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) DI BAWAH PERENGGAN 19(2)(b) ATAU PERENGGAN 25(2)(b) AKTA 611 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD PT 1. Terima aduan daripada – 1.1 Jika melalui telefon, SMS atau datang sendiri ke pejabat, isikan Borang Permohonan Perkhidmatan JKM (Lampiran 8) dan daftar dalam Buku Daftar Surat. 1.2 Jika permohonan secara bertulis/ faks/ e-mel, daftar dalam Buku Daftar Surat. 2. Semak Buku Indeks Pemeliharaan dan Pelindungan Kanak-Kanak. 2.1 Jika kes lama— Dapatkan fail dan masukkan surat aduan/ maklumat ke dalam fail untuk tindakan. 2.2 Jika kes baru— Daftarkan aduan dengan memasukkan butir aduan ke dalam Buku Daftar Pemeliharaan dan Pelindungan Kanak-Kanak, masukkan ke dalam fail kes kanakkanak untuk tindakan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 19 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 3. Jalankan siasatan serta merta tidak melebihi 10 jam daripada masa aduan diterima (mengikut ketetapan di dalam piagam pelanggan) untuk menentukan kategori kanak-kanak mengikut Akta KanakKanak 2001 dan sediakan Laporan Siasatan Awal Kes (Lampiran 9). 4. Ambil tindakan berikut: 4.1 Selamatkan kanak-kanak; 4.2 Buat laporan polis berkaitan aduan penemuan kanak-kanak dijumpai (jika tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak); 4.3 Maklumkan kepada ibu atau bapa atau penjaga menggunakan Borang Pemberitahuan Mengenai Pengambilan Kanak-Kanak ke Dalam Jagaan Sementara Oleh Pelindung (Lampiran 10) bagi kes selain daripada perenggan 17(1)(e). 5. Bawa kanak-kanak ke hospital jika memerlukan pemeriksaan atau rawatan oleh Pegawai Perubatan mengikut subseksyen 20(1). 6. Kenalpasti waris, saudara-mara, institusi, pusat atau OYLS. 7. Dapatkan maklumat latar belakang dan siasatan ringkas waris, saudara-mara, institusi, pusat atau OYLS.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 20 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD PKMD 8. Beri saranan untuk penempatan kanak-kanak kepada OYLS berdasarkan hasil siasatan Pelindung. PejKMD P 9. Bawa kanak-kanak ke hadapan MBKK dalam masa 24 jam dari masa kanak-kanak diambil oleh Pelindung. 10. Jika MBKK tidak bersidang, bawa kanakkanak ke hadapan Majistret mengikut seksyen 19 atau seksyen 25 untuk mendapatkan perintah penempatan kanakkanak secara sementara. Nota: Jika kanak-kanak belum mempunyai sijil lahir, uruskan permohonan daftar (lewat) kelahiran.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 21 PROSEDUR 3: PENEMPATAN KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PEMELIHARAAN DAN PELINDUNGAN DI BAWAH SEKSYEN 17 KEPADA ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) DI BAWAH PERENGGAN 30(1)(b) ATAU SUBPERENGGAN 30(1)(c)(ii) AKTA 611 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 1. Bagi kes selain daripada perenggan 17(1)(e), kemukakan senarai calon OYLS kepada PKMN secara bertulis berdasarkan hasil siasatan Pelindung. 2. Bagi kes perenggan 17(1)(e), calon OYLS adalah berdasarkan— (a) senarai data permohonan ibu bapa peliharaan; atau (b) mana-mana orang yang dicadangkan sesuai oleh Pelindung berdasarkan hasil siasatan. JKMN PKKN 3. Aturkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak kepada OYLS. JKMN PKMN 4. Mempengerusikan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak kepada OYLS untuk menyuaipadankan ibu bapa peliharaan dengan kanak-kanak. 5. Sekiranya PKMN tidak dapat hadir, salah seorang Timbalan Pengarah Negeri atau PKKN hendaklah mempengerusikan mesyuarat tersebut. JKMN PKKN 6. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-kanak kepada OYLS, sediakan senarai cadangan suaipadan kepada Pelindung melalui PKMD.