The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP 3113
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORS
MUHAMMAD NURHAKIM BIN MOHD AZMI
PISMP PI JUN 2022/2027
IPGM KAMPUS TAWAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SILENT GENIUS, 2024-01-28 15:32:23

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORS

EDUP 3113
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORS
MUHAMMAD NURHAKIM BIN MOHD AZMI
PISMP PI JUN 2022/2027
IPGM KAMPUS TAWAU

Keywords: EDUP3113,PSIKOLOGI PEMBELAJARAN,TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS,PISMP,SEM 2,IPG

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS EDUP 3113 PSIKOLOGI PEMBELAJARAN MINGGU 5


MUHAMMAD NURHAKIM BIN MOHD AZMI PISMP JUN 2022/2027 IPGM KAMPUS TAWAU [email protected] 018-3109557 Hi! My name is Hakim, u can call me akim LECTURER PALING SUPPORTING DR. NORJANAH BINTI AMBO


BIODATA ISI KANDUNGAN 01 KONSEP TEORI 02 EKSPERIMEN TEORI 03 APLIKASI 04 KEPENTINGAN 05 IMPLIKASI TERHADAP PDP 06 IVAN PAVLOV THORNDIKE SKINNER


Konsep Teori Behaviorisme 1 2 3 Kajian saintifik yang memberi fokus tentang tingkah laku baharu yang diulang sehingga menjadi tingkah laku yang lazim. Teori behaviorisme adalah bidang psikologi yang mengkaji tingkah laku manusia dan haiwan yang dapat diperhatikan atau diukur melalui eksperimen, bukan kejadian andaian yang berlaku dalam diri individu semata-mata. Menurut Rahil Mahyuddin J.M. (2000) dalam buku Psikologi Pendidikan II, tokoh-tokoh behaviorisme berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak. Menurut mereka lagi, tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal serta diramal.


Konsep Teori Behaviorisme Teori ini percaya bahawa pembelajaran terjadi apabila berlaku perubahan tingkah laku dalam diri seseorang hasil daripada proses pembelajaran Apa sahaja yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang dihasilkan oleh murid (respons) semuanya harus dipehati dan diukur Pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.


PRINSIP TEORI TINGKAH LAKU Pengaruh Persekitaran Jika idea hanya disimpan di dalam fikiran sahaja, maka tidak akan berlaku proses pembelajaran Pembelajaran akan berlaku sekiranya suatu tingkah laku itu dapat dilihat dengan penglibatan hubungan antara rangsangan dan gerak balas Manusia dan haiwan mempunyai cara belajar yang hampir sama. Bukti eksperimen terhadap haiwan: Pavlov (anjing) Thirndike (kucing) Skinner (tikus) Tingkah laku individu dipengaruhi oleh pengalaman berdasarkan penglihatan dan pendengaran di sekitarnya Pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku Fokus kepada persekitaran yang boleh diperhatikan Semua organisma belajar hampir sama


Ciri-CIri Pembelajaran Teori Behavioris Suatu tabiat Persekitaran konkrit dan nyata Wujud rangsangan dan gerak balas Pengukuhan syarat penting Latihan suatu pengukuhan


SECARA UMUMNYA, TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME TERBAHAGI KEPADA 2: TEORI PELAZIMAN KLASIK TEORI PELAZIMAN OPERAN


TTOOKKOOHH--TTOOKKOOHH T E O R I PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN BBEEHHAAVVIIOORRIISS


TOKOH TEORI BEHAVIORIS IVAN PAVLOV EDWARD THORNDIKE B.F. SKINNER TEORI PELAZIMAN KLASIK TEORI PELAZIMAN OPERAN


TEORI PELAZIMAN KLASIK


Nama-nama lain bagi teori pelaziman klasik Pelaziman Gantian Pelaziman Pemindahan Pelaziman Bergerak Balas/Responden


TEORI PELAZIMAN KLASIK: IVAN PAVLOV (1849-1936)


Dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Russia. Menuntut ilmu di Sekolah Seminari Teologi dan menyambung pengajian di Universiti St. Petersburg dalam bidang kimia dan psikologi Menghasilkan sebuah kertas kerja yang bertajuk “The Physiology Of The Pancreatic Nerves”. Menjadi Professor Fisiologi di Institute of Experimental Medicine pada tahun 1884 Meninggal dunia pada 27 Februari 1936 di Leningrad. BIODATA


