1.4b : Faktor-faktor Persekitaran Umum
vi. Fizikal dan Semulajadi
• Fizikal merujuk kepada kemudahan infrastruktur di sesuatu tempat
seperti jalan raya, pengangkutan, telekomunikasi dan lain-lain.
• Kewujudan faktor fizikal ini akan memudahkan perjalanan perniagaan
disesuatu kawasan.
• Semulajadi merujuk kepada sumber semula jadi seperti bahan galian,
hasil tanaman, air, udara dan lain-lain sumber asli yang diperlukan
sebagai input untuk pengeluaran.
• Perniagaan perlu menyedari pelbagai tren dalam persekitaran
semulajadi iaitu kekurangan bahan mentah, peningkatan harga input,
peningkatan populasi dan campur tangan kerajaan dalam pengurusan
sumber semulajadi.
Contoh: [ Perniagaan Restoran ]
Jaringan jalanraya dan kemudahan
sistem pengangkutan yang baik
memudahkan bekalan bahan mentah
dan pelanggan untuk mengunjungi
D’Lazat Restoran.
Bekalan input yang banyak seperti
lembu dan kambing serta sayur -
sayuran segar yang diperolehi di Pahang
membolehkan D’Lazat Restoran dapat
beroperasi dengan lancar kerana dapat
menghasilkan masakan yang berkualiti.
52
1.4C : PENGARUH PIHAK BERKEPENTINGAN DAN
PERSEKITARAN UMUM TERHADAP PERNIAGAAN
PIHAK BERKEPENTINGAN PERSEKITARAN UMUM
❑ tidak boleh dikawal tetapi
❑ merupakan faktor yang
boleh dikawal dan boleh mempengaruhi
memberikan kesan perniagaan secara tidak
secara langsung kepada langsung.
perniagaan
❑ Contoh: perubahan teknologi
❑ Contohnya, boleh menyebabkan kos
pertambahan pelanggan perniagaan meningkat jika
akan memberikan perniagaan membeli teknologi
peningkatan hasil baharu dengan harga yang
kepada perniagaan. tinggi.
53
1.4c : Pengaruh Pihak Berkepentingan dan Persekitaran
Umum terhadap Perniagaan
• Kedua-dua persekitaran ini perlu dinilai pada masa yang sama
kerana akan memberi kesan pada perniagaan.
1.5 ENTITI PERNIAGAAN
➢ Merujuk kepada jenis milikan perniagaan menurut undang-
undang sesebuah perniagaan. PERKONGSIAN
MILIKAN TUNGGAL
SYARIKAT KOPERASI
SDN. BHD. 55
BERHAD
PEMILIKAN TUNGGAL
• Perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu sahaja.
• Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sendiri atau
pinjaman dari keluarga, rakan-rakan dan institusi
kewangan.
• Liabiliti pemilik adalah tidak terhad iaitu jika berlaku
kebankrapan, penyelesaian hutang akan melibatkan harta
peribadi.
• Pemilik akan dikenakan cukai persendirian atau individu ke atas
pendapatan dari perniagaannya.
• Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)
PEMILIKAN TUNGGAL
• Terikat dengan Akta Perniagaan 1956
• Penubuhan perniagaan ini adalah mudah iaitu tidak
melibatkan prosedur yang rumit.
• Perniagaan ini diuruskan sendiri oleh pemilik dan beliau
bebas membuat keputusan berkaitan perniagaan.
• Jangka hayat perniagaan ini tidak kekal dan akan terbubar
dengan sendirinya disebabkan kematian pemilik.
• Laporan kewangan tidak perlu didedahkan kepada sesiapa
dan hanya untuk kegunaan pemilik sendiri.
PERKONGSIAN
• Dimiliki antara 2 hingga 20 orang
• Modal perniagaan disumbang oleh rakan kongsi dan pinjaman
dari institusi kewangan.
• Laibiliti pemilik adalah tidak terhad iaitu jika berlaku
kebankrapan, penyelesaian hutang akan melibatkan harta
peribadi.
• Setiap pemilik akan dikenakan cukai persendirian atau individu
ke atas pendapatan dari perniagaan.
• Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)
PERKONGSIAN
• Perniagaan ini terikat dengan Akta Perniagaan 1956 dan Akta
Perkongsian 1961.
• Perkongsian akan terikat dengan ikat perkongsian yang telah
dipersetujui semasa memulakan perkongsian.
• Penubuhan perniagaan ini adalah mudah iaitu tidak melibatkan
prosedur yang rumit (kecuali milikan tunggal)
• Pengurusan perniagaan diurus secara bersama oleh rakan kongsi
dan keputusan perniagaan adalah keputusan bersama.