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 22 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 7. Maklumkan kepada calon ibu bapa peliharaan atau OYLS mengikut keutamaan tentang kanak-kanak yang akan ditawarkan. 8. Maklumkan kepada Kaunselor untuk menjalankan ujian psikologi personaliti kepada calon ibu bapa peliharaan atau OYLS. 9. Aturkan janji temu dengan calon ibu bapa peliharaan atau OYLS dan kanak-kanak. PejKMD K 10. Jalankan ujian psikologi personaliti kesesuaian dan kesediaan calon ibu bapa peliharaan atau OYLS untuk menerima kanak-kanak. PejKMD P 11. Dapatkan maklum balas daripada calon ibu bapa peliharaan atau OYLS. JKMN PKKN 12. Sekiranya calon ibu bapa peliharaan atau OYLS pertama menolak/ tidak layak, tawaran akan diberikan kepada calon ibu bapa peliharaan atau OYLS seterusnya. Sekiranya calon ibu bapa peliharaan atau OYLS yang diputuskan dalam mesyuarat tidak menerima tawaran, dapatkan senarai nama lain daripada Bahagian Kanak-kanak dan aturkan semula mesyuarat. PejKMD P 13. Jalankan siasatan ke rumah dan sediakan Laporan Pelindung untuk dikemukakan kepada MBKK pada tarikh yang ditetapkan. 14. Mohon Laporan Sosial bagi OYLS yang tinggal di luar daerah (jika berkaitan).
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 23 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN 15. Hadir ke MBKK bersama OYLS dan kanakkanak. Jika diperintah di bawah jagaan OYLS perenggan 30(1)(b) atau subperenggan 30(1)(c)(ii), pastikan perintah tambahan di bawah subseksyen 30(1A) dan subseksyen 30(8) AKK 611 turut dimohon. 16. Serah kanak-kanak kepada OYLS dan HENDAKLAH menyertakan dokumen berikut: (a) sesalinan perintah mahkamah, dan (b) sesalinan Peraturan-Peraturan KanakKanak (Orang Yang Layak dan Sesuai) 2009. 17. Kemukakan sesalinan perintah mahkamah kepada PKMN dan Bahagian Kanak-kanak. 18. Laksanakan seliaan anak pelihara mengikut Prosedur 6. 19. Bagi kanak-kanak yang ditempatkan dalam jagaan OYLS yang tinggal di luar daerah, kemukakan sesalinan perintah mahkamah dan laporan pelindung kepada PejKMD berkenaan untuk tujuan seliaan. PAP dan PKKN 20. Kemas kini dan rekod senarai data permohonan ibu bapa peliharaan bagi OYLS yang telah dipilih. Nota: Bagi kanak-kanak yang terlibat dalam Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Akta Kanak-kanak 2001, penempatan tersebut diuruskan selepas kes Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selesai. Rujuk Prosedur 2 untuk penempatan di bawah ibu bapa peliharaan atau OYLS.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 24 PROSEDUR 4: PENGENDALIAN KES BAGI KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PEMELIHARAAN DAN PELINDUNGAN DI BAWAH PERENGGAN 17(1)(e) KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN DI BAWAH SUBPERENGGAN 30(1)(c)(i) AKTA 611 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD PT 1. Terima aduan daripada – 1.1 Jika melalui telefon, SMS atau datang sendiri ke pejabat, isikan Borang Permohonan Perkhidmatan JKM (Lampiran 8) dan daftar dalam Buku Daftar Surat. 1.2 Jika permohonan secara bertulis/ faks/ e-mail, daftar dalam Buku Daftar Surat. 2. Semak Buku Indeks Pemeliharaan dan Pelindungan Kanak-Kanak. 2.1 Jika kes lama— Dapatkan fail dan masukkan surat aduan/ maklumat ke dalam fail untuk tindakan. 2.2 Jika kes baru— Daftarkan aduan dengan memasukkan butir aduan ke dalam Buku Daftar Pemeliharaan dan Pelindungan KanakKanak, masukkan ke dalam fail kes kanak-kanak untuk tindakan. PejKMD P 3. Jalankan siasatan serta merta tidak melebihi 10 jam daripada masa aduan diterima (mengikut ketetapan di dalam piagam pelanggan) untuk menentukan kategori kanak-kanak mengikut Akta KanakKanak 2001 dan sediakan Laporan Siasatan Awal Kes (Lampiran 9).
