The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mizzlynn_amin, 2021-08-04 11:30:55

BAB 1_PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

Miss Azlinda Asmiza Md.Amin
[email protected]

1.1

PENGENALAN PERNIAGAAN

1.2

KEPENTINGAN PERNIAGAAN

1.3

FUNGSI PERNIAGAAN

1.4

PERSEKITARAN PERNIAGAAN

1.5

ENTITI PERNIAGAAN

1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN

a) Definisi Perniagaan :

Aktiviti jual beli barang atau

perkhidmatan dengan

menggunakan wang atau alatan lain

bagi memenuhi keperluan dan

kehendak pelanggan pada harga,

masa dan tempat yang sesuai bagi

mendapat keuntungan, faedah dan

kepuasan.

3

1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN

b) Elemen Perniagaan

• Aktiviti jual beli
• Barang atau perkhidmatan
• Keperluan dan kehendak
• Konsep keuntungan
• Konsep faedah dan kepuasan

4

1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN

c) Proses Perniagaan

Untung Input

Proses
Transformasi

/ Tambah
Nilai

Jualan Output

5

1.1 PENGENALAN PERNIAGAAN
JUALAN

UNTUNG c) PROSES
FAKTOR INPUT PERNIAGAAN

PROSES
TRANSFORMASI

OUTPUT

1

Proses Perniagaan : Input

• Faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah, modal,
buruh, keusahawanan, teknologi dan mesin digunakan untuk
menghasilkan output.

• Contohnya, bagi pengeluaran tekstil pengilang memerlukan
kapas (bahan mentah) untuk diproses, manusia (buruh/pekerja)
untuk menyelenggara mesin, wang (modal) untuk membeli
bahan mentah, mesin dan membayar upah pekerja serta
kemahiran (keusahawanan) untuk mengagih sumber
berkenaan.

2

Proses Perniagaan : Proses Transformasi / Tambah Nilai

• Proses menukar input dari segi bentuk, rupa, warna, rasa dan
saiz kepada sesuatu bentuk produk lain yang dikenali
sebagai output.

• Proses ini memberi tambah nilai kepada barangan yang
diproses.

• Contoh, dalam penghasilan tekstil setelah bahan mentah,
tenaga kerja, mesin dan peralatan dikumpulkan, bahan mentah
akan diproses atau ditukarkan menjadi kain menggunakan
kepakaran pekerja dan teknologi tertentu.

3

Proses Pengeluaran : Output

• Hasil yang diperolehi dari proses transformasi.
• Output mempunyai ciri-ciri tertentu yang memenuhi keperluan

dan kehendak pengguna.
• Kualiti output perlu memenuhi piawaian yang ditetapkan.
• Contohnya, dalam pengeluaran tekstil output yang dihasilkan

mungkin kain kapas, sutera dan polister yang menepati
piawaian tertentu.

4

Proses Pengeluaran : Jualan

• Jualan merupakan aktiviti menukarkan hasil
pengeluaran/output kepada pembeli untuk tujuan
mendapatkan keuntungan dan memberi kepuasan.

• Contohnya, dalam pengeluaran tekstil, kain sutera yang
dihasilkan perlu dipasarkan kepada pengguna sasarannya
supaya harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan
pengguna dan kos pengeluaran.

5

Proses Pengeluaran : Untung

• Untung adalah lebihan hasil terhadap kos manakala rugi
adalah lebih kos terhadap hasil.

• Untung akan diperolehi apabila hasil perniagaan melebihi kos
perniagaan manakala rugi adalah sebaliknya.

• Keuntungan yang diperolehi biasanya akan digunakan semula
oleh perniagaan dalam aktiviti pengeluaran atau menambah
aset perniagaan.

• Contohnya, keuntungan daripada jualan tekstil yang dihasilkan
boleh digunakan oleh pengeluaran untuk menambah mesin
dikilang berkenaan.

d) Objektif Keuntungan

• Keuntungan merupakan lebihan hasil setelah ditolak semua
kos dalam aktiviti perniagaan.

• Adalah menjadi matlamat utama perniagaan untuk
memperolehi keuntungan supaya perniagaan boleh terus wujud
dan berkembang dalam pasaran.

• Contoh : Harga jualan RM20 seunit, kos adalah sebanyak
RM15, jadi untung bagi setiap unit adalah sebanyak RM5.

• Merupakan salah satu sumber modal yang akan digunakan
untuk mengembangkan perniagaan. Ianya boleh digunakan
untuk membeli aset dan keperluan perniagaan

d) Objektif Keuntungan

• Kejayaan meraih keuntungan yang besar akan memberi
gambaran perniagaan telah berjaya dan diurus dengan
baik.

• Keuntungan yang besar membolehkan perniagaan
memberikan ganjaran yang tinggi kepada peniaga dan
usahawan.