• Perkongsian mudah terbubar jika berlaku perubahan dalam daftar
perniagaan.
• Laporan kewangan hanya perlu didedahkan kepada rakan kongsi
sahaja.
SYARIKAT
• Syarikat terdiri daripada Syarikat Sendirian Berhad dan
Syarikat Berhad (Awam Berhad)
• Syarikat sendirian berhad dimiliki oleh 1 – 50 orang dan
Syarikat Berhad dimiliki lebih dari 2 orang bergantung
kepada jumlah saham yang diterbitkan.
• Modal perniagaan ini disumbangkan oleh pelabur melalui
terbitan saham dan liabiliti dari terbitan bon dan pinjaman dari
institusi kewangan.
• Liabiliti pemilik adalah terhad dimana sekiranya berlaku
kebankrapan, penyelesaian hutang tidak melibatkan harta
peribadi dan terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan
sahaja.
SYARIKAT
• Cukai syarikat dikenakan terhadap keuntungan perniagaan
• Perniagaan ini didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)
• Perniagaan ini terikat dengan Akta Syarikat 1965 (Pindaan
2016)
• Penubuhan perniagaan ini adalah rumit kerana melibatkan
prosedur dan dokumen yang khusus (Tatawujud dan Tataurus
Syarikat)
• Pengurusan perniagaan diuruskan oleh pengurus yang
dibayar gaji dan halatuju syarikat ditentukan oleh Ahli
Lembaga Pengarah Syarikat.
SYARIKAT
• Jangka hayat perniagaan ini lebih kekal dan
sukar terbubar.
• Laporan kewangan syarikat sendirian berhad
perlu didedahkan kepada pelabur (pemegang
saham) manakala bagi syarikat berhad laporan
kewangan perlu didedahkan kepada pelabur dan
masyarakat umum.
KOPERASI • Koperasi adalah entiti yang harus
mempunyai sekurang-kurangnya 20
orang ahli.
• Berbanding entiti perniagaan lain yang
bermotifkan keuntungan, koperasi lebih
kepada meningkatkan kebajikan
ekonomi dan sosial ahlinya.
• Modal perniagaan adalah dari
sumbangan yuran ahli dan pinjaman
institusi kewangan.
• Liabiliti ahli koperasi adalah terhad iaitu
jika berlaku kebankrapan, penyelesaian
hutang tidak melibatkan harta peribadi
dan terhad kepada jumlah yuran ahli
sahaja.
63
KOPERASI
• Perniagaan ini didaftar dengan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM)
• Perniagaan ini terikat dengan Akta Koperasi 1993 (Pindaan
2020)
• Penubuhan perniagaan ini adalah rumit iaitu melibatkan
prosedur yang rumit.
• Pengurusan perniagaan diuruskan oleh ahli koperasi yang
aktif dan halatuju koperasi ditentukan oleh Ahli Lembaga
Pengarah Koperasi.
• Jangka hayat perniagaan lebih kekal dan sukar terbubar.
• Laporan kewangan koperasi didedahkan kepada ahli-ahli
sahaja.
PERBEZAAN ENTITI PERNIAGAAN
CIRI MILIKAN TUNGGAL PERKONGSIAN SYARIKAT KOPERASI
BILANGAN AHLI Minimum 20 Orang
SUMBER MODAL 1 Orang 2 – 20 Orang 1-50 (Sdn. Bhd.)
2- tidak terhad(Bhd.)
LIABILITI
KAEDAH Sendiri , Rakan Kongsi, Pinjaman Bank &Terbitan Yuran Ahli,
PENGURUSAN Keluarga, Pinjaman Pinjaman Bank Saham (Sdn. Bhd.) Pinjaman Bank
Bank Pinjaman Bank,Terbitan
PENDEDAHAN Saham & Terbitan Bon
LAPORAN (Bhd.)
KEWANGAN Tidak Terhad Tidak Terhad Terhad Terhad
CUKAI Sendiri & Keputusan Bersama Pengurus yang digaji & Lantikan Ahli &
Peribadi Pekongsi &
Keputusan Keputusan Ahli Lembaga Keputusan Ahli
Bersama
Pengarah Lembaga Pengarah
Kegunaan Sendiri Kegunaan Sendiri Didedahkan kepada Didedahkan kepada
& Pekongsi pelabur (Sdn Bhd) . Ahli Sahaja
Didedahkan kepada
pelabur dan Kepada
Umum (Bhd)
Pendapatan Individu Pendapatan Pendapatan Individu dan Pendapatan 65
Individu
Perniagaan Individu
THANKYOU !
[email protected]
UNIT P.PERNIAGAAN_KMS