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 25 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 4. Selamatkan kanak-kanak. 5. Buat laporan polis berkaitan aduan penemuan kanak-kanak dijumpai (jika tiada laporan dibuat oleh mana-mana pihak). 6. Bawa kanak-kanak ke hospital jika memerlukan pemeriksaan atau rawatan oleh Pegawai Perubatan mengikut subseksyen 20(1). 7. Kenal pasti institusi atau pusat bagi penempatan sementara kanak-kanak. 8. Bawa kanak-kanak ke hadapan MBKK dalam masa 24 jam. Jika MBKK tidak bersidang, bawa kanak-kanak ke hadapan Majistret mengikut seksyen 19 atau seksyen 25 untuk mendapatkan perintah sementara ke institusi atau pusat. Nota: Mohon kebenaran mahkamah bagi sekatan ke atas laporan dan penyiaran media di bawah seksyen 15 Akta 611. PejKMD P 9. Jalankan siasatan yang merangkumi perkara-perkara berikut: (a) Carian waris melalui siaran akhbar; (b) Semakan kedutaan (jika berkaitan); dan (c) Cabutan kelahiran/ permohonan (lewat) kelahiran.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 26 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 10. Sediakan Laporan Pelindung untuk dikemukakan kepada MBKK pada tarikh yang ditetapkan. 11. Hadir ke MBKK bersama kanak-kanak untuk mendapatkan perintah di bawah subperenggan 30(1)(c)(i). 12. Hantar kanak-kanak ke Tempat Selamat berserta sesalinan perintah mahkamah. Nota: Bagi kanak-kanak yang terlibat dalam Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Akta Kanak-kanak 2001, penempatan tersebut diuruskan selepas kes Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selesai. Rujuk Prosedur 2 untuk penempatan di bawah ibu bapa peliharaan atau OYLS.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 27 PROSEDUR 5: PENEMPATAN ANAK PELIHARA DI BAWAH SUBPERENGGAN 30(1)(c)(i) AKTA 611 - MELALUI MESYUARAT PANEL PENEMPATAN ANAK PELIHARA TANGGUNGJAWAB TINDAKAN Ibu Pejabat JKM PAP 1. Dapatkan senarai calon anak pelihara dari PKKN melalui PKMN yang diperintahkan di bawah subperenggan 30(1)(c)(i). JKMN PKKN 2. Mohon senarai calon anak pelihara dari RKK di bawah subperenggan 30(1)(c)(i). Institusi Pengetua 3. Kemukakan maklumat calon anak pelihara kepada PKKN. JKMN PKKN 4. Semak dan kemukakan senarai calon anak pelihara kepada PAP. 5. Bagi Sabah dan Sarawak, Mesyuarat Pra Panel Penempatan Anak Pelihara diadakan di peringkat negeri. 6. PKKN Sabah dan Sarawak perlu kemukakan salinan minit mesyuarat kepada P(KK). Ibu Pejabat JKM PAP 7. Aturkan Mesyuarat Pra Panel Penempatan Anak Pelihara. 8. Mesyuarat hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu sebelum Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 28 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN 9. Sediakan senarai cadangan suaipadan kepada Pengetua berdasarkan keputusan Mesyuarat Pra Panel Penempatan Anak Pelihara. 10. Sediakan surat pelawaan ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Kanak-Kanak. Ibu Pejabat JKM P(KK) 11. Tandatangan surat pelawaan. Ibu Pejabat JKM PAP 12. Hantar surat pelawaan kepada calon ibu bapa peliharaan melalui PKMD. Institusi Pengetua 13. Hubungi Pelindung untuk mengatur janji temu lawatan calon ibu bapa peliharaan kepada kanak-kanak dalam tempoh 6 minggu dari tarikh terima senarai cadangan suaipadan daripada PAP. PejKMD P 14. Hubungi calon ibu bapa peliharaan untuk mendapatkan tarikh lawatan. 15. Keluarkan Surat Permohonan Lawatan Calon Ibu Bapa Peliharaan (Lampiran 11) untuk dikemukakan kepada RKK. Institusi Pengetua 16. Aturkan sesi lawatan calon ibu bapa peliharaan yang merangkumi perkara berikut: (a) Sesi berkenalan calon ibu bapa peliharaan dengan kanak-kanak; (b) Penerangan perihal kesihatan kanakkanak oleh JM;
