The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mona_jass, 2020-10-17 07:41:59

MODUL SAINS KSSM TINGKATAN4 BAB 10

MODUL SAINS KSSM TINGKATAN4 BAB 10

MODUL SAINS TINGKATAN
4 KSSM
:BAB 10

KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN

DISEDIAKAN OLEH : PUAN MONA MALISSAWATY BINTI
AMAT PARDI

SMK JALAN APAS TAWAU

10.1 PERUBATAN TRADISIONAL, PERUBATAN
MODEN & PERUBATAN KOMPLEMENTASI

SASARAN MURID: TINGKATAN 4

TAJUK: 10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
10.1.1 Menerangkan ciri perubatan tradisional, moden dan komplementari
10.1.2 Menerangkan ubat-ubatan yang digunakan dalam perubatan tradisional, moden dan komplementari
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM
NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: BUKU TEKS & VIDEO YOUTUBE
AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK DIBERIKAN DI BAWAH:
https://www.youtube.com/watch?v=s8VLIqbT4g8&feature=youtu.be
2. BUAT PETA PEMIKIRAN TENTANG CIRI-CIRI PERUBATAN
3. BUAT PETA PEMIKIRAN TENTANG UBAT-UBATAN DALAM PERUBATAN TRIDISIONAL, MODEN & KOMPLEMENTARI.
4. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA (mukasurat 108-111)
5. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI
PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN

10.1 PERUBATAN TRADISIONAL, PERUBATAN
MODEN & PERUBATAN KOMPLEMENTASI

TIGA KAEDAH:
PERUBATAN TRADISIONAL,
PERUBATAN MODEN &
PERUBATAN KOMPLEMENTASI

Ubat

Dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit.
Ubat dan rawatan ini perlu didapati daripada pihak yang bertauliah.

PERUBATAN TRADISIONAL

Kaedah perubatan yang menggunakan tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan bahan semulajadi yang
diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bagi
diagnosis dan merawat penyakit.

Setiap kaum di Malaysia mengamalkan kaedah
perubatan tradisional yang tersendiri.

Kos rawatan rendah

Pembuktian Ciri-ciri Menggunakan
keberkesanan secara perubatan bahan semula jadi
tradisional daripada haiwan
pengalaman
dan tumbuhan

Diwarisis dan Keberkesanan rawatan
diamalkan turun - lebih perlahan dan
memakan masa
temurun

Ubat tradisional

Didapati drpd sumber semulajadi seperti tumbuhan dan
haiwan tanpa diproses secara kimia,

Diamalkan sejak zaman dahulukala.

a. Aloe vera ( lidah buaya)

Lendiran dr daun
Mengurangkan kesakitan kulit akibat

Selaran matahari
Terkena benda panas

b. Ginseng

Perubatan tradisional kaum Cina
Memelihara kesihatan badan

c. Halia

Melegakan bengkak dan sengal-sengal pd badan
Menghilangkan angin dalam badan

d. Pokok Bunga Raya

Daun
Melegakan sakit kepala
Merawat masalah keguguran rambut

e. Kuinina

Kulit pokok Cincona sp.
Membuat ubat penyakit malaria

PERUBATAN MODEN

Campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan
langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan melibatkan bidang-bidang seperti perbutan
klinikal, penyelidikan perubatan, dan pembedahan dalam mengubati penyakit dan merawat
kecederaan.

Kos rawatan
mahal

Pembuktian Ciri-ciri Menggunakan
keberkesanan perubatan ubat-ubatan
secara klinikal
moden sintetik

Menggunakan Rawatan lebih
kaedah moden cepat dan lebih

seperti berkesan
pembedahan,
rawatan laser
dan radioterapi.

Ubat moden

Dihasilkan di makmal
Dijual secara besar-besaran di pasaran
Diguna orang ramai
Pelbagai bentuk: pil, kapsul, pasta, ampaian dan larutan.
Terdapat 3 kelas:

Analgesik
Antibiotik
Psikoteraputik

a. Analgesik

Untuk melegakan kesakitan
Contoh: aspirin, parasetamol dan kodeina

b. Antibiotik

Untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria berjangkit
Dihasilkan drpd kumpulan mikroorganisma spt fungus atau bakteria yang boleh
melawanbakteria penyebab penyakit.
Dihasilkan melalui sintesis bahan kimia
Perlu dihabiskan mengikut dos yang diberikan untuk memastikan bakteria dihapuskan
Contoh: penisilin dan streptomisin

c. Psikoteraputik

Digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik.
Tidak boleh diambilsewenang-wenang
Perlu mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor
Boleh menyebabkan perubahan perasaan, pemikiran dan kelakuan seseorang.
Dikelas kepada 3:

i. Stimulan- merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak, badan dan perasaan pesakit - amfetamina
ii. Antidepresan-mengawal kemurungan – imipramine & amitriptilin
iii. Antipsikotik- ubat penenang- trankuiliaer, babiturat, dozapin & haloperidol

Perubatan komplementari

merujuk kepada kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan
yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-
berzaman.

Kaedah ini merangkumi dua bahagian utama, iaitu produk semula
jadi, senaman badan dan minda.

