FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
Menghitung Keluasan Trabas Menggunakan Kaedah Dua Kali Jarak Meridian atau Double
Meridian Distance (DMD)
Keluasan trabas hanya dapat dihitung bagi kerja-kerja ukur trabas tertutup jenis gelung sahaja.
Bagi trabas yang lain seperti trabas tertutup jenis penghubung dan trabas terbuka ianya tidaklah
memerlukan hitungan luas kerana trabas tersebut merupakan sambungan garisan-garisan lurus
secara memanjang sahaja. Keluasan sesuatu trabas tertutup dapat dihitung dengan menggunakan
latit dan dipat setiap garisan trabas. Dalam unit 7 ini, perbincangan dihadkan kepada pengiraan
luas dengan kaedah dua kali latit kali dipat dan kaedah dua kali dipat kali latit. Kaedah ini juga
dikenali sebagai Kaedah Dua Kali Jarak Meridian atau Double Meridian Distance (DMD).
Kaedah ini digunakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Jika diperhatikan
borang hitungan trabas yang digunakan oleh JUPEM, borang tersebut direkabentuk khas untuk
kaedah ini. Meridian adalah garisan pugak yang selari dengan arah utara-selatan yang melalui
mana-mana titik. Jadi setiap titik sebenarnya mempunyai garisan meridiannya sendiri.
FIRSTUP
CONSULTANTS
Menghitung Keluasan Trabas Menggunakan Kaedah Dua Kali Jarak Meridian atau Double
Meridian Distance (DMD)
Dalam pengiraan luas trabas dengan kaedah DMD, biasanya nilai latit dan dipat yang digunakan
adalah nilai latit dan dipat yang telah dilaras. Sekiranya luas hendak dihitung dengan kaedah DMD,
elemen-elemen berikut perlulah dihitung terlebih dahulu:
Dua kali latit
Dua kali dipat
Seterusnya luas akan dapat dihitung dengan mudah dengan menggunakan formula berikut:
i. 2 x Luas = (Dua kali latit) x dipat atau boleh juga,
ii. 2 x Luas = (Dua kali dipat) x latit.
.
FIRSTUP
CONSULTANTS
Hitungan Dua Kali Latit Dan Dua Kali dipat
Dua kali latit sesuatu garisan bermaksud hasil dari penjumlahan atau himpunan nilai dua kali latit garisan sebelumnya
dengan nilai latit garisan sebelumnya dan latit garisan itu sendiri. Bagi memulakan hitungannya kita hanya pilih mana-mana
satu garisan dan nilai dua kali latit bagi garisan ini ialah sama dengan latit garisan itu sendiri. Perlu diingat yang rumusan ini
hanya dipakai untuk menghitung nilai-nilai dua kali latit bagi garisan yang lain. Begitulah juga caranya untuk menghitung
dua kali dipat. Oleh itu pengiraan dua kali latit adalah seperti berikut:
Untuk garisan pertama (permulaan):
Dua kali latit garis pertama = Latit garis pertama
Untuk garisan lain :
Dua kali latit garisan berkenaan= Dua kali latit garisan sebelumnya + nilai latit garisan sebelumnya + latit
garisan berkenaan.
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
CALCULATE COORDINATE OF A
SURVEY STATION WITH A GIVEN
BEARING DISTANCEAND
COORDINATE OF OTHER STATION
.
FIRSTUP 110
CONSULTANTS
Pengenalan
Setiap negeri mempunyai sistem koordinat tertentu yang merujuk kepada satu titik yang
dinamakan sebagai titik asalan. Pada titik ini, nilai koordinat utara dan timur adalah sifar.
Koordinat titik-titik lain dalam negeri tersebut dirujukkan kepada titik asalan ini. Katakan
titik A berada 500 meter ke timur asalan dan 450 meter ke selatan asalan, maka koordinat
A diberikan sebagai S 450, T 500. Koordinat satu titik dapat ditentukan jika titik tersebut
mempunyai hubungan bering dan jarak dengan satu titik lain yang mempunyai koordinat.
Dengan mengetahui nilai latit dan dipat di antara dua titik tersebut, koordinat titik yang
kedua boleh ditentukan. Oleh itu, untuk menghitung koordinat satu titik perlulah
dimulakan dari satu titik lain yang berkoordinat.
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
Sistem koordinat yang diambil untuk kebanyakkan tujuan ukur adalah sistem satah
segiempat tepat dengan menggunakan dua paksi bersudut tepat antara satu sama lain
seperti dalam geometri Cartes. Satu paksi dinamakan paksi utara (U) dan satu paksi
lagi dinamakan paksi timur (T). Skala di sepanjang kedua-dua paksi itu sentiasa sama.