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 29 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN (c) Penerangan perihal perkembangan dan pendidikan kanak-kanak oleh PbKM; dan (d) Penerangan perihal perkembangan psikologi kanak-kanak oleh K. Institusi PbKM 17. Iringi calon ibu bapa peliharaan sepanjang lawatan kanak-kanak dilaksanakan. - Sekiranya calon ibu bapa peliharaan berhasrat untuk mengambil kanakkanak untuk bercuti, ikut Sistem Pengurusan Klien Perkhidmatan Institusi Kanak-kanak Prosedur Pengendalian Cuti Penghuni PKM/KKI/07. Institusi JM 18. Terangkan kepada calon ibu bapa peliharaan perihal kesihatan kanak-kanak tersebut. Institusi PbKM 19. Terangkan kepada calon ibu bapa peliharaan perihal perkembangan dan pendidikan kanak-kanak tersebut. Institusi K 20. Terangkan kepada calon ibu bapa peliharaan perihal perkembangan psikologi kanak-kanak tersebut. PejKMD P 21. Hubungi calon ibu bapa peliharaan untuk mendapatkan Maklum Balas Penerimaan Anak Pelihara (Lampiran 12).
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 30 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN JKMN PKKN 22. Dapatkan maklum balas daripada Pelindung persetujuan calon ibu bapa peliharaan dan hantar kepada PAP. Ibu Pejabat JKM PAP 23. Aturkan Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara. 24. Senarai calon ibu bapa peliharaan dan kanak-kanak yang telah disuaipadan dan bersetuju sahaja diangkat untuk kelulusan. Manakala, calon ibu bapa peliharaan yang tidak bersetuju untuk mengambil kanakkanak perlu melalui proses suaipadan semula. 25. Keputusan Minit Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara Sabah dan Sarawak diangkat untuk kelulusan dalam mesyuarat ini. 26. Sediakan Surat Tawaran Anak Pelihara (Lampiran 13) kepada calon ibu bapa peliharaan yang diluluskan berdasarkan keputusan Mesyuarat Panel Penempatan Anak Pelihara dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh mesyuarat. 27. Surat ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dihantar melalui PKMD untuk diserahkan kepada ibu bapa peliharaan. Surat tawaran juga disalinkan kepada: (a) PKMN asal kes kanak-kanak, (b) PKMN ibu bapa peliharaan, (c) PKMN Rumah Kanak-kanak, (d) PKMD asal kes kanak-kanak, dan (e) PKMD ibu bapa peliharaan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 31 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 28. Serahkan surat tawaran anak pelihara kepada ibu bapa peliharaan dan maklumkan mengenai kanak-kanak yang ditawarkan. 29. Mohon ibu bapa peliharaan untuk melengkapkan Borang Pengesahan Tawaran Anak Pelihara (Lampiran 14) dan hantar kepada P(KK). Institusi Pengetua 30. Uruskan penyerahan kanak-kanak dan mohon ibu bapa peliharaan untuk melengkapkan Borang Pengesahan Penerimaan Anak Pelihara (Lampiran 15). 31. Hantar borang pengesahan yang lengkap diisi kepada P(KK). Pelindung 32. Laksanakan seliaan anak pelihara mengikut Prosedur 6. Ibu Pejabat JKM PAP 33. Rekod dan kemas kini maklumat ibu bapa peliharaan dan kanak-kanak yang telah diambil.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 32 PROSEDUR 6: SELIAAN DAN PENGAWASAN KANAK-KANAK YANG DITEMPATKAN DI DALAM JAGAAN IBU BAPA PELIHARAAN DAN ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 1. Ibu Bapa Peliharaan atau OYLS bersetuju menerima kanak-kanak (a)Jika OYLS— Serah kanak-kanak kepada OYLS berserta Perintah Mahkamah dan dokumen berkaitan. (b)Jika Ibu Bapa Peliharaan— Terima Lampiran 14 daripada ibu bapa peliharaan dan maklumkan kepada Ibu Pejabat JKM serta RKK berkaitan. RKK serah kanak-kanak kepada ibu bapa peliharaan dan ibu bapa peliharaan lengkapkan Lampiran 15. 