• Kemampuan perniagaan mencapai keuntungan akan
meyakinkan pelabur-pelabur luar untuk melabur dalam
perniagaan berkenaan.

• Apabila perniagaan memperolehi keuntungan ini akan
membuka ruang untuk melaksanakan tanggungjawab
sosial dan boleh mewujudkan persepsi baik masyarakat
terhadap perniagaan.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

Memenuhi Keperluan Masyarakat
Meningkatkan Peluang Pekerjaan
Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara

Memenuhi Kehendak Peluang Global

14

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

i. Memenuhi Keperluan Masyarakat

• Perniagaan cuba memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang bermutu dengan harga, masa dan tempat
yang sesuai kepada pelanggan.

• Perniagaan dapat membantu menyediakan keperluan asas
masyarakat seperti barangan makanan, pakaian dan
barangan kesihatan serta perkhimatan seperti pengangkutan
dan perubatan.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

ii. Meningkatkan Peluang Pekerjaan

• Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan kepada
masyarakat yang mempunyai kepelbagaian latar belakang
pendidikan.

• Pelbagai kemahiran dan pengetahuan diperlukan dalam
sesebuah perniagaan.

• Dengan menyediakan pekerjaan, perniagaan-perniagaan ini
dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui
pendapatan yang mereka terima.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

iii. Meningkatkan Pembangunan
Ekonomi dan Negara

• Perniagaan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi
negara melalui aktiviti eksport yang akan menambah
pendapatan negara.

• Aktiviti perniagaan juga membolehkan pembangunan
infrastruktur yang lebih baik di sesebuah tempat. Ini secara
tidak langsung memberi manfaat kepada masyarakat
setempat.

1.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN

iv. Memenuhi Kehendak Peluang Global

• Aktiviti perniagaan tidak hanya terhad di dalam negara
sahaja tetapi meliputi ke luar negara.

• Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk dari
pelbagai negara.

• Ilmu perniagaan perlu dipertingkatkan supaya mampu
bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa.

• Contohnya, syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat dan Jepun
beroperasi di Malaysia bagi memenuhi kehendak global.

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN PENGELUARAN
PEMASARAN
Fungsi KEWANGAN
Perniagaan SUMBER MANUSIA

19

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN

i. Pengeluaran

• Suatu proses menukar sumber-sumber pengeluaran kepada
barangan siap atau barangan separa siap.

• Perkhidmatan juga dianggap sebagai produk dan sebarang
penyediaan kemudahan perkhidmatan dianggap sebagai
pengeluaran.

• Pengeluaran mencipta nilai tambah kepada input supaya
output yang dihasilkan ditawarkan kepada pengguna bagi
memberi kepuasan.

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN

ii. Pemasaran

• Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk
merancang dan melaksanakan konsep produk, penentuan
harga, promosi dan pengedaran sesuatu produk.

• Aktiviti pemasaran akan menggalakkan berlakunya pertukaran
antara barang dengan wang yang dapat memenuhi keperluan
pengguna dan mencapai objektif organisasi.

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN

iii. Kewangan

• Aktiviti menguruskan kewangan termasuk membuat ramalan
keperluan dana, mendapatkan dana, menguruskan dana dan
menentukan dana digunakan dengan cara yang betul dalam
sesebuah perniagaan.

• Pengurusan sumber – sumber dana dan penggunaannya
penting bagi memastikan operasi perniagaan berjalan dengan
lancar dan dapat meyakinkan pihak berkepentingan.

1.3 FUNGSI PERNIAGAAN

iv. Sumber Manusia

• Sumber manusia merupakan staf yang merangkumi pekerja dan

pengurus yang terdapat dalam organisasi.

• Mereka menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

kepada organisasi.

• Perniagaan tidak dapat berfungsi tanpa sumber manusia.
• Fungsi pengurusan sumber manusia adalah untuk menarik dan

mengambil pekerja, melatih dan mengekalkan tenaga kerja yang
berprestasi tinggi supaya dapat mencapai objektif organisasi.

1.4 PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Pihak Berkepentingan Persekitaran Umum

Pelanggan Ekonomi
Pembekal Teknologi
Pembiaya Sosiobudaya
Pemodal/Pelabur Politik & Undang-undang
Pesaing
Kerajaan Global
Fizikal/ Semulajadi
Pekerja
Masyarakat

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

i. Pelanggan

• Merupakan pihak yang akan membeli dan menggunakan
sesuatu produk.

• Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan
atau kegagalan sesebuah perniagaan.

• Perniagaan perlu sentiasa mencari jalan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan.

• Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis
keluaran, harga dan kualiti keluaran serta menggalakkan
inovasi perniagaan

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Pemilik D’Lazat Restoran perlu peka
dengan perubahan citarasa pengguna
dengan menyediakan menu yang
mempunyai rendah kalori dan rendah
kolestrol bagi pelanggan yang
mementingkan penjagaan kesihatan
supaya dapat menarik minat ramai
pelanggan untuk mengunjungi restoran
mereka.

26

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

ii. Pembekal

• Merupakan pihak yang menawarkan segala keperluan
kepada sesebuah perniagaan seperti bahan mentah,
pekerja dan pengangkutan.

• Hubungan yang baik dengan pembekal membolehkan
bekalan dihantar apabila diperlukan pada harga yang
berpatutan dan mengelakkan gangguan dalam operasi
perniagaan.

• Kualiti bekalan dapat menjamin kualiti produk yang
dihasilkan dan meningkatkan imej perniagaan.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Pembekal sayur – sayuran sentiasa
membekalkan sayur – sayuran segar
kepada D’Lazat Restoran
menyebabkan masakan berasaskan
sayur-sayuran yang disajikan
mempunyai kualiti yang tinggi. Ini
akan mendorang pelanggan untuk
mengunjungi restoran tersebut.

28

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

iii. Pembiaya

• Pihak yang menyediakan kemudahan pinjaman kewangan
untuk perniagaan bagi membolehkan usahawan menjalankan
aktiviti perniagaan.

• Terdiri daripada pihak bank dan institusi kewangan yang
berdaftar.

• Bantuan kewangan yang diberikan oleh pembiaya akan
membantu perniagaan terus bertahan dalam pasaran dan
mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Modal yang diperolehi menerusi
pinjaman daripada Bank Pembangunan
membolehkan D’Lazat Restoran
membuka cawangan baharu di Shah
Alam dan membeli dapur yang
berteknologi tinggi.

30

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

iv. Pemodal / Pelabur

• Pihak yang menyumbangkan modal atau keperluan
kewangan perniagaan ke dalam perniagaan.

• Terdiri daripada pelabur atau pemegang saham.
• Pelaburan yang diberikan oleh pemodal/pelabur kepada

perniagaan akan memastikan sistem operasi perniagaan
sentiasa berada pada tahap optimum.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Sumbangan modal yang banyak
diperolehi daripada pelabur - pelabur
membolehkan D’Lazat Restoran
membuka cawangan di Eropah dan
mengupah tukang masak yang mahir
dalam mencipta resepi dan menu
masakan yang sedap dan kreatif.

32

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

v. Pesaing

• Merupakan perniagaan lain yang mengeluarkan sesuatu
barangan untuk keperluan pelanggan yang sama dalam
industri yang sama.

• Perniagaan harus mengawasi kegiatan dan operasi perniagaan
dari semasa ke semasa dengan mengenal pasti kekuatan
serta kelemahan pesaing supaya dapat bersaing dengan baik.

• Persaingan yang sihat mendorong setiap perniagaan untuk
mengeluarkan produk yang lebih bermutu serta memenuhi
keperluan pengguna.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Pihak Pengurusan D’Lazat Restoran
sentiasa peka dengan harga dan menu
masakan yang ditawarkan oleh restoran
lain supaya D’Lazat boleh menyusun
strategi bagi menandingi mereka dari
segi harga dan kualiti masakan agar
dapat menguasai syer pasaran restoran
di Malaysia.

34

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

vi. Kerajaan

• Pihak yang mentadbir sesebuah negara dan bertanggungjawab
untuk melaksanakan dasar-dasar, pemberian galakkan dan insentif
perniagaan serta menguatkuasakan undang-undang.

• Perniagaan perlu mematuhi segala peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti membayar cukai,
tidak terlibat dalam perniagaan haram dan tidak menaikkan harga
sesuka hati.

• Pemberian galakkan dan insentif akan menggalakkan
perkembangan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Pemberian insentif oleh kerajaan di
bawah Pakej Pemulihan Ekonomi
kepada usahawan di Lembaga
Kemajuan Wilayah membolehkan
D’Lazat Restoran dapat meneruskan
operasi perniagaannya berikutan
pelaksanaan PKP 3.0 dengan membuat
penangguhan bayaran balik pinjaman
dan menstruktur semula pinjaman.

36

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

vii. Pekerja

• Individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran dan
kemahiran untuk melakukan kerja-kerja dalam perniagaan.

• Setiap tindakan pekerja akan mempengaruhi kejayaan atau
kegagalan sesebuah perniagaan.

• Perniagaan perlu mendapatkan pekerja yang cekap dan
mahir supaya segala kerja dapat dilakukan dengan berkesan.

• Produktiviti pekerja yang tinggi akan membantu
meningkatkan prestasi perniagaan.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

D’Lazat Restoran mempunyai tukang
masak yang mahir dalam masakan
Melayu dan masakan Barat
menyebabkan masakan yang disajikan
sentiasa mendapat sambutan daripada
pelanggan.

