The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mona_jass, 2020-10-17 07:44:14

MODUL SAINS KSSM TINGKATAN4 BAB 11

MODUL SAINS KSSM TINGKATAN4 BAB 11

SMK JALAN APAS,TAWAU.

MODUL SAINS
TINGKATAN 4 KSSM
Bab 11 Daya dan Gerakan

SASARAN MURID: TINGKATAN 4

TAJUK: 11.1 Gerakan Linear

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:
11.1.1 Menerangkan perbezaan antara jarak dan sesaran serta unit ukuran dalam kehidupan harian.
11.1.2 Menjelaskan dengan contoh maksud laju, laju purata, halaju dan pecutan serta unit ukurannya dalam kehidupan harian.

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM

NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: SLIDE POWER POINT & VIDEO YOUTUBE

AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE https://youtu.be/RZH-IEfgfOs
2. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA (ms 180-119)
3. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI

PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)

MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN.

11.1 GERAKAN LINEAR

 JARAK ialah jumlah panjang lintasan gerakan suatu objek.
 SESARAN ialah jarak lintasan terpendek yang menyambungkan 2 lokasi

dalam suatu arah tertentu.
 Unit S.I bagi jarak dan sesaran adalah sama iaitu meter (m).

ALAT PENGUKURAN JARAK DAN SESARAN

JALANKAN AKTIVITI 11.1 (BT.MS 227)

Ukur jarak dan sesaran di
antara lokasi berikut
menggunakan pembaris:
(a) Kampung Nerek ke
Kampung Chenor
(b) Kampung Awah ke
masjid
(c) Kampung Awah ke
Kampung Nerek
(d) Kampung Jengka ke
Kampung Nerek

LAJU

 Kadar perubahan jarak
 Laju purata – kadar perubahan jumlah jarak yang dilalui
 Unit S.I. bagi laju dan laju purata ialah meter per saat (ms-1)

 Seorang pelari 100 m akan mengalami perubahan jarak sebaik sahaja memulakan
lariannya dari garisan permulaan.

 Perubahan jarak bertambah apabila pelari itu semakin jauh dari garisan
permulaannya.

 Laju pelari itu boleh ditentukan melalui jarak dan masa yang dicatatkan.

Kira laju pelari pada
kedudukan A

Kira laju pelari pada
kedudukan B

Kira laju purata pelari
tersebut

CUBA SOALAN INI!

 Seorang murid berjalan dari titik O ke P sejauh 9 m dalam masa 18 saat. Dia
kemudiannya berjalan dari titik P ke Q sejauh 12 m daiam masa 20 saat.

(a) Berapakah laju murid sewaktu berjalan dari O ke P?
(b) Berapakah laju murid sewaktu berjalan dari P ke Q?
(c) Berapakah laju purata murid sewaktu berjalan dari O ke Q?

HALAJU

 Kadar perubahan sesaran
 Unit S.I. bagi halaju adalah sama dengan laju, iaitu meter per saat (ms-1)

Kereta di atas mula bergerak dari titik mula O menuju ke titik
akhir C pada sesaran 12 m pada arah timur. Kereta itu
mengalami perubahan sesaran.
Halaju kereta boleh ditentukan melalui sesaran dan masa yang
dicatatkan oleh kereta untuk sampai ke titik C.

Tentukan halaju kereta titik O ke A

Tentukan halaju kereta titik A ke B

Tentukan halaju kereta titik O ke C

 Tanda positif dan negatif pada nilai halaju mewakili arah gerakan objek.

 Apabila kereta bergerak ke arah timur, halaju ditulis dengan tanda positif.
Halaju objek itu pada arah yang berlawanan ditulis dengan tanda negatif.

CUBA SAYA!

 Seorang murid berjalan 6 m ke utara dalam tempoh masa 2 saat dan berehat selama 4
saat. Dia kemudiannya berjalan 8 m ke timur dalam tempoh 4 saat.

(a) Berapakah halaju awal murid itu?
(b) Berapakah halaju akhir murid itu?
(c) Berapakah halaju puratanya?

PECUTAN

 Sesuatu jasad atau objek yang mengalami perubahan halaju dikatakan
mempunyai pecutan.

 Pecutan ditakrifkan sebagai kadar perubahan halaju.
 (Unit S.I. bagi pecutan ialah meter per saat per saat (m s-2).

Basikal dalam rajah di atas yang berada dalam keadaan pegun mula
bergerak dengan halaju seperti yang dinyatakan di atas. Basikal itu
dikayuh dengan halaju yang semakin bertambah.
Keadaan ini menunjukkan basikal itu sedang mengalami pecutan.



Jika brek basikal ditekan, pergerakan basikal menjadi perlahan
dan halaju basikal akan berkurang. Keadaan ini menunjukkan
basikal itu sedang mengalami nyahpecutan.

SOALAN 1

 Seorang murid telah menyertai acara larian 100 m. Dia telah mencatatkan masa 12.58
saat dalam acara tersebut. Berapakah laju purata lariannya?

SASARAN MURID: TINGKATAN 4

TAJUK: 11.1 Gerakan Linear

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:

11.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan laju, laju purata, halaju dan pecutan dalam kehidupan harian

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM

NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: SLIDE POWER POINT & VIDEO YOUTUBE

AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MEMBACA & MEMAHAMI NOTA SLIDE POWERPOINT YANG DIBERIKAN.
2. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK YANG DIBERIKAN https://youtu.be/RZH-IEfgfOs
3. JAWAB LATIHAN YANG DIBERIKAN PADA SLAID 26-29.
4. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI

PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN.