2. Terangkan kepada ibu bapa peliharaan/ OYLS tentang tujuan perintah mahkamah, implikasinya, pelaksanaan seliaan kanakkanak dan ibu bapa peliharaan/ OYLS, peranan dan tanggungjawab serta serahkan sesalinan Peraturan-Peraturan Kanakkanak (Orang Yang Layak dan Sesuai) 2009. 3. Maklumkan kepada PPKK setempat atau mana-mana orang yang dilantik oleh MBKK tentang kes kanak-kanak yang perlu seliaan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 33 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD PPKK 4. Terima senarai kanak-kanak yang perlu diselia bersama Jadual Seliaan Bagi Kanak-Kanak di bawah Jagaan Ibu Bapa Peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (Lampiran 16). PejKMD P dan PPKK 5. Jalankan seliaan ke atas kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan/ OYLS setiap 3 bulan mengikut tempoh perintah mahkamah: (a) Semak dokumen seperti Perintah Mahkamah, Laporan Pelindung/ Laporan Sosial, sijil kelahiran, dan sebagainya; (b) Buat janji temu dengan kanak-kanak dan ibu bapa peliharaan/ OYLS untuk mengadakan perjumpaan, sama ada hadir ke pejabat atau ke rumah; (c) Adakan perbincangan bersama kanakkanak dan ibu bapa peliharaan/ OYLS (dibuat secara berasingan dan bersama) mengenai masalah yang dihadapi, keperluan kanak-kanak, strategi dan perancangan bagi memenuhi keperluan serta peranan keluarga; (d) Adakan lawatan ke sekolah/ tempat kerja kanak-kanak berkenaan, dan mengadakan perbincangan dengan guru/ majikan mengenai isu yang dihadapi oleh kanak-kanak dan penyelesaian, keperluan kewangan dan menilai kemajuan kanak-kanak berkenaan;
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 34 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN (e) Lawatan ke rumah/ sekolah/ tempat kerja diteruskan bergantung kepada keperluan kanak-kanak berkenaan; (f) Semua maklumat dari lawatan/ perbincangan dicatatkan dalam Senarai Semak Seliaan Penempatan Kanak-Kanak di bawah Jagaan Ibu Bapa Peliharaan atau Orang Yang Layak dan Sesuai (Lampiran 17); dan (g) Menilai kemajuan rancangan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan membuat penilaian kes dari semasa ke semasa. 6. Bantu kanak-kanak dan/ atau ibu bapa peliharaan/ OYLS bagi keperluan seperti: (a) persekolahan; (b) latihan dan aktiviti; (c) pekerjaan; (d) kebajikan; (e) kewangan; (f) dan lain-lain isu. 7. Sedia dan hantar laporan kepada Pelindung. PejKMD P 8. Semak dokumen pengenalan diri kanakkanak. Sekiranya kanak-kanak belum memperolehi sijil kelahiran bantu urusan permohonan daftar (lewat) kelahiran. 9. Bantu ibu bapa peliharaan/ OYLS dalam urusan permohonan taraf/ permohonan kewarganegaraan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 35 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 10. Kemas kini fail dan catatan dalam fail. Nota: Jika berlaku penderaan atau pengabaian terhadap kanak-kanak oleh OYLS, Pelindung hendaklah mengambil tindakan di bawah seksyen 17 Akta 611.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 36 PROSEDUR 7: A. PENGEMBALIAN ANAK PELIHARA DARIPADA IBU BAPA PELIHARAAN [SUBPERENGGAN 30(1)(c)(i)] DI BAWAH SUBSEKSYEN 30(3) AKTA 611 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 1. Terima permohonan secara bertulis daripada ibu bapa peliharaan untuk menggembalikan anak pelihara kepada JKM. 2. Hubungi ibu bapa peliharaan untuk memberi khidmat nasihat: (a) Ibu bapa peliharaan hendaklah membuat laporan kepada Pelindung; dan (b) Ibu bapa peliharaan dan kanak-kanak perlu menghadiri sesi kaunseling. PejKMD P 3. Maklumkan kepada Kaunselor tentang permohonan pengembalian anak pelihara untuk sesi kaunseling. PejKMD K 4. Mengadakan sesi kaunseling dengan ibu bapa peliharaan dan anak pelihara. PejKMD P 5. Mengadakan sesi rundingan dengan keahlian berikut: (a) Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, (b) Kaunselor, (c) Pelindung, (d) Ibu bapa peliharaan, dan (e) Anak pelihara.