01 02 03 04 Ivan Pavlov mencadangkan bahawa proses pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara Rangsangan (R) dan sesuatu Gerak Balas (G) Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor anjing. Beliau mendapati bahawa apabila anjing itu melihat bekas dengan makanan, anjing itu mengeluarkan air liur Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut belajar mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang diberikan kelak. Dengan itu, beliau telah melanjutkan kajian dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisasi boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan TEORI IVAN PAVLOV


EKSPERIMEN TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV


Anjing mengeluarkan air liur apabila ditunjukkan makanan Loceng dibunyikan tanpa makanan. Anjing tidak memberikan tindak balas Loceng dibunyikan dan anjing tersebut ditunjukkan makanan, anjing tersebut mengeluarkan air liur Lama-kelamaan, loceng dibunyikan dan aniing mengeluarkan air liur walaupun makanan tidak ditunjukkan EKSPERIMEN


01 02 03 04 Fasa Penguasaan Menurut Mok Soon Sang (2009), teori Pavlov mempunyai 4 fasa yang dilalui oleh seseorang individu untuk menguasai atau mengubah tingkah laku mereka Fasa Generalisasi Fasa Diskriminasi Fasa Penghapusan


KEPENTINGAN TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV


GENERALISASI Maksud: Rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama Contoh situasi: Shamimi risau sebelum menjalankan peperiksaan subjek Kimia. Kerisauan terhadap peperiksaan subjek tersebut telah digeneralisasikan kepada subjek lain yang sama jenis seeprti Biologi dan Fizik


Maksud Dalam kajian yang dilakukan oleh Pavlov terhadap seekor anjing, didapati bahawa anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja tetapi tidak pada bunyi lain daripada bunyi loceng CONTOH DISKRIRMINASI Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertetnu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain


PENGHAPUSAN 01. 02. 03. Berlaku apabila rangsangan terlazim tidak disertai dengan rangsangan tidak lazim Dalam kajian Pavlov, apabila loceng tidak disertakan dengan makanan (rangsangan tidak lazim), anjing tidak memberikan sebarang tindak balas Hal ini menyebabkan bunyi loceng tersebut tidak memberi rangsangan kepada anjing untuk memberi tindak balas iaitu mengeluarkan air liur. Tindak balas terakhir akan terhapus.


APLIKASI TEORI PAVLOV TERHADAP PDP


APLIKASI TEORI IVAN PAVLOV DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Hasil daripada kajian Ivan Pavlov, beliau berpendapat baahwa pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas Pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dana pembelajarana yang berlaku akibat rangsangan ialah pelazian klasik


Bayangkan anda merupakan seorang guru subjek Pendidikan Islam. Anda dikehendaki untuk mengajar anak-anak murid anda untuk mengetahui dan mengingat huruf-huruf hijaiyah. Semasa sesi PdP berlangsung, anda mendapati murid-murid anda sukar untuk mengingat huruf-huruf hijaiyah tersebut dan ada sebahagian daripada mereka tidak termotivasi untuk belajar di dalam kelas. Sebagai seorang guru yang dilengkapi dengan ilmu psikologi pembelajaran, bagaimana anda mengaplikasikan teori pelaziman klasik Ivan Pavlov untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan efektif di dalam bilik darjah? UJI MINDA


3 PROSES YANG BERLAKU BERDASARKAN TEORI PAVLOV SEBELUM PELAZIMAN SEMASA PELAZIMAN SELEPAS PELAZIMAN Guru menggunakan lagu (rangsangan tak terlazim) untuk menunjukkan murid memberi tumpuan (gerak balas tak terlazim) Semasa guru mengajar subjek Pendidikan Islam (rangsangan terlazim), beliau menyertakan dengan lagu (rangsangan tak terlazim) yang menarik dan hasilnya murid memberi tumpuan (gerak balas tak terlazim) Semasa guru mengajar subjek Pendidikan Islam (rangsangan terlazim) menunjukkan hasil murid yang memberikan respon (gerak balas terlazim)


IMPLIKASI TEORI PAVLOV TERHADAP PROSES PDP Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari Motivasi memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan atau pengalaman Dalam proses pembelajaran, generalisasi berlaku apabila apa yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke situasi B.