Merujuk kepada rajah 8.2, mana-mana titik tertentu P mempunyai koordinat timuran
(T) dan utaraan (U). Selalunya, koordinat timuran dinyatakan dahulu diikuti dengan
koordinat utaraan melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Kedudukan setiap stesen
trabas dalam sesuatu skim yang berhubungan dengan semua titik lain dinyatakan
dalam bentuk koordinat T dan U ini. Bering dikaitkan dengan paksi utara sistem
koordinat.
FIRSTUP
CONSULTANTS
Menghitung Koordinat Jika Diberi Nilai Bering, Jarak Serta Satu Nilai Koordinat
Bagi menghitung koordinat sesuatu titik, maka hitungan perlulah dimulakan dari satu titik lain
yang telah mempunyai nilai koordinat. Andaikan koordinat stesen 1 diketahui, ini bermakna nilai:
Koordinat utara stesen 2 = Koordinat utara stesen 1 + latit 1-2
Koordinat timur stesen 2 = Koordinat timur stesen 1 + dipat 1-2
Koordinat utara stesen 3 = Koordinat utara stesen 2 + latit 2-3
Koordinat timur stesen 3 = Koordinat timur stesen 2 + dipat 2-3
Koordinat utara stesen 4 = Koordinat utara stesen 3 + latit 3-4
Koordinat timur stesen 4 = Koordinat timur stesen 4 + dipat 3-4
Begitulah hitungan-hitungan koordinat bagi stesen yang seterusnya.
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
CALCULATE COORDINATE
INTERSECTION BETWEEN TWO LINES
.
FIRSTUP 120
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
CALCULATE COORDINATE AND AREA
OF A CLOSED TRAVERSE.
.
FIRSTUP 127
CONSULTANTS
hgMenghitung Koordinat Trabas Tertutup Menggunakan Borang Latit dan Dipat
Setelah selesai hitungan pelarasan latit dan dipat, seterusnya koordinat stesen trabas bolehlah dihitung.
Untuk menghitung koordinat ini, perlulah diketahui koordinat untuk sekurang-kurangnya satu titik
dalam trabas tersebut. Nilai koordinat ini boleh didapatkan sama ada dari Pelan Akui ataupun
menggunakan nilai anggapan. Bagi trabas tertutup jenis poligon, koordinat terakhir dan permulaan
mestilah sama kerana koordinat ini mewakili stesen yang sama. Bagi trabas tertutup jenis penghubung,
koordinat titik terakhir seharusnya sama dengan koordinat titik kedua yang telah diketahui. Andaikan
koordinat stesen 1 diketahui, ini bermakna:
Koordinat utara stesen 2= Koordinat utara stesen 1 + latit 1-2
Koordinat timur stesen 2= Koordinat timur stesen 1+ dipat 1-2
Koordinat utara stesen 3 = Koordinat utara stesen 2 + latit 2-3
Koordinat timur stesen 3= Koordinat timur stesen 2 + dipat 2-3
Begitulah kiraan koordinat untuk stesen-stesen ukur yang seterusnya.
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
CALCULATE BEARING AND DISTANCE
FROM TWO KNOW COORDINATE
.
FIRSTUP 142
CONSULTANTS
Menghitung Bering Dan Jarak Daripada Dua Nilai Koordinat Yang Diketahui
Dalam bahagian 8.1 telah ditunjukkan bahawa dengan mengetahui bering dan jarak sesuatu garisan, koordinat bagi
salah satu daripada hujung garisan ini boleh dihitung sekiranya koordinat hujung yang lain diketahui. Bagi kes
sebaliknya di mana koordinat dua titik diketahui, maka bering dan jarak bagi garisan antara kedua-dua titik ini
boleh dihitung.
Contoh 8-3
Koordinat stesen 1 = U 10.000, T 10.000
Koordinat stesen 2 = U 30.000, T 20.000
Hitungkan bering dan jarak garisan 1-2.
Penyelesaian:
Satu lakaran yang menunjukkan kedudukan relatif kedua-dua stesen hendaklah selalu dilukis bagi
menentukan di sukuan mana terletak garisan ini. Perbezaan koordinat dalam arah utaraan (U) juga bersamaan
dengan latit 1-2 manakala perbezaan koordinat dalam arah timuran (T) bersamaan dengan dipat 1-2.
Seterusnya bering dan jarak 1-2 boleh dihitung. FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
FIRSTUP
CONSULTANTS
THANK YOU
FIRSTUP 146
CONSULTANTS