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 37 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN 6. Sekiranya ibu bapa peliharaan ingin menjaga kanak-kanak, Pelindung membuat seliaan dengan merujuk kepada Prosedur 6. PejKMD P 7. Sekiranya ibu bapa peliharaan masih ingin mengembalikan anak pelihara, Pelindung menyediakan Laporan Pengembalian Kanak-Kanak (Lampiran 18) bersama dokumen sokongan. PejKMD K 8. Sediakan Laporan Psikologi Pengembalian Kanak-kanak (Lampiran 19). PejKMD P 9. Aturkan pengembalian anak pelihara dengan penempatan semula ke RKK mengikut subseksyen 30(3) bagi kes subperenggan 30(1)(c)(i). 10. Sediakan: (a) Surat Pengembalian Anak Pelihara; (b) Laporan Pemulangan Anak Pelihara; dan (c) Laporan Psikologi Pemulangan Anak Pelihara untuk dikemukakan kepada RKK. 11. Salinan surat dan laporan berkenaan dihantar kepada: (a) KPKM; (b) PKMN ibu bapa peliharaan; (c) PKMN asal kes; dan (d) PKMD asal kes (jika berkenaan).
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 38 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN Ibu Pejabat JKM PAP 12. Kemas kini fail dan catatan dalam fail. Nota: Anak Pelihara yang dikembalikan oleh ibu bapa peliharaan akan diangkat semula kepada ibu bapa peliharaan yang lain mengikut Prosedur 5.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 39 PROSEDUR 7: B. PENGEMBALIAN KANAK-KANAK DARIPADA ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) [PERENGGAN 30(1)(b) DAN SUBPERENGGAN 30(1)(c)(ii)] DI BAWAH SUBSEKSYEN 30(13) AKTA 611 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 1. Terima permohonan daripada OYLS untuk mengembalikan kanak-kanak. 2. Aturkan janji temu dengan OYLS dan kanak-kanak untuk sesi rundingan. 3. Maklum kepada Kaunselor tentang permohonan pengembalian kanak-kanak oleh OYLS. PejKMD P 4. Mengadakan sesi rundingan dengan keahlian berikut: (a) Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah atau Pelindung, (b) Kaunselor, (c) Pegawai Kes, (d) OYLS, dan (e) Kanak-kanak. 5. Sekiranya OYLS ingin menjaga kanakkanak, Pelindung membuat seliaan dengan merujuk kepada Prosedur 6. PejKMD K 6. Aturkan sesi kaunseling dengan OYLS dan kanak-kanak sekiranya perlu.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 40 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PejKMD P 7. Aturkan pengembalian kanak-kanak sekiranya OYLS masih ingin mengembalikan kanak-kanak melalui permohonan berikut: (a) Permohonan daripada Pelindung; atau (b) Permohonan daripada ibu atau bapa atau seseorang penjaga ke MBKK. 8. Serah kanak-kanak mengikut perintah mahkamah yang telah dipinda, diubah atau dibatal seperti berikut: (a) ibu bapa; atau (b) OYLS yang baharu; atau (c) tempat selamat; atau (d) pusat. Nota: Kanak-Kanak yang diserahkan kepada OYLS yang baharu hendaklah mengikut Prosedur 3. 9. Salinan perintah mahkamah berkenaan dihantar kepada: (a) KPKM; (b) PKMN OYLS; (c) PKMN asal kes; dan (d) PKMD asal kes (jika berkenaan) (e) Lain-lain yang berkenaan. Ibu Pejabat JKM PAP 10. Kemas kini fail dan catatan dalam fail.