Kaedah ini boleh digunakan bersama rawatan moden bagi merawat
sesuatu penyakit seperti rawatan kanser.

Tidak melibatkan
pembedahan dan jahitan

terhadap tubuh badan

Ciri-ciri
perubatan
komplementari

Tidak menggunakan Mengambil kira pandangan
ubat-ubatan teraputik, pengamal perubatan moden
dadah dan bahan sintetik
dan tradisional
kimia

Perubatan komplementari

Perubatan komplementari tidak hanya memfokuskan usaha merawat
penyakit sahaja

tetapi juga memastikan pesakit sihat secara holistik merangkumi
fizikal, mental dan emosi.

rawatan tambahan yang dilakukan bersama dengan perubatan
moden dalam merawat penyakit.

Akupunktur

Jarum steril dimasukkan ke dalam titik-titik tertentu
pada kulit, yang disebut “titik akupunktur,”
dan kemudian dimasukkan secara perlahan dan
lembut.
Hal ini dapat merangsang sistem saraf untuk
melegakan kesakitan.

Kiropraktik

tidak menggunakan ubat sebaliknya
menggunakan kemahiran ahli kiropraktor
untuk membetulkan semula kedudukan tulang
menggunakan tangan.
Kiropraktik berkesan untuk merawat sakit
belakang dan leher, sakit sendi, sakit kepala
dan kecederaan sukan.

Urutan tradisional

Urut ialah kaedah untuk memanipulasi tisu
lembut badan menggunakan tangan, jari dan
penumbuk.
Urut didapati dapat melegakan
keresahan, kesakitan, keletihan, ketegangan
otot dan masalah urat saraf.

Homeopati

Ubat yang sesuai diberikan kepada pesakit

berdasarkan gejala yang ditunjukkan atau

dimaklumkan oleh pesakit seperti demam, rasa
sakit atau batuk.

Ubat yang diberikan menguatkan keupayaan tubuh
melawan penyakit yang menyerang,

bukannya menyediakan bahan untuk membunuh
kuman penyakit tersebut.

Terapi herba

Terapi herba menggunakan tumbuhan atau

bahagian tumbuhan yang memiliki khasiat untukl
mengubati penyakit.

Penggunaan herba lebih diyakini oleh orang ramai
kerana sumber semula jadi tidak mendatangkan
kesan sampingan dan

tidak mengandungi kandungan dadah yang
memudaratkan kesihatan.

SASARAN MURID: TINGKATAN 4

TAJUK: 10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
10.1.3 Mewajarkan penggunaan perubatan tradisional, moden dan komplementari.
10.1.4 Menaakul mengenai penggunaan ubatan dari sumber semula jadi dan buatan manusia dalam
perawatan dan penjagaan kesihatan
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM
NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: BUKU TEKS & VIDEO YOUTUBE
AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK DIBERIKAN DI BAWAH:
https://www.youtube.com/watch?v=s8VLIqbT4g8&feature=youtu.be
2. MEMBINA GRAFIK PERBANDINGAN JENIS-JENIS PERUBATAN
4. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA SPS (mukasurat 111)
5. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI
PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN

Perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan
komplementari adalah saling melengkapi antara satu sama
lain. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing.

Bolehkah anda menerangkan kelebihan dan kekurangan
ketiga-tiga kaedah perubatan tersebut?

Penggunaan Ubatan Buatan Manusia dan
Ubatan daripada Sumber Semula Jadi

Ubat-ubatan tradisional biasanya diperoleh daripada
sumbersemulajadi seperti tumbuhan herba. Kebanyakan
ubat-ubatan moden ialah buatan manusia (sintetik).

Perbandingan ciri antara ubatan buatan manusia
dan ubatan daripada sumber semula jadi

Ubat buatan manusia Ubat daripada sumber semula jadi
Diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan
Dihasilkan di makmal dan dikomersialkan secara besar- (Contoh: Vitamin C daripada buah)
besaran untuk kegunaan ramai
(Contoh: Vitamin C dalam bentuk pil dijual di farmasi) Perlu diambil atau diamalkan secara berterusan dalam
jangka masa yang lama supaya berkesan
Perlu diambil secara berterusan (biasanya untuk
penyakit kronik) atau berhenti apabila telah sembuh

Bukti penyembuhan berdasarkan ujian klinikal Bukti penyembuhan melalui kepercayaan dan
pengalaman orang terdahulu

Berisiko mendapat kesan sampingan jika: Berisiko mendapat kesan sampingan jika:
• digunakan tanpa nasihat daripada doktor • digunakan tanpa nasihat daripada doktor
• pesakit tidak mengikut dos yang betul • pesakit tidak mengikut dos yang betul

SASARAN MURID: TINGKATAN 4

TAJUK: 10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
10.1.5 Merumuskan kesan penyalahgunaan ubat-ubatan.