38

1.4a : Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

viii. Masyarakat

• Merujuk kepada jaringan perhubungan antara individu di
dalam komuniti melibatkan sesebuah negara yang
menggambarkan kerakyatan, hak, etika yang diamalkan
penduduk sesebuah negara.

• Perniagaan akan berhadapan dengan masyarakat yang
secara langsung mempengaruhi aktiviti perniagaan kerana
mereka akan menjadi pengguna dan penyokong serta
penentu pembentukan imej perniagaan.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

D’Lazat Restoran memberikan
sumbangan makanan kepada
masyarakat setempat seramai 20
keluarga pada setiap minggu yang
terjejas akibat Pandemik Covid 19
menyebabkan imej restoran di pandang
tinggi oleh masyarakat.

40

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

i. Ekonomi

• Merujuk kepada situasi ekonomi dalam dan luar negara,
sistem ekonomi, pasaran wang dan kadar faedah.

• Kestabilan ekonomi sesebuah negara akan menjamin
perkembangan sesebuah perniagaan tetapi jika berlaku
kemelesetan ekonomi, perniagaan akan mengalami masalah
kerana kuasa beli pengguna menurun.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Keadaan ekonomi di Malaysia yang agak
lembab ekoran daripada Pandemik
Covid 19 menyebabkan operasi D’Lazat
Restoran terjejas kerana kuasa beli
pengguna telah menurun dan
menyebabkan pengusaha D’Lazat
terpaksa menurunkan harga.

42

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

ii. Teknologi

• Merujuk kepada kaedah baharu untuk melakukan sesuatu
kerja.

• Perkembangan teknologi memberi kesan di mana
perniagaan yang menggunakan teknologi terkini dapat
meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa
pengeluaran dan mengurangkan kos perniagaan.

• Kepekaan terhadap perkembangan teknologi akan
menjamin kemandirian sesebuah perniagaan.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Penggunaan dapur yang berteknologi
tinggi meningkatkan kualiti dan kuantiti
masakan dan pemasaran secara digital
menyebabkan pelanggan ramai
mengunjungi D’Lazat Restoran kerana
promosi terhadap masakannya yang
sedap, rendah kolestrol serta
mempunyai nutrisi yang tinggi.

44

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

iii. Sosiobudaya

• Merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adat resam
dan cita rasa penduduk sesebuah negara.

• Corak sosiobudaya sesebuah masyarakat memaksa
perniagaan menyesuaikan barangan dan perkhidmatan
mengikut kehendak masyarakat setempat.

• Perniagaan yang berupaya memahami sosiobudaya
sesebuah pasaran dengan baik akan berpeluang menguasai
pasaran tersebut.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

D’Lazat Restoran menyediakan pelbagai
menu masakan yang terdiri daripada
masakan Melayu, Cina, India dan Barat
bagi memenuhi citarasa masyarakat di
Malaysia yang pelbagai.

46

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

iv. Politik dan Undang-undang

• Politik merujuk kepada keadaan sesebuah negara yang
dipengaruhi fahaman parti politik memerintah. Kestabilan
politik dapat menjamin kelancaran dan pertumbuhan aktiviti
perniagaan.

• Undang-undang merujuk kepada peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak berkuasa terhadap perniagaan.
Perniagaan yang dijalankan mengikut perundangan yang sah
akan membolehkan perniagaan tersebut terus maju dan
diyakini oleh pelanggan.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]
Keadaan politik di Malaysia yang stabil
seperti tiada rusuhan atau peperangan
menyebabkan operasi D’Lazat Restoran
berjalan dengan lancar.

Pengusaha D’Lazat Restoran
memaparkan harga bagi setiap menu
masakan yang terdapat di restorannya
supaya perniagaannya tidak dikenakan
tindakan undang – undang.

48

1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum

v. Global

• Semua aktiviti perniagaan terdedah kepada dunia yang
melangkaui sempadan sesebuah negara.

• Perniagaan perlu menghadapi cabaran diperingkat global
yang merangkumi politik, undang-undang dan ekonomi
dunia.

• Melalui perniagaan di peringkat global, perniagaan berupaya
mengembangkan potensi keuntungan pada kadar yang
lebih tinggi.

Contoh: [ Perniagaan Restoran ]

Keadaan politik di Eropah yang tidak stabil
seperti berlaku rusuhan kaum
menyebabkan operasi cawangan D’Lazat
Restoran di Eropah tidak dapat berjalan
dengan lancar dan menjejaskan
keseluruhan keuntungan yang diperolehi.

Pengusaha D’Lazat Restoran mematuhi
undang – undang yang ditetapkan oleh
kerajaan Eropah supaya perniagaannya
tidak dikenakan tindakan undang –
undang.

50


Click to View FlipBook Version