• Beta karotena biasanya ditemui dalam
kebanyakan makanan yang berwarna merah,
kuning atau jingga seperti lobak merah,
mangga dan ubi keledek.
• Lutein sering dikaitkan dengan mata yang sihat.
• Bahan antioksidan ini terdapat dalam kuantiti yang
banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti
bayam, kubis dan brokoli.
• Likopena ialah bahan antioksidan yang ditemui
dalam buah-buahan seperti betik, jambu batu,
tembikai, tomato, aprikot, limau gedang dan
oren
• Vitamin C ialah vitamin larut air yang juga dikenal sebagai
asid askorbik.
• Bahan antioksidan ini terdapat dalam buah- buahan sitrus,
bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis, lada hijau
dan bijirin.
• Vitamin E yang juga dikenal sebagai alfa-tokoferol ialah
bahan antioksidan yang terdapat dalam pelbagai jenis
minyak
• termasuklah minyak kelapa sawit, minyak germa gandum,
minyak jagung dan minyak kacang soya.
• Bahan ini juga ditemui dalam aprikot, brokoli, kekacang
dan mangga.
Eksperimen 10.1
1.Sediakan empat jenis larutan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.7.
2.Potong sebiji epal kepada lima hirisan yang sama besar. Satu daripada hirisan
epal itu diletakkan ke dalam piring Petri sebagai kawalan.
3.Dengan forseps, rendamkan setiap hirisan epal yang lain ke dalam larutan
gula, jus limau, larutan natrium bikarbonat dan larutan garam biasa masing-
masing seperti dalam Rajah 10.7.
4. Selepas satu minit, letakkan hirisan epal daripada empat larutan itu ke
dalam piring Petri dan biarkan terdedah kepada udara selama 15 minit.
5. Selepas 15 minit, perhatikan perubahan yang berlaku kepada hirisan epal
yang direndamkan ke dalam empat jenis larutan dengan epal yang tidak
direndamkan di dalam mana-mana larutan.
Pemerhatian
Soalan:
1.Hirisan epal yang manakah yang tidak berubah menjadi perang?
2.Bagaimanakah hirisan epal boleh menjadi perang?
3.Apakah bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan epal?
• Garam, gula dan jus lemon adalah contoh bahan antioksidan
manakala larutan natrium bikarbonat mewakili bahan bukan
antioksidan yang digunakan dalam eksperimen ini.
• Air suling digunakan sebagai kawalan dalam eksperimen ini.
• Jus lemon merupakan bahan antioksidan yang paling baik
berbanding dengan larutan gula dan garam.
• Proses yang menukarkan warna putih permukaan epal menjadi
perang ialah pengoksidaan.
• Tindak balas kimia yang berlaku pada permukaan epal ialah
pengoksidaan di antara radikal bebas yang terkandung dalam epal
dengan oksigen yang diserap ke dalam epal.
10.4 PRODUK
KESIHATAN
SASARAN MURID: TINGKATAN 4
TAJUK: 10.4 Produk Kesihatan
OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
10.4.1 Menerangkan maksud bahan aktif dalam produk kesihatan.
10.4.2 Mewajarkan penggunaan produk kesihatan yang terdapat dalam pasaran.
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM
NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: BUKU TEKS & VIDEO YOUTUBE
AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK DIBERIKAN DI BAWAH:
https://youtu.be/2C9ZShOjbaQ
2. MENJAWAB LATIHAN DALAM BUKU TEKS PRAKTIS FORMATIF 10.4 (muka surat 113)
3. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI
PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN
Produk kesihatan
bahan yang digunakan untuk tujuan mencegah, merawat atau
mengurus penyakit atau memelihara kesejahteraan fizikal dan
mental manusia. Contoh produk kesihatan termasuklah ubat-
ubatan dan makanan tambahan.
Setiap produk kesihatan mengandungi satu atau lebih bahan
aktif.
Bahan aktif
merujuk kepada komponen bahan aktif secara biologi yang
memberikan kesan untuk mencapai tujuan produk kesihatan yang
dikehendaki.
Terdapat bahan aktif yang boleh bertindak balas dengan bahan
aktif lain dan memberikan kesan sampingan kepada pengguna.
Oleh sebab itu, pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor atau
pegawai farmasi sebelum mengambil mana-mana produk
kesihatan.
Antara contoh bahan aktif yang terdapat dalam produk
kesihatan ialah seperti yang berikut.
(a) Tablet ubat tahan sakit mengandungi satu bahan aktif,
iaitu parasetamol 500 mg.
(b) Tablet ubat selesema mengandungi bahan aktif seperti
loratadine 10 mg.
Pengguna produk kesihatan perlu:
(a) menganalisis bahan aktif dalam produk kesihatan
(b) menilai kesan bahan aktif yang berkenaan
(c) berfikir secara kritis bagi memilih produk kesihatan
yang paling efektif
(d) berfikir dengan kreatif seperti berkongsi pendapat
dengan pengguna yang lain sebelum membeli sesuatu
produk
(e) mengambil kira nilai kualiti dan kuantiti produk
kesihatan dengan harga yang ditawarkan
Penggunaan Produk Kesihatan yang
Terdapat dalam Pasaran
Pengguna boleh memilih pelbagai jenis produk
kesihatan yang terdapat di pasaran Malaysia.
Mengapa produk kesihatan mendapat sambutan
ramai?
Mengekalkan kesihatan
dengan meningkatkan
imunisasi badan
Tujuan Penggunaan
Produk Kesihatan
Suplemen untuk Makanan tambahan untuk
membantu memulihkan melengkapkan amalan
pemakanan yang tidak
penyakit seimbang
Tamat