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 41 8. LAMPIRAN PERKARA PENERANGAN Lampiran 1 Borang Permohonan Anak Pelihara Lampiran 2 Borang Pemeriksaan Kesihatan Perubatan Permohonan Anak Pelihara Lampiran 3 Tatacara Permohonan Anak Pelihara Lampiran 4 Senarai Semak Untuk Permohonan Anak Pelihara Lampiran 5 Laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak Pelihara Lampiran 6 Lampiran Ringkasan Permohonan Anak Pelihara Lampiran 7 Surat Makluman Status Permohonan Anak Pelihara Lampiran 8 Borang Permohonan Perkhidmatan JKM Lampiran 9 Laporan Siasatan Awal Kes Lampiran 10 Borang Pemberitahuan Mengenai Pengambilan KanakKanak ke Dalam Jagaan Sementara Oleh Pelindung Lampiran 11 Surat Permohonan Lawatan Calon Ibu Bapa Peliharaan Lampiran 12 Maklum Balas Penerimaan Anak Pelihara Lampiran 13 Surat Tawaran Anak Pelihara Lampiran 14 Borang Pengesahan Tawaran Anak Pelihara Lampiran 15 Borang Pengesahan Penerimaan Anak Pelihara Lampiran 16 Jadual Seliaan Bagi Kanak-kanak di Bawah Jagaan Ibu Bapa Peliharaan Atau Orang Yang Layak dan Sesuai
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 42 PERKARA PENERANGAN Lampiran 17 Senarai Semak Seliaan Penempatan Kanak-Kanak di Bawah Jagaan Ibu Bapa Peliharaan Atau Orang Yang Layak dan Sesuai Lampiran 18 Laporan Pengembalian Kanak-Kanak Lampiran 19 Laporan Psikologi Pengembalian Kanak-Kanak
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 43 Lampiran 1
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 44
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 45 Lampiran 2
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 46 Lampiran 3 PANDUAN PERMOHONAN ANAK PELIHARA DEFINISI Anak Pelihara Kanak-Kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan subperenggan 30(1)(c)(i) Akta Kanak-Kanak 2001. Ibu Bapa Peliharaan Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah ditawarkan anak pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat atau Mahkamah Bagi Kanak-kanak. Bertanggungjawab untuk memelihara, menjaga dan mengawal kanak-kanak yang telah ditawarkan. Anak Angkat Mengikut subseksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253], anak angkat bermaksud: Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan pengangkatan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 47 OBJEKTIF Ibu Bapa Peliharaan 1. Memberi peluang kepada individu atau pasangan suami isteri yang ingin memberi jagaan dan kasih sayang kepada kanakkanak yang tiada ibu bapa/ tidak dapat bersama ibu bapa kandung atas sebab tertentu. 2. Menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara. 3. Menggalakkan kanak-kanak dalam suasana pemeliharaan berasaskan keluarga. Anak Pelihara 1. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang. 2. Mendapat rangsangan untuk tumbesaran dan perkembangan dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi. 3. Mendapat pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ANAK PELIHARA 1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang menetap di Malaysia. 2. Salah seorang pemohon hendaklah telah mencapai umur 25 tahun dan adalah sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak berkenaan. 3. Perkahwinan secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas (jika berkaitan).
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA PELIHARAAN ATAU ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI (OYLS) 48 4. Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga dipertimbangkan permohonannya. 5. Pemohon tunggal boleh dipertimbangkan. 6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga. 7. Sihat tubuh badan. 8. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 1. Gambar ukuran pasport pemohon dan pasangan (jika berkenaan). 2. Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon dan pasangan (jika berkenaan). 3. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan). 4. Salinan sijil nikah/ sijil pendaftaran perkahwinan (jika berkenaan). 5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (jika berkenaan). 6. Lain-lain dokumen sokongan, contah: Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain, dan sebagainya.