SOALAN 2

 Sebuah kereta bergerak dari titik A ke titik B yang berjarak 800 m dalam masa 65
saat. Kemudian, kereta itu berpatah balik dari titik B ke titik C pada jarak 350 dalam
masa 30 saat.

(a) Berapakah laju kereta itu pada titik B?
(b) Tentukan jumlah sesaran yang dilalui kereta itu.
(c) Berapakah halaju kereta itu?

CONTOH 3

 Berapakah pecutan Usain Bolt jika berlari dari keadaan pegun dan
mencecah halaju 10.44 m s-1di garisan penamat 100 m dalam tempoh
9.58 saat?

CONTOH 4

 Syafiq berlari dari titik mula R ke S yang terletak pada jarak 100 m utara dari R. Dia
berlari pula ke arah T, 150 m pada arah timur dari S. Dia meneruskan lariannya ke
arah U, 100 m pada arah selatan dari T. Jumlah masa yang diambil olehnya ialah 60 saat.
Hitungkan: (a) jarak (b) lajupurata (c) sesaran (d) halaju



SASARAN MURID: TINGKATAN 4

TAJUK: 11.1 Gerakan Linear

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:

11.1.4 Membezakan jenis gerakan linear

TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM

NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: SLIDE POWER POINT & VIDEO YOUTUBE

AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
1. MEMBACA & MEMAHAMI NOTA SLIDE POWERPOINT YANG DIBERIKAN.
2. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK YANG DIBERIKAN https://youtu.be/RZH-IEfgfOs
3. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA (ms 120-121)
4. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI

PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN.

Halaju dan pecutan objek yang bergerak dapat ditentukan
melalui aktiviti yang dilakukan di dalam makmal menggunakan
jangka masa detik. Jangka masa detik bergetar 50 getaran sesaat
(50 Hz). Satu detik ialah sela masa di antara dua titik berturutan
pada pita detik. Maka, satu detik mewakili 1 saat atau 0.02 saat.

50

• Jangka masa detik merupakan alat yang digunakan untuk mengukur
masa dan jarak yang dilalui dalam sela masa yang singkat.

• Apabila arus ulang alik yang berfrekuensi 50 Hz dibekalkan kepada
jangka masa detik, penggetar akan memukul ceper karbon sebanyak
50 kali per saat lalu menandakan 50 detik (atau 50 titik dengan
anggapan titik pertama wujud) di atas pita detik.









MAKLUMAT DARI PITA DETIK

 Masa
 Sesaran
Halaju dan pecutan













UJI DIRI ANDA

 Rajah 1 menunjukkan pita detik yang ditarik oleh sebuah troli
melalui sebuah jangka masa detik yang disambungkan kepada
bekalan a.u. yang berfrekuensi 50 Hz. Berapakah halaju troli itu?

UJI DIRI ANDA

 Rajah 2 menunjukkan carta pita
detik yang terdiri daripada
keratan 10 detik yang ditarik
oleh sebuah troli melalui sebuah
jangka masa detik yang
disambungkan kepada bekalan
a.u. yang berfrekuensi 50 Hz.
Berapakah pecutan troli itu?

RAJAH MENUNJUKKAN CARTA PITA YANG TERHASIL DARI PERGERAKAN SEBUAH
TROLI. SETIAP JALUR MEMPUNYAI 10 DETIK DAN FREKUENSI BAGI JANGKA MASA
DETIK IALAH 50 HZ.

Hitung:
a)Pecutan
b)Sesaran
c)Halaju purata



RAJAH MENUNJUKKAN PITA DETIK BAGI GERAKAN SEBUAH TROLI.
FREKUENSI BAGI PITA DETIK YANG DIGUNAKAN IALAH 50 HZ.
HITUNGKAN PECUTAN BAGI TROLI ITU.

11.2 GRAF GERAKAN LINEAR

 SASARAN MURID: TINGKATAN 4
 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP:

 11.2.1 Mentafsir jenis gerakan dari graf gerakan linear untuk menentukan jarak, sesaran, halaju, halaju purata dan pecutan.

 TEMPOH PELAKSANAAN: 1 JAM
 NOTA BERKAITAN TAJUK MODUL: SLIDE POWER POINT & VIDEO YOUTUBE
 AKTIVITI YANG RELEVAN DENGAN TOPIK PDPR:
 1. MEMBACA & MEMAHAMI NOTA SLIDE POWERPOINT YANG DIBERIKAN.
 2. MENONTON VIDEO E-CLASS DI YOUTUBE PADA LINK YANG DIBERIKAN https://youtu.be/7X51OPbOClYm
 3. JAWAB LATIHAN DALAM BUKU KERJA (ms 123-124)
 4. PERKONGSIAN JAWAPAN OLEH GURU DAN PELAJAR MEMBUAT PENILAIAN KENDIRI
 PENTAKSIRAN UNTUK MENGUKUR PENGUASAAN MURID:
 LATIHAN PENGUKUHAN (SOALAN OBJEKTIF/SUBJEKTIF)
 MODUL DIEDARKAN KEPADA MURID BERDASARKAN RPH YANG DITETAPKAN.

GRAF GERAKAN LINEAR

 Graf gerakan linear digunakan untuk menyampaikan maklumat dan data
tentang suatu gerakan.Terdapat dua jenis graf gerakan linear yang perlu
anda pelajari, iaitu graf sesaran-masa dan graf halaju-masa.

Graf sesaran melawan masa digunakan untuk menunjukkan
sesaran suatu objek yang bergerak berubah dengan masa. Rajah 11.13
menunjukkan graf sesaran melawan masa bagi pergerakan seorang
budak lelaki. Bolehkah anda menghuraikan gerakan budak lelaki ini?


Click to View FlipBook Version