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM

NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: BUKU TEKS & VIDEO YOUTUBE

AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK DIBERIKAN DI BAWAH:
https://www.youtube.com/watch?v=s8VLIqbT4g8&feature=youtu.be
2. MEMBINA PETA PEMIKIRAN TENTANG KESAN PENYALAHGUNAAN UBAT-UBATAN
4. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA SPS (muka surat 111)
5. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI

PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)

MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN

Penyalahgunaan ubat-ubatan

Kebergantungan secara berlebihan terhadap ubat-ubatan. Contohnya, ganja mungkin membantu merawat
pesakit sembuh daripada penyakit tetapi boleh menyebabkan ketagihan dadah jenis ganja.

Mengambil ubat bukan untuk tujuan perubatan. Contohnya, ubat batuk biasanya disalahgunakan oleh penagih
dadah untuk menahan ketagihan.

Penggunaan ubat tidak mengikut peringkat umur yang ditetapkan. Contohnya, ubat batuk yang dijual di
pasaran terbuka tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun.

Pengambilan ubat tidak mengikut dos yang ditetapkan. Contohnya, ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat batuk
atau parasetamol perlu diambil mengikut dos yang betul berdasarkan umur dan berat badan.

Penggunaan ubat tanpa preskripsi daripada doktor. Contohnya, ubat-ubatan yang tidak memerlukan preskripsi
doktor mudah dibeli di kedai atau farmasi.

Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan

Penyalahgunaan ubat-ubatan Kesan

Kebergantungan kepada ubat-ubatan Kesan jangka panjang seperti ketagihan

Mengambil ubat bukan untuk tujuan perubatan Boleh menyebabkan kematian atau kesan
sampingan yang membahayakan pesakit
Penggunaan ubat tidak mengikut peringkat Boleh menyebabkan rintangan ubat, dan
umur yang ditetapkan mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit

Pengambilan ubat tidak mengikut dos yang
ditetapkan

Penggunaan ubat tanpa preskripsi doktor Boleh mendatangkan kesan sampingan seperti
alahan atau menyebabkan kematian



10.2 Radikal Bebas

SASARAN MURID: TINGKATAN 4

TAJUK: 10.2 Radikal Bebas

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
10.2.1 Mendefinisikan radikal bebas.
10.2.2 Menaakul mengenai kesan radikel bebas terhadap kesihatan manusia.

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM

NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: BUKU TEKS & VIDEO YOUTUBE

AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK DIBERIKAN DI BAWAH:
https://www.youtube.com/watch?v=pEs7egeeRdo&feature=youtu.be
https://www.youtube.com/watch?v=LsfqeQQtpFw
2. MENJAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA SPS (muka surat 112)
3. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI

PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)

MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN

10.2 Radikal Bebas

Radikal bebas ialah atom atau molekul yang
kekurangan satu elektron yang menjadikan
atom atau molekul tersebut tidak stabil, reaktif
dan cenderung untuk menyerang atom atau
molekul lain.



Proses pengoksidaan ialah tindak balas kimia yang berlaku

apabila suatu bahan tindak balas mengalami kehilangan
elektron.

Proses pengoksidaan yang berlaku secara semula jadi di
dalam badan menghasilkan radikal bebas.

Keadaan ini mencetuskan tindak balas berantai untuk
menghasilkan lebih banyak radikal bebas.

Metabolisme dan keradangan adalah antara dua faktor
dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan
(Rajah 10.5).



Faktor luaran yang mempengaruhi jumlah radikal bebas di
dalam badan seperti asap rokok, pendedahan kepada radiasi,
cahaya matahari dan pencemaran udara .

Radikal bebas yang terlalu banyak di dalam badan akan
menjejaskan kesihatan manusia.



Radikal bebas bertindak ke atas sel dengan merosakkan membran sel,
mitokondria dan DNA seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.11.
Kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh tindakan radikal bebas
yang memutuskan molekul protein yang berantai panjang dalam
membran sel, mitokondria dan DNA.

• Sel yang dirosakkan oleh tindakan radikal bebas dikenali sebagai sel dengan
tekanan oksidatif (oxidative stress) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.12.

Tekanan oksidatif yang dihasilkan oleh tindakan radikal bebas
yang merosakkan sel dikaitkan dengan pelbagai penyakit atau
keadaan seperti dalam Rajah 10.13.

10.3 Bahan Antioksidan

SASARAN MURID: TINGKATAN 4

TAJUK: 10.3 Bahan Antioksida

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
10.3.1 Memerihalkan bahan antioksida.
10.3.2 Menerangkan tindakan bahan antioksida ke atas radikal bebas.

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM

NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: BUKU TEKS & VIDEO YOUTUBE

AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK DIBERIKAN DI BAWAH:
https://youtu.be/mGb873e9CwY
2. MENJAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA SPS (muka surat 113)
3. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI

PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)

MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN

Bahan antioksidan

sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk melambatkan
atau menghentikan proses pengoksidaan.

Bahan ini melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas
dan dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat

sesetengah penyakit.

• Badan kita berupaya menghasilkan bahan antioksidan,
namun apabila usia meningkat, keupayaan ini akan
berkurang.

• Oleh itu, kita perlu mendapatkan bahan antioksidan
melalui makanan. Apakah contoh bahan antioksidan yang
terdapat dalam makanan?


Click to View FlipBook Version