Murid akan memberi respon yang positif sekiranya dirangsang dengan sesuatu yang menyeronokkan. Para guru perlu mencuri perhatian mereka dengan aktiviti yang merangsang minat mereka supaya mereka dapat memberi perhatian yang sepenuhnya Teori ini dapat meningkatkan kesedaran guru tentang rangsangan dan gerka balas yang mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif (rangsangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (rangsangan tak terlazim) untuk menghasilkan gerak balas terlazim. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. RUMUSAN TEORI PAVLOV


TEORI PELAZIMAN OPERAN


Teori Pelaziman Operan 1 2 3 Pembelajaran mengikut teori pelaziman operan merujuk kepada sesuatu bentuk pembelajaran seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan dipilih daripada beberapa gerak balas Pelaziman operan ialah tingkah laku mengikut cara kita beroperasi dengan persekitaran Teori pelaziman operan menekankan apabila suatu gerak balas (operan) diikuti oleh suatu peneguhan positif maka kebarangkalian gerak balas itu akan berulang lagi akan meningkat.


TEORI PELAZIMAN OPERAN: EDWARD THORNDIKE (1874 - 1949)


Edward Lee Thorndike dilahirkan pada 31 Ogos 1874 di Williamsburg, Mass. Mendapat pendidikan di Roxbury Latin, Wesleyan, Harvard dan Columbia. Bekerja sebagai ahli psikologi dan dikenali sebagai ‘Father of Modern Educational Psychology’. Meninggal dunia pada 9 Ogos 1949. BIODATA


TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE Dikenali sebagai “Teori Cuba-Ralat” . Hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan Thorndike telah menggunaakn seekor kucing untuk membuat kajiannya Beliau membuktikan bahawa haiwan dan manusia belajar melalui proses “cuba jaya” ataupun kaedah “cuba-ralat”


EKSPERIMEN TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE (PUZZLE BOX)


Kucing yang kelaparan dikurung di dalam sangkar (puzzle box) yang berkunci dan makanan diletakkan di luar sangkar Kucing melakukan pelbagai tindakan untuk melepaskan diri daripada sangkar (kaedah cuba jaya) Kucing tersebut terpijak tuil pintu menyebabkan sangkar tersebut terbuka lalu ia menuju ke arah makanan. Masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat Kucing tersebut dikurung semula untuk melakukan proses yang sama iaitu melepaskan diri daripada sangkar. Kali ini, kucing itu berjaya membuka kunci pintu dalam masa yang singkat, kesilapan yang dilakukan semakin berkurangan EKSPERIMEN


RUMUSAN EKSPERIMEN Apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi, jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahanlahan.


IMPLIKASI TEORI THORNDIKE TERHADAP PDP


IMPLIKASI TEORI THORNDIKE TERHADAP PDP Untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlulah diwujudkan Contoh: Guru mempelbagaikan cara pengajarannya seperti menggunakan audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan


IMPLIKASI TEORI THORNDIKE TERHADAP PDP Latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran Contoh: Guru memberi latih tubi, kuiz, soal jawab yang kerap kepada murid bagi meningkatkan kemahiran mengingat murid.


RUMUSAN TEORI OPERAN THORNDIKE Dapat mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan Teori ini meningkatkan tahap kesedian belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai Guru perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respon atau gerak balas yang betul daripada murid serta guru perlu menekankan pemberian peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka


TEORI PELAZIMAN OPERAN: B.F.SKINNER ( 1904 - 1990)


Burrhus Federic Skinner dilahirkan pada 20 Mac 1904 di Susquehenna, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Menerima Ijazah Kesusateraan Bahasa Inggeris pada tahun 1926 dari Kolej Hamilton. Mendapat inspirasi daripada penulisan Watson dan Pavlov lalu mengambil keputusan untuk mengambil Ijazah Kedoktoran (PHD) dalam bidang psikologi di Universiti Harvard. Meninggal dunia pada 18 Ogos 1990. BIODATA


Click